PERINGATAN : SUPER PANJANG. BILA BACA BOLEH MENINGGAL!
So hari Rabu baru-baru ni (10/4/13 - 13/4/13), I dengan Amirul telah menjejakkan kaki ke Krabi, Thailand. Makanya sekarang ni dah boleh dah terangkan apa perbezaan Phuket dengan Krabi. Memang ada beza walaupun satu negara.
Phuket - Banyak pondan, nightlife memang happening, pub bersepah kiri kanan, susah nak cari makanan halal
Krabi - Banyak bangla, nightlife dia lebih ke arah makan makan dan makan, makanan murah yang amat, bersih tempatnya
TIKET KAPAL TERBANG (AIRASIA) : RM230 return untuk 2 orang (RM115 untuk 1 orang)
HOTEL (LANNA BEACH GUESTHOUSE) : RM277
PENGANGKUTAN IPOH KE LCCT (STAR SHUTTLE) : RM84
PENGANGKUTAN DI KRABI : 920BHT (RM96)
MAKAN : 1408BHT (RM147.40)
SOUVENIER + SHOPPING : 1169BHT (RM122.30)
TOUR : 5100BHT (RM533.60)
TOTAL : RM1490.30 for 2 person
Kalau sorang lagilah murah RM745 sahaja. Tapi kami bawak duit belanja kat sana RM1000. Duit semua tukar kat sana. Dan kesemua RM1000 habis kat sana. Kira damage RM1000 lah. Yang I convert convert tu I guna converter live kat google so tak berapa nak accurate sebab lain tempat, money changer rate dia pun lain. Yang accuratenya perbelanjaan kami ialah RM230+RM277+RM84+RM1000 = RM1591.
Nak tukar duit kat Krabi paling tinggi I nampak dia amik dekat CIMB. RM1 = 9.18. Yang lain purata kat sana dalam 8.08 dengan 9.09. Last day baru I nampak kat CIMB paling tinggi. Tak ada rezeki. Duit Malaysia lagi kurang dari duit Thailand. Apa cer? Masa I pergi Phuket tahun lepas dan 2 tahun lepas okay lagi. Still RM1 = 10BHT.
HARI PERTAMA
Bertolak daripada Ipoh naik Star Shuttle kat Bercham pukul 1.30 pagi. Harga tiket RM42 seorang sehala. Sampai LCCT pukul 5.30 pagi. Lagi sejam je boarding gate tutup. Flight pukul 7 pagi. Sampai sana pukul 7 pagi waktu Thailand. AWAL SEJAM YA WAKTU MEREKA DI SANA! Jangan lupa cop boarding pass. Menyampah aku Air Asia sekarang ni. Dulu tak payah pun nak pengesahan pengesahan ni semua. Buatlah sebelum imigresen ke kan.
PERBEZAAN IMIGRESEN PHUKET & KRABI
Phuket : Muka semua stok nak makan orang. Semua stok ganas. Garang!
Krabi : Lembut je. Siap greet Good Morning Kapunkap tapi tak ada siapa reply. Kesian! Dan habit mereka sebelum mula kerja mesti pekena kopi.
Turun je dari flight, turun-turun akan nampak tiket SHUTTLE BUS belah kanan. Beli tiket bus dekat sini. Biasa dieowang akan offer taxi. Tapi taxi mahal. Sampai RM60 pergi Aonang. Cakap je terus nak naik bus. Kalau ke Krabi Town dia tak turunkan depan hotel tapi kalau kat Aonang dia akan turunkan betul-betul dekat hotel penginapan kita. Super ohsem!
HARGA TIKET BUS KE AONANG : 150BHT (RM16) seorang
AINI + AMIRUL = 300BHT (RM32)
Lepas tu check in hotel. Hotel kami terletak 10 minit daripada pantai. Trip kami kali ni tak melibatkan penyewaan kenderaan. Semua jalan kaki je sebab kat Krabi tak ada tempat menarik yang nak dilawati kecuali pantai-pantai. Sangat tenang percutian kali ni.
Perut dah lapar sangat makanya bila dah check in hotel, perlulah cari makanan. Its a restaurant.
HARGA : 200BHT (RM21.10)
MAKAN : Tomyam putih, Ayam Cili Hijau, Redbull (dari 7E.WAJIB kalau singgah Thailand)
AKTIVITI HARI PERTAMA : NAIK GAJAH & PERGI WATERFALL
HARGA PAKEJ : 750BHT (RM79.10) seorang.
