Wednesday, February 2, 2011

My Early Bday Hangout

Semalam masuk je kereta, Apek hulur Bday Card. Eeee cantik sangat. Oooomeeeell angat. RARE sangat. HANDMADE some more.

3D some more. Gila rare. Gila teruja. Macam kad untuk princess je. Princess Ainee ehh? Seswai ke?

I LOVE U SO MUCH B! Thanx sangat sangat for this B-Day card. 2 tahun lepas u bagi I card bday besar punya ya. Handmade jugak. Rare jugak memang tak boleh cari kat mana-mana kedai. Tenkiu B! Mesti penat kan u nak buat untuk I kan? Ye lah 3D tu bukan senang. Ecehh! By the way, tak sabar nak dinner malam ni dengan u lepas tu pergi Penang esok dengan u sebab tak sabar nak pakai cardigan mahal tu. =))



Wahh bestnya bday kali ni. Macam ada celebration before, the time and after.



Semalam keluar dengan 3 orang minah yang bernama Syera, Zaza & Yna ni pulak. And now I present 3 orang anak dara yang eeee baik sangat.

Syera Sazeli , Zaza & Yna Bliss

Best gila lepak ok. Dari politik sampai ke artis sampai ke diri sendiri semua masuk. Sembang kencang gila sampai dah tak peduli dah Restoran Ayam Penyet kat De Garden tu nak tutup pukul berapa. Paling best bila ada ayat ayat baru macam, "Jangan buat onar"lah, "Jangan lupa gosip-gosipkan" by Syera. "SWEET SANGAT" pulak by Zaza. I dengan Yna je moden gila tak ada ayat kelakar nak buat. Ni semua si Syera ngan Zaza punya budak kolejlah. Eeee sumpah lawak ok, bila teringat je mesti nak tergelak sangat. ALAHAI SWEET SANGAT!


Lepas tu sesi Yna meluahkan kegeraman terhadap seseoranglah. Fuiyoo cerita dia memang panjang gila, detail gila siap ada flash back semua ok tapi yang best sebab I tak pening. Kalau I yang cerita mesti semua orang dah telan pil esctasy sebab I memang kalau cakap macam KEL sikit.


Ni apa yang I order. Gado-Gado, nasi putih dengan Cappuccino. Weh sumpah sedap ya cappuccino dia tak rugi bayar RM5.50.


Lepas tu tak sangka ok dapat gift from Yna sebab ingatkan dia suruh tengok apa dalam beg BLISS dia. Ye lah ingatkan berkaitan dengan gosip dia sebab ye lah orang suruh cerita lepas tu dia cakap, "Ko tengok dulu ni". I macam ohh adakah gosip ni berkaitan dengan gambar gambar yang ada kat dalam beg BLISS dia tu ke apa rupanya hadiah untuk I. Best! Best! Best! Memang taste I lah.

TADAAA!!
Cantik ok beg ni. Nasib baik Yna tak pilih beg taste orang-orang tua kalau tak muka mesti tak excited. APA YANG BEST?
1) Warna dia.. Kuning mustard gitu..
2) Ada stud stud. I like sangat.
3) Not too big not too small. Sedang-sedang je..
4) Chain dia.. Panjang lepas tu ada style ahh..



TENKIU SO MUCH YNA! SUMPAH SUKA GILA OKKKKK!!!



Ok! Hadiah yang super besar ni. Serius besar weyh!! Haa ni from Zaza. Tengoklah ayat dia. Alahai SWEET SANGAT! Nak tahu apa benda?? Jom layan..





Tadaa! Dis yellow kuning-kuning cute creature. WEYH SUMPAH KIUT SANGAT! Dah lah pagi tadi pun tak sedar tidur pelok yeloowniee ni. Sedap gila tidur I bila pelok dia. Tenkiu so much Zaza, suka gila ok ini hadiah. Suka! Suka! Suka sangat. Bertambah koleksi teddy bear present I.

