Showing posts with label Perjalanan Nak Jadi Double(Engagement). Show all posts
Showing posts with label Perjalanan Nak Jadi Double(Engagement). Show all posts

Friday, June 24, 2011

#STORY BOOK harga baik punya. RM92 sahaja

Olla! Assalamualaikum. Indahnya malam.

Kenapa dikatakan indahnya malam ni? Bunga bunga betul Aini malam ni kan? Well, mau tak bunga bunga weyh, hati penuh dengan bunga sebab I baru purchase storybook yang harga sebenar dia RM368 tapi I dapat beli RM92 je weyh. Betul! RM92 sahaja. Anda tak rabun, anda tak buta ya. MEMANG RM92 SAHAJA! Tak lebih tak kurang. Tepat-tepat.

Memang murah rezekilah hari ni. Dengan Apek dapat job, I dapat bonus. Lepas tu dengan tawaran terhebat yang I jumpa secara kebetulan ni. ALHAMDULILLAH!! Dapatlah print gambar gambar tunang yang dah tertangguh sekian lama tu. Ada hikmah rupanya tangguh lama-lama. >.<

Honestly, I pun tak tahu ini dah kali ke berapa yang I cakap, yang I suka gila kat storybook more than custom album. Serious weyh!

Ok, Aini memang banyak bebel kan tapi tak bagi bagi tahu pun kat mana dapat diskaun yang super tu. Klik sini. Groupon Malaysia namanya. Lebih kurang macam MilkADeal jugak. Best betul dunia sekarang. Semua pakai online je. Coupun pun skang print je.

Oklah sayonara. Skang nak pi bincang dengan #loveluff apa yang dia nak edit. I love this FRIDAY!

Thursday, April 14, 2011

BUDGET : TUNANG

WELCOME TO SEGMEN BUDGET TUNANG. IM AINEE AS YOUR HOST FOR TODAY!

CAUTION!!
PLEASE GET READY WITH PANADOL AND A GLASS OF WATER BY YOUR SIDE COZ THE POSSIBILITY OF YOU GETTING DIZZY WHEN YOU READ WHAT'S AINEE GOING TO MEMBEBEL IS QUITE HIGH.



Ok. Disebabkan dah ramai sangat tanya I soalan ni baik di FB lama mahupun di FB baru yakni di email sekalipun ramai beno orang suka tanya soalan ni makanya I tempeklah kat sini jawapannya supaya semua orang boleh baca. Kira macam jawapan berbalas versi borong ahh.

So mari kita kira baget tunang I. Majlis tunang I lah, bukan tunang orang lain tau so maybe tak samalah kos pembaziran wangnya. Maybe ada yang lebih maybe ada yang kurang. Maybe korang boleh kurangkan apa yang terlebih and lebihkan apa yang terkurang. Ni semua just nak bagi gambaran berapa budget yang perlu korang ada kalau plan nak bertunang.



1) KHEMAH
Actually ni tak berapa penting pun tapi untuk keselesaan para tetamu makanya wajib ada ok but depends on the individual. Ada orang porch rumah dia besar gila then siap ada bumbung lagi so tak perlu khemah lagi ahh so boleh save duit kat situ tapi kalau rumah macam I uishh kena sewa khemah woii kalau tak mau dengar tetamu mencarut carut tak cukup tempat duduk. Macam I sewa 2 khemah biasa je. Kenapa 2 instead of 1? Sebab I ni memang seriously utamakan tetamu dulu before myself. I tak nak tetamu rimas tak cukup tempat duduk ah. Nak makan pun kena tunggu giliran sebab tak ada tempat kosonglah so I tak nak macam tu. Hasilnya, tetamu I semua selesa on that pre-big day. (^_^)

KOS: RM150 (1 khemah plus kerusi meja sekali alas meja)
RM300 (2 khemah sekali kerusi meja + alas meja)

RM60++ for skirting meja buffet

CONTACT: 019-510 7870 (Isa)



2) MAKAN-MAKAN
Bab makan-makan ni tak sure sebab masak sendiri lepas tu ayah yang sponsor. Rasanya RM1000 jugak habis untuk 150 orang tetamu sebab masak lauk ayam berempah, ayam masak merah, daging kurma, kacang panjang masak rendang, tembikai. Lepas tu air ribena, konon nak ikut tema purple ahh sampai air pun nak warna purple nyah. I ada gebang kat sini. Kalau nak senang upah je katering. Maybe kita boleh kira RM8.50 satu kepala. Macam I nak kira upah pekerja lagi RM80 untuk 2 orang lepas tu sewa pinggan pinggan tu semua dah RM200 so better ahh amik catering je. Pusing pusing balik kosnya sama je.

