Showing posts with label ipoh. Show all posts
Showing posts with label ipoh. Show all posts

Monday, July 5, 2010

Ipoh dah makin maju ke?

Kan hari tu baru bukak Burger King kan?kan?

Sekarang ni dah ada fast food baru pulak nak bukak kat Ipoh ni! Wahh! Ini berita bagus ni. Dah makin maju dah Ipoh ni. SSF pun dah bertapak, kiranya kalau ada orang nak kahwin bolehlah kan cari bunga ke apa ke kan kat SSF tu. Lepas tu Burger King pulak bukak khas untuk orang yang tak puas makan Mc D selama hidup kat Ipoh ni.

Kali ni, cuba teka fast food restaurant apa yang nak bukak kat Ipoh ni?





YEAH! Domino's Pizza baby! I ingat lagi dulu I dengan Apek pergi KL semata-mata nak pekena Domino's Pizza ni. Sekarang dah bukak kat Ipoh daaa! I lagi prefer si Domino ni dari Pizza Hut. Bagus! Bagus! Bagus! Majulah Ipoh untuk ekonomi negara. Boleh ke?

Tapi bilalah hai nak bukak SUBWAY pulak? Tu feveret Apek dengan I tu. I tengah fikir banyak ni, mungkinkah mereka-mereka ni akan menerima nasib yang sama macam A&W bukak kat Ipoh. Melingkup! Hopefully taklah kan, sebab I tau orang Ipoh kaya-kaya kan? CEPAT CAKAP ORANG IPOH KAYA KALAU TAK I GEGET KORANG!

Haishh tak sabar nak bawak famili I pergi Domino's Pizza. Fine! I batak kejap!

Monday, May 10, 2010

Orang Ipoh Ada Tempak Lepak Baru Yopp

Semalam Hari Ibu. Yes! MEMANG HARI IBU! Habis tu kalau mak kita tu kita panggil dia mama, umi, mak semua tu macam mana pula? Sambut jugalah kan? I buat-buat lupa semalam Hari Ibu padahal, ibu I buka radio Perak.Fm kuat gila macam dari dapur sampai depan boleh dengar. SENGAJALAH tu nak bagi kiterowang ni dengar ucapan hari Ibu segala! Lepas tu I mandi I cakap kat ibu I nak pergi kedai lepas tu bila balik I cakap kat dia "Ibu! Nah! Selamat Hari Ibu" sambil hulur gula nano nano harga Rm0.80 yang I beli dekat Safeway dekat rumah I. Rilek je kan? Lepas tu boleh pula dia buat lawak malam tu nyanyi lagu Nobody sambil menari. Ehh buang tabiat apa? I rasa ni mesti penangan nano-nano yang I belikan pagi tadi.


TAPI YANG PASTI ORANG IPOH DAH ADA TEMPAT LEPAK BARU! BAIK PUNYA! ADA FAST FOOD BARU NAK BUKA KAT SINI! KAT DE GARDEN, ALAH YANG SEBELAH JUSCO TU! LEPAS T U LAGI SATU KAT SEBELAH MCD JALAN GOPENG.

Yang I pergi celebrate enivesari I dengan Apek dekat ayam penyet tu dekat entri ni.



Burger King weyh! Burger King! Alah makanan feberet Eminem tu. HAA DIA NAK BUKA WEYHHH!!! Dulu ada juga lah I berangan dia buka kat Ipoh ni, waktu tu kecik-kecik hingusan lagi. Insiden berangan terjadi bila I terbaca biodata Eminem kat magazine mana tah lepas tu dia cakap makanan feberet dia Burger King. I macam woahhh apakah raja segala burger tu? Lepas tu tiap-tiap hari I berdoa agar adalah orang buka burger king ni kat Ipoh tapi hampeh sampai besar ni dah cukup umur boleh pergi KL sendiri untuk makan makanan feberet penyanyi idola tu barulah ada orang buka. Tapi tak apalah ada kemajuan sikit. Ini asyik makan burger Mc'D je sampai tekak pun dah rasa muak. Tak! Tak muak bagi I ok!


TAPI BAGI I, MC'D DENGAN BURGER KING I PREFER LAGI MC'D. TERASA NIKMATNYA! PEGI MAMPUS LAH SAMA PENYANYI IDOLA PUNYA FEBERET, I ADA FEBERET SENDIRI OK!

Tapi tak apalah tengah bau kedai ni jom pi lepak sana ramai-ramai. Nampak cam jakun sikit babe, lepas tu boleh beria dengan kawan-kawan

WEYH IPOH DAH ADA BURGER KING WEYHHHHH!!!