PINK KUAT SANGAT tu from Apek
PINK SLOW SANGAT tu from my mum
YELLOW KUAT SANGAT ni from sapa lagi kalau bukan ZAZA..
Tenkiu! tenkiu!


Syera pulak dia tak ada masa nak pergi beli hadiah semua. Tapi heyy takpelah, dah keluar makan bersama ni pun dah cukup ok. FUN SANGAT! Tenkiu Syera.. Bukan senang nak date u ok!


Eeeee bestnya bday kali ni. HEPI 22 YEARS OLD AINEE CUMI!
Btw hari ni I kerja half day je so petang ni nak keluar celeb dengan Mira Jamaluddin & Ain Salleh pulak. Malamnya I dinner dengan Apek tu. Esoknya pergi Penang. Lepas tu hari Jumaatnya pergi Gua Tempurung dengan Saza, Ctie-K & Shaz. Wauu! Bestnya bday kali ni. Ok daaa..

Tuesday, February 1, 2011

Rambut Baru yaww & THE DOORGIFT (AINEE'S SIDE) has ARRIVED

Wahai belog, hari Ahad indah yang lepas, saya telah melaburkan RM100 terhadap rambut saya. Ini semua gara gara Iqa Joe si penghasut nak buat rambut juga tapi rambut dia panjang so dia kena RM120. Still murah sebab saya tak pernah buat rambut less than RM150. RM100? Wau! mesti WAUU! MESTI MAHU! Saya buat dekat STYLES SALOON dekat Ipoh Jaya ya wahai warga Ipoh. Kalau tiba-tiba deme caj mahal kasi cepuk pale deme. Dah ahh bukan stuent buat, senior ok! Lepas tu gila kejap buat tak payah nak krem ponggong. 2 jam je ok! Btw abaikan rambut yang macam gila berminyak sebab weyh 2 hari tak cuci rambut kot. Tak busuk tapi berminyak. Eeee I dun like ok nyah.. Tak sabar nak cuci esok. =))


And here is the teaser of our doorgift (Ainee's Side). Amboi melampau kan belum kahwin lagi dah ada teaser. Comel! Memang tepat dengan English Concept I. Tengok ayat ahh bukannya "KITEROWANG DAH KAWIN" tapi "WE ARE MARRIED" tu!

Lega rasanya dah tak payah pikir doorgift untuk belah I. Kasi settle benda lain pulak. =))

Ohh lupa nak cakap, saya telah menghabiskan RM30 untuk beli 2 majalah PENGANTIN edisi khas. Takpe lepas kahwin ni dah tak ada dah majalah-majalah pengantin ke penganton ke ok, darling Apek (I know kalau u tahu ni sure cakap I bazir banyak ni. I know! I just tak boleh tahanlah the nafsu. Heheheh)

Saturday, January 29, 2011

My Early Bday Present

Wahh bestnya hari ni.
Banyak betul makan, perut pun dah buncit. Apek belanja makan kat Johnys lah, dekat Hainan Chicken Ricelah, lepas tu I pulak belanja Apek dekat Fruits Landlah. Banyaknya makan macam orang kebulur dah.

Lepas tu ingat nak cancel dewan Town Hall tu sebab eee tak cantiklah dalam dia. Harap luar je cantik, dalam huduh babe. So cancel-cancel-cancel. Isnin ni nak call dia tanya boleh tak ambil duit deposit balik. Haishh harap haraplah boleh, banyak tu. Boleh beli kain nak jahit gown rose rose tu! Kowang doakan lah boleh ambil balik tau duit I tu. Haishh menyesal! menyesal! Dah kena survey dewan lain pulak. Ye lah hari tu tengok macam cantik, ini kiterowang pergi lagi sekali mak aihh terasa buruk pulak. Banyak benda nak cover. So reject! Reject! Reject! Sanggup burn duit deposit tu.