KOS: RM8.50 x 150org=RM1,275


3) PERSALINAN
Haa kau jangan main BM I skang ni, A++ tu. Tak panggil baju ke apa panggil persalinan wooo. Ok so persalinan ni I sewa dengan harga RM180 sahaja dekat B&R Boutique which is dekat dengan Jusco. Apa yang dia bagi? Memang best sewa dekat dia ni, kat butik lain rasanya tak dapat kot. Dia bagi I baju yang cantik marvelous tu, kasut, aksesori, veil, korset dan aksesori. Kawan-kawan semua puji I punya baju lawa, dah macam nak kahwin dah baju I. Ohh terima kasih kawan-kawan yang memuji, terasa berbaloi baloi sewa baju ni.

DEPAN

BELAKANG

KOS: RM180

TIPS: Bila tengah survey baju terus nyatakan budget and make sure budget tu kurang RM20-RM50 dari budget sebenar kita sebab macam I ni, mula-mula akak tu cakap RM250 lepas tu I cakap budget I RM150 je then dia cakap kalau RM180 boleh? I pun on je lah walaupun over the budget tapi still affordable. Tanya kat kedai lain dahh ahh buruk nak charge mahal pulak tu memang tak dapat ahh.

4) PELAMIN
So pelamin ni kiterowang buat sendiri. Kawan-kawan semua suka. Cakap lain dari yang lain ahh. Ada yang nak amik jadi wedding planner ah. Amboihh!! One day ok kawan-kawan. One day! Nantikan je

KOS: RM500

TIPS: Baik ambil pakej. Pakej lagi murah. RM500 dah boleh dapat complete semua dah dari baju, makeup dengan pelamin.


5. HANTARAN
Untuk hiasan hiasan hantaran semua serious mahal gila.

KOS: RM215 (Apek to Ainee)
RM260 (Ainee to Apek)

Barang-barang kat atas dulang tu depends. Maybe round up semua termasuk barang hantaran dengan hiasan dulang semua tak termasuk duit hantaran yang Apek bagi on dat day jadi:-

TOTAL: RM1,500


TIPS: Mintak makcik-makcik sedara sponsor barang atas dulang tu kecuali cincin dengan duit hantaran ahh kan. Melampau ahh itu pun nak sponsor. Jimat!


6. MAKEUP
Makeup done by Lily Ah Loy and her assistant cousin, Aliyyah Abdul. Gambar ni tak edit langsung okay. Dia makeup memang smooth sangat, tak payah nak edit edit dah memang jerawat ke kumbang ke apa ke semua memang totally vanish walaupun in real life. Bayangkan gambar kat atas ni snap pakai DSLR tapi weyhh licin habis, ye ahh biasa kalau pakai DSLR sure tak dapat tutup kecacatan kat muka kan tapi makeup done by LIly ni wahh memang terbaik ahh. Semua kawan kawan puji how I look amazingly beautiful on dat day. Thanx to Lily and Leya baby. Sampai mak Apek time nak sarungkan cincin pun cakap, "Cantiknya Aini, wanginya Aini". Ok tang wangi tu pun thanx kat Lily jugak sebab dia sembur perfume Anna Sui dia kat I. Nak harapkan I ni mana datang perfume, poket rabak tak mampu beli.

Closeup. See? Tak nampak kan ketumbuhan ketumbuhan kat muka. Yang penting tak tepung gomak okay. Natural! I'm going to hire her as my makeup artist for my BIG DAY too. Do add her on FB or follow her on Twitter if u keen to take her as your MUA. Her price? Seriously, its so damn reasonable. I waktu tunang ni free je dia makeup sebab member kan tapi time kahwin kang siap ahh duit tak dapat ahh semua nak FREE. Ahahahah!

Leya, Ainee, Lily, Ain (double L, double A)

KOS: RM100++


8. RAMBUT
Pakai tudung tak ada masalah rasanya. I buat sanggul ni kat salun sebab takkan nak suruh Lily buat sekali, dah ahh makeup free melampau ahh nak buat rambut pun free kan. Ahahhaha!

KOS: RM45


9. WELCOME SIGN
Untuk letak depan pintu. Kira macam me'WELCOME'kan orang yang sudi datang ah so kiranya tetamu yang datang rasa macam dihargai gitu. Eeewahh!!

KOS: FREE
(Sebab Apek yang design. Itu pun I mintak one day before our engagement ceremony begins. TQ B for fullfiling my wish. So siapa-siapa nak design, yeah u can trust Apek and the price memang very the murah okay)


10. INVITATION CARD
Disebabkan my #DearFutureHusband ni Graphic Designer, I pun apa lagi memang menggunakan anugerah yang dia ada sepenuh-penuhnya lah. So I request nak kad tunang. Ye ahh senang sikit my office mate yang tak pernah datang rumah I nak datang kan? See! Kad tunang pun Apek boleh design so siapa siapa nak design boleh ahh request kat Apek. Tak kira ahh kad kawin ke kad hepi bday ke bunting ke banner ke semua sapu. Email him at apek_amirul@yahoo.com. Nak ngorat nak jadi madu I pun boleh, email je dia. Ahahhaha! Refer here.

