Friday, May 6, 2016

Qoshi first experience ke hospital

Hari ini.
6 Mei 2016.
Pukul 2.30 pagi.
Qoshi ditahan di Pantai Hospital akibat kekurangan oksigen.

Puncanya batuk tak berhenti dan macam tak cukup nafas. Nafas dia sangat laju. Mula tu dah bawa ke klinik Medione Gunung Rapat pukul 11.30pm tapi doktor boleh kata tak ada apa dan lung dia clear. Balik rumah bagi dia ubat tapi tak berkesan. Terus rush ke Hospital. Doktor bagi neb. Doktor bagi 2 pilihan sama ada nak balik atau tahan wad. Kami pilih duduk di wad. At least apa apa ada doktor dan nurse boleh pantau.

Guna medical card. Zaman sekarang Aini sarankan setiap orang wajib ada satu simpana untuk sakit. Jangan simpan kat bank, Simpan kat Prudential BSN Takaful. Kalau nak cari agent boleh contact Aini. Bukan apa. Cuba fikir. Hospital swasta pun dah penuh sekarang apatah lagi hospital kerajaan.

Ni jadual Qoshi ambil neb. 4 jam sekali. Meraung dia tak suka.

2.30am
6.30am
10.30am
2pm
7pm
10pm

Doktor ambil darah. Banyak. 2 tabung. Keputusannya sel darah putih lebih.

Lepas tu pergi X-Ray. Keputusan doktor kata ada infection. Banyak sangat kahak. Kena buat fisio dan start bagi antibiotik 2 kali sehari.

Sekarang pukul 10.41pm. Qoshi pun dah tidur.

Aku kat sini main ipad. Siap sempat update belog. Kemain! Bukan nak cakap apa tapi memang selesa duduk di hospital swasta. Internet laju tu satu hal. Paling penting tak panas. Agak dengan cuaca elnino macam sekarang ni kalau duduk hospital tak ada aircond mau moody je sehari.

sekian.

Dari insan yang dah lama tak update blog.

No comments:

Kedai Runcit Online

I ni jenis pemalas betul nak keluar dari rumah. Kalau boleh semua nak orang belikan buatkan hantarkan and etc. Masak bolehlah rajin jugak ...