Showing posts with label ilmu agama. Show all posts
Showing posts with label ilmu agama. Show all posts

Tuesday, July 24, 2012

Tarawih with my kakanda


Alhamdulillah. My first sahur, puasa, iftar and tarawih with ya hubby by ya Apek. May you be my partner in crime, my side kick, my bolster for the rest of my life.

Ok now come the confession.

Actually, I never perform a real tarawih in my life. The last time I went for tarawih is during my Form 3. Itu pun banyak main. Paling rajin pergi Tarawih dengan Wawa & Yana, my sweetheart neighbors. Dan semestinya waktu itu berumur 8 tahun, 9 tahun yang di mana kami adalah kanak-kanak ribena, coklat syiling, tikam-tikam, coki coki yang tidak ada gadget untuk dimain yang paling canggih pun cyber pet maka pergi surau adalah salah satu aktiviti yang kami rasa paling seronok.

To be honest, I segan sebenarnya nak pergi masjid sorang-sorang. Dah lah tu tak tahu pulak nak solat tarawih macam mana. Google dekat Internet cara-cara nak solat tarawikh macam payah sangat. Kena hafal macam-macam surah I tengok.

The truth is, solat tarawikh ni tak sesusah yang kita gambarkan, tak sesusah yang google gambarkan. Simple dan senang sangat. Kalau I dah cakap sangat tu maknanya betul betul simple lah tu. So for those yang takut-takut, segan-segan nak pergi tarawih sebab tak tahu, nasihat I just pergi je. Niat tu jangan ditahan-tahan. Apa yang perlu awak tahu hanyalah:-

1. Niat.

2. Perform solat macam biasa

3. Habis je 2 rakaat, Imam akan baca salawat maka kita akhiri dengan "Allah humma solli ala wasalam alaih".

4. Akhir sekali ada sunat witir yang terbahagi kepada 2 rakaat dan 1 rakaat. Niat macam biasa cuma tukarkan dari perkataan tarawih kepada witir. Untuk 1 rakaat, perkataan arabnya ialah "Roq' a tan". Yang lain just follow imam.

Taraaa!!! Mudah kan sebenarnya solat tarawih ni? Makanya jomlah ramai-ramai pergi tarawih. Masih belum terlambat. I tau ramai orang kat luar sana macam I dulu, teringin sangat nak sangat bertarawih tapi tak taumacam mana, takut nanti salah. Tak apa, itulah gunanya Imam. Dia akan bimbing kita. 


For this few days, Apek kena pergi masjid sorang-soranglah. Kesian my bubu. Tapi kesian lagi kat I terlepas malam malam yang berkat. ;( Untungnya menjadi lelaki.

Ohh ya dan lagi satu, Tarawih ni dengar je macam woahhh 20 rakaat. GILA BANYAK! Tapi bila awak dah solat Tarawih ni kompem tak rasa. Sebab dia 2 rakaat, 2 rakaat kan. Serious tak rasa. BETUL! TAK TIPU! Lagipun apa salahnya buat lebih sikit untuk ALLAH yang kita sayang. Tak cuba tak tahu, cubalah. Addict wooo!!




Selamat berpuasa semua. Marilah sama-sama kita menghayati dan mengumpul sebanyak mana amal di bulan yang mulia ini.

Assalamualaikum. ^__^

Monday, January 30, 2012

MAKSUD DI SEBALIK BACAAN SOLAT

Pernah tak kita terfikir apa maksud di sebalik bacaan solat kita?? Mesti pernah kan? Atau tidak pernah?? Macam aku, aku selalu terfikir tapi malas nak mencari. Ada buku tapi malas nak menyelak dan baca. Perasan sibuk dan penat. Tapi mulai hari ni aku tekad. Tekad untuk cuba menghafal agar solat dapat dihayati dengan lebih mendalam. Harapnya misiku ini bukanlah hangat-hangat tahi ayam.

