Showing posts with label jalanjalancarimakan. Show all posts
Showing posts with label jalanjalancarimakan. Show all posts

Monday, June 3, 2013

Shabu Shabu with Family

Again. Hari Selasa hari tu bershabu shabu bersama keluarga pula. Bill payer semestilah my ayah. TOTAL = RM29x8orang maka kiralah sendiri. =)

Hadiah Iqa bukan main tahun ni. Kalau tahun lepas Samsung Note tahun ni Suzuki Swift dia bantai. Amboih amboih.

SHABU SHABU TIME. 7pm - 10.30pm


Bday lady. 250513. 47 tahun. 4 orang anak. 2 orang menantu. Tahniah Nor Hanizah. =)
Bday girl. 270512. 21 tahun. Seorang yang sangat funny to be hang out with. Boleh memandu selama 3 jam tanpa henti tanpa mengeluh. Hello Mrs Bean.

Family gathering is the best! They are my WHY in my life. Ok nak tengok kek tak? Tak ada kek, tak hari jadilah kan.

Ini kek ibu. Rainbow cake.

Ini kek Iqa. Sebab dia suka sangat main candy crush kan? Amik kau kek candy crush.

Friday, May 17, 2013

#FOOD HUNTING PAK PEK & CIK NI - Shabu Shabu

 Assalamualaikum.

Okay dah lama tak buat siaran #FOOD HUNTING PAK PEK & CIK NI kan kan kan. Bukan takat entri tu, entri biasa pun nan hado.

Makanya semalam, Chong (kawan Iqa) telefon I ajak makan. Dia bagi pilihan nak makan kat Shabu Shabu ke kat Johnys. As Johnys dah tak ada HALAL CERTIFICATE sekarang so I cakap Shabu Shabu sebab ada seorang customer India datang sini cakap dia suka makan kat sana dan 80% melayu dan maybe ada halal cert. Maybe?? Hermm was-was. Tak apa, pergi dulu dan lihat. Kalau tak ada jom balik.

Inilah rupa restoran Restoran Stimbot Shabu Shabu. Dekat logo dia pun dah ada logo HALAL JAKIM. Memang makan tanpa was-was dan semestinya mengelakkan perkara yang syubhah. Dalam ni tak nampak sebab flash terang beno. Dekat kaunter dia, dia ada paparkan sijil halal original. Me is happy. Ada jugak halal buffet stimboat. See? We have the power of choice.


LOKASI : Di antara Colliseum Square and Impiana Casuarina Hotel. Kat luar tu tulis Kampar Club. Memang tak perasan. Lepas colliseum square kena slow down.

OPERATING HOUR FOR BUFFET : 6.30 pm - 11.30 pm (5 hours)

KUAH PILIHAN : Chicken, Beef, Curry, Tom Yam (pilih dua untuk meja kecik)

SURAU? = Ada tapi sekarang tengah renovate so solat sementara di computer room

TUJUAN : Celebrate bday Iqa yang ke-21 tapi as Chong akan pergi Korea bila hari jadi Iqa so celebrate awal-awal. Awal 11 hari okay. Tak feel betul. 

BILL PAYER : Chong chong chong. Thank you Chong.

JUMLAH BILL : RM174. RM29 seorang. No service tax or whatever. Buffet type. Makan sampai perut kau meletup.


The restaurant


Bday girl. My sista. Kak Chik. Iqa Joe.

The Interior. Spacious.

Kuah kacang dia serius sedap. Yummy!

Various choice.
Mei LIng & Chong. We are Malaysian. We can sit together, speak in Bahasa Melayu and laugh out loud sampai meja kiri kanan pun nak pandang pun kami tak peduli.

Lesbian in action. Euwww.

Pangkat adik-adik je semua ni.

Ada sate lagi okay buffet ni.

The cake. Siapa nak buat hari jadi celebration pun boleh kat sini. Boleh request dieowang mainkan lagu Happy Birthday bila nak bawak cake keluar. Sweet kan?
Apek dengan Chong semangat nak nyanyi tapi Iqa malu gila sampai my man pun kena cubit kuat-kuat. Heheheheh! Kesian abang ipar.

Oh yeah! Akhirnya dah jumpa restoran stimbot yang Halal. Dulu dah keciwa dah MP tak ada Halal tapi nikmat makan dia melampau sangat sebab boleh ambil apa apa je nak. Tapi sekarang tak pandanglah weyh MP, tak keciwa dah sebab dah ada Syabu Syabu. Terima kasih Syabu Syabu sebab adakan SIJIL HALAL. Memudahkan umat Islam. Alhamdulillah. =)

LET'S DINE! LET'S SHABU SHABU.

NOTE : Please call to make a reservations sebab selalunya akan FULL dan dieowang tak terima walk in customer kalau tak silap I lah. =)

Thursday, February 14, 2013

#FOOD HUNTING PAKPEK & CIKNI - Greentown Dim Sum Café in Greentown Avenue

Assalamualaikum semua. Bersiaran kita sekali lagi dalam rancangan #Food Hunting Pakpek & Cikni.

