Sunday, April 5, 2020

TOURIST SPOT IN KYOTO

ARAHIYAMA

1. ARASHIYAMA
Jangan lupa singgah dan duduk santai-santai di tepi sungai berhampiran Togetsu-Kyo Bridge. Serius mendamaikan dan sangat tenang. Dengan pemandangan  yang cantik. Subhanallah! Selain itu, jangan lupa jejakkan kaki ke SAGANO BAMBOO GROVE ROAD. Kat situ kita dapat menikmati kedamaian melihat pokok-pokok buluh yang tinggi. Sekiranya ada budget lebih, jangan lupa naik SAGONO ROMANTIC TRAIN. Pemandangannya tak tergambar dengan kata-kata.

2. ARASHIYAMA MONKEY PARK
Yang ni kami tak pergi sebab dah biasa tengok monyet. Ahahahah! Tapi kalua musim salji wajib pergi sebab ada snow monkey. Haaa itu rare.

3. TENRYUIJI TEMPLE
Ni pun kami tak pergi sebab masa mencemburui kami.


KAWARAMICHI

1. NISHIKI MARKET
Kat sini best. Memang Panjang. Tapi at least dapatlah merasa street food dia macam udang yang besar, landak laut (eeeuwww satu pengalaman baru makan dia), dan macam-macam lagi.


FUSHIMI INARI

1. FUSHIMI INARI
Memang ada satu attraction je dekat sini. Kat sini pergi awal pun memang sangat crowded. Dia menarik sebab dia punya tiang tiang oren tu. Baca dari peta dia, kalua nak hiking sampai atas tu ambil masa 2 jam.


KIYOMIZU, YASAKA

1. KIYOMIZU-DERA TEMPLE
Ni sempat masuk sampai luar pintu gate je. Itupun dah cantik. Kalau dapat masuk dalam dia tak tau lah. Maksud yang cantik kat sini, pemandangannya tau. Sebab masa tu nak masuk Maghrib dah, nak tutup dah. Dekat bawah temple ni lah terletaknya STARBUCKS TATAMI jugak.

2. YASAKA SHRINE
Okay kat sini biasa je sebab kita orang Islam so tak adalah nak menikmati apa je sebab dia semata-mata temple sahaja. No view scenery.


7 TEMPAT WAJIB PERGI DI OSAKA, JAPAN

OSAKA BAY AREA

1. OSAKA AQUARIUM KAIYUKAN
www.kaiyukan.com

Kaiyukan merupakan AKUARIUM TERBESAR DI DUNIA. Dia menggambarkan kehidupan di LAUTAN DALAM PACIFIC OCEAN. Ada lebih 30,000 hidupan yang dipaparkan dan paling menarik perhatian ialah ikan jerung putih yang panjangnya 5 meter.

Masa : 10am - 8pm
Tiket kaunter akan ditutup sejam sebelum ditutup

Harga Tiket :
Adults - 2,300Yen
Student (7thn - 17thn) - 1,200Yen
Kids (4thn - 6thn) - 600Yen

2.UNIVERSAL STUDIO JEPUN (USJ)
http://www.usj.co.jp

Ini memang wajib pergi. Best sangat-sangat. Boleh beli tiket di KLOOK.


SHINSAIBASHI

1. AMERICAMURA
http://americamura.jp

Siapa suka BUNDLE boleh pergi sini. Kat sini juga terkenal sebagai Harajuku atau Shibuya of West Japan kerana ramai anak muda Kansai suka datang ke sini dan berlibur.


DOTONBORI, NAMBA

1. SEKITAR DOTONBORI AREA
http://www.dotonbori.or.jp
Kat sini ada banyak restoran-restoran dan street food tapi sangat susah nak jumpa makanan HALAL. Kat sinilah juga ada the famous SIGNBOARD GLICO MAN. Walaupun tak ada makanan halal, tapi jalan-jalan kat sini melihat lampu-lampu neon yang cantik pun OK. MUST VISIT!

2. KUROMON MARKET
http://www.kuromon.com
Nak cari makanan fresh, seafood fresh boleh pergi ke sini. Bukan tu sahaja ada sayur, buah dan ada jual baju juga.