Jom ramai-ramai hafal maksud di sebalik solat agar apa yang kita baca itu kita faham sekaligus ianya akan meresap ke dalam jiwa kita.

Paling terkesan dalam hati saya apabila membaca doa iftitah. AKU HADAPKAN WAJAHKU BAGI TUHAN YANG MENCIPTA LANGIT DAN BUMI. Tapi masih aku kadang kala otakku melayang entah ke mana. Sibuk memikirkan hal duniawi. *istighfar kejap. Aku pasti ini semua kerana aku tidak faham apa yang aku sebutkan dalam setiap bacaanku. Akan ku cuba serapkan maksud ini ke dalam jiwa dan otakku agar solatku lebih khusyuk. AMIN!


Doa Iftitah
Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya.
Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang.
Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi, dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik.
Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku dan matiku adalah untuk Allah Tuhan sekalian alam.
Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam.


Al-Fatihah
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
Segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam.
Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
Yang menguasai hari pembalasan.
Hanya Engkau yang kami sembah dan hanya Engkau kami mohon pertolongan.
Tunjukilah kami jalan yang lurus.
Iaitu jalan orang-orang yang engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat.


Bacaan ketika rukuk
Maha suci Tuhanku yang maha mulia dan dengan segala puji-pujiannya.


Bacaan ketika bangun dari rukuk
Allah mendengar pujian orang yang memujinya.


Bacaan ketika iktidal
Wahai Tuhan kami, bagi Engkaulah segala pujian.


Bacaan ketika sujud
Maha suci Tuhanku yang Maha Tinggi dan segala puji-pujiannya.


Bacaan ketika duduk di antara dua sujud
Ya Allah, ampunilah aku, rahmatilah aku, kayakan aku, angkatlah darjatku, rezekikan aku, berilah aku hidayah, sihatkanlah aku dan maafkanlah aku.


Bacaan ketika tahiyat awal
Segala ucapan penghormatan,segala kurnia, segala ucapan pengagungan dan pujian hanyalah milik Allah.
Semua perlindungan dan pemeliharaan untukmu, wahai Nabi, begitu pula rahmat Allah dan segenap kurniaNya.
Semua perlindungan dan pemeliharaan semoga diberikan kepada kami dan hamba-hamba Allah yang soleh.
Aku naik saksi bahawa tiada tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawa Muhammad itu adalah pesuruh Allah.
Ya Allah, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.


Tambahan untuk tahiyat akhir
Ya Allah, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan keluarganya.
Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Nabi Ibrahim dan keluarganya.
Berkatilah ke atas Nabi Muhammad dan keluarganya.
Sebagaimana Engkau berkati ke atas Nabi Ibrahim dan keluarganya di dalam alam ini.
Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.


Doa Qunut
Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki.
Sejahteralah aku sebagaimana orang-orang yang Engkau sejahterakan.
Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang Engkau pimpin.
Berkatilah untukku apa-apa yang telah Engkau berikan padaku.
Jauhkanlah aku dari segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan.
Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan dan tidak sesiapa pun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau.
Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanMu.
Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi.
Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau.
Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan.
Dan aku minta ampun dan taubat pada Engkau.
Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera ke atas keluarganya dan sahabat-sahabatnya.


Sama-sama kita perbaiki diri. Jika ada salah silapku harapnya ditegur, jangan biarkan aku terus hanyut dibuai mimpi indah dunia sementara ini.

Thursday, January 12, 2012

Nasyid "Makna Dalam Solat"

Terfikir.. Ada tak lagu nasyid yang liriknya menyebut tentang makna bacaan di dalam solat. Senang sikit nak menghafal. Seallu sangat terfikir apalah aku baca hari hari bila aku solat ni haaa. Tak best bila baca sesuatu tapi tak faham apa maksudnya. Sekadar menghafaz. Bila dibuka buku nak tengok apa maksudnya time tu je ingat lepas tu lupa balik. Mungkin dengan adanya lagu, lagi mudah kita menghafaz apa maksud di sebalik bacaan solat kita agar solat kita lebih khusyuk dan bermakna. Macam lagu Raihan 25 rasul tu.

