Today bday adik bersamaan 11 haribulan 12, 2008.
Lambat betol dia ni lahir ke dunia ni. Tapi dia sama umur dengan saya tau. Haaa tolong jangan tanya kami ni kembar ke macam mana ke sebab saya penatlah kena jawap soalan yang sama seumur hidup. Anggap je lah memang kami ditakdirkan untuk lahir dalam tahun yang sama.^_^Tapi perihal yang saya nak ceritakan bukan hari ni tapi hari sebelum hari ni.
Penat kot semalam. Kami bersuka ria dari malam sampai ke malam. Tak lama pon. Dari pukul 10 malam tu sampai larr pukul 2 pagi. Ramai tak yang datang? Tak adalah ramai sebab BBQ ni dibuat secara tak terduga. Saya merangkap kakak dia ni pon tak tahu ada BBQ party tau sempena hari jadi esoknya. Balik-balik dieowang suruh ajak Apek masuk skali. Siapa Apek? Apek tu kekasih hati arjuna sayalah. Apek tu driver saya pergi kelas malam-malam. Saya kan belajar part-time Diploma in E-Business dekat Cosmopoint. Rupanya ada simple BBQ party di rumah saya.
Kesian Apek! Masuk-masuk terus jadi tukang kipas ayam. Tapi saya rasa dieorang ni ada masalah otaklah. Sebabnya dieowang tak reti ambil gambar. Nasib baiklah terlahirnye saya di dunia ini untuk menjadi pencinta memory. Bagi saya gambar itu memori jadi saya pon ambil lah kamera saya untuk tangkap-tangkap gambar tapi keciwa betol. Kenapa keciwa? Sebab baru ambil satu gambar, bateri habis. Nasib baik lah Syafiq (member Eddie) ada handphone canggih punya. Model apa saya tak tahu. Nantilah saya bagitahu korang erkk..
Jadi berlakulah permainan cahaya disebabkan ada orang yg menghargai memory macam saya ni. Saya pon tak berhenti-henti ambil gambar. Saya tak kisah gambar saya tak ada sangat sebab saya tetap boleh ingat siapa masak ayam, siapa kuat lepak, siapa tukang kipas, siapa tukang makan tapi sayang, camera tak boleh detect siapa kentut lepas makan. Hehe!! Adalah 3-4 keping gambar saya dalam party yang tak semenggah tu. Hehe!!
Bahan-bahan BBQ terdiri dari Apek dan arang.
Proses pertama berlaku iaitu menhidupkan api.
Tukang masak terdiri dari Hajar, Apek dan Helmi.
Apek busuk je bukan nak pandang kamera.
Couple-couple yang hadir ke majlis BBQ. Amboih couple gitu. Dah macam parti liar padahal buat kat rumah sahaja. Ada ibu gitu. Dari kiri (Birthday Boy & MIMI, Zack & Hajar, Apek & Ainee).
Makan time
Peperangan berlaku. Proses menyiramkan Eddie dengan haruman yg sugguh busuk. Kerja Hajar & Zack. Kami tak masuk campur sebab takut gila weyh. Nak ke kena siram dengan campuran betik busuk, stokin busuk, mangga busuk, minyak yang dah berkerak. Euuwww!
Selepas peperangan berlaku. Sayangnya saya lupa nak snap pic Eddie lepas dia dimandikan. Dah lah tu pandai menyorok dalam longkang. Habis penat Zack dengan Hajar cari dia. Dah lah esoknya Hajar exam. Cari punya cari tak jumpa-jumpa last-last balik.
P/S :video peperangan akan dimasukkan malam ni..hehe!!
No comments:
Post a Comment