KOS : DESIGN (FREE)
KERTAS: RM10 (termasuk yang reject)
PRINTING: Tak tahu


11. GUEST BOOK
Ok gambar Guest Book solo solo takde, yang ada kat gambar ni je. Kos yang ini pun tak tahu. Tapi yang pasti kalau print sendiri murah. Kalau tak tau nak design just upah orang je okay. By the way tu hadiah-hadiah yang I receive dari kawan-kawan yang datang. Tu belum salam kaut lagi tu. Tak sangka tunang pun dapat hadiah dengan duit. Double like okay!

KOS: UNKNOWN
yang pasti less than RM20


12. GUESTS
Untuk semua kawan-kawan yang datang, THEY ARE PRICELESS.


So let us summarize it
1) Khemah (2 biji + skirting) = RM 360

2) Makan (RM8.50 x 150 orang) = RM1,275
3) Persalinan = RM 180

4) Pelamin = RM 500
5) Hantaran(include cincin exclude duit hantaran) = RM1,500
6) Makeup = RM 100

7) Rambut = RM 45

TOTAL = RM3,960

Jangan takut tengok figure tu, semua benda boleh kurang. Macam I, I tak mampu nak bagi tetamu I doorgift so I tak bagilah. I mampu bagi makan je. Lucky me they enjoyed the day. So yeah jangan terlalu bazir sangat okay. Macam I ni, baru hari ni kira total semua sebab nak share dengan korang, weyh sumpah terkejut okay. I ingatkan I habis dalam 2-3ribu je tapi ni dah cecah RM4,000 der. Bazir weyh. Bazir. Tapi dah lepas pun nak fokus kat kawin skang ni, so jom buat adjustment sikit.

ADJUSTMENT
1) Khemah (1 biji + skirting) = RM 210
2) Makan (RM8.50 x 100 orang) = RM850
3) Persalinan + pelamin + makeup = RM 500

4) Hantaran simple simple (RM20x12dulang) = RM240
Barang-barang mcm kek, sejadah semua mintak sponsor. Cincin emas RM189 seketul pun ada. Belah rotan kalau tak silap RM120++, kalau tak silap ahh so choose wisely)
TOTAL = RM1,800

Haa see baru RM1,800 kalau tak termasuk cincin serta barang-barang atas dulang ahh. Kalau termasuk cincin pun tak lebih RM2,200. Kenapa boleh cut cost dengan begitu banyaknya??

1) Khemah instead of 2 ambil 1 je.
2) Tetamu jangan ajak ramai-ramai. Kalau boleh lagi kurang lagi bagus. Ajak saudara mara dan rakan terapat je.
3) Ambil pakej instead of asing-asing.
4) Hantaran mintak sponsor. Biasanya tak payah mintak surely ada orang sponsor tu sebab tu I punya instead of 5 jadi 11.
5) Cincin tak payah over, ikut syarat je.


So, hopefully u all tak pening baca apa yang I merepek and harap sangat dapat bantu sesiapa yang dalam proses nak bertunang tu tambah-tambah yang rajin email I. I appreciate that so much. Ohh and actually wants to help one of my buddy yang ala-ala macam nak bertunang tahun ni walaweyhh padahal baru kapel, hepinya tapi sebab dia belajar jauh balik Ipoh pun like once in a month so kawanku then bila tanya I on the spot tak dapat jawap sebab sendiri pun tak tau kos tunang berapa so ni untuk kau jugak okay. U know who u are. I promise to keep it secrets until the pre-big day come right? **kudos =))

Friday, March 18, 2011

LAUK PAUK on my engament day

Ok ramai orang email I tanya lauk apa yang I hidangkan time pertunangan I sebab dieowang pun macam tak tahu je nak hidangkan lauk apa untuk tunang. I just cakap lauk biasa-biasa je, lauk apa pun takpe janji sedap and tetamu yang datang tak keciwa dengan lauk yang kita hidangkan.


NASI MINYAK
At first my mum nak masak nasi putih and then 2-3 days before I come with the Nasi Minyak idea sebab macam special sikit kan kalau hidangkan nasi minyak so here it goes nasi minyak. Tapi of course nasi putih pun ada cuma sikitlah. So nasi minyak tak semestinya dihidangkan time kahwin sahaja.