AINI + AMIRUL : 1500BHT (RM158.20) untuk 2 orang
Disebabkan ini hari pertama kami maka tak dapatlah nak pergi island hoping sebabnya aktiviti island hoping start pukul 9 pagi. Kami dah terlambat. Dah 9.30 pagi dah time tu. Ingatkan nak water rafting tapi sayang Krabi dah 4-5 bulan tak hujan makanya air sungai pun kering. Water rafting ada 5km je tak ada 9km. Adoii!! Sayang betul. Banyak baca dieowang cakap best gila water rafting 9km. Kalau 5km je tak berbaloi. Tak ada rezeki maka kami pilih naik gajah je. Nak jugak merasa.
Aonang Beach |
Nak pakej murah cari tempat ni. Dia dekat dengan bus stop. Betul-betul nak dekat sampai pantai. |
Money exchange pulak ada dekat depan tourist information tu. Tinggi jugak dia amik. RM1=9.09BHT. |
Waterfall dia tak best sebab tak ada air. Baru cadang-cadang nak mandi. ;( |
Boleh bagi gajah makan kulit dia. Jangan buang. |
Lepas tu balik cari makanan ah apa lagi, lapar woo. Then jalan-jalan kat Pantai Aonang and again cari makanan untuk makan malam. Semestinya cari gerai tepi jalan. Murah, rare dan HALAL. Gerai yang kami pergi ni terletak di hujung jalan Pantai Aonang. Jauh jugaklah menapak tapi sangat berbaloi. Untuk korang yang nak pergi tempat dia senang je. Jalan je sampai penghujung jalan kat Pantai Aonang tu.
Pancake Tuna & Pancake Banana Chocolate. 50BHT (RM5.30) |
50BHT |
10BHT each |
Percaya tak harga dia 20BHT sahaja. Isi ayam tebal gila. Rangup dan pastinya super sedap. |
Serius kat deretan ni korang kena minum air tembikai dia. Fresh dan sangat sedap. |
40BHT |
80BHT |
HARI KEDUA
AKTIVITI HARI KEDUA : PHI PHI ISLAND TOUR
BAYARAN : 1000BHT (RM105.60) per person including lunch by speedboat
AINI + AMIRUL : 2000BHT (RM211.20)
ITINERARY :
8.45am - 9am : Pickup from hotel
Bamboo Island -Lepak lepak kat pantai. 45 minit.
Viking Cave - Ya Allah. Cantik sangat air dia tapi berhenti tak sampai 5 minit. Teruk gila. Part ni tak best sebab kejap sangat. Boat lain yang sampai dulu pun tak gerak gerak lagi kami dah gerak.
Lohsamah Bay - Snorkelling
Pileh Bay - Stop dan lelepak sikit
Maya Bay - Serius tempat ni cantik sangat. Cantik sangat sangat sangat. U should explore. 45 minit jugak masa kat sini.
Monkey Beach - Again snorkelling
Phi Phi Don - Berhenti lunch. Sini lama sikit. Phi Phi Island ni ada banyak kedai dan super besar.
Lepas tu ada satu tempat ni tak ingat nama tapi scenery memang cantik sangat sangat sangat. Ada boat tu siap berhenti lagi tapi boat kami ni jalan je kerjanya. Pfft!! I ada masukkan gambar. Memang cantik.
NASIHAT : Sila pilih speedboat kalau tak keras bontot kome. Duduk kat belah hadapan boat tak pun tepi boat sebab nanti bila dia berhenti boleh berdiri kat atas kerusi tu. Kalau duduk tengah tak merasa nak intai-intai. Atau kalau tahan nak sedut bau enjin bolehlah duduk belakang sekali.
Selesai island hoping macam biasa cari makan ahhhh kat Aonang tu haaa.