Tuesday, December 6, 2011

10 Muharram 1433H / 6 Disember 2011

Semalam. Hari Ini. Esok.


Bertuahnya kita yang masih hidup ni dapat puasa sunat Asyura kan? Me & huband pun tak melepaskan peluang ni. I macam tak boleh kalau tak tau apa itu puasa Asyura. Kenapa kita disunatkan berpuasa pada hari tu? Apa kelebihan dia? Macam useless je kalau I puasa tapi I tak tahu peristiwa di sebalik semua ni. So I dah buat a lil bit of research.


Niat Puasa Bulan Muharram (Puasa ’Asyura)
نويت صوم عشر سنة لله تعالى
NAWAITU SAUMA ‘ASYURA LILLAHI TA’ALA

Ertinya: “Sahaja aku puasa hari ’Asyura , sunnah kerana Allah ta’ala.”

Puasa Asyura ni telah lama diamalkan oleh masyarakat Arab termasuk bangsa Yahudi. Ianya merupakan amalan tempatan sebelum Nabi Muhammad S.A.W berhijrah ke Madinah. Asyura itu sebenarnya berasal daripada perkataan Arab iaitu Asyara yang bermaksud sepuluh. Ok! Ada apa dengan 10 Muharam? Kenapa 10 Muharam? Banyak sebabnya..... Betul! Banyak..


Antara Peristiwa BESAR pada 10 Muharram ialah :
1. Hari pertama Allah S.A.W menciptakan alam
2. Hari pertama Allah S.A. Wmenurunkan rahmat
3. Hari pertama Allah S.A.W menurunkan hujan
4. Allah S.A.W menjadikan 'Arasy
5. Allah S.A.W menjadikan Luh Mahfuz
6. Allah S.A.W menjadikan Malaikat Jibril
7. Nabi Adam A.S diciptakan
8. Diampunkan dosa Nabi Adam A. S setelah bertahun tahun memohon keampunan kerana melanggar larangan Allah. S.A.W
9. Nabi Idris A.S diangkat darjatnya oleh Allah S.A.W dan Malaikat Izrail membawanya ke langit
10. Diselamatkan Nabi Nuh A. S dan pengikutnya dari banjir besar selama 6 bulan dan bahtera baginda selamat perlabuh di puncak pergunungan
11. Nabi Ibrahim A.S dilahirkan di kawasan pedalaman dan terselamat dari buruan Raja Namrud
12. Nabi Ibrahim A. Sdiselamatkan Allah daripada api Raja Namrud
13. Nabi Yusuf A.S dibebaskan dari penjara setelah meringkuk di dalamnya selama 7 tahun
14. Nabi Yaakub A.S telah sembuh buta matanya ketika kepulangan anaknya Yusuf di hari tersebut
15. Nabi Ayub A.S disembukan dari penyakitnya
16. Nabi Musa A.S telah diselamatkan daripada tentera Firaun dan berlakunya kejadian terbelahnya Laut Meraj
17. Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa A.S
18. Nabi Yunus A.S selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam
19. Kesalahan Nabi Daud A.S diampuni Allah S.A.W
20. Nabi Sulaiman A.S dikurniakan Allah kerajaan yang besar
21. Nabi Isa A.S diangkat ke syurga ketika diburu oleh tentera Rom untuk menyalib baginda
22. Saidina Hussein Ibni Ali telah syahid akibat dibunuh dengan kejam di Karbala oleh kaum Syiah Kufah dan mereka kemudiannya memfitnah Khalifah Yazid ra dari Bani Umaiyah membunuh Saiyidina Hussein ra. Fitnah ini degembar gemburkan oleh kaum Syiah dan mereka mengelirukan umat manusia dengan menyambut hari Asyura dengan 'Pesta Menyakiti Diri' kononnya sebagai tanda kesal di atas kewafatan Saidina Hussein Ibni Ali ra.


