Thursday, September 29, 2011

Kenapa MuhammadAmirulSyafiq?

Apa yang membuatkan aku menerima lamaran Apek di Cameron Highlands May tahun lepas yang secara logiknya aku baru berumur 21 tahun yang terlalu muda untuk menerima lamaran seseorang. Jangan terkejut ada inspektor polis tu siap cakap nak masuk meminang aku lepas aku habis sekolah yang di mana ketika itu aku baru berumur 15 tahun. Eeeuuwww!

Antara ciri-ciri yang ada dalam #BakalSuami aku ialah

1. Penyabar
Aku rasa lelaki itu sangat gagah perkasa bila dia boleh tahan amarahnya yang setinggi gunung berapi. Finelah, kadang-kadang aku ni agak annoying juga. Kalau aku geram, aku akan pukul pukul pukul si Apek ni sampai 10x kot atau sampai aku puas. Ko bayangkan ko kena pukul dekat tempat sama sebanyak 10x dengan kekuatan yang maksima. Mau tak sakit. Sakit kot walaupun tu tenaga perempuan. Aku ni memang spesies tangan tak boleh diam. Hari tu aku siap terpukul abang paeh sebab tak bagi aku tengok apa yang dia dok gelak gelak bila tengok tab apek. Rupanya tengok game comel. Tak sangka laki pun suka benda comel-comel. Haaa sambung balik. Ikutkan hati lelaki lain, aku rasa aku dah kena tombok dah kalau asyik kena pukul je. Apek usha sebelah mata je tanda tak puas hati. Well, siapa lu couple dengan kaklong babe.

2. Murah Senyuman
Dia ni buat apa pun senyum. Ada masalah pun senyum. Orang yang tak kenal dia betul-betul kalau tengok muka dia mesti cop dia ni tak ada masalah. Sebab kerja asyik senyum senyum senyum. Aku pun jatuh hati kat dia sebab senyuman tu lah. Aku panggil senyuman mc donald sebab lebar semacam.

3. Tidak berkira
Sepanjang kiterowang couple tak pernah timbul istilah pinjam meminjam or hutang menghutang.

4. ROMANTIK
Selalu buat benda benda handmade. Sweet sangat. Waktu sekolah dulu, tak sah kalau dalam seminggu tu tak ada lukisan dia. Lukisan cinta jiwang dia tu. Sweet nak mampos. I siap share dengan kawan-kawan lagi apa yang dia lukis semua. Semua cakap "Auwww sweet sangat! Untung! Untung!". Memang rasa untung sangatlah time tu. Sekarang dah maju sikit, buat video.

5. KELAKAR
Ok yang ni memang tak dapat disangkal lagilah. Siapa kenal Apek mesti tau ni dia ni memang kelakar sangat. Tambah tambah bila dia partner dengan pasangan gay dia ada je benda dieowang nak buat bahan gelak-gelak.

Ok lah tak nak puji lebih lebih, biar saya je simpan gula dia sorang-sorang. ^_^

Wednesday, September 28, 2011

The Story Of Us

Ramai tanya macam mana kita kenal kan? Susah nak cakap. Susah nak terangkan. Semuanya jodoh. Kalau I tak lari dari Teknik I takkan jumpa u. Sebab ye lah 2 bulan tak pergi sekolah apa nak buat, kerjalah kan and there you are standing inside the shop. Eyes on eyes, I fall in love with you and deep inside my heart I promise myself to win your heart.

To cut it short, u told me that YOU LIKE ME in front of my brother and our 2 friends. And here we are still together for 6 years 1 month. I fulfill my promise to myself. Victory!!

1 month to go for us to celebrate our month anniversary as HUSBAND & WIFE.

HAPPY 6 YEARS 1 MONTH HONEY BEE!


Semalam dapat ini untuk hadiah enivesari. My prince suruh I makan sorang. Memang dengan lahapnyalah I makan. Thank you my prince.