Pancake Honey. 260BHT. Tak berapa sedap. Chocolate Banana jugak winner. |
Gerai tuk tuk - jual kerabu mangga & bubur. |
Kerabu mangga - 50BHT. Bihun sup itik - 50BHT. Stik ayam - 20BHT. Cucuk-cucuk - 30BHT |
HARI KETIGA
AKTIVITI HARI KETIGA : 4 ISLANDS
BAYARAN : 850BHT (RM90) seorang
AINI + AMIRUL : 1700BHT (RM180)
ITERNARY :
9am - pickup from hotel
Phranang Cave - okay kat sini kita akan melawat gua. Gua tu sangat lucah sebab ada banyak totet laki. Dia adalah dia punya legend story. Nak tahu lebih lanjut sila google. Kami tak duduk pun kat gua tu. Kami jalan-jalan kat sekitar situ. Pasir halus sangat. BEST! Dia ada dia punya view point tapi kena panjat. Tinggi. Kami pulak tak ada selipar macam mana nak panjat gunung tu maka hasrat terpaksalah dilupakan.
Chicken Island - Berhenti untuk tangkap gambar. Lepas tu snorkelling kat bahagian belakang island tu.
Poda Island - Lepak tepi pantai. Feymes dengan batu seketul dia tu.
Tup Island - Makan lunch. Sedap sangat. Lepas tu dibawa ke island yang dihubungkan dengan jalan pasir. Kalau air pasang tak nampak tapi kalau air surut boleh nampak satu pulau tu link between each other. Kat sini tak payah snorkelling pun boleh nampak ikan. Ombak dia bertemu antara satu sama lain.
KOMEN : Sangat best sebab kami dapat tour guide yang sangat sangat sangat best. Nama dia Abdul Wafi. Orang Islam Thailand. Serius sesuatu tour tu bergantung pada yang membawanya. Kalau tour guide tu best maka pergi 4 pulau je tak payah sampai 8 pulau pun boleh terpahat memori tu dalam kepala sebab rasa semua ahli dalam boat tu macam family.
TIPS : Island ni tak jauh pun. Cuba tengok peta. Maka kalau nak jimat boleh naik long tail boat. Tak payah speedboat pun tak apa. Long tail boat rasanya dalam 400BHT dah boleh dapat.
Bus dieowang siap ada kipas gerak gerak tu. Tengoklah lampu dia. Pergh! Rare gila. |
Long Tail Boat |
Lepas je dah berisland hoping kami pun bersiap siap nak cari tiket bus nak balik esok. Lepas tu terus ke Krabi Night Market yang konon feymes sangat tu. =D
Kedai beli tiket bus terletak di hadapan Mcd |
THE KRABI NIGHT MARKET (FRIDAY - SUNDAY)
- tak banyak choice untuk makanan halal
- harga baju bolehlah dapat 100BHT (RM11)
- souvenir pun boleh dapat murah
- disebabkan pergi night market ni, duit kami pun habis maka tak dapat nak merasa urutan si mamat dan minah Krabi. Cucuk duit kat bank pun tak boleh sebab tak bagitau bank kita nak gi Krabi. Lepas ni make sure kalau nak pergi luar negara sila bagitahu bank supaya bila dah desperate cash dah habis boleh pergi cucuk. Hikmahnya ialah kami tak overspend. =)
- nak choice makanan muslim ialah dekat pantai nga rot pha yang I cakap tu. Atas sikit dari Aonang.
Lepas balik dengan kekecewaan daripada Krabi Night Market sebab tak ada
apa-apa yang best, kami cepat cepat cari gerai roda tiga nak beli Duck
Noodle Soup. Korang kena try. Sedap wooo. 50BHT (RM5.40). Yang pasti
HALAL. Boleh cari di sepanjang gerai gerai Aonang tu. Waktu kami nak
beli, brother ni dah gerak dah. Kami dua-dua jerit, "BANG! BANG!".
Amboih! Dah macam kat Malaysia. Nasib baik dia tengok belakang and
berhenti. Rupanya esok dieowang punya Perayaan Tahun Baru. Songkla
namanya. Maka kebanyakan gerai pun tutup awal hari ni termasuklah gerai
tepi jalan yang kami selalu pergi tu. Inilah last dinner kami di Krabi sebab esok subuh dah nak berangkat pulang dah.
HARI KEEMPAT
Naik bus ke airport dan pulang dengan selamat. Sejam je dari Krabi ke LCCT.
Krabi Aiport |
Terminal menunggu. Mengantuk I tunggu pintu ni bukak sampai memang tidur betul betullah. |
Kalau betul betul nak snorkelling, Thailand memang tak boleh beat Malaysia. Bali pun. Malaysia is the best weyh!! Sila bangga wahai rakyat Malaysia yang sukakan pulau. Redang lagi best. Tunku Abdul rahman marine park kat Sabah pun champion. Ikan dia kat sini sama je. Coral pun mati. Phuket is better. Tapi air dia memang menggundang ketabahan jiwa. Cantik sangat! Okay itu boleh beat. Hihihihihi!