Kan dah cakap banyak peristiwa yang terjadi pada 10 Muharam ni. Interesting kan? Macam kebetulan pulak semua jatuh on the same date. Tapi apa-apa pun kisah-kisah di atas dengan Hari Asyura' hendaklah dicari sandarannya.


14 perkara yang sunat untuk dilakukan oleh orang Islam
1. Melapangkan masa/belanja anak isteri.
Fadilatnya – Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.
2. Memuliakan fakir miskin.
Fadilatnya – Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti.
3. Menahan marah.
Fadilatnya – Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang redha.
4. Menunjukkan orang sesat.
Fadilatnya – Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya.
5. Menyapu/mengusap kepala anak yatim.
Fadilatnya – Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang disapunya.
6. Bersedekah.
Fadilatnya – Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.
7. Memelihara kehormatan diri.
Fadilatnya – Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.
8. Mandi Sunat.
Fadilatnya – Tidak sakit (sakit berat) pada tahun itu. Lafaz niat: “Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala.”
9. Bercelak.
Fadilatnya – Tidak akan sakit mata pada tahun itu.
10. Membaca Qulhuwallah hingga akhir 1,000X.
Fadilatnya – Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah di akhirat nanti.
11. Sembahyang sunat empat rakaat.
Fadilatnya – Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya. Lafaz niat: “Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala.” Pada rakaat pertama dan kedua selepas Fatihah dibaca Qulhuwallah 11X.
12. Membaca “has biallahhu wa nik mal wa keel, nikmal maula wa nikmannaseer”.
Fadilatnya – Tidak mati pada tahun ini.
13. Menjamu orang berbuka puasa.
Fadilat – Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.
14. Puasa. Niat – “Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala.”
Fadilat – Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka.


BILA HENDAK MELAKUKAN PUASA SUNAT ‘ASYURA?
Ketika Rasulullah saw berpuasa pada Hari Asyura dan memerintahkan agar para sahabat turut berpuasa, mereka bertanya: “Wahai Rasulullah, bukankah ia adalah hari yang diagungkan oleh Yahudi dan Nasrani?”

Lalu baginda bersabda: “Tahun akan datang, dengan kehendak Allah, kita (akan) berpuasa pada hari kesembilan (sehari sebelum Asyura).”

Berkata Ibnu Abbas : “Belum sempat tiba tahun hadapan, Rasulullah saw telah diwafatkan.”
(Muslim)

“Jika aku masih hidup pada tahun depan, sungguh aku akan melaksanakan puasa pada hari ke-9.”
(Muslim, Ibnu Majah, Ahmad, Thabrani dan lain-lain)

Hari ‘Asyura jatuh pada 10 Muharram. Nabi Muhammad dan para sahabat pernah berpuasa pada 10 Muharram itu. Namun Rasulullah juga bercadang untuk berpuasa pada 9 Muharram, cuma baginda tidak sempat melaksanakannya kerana wafat.

“Berpuasalah pada Hari ‘Asyura, tapi lakukan berlainan dengan kaum Yahudi, iaitu dengan berpuasa pada hari sebelumnya atau pun hari selepasnya.”
(Ahmad & Ibnu Khuzaimah)

Ibnu Abbas berkata:
“Selisihilah (berbezalah dengan) Yahudi, berpuasalah pada tanggal 9 dan 10.”
(Baihaqi)

Para ulama memberikan pelbagai pandangan dalam hal ini. Kita ringkaskan di sini, puasa ‘Asyura boleh dilakukan:
- pada 9,10 dan 11 haribulan (tiga hari)
– pada 9 dan 10 haribulan (dua hari)
– pada 10 dan 11 haribulan (dua hari)
– pada 10 haribulan sahaja (sehari)


Ohh sebab tu lah ada dengar-dengar suruh kita puasa sehari atau sebelum puasa Asyura untuk membezakan puasa kita dengan puasa Yahudi. Mula-mula macam tak faham, ehh orang Yahudi puasa? Bezakan? Ok, now I got the concept. Dulu kan menjadi amalan orang Yahudi berpuasa pada hari ini maka nak membezakan puasa kita dengan puasa mereka kita digalakkan berpuasa sehari atau sebelum. Kira sama macam sahur lah kan. Sahur tu untuk membezakan puasa kita dengan puasa mereka juga. =))


Siapa yang tak sempat buat tahun ni tak apa, tahun depan ada lagi. Kalau puasa dapat pahala, tak puasa tak dapat apa-apa. ^_^

Sunday, June 6, 2010

Apa itu dajal? Siapa dajal?