Tuesday, September 27, 2011

Lintas Jalan

Tadi waktu nak pergi beli roti. Jalan kaki. Ye lah lagi sebulan kot nak nikah, kenalah exercise sikit jalan kaki lepas tu kenalah diet makan je lah roti. Ofis I ni kena melintas satu jalan yang besar. Tak adalah besar sangat alahainya pun, 3 lane je. Tetapi semalam dan hari ni traffic lightnya rosak. Macam I ni extra confident agaknya, melintas dengan banggalah kan. Cuba fikir logik, ada kereta akan langgar orang? Kang kalau dia langgar, kang dia kena gantung lesen ke apa kan so dia takkan langgar punyalah. Lintas je. Apa peduli!

Lagipun, kereta semua baik hati perlahankan kereta kalau nampak I nak melintas.

Bila nak pergi tu okay lagi. Adalah satu motor baik hati berhenti padahal rasanya tak ada kereta pun time tu and I boleh melintas dengan tenang. Masa nak balik tu I nampak ada pakcik dengan makcik tu nak melintas jalan sampai kena angkat tangan suruh kereta-kereta berhenti. Masa tu jarak I dengan pakcik tu adalah dalam 50 meter tak silap. Kesian I tengok. Walaupun pakcik tu dah angkat tangan suruh berhenti dan bagi laluan kat diri dia dan isterinya untuk melintas, kereta semua selamaba badak je bawa laju-laju. Tapi apa apa pun, pakcik dan makcik tu selamat melintas dengan tangan menunjukkan tanda tolong berhenti tu.

Makanya selepas pakcik dan makcik tu selamat melintas, tibalah giliran I. Uishh time I senang lah pulak. Kereta, lori semua perlahankan kenderaan bagi laluan dekat I. Dengan motor motor sekali. Kan motor selalunya kerek. Dia kalau traffic light rosak lagi suka, main redah je kan. I pun terfikir, kenapa kereta lori motor tu baiknya hati slowkan kenderaan dieowang. Segan pun ada bila ramai ramai berhenti macam tu. I tengok baju I. Ehh I pakai pink hari ni bukannya merah. Nak kata I seksi, I pakai tudung sama dengan makcik tu siap labuh sampai ke pinggang lagi shawl hari ni. Rupa? Tak cantik pun I ni. Perempuan? Makcik tu pun perempuan. Ohh mungkinlah sebab ada pakcik tu kot tu sebabnya orang tak bagi lintas.

Kesimpulannya kalau anda seorang wanita, kalau nak melintas jalan dan ada teman lelaki di sebelah anda dan kebetulan ketika itu heavy traffic, lepaskanlah genggaman tangannya dan melintaslah anda seorang diri nescaya anda akan melintas dengan senyuman bangga sambil melambai tangan kepada kenderaan kenderaan yang memberi laluan persis miss malaysia. Woohaaa!

Monday, September 26, 2011

REAL WEDDING: Kak Ika & Abg Ajim


.231011.
The sweetest wedding I ever attend. Nikah yang tak kusam. Yang bahagia. Yang diraikan dengan suasana yang ringkas tetapi cukup indah sekali. Kak Ika nampak comel sangat macam barbie doll, Betull!!


Ini malam sebelum bernikah. Over kau jah, orang lain belum naik pelamin lagi, kau dah naik. Yang sebelah I tu adik Kak Ika merangkap kawan I. Umur 22 tahun, sebaya I. Eeee kawan I ni comel sangat. Dah lah comel, kelakar lepas tu sincere sangat. MASIH SINGLE tu yang penting.


KEESOKAN HARINYA....
241011



Pelamin indah, pengantin sama padan sama hensem sama cantik, majlis bertemakan warna purple, makanan yang sumpah sangat sedap, doorgift yang bila dapat tak sampai hati nak campak buang dan makan. Semuanya OSEMM!!