OSAKA CASTLE

1. OSAKA CASTLE
http://www.osakacastle.net
Perjalanan untuk ke sini sangat jauh ke dalam. So kena make sure plan masa betul-betul. Dan untuk yang tak sukakan sejarah, tak payah masuk ke dalam. Cukup menikmati kecantikan Castle itu sendiri di luar.

Masa : 9am - 5pm
Tutup : Closed at the end of year and the New Year
Harga Tiket :
Adult 600Yen

UMEDA

1. UMEDA SKY BUILDING
http://www.kuchu-teien.com
Ketinggian 173m. Open deck dia yang best. Boleh Nampak seluruh OSAKA.


2. THE MUSEUM OF HOUSING AND LIVING
http://konjyakukan.com
Kat sini dia tunjukkan kehidupan Osaka zaman dulu. Siapa nak cuba pakai Kimono dekat sini adalah PALING MURAH! TAKKAN JUMPA KAT TEMPAT LAIN SEMURAH KAT SINI. So kalua nak merasa pakai kimonp, sila sewa kat sini. Tips dia kalua tak nak ramai orang, datang awal-awal pagi. Pukul 9am dah terpacak depat pintu masuk tu.

Saturday, April 4, 2020

8 HARI 7 MALAM DIY TRAVEL OSAKA DENGAN 2 ANAK KECIL DAN KUMPULAN BESAR


Assalamualaikum. OK! Sebelum kemalasan melanda jiwa baik terus update iternary dan budget untuk rujukan teman-teman. Hope it helps korang yang mana merancang nak bercuti ke Osaka, Jepun. Moga bermanfaat untuk semua 😊😊😊😊😊

👘KEMBARA KE JEPUN BERMULA
3 LELAKI DEWASA
7 PEREMPUAN DEWASA
2 KANAK-KANAK 4 TAHUN
2 BABY SETAHUN LEBIH
TOTAL : 14 orang
*gambar geng tak banyak sebab jenuh nak cari dekat telegram ada beribu ribu gambar. Yang kat Umeda je ada kat HP I. Then limited 30 keping je gambar. Acaner 🤣🤣
**kami jalan approximately 12km sehari. 21,000km lebih untuk 8 hari 💪💪💪💪

19.9.19 - 26.9.19 (8H7M)
FLIGHT AIR ASIA (RETURN)
KL - Osaka
2pm - 9.45pm
Osaka - KL
10.15pm - 4pm
RM790 - Adults & Kids
RM250 - Infant
BUS YOYO
IPOH - KL (RETURN)
RM90

ACCOMODATION (AIRBNB)
Address : 3 Chome-21-20 Nakatsu, Kita-Ku, Osaka-Shi, Osaka-Fu 531-0071, Japan (location sangat sangat strategic. Dekat dengan 2 line stesyen. Satu Hankyu satu Metro. Rumah sangat selesa. Ada 2 tandas. So bahagian atas memang semua untuk perempuan. Bawah untuk lelaki)
RM3,539.66
Bahagi 10 orang jadinya sorang RM353.97. Recommended sangat!!!

INSURANS (ETIQA)
RM135.10 - beli sendiri di website ETIQA. Cover satu famili. Kalau tak reti dan tak berapa faham tentang terms takaful boleh cari agent.

TIKET
1. USJ 1 DAY PASS (KLOOK)
RM158.50 (ADULT)
RM108 (CHILD)
**dapat murah sebab bday KLOOK. Dapat buy 1 free 1
2. KAIYUKAN AQUARIUM (KLOOK)
RM90 (ADULT)
RM24 (CHILD)
3. SAGANO ROMANTIC TRAIN (1 WAY) - beli kat sana
¥620 (RM25)
4. NINOKUBI HERB GARDEN ROPEWAY RETURN (¥1,500 - RM58.26)