AYAM GORENG MASAK REMPAH
This is so my favorite. Tapi ayam ni masak sikit je sebab orang-orang tua which is my mum, my aunty-aunty, my uncle-uncle and my opah ingatkan ayam goreng berempah ni tak laku. I dah cakap dah kat my mum I nak ayam ni tapi dieowang boleh hidangkan 2 jenis ayam pulak tapi lebihkan ayam yang lagi satu tu yang dah common sangat orang dok hidangkan kat majlis-majlis. I dah cakap kat my mum I want it to be something different tak nak ahh common sangat tapi tu lah my mum pun degil macam I kan dia buat jugak 2 jenis ayam. Adoii! Sudahnya tak sampai berapa minit ayam goreng berempah yang umphh ni pun habis sudahnya I pun tak dapat merasa. Laku gila kot ayam ni.


AYAM MASAK MERAH
See! Common kan? Dah biasa sangat pergi kenduri je makan ayam masak merah. Pergi kenduri je makan ayam masak merah. Kahwin nanti kompem tak ada ayam masak merah so kepada bakal bakal tetamaku yang merupakan peminat tegar ayam masak merah diharapa jangan keciwa ok. =D


KARI DAGING KERBAU BESERTA UBI
Inilah lauk ketiga. I turutkan je permintaan mak I yang nak sangat ada kari daging. I kalau boleh nak daging yang warna hitam hitam tu. Alah yang manis-manis tu. I pun tak tahu nama dia. Tapi tu lah lupa nak tulis apa menu menu tu sebab ye lah kawan cina I pun ramai datang, kalau yang buddha sure tak makan sebab ingat lembu kan, padahal kerbau. Adoii!


KACANG PANJANG MASAK RENDANG
And last but not least, mestilah ada sayur sayuran. Ini pun pilihan mak I sebab citarasa I sebenarnya kubis goreng sebab I dah buat survey dah di kalangan kawan-kawan I dieowang suka sayur masak apa then banyak cakap kubis goreng yang dicincang halus tu. Tapi takpe, kacang masak rendang ni pun sedap gila. Umphh!! So siapa siapa nanti tak tahu nak masak sayur apa silalah masak kubis goreng ok. Alah yang macam kat kedai mamak selalu ada tu.


DESSERT
Macam biasalah nak beli buah mahal mahal tak mampu so hidangkan je lah tembikai. Tembikai pun dah mahal ok zaman 2010 ni.


DRINKS
Disebabkan majlis tunang I temanya Ungu makanya air pun kenalah warna ungu so kiterowang hidangkan ribena sunquick so kenalah dengan tema tapi warna air I tak pekat sangatlah sebab mak I guna 2 botol je cordial tu mana nak cukup. Bapak I beli 3 dia guna 2 je.
Lauk ni semua dimasak oleh ibu I dan dibantu oleh mak mak dan pak pak sedara I. Ayah I tak masuk campur sebab dia memang seorang lelaki yang gagah yang dimanjakan yang disayangi oleh anak anak dan isteri maka tak buat kerja apa pun melainkan menjadi pemerhati.


So, pengajarannya di sini ialah
1) Tegaskan kepada parents kita apa yang kita mahu. Kalau perlu tulis besar besar lekat kat dinding dapur ke apa ke bagi semua orang nampak dan tak ada yang pandai-pandai tukar apa yang kita mahukan. Kadang-kadang ada influence dari luar, itu bahaya.
2) Jangan lupa labelkan lauk apa yang dihidangkan
3) Kalau banyak tetamu chinese jangan hidangkan sirap sebab dieowang kurang gemar air sirap
4) Jangan masak berlebih-lebihan. Make sure beli plastik so dat tetamu yang duduk bujang ke apa ke boleh bungkus bawak balik
5) Kadang-kadang mak kita ni concern lebih. Dia takut lauk pauk tak cukup maka pembaziran akan berlaku. Ini kalau masak sendirilah, kalau catering rasanya takkan ada masalah. So listkan barang-barang yang diperlukan. Tegaskan kat parents kita jangan beli lebih atau kurang. Benda ni pun kadang kadang ada pengaruh dari luar, maka tegaskan yang kita tahu apa yang kita lakukan. Eewahh padahal bukan kita yang masak, senang sembanglah ya.


So total semua habis untuk makan saja adalah RM700-RM1000. Perancangan perlu ada. Kalau boleh listkan bahan-bahan basah dan bahan-bahan kering yang perlu dibeli. Tapi kalau catering no hal lah. Nasib baik ni duit ayah I kalau tak mau rabak poket I ok! So I memang sangat sangat sangat berterima kasih kat my mum dengan my dad yang banyak sangat support I. My family memang best gila ok, baju tunang I pun I keluarkan RM50 je the rest my mum yang bayar. THANX IBU, you memang the best mum in the world lah walaupun akak selalu buat Ibu sentap sehari. Ayah pun best gila, muka je ganas hati pink jambu alahai, haishh sayang betul. Kat adik adik pun sayang jugak sebab without them my hantaran hancurlah weyh, cermin kat pelamin tu penuh cap jarilah weyh. Thank you so much. Nak cakap thanx depan depan malu, so cakap dalam belog je lah walaupun dieowang mungkin tak baca tapi dis is the way I show my appreciation.