WAJIB MAKAN
- Tomyam putih
- Tomyam merah
- Air Tembikai
- Kopi Ais
- Duck Noodle
- Kerabu Mangga
- Meatball
- Banana Chocolate Pancake
- Ayam Panggang
- Pad Thai
- Nasi Lanta
- Laksa Thai
Kat sini kalau nak massage pun murah gila. RM20 je untuk urutan biasa selama sejam.Dan redbull yang berjaya kami beli untuk trip kali ni adalah sebanyak 20 botol. Duduk sini boleh kencing manis wooo sebab kami batak tengok Redbull murah. RM1.30 je sebotol.
P/S :Next travel is JAKARTA & BANDUNG (September 2013) and okay ini yang paling excited. HELLO KOREA SELATAN on APRIL 2014.
18 comments:
best gilaaa. tapi tak banyak gambar kat pantai hehe.
gila berani kau pegang landak laut tu. aku kalau tengah snorkelling pun takut takut kalau terpijak. salute.
BIKPAH : Ate tak pegang kamera sangat noxxx.
Salute kan dekat I kan? Husband I pun tak berani pegang hokayy. Kalau lipas ye lah aku takut. Landak ni aku anggap macam Huda punya Joni je.
hekelehh geli lipas hekelehhh haha kbai
Babe you have booked tickets to korea already? how much? my next trip will be to korea also but i have yet to book my tickets.
AMES: Jom FB!
Dear...best betul!
I baru nak pergi. hopefully xhujan. Takut sgt..
I have few questions actually.. yang naik gajah tu kan, start pukul berapa sampai pukul berapa ea?
CHIMIDAMA : Wahh nak pergi?? Bestnya! U akan rindu Krabi lepas u balik. Serius!
Yang naik gajah tu petang pun ada. Pukul 1 tak silap I ke pukul 2. Pagi pun ada. Pukul 9 pagi. Kalau aktiviti pagi semua akan start pukul 9 dear. Van/bus akan ambil dalam 8.30 - 8.45 pagi.
Enjoy babe.
Ada apa apa nak tanya lagi bolehlah sembang dekat aineejohari@yahoo.com
=))
I nak pergi Krabi selasa ni.. Apa nama travel agency yg u ambik untuk pakej 4 island tur? Dia provide makanan halal kan?
I nak pergi krabi selasa ni, apa nama travel agency yg u pergi trip 4 island tu?dia sediaka makanan halal kan?
ZAKI : Makanan halal. Travel agency tu tak pasti nama dia tapi I ada letak dalam belog I the direction. Tour yang sama dengan 8 island tu. =) Have fun in Krabi, dude.
ohsemmmm
Salam there.
Nak tnya pasal shuttle bus tu kan .. nnt kita kena tunjuk alamat hotel kita tu eh utk dia drop kat dpn hotel :)
MSMILO : Ha a.
hello dear, i'm going to krabi end of september ni..
so ada beberapa soalan nak tanya since u dah pergi sana kan..
my flight ke krabi awal dalam kul 7 camtu..
so, agak2 kul bape dah boleh sampai hotel?
and possible tak if i nak buat aktiviti on the first day tu?
plannya nak wat elephant treking tu sume on first day...or kalau ada rezeki nak wat water rafting skali..
biasanya aktiviti ni diorg start kul bape eh?
kalau pulau2 tu mmg nak pegi on 2nd day..
thanks in advanced
cujern@gmail.com
hi cujen. sori i tak perasan your message. kenapa tak email i?? kalau flight smpai pukul 7 mmg sempat sgt nak naik gajah semua on thatsl same day. silap silap jk snorkelling pun bisa. kalau ktiviti gajah tu pagi ada ptg pun ada yapi island hoping sekua start pukul 9 pagi
Salam..nk tny,u olls g KRABI dgn travel ke sndri2 ek?
ANONYMOUS: Ha a semua sendiri. Sampai sana baru beli pakej sendiri. Cheap cheap.
salam. saya bcdg nk ke krabi ni end of june bfore ramadhan mcmtu. hotel check in is at 1400. agkagk byk tak activities boleh buat on 1st day?
Post a Comment