TRANSPORT
1. OSAKA AMAZING 2 DAYS PASS (KLOOK)
RM135 (ADULT)
RM152 (CHILD) - ni last minit beli sebab ada attraction yang budak atas 3 tahun kena bayar. So setelah pengiraan, OAP JIMAT SANGAT-SANGAT sebab dia cover pass masuk attraction dengan transport 👍👍👍
- nak lagi murah beli kat TRAIN MASTER OFFICE kat stesyen stesyen tertentu. RM130 sahaja for adults. Siap dapat map lagi.
- guna untuk jalan NAMBA AREA.
2. KANSAI THRU PASS 3 DAYS
RM199 (ADULT)
Guna untuk pergi Kyoto dengan Nara dan balik airport on the last day. Yang ni boleh skip skip hari pakai. Contoh pakai Isnin then Selasa then Rabu tak pakai, skip Khamis. Boleh.
3. HANKYU PASS (KLOOK)
RM26 (ADULT)
Ni guna untuk pakai pergi Kobe.
4. KOBE 1 DAY LOOP BUS (Information Counter)
RM25.54 (ADULT)
FOC untuk budak bawah 6 tahun
Jalan jalan Kobe naik bus je tapi dia sampai 5.30pm je so balik tu kena guna Hankyu Pass and JR untuk pulang ke rumah.
6. TRANSPORT DARI AIRPORT KE RUMAH NAKATSU
30,000YEN (bayar kat sana. Abang Malaysia yang ohsem ambil kami. Perjalanan mengambil masa 45 minit. Worth every penny. Convert duit Malaysia dalam RM1,165. So sorang dalam RM116.50)
**MAKE SURE JAGA ELOK-ELOK PASS KORANG. LETAK DALAM DOMPET KE LEBIH SELAMAT SEBAB 2 AHLI KAMI KEHILANGAN OAP ON THE FIRST DAY DAN KTP ON THE LAST DAY. ME MYSELF HAMPIR HILANG, TERJATUH MASA KELUARKAN HP. NASIB BAIK KAWAN NAMPAK

FLIGHTS ADD ON (RM800)
LUGGAGE PERGI - 30KG
*exceed 15KG so tambahan RM150
LUGGAGE BALIK - 30KG
*exceed 15kg so tambahan RM400. Pengajaran lain kali estimate lebih takpe jangan kurang. 😅😅😅
MEALS X 3 (RETURN)
MEALS BAWA KE SANA
Kembara 4 pax - RM83.40
Serunding
Sardin 2 Tin
Kopi 3 in 1
Milo 3 in 1
Biskut Tiger
Banyaknya keropok anak-anak je
**makanan kat sana starting ramen sahaja RM30. Mineral water jangan mimpi bawah RM4. Setiap kali masuk 7Eleven dengan Family Mart comfirm habis RM30. Paling budget onigiri RM5. Macam geng kami bawak BRAHIMS. Malam je makan luar. Breakfast dengan Lunch makan bekal. Masak dan panaskan sesiap kat rumah masuk tupperware.

LUGGAGE & HAND CARRY
Baju tidur x 2 (sebab tak berpeluh pun so baju tak busuk pun)
Pampers anak (4 pampers sehari x 7 hari)
Wet Tissue x 4 pek kecil
Baju anak & baju sendiri (7 helai ngam ngam x 4 orang)
Seluar - skirt - jeans - 3 helai x 3 orang
Baju Dalam & Seluar Dalam - 12 helai x 4 orang
Tudung - 7
Anak tudung - 7 (sebab berpeluh so nak selasa kena bawak banyak)
Telekung
Sejadah Travel Nipis (penting sebab tak semua tempat ada tempat solat)
Power Bank
Charger
Passport
Pen
Travel Adapter
Nursing Cover (mudah supaya boleh menyusukan anak di mana sahaja anda berada dalam keadaan yang sangat selesa)
Nursing Pillow (penting untuk mak yang ada anak infant supaya tidur anak dan mak selesa tak sakit pinggang masa dalan airplane)
Neck Pillow
UBAT
Paling penting panadol, minyak panas, yoko yoko, ubat tahan sakit (untuk lutut dan kaki sakit), ubat demam anak, ubat selsema, minyak angin, plaster kaki melecet. Untuk yang ada anak kecil jangan lupa mosquito repellent. Kesian Cinta banyak gila nyamuk gigit dia.
Mainan Anak (colour pencil, lego)
Stokin x 4 (each)
Stroller anak
Scc
Stroller Rain Cover (penting sangat)
Baju Hujan x 3 (penting juga sebab cuaca tak menentu. Kita tak nak sebab hujan, perjalanan kita terbantut)

ETC
¥800 (RM32) - locker letak luggage kat Namba
NAVIGATION
Transport - install Navitime apps
*JANGAN LUPA AKTIFKAN KAD DEBIT (SENANG KALAU TAK CUKUP CASH BOLEH SWIPE). Tak payah pergi beratur kat bank. Pergi kat ATM jer then select others select activate international apa tah then masukkan date pergi dan balik. Ni buat awal pun takpe. Date balik kalai boleh lebihkan 2-3 hari. Just in case.