Ok hopefully dis will help.


COMING UP NEXT : Guest Book & Engagement Card

Tuesday, March 15, 2011

Miss This Moments So Much - My Engagement Party

Currently using this image as my avatar on my Facebook and Twitter because damnnn I miss this moments so much.

Wednesday, February 16, 2011

HANTARAN APEK TO AINEE (PINK)

Ok! Tak habis lagi cerita pasal tunangnya walaupun dah 2 bulan lebih dah. WELL. Tengah ada mood nak menaip ni I taip je lah kan sebab bila I tengok kat label I under "Perjalanan Nak Jadi Double (Engagement)", sikit je I rasa benda yang I tempek pasal tunang I dalam belog ni. Nanti entah bila tahun I nak baca balik, nak senyum sorang-sorang tak best ahh kalau sikit je benda yang I boleh baca kan? Lagipun I dah janji maa nak share dengan korang before this.

So, hantaran dari Apek untuk I ialah warna pink. Biasalah, I ni peminat tegar Pink tu yang Apek bagi hantaran kat I warna Pink. I pulak bagi Apek warna ungu sebab Apek suka warna Ungu.


SIREH JUNJUNG
Mama (mak apek) buat sendiri ni. Creative kan mama? Ni memang betul sireh junjung ni sebab memang gila tinggi sireh ni.


TEPAK SIREH
Tak cukup dengan sireh junjung, tepak sireh pun ada wooo.


TEMPAT CINCIN
Ni lah tempat letak cincin I. Dua dua bentuk cincin letak kat sini. Satu cincin risik satu cincin tunang. I suka gila apa yang Apek dengan Mama buat ni. Macam dalam taman sangat kan? I like! My favorite. Sampai sekarang ni, I dah tak guna dah kotak cincin untuk letak cincin cincin I (over kau cakap cincin cincin cakap cincin sudah), I guna je gubahan yang cantik macam ala ala taman ni untuk letak cincin-cincin I.


DUIT HANTARAN
Jumlah semua RM8,989.89/-. Semua Apek dah kasi settle dah tu sebabnya kot dia berani propose I kat Cameron Highland hari tu, duit dah cukup rupanya. Ok kenapa RM8,989.89? Sebab I dengan Apek lahir pada tahun 1989 tu yang I choose RM8,989.89 as my duit hantaran. Mas kawin pun sama. Apek nak bagi sempena tahun lahir kami which is RM1,989. Ok! Kat depan album tu 89sen.


TELEKUNG
This is so my favorite. Susunan ni sumpah cantik gila. Dilipat lipat jadi bunga rose. Mama yang gubahkan. Pandai gila kan mama gubahkan kan? Cantik sangat sampai rasa sayang sangat nak buka. Waktu nak buka tu pun opah I kagum gila. Lepas tu kiterowang try buat balik tak jadi. Hehehehe! Memang serius cantik sangat gubahan telekung ni.


CUPCAKES
Ni Apek tempah kat kak diba, my all time feberet person untuk order cupcakes and cakes. Haa siapa siapa yang nak kahwin ke nak tunang ke kat Ipoh ni bolehlah tempah kat Kak Diba ni. Senang je berunding dengan Kak Diba ni. Dia sempoi. Jiwa muda.

SAPU TANGAN
Ok yang ni actually sapu tangan. Sponsor by kakak Apek iaitu Kak Ida. Lepas tu mama yang gubahkan jadi replika buah-buahan. Cantik sangat kan? Memang cantik dan cute sangat sangat sampai sekarang ni I tak buka-buka pun. Biar je dalam bekas tu. Ibu pun tak kasi buka sebab dia cakap buat apa buka, bukan guna pun sapu tangan tu baik jadikan perhiasan sebab cantik sangat. Hehehehe!


BUAH-BUAHAN
Ni daripada sedara mara Apek tak silap. Macam tak complete ehh kalau hantaran tak ada buah kan? Tapi buah Apek lagi banyak, I bagi Apek buah sikit je. Cakap save!


MANISAN
Manisan ni rasanya dari sedara mara Apek juga. Memang sedap. Manis lazat berkrim you. Ok krim tu tipu mana ada krim, tepung adalah.


