Thursday, July 29, 2010

Bila Benda Merah Datang Je, Perut Mesti Kembong

Tak suka betul perubahan fizikal ni. Dahlah perut rasa tegang, ye lah dah nama pun kembong kan? Rasa nak je letak minyak yu yi tu. Dah tu kalau benda merah tu datang mesti nak rasa pening pening, muntah lalu pitam. Benda merah ni pun satu, nak datang waktu tengah hari ni apa pasal, rugi je puasa setengah hari tau. Datanglah malam-malam kan senang, sakit sakit sakit boleh terus tidur lepas tu bila bangun pagi esok, SAKIT PUN TIADA lalu hati pun ceria.

Sekarang ni tengah rasa nak pitamlah ni, nak muntah dah ni lepas minum air milo panas. Kenapa milo panas? Sebab bila panas, persepsi I dia akan memecahkan ketulan-ketulan benda merah yang berkepuk. Tapi kenapa rasa nak pitam pulak sekarang? Shuh Shuh pitam. TAK MAU PITAM! SUNGGUH TAK MACHO!

Bila cakap pasal milo teringat dekat Apek dulu dia selalu belikan I milo panas bungkus bila benda merah datang. Malu I! Tapi sekarang dah tak boleh gedik-gedik sebab Apek jauh lepas tu restoran kat sebelah ofis je, melampau ehh nak suruh Apek datang semata-mata nak hantarkan milo panas. MELAMPAU EHH KAMU AINI!!

1 comment:

Ct SoLeHa said...

gejala PMS la tue..hehe..bendera jepun naik!!

Kedai Runcit Online

I ni jenis pemalas betul nak keluar dari rumah. Kalau boleh semua nak orang belikan buatkan hantarkan and etc. Masak bolehlah rajin jugak ...