ITERNARY
------‐----------

DAY 1 - Kami dah booking airport transfer guna HIS. Sangat berbaloi sebabnya kami tak adalah terkial kial bawak luggage yang berat dan banyak nak cari rumah. Dah lah hari pertama. Hari pertama comfirm blur. Tq dekat menteri perjalanan carikan transport. Memang mahal tapi mahalnya berbaloi. Daripada dah sampai lepas tu stress cari rumah.

Day 2 (FRIDAY)🏯OSAKA CASTLE 🏯
Cost : OAP (Free)
-hari pertama tak pandai lagi pasal rail so kami sesat selama 2 jam. Ahahhahaha!! Lepas tu hari seterusnya terus terror.
SANTA MARIA CRUISE
Cost : OAP (Free)
🎠LEGOLAND DISCOVERY
Cost : OAP (Free)
🐋🦈🐟AQUARIUM KAIYUKAN
Cost : RM90 (adult) RM24 (child)
🎡TEMPOZAN GIANT FERRIS WHEEL
Cost : OAP (Free)
TEMPAT SOLAT - Tempozan Mall, Tingkat 3 (kena minta password dekat Information Counter. Dia bagi masa 30 minit je)
* siapa ada masa lebih boleh guna CAPTAIN LINE 🚤 untuk ke UNIVERSAL CITY. Free je kalau ada OAP. Tapi kami tak pergi sana sebab kami akan ke USJ pada hari ke-6. USJ terletak dalam UNIVERSAL CITY. Lagipun hari hujan masa tu. Gerimis manja. Sesuai untuk siapa yang tak plan pergi USJ. Kalau pergi USJ tak perlu buang masa.
**pengangkutan kami FREE je sebab kami guna OAP. Dengan syarat guna OSAKA METRO SAHAJA.

DAY 3 (SATURDAY)
🏢OSAKA MUSEUM HOUSING & LIVING
Cost : OAP (FOC)
*dalam ni boleh sewa kimono ¥500. Serius siapa yang teringin pakai kimono kat sini paling murah. Tempat lain semua ¥2600 atas.
🛣TENJINBASHISUJI SHOPPING CENTRE ". Apa benda ni?? Ni ialah the longest shopping arcade. Tempat ni walking distance seminit je daripada museum. Dia betul-betul sebelah OSAKA MUSEUM tu. Memang panjang gila. 2 jam pun tak cukup.
🗼UMEDA OBSERVATION DECK
Cost : OAP (free sebelum pukul 5pm)
💸DENDEN TOWN 🎊
- banyak jual anime. Sesuai untuk peminat anime. Kata my husband harganya berpatutan.
🚤TOMBORI RIVER JAZZ
Last ride pukul 8.30pm. Kat dalam boat ni nanti dia akan berhenti betul betul depan GLICOMAN so kita tak payah nak berebut nak tangkap gambar dengan GLICO MAN tu. Kita tangkap dalam boat ni je. Make sure duduk belah kanan.
Transport : jalan kaki dari DENDEN TOWN
Cost : OAP (free)
🍱🍣DOTOMBURI AREA.
Boleh snap gambar GLICO MAN, DOTOMBURI ZAZA and CRAB BESAR. Siapa minat shopping boleh pergi SHINSAIBASHISUJI STREET sebab dia seberang jalan je daripada DOTOMBURI.
🍫DON QUIJOTE
Turun je daripada boat jangan lupa singgah kedai depan boat tu. Namanya DON QUIJOTE. Biskut kapal dia murah. ¥79 sahaja satu.
🦐LUKE LOBSTER (area Shinsaibashi). Takde dine in. Only take away. Rasa dia macam makan roti burger tepi jalan cuma dia letak lobster je. Not recommended tapi bolehlah try. Harga RM70++.
TEMPAT SOLAT : Open. Kami solat depan Umeda Sky Building tu.