Tapi paling happening sekali Apek dah belikan bday present awal-awal tu. Cardigan yang super cantik dan super mahal sebab harga cardigan je RM99. MAHAL TU! Cardigan je weyh, tapi takpe cardigan tu memang cantik. Lepas tu dia ada beli lagi satu baju. Tapi Basic Tee je tapi cantik. I tetap suka. Brand Zero To Ten. Haaa kowang kat Ipoh ni kalau nak shopping baju baju uptodate boleh ahh gi dekat De Garden then singgah butik Zero To Ten, Ground Floor. Memang uptodate ahh baju dia. I like! Tak payah penat penat nak turun KL nak cari baju baju uptodate gitu. Kalau nak tengok hadiah tu, tunggu bday I nanti. I pakai on dat day. Eeee tak sabarnya nak melaram. Btw tahun lepas Apek bagi I dis sexxy Stella Stud. Still remember?? Alah tak ingat. Haaa pergi klik! Pergi klik.


Its on my wishlist next month.

Ehh oklah, I nak tidur dah ni. Dah lewat malam ni. Daaa daaa. Kowang jangan lupa pulak my bday present ok. I will be 22 years old this year on 2/2/11. Cantik kan?

Friday, January 28, 2011

DOORGIFT (AINEE SIDE)-Completed

Hari ni dah bayar habis dah dekat MarryMe2U. Agak-agak minggu depan sampailah tu. Awal gila kan I prepare? SANGAT! Bukan setakat doorgift je, dewan pun dah bayar deposit, cincin pun dah beli, hantaran pun sikit sikit macam perfume pun dah beli. Amboii! Semangat betul kan?? Pelamin kat rumah pun dah bayar deposit. Bukan apa, malas nak tangguh tangguh kang makin dekat hari kang makin malas. Haaa macam mana?

By the way, projek lepas ni nak DIY buku catitan sebab buku catitan sekarang ni cam tak best je. Macam tak organized. Dulu waktu tunang pun ada buku catit catit sebab at least bolehlah tahu kan duit keluar berapa semua. Korang pun kena buat jugak tau kalau nak tunang atau kahwin nanti. Senang! Nanti dah settle buku tu Aini tunjuk tau sebab sekarang ni Aini tengah cari hard cover macam diari yang boss boss selalu pakai tu. Recycle lah katakan.

Ok! Esok Aini dengan Apek memang super bz lah sebab nak pergi ekspo kahwinlah, nak pergi jumpa tailorlah, nak pergi daftar kursus kahwinlah, nak beli dress untuk dinner nak celebrate bday yang ke-22 on dis 2/2/11 ni lah. Huishh bz! bz!



Ehh baru je bukak email tadi, tengok-tengok Apek ada hantar email. Ohh patutlah beria tanya tadi saya ada bukak email ke tak ehh? Alahai sweetnya awak ni, bz bz pun sempat buat benda macam ni untuk saya kan? tenkiu! Dulu ingat lagi zaman sekolah awak mana ada guna komputer komputer ni semua awak buat handmade je. Lukis lukis kartun orang lidi yang comel comel tu atas kertas lepas tu bagi kat saya. Sweetnya awak ni. Thanx B! Serius terharu ok.
HEPI ENIVESARI MR. LUFF. Muax!

Wednesday, January 26, 2011

VOTE FOR ME.. Teringin nak CST amik video kahwin

Ok sekarang dah tahu dah macam mana nak vote for CST & Lynda Rahim contest. Entahlah time nak type ni mood rasa down sangat, nak meraih simpati pun macam down gila. Macam tak ada harapan je nak menang sebab I ni bukannya blogger peymes ada hati nak menang. Haktuih!!

Ok ok tapi takpe sebab kawan yang baik seperti HudaLuna & SherahDomo ni sangat menyejukkan hati. Menaikkan semangat yang makin pudar ni.

Ishh macam mana nak suruh korang vote ni ehh?? Oklah bagi ayat sedih sikitlah ehh..


Nak baca ayat sedih tak??