Meh sini I kongsi dengan korang apa itu dajjal? Apa ciri-ciri dia? I pasti ramai orang tahu dajjal akan muncul satu hari nanti tapi ramai orang tak tahu apa itu dajjal. Just like me, I pun tak berapa pasti sampai terbit rasa di hati nak goggle hari ni dan nak share benda ni dengan korang. So here it is, I just copy paste artikel ni dari sini. Sekarang I dah dapat gambaran jelas dan I harap korang pun akan dapat gambaran jelas tentang penipu bermata satu ni. Artikel-artikel macam ni buat I lagi dekat dengan Islam. Alhamdulillah!



Asal-Usul Keluarganya:
Dajjal adalah seorang manusia dari keturunan Yahudi. Dia bukan Jin atau apajua makhluk lain selain ia sebagai manusia yg ditangguhkan ajalnya “MinalMunzharin” seperti halnya Nabi Isa AS yg di angkat oleh Allah SWT ke ataslangit dan ditangguhkan kematiannya sehingga beliau nantinya turun semula keatas muka bumi ini lalu beliau akan mati dan di kuburkan di Madinah AlMunawwarah. Sama juga halnya dgn Iblis yg di tangguhkan kematiannya sehingga kiamat nanti.
Dajjal, ayahnya seorang yg tinggi dan gemuk. Hidungnya seperti Paruh burung.Sedangkan Ibunya pula seorang perempuan gemuk dan banyak dagingnya. MenurutImam Al Barzanji ada pendapat mengatakan bahawa asal keturunan bapanya ialahseorang Dukun Yahudi yg di kenali dgn “syaqq” manakala ibunya adalah daribangsa Jin. Ia hidup di zaman Nabi Sulaiman as dan mempunyai hubungan denganmakhluk halus. Lalu oleh Nabi Sulaiman ia akhirnya ditangkap dan dimasukkanke dalam penjara. Walau bagaimanapun kelahiran dan kehidupan masa kecil tidak diketahui dgn jelas.

Sifat Badannya:
Hadis Huzaifah r.a katanya: Rasulullah s.a.w. telah bersabda: Dajjal ialah orang yang buta matanyasebelah kiri, lebat (panjang) rambutnya serta dia mempunyai Syurga dan Neraka. Nerakanya itu merupakan Syurga dan Syurganya pula ialah Neraka(Hadis Sahih Muslim) Ada beberapa ciri perawakan Dajjal yg disebutkan dalam Hadis Rasulullahsaw, diantaranya: Seorang yg kelihatannya masih muda;Berbadan Besar dan agak kemerah-merahan;Rambutnya kerinting dan tebal. Kelihatan dari belakang seolah-olah dahankayu yg rimbun.
Dan tandanya yg paling ketara sekali ada dua.
1) Buta mata kirinya dan kelihatan seperti buah kismis yg kecut manakala mata kanannya tertonjol keluar kehijau-hijauan berkelip-keliplaksana bintang.
Jadi kedua-dua matanya adalah cacat.
2) Tertulis didahinya tulisan “Kafir (Kaf-Fa-Ra)”. Tulisan ini dapatdibaca oleh setiap org Islam, sama ada ia pandai membaca atau tidak.Mengikut hadis riwayat At-Thabrani, kedua-dua tanda ini menjelma dalam diriDajjal setelah ia mengaku sebagai Tuhan. Adapun sebelum itu, kedua-dua tandayg terakhir ini belum ada pada dirinya.