Pelamin dia by ZAHA WEDDING PLANNER. Mau tak meletup kau, Eira Syazira dengan Sheira Ayoob punya kaki buat pelamin kot. Bertempat di Dewan Silveritage, Ipoh. Cantik kan? SANGAT KOT!!



Ni lah doorgift yang bila dapat tak sampai hati nak campak buang dan makan. I je yang dapat pakej lengkap, dapat semua doorgift ni okay. Sweet sangat kan semuanya??



Ok! Ni future groom & bride. Lagi sebulan 2 hari je. Practice ni, practice!


Neway, tahniah Kak Ika & Abang Ajim. Memori wedding paling best ni kompem akan terpahat dalam minda Aini selama-lamanya. Wedding yang santai, no rushing rushing memang ohsem sangatlah.. Doakan Kak Ika & Abg Ajim bahagia sehingga ke syurga dan menjadi couple yang lepas dah kawin pun still sweet sweetie pie pie like sugar sentiasa. Muaxx!

Thursday, September 22, 2011

Video lagu ganti persembahan

I got an idea. Disebabkan kahwin I ni simple-simple je, duit pun tak banyaklah alahai nak upah penari tianglah, penari balletlah, penari cha cha lah untuk perform time orang makan-makan what about I play a video. A really cute video with a song. Paham tak? Ok, ok macam ni. Kan biasanya orang pasang lagu dengar bunyi je kan? Ini I pasang lagu lepas tu tayang video kat skrin besar tu. Maknanya siapa nak tengok, tengoklah. Siapa tak nak tengok tak payah tengok, concentrate makan.

BUT of course lah instead of that cute song video, ada montage gambar nikah sikit dengan video Apek buat. I pun tak tahu video yang Apek buat tu macam mana sebab memang 100% serah kat dia. Dia cakap banyak gila frame. Kesian dia, mesti penat kan buat. I faham buat video bukan senang ohh tu sebab video selalu lagi mahal dari photo. Nak potong sana nak potong sini. I really sayang lah my darling yang sorang ni.

So ok tak my idea tu? Ye lah daripada tak ada apa apa kan, at least orang yang suka tengok benda cute boleh layan video cute. Macam tengok tv sambil makan sambil sembang.



Contoh macam ni lah.

This is the reason..



Yes! This is the reason. But yesterday I have shared it with someone who I call sista somewhere around 12 am. I feel relieved. We exchange stories. It happen accidentally. The reason is simple. I trust you, you trust me. I know u can keep my secret and I can keep your secret. Its actually not a secret, it just a small talk that cannot be simply shared to anyone because if we choose the WRONG PERSON to have a pillow talk then yeahh this issue up here will be so BIG until we cannot cover it up. Yeah, people who did not learn from the past who just love to spread bad things about others. Gossips! Gossips! Gossips! From a small matter can be so BIG because of this bloody smelly heart person. Anyway thank you sista. Cant wait for your BIG HOORAY HOORAY DAY this Friday. U must be so pretty and your partner will be so handsome. You both really made a PERFECT COUPLE!

Wednesday, September 21, 2011

Masalah..

Masalah memang selalu akan hadir dalam hidup kita. Masalah kewangan, masalah keluarga, masalah dengan kawan. Macam-macam jenis masalah.

Dan dengan adanya berlainan dan pelbagai masalah, wujudnya juga pelbagai cara seseorang itu menangani masalah tersebut. Ada yang suka bercerita ada yang memilih untuk berdiam. Macam saya, saya pilih untuk berdiam. Saya hanya suka bercerita sesuatu yang menggembirakan. Masalah keluarga? Masalah kekasih? Masalah kewangan? Dan bermacam lagi masalah? Hemm.. Saya lebih suka memendam. Biar masalah itu larut pergi sendiri tanpa perlu digembar-gemburkan. Nanti saya dah lupa masalah tu tapi orang yang saya ceritakan tu tak lupa-lupa lagi pasal masalah saya. Lagi satu, takut! Takut apa? Takut orang lain akan bercerita pasal masalah saya itu. Habis dicanangnya satu dunia. Sebab tu biasanya saya akan berkongsi masalah saya dengan tunang terbaik saya, Apek dan famili terhebat saya sahaja. Sebab tu kawan-kawan tak pernah dengar masalah itu masalah ini daripada mulut saya.

