Showing posts with label #Dear Ayah. Show all posts
Showing posts with label #Dear Ayah. Show all posts

Thursday, December 10, 2015

#syukuralhamdulillah

Hari ni aku merenung ke dalam perjalanan hidupku selama ini.

Alhamdulillah. Aku syukur.

Aku syukur punya ayah yang sangat cool.

Aku syukur punya ibu yang sangat menyayangi

Ayah dan ibuku sungguh perfect di mataku.

Aku syukur punya suami yang sangat melindungi. Tegas tetapi penyayang.

Aku syukur punya anak yang baik budinya, comel, senang untuk dibawa ke mana mana. Semoga menjadi anak yang soleh.

Aku syukur dengan perniagaanku sekarang. Impian nak membuka premis sendiri akhirnya tercapai. Alhamdulillah.

Aku syukur dipertemukan dengan business insurans takaful. Aku harap usahaku di dalam bidang takaful ini adalah salah satu daripada saham akhiratku. Mengajak orang lain untuk menderma secara konsisten. Membantu melindungi orang daripada ditimpa musibah. Syukur.

Aku syukur dia usiaku 26 tahun ini aku sudah memiliki rumah sendiri, kereta sendiri, perniagaan sendiri.

Aku berharap pada umurku 30 tahun nanti aku merasa cukup dan dapat berbakti kepada kedua orang tuaku yang semakin hari semakin tua. Semoga mereka panjang umur dan dimurahkan rezeki kerana sehingga kini mereka masih lagi memikirkan makan ke tidak anaknya, cukupkah duitnya. Allah! Semoga ayah dan ibu menjadi ahli syurga Firdaus.

I may be not your perfect daughter but you both are the perfect ayah and ibu to me. 😚😚😚

Monday, October 26, 2015

53 Hidup Ayah

Dear Ayah,

Umur tahun ni 53 tahun. Lagi 2 tahun dah 55 tahun. Umur 55 tahun nanti pencen secara total ya.

Akak harap akak dapat sara ayah dan ibu. Bagi ayah ibu selesa. Tak dapat bagi kemewahan tapi dapat bayarkan makan minum ayah ibu, dapat bayarkan bil bil ayah ibu dah cukup buat akak rasa cukup.

Hopefully ayah suka kasut crocs tu dari Aini, Amirul, Ifa dan Iqa. Pakai lama-lama tau. Mahal tuuu. Hehehehe.

Kami harap ayah bahagia dapat anak macam kami.

Selamat hari ulangtahun yang ke 53 ayah. Muahh!!😙😙😙😙😙

Tuesday, August 6, 2013

Angan-angan

BERANGAN!

Beranganlah selagi mampu berangan.

Beranganlah pakai kereta mewah kalau nak pakai kereta mewah
Beranganlah duduk rumah besar kalau nak rumah besar.
Beranganlah APA-APA PUN. PERCUMA!!
Beranganlah segala apa yang kau nak angankan selagi boleh.
Selagi tak koma. Selagi nyawa tak ditarik Allah.

Aku? Aku sangat suka berangan. Kalau aku cakap suka aku memang betul-betul suka. Angan-angan aku selalu bermula dengan kalau........

Berangan kalau banyak duit boleh bawa ibu ayah melancong.
Berangan kalau banyak duit boleh belikan rumah besar untuk ibu ayah duduk.
Berangan kalau banyak duit boleh belikan ayah motor besar.
Berangan kalau banyak duit boleh hantar ayah ibu pergi HAJI.

Kebanyakan angan-angan aku lebih ke arah ayah dan ibu aku. Aku nak mereka bahagia. Bukanlah maksud aku sekarang ni mereka tak bahagia tapi aku tak nak susah-susah tengok ayah kerja berat-berat untuk cari nafkah yang halal. Ayah memang suka kerja daripada duduk rumah tapi aku nak Ayah tak payah terikat dengan kerja. Dia nak kerja dia kerja, dia tak nak kerja dia rehat duduk rumah sebab duit sentiasa ada. Ayah semakin hari semakin bertambah umurnya. Kederat pun mestilah dah lain. Mesti dah kurang berbanding masa muda-muda dulu. Dulu aku tengok ayah macam awet muda je sekarang ni dah boleh nampak wajahnya makin dimamah usia. Kesian ayah. Lambat kan nak tunggu kakak jadi banyak duit. Sabar ayah ibu. Allah dah buka jalan. Alhamdulillah! Sikit je lagi angan-angan akak nak sampai.