CHOCOLATE
Ni hadiah daripada office mates Apek. Dieowang tak datang sebab segan. Gedik ehh segan, geget kang! Makanya dieowang macam kira wakilkan diri dieowang kat bearbear ni lah kot then dieowang suruh masukkan sekali dalam hantaran. Ecehh nak glamour ahh tu. Tapi paling lawak bila Iqa nak bawak masuk bakul ni dalam bilik, I cakap "haipp nak bawak gi mana, letak balik" lepas tu dia cakap, "karang orang amik chocolate tu, aku nak!". Then I cakap, "tak ada sapa nak amiknya, letak balik". Lepas tu dia pun buat muka kecewa tapi comel lepas tu letak ahh balik. Redha lah kononya. Tak sampai berapa minit lepas tu tengok-tengok ferero rochernya dah habis, tinggal bakul je. Terus Iqa kecewa. Ayah I ahh punya angkara, dia ketua bukaknya dulu terus si Iqa tak dapat merasa. Hehehehe! Kecian! kecian!


Actually ada lagi satu. Ada cake. Kawan abang Apek bagi. Tapi tak ada pulak dalam kamera I gambar cakenya. Haaa plan plan nak bagi 5 berbalas 7 sekali lebih dari 5, lebih dari 7 daaa. Takpe, orang cakap rezeki. Alhamdulillah! Haishh bestnya tunang, rasa nak tunang lagi sekali pulak.


Btw, one of friends getting engaged on 12/02/11. She looks extremely gorgeous with the makeup, the attire. Congratulations Mimi. Welcome to the club. I love u makcik and Im so damn happy with you and Ariff.

Thursday, January 6, 2011

HANTARAN TUNANG I untuk Apek warna purple nyah..

Hantaran dari I untuk Apek ni semangat ni I buat 2 minggu sebelum majlis sebab I ingatkan payah gila nak buat hantaran. Rupanya cis ambil masa kurang dari 4jam je weyh siapkan gubahan-gubahan tu. Korang esok tak payahlah poyo over excited lebih macam I ni nak buat awal awal. Rilek je! Buat je 3 hari sebelum, jangan over over macam I tau. 2 minggu sebelum dah buat. Last last berhabuk je kang.

The main 7 dulang yang I nak bagi kat Apek. Tema purple lah mesti kan. Mula mula nak bagi Apek warna silver tapi macam susah je nak gubah and outfit pun nak pakai purple tu yang bagi purple tu. Nice kan warna purple ni?

OK! Jom layan the purple boommm...(0_O)


SIREH DOK DALAM KOTAK / SIREH JUNJUNG / SIREH TUNDUK
Tak taulah nak panggil sireh junjung ke, sireh menunduk ke apa entah. Ok tak sireh I? I memang nak buat macam ni, dah sketch dah tapi Kak sedara I yang tolong ni sebab I ingat boleh je lipat lipat sireh tu sekali datang K.Lia dia cakap I ni pandai sangat, manalah boleh main cucuk macam tu je terus dia dengan gigih tolong I buat sireh ni. Tenkiu so much Kak Lieya. Tanpamu tak ada sireh ni tau.


BAHULU
Ok! Bahulu ni Makngah I sponsor. Deko-deko tu punyalah gigih si Maklang I buat, sumpah terharu gila dengan Maklang I ni sampai rasa nak belanja je dia ni makan KFC tau. Kalau ikutkan I ni memang I biar je benda tu togel tapi sebabkan Maklang I ni dah bising-bising, I pun dengan gagahnya keluar pagi-pagi cari kedai beli riben. Itupun banyak kedai tutup sebab hari Ahad kan, nasib baiklah ada satu kedai ni kat Pasar Gunung Rapat tu bukak kalau tak memang buruklah hantaran daripada I, Apek dapat. Hehehehe! TENKIU SO MUCH MAKLANG!!


KUIH BAKAR
Ini pulak opah I sponsor. Nyum! nyum! Memang khas untuk Apek je lah sebab kiterowang memang tak ambil pun.


KEK
Apek cakap kek ni sedap. Perisa yam. Tengoklah kata pun warna ungu kan, perisa kenalah dari buah ehh ke sayur ehh yam tu. Haa tak kiralah janji yam tu pun berwarna ungu ok. Kek ni memang cantik sangat tau. Like cantik-cantik-cantik sangat. Kek ni Acu ngan Asu I sponsor. Wahh banyak yang sponsor nampak Aini ni. Melampau kan?


SEJADAH
Jangan main kau! Sejadah gubah jadi katil. Cantik gila kan?? Daripada bantal ke penjuru penjuru katil tu memang walla lah. I memang suka sangat ok dengan gubahan sejadah ni. orang yang menggubahnya adalah rahsia ok, kalau nak tahu siapa apa lagi email lah kan. Hanya kawan-kawan yang datang hari tu je tau ok siapa yang buat. I? OHH tidakk... Sejadah pun nak warna ungu tu, jangan main-main dengan tema Ungu I.