Ingat tak I ada cakap I nak pergi satu restoran dimsum halal kat Ipoh waktu kami punya anniversary tapi pulang dengan kekecewaan sebab dia dah nak tutup.

Tapi baru-baru ni kami pergi tengah hari lepas kenduri tunang kawan I.

Benda yang paling penting kena cari semestinya adakah ianya Halal atau tidak atau syubhah memandangkan ownernya adalah Non-Muslim. Alhamdulillah! Its HALAL. Ada logo Halal Jakim maka boleh dine in.

Note: Saya bukanlah Islam yang sempurna tapi saya berusaha untuk menjadi yang sempurna untuk Dia, kekasih abadi. Permulaannya adalah menjaga permakanan. Mencari yang halal. Insyallah! ^___^


Nampak dekat gambar ni atas belah kanan. Adalah nampak sipi sipi logo HALAL JAKIM tu. Waktu ni Datuk Bandar Ipoh pun ada. Betul-betul sebelah meja kami. "Assalamualaikum Dato'. Sori hari tu tak sempat nak tegur. =)".


My date is Mr. Amirul. Oh and the bill payer. Thank you.



Haaa tengok kemain baik I siap snap pic harga lagi untuk korang budget-budget duit nak makan dekat sini. Overall, price dia I rasa okaylah. Affordable. Standard harga macam kat Kopitiam. 

Dumplings are cooked balls of dough. They are based on flour, potatoes or bread, and may include meat, fish, vegetables, or sweets. They may be cooked by boiling, steaming, simmering, frying, or baking. They may have a filling, or there may be other ingredients mixed into the dough. Dumplings may be sweet or savoury. They can be eaten by themselves, in soups or stews, with gravy, or in any other way. While some dumplings resemble solid water-boiled doughs, such as gnocchi, others such as wontons resemble meatballs with a thin dough covering.

Ok kat atas ni ada definition of dumpling from Wikipedia sebab hari tu I macam blur blur ingatkan dumpling ni nama dia untuk daging khinzir macam ham dan bacon. Rupanya tidak sama sekali. Lega hati CikNi. Boleh makan dengan lahap.



Total semua dalam RM50. Suka sangat dengan dimsum tak tahulah kenapa. Nampaknya kena belajar buat ni supaya boleh makan sampai kenyang. Nak beli banyak-banyak macam boleh rabak poket. Owner dia baik sangat layan kami. Rasa macam VVIP gitu. Best! Best!

Siapa tak cuba lagi ataupun sesiapa yang merupakan peminat dimsum wajib give a try. Dimsum halal mana nak cari lagi kat Ipoh? Semestinya Greentown Dimsum lah mana lagi. Sedap. ^____^
GREENTOWN DIM SUM CAFE (Halal)
No 10, Persiaran Greentown 4,
Greentown Avenue, 30450 Ipoh,
Perak, Malaysia.
Tel No : +605-255 2010, +6012-569 8876
Opens from 8am until 9pm daily. Closed on Tuesdays.
**sebaris dengan Chatime, Greentown depan 7-Eleven.

Friday, January 11, 2013

#Food Hunting Pakpek & Cikni - FM TOMYAM

 Assalamualaikum semua. Bersiaran kita kali ini dalam rancangan #Food Hunting Pakpek & Cikni. Macam mana boleh terjmpa FM TOMYAM yang menyajikan tomyam yang sangat sangat special ni ialah pada enivesari kami yang ke setahun sebulan, I google nak makan kat mana lepas tu terserempak ada satu belog cakap pasal tomyam special ni. Nama dia Tomyam Poktek. Dah lah special, sedap pulak tu. Ni pertama kali I jumpa tomyam yang unik macam ni. Serius unik. Siapa datang Ipoh wajib cuba. Kalau dah orang luar Ipoh pun wajib cuba apatah lagi yang tinggal di Ipoh lagilah super duper wajib dan harus cuba.

 Gerai FM TOMYAM ni terletak di Medan Selera Silibin. Dekat Medan Selera ni ada pokok cherry yang sangat besar. Dan terletak berhampiran roundabout Labu. Kiranya dia belah yang bertentangan dengan Klinik Kerajaan. Kena buat u-turn. Get the idea? Ok kalau tak dapat gambarkan sila open google map and search for Medan Selera Silibin. Tempat masak dia bersih. Tak percaya boleh step in. Biasa dalam gambaran orang kalau gerai gerai ni mesti kotor tapi FM TOMYAM ni bersih. Serius. ^___^


Nasi dia serius banyak gila. Kalau korang in tight budget mintak sepinggan je pun dah cukup then kongsi. Untuk lelaki bolehlah habiskan kot tapi for me separuh je I larat. Kami ambil set. RM23 then tambah RM3 untuk tukarkan tomyam poktek menjadi tomyam poktek dalam kelapa. Apa ada dalam set tu I akan tunjuk dengan gambar-gambar kat bawah. Memang kenyang. Memang murah. Memang berbaloi.

Telur Dadar

Kailan + Daging. Superb!