Day 4 (KYOTO)
FUSHIMI INARI
Transport : JR NARA LINE (dia berenti betul betul depan Fushimi Inari)
Cost Transport : ¥230
🗼 KYOTO TOWER atau MANGA MUSEUM
Transport : Naik Bus
Cost Transport : KTP
🗼KYOTO TOWER
*cost - ¥600
Or
🏘KYOTO INTERNATIONAL MANGA MUSEUM 🏢
Fee : ¥800
*kat sini kami pecah 2 kumpulan. Siapa yang pergi tokyo tower lepas habis je Tokyo Tower bolehlah jalan jalan kat NISHIKI MARKET 🍣🍤🍵. Siapa yang pergi Museum boleh jalan NISHIKI MARKET 🍣🍤🍵 dulu then pergi museum. Berkumpul semua balik dekat museum. Boleh solat kat sana.
Apa tu NISHIKI MARKET 🍣🍤🍵??
*tempat street food. Banyak pilihan nak makan.
Transport : Jalan Kaki 1.1km
Cost Transport : Jimat
Lunch bekal 🍙🥚
🎎YASAKA SHRINE
Transport : Bus
Cost Transport : KTP
*dah start hujan masa ni. Then plan asal nak pergi Hanamikoji street nak tgk kelibat Geisha tapi hujan. Kat Shrine ni kami tangkap gambar je.
🍵STARBUCKS TATAMI
Cost Transport : kepenatan. Nak jalan kaki pergi Starbucks Tatami 1.1km padahalnya dia dekat sebelah YASAKA SHRINE tu je. Tapi sebab nam pergi tempat Geisha kita menapaklah sikit. Takpe. Jauh perjalanan, luas pemandangan. Lepak STARBUCKS TATAMI. Satu pengalaman yang berbeza. Alhamdulillah ada rezeki dapat tempat kosong. Merasalah minum starbucks duduk kat lantai tatami.
🎎KIYOMIZU DERA TEMPLE
Transport : Jalan Kaki (dekat je dengan Starbucks Tatami. Jalan mendaki)
Cost Transport : Kepenatan tapi worth every steps.
Tengok sunset and menikmati pemandangan indah nampak bandar gitchew. And solat kat sini. Idea Baim. Power!!! Islam itu mudah. Temple ni tutup pukul 6.30pm.
🥘DINNER AT CURRY CLUB RUU.
Kat sini ada tempat solat. Selesa sangat. Staff friendly. Makanan memang sedap. Rugi siapa datang Gion tak pekena chicken curry namban🥘. Pergi pukul 6pm atas sebab pergi awal dia CLOSED untuk masa rehat dia. MEMANG SEDAP!! Nak makan 2 kali tapi jauh. 🤣
Transport : jalan kaki. Dekat je. Sebelah STARBUCKS TATAMI. So siapa nak pergi Starbucks malam pun boleh sebab dia bukak lagi and tak ramai orang.