CINCIN
Nama cincin ni TIGER EYE. Khas untuk Apek tersayang sempena kami tunang. Tapi tu lah ini cincin manyak murah juga so macam mampulah nak bagi Apek kan tapi cincin untuk kahwin kalau tak ada 2K jangan haraplah I dapat bagi si Apek ni. Haishh! Harap-haraplah murah rezeki so dat I dapatlah beli cincin kahwin untuk Apek. Amin!!


BUAH-BUAHAN
Tengok! Berkilat kau buah-buah ni. Again, thanks kat Mak lang I. Dia lah yang rajin mengilatkan buah ni. Haaa tips tips, benda macam ni selalu orang lupa. Kalau nak bagi buah tu berkilat, sapulah dengan minyak. Tak adalah nampak buah tu layu je kang, biar terpancar pancar keenakan dia bila orang tengok. Ok? SO JANGAN LUPA SAPU MINYAK KAT BUAH-BUAH TU OK!


KISSES aka MANISAN
Idea Kisses ni macam mana terlintas entah. Kiranya nampaklah ada jual sarang burung ni waktu kiterowang tengah explore explore barang sekali ternampaklah sarang burung ni apalagi terus terlintas idea nak bagi kisses letak dalam sarang tu konon konon buat macam telur burung tu lah. Perghh kisses memanglah mahal. Satu paket je dah berbelas ringgit. Tapi oklah, idea ni I suka sangat. Tapi tak adil ok, Apek je dapat. Caitt!!!


Lepas tu adalah lagi 2-3 barang hantaran lagi tapi I tak ada pulak gambar dieowang single-single. Semua tu ada kat cd yang OP bagi tapi tu lah I punya PC kat opis ni dia tak boleh read pulak kalau tak bolehlah I tempek kat sini kan untuk dikongsi bersama. Ecehhh! Barang-barang yang lain tu merupakan kuih sangkar yang disponsor oleh maklang, dodol yang disponsor oleh opah pusing dan ehh itu jelah. Alahai, 2 gambar je tak ada. Tapi serius cantik gila gubahan yang maklang bagi. I ni macam poyo je ada banyak lagi hantaran I bagi kat Apeklah kononya. Hehehehe!


Ini pandangan dari depan.
Yang dekat sebelah kuih bakar tu sebenarnya dari pihak Apek tah macam mana boleh sesat beratur kat lane hantaran I. Hehehehe!

Ini pandangan dari belakang. Baget untuk gubah-gubah benda ni semua tak termasuk barang/makanan yang diletakkan di atas dulang RM257.45. Haa jangan main sampai ke sen sen I tau. Ingat satu pesanan ni kalau nak tunang ke kahwin ke make sure ada satu buku yang tulis setiap sen yang korang keluarkan so dat kowang tau mana duit tu pergi. Haa tak adalah terpinga pinga tercengang cengang kan manalah pergi duit aku ribu-riban tu. Ini baru dari pihak I ke pihak Apek belum lagi dari pihak Apek ke pihak I.

BERSAMBUNG....
(lepas ni hantaran dari pihak Apek untuk I pulak ok!)

( +_O)

Friday, December 17, 2010

Video Tunang Aini & Apek...

Ada video tang sarung cincin je. Itu pun Nazrin si kawan baik Apek yang rakam. Tenkiu Nazrin. Kalau tak ada dia, mesti tak ada video ni. Haishh rugi tak bagi dia camcorder. Silap! Silap! Lepas tu Eddie ada buat huru hara sikit dalam video ni, orang nak rakam dia pergi halakan kamera tu ke arah dia. Sengal! lepas tu akhir akhir video dia buat gegaran pulak. Sengal betul adik I yang sowang ni tau. Video ni 3 minit je tapi entah nape leh jadi sampai 5 minit. Cacat! Album yang I pegang tu album duit hantaran. Hari tu punyalah takut ada pencuri ke kan sambar album tu habis terus kang RM8989.89 tu kang.

Tengoklah! Enjoi the video!!!
I memang segan gila time ni sebab ramai nak mampos orang amik gambarnya. Cover je lebih ni. Muahahhah!





Untuk yang datang, TERIMA KASIH SANGAT!
Untuk yang tak dapat datang takpe kahwin nanti jangan lupa datang ya.. Saya terkilan kejap je. Jangan amik serius..=))

Tuesday, December 7, 2010

Cerita Hari Tunangku 051210..

Gambar dari Offical Photographer. Best gila ok Abang Tajul ni. Datang sharp gila. Punctual gila. Siap pergi salun sekali, tangkap gambar kat sana. Class lah. Siapa nak ambil photographer seriusly I sangat suggest Abang Tajul ni. Seriusly I dah rasa macam artis dah ke hulu ke hilir ada photographer. Dia selagi tak habis kerja dia tak pergi makan pun, penat dah mak dengan ayah I ajak makan dia tak nak. Haishh abang tajul, abang tajul. Siapa nak ambil dia boleh call Abang Tajul sendiri at 012-9139294. Harga memang sangat berpatutan. Boleh runding punya.