Ok! Macam ni, I nak sangat sangat menang contest tu sebab nak pakai duit sendiri hire CST memang sah lah poket rabak gila. Kalau nak juga pun, kena let go something yang penting dalam wedding nanti. Contohnya, honeymoon. Kalau tak let go pun mesti kena minimakan apa yang patut dalam wedding I contohnya tak payah amik pelamin ke? Hamboii melampaulah nak kahwin tak ada pelamin kan, bukanlah pelamin tapi maybe benda-benda lain lah kot. Haa tu lah salah satu sebabnya nak sangat menang contest ni. Lagi satu baju. Baju Lynda Rahim memang meletup kan. Kalau menang contest ni dapatlah pakai baju yang meletup letup pada hari yang paling penting dalam hidup. Mungkin sekali seumur hidup tu je lah dapat melaram sakan, nak over lebih-lebih kan. Susah susah kang I buat je wedding tema pakai baju tidur. Style apa! Hehehehe! Lagi satu kalau dapat baju at least bolehlah cut cost kan.

Ok! Dah, malas nak emo lebih dah sebab bila taip laju-laju ayat nak emo tiba-tiba semangat naik pulak. Korang jomlah Vote I ramai ramai kat number 137. Apek punya 138. Serius, Apek punya ayat-ayat sangat sweet dan sangat mencairkan hati dalam notes dia. I terpaksa letak diri sendiri dalam peti sejuk untuk bekukan diri sendiri balik. Jangan lupa suwuh kawan kawan LIKE sekali tau. PLEASE PLEASE PLEASE VOTE FOR ME! Tak cukup besar ke tulisan vote tu? Siap bold kan lagi tu, nak menang sangatlah tu.

Ehhh penat merayu tapi tak letak pun link kat mana kena pergi ehh.. Pergi sini belog CST atau belog Lynda Rahim then klik LIKE untuk number 137 & 138 ok. I tak tau lah nak berterima kasih macam mana kat orang orang yang support I ni. Terharu sangat. Kalau I jemput datang wedding amacam? OK tak? VOTE TAU! Tapi kalau semua dah memberikan sumbangan jasa penat lelah klik LIKE tapi I tak menang, takpe tu kan semua rezeki.

Ok! Chill..=))

Tuesday, January 25, 2011

Outfit dayang-dayang: BIRU!


I kan ada satu angan-angan tau. Ni dah impikan dari kecil lagi tau. I nak hantaran-hantaran I tu kawan-kawan I bawak dalam barisan gitu. Konon macam dayang-dayanglah ni kan. Lepas tu kawan-kawan I tu pakai baju semua colour sama. Tak adalah sama tapi macam kalau hijau haa mesti dalam adik beradik hijau jugak, hijau pucuk pisang ke, bapak hijau ke, hijau ala ala shrek ke tapi tak kisahlah pattern apa pun. Sebab tak nak lah terikat sangat dengan fesyen yang sama, tak best lah kan. Tapi colour tu bolehlah jadi colour hijau kuat ke hijau pelan ke hijau pucuk pisang ke kan (ok! berapa kali nak ulang daaa). Apa-apa je lah janji dalam satu mak dan satu bapak punya colour. =))

Makanya disebabkan I dah tahu dah I nak bagi hantaran kat Apek colour apa so dengan rasminya I pun dah tahulah kan nak suruh kawan-kawan I tempah/beli baju colour apa untuk hari nikah I nanti kan. Penat juga bila kawan-kawan I dah sibuk tanya, "Aini, ni I nak tempah baju colour apa ni?".. Haa udah I tak tahu nak jawap apa sebab tak sure lagi nak bagi Apek hantaran colour apa. Tapi sekarang dah kompem dah nak bagi Apek warna BIRU.

So kawan-kawanku yang telah dilantik secara resminya, silalah tempah/beli baju kurung ke kalau nak lagi glamour kaftan ke kan colour biru tau. Kalau baik hati, amiklah colour biru pelan. Tak maulah kaler biru pekat. Tak nampak soft. Hehehehe! Demand kan aini ni? Dahlah tak sponosor kain. Caitt!! Tak apa, I tahu semua kawan-kawan I yang I pilih untuk jadi dayang-dayang I tu baik hati lepas tu dengan ikhlas dan jujurnya teruja dengan berita I nak kawin dengan Apek ni. I LOVE U GUYS SO MUCH LAH!