Tempat Tinggalnya Sekarang:
Menurut riwayat yg sahih yg disebutkan dlm kitab “Shahih Muslim”, bahawa Dajjal itu sudah wujud sejak beberapa lama. Ia dirantai di sebuah pulau danditunggu oleh seekor binatang yg bernama “Al-Jassasah”. Terdapat hadis mengenainya.. (tetapi terlalu panjang utk ditulis.. anda boleh membaca terus dari buku). Daripada Hadis ini jelaslah bagi kita bahawaDajjal itu telah ada dan ia menunggu masa yg diizinkan oleh Allah swt utkkeluar menjelajah permukaan bumi ini dan tempat “transitnya” itu ialah disebelah Timur bukan di Barat.

Berapa lama ia akan hidup setelah kemunculannya:
Dajjal akan hidup setelah ia memulakan cabarannya kepada umat ini, selama empat puluh hari sahaja. Namun begitu, hari pertamanya adalah sama dgnsetahun dan hari kedua sama dengan sebulan dan ketiga sama dengan satu minggu dan hari-hari baki lagi sama seperti hari-hari biasa. Jadi keseluruhan masa Dajjal membuat fitnah dan kerosakan itu ialah 14 bulan dan14 hari. Dalam Hadis riwayat Muslim ada disebutkan:
Kami bertanya: “Wahai Rasulullah! Berapa lamakah ia akan tinggal di mukabumi ini?". Nabi saw, menjawab: Ia akan tinggal selama empat puluh hari. Hariyg pertama seperti setahun dan hari berikutnya seperti sebulan dan hariketiga seperti seminggu. Kemudian hari yg masih tinggal lagi (iaitu 37hari) adalah sama seperti hari kamu yg biasa.Lalu kami bertanya lagi: Wahai Rasulullah saw! Di hari yg panjang sepertisetahun itu, apakah cukup bagi kami hanya sembahyang sehari sahaja (iaitu 5waktu sahaja). Nabi saw menjawab: Tidak cukup. Kamu mesti mengira hari itudgn menentukan kadar yg bersesuaian bagi setiap sembahyang..”
Maksud Sabda Rasulullah saw, ini ialah supaya kita mengira jam yg berlalu pada hari itu. Bukan mengikut perjalanan matahari seperti biasanya kitalakukan. Misalnya sudah berlalu tujuh jam selepas sembahyang Subuh pada hariitu maka masuklah waktu sembahyang Zohor, maka hendaklah kita sembahyangZohor, dan apabila ia telah berlalu selepas sembahyang Zohor itu tiga jamsetengah misalnya, maka masuklah waktu Asar, maka wajib kita sembahyang AsarBegitulah seterusnya waktu Sembahyang Maghrib, Isyak dan Subuh seterusnyahingga habis hari yg panjang itu sama panjangnya dgn masa satu tahun danbilangan sembahyang pun pada sehari itu sebanyak bilangan sembahyang setahunyg kita lakukan. Begitu juga pada hari Kedua dan ketiga.