Bagi saya, masalah itu datang dan pergi. Kalau kita tak selesaikannya dengan segera maka masalah itu akan sentiasa berada di takuk itu. Di takuk yang tak pernah beralih walau seinci. Otak saya ni pelik. Tak suka fikir masalah. Biarlah masalah tu besar mana pun, susah betul nak lekat tapi kalau dia dah lekat tu boleh buat hati keruan tak menentu wohh! Tapi sehari je sebab otak saya ni tak boleh simpan masalah lama-lama. Kan dah cakap tadi tak lekat. Tak tau lah haii nak cakap macam mana. Senang cakap malas nak fikir pasal masalah. Tak lama nanti masalah mesti selesai. Kadang-kadang ambil masa seminit, kadang kadang berhari hari, ada tu bertahun tapi apa-apa pun mesti selesailah. Macam masalah baju nikah saya yang dichargenya sampai beratus ratus padahal ia hanyalah satu baju kurung moden yang bagi saya biasa sahaja. Lepas tu dia yang jahit salah dan dia yang dah buat janji akan membuatnya sebaik mungkin, akan dibetulkan kalau tersalah jahit tapi dia nak kenakan charge pulak atas kesalahan dia sendiri. Semalam memang marah, bila marah saya akan lontarkan tapi tak sampai beberapa minit saya akan sejuk kembali dan terjadilah insiden tak lekat saya itu semua gara-gara malas nak fikir.

Maka janganlah terlalu dibebankan otak itu dengan masalah, carilah penyelesaian daripada memberatkan otak dengan masalah kecil besar itu. Usaha-doa-tawakal-pasti ada jalan.

Tuesday, September 20, 2011

Jasa & duit mak bapak.

Sekarang ni zaman moden. Moden ke? Moden tang mana entah. Ohh mungkin tang teknologi lah kot yang modennya. Macam dulu siapa pakai handphone dah macam, "Kaya siakk dia tu!". Sekarang ni apa ada hal, handphone siap boleh tukar tiap tiap tahun lagi, siapa yang banyak duit lagi ah, asal keluar baru je tukar, baru je tukar. Student sekarang ni minta je kat mak bapak kalau nak itu nak ini. Ditatang bagai minyak yang penuh. Nak handphone, bagi! Nak laptop, bagi! Nak PS3, bagi!

Ni yang tak faham ni, anak yang selalu dan tidak lokek meminta minta dari mak bapak. Kadang-kadang dah tahu orang tua tu tak ada duit, susah nak cari duit tapi rilek rilek je mintak. Dalam hati tu tak ada sikit pun ke rasa kesian? Tak ada rasa simpati ke? Memanglah asal kita minta duit je, mak bapak tak pernah mengeluh. Hulur je walaupun dalam kocek dah tinggal beberapa helai je. Tapi kita ni, kita ni sebagai anak manalah hati tu? Letak kat kaki ke sampai dah hancur kena pijak sebab tu dah tak ada hati?