Tapi tu lah ramai sangat kawan I yang baik hati, tak tau nak choose siapa. Lagipun kawan-kawan I ni kebanyakannya study lagi so takut kang tak dapat datang ke apa kang, menangis meraung I tak cukup dayang-dayang. Tak apa, itu nanti I pikir-pikirkan yang penting colournya dah ada. Masuk video ok korang, so better pilih outfit tu cantik-cantik sikit tapi jangan nak over sangat kalah pengantin. I tau kawan-kawan I ni semua over-over nok, tapi takpe. I LIKE!


SENARAI DAYANG-DAYANGKU!
1) Mira Jamaluddin
2) Ros Hanisah
3) Diana Amin
4) Yna Bliss
5) Izzati Firdaus
6) Syera Sazeli
7) Dottie Khairuddin

**bawah ni reference untuk bakal dayang-dayangku

Warna ni paling feberet sebab dia super soft.

Kaftan.. Manis gila muka pengacara WHI ni. Nampak muda je.


Maybe senarai dayang-dayang akan bertambah kalau ada pertambahan dari segi hantaran. Apek dah lah over mintak jam tangan GUESS tapi takpe cincin gua lagi mahal dari lu punya jam tangan GUESS so tarak hal lah B, gua tak rasa macam kena pau lah sebab gua pau lu lagi banyak derr..

p/s: Untuk pengapitku si NUR AIN SALLEH yang over, tunggu dulu. Warna untuk outfit anda masih tidak dapat dikenalpasti. Mungkin ungu sebab ungu sangat cantik ok bila gabung dengan biru. Sabar ya rakan yang paling ku sayang.

Monday, January 24, 2011

My Dreams "Wedding" (MY SIDE)

APEK & AINEE-since 280805

Ohh hai.. Assalamualaikum dan selamat petang. Ini sticky post tau padahal waktu taip ni pun tak tau nak buat sticky post macam mana sebab ni first time join contest.. Fuiyoo! Clap clap untuk diri sendiri. **applause

Semalam baru je tau CST dengan Datin Lynda Rahim ada buat contest. Dah lah beberapa hari sebelum tu ada mintak quatation kat CST, tak sangka pulak dieowang ada buat contest. Teruja I nak masuk sebab sumpah suka ok cara CST edit video semua. Macam WAH GILA PRO, KALAU ADA BAGET HARUS NI DAN WAJIB NI AMBIL DIEOWANG. MOMENTS PENTING SEMUA TAK TINGGALLLAH!. Tapi budget macam lari je sebab budget RM1500 je tapi manalah tau kan join contest ni rezeki ke kan. HELLO! Siapa tak nak CST buat video kawin, dah lah tu dengan baju Datin Lynda Rahim yang super meletop tu. MELTING! Tapi memang promise kat diri sendirilah, kalau ada rezeki ni, memang akan amik lagi satu video from CST untuk cover lagi satu event. Dah lah hari yang sama so tak adalah CST kena patah-patah balik kan. Kalau ada rezekilah, kalau tak ada terpaksalah redha, korek duit tabung ke apa ke kan. Silalah like FB page Datin Lynda Rahim dan FB CST Production. Jangan lupa vote untuk I tau.(*_*) My lucky number is 137 darling.