Fitnah Dajjal:
Dajjal telah diberi peluang oleh Allah swt utk menguji umat ini. Oleh keranaitu, Allah memberikan kepadanya beberapa kemampuan yg luar biasa. Di antarakemampuan Dajjal ialah:
1. Segala kesenangan hidup akan ada bersama dengannya. Benda-benda beku akan mematuhinya.Sebelum kedatangan Dajjal, dunia Islam akan diuji dahulu oleh Allah dgnkemarau panjang selama 3 tahun berturut-turut. Pada tahun pertama hujan akankurang sepertiga dari biasa dan pada tahun kedua akan kurang 2/3 dari biasadan tahun ketiga hujan tidak akan turun langsung. Umat akan dilandakebuluran dan kekeringan. Di saat itu Dajjal akan muncul membawa ujian. Makadaerah mana yg percaya Dajjal itu Tuhan, ia akan berkata pada awan: Hujanlahkamu di daerah ini! Lalu hujan pun turunlah dan bumi menjadi subur. Begitujuga ekonomi, perdagangan akan menjadi makmur dan stabil pada org ygbersekutu dgn Dajjal. Manakala penduduk yg tidak mahu bersukutu dgn Dajjal..mereka akan tetap berada dlm kebuluran dan kesusahan.
Dan ada diriwayatkanpenyokong Dajjal akan memiliki segunung roti (makanan) sedangkan org ygtidak percaya dengannya berada dalam kelaparan dan kebuluran. Dalam hal ini, para sahabat Rasullullah s.a.w. bertanya:”Jadi apa yg dimakan oleh org Islam yg beriman pada hari itu wahaiRasulullah?”Nabi menjawab:Mereka akan merasa kenyang dengan bertahlil, bertakbir, bertasbih danbertaubat. Jadi zikir-zikir itu yang akan menggantikan makanan.” H.R IbnuMajah
2. Ada bersamanya seumpamanya Syurga dan Neraka: Di antara ujian Dajjal ialah kelihatan bersama dengannya seumpama syurga dan neraka dan juga sungai air dan sungai api. Dajjal akan menggunakan kedua-duanya ini untuk menguji iman org Islam kerana hakikat yg benar adalah sebalik dari apa yg kelihatan. Apa yg dikatakan Syurga itu sebenarnya Neraka dan apa yg dikatakannya Neraka itu adalah Syurga.
3. Kepantasan perjalanan dan Negeri-Negeri yang tidak dapat dimasukinya: Kepantasan yg dimaksudkan ini tidak ada pada kenderaan org dahulu. Kalau hari ini maka bolehlah kita mengatakan kepantasan itu seperti kepantasanjet-jet tempur yg digunakan oleh tentera udara atau lebih pantas lagidaripada kenderaan tersebut sehinggakan beribu-ribu kilometer dapat ditempuhdalam satu jam”… Kami bertanya: Wahai Rasulullah! Bagaimana kepantasan perjalanannya diatas muka bumi ini?Nabi menjawab:”Kepantasan perjalanannya adalah seperti kepantasan “Al Ghaist” (hujan atau awan) yang dipukul oleh angin yang kencang.” H.R Muslim Namun demikian, Dajjal tetap tidak dapat memasuki dua Bandar suci umat Islam iaitu Makkah Al Mukarramah dan Madinah Al Munawwarah.
4. Bantuan Syaitan-Syaitan untuk memperkukuhkan kedudukannya: Syaitan juga akan bertungkus-lumus membantu Dajjal. Bagi syaitan, inilahmasa yg terbaik utk menyesatkan lebih ramai lagi anak cucu Adam a.s.

Itu je lah yang I dapat kongsikan buat masa ini. Hopefully apa yang I tempek kat sini dapat membantu kefahaman korang. Wallahualam! =))

Saturday, June 5, 2010

I kena kongsikan bersama korang

I tak tahulah korang dah tengok ke belum video-video ni tapi I tengah tengok sebab Apek suruh. Wahh memang best! Memang boleh tambah knowledge. Boleh buka minda kita dengan lebih luas.

Korang pergi youtube lepas tu type The Arrivals. Kalau nak version BM just type The Arrivals Bahasa Melayu. Superb! Tabik untuk siapa yang upload dan share video yang interesting sangat ni. Thanks to Apek juga sebab share benda ni dengan I.

Yahudi memang sangat united dan dah kaji benda ni sejak dari dulu lagi tapi kenapa kita Islam ni tak boleh united? Mungkin semua dah memang ketentuan Allah dan I percaya ada hikmah di sebalik semua kejadian ni.

I dah tukar gambar profile I kat FB jadi hitam, korang bila lagi? Jom sama-sama tunjuk kat dieowang kita ni united. Kita kuat! Kita bersatu! Kita saling menyokong!

#REVIEW Baju nikah