Kesian! Kesian! Bukannya nak cakap diri ni baik sangat pun, duit belanja pun ayah still bagi sebab dia cakap saya ni masih dalam tanggungan dia selagi belum kahwin. Kereta pun ayah yang bagi, ayah yang bayar. Mungkin itulah sebabnya saya tak pernah nak minta lebih dari ayah saya. Kahwin pun guna duit sendiri dengan duit hantaran yang Apek bagi dan kebanyakannya Apek yang topupkan mana yang tak cukup. Ada yang kurang, tapi tu lah entahlah. Tak sampai hati nak minta. Kadang-kadang bila ibu ayah tanya semua cakap okay. Bila ibu tanya apa tak cukup semua okay. Bila ibu cakap nak beli cadar sampai 5-6 ratus, kita tolak sebab kita rasa tak perlu nak membazir sampai macam tu tapi dia tetap berdegil nak beli. Sponsor benda lain? Ada! Ada yang ayah dengan ibu sponsor. Contohnya katil kahwin yang harganya sampai RM4,500. Saya tak minta tapi mereka nak bagi. Hadiah kahwin katanya. Terharu kadang-kadang. Eh, silap! Bukan kadang-kadang tetapi selalu. Ya! Terharu kan bila di mana kita ni diperlukan tapi tidak mampu memberi apa-apa tetapi mereka, mereka itu yang entah berapa puluh ribu ataupun dah berjuta agaknya menghabiskan duit kat kita ni sanggup bersusah payah semata-mata nak tengok kita ni macam orang lain. Tak nak lah nanti kahwinnya sememeh je. Hal nikah semua ibu ayah sponsor kecuali pelamin. Mereka membeli, menghulur tetapi tak pernah mengungkit. Perasan tak?

Itu lah sampai sekarang tak faham dengan anak-anak yang tidak ada hati meminta dengan orang tua. Asal duit habis je, minta. Kalau minta selepas usaha tak apa, ini minta sebelum berusaha. Usahalah dulu kot kot ada benda benda part time yang kau boleh buat ke kan. Ataupun cubalah limitkan perbelanjaan tu, janganlah dok sibuk joli sana joli sini at least kalau ada balance boleh cakap, "Haaa minggu ni bapak tak payah bagi duit kat anakanda sebab anakanda tak boros so ada balance boleh guna untuk minggu depan". Wahh bunga-bunga hati bapak tu weyh.

Saya dah berazam, lepas je kahwin ni kalau boleh nak lah hulur duit kat ayah. RM100 pun jadilah. Bayarkan bil eletrik, bayar bil air. Mesti rasa puas masa tu sebab dah boleh bayar jasa-jasa ayah walaupun tak boleh balas apa yang dia bagi kat kita. Bayangkan dekat saya RM15 sehari. RM15x30hari=RM450 tapi saya sumbangkan RM100 je. Tu belum lagi adik-adik lain punya duit belanja. Total semua lebih daripada RM1500. Tak apa. Orang kata pelan-pelan. Nanti bila pendapatan pun dah bertambah, saya harap saya dapat sumbangkan lebih daripada apa yang ayah pernah sumbangkan dekat saya.

Ibu juga. Ibu yang tak pernah mengeluh sidai kain, masak, kemas rumah cuma akhir-akhir ni saja ibu agak malas nak masak, penat mungkin maka tugas memasak saya galas untuk 2-3 hari. Adik ketiga saya cakap ibu sengaja tak masak sebab nak bagi saya belajar memasak. Pandai lah dia, tau lah dia pandai masak. Tapi dalam kata-kata adik ketiga saya tu ada kebenarannya, sekarang saya dah boleh masak ikan masak asam pedas, sotong masak kicap, udang masak merah yang di mana sebelum ni saya tak tahu masak langsung. Balik balik maggi goreng, nasi goreng dengan spagheti.

Itu impian aku untuk mak bapak aku. Aku tahu korang pun mesti ada impian yang sama kan cuma cepat atau lambat je impian tu terlaksana. Iaitu membalas jasa orang tua dengan duit.

Satu impian. Satu suara. Satu malaysia. Ahahahah! Tiba-tiba.

Tuesday, September 13, 2011

Ibu Jari Punya Kuku Ilekk!

Halu halu.