OK, jom mulakan PERKAHWINANlah IMPIANlah SANGATlah I ni.. Impian ni semua I impikan dibuat pada malam hari pada majlis resepsi belah I. Nikah dengan resepsi belah laki, I buat lain entri ok. =))


1) PELAMIN (KONSEP: ENGLISH STYLE)
-Kalau nak cakap ni impian dari kecil memang menipulah sebab I memang tak pernah pun terfikir nak kawin waktu kecil biasalah tomboi kan so impian ni timbul bila I tengok cerita GOSSIP GIRL waktu Blair ke sapa entah buat WHITE PARTY tu. Perghh terus jatuh cinta ok!! Memanglah tak ada pelamin tapi konsep tu, idea tu datang. I impikan sebuah wedding yang nampak suci so I nak pelamin I warna putih. Kalau boleh nak semua orang pakai dress warna putih/cream tapi amboihh melampaulah kan nak buat macam tu kat Malaysia ni, ada ke orang ikut dress code dress code ni? Tapi still ada dress code ok! Dress code I warna warna pastel. Very soft supaya wedding tu nampak romantic sangat then my guest semua dapat rasa the power of our love. Eeewahhh!

Paling suka! Rasa tak keSUCIan pelamin ni? Pelamin kalau boleh nak lebih kurang macam ni lah.

Bertuahnya kalau dapat buat macam ni. SUCI GILAAA!!

Kalau baget kurang, maybe boleh buat macam ni. Cantik jugak. Hello! Orang cakap ukur baju di badan sendiri kan maka I memang kena ukur cukup cukuplah.


Haa tengok semua pelamin contoh I semuanya warna putih. Memang hardcore nak pelamin warna putih tau. Waktu tunang hari tu I dah buat warna funky gabungan Pink + Purple kali ni nak sesuci sucinya.



2) DRESS/ BAJU PERSANDINGAN
-Ok bila tang baju, I memang super super super teringin nak ada attachment of rose on my wedding dress. I super nak ok tambah-tambah kalau Datin Lynda Rahim yang design dan tailorkan untuk I lagilah I tak tahu dah nak cakap apa. Mesti tak habis habis cakap, OMG!OMG!OMG!OMG!OMG! sampai kawan-kawan pun nak OMG sekali dengan I.

This is SO MY FAVORITE!
Akan ku edit edit sikit kasi tutup bahagian badan mana yang tak patut lepas tu suruh designer realisasikan impian I. Can't wait for that moment.

Ni pun favorite I. Kalaulah ada rezeki, Datin Lynda Rahim tolong buatkan mesti bersyukur gila. Cantik sangat kan??kan?? Macam princess. Dress kembang-kembang macam ni kalau boleh nak buat untuk potong kek.


Sebelum contest ni memang dah pergi tengok dah page Datin Lynda Rahim tapi weyh I reti ukur baju di badan sendiri kot, mana mampu nak beli dress yang super lawa, yang super berkualiti ni, tapi I tetap save gambar ni dalam Folder sebab gorjes gila. Teringin nak pakai waktu akad nikah.

Ni pun dari Datin Lynda Rahim dress collection. Yang ni pulak my favorite untuk reception. Cantiknya!!! Macam flowy flowy gitu..



3) KASUT
-Inilah yang jarang sangat orang titik beratkan. But for me, I sangat titik beratkan kot sampai waktu hari tunang tu pun sibuk nak cari kasut. Tapi rupanya, baju yang I sewa tu datang sekali dengan aksesori, bunga tangan, kasut dan veil. Untung sangat kan?


And here it is, kasut yang I idamkan sangat. YES! ROSE AGAIN! I know..
This is the only shoes that I'm dreaming to wear on my BIG DAY and I hope it will come true.. Please! Please! Please! Pleaselah tembungkan jodoh I dengan kasut ni. Kalau siapa-siapa kat luar sana nampak ke kan design kasut macam ni bagitahulah kat I tau.



4) WEDDING CAKE
-Wahh part makan ni yang paling best ni. Zaman sekarang ni ramai orang buat kek bentuk replika kan?? Tapi mahal tuu, oden manalah ada duit nak buat replika-replika tu lagipun I suka something yang simple, classic, sweet and just nice. Lepas tu teringin nak bagi semua tetamu turut merasai kek kahwin I tu. Ini selalunya tetamu tak dapat pun nak rasa cake kawin tu. Dapat tengok je. So bagi tetamu makan kek kahwin pun adalah salah satu impian I. =))

Cake-Cake yang simple and nice macam ni dah cukup buat hati I tersenyum.