;)



Wednesday, February 20, 2013

#RealBirthday Ifa Joe turns 15

Zarifah Johari
Ready to cut the cake? Tak ada nak lilin lilin bagai. Malas.
Master Bill. Our ayah. Our hero.
We love her no matter what. Our ibu.
Shine bright like a diamond, Ifa Joe.
Precious
The lady in the family. Hanizah, Aini, Ifa & Iqa.
Ni apehal muka nak baby sangat ni? I love this mulut manis so much.
Eddie & Aen tak dapat join. Dieowang ada kat Manjung waktu ni. Ibu cakap sebelah kerusi I dengan Amirul tu ada Eddie dengan Aen. Ishh lawak je tau Ibu ni.
Rainbow cake. Sedap tak terkata. Serius sedap sangat. Alhamdulillah. I order ni from Ucu. Siapa kat Ipoh nak order kek rainbow yang harga sangat berpatutan dan sedap bolehlah search dia di FB, Fairos Ucu namanya.
Dan di sinilah tempat kami pergi untuk celebrate bday Ifa. Restoran MakanSutra at De Garden, Ipoh. Total semua untuk 6 orang RM90++.

Happy bday dear sista. May your dreams come true. Remember to SHINE BRIGHT LIKE A DIAMOND! Untunglah dapat Ipad 3.

Friday, February 8, 2013

#DearAyah 1

Mulai hari ni nak buat entri yang kami adik beradik rasa ayah dan ibu kami sangat comel sebagai kenangan bila mereka dah tiada nanti. ;))

Haishh terus sebak bila fikir my parents would go first before us adik beradik. Ok bukan sebak sekarang terus nangis. Can't bear losing them but then satu hari nanti kita semua akan pergi mengadap Kekasih Abadi.

Iqa update status on 6/2/12,

Xsabar nk dpt hadiah birthday dari Ayah/Ibu ;) padahal!! Lagi 4 bulan.. Kekeeee.. Ayah cakap kenapa kamu x lahir 29/02.. Hahahaha... Bongoks.. >.<

  • Ainee Cumi Joe hahahahh! Macam tu 4 tahun sekali lah kamu dapat hadiah. Kihkihkih.
  • QaQa Joe Tau xpeee.. Aku blurrr blurrr je.. Aku ckp la.. Kalau bulan 2 sesak la ayah.. Kakak ifa n iqa.. Pastuh ayah ulang 29/2.. xpaham2 lagi.. Pastuh ayah ckp Leap Year.. Baru paham.. HAHAHAHBAH.. Baru sedar 29hb rupanya.
  • Ainee Cumi Joe Kahkahkah. Kemain omputih ayah skang. So kiut!
  • Ainee Cumi Joe Iqa. Kalau ayah ke ibu ke buat lawak ke sila bagitau ya. Mulai hari ni akak nak buat post kat belog. Nak simpan kenangan pasal ibu and ayah under label ayahibu.

Memang sesaklah kan.

2 Februari = Ainee Joe
13 Februari = Iqa Joe

Dah lah adik aku Iqa ni kemain hadiah stok mahal je sekarang. Tahun lepas dapat Galaxy Note, tahun ni dapat apa entah. Aku rasa kereta. Amboih! 

Ayah sejak jadi warga emas ni makin kelakar. October 2013 ni ayah dah menjadi 51 tahun. Ibu belum lagi. Ibu aku muda lagi. Baru 47 tahun. Curlasss dah ada 2 menantu jah.

Harapnya aku dapatlah balas jasa kedua ibu ayah aku ni sebelum mereka pergi. Sekarang ni macam belum tercapai lagi plan aku yang satu ni.

#REVIEW Baju nikah