Showing posts with label #wishlist. Show all posts
Showing posts with label #wishlist. Show all posts

Tuesday, July 9, 2013

Kamera Henpon Paling Lawo

Hello hai. Ohh no no no. Entry Singapore belum lagi ya. Harap bersabar. Amboih kemain suka kome hashtag #traveldiary ya. Nanti-nantilah ya dalam minggu depan ke minggu ni ke kan sebab gambar bersepah. Dalam kamera I lah, kamera handphone AmirulSyafiq lah, kamera handphone I lah.

Inilah yang nak tanya ni, kamera handphone mana paling canggih dan lawa eh? Sebenarnya dah malas nak kendong kamera ke sana ke mari tu yang nak beli handphone canggih je. Senang! Dah lah kecik lepas tu nak tangkap gambar pun tak adalah macam nak kena klik punat ataslah apalah. Lepas tu kalau dengan kamera ni tak boleh nak ambil gambar selfie yang angle dia dah cun melecun sebab tak ada kamera depan kan kan kan.

Tengah fikir nak beli Iphone je ni tapi orang cakap kalau gambar-gambar ni SONY is the winner. Betul ke?

AmirulSyafiq sekarang pakai Sony Xperia. Memang lawa gambarnya sampai dia pun dah malas nak carry DSLR dia yang besar gabak tu. Planning to let go. Dia nak cari kamera yang kecik sikit tapi function macam DSLR. Iyalah ingat tak berat ke DSLR tu. Berat gila sampai kena gantung kat leher. Atenya nak masuk kat poket mana nak muat.

Aiming for Sony Xperia Z yang kamera gila nak mampos lah sampai 13.1 megapixel apa jadah tinggi gila. Iphone pun 8 megapixel je ni. Ok nak pergi survey dan survey sekarang. Haih lah duit silalah beranak agar daku dapat mengupgrade hanpdhoneku ni.


Sony Xperia Z. Aumm!!!


Monday, February 4, 2013

Mana tahu satu hari nanti impian jadi kenyataan. #dreamhouse



LIVING & BEDROOM AREA
Serahkan kepada Amirul yang pakar. Tak ada idea untuk ruang tamu and bedroom. Hihihihihi!

DINING AREA
Untuk dining, I suka macam suasana ala ala santai. Kalau boleh tak nak terikat dengan kerusi meja yang asing asing tu. I suka kalau macam ala-ala kat cafe gitu.

KITCHEN AREA
Tang kitchen ni kadang nak warna pink kadang nak warna kuning. Nak warna pink sebab warna pink comel sangat. Kita suka sangat. Sebab nak warna kuning, dia terang. Bila nak masak I suka terang-terang senang nak nampak barang. Lagipun buat dapur kita nampak ceria sikit. Rasanya I lebih ke arah warna kuning.

LAUNDRY AREA
I dah berangan kalau ada laundry area I nak bakul-bakul konon asingkan baju putih, kain dalam baju dalam semua. Lepas tu tempat letak detergent kemas gitu.

BATHROOM
Nak warna coklat. Nak nampak elegan ala ala hotel gitu. Pilihan kedua nak warna grey. Last choice is hitam putih.



Entry Langkawi trip travel and tips coming soon okay walaupun we found it boring....

Thursday, January 31, 2013

#Wishlist - XBOX KINECT


Seksi kan? Seksi kan? Alhamdulillah. Akhirnya my darling baby boo berjaya membeli XBOX KINECT yang dah ada dalam senarai wishlist dia sejak zaman kawan-kawan lagi. Masa kiterowang tengah kawan lagi dia dah cakap, "Lepas kahwin nak beli XBOX. Tak kira! Tak kira!" sambil hentak-hentak kaki meronta-ronta sambil menggulingkan badan di atas bahu jalan. Alolololo comelnya. Masa tu xbox tak keluar kinect lagi. I pun tak tahu apa kebendalah minatang XBOX ni. Tak silap I, I baru tahu betapa bestnya benda ni awal tahun ni. Yelah I manalah tahu pasal game game ni. Yang I tahu I suruh Amirul beli Wii. Ainee, you're so 80's. =)

Semalam pergi je kedai dia bagi 10 cd percuma then 30 game percuma masuk dalam hard disk. Tau tak siapa yang teruja lebih? Ya! Semestinya sayalah. My Amirul suka babykan I maka dia suruh I pilih semua cd. Dia tu setakat bola pun dah cukup. Dalam 10 cd tu sepoloh sepoloh tu I punya game. Siap pau lebih 1 cd lagi. Kiranya dapat 11 lah cd game percuma. Semalam sampai pukul 2 pagi I main nari-nari cd Black Eye Peas. Gila best. Siap ada follower lagi.

Ok! Siapa tak ada XBOX KINECT sila pergi beli sekarang sebab ianya memang ohsem sangat. Balik je kerja ni nak pasang cd workout pulak. Kurus is my plan for this 2013. Beras pun dah tak mainlah beras putih, makan brown rice sekarang. Curllllasss kau jah!

Okay! Tak sabar nak balik rumah sekarang.


P/S: I suka post gambar kat instagram then link dengan Twitter memandangkan Twitter I tak aktif langsung kasilah nampak macam aktif sikit dengan adanya gambar gambar kat instagram. Tapi I tak link instagram kat Facebook maka siapa ada instagram bolehlah follow I. Nama I kat instagram rasanya Ainee Johari. I pun lupa. Selalulah I post gambar makan lah, rumahlah, kucinglah and etc. Oh tujuan cakap pasal instagram ni sebab I post gambar Amirul lambai tangan kat tv lah semua kat instagram. Kira macam Instagram tu tempat I selalu updatelah. Ok chau chin chau. Assalamualaikum.

#REVIEW Baju nikah