Kalau ada duit lebih mungkin boleh decorate tempat cake jadi cantik dan menawan macam ni sampai buat mata semua yang memandangya terpukau.. Sampai semua orang dah tak tengok pengantin dah, semua orang tengok cake je.



5) BUNGA TANGAN
-Wahh ni sebenarnya I impikan bunga rose merah yang dibentuk macam hati lepas tu dikelilingi ros putih tapi I google gambar tak jumpa jumpa pun makanya I lukis kat paint je lah so dat dapatlah korang bayangkan hows the flower look like..

Ok! Lukisan memang tahap amatur punya. Haa lebih kurang macam ni lah apa yang impikan untuk bunga tangan I nanti. Get the idea? Ok good..

Tang tangkai dia kalau boleh I nak lilit lilit macam ni dengan riben je lepas tu letak brooch vintage.

Lepas tu tak nak bagi nampak kosong, I nak letak daun daun lingkar lingkar panjang panjang ni kat tepi tepi. Ok sumpah tak tau nak describe macam mana, so bila dah sampai je harinya I just tunjuk je tiga-tiga gambar ni dekat my florist. OK! Tiba-tiba rasa jantung dup dap dup dap tak sabar.



6) CANDY BUFFET
-Sekarang ni kalau tak ada wedding yang menghidangkan sweets macam tak sah kan? Sekarang ni pun I dengan Apek tengah survey nak beli bekas bekas untuk letak sweets sweets tu tapi serius mahal gila ok bekas bekas tu kat SSF. Tapi cantik. Takpe, tunggu sales nanti, harap-haraplah murah sebab budget serius dah tight sangat budget ni..=))


Macam ni. Maintain dengan warna putih/cream


Ok! Ini paling penting. Wajib ada. Cupcake yang atasnya depenuhi dengan design ros putih. Tapi sekarang ni cupcake dah mahal. Nak buat sendiri, tapi oven pun tak ada. Will try to solve this problems asap sebab sumpah teringin sangat. Suka beno I dengan rose putih kan?? Of courselah, my dream ok.



7) CENTERPIECE
-Mula-mula Apek macam bantah jugak I nak letak centerpiece semua sebab bayangkan 40-40 meja tu takkan nak letak centerpiece Apek cakap sebab katakan satu centerpice tu berharga RM10, 40mejaxRM10 dah RM400. Tapi I cakaplah kita carilah yang murah-murah tapi cantik. Kita deco sendiri. So I kan suka banyak banyak lilin kan so I suggest letak lilin dalam bowl je. Then dah jumpa dah kat SSF. Oklah still in budget. RM5 je dan paling best ianya memenuhi impian I yang sememangnya kalau boleh nak banyak banyak lilin. 40 lilin?? Wauu!! I like..


**lebih kurang..



8) GUESTBOOK
-OK! Ini paling wajib ada sebab zaman sekarang ni macam tak complete je kalau tak ada Guest Book. Waktu tunang I pun I buat Guestbook inikan waktu kahwin kan? Tapi waktu tunang hari tu, Guestbook tu simple gila je. Buat pun kos kurang dari RM10. Tapi part paling best bila baca apa yang kawan-kawan kita tulis. Kelakar pun ada. Tapi waktu wedding ni ingat nak buat lebih sikit. Hahahah! Mesti kawan-kawan yang datang tunang hari tu mengeluh then cakap, "Haiyoo!! Tulis ucapan lagi. Penat nak perah otak ni nak tulis apa.".. Peduli apa oden, kowang kena perah juga otak dan make sure jangan tulis benda sama. Nak suruh ada cucu 100orang lah, nak suruh bagi duitlah, amboihhh!


Nak macam ni.. Simple je tapi nak tukar siktilah bagi ala-ala konsep English sikit. =))
Haishh harap-harap cukuplah masa sebab cadangnya nikah pagi tu, malam buat reception.