Rasa macam lama sangat kan tak update belog. Memang lama sangatlah sebab bukan lebih daripada sehari tapi dah berhari hari tak membebel panjang dekat belog kesayangan ni. Mau tak kesayangan, satu satunya belog yang kita ada kot lainlah kalau ada belog sampai 2-3 ketul. Macam asingkan ok belog ni untuk belog cinta cinta, belog ni untuk kesihatan, belog ni untuk famili famili matters je ohh memang sampai setahunlah tak pergi balik belog yang satu ni kan??

Dalam banyak-banyak bebel ni just nak simpan dalam kenangan otak yang saya dah tak ada ibu jari buat tempoh terdekat ni. WHAT?? TAK ADA APA? YESS!!! TAK ADA IBU JARI DI KAKI KIRI. Paham tak?? Paham tak apa maksud ......... ok now boleh gelak. IBU JARI KAU KATA? Ibu jari tu adalah jari tau. Macam mana nak tumbuh balik kalau ibu jari yang hilang. Ok bukan ibu jari tetapi kuku di ibu jari kaki. Haaa barulah betul.

Bila tak ada kuku di ibu jari kaki, korang faham tak apa maksudnya? Maksudnya nanti kahwin tak ada kuku lah. Apek bakal berkahwin dengan insan cacat sementaralah macam ni. Maknanya saya ISTIMEWA lah kan?

Mahu lihat gambar?


Ketika kuku masih ada


Ok gambar ni sengaja kasi besar supaya korang rasa simpati lalu menyumbangkan wang ke dalam akaun I. Ni gambar selepas kuku dicabut. Auch!


Ceritanya begini ya anak-anakku sekalian. Tarik nafas panjang-panjang sebab cerita ni tak boleh dipendekkan tapi I dah pendekkanlah juga dan I guna font Arial so that tulisan jadi kecil so tak adalah rasa "Mak aihh panjangnya cerita dia ni". Ni pun copy paste ayat yang I paste dekat kawan I yang caring junior duduk jauh kat Kedah tapi masih ambil berat.

Katil kawin aku yang ala ala english tu nak sampai pada hari Ahad tu makanya terpaksalah mengalihkan katil 2 tingkat aku yang besi tu ke bilik belakang. Time bukak katil tu ok tapi bila nak pasang balik, dia senget senget so adik aku si Iqa tu betul-betulkanlah nak bagi straight. Tiba tiba besi katil tu terkeluar dari landasan lalu menghempap kaki aku. Pandai pulak tu dia aim hempap kat ibu jari macalah tak ada jari lain. Lepas tu aku pun terkelu terdiam merintih kesakitan. Terus biru jari aku tu. Aku mmg nak pitam dah time tu. Jalan sikit pening laloq. Then pergi klinik doktor bagi dua option.

1) makan ubat-kuku tercabut sendiri tapi lambat
2) bius jari aku then cabut kuku aku and cepat sembuh

of course ah aku pilih option yang ke-2. Seminggu merana nak jalan semua tapi skang dah ok. Hari ni last aku balut. Tak nak pi dressing dah. Mahai! Biar tak berbalut. Biar dia kena udara semua, baru kering cepat.

Makanya dengan mencabut kuku maka lenyaplah RM110 ku. Office cover RM40 je. Tapi sekarang I dah boleh berjalan seperti isan yang normal cuma yang tak bestnya luka tak kering sepenuhnya lagi so tak boleh pakai heels. As you know, I suka sangat heels. Lagi tak sakit kalau pakai heels untuk berdiri lama-lama daripada pakai sneakers. Melampau! Memang suka heels sangat ni. Sedihnya pakai selipar buruk-selipar jamban pergi ofis. Atas dah ok dah sekali tengok bawah, alahai selipar. Cacat penampilan.

Anyway, doakan kuku I tumbuh dengan cepat supaya I tak adalah sakit bila pakai heels time kahwin nanti. ok?

TOURIST SPOT IN KYOTO

ARAHIYAMA 1. ARASHIYAMA Jangan lupa singgah dan duduk santai-santai di tepi sungai berhampiran Togetsu-Kyo Bridge. Serius mendamaikan...