DAY 5 (MONDAY)
KYOTO
🚞Sagano Romantic Train Station
-nak pergi sini lepas je turun lrt, naik bus guna KTP untuk ke Sagano Romantic Train.
Fees : ¥620 (1 way) Balik naik JR ¥200. Then akan berhenti dekat Arashiyama Toroko Station.
TIPS : Minta seat nombor genap. Macam no. 2, 4, 6 dan 8. Beli tiket awal. Dan amik seat C dan D. Siapa dapat seat ganjil serius tak puas tengok view. 😅 Nak ke Sagano ni kena ambil bus. Guna KTP je. FREE.
🎋Arasyiyama Bamboo Forest
*jalan kaki 8 minit sahaja dari ARASHIYAMA TOROKO STATION.
TIPS : Sebelum nak masuk bamboo forest, boleh beli ais krim matcha + vanila bertentangan entrance. Paling murah pernah jumpa. ¥250 sahaja. Kita takkan patah balik so kalau suka tu beli terus. Kalau ada aiskrim bamboo + cherry blossoms boleh try juga.
FEES : Free
👇👇👇👇👇
plan asal kami sepatutnya ke TENRYU-JI TEMPLE & SOGENCHI GARDEN tapi kami skip. Siapa sempat boleh pergi. Kami keluar rumah hari tu. Pukul 10am baru sampai Kyoto.
*Cost : ¥500 (garden) ¥300 (temple)
*Open : 8am-5.30pm
☝️☝️☝️☝️☝️☝️☝️☝️
🏞HOZUGAWA RIVER
*naik je jalan ARASHIYAMA BAMBOO FOREST tu then belok kiri. Nanti kita akan jalan turun bukit terus je tembus Hozugawa River. Boleh solat kat sini. Ada tandas untuk ambil wuduk. Then duduk duduk sambil tenangkan fikiran. Layan tengok river dia. Gunung ganang. Santai sangat. Siapa nak lunch boleh lunch kat Restoran Yoshiya Halal Restaurant (dekat je dengan bridge) then boleh beli puding matcha halal.
👘KIMONO FOREST
- kat sini tiang tiang dia dibalut dengan kain kimono sebab tu dipanggil kimono forest. Biasa je. Tapi yang best ada foot hot spring. Kami semua rendam kaki secara beramai-ramai. Bayaran ¥200 je siap sekali towel kecil.
🛶TOKETSUYO BRIDGE
- jalan menyeberangi bridge, tengok HOZUGAWA RIVER, snap snap gambar atas jambatan. Memang layan. Dengan angin kuatnya. Wajib pergi!!!
🥣DINNER AT AYAM-YA
Jalan kaki ke Restoran Ayam-Ya. 1.5km from Denden Station
*servis very poor. Tapi makanan sedap.
🛍SHINSHAIBASHI STREET
Sempatlah grab G-Shock kat Bic Camera walaupun lagi 5 minit je nak tutup. Dengan grab buah PANDORA LIMITED EDITION JAPAN.
Tips : Make sure peruntukkan masa betul-betul sebabnya orang Jepun tak macam orang Malaysia. Kalau client datang pukul 9pm masa deme nak tutup memang kena halau baliklah. Siap pesan lagi ada 10 minit je lagi untuk buat keputusan nak beli atau tidak.
Then kami pulang ke rumah 🏠 tq Baim belikan Takoyaki. Takoyaki dia boleh makan tapi jangan bagi dia letak sos dia. Memang sedap dan lain daripada rasa tokoyaki kat Malaysia. Must try!! Harga ¥480 untuk 6 biji. Kongsi dengan kawan dapatlah extra lagi 2 biji. Memang lain rasa tokoyaki kat sini. Wajib cuba!!! Kami beli Tokoyaki dekat kedai bertentangan dengan kedai Don Quijote. Nama dia saya lupa, nanti saya update. Dia jual tokoyaki halal.

DAY 6 (TUESDAY)
🌐🎢USJ
Transport : JR TO UNIVERSAL CITY
Satu hari memang kat sini. Tutup pukul 9pm. Lepas tu boleh jalan kat UNIVERSAL CITY. Ada hard rock.
Tips : Siapa ada anak kecil boleh request CHILD SWITCH kat penjaga gate depan ride tu. Dia akan bagi kertas CHILD SWITCH so katakan kalau ada 2 orang beratur then mintaklah child switch untuk lagi 2 orang. Orang pertama kena beratur macam biasa tapi orang kedua tak payah beratur. Kalau single ride pun boleh request so dah jimat masa kat situ. Kira macam EXPRESS. Ride pertama korang kena kejar adalah FLYING DINOSAUR. Naik je SINGLE RIDE walaupun waiting time dia lebih kurang je. Serius jimat masa. Then ride kedua boleh lari pergi HARRY POTTER. Harry potter takde single rides so boleh consider lari kat sana dulu. Bila dah pulun semua ride extreme mak ayah barulah beli jiwa anak anak dekat MINIONS PARK pukul 7pm then SNOOPY WORLD pukul 8pm sebab malam-malam tak ada orang kat sini. Banyak sangat rides untuk anak-anak. Lagi satu siapa bawak bekal make sure letak bahagian dalam sebabnya orang Jepun ni dia takkan check makanan kita teruk-teruk. Ada kawan tu siap balut makanan dengan telekung. 🤭🤭🤭 kita ni kalau kat Malaysia ni habis dipunggahnya beg kita selagi boleh. Kalau kantoi cakap Halal Food. Tapi depends juga kat orang yang jaga sebab ada kawan makanan dia kena rampas walaupun cakap Halal Food sedangkan ada kawan kami terang-terang bawak makanan 🤭🤭. Tapi lepas maybe sebab bawak anak kot. Tapi dia check bahagian atas je and kalau nak lunch bekal dia ada tempat khas picnic dia untuk kita makan. Kalau tidak makanan akan dirampas kalau bukan makanan daripada USJ. Untuk solat boleh pergi INFORMATION COUNTER.