**gambar bawah bawah ni semua gambar dari kamera ayah, gambar dari OP tak dapat lagi.


Pelamin hasil usaha I dengan Apek. Ok finelah Apek lah paling banyak buat. Dari pentas sampai ke gantung gantung semua buat sendiri. Pentas buat sendiri tu!!! Apek penat menukang nukang. Bila nak tangkap gambar je I risau gila kawan kawan I semua berdiri kat situ kang takut habis roboh kang, nasib baik alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. Lepas tu lagi satu I takut respons orang ramai, ye lah biasa guna kain kain kan tapi kali ni I guna cermin. I nak suntikkan elemen gaya muda belia remaja dekat situ dan nasib baik semua orang suka lepas tu cakap pelamin I smart lah style lah gorjeslah. Tenkiu! Tenkiu! Janganlah puji lebih lebih, biasa je tu. Siap nak suruh I dengan Apek buatkan pelamin untuk dieowang lagi u!


Muka selepas dimakeupkan.. Makeup by Lily Ah Loy. Best gila kawan I ni makeupkan. Nampak sangat asli. Tak tepung gomak langsung ok. Tak percaya boleh tengok gambar gambar yang seterusnya. Kalah tu juru mekap Siti Nurhaliza. I memang dah book dah kawan I ni untuk nikah dengan reception nanti.


Taraaa! I duduk atas pelamin dengan selamat. Still tak roboh, masih kukuh. Cermin cermin tu tak buat hal, tak jatuh pun sebab paklang I dah pesan kalau nak duduk atas pelamin tu kena pakai helmet kang cermin jatuh cedera parah kang. Ahahhaahha! Yang I tengah pegang tu duit hantaran. Apek dah bagi kasi langsai dah. Totalnya RM8989.89 sempena tahun lahir kiterowang 1989...



Ni lah cincinnya. Cincin feveret I tu yang bentuk butterfly tu. Comel kan?? Kecik je.. Itu cincin risik. Yang besar tu cincin tunang. I LOVE BOTH OF IT! Tenkiu Apek. Boleh gadaikan nanti kalau nak beli handbag ke kasut ke apa ke kan. Ohh! trima kasih.




Candid by IFa Joe. Cantik sangat Ifa. Pandai awak tangkap gambar ehhh!



Dengan sahabat paling baik paling rapat Cik Nur Ain Salleh kita. Sebelah tu dia punya boifrenz ok, dia dah berpunya dah... Haa jangan tak tahu, Ain ni lah I punya pengapit nanti. Sayang cik ain sebab dari pagi tu sampai ke habis majlis dia ada di sisi I. Barulah kawan sejati namanya.



Uishh! Gambar belakang mestilah wajib ada wooo. Cantik kan baju ni? I pun suka sangat sangat sangat. Ramai orang suka.



Yang ungu tu hantaran dari I untuk Apek. Yang pink tu hantaran dari Apek untuk I. Semua buat sendiri. 5 berbalas 7. Yang lebih lebih tu semua orang bagi. Trima kasih.


Ohh dengan sahabat baik dan opah. Wahh opah nampak kuning nyah hari tu.



OVERALL, I MEMANG SANGAT PUAS HATI DENGAN HARI PERTUNANGAN I YANG DIADAKAN PADA 5/12/10. TIADA APA CACAT CELA PADA MATA I. SEMUANYA PURRRRFEEEEECTTTT! DENGAN PAKCIK-PAKCIK DAN MAK-MAK SEDARA YANG SANGAT SUPPORTIVE YANG GIGIH MEMASAK. TERIMA KASIH SANGAT. KEHADIRAN KAWAN KAWAN DARI JAUH DAN DEKAT SANGAT SANGAT DIHARGAI. TERIMA KASIH SANGAT SEBAB SUDI DATANG. SEMUA ORANG PUN SUKA DENGAN PELAMIN I, DENGAN BAJU I, DENGAN MAKEUP I, DENGAN MAKANAN I. DAN PALING BERSYUKUR SEKALI, HARI TU TAK HUJAN. TRIMA KASIH SANGAT! SEMUANYA BERJALAN DEGAN LANCAR. TETAMU PUN HEPI, I DENGAN KELUARGA I PUN HEPI. TAKPE, SIAPA SIAPA YANG TAK DAPAT DATANG TU, KAWIN KARANG JANGAN LUPA DATANG OK! =))




Ohh!! IM ENGAGED!

#REVIEW Baju nikah