9) OPENING
-Nak sangat waktu kaki melangkah masuk ke dewan tu, sewaktu semua mata terpaku melihat pintu masuk, sewaktu mulut terkunci rapat, sewaktu hati meronta-ronta melihat raut wajah berseri-seri pasangan yang baru dinikahkan pada pagi itu (ewah kau ayat!), I teringin sangat langkah I diiringi oleh pasangan anak kecik yang comel menaburkan bunga di carpet putih sambil diiringi oleh pemain biola. Pemain biola dah dapat dah sekarang ni nak recruit budak kecik tomei omei je.


*White carpet instead of red. Kalau adalah..


10) VIDEOGRAPHER
-Inilah salah satu insan yang memainkan peranan yang sangat penting ketika majlis berlangsung. Kalau tak ada dieowang tak ada kenangan. Kalau tak ada kenangan, eeee tak bestlah. Ibaratkan waktu kecil, parents kita lupa nak snap gambar, hemm mungkin waktu tu parents tak berduit ke nak beli kamera kan dahh emo bila besar tak tahu rupa waktu kecil macam mana. Once in a lifetime kot wedding ni so wajib dan wajib hire Videographer. Secara jujurnya, I prefer Video sebab Video kan life gitu. Kalau snap-snap gambar ni maybe boleh je suruh kawan-kawan yang sekarang ni minat dalam ambil-ambil gambar tapi video ni kita memang kena ada kepakaran nak shoot moments then nak edit edit nak sunting lagi. It really takes times ok and u must be creative ok!! Tapi hari tu tunang nasib baik ada kawan Apek rakam video tanpa disuruh. Alasan dia sebab dia tengok semua orang ambil gambar so dia ambil lah video guna handset dia. Sumpah terharu ok! Thanx Nazrin kalau tak kena bergantung kat gambar je. Tak bestlah. Nak tengok klik sini.

Ok sumpah panjang gila bebel, korang nak tahu tak siapa yang I teringin sangat nak hire sampai last few days I memang ada tanya harga sebab memang nak sangat ambil sebab ada satu time dia buat promo RM1499 je ok tapi sayangnya I dah terlepas dan wedding I pun lambat lagi time tu. OK, jelas sekali tak lain tak bukan CST PRODUCTION lah. Korang doakan ok, impian I nak hire this power team tercapai. Amin!!



Ok! Itu je lah setakat ni, panjang gila kan impian I ni. Ada lagi tu terselit-selit tapi tak nak bagi u all semua buhsan makanya berhenti sampai sini je lah.


Actually before this pun I ada cerita pasal dream wedd I tapi sikit je lah. Tapi hari tu I berangan nak kahwin kat rumah tapi sekarang plan terpaksa bertukar kepada dewan. Nak baca? Klik sini.

Ok apa lagi korang jomlah terjah ramai ramai kat FB page


FB Datin Lynda Rahim



dan

FB CST Production.


Dan bagi menutup my dream wedding ni, I nak ucapkan terima kasih sangat-sangat dekat CST & Datin Lynda Rahim sebab buat contest macam ni dan bagi peluang untuk B2B yang dambakan hasil karya mereka tapi budget terlajak ke apa ke kan. Tenkiu so much. Dah secara ikhlas dan jujurnya, I berharap sangat CST dan Datin Lynda dapat realisasikan impian I ni.

BTW, IM LUCKY 137 and Apek pun ada join jugak. Dia No. 138. Nak baca entri dia bolehlah pergi kat sini. Dia cerita pasal kisah cinta kami tapi kisah cinta kami terlampau panjang then dia pun tak ada masa memandangkan lappie dia dah meletop so dia curi-curi buat waktu rehat dia so he just summarize it so dat people tak boring. Sweetnya Apek, semata-mata untuk hadiahkan dekat I. Tenkiu Honey Bee. Anyway ENJOI UR READINGS PEEPS! Psssstttt jangan lupa klik LIKE lepas baca. =))

#REVIEW Baju nikah