TARAAA!!! Inilah TOMYAM POKTEK. Lain kan? Lain kan? Harga RM12.90 sahaja. Kalau kebetulan nasib baik ada promotion bolehlah dapat RM10.90. Memang sedap. Memang unik. Memang terbaik. Memang lain dari yang lain. Sekali hirup terus cakap WOOWW MAMAMIAA!! THIS IS DELICIOUS BABY! Dalam dia ada ketam, ada udang, ada ayam. Lala pun ada okay. Ehh bukan takat lala, cendawan pun ada. Satu biji kelapa ni boleh makan 2 orang. Kenyang habis. Alhamdulillah. Oh sebelum terlupa, paling terbaik sekali bila makan isi kelapa tu dengan kuah tomyam dia, nikmatnya tak boleh nak cakap. Kena cuba sendiri baru tau.

Ikan Kembung masak 3 rasa.

Oh and this is my baby. Bukan untuk dimakan. ^___^
 Overall  kami makan hari ini ialah RM29.20. Dia charge RM29 sahaja. RM26 untuk set menu then lagi RM3.20 tu air. So untuk orang Ipoh yang  tak tahu dan buntu nak makan mana kat Ipoh ni boleh give FM TOMYAM a try. Semua sedap. I doakan FM TOMYAM ni terus maju dan mendapat tempat di hati peminat tomyam dan kelapa dan boleh jadi peymes macam Mee Rebus Ramli, Nasi Lemak Ayam Kampung & Nasi Ayam Fuziah.

Spread the words Ipoh!

P/S: Jangan lupa mention nak dalam kelapa kalau tidak rasa dia hanyalah tomyam biasa. Tomyam biasa dia power macam tomyam guna air kelapa.

Saturday, December 29, 2012

One year and two months as husband and wife. Sate Kajang, Ipoh

Alhamdulillah. Masih ada rasa cinta. Masih ada rasa sayang.

Semalam Apek ajak keluar makan. Off day jadi chef. Cadang nak makan dekat satu restoran tomyam dekat klebang malangnya tutup. Tak apalah teruslah ke plan b iaitu ke restoran dimsum kat Greentown. Sampai je Greentown, hati tersenyum girang, tangan erat berpegangan berjalan menuju ke restoran yang kami dah lama teringin nak pergi tapi tak kesampaian. Gigih ni tengok banyaknya tempat duduk kosong, sampai je kat pintu amoi tu cakap, "Sorry, dah tutup". Memang nyata lagi bersuluh lah kan muka kami yang keciwa ni. Plan C ialah nak makan kat Penang Delight dekat belakang Tesco. Malangnya ianya tiada tanda halal dan restoran milik bukan Islam.

Plan paling terakhir ialah makan kat Sate Kajang terletak berdekatan dengan sebelah Petronas dekat highway.

Order sampai 10 cucuk sate ayam, 5 keping otak-otak, 2 set nasi impit. Apek order nasi lemak biasa. Apek cakap hari ni cheat day so boleh makan gila-gila. ?????????? Memang idak aku larat nak habiskan sampai 5 cucuk sate. Maximum boleh sumbat 2 cucuk je. Gigih jugaklah nak makan sampai 3 cucuk. Apek boleh hentam sampai 6 cucuk. Hebatlah abeeee Amirul ni.

Otak-otak = Tak best tapi besar
Nasi Lemak = Just nice
Sate Ayam = Kuah sedap. Sate ada rasa dan semestinya besar. Harga RM0.90 secucuk.

Total semua campur air ialah RM27.90.

Shawl Lunin by Pastel Pasta.

Amirul busy meeting daripada pukul 2 petang maka tak sempat lunch so sebelum kami keluar dinner, I masakkan scamble egg campak dalam roti. Dah alang alang ada telur lebih, I pun konon sweet buatlah bentuk love. Amirul cakap, "Ehh siap ada love lagi. Tenkiu sayang". HIhihihihi.

Effect poster tangkap terus from my camera. Amirul with his nasi the lemak.

Sate kajang besar punya.

US! After the dinner.

Ohh ni nak cakap, I tak sabar nak dapat parcel from Photobook. I dah submit gambar pergi Bali. Opah I cakap orang sekarang orang tangkap gambar semua masuk dalam komputer. Dah tak ada cuci cuci dah. Maka saya mengambil inisiatif segala gambar travel kami akan kami dokumenkan dalam photobook. Antara senarai nak pergi bukukan ialah
1. Lost World of Tambun
2. Melaka
3. Cameron Highlands
4. Kota Kinabalu
5. Raya pertama as husband and wife

Yang dah selamat dibukukan of courselah Redang dan Phuket. Baru 2. Take it slow katanya. Lepas ni tekad habis je pergi bercuti terus cuci. Masalahnya sekarang ni I suka software Photobook je, jenama lain semua cam bodoh-bodoh je software tapi tu lah masalahnya Photobook mahai beno. Kalau ada sesiapa nampak photobook buat promtion kat Groupon ke jangan lupa inform I tau. Ok sayonara. Next update nak gebang pasal Mydin RTC yang super best pulak. Korang pun startlah cuci gambar macam zaman kita kita dulu tau.

#REVIEW Baju nikah