DAY 7 (WEDNESDAY)
🐮KOBE
Transport : Kobe 1 Day Loop Bus & Hankyu Pass
*berbaloi sangat sebab tak payah jalan kaki teruk teruk then dia berhenti dekat spot yang memang dekat dengan tempat yang kita nak pergi berbanding naik LRT. Tapi dia beroperasi sampai 5.30pm sahaja so balik tu kami naik METRO (¥120) then guna HANKYU PASS.
- NUNOBIKI HERB GARDEN (naik cable car 2 way)
COST : ¥1,500 (RM58.26)
- Kobe Mosque (dekat je dengan Nunobiki Herb Garden)
-Motomatchi Street
-China Street (dia betul betul sebelah Motomatchi Street. Kami skip sebab tak ada makanan halal)
- Kobe Tower
- Harbour Land
*terlepas nak tengok Museum Gempa Jepun sebab tersilap ingatkan nama dia Harbour Land. So siapa nak pergi tengok Museum Gempa sila search Earthquake Memorial Park tau. Kat situ ada sign WEKOBE besar boleh tangkap gambar kat sana. Kobe ni bestlah jalan malam-malam. Sebab dia banyak lampu, restoran dia unik. Romantic sangat. Kat sini juga ada ANPANMAN CHILDS MUSEUM. Dan kita akan nampak Anpanman merata-rata sebab pelukis dia lahir di Kobe. 👀

DAY 8 (THURSDAY)
🦌NARA
- Hari terakhir. Letak luggage kat NAMBA STATION (¥800) then gerak ke NARA. Tengok rusa, bagi rusa makan (¥150) and beli mochi yang feymes tu. Then pukul 4pm geram balik ke NAMBA STATION ambil luggage and bergerak ke AIRPORT using KTP. 👍👍👍👍👍
Total untuk 1 famili (2 dewasa, 1 kanak-kanak & 1 baby): Dalam RM7K (All In lebih kurang cuma tak masuk makan kat sana)
*kalau ikut travel agency bayaran dalam RM12,800. Itupun tak puas cover semua. Alhamdulillah! Mana boleh jimat kita jimat. Tapi kena buat research kaw kaw lah. Tapi In Sha Allah, apa yang kita buat salah itulah yang kita belajar. Macam kami sesat first day then second day dan seterusnya Alhamdulillah smooth je perjalanan. And make sure letak time frame so kalau lari timing pun lari sikit-sikit je.
- cover OSAKA, KYOTO, USJ, KOBE & NARA 😍😍😍
- tak termasuk makanan dan shopping sebab tu hak individual.
- tak sesuai untuk orang tua dan siapa yang sakit lutut atau cepat penat dan tak ada stamina sebab banyak aktiviti berjalan. Power orang Jepun ni!!
-tapi serius Jepun best 👍👍👍👍 paling suka KYOTO sebab banyak nature.
- Alhamdulillah. Berakhir sudah percutian #genghuha 10 orang dewasa, 2 kanak-kanak dan 2 baby yang ke-7 Alhamdulillah!! We made it!!


*BOLEH SHARE TAPI JANGAN LUPA CREDIT TO MY BLOG. HOPE IT HELPS.
*Ohh siapa nak tengok video, boleh tengok di YouTube Channel Ainee Cumi

TOURIST SPOT IN KYOTO

ARAHIYAMA 1. ARASHIYAMA Jangan lupa singgah dan duduk santai-santai di tepi sungai berhampiran Togetsu-Kyo Bridge. Serius mendamaikan...