Monday, April 19, 2010

Berita gempar untuk orang Ipoh

Tak tahulah gempar ke tak kan tapi hari tu I baru keluar dengan kawan I dia cakap si Tipah dah meninggal dunia. Ok! Finelah tak gempar lahh kot bagi korang tapi sangat gempar bagi I sebab I baru tahu. Bin Arab punya Apek, dia tahu tapi tak bagi tahu I. Cis! Haaa, Bin Arab tu bahasa carutan I. Haaa nampak sopan tak instead of guna babi gampang tu semua.

OK! Siapa tipah ni? Maybe ada sesetengah orang macam agak blur-blur lagi kan. Siapa layan Mastika? Haaa Mastika ada cerita pasal si Tipah ni baru-baru ni. I tak bacalah tapi kawan I yang cakap dia ada masuk Mastika. Uishh gila feymes. Tipah ni dia kurang waras. Dia sangat feymes di Ipoh kalah Scha Al Yahya. Kalau Scha dengan Tipah ni ada bersama mesti orang pandang Tipah tak pandang Scha. Banyak sangat cerita pasal Tipah ni. Dia suka pau orang. Dia tak mainlah sengget sengget ni dia main Rm5 ke atas ok! Dia kurus, rambut serabut, perempuan dan selalu jalan kaki atau naik bas gunung rapat(typical orang gila appearance). Selalu berkeliaran dekat area-area pekan tetambah area Ruby.

Antara pengalaman I dengan dia adalah 2-3 kali. Tapi yang paling I ingat sekali waktu dia nak mintak duit kat I dekat Ambank. Waktu tu I tengah nak bayar duit kereta. Dia gagah je datang sebelah I lepas tu dia bagi salam. Uishh pandai weyh bagi salam.

Tipah: Assalamualaikum cikgu
Ainee: OK! Sejak bila aku jadi cikgu ni(dalam hati)

I tengoklah dia kan lepas tu I macam OMG! Dia ada depan aku. I memang buat muka sombong lepas tu buat dia macam halimunan ke apa. Nasib baiklah Apek ada je dengan I kemana sahaja I pergi. Eceh! Kira Apek ni macam bodyguard I lah kan. Dah lah sekarang ni Apek dah macam PA I. Apek pun datang.

Apek: Dah dah pergi pergi pergi, tak ada duitlah.
Tipah: Sikit pun tak apalah. Nak makan ni. Lapar.
Apek: Takda! Takda duit.

Lepas tu Tipah cakap dengan I pula, dia mintak duit kat I dan panggil I cikgu lagi.

Tipah: Cikgu! Kesian dekat saya cikgu. Nak makan!
Ainee: Tak ada duitlah. Sorry!

Amboi ko dah kaya nak pau orang takkan tak ada duit. Dah lah tu I banyak dengar cerita dia suka ugut-ugut kawan I siap hunus pisau segala, pi mampus kat ko lah aku nak bagi duit kan. Kalau pakcik tua ke makcik tua ke memang I dengan tak payah diminta pun I akan hulurkan.
Maybe dia bengang tiba-tiba dia buat muka bengis dia cakap,

Tipah: Ko buat aku macam sampah! Takpe! Takpe!(sambil tuding-tuding jari dan menggoyangkan kepala)

Lepas tu dia pun blah. Apek cakap dia kalau ada lelaki dia tak berani tapi kalau perempuan sorang-sorang dia berani ugut-ugut. OK! Nasib baik. I dah macam kelam kabut masuk kereta kunci pintu manalah tahu dia panggil geng ke bunuh I. Eeee takut!

Ye lah kawan I pernah kena kat TKK(taman kanak-kanak), orang bagi duit sengget tak nak lepas tu dia hunus pisau kot mintak duit merah. Kawan I pun terpaksa bagi. Lepas tu ada kawan I ni kena kat Pasar Gunung Rapat dia mintak RM50. Kawan I ni pun terpaksa bagi sebab takut kena ludah. Ludah weyh! KALAU AKU PUN AKU BAGI JE DARI TERPAKSA KENA SAMAK KULIT KAU SEGALA WEYH! LEBIH RELA PEGANG TAHI SENDIRI. Ko tengok jadi orang gila pun boleh kaya weyhh!!!

Orang Ipoh yang tak kenal Tipah memang tak Ipohlah sebab tu salah satu daya tarikan pelancong kot tapi sekarang Tipah dah tak ada. Orang cakap dia meninggal sebab HIV Aids. Kesian juga kat dia bila pikir 50x tapi dia yang pilih cara hidup macam tu kan nak buat macam mana. Kita sedekahkan je lah Al-fatihah untuk dia.

Too many people died lately, it's so sad!

#REVIEW Baju nikah