Thursday, January 1, 2009

.Cik AZAM, boleh tak saya berAZAM untuk tahun 2009?.


Dalam diam tak sedar umurku dah masuk 20. Sadisnyer tinggalkan umur yang ada 1-1 kat depan tu.
No more teen teen now akan jadi ty ty je. Wahh makin hari makin tua lah gini. Harus berazam nak berjaya cepat-cepat dalam hiduplah kalau macam ni.

1. Kuruskan badan

-Berjayakah atau tidak lain cerita sebab badan saya memang dah mengembang sejak akhir-akhir ni & membuatkan lemak-lemak timbul. Hodoh betol saya rasa diri saya ni bila tengok lemak-lemak tu. Jadi saya kena azam kuat sangat untuk hilangkan lemak-lemak degil ni. Jadi saya kenalah bangun di awal pagi dan pergi joging. Semangat saya dah nampak dah dengan kehadiran kasut baruku. Saya nak pergi kelas YOGA tapi semalam kelas tu tutup tak dapat tanya berapa harganyer..aishh!!

-Keazaman saya ni pun jelas terpancar dengan make over terhadap basikal saya sejak darjah 5 tu. Dah lama rupanya basikal tu hidup dengan saya kan? Kesian dia. Lepas saya dah ada lesen motor dan kereta, dia dilupakan macam tu je so tahun ni dah berazam nak guna semula jasa dia. No wonderlah saya dah gemok sekang ni sebab saya asyik guna kemudahan moden je (kereta & motor).

2. Nak bukak akaun ASB & simpan at least RM50 tiap-tiap bulan

-Entah larr dapat tercapai ke tak. Silap-silap 3 bulan sekali je masuk duit kan? Tapi tak ada, saya dah berazam dah dengan umur saya yang dah masuk 20 ni, saya kena bukak mata & otak demi masa depan. So every month saya akan simpan minimum RM50, kalau lebih tu alhamdulillah. Saya nak beli kereta sendiri, rumah sendiri, motor sendiri. Kalau boleh saya tak nak harap ayah saya dah. Tu pasal saya tak sabar nak kawin, salah satu sebabnya saya nak ringankan beban ayah saya. Ramai orang cakap kalau kawin awal tu GATAL. Bagi saya takdelah!! Saya nak kawin sebab saya nak lepaskan tanggungjawab ayah saya dekat saya. Cian die. Lagipun kalau saya kawin, boleh saya tolong ayah dah. Bayar bil eletrik, bil air, kasi adik-adik duit belanja. Kan? Kan?

3. Nak naikkan pointer
-Kalau boleh saya nak dapat 3.8 ke atas. Kalau bolehlah. Ada harapan ke huh? Lagipun ini tahun terakhir saya kat COSMOPOINT. Macam tak sabar je nak habeshh da. Lagi setahun je then boleh sambung Degree dekat KL. Tak sabarnya nak merantau. Asyik duduk dekat Ipoh je. Takut juga nak jauh-jauh dengan parents saya sebab saya tak biasa. Lagipun Apek dah kalahkan saya 4 sem. INI TIDAK ADIL! Kena lawan balik ni. =[

4. Tak nak lawan ckp Apek a.k.a 'ayam'. Nak baik-baik je..

-Kalau boleh. Insyallah. Almaklumlah saya ni kan degil.

5. Love Apek more than last-last year
-Nak kalahkan sayang dia terhadap saya..

Sikit je kan azam saya, senang skit nak achieve..


2 comments:

Qissie said...

heee basikal tu guna sjak darjah5 eh?kalau i start f4 dah tak guna basikal da...kesian basikal tu jd cm perhiasan pula.aiyoo.smoga berjaya eh! :D

NIMI♥ Co. said...

hahahhaha...
sengal nyer qissie..
u ulang balik ayt i erkk
geget kang!!

Kedai Runcit Online

I ni jenis pemalas betul nak keluar dari rumah. Kalau boleh semua nak orang belikan buatkan hantarkan and etc. Masak bolehlah rajin jugak ...