Showing posts with label apek. Show all posts
Showing posts with label apek. Show all posts

Thursday, May 26, 2016

Kerendahan Ego seorang suami, keanak-anakan seorang isteri

Hai suami.
Suami oh suami.
Terima kasih untuk semalam.
Kita tidur awal. Tak kiss goodnight pun.
Tak wish goodnight pun.
Sebab merajuk.
Awak cakap kita main henfon je tak buat kerja.
Eh patut awaklah yang merajuk kan?
Terbalik.
Which is normal.
Hehe.

So saya merajuk.
Saya tidur awal.
Qoshi sekali tidur.
Tiba-tiba bau minyak urut.
Awak urutkan kaki saya.
Rasa keihklasan tu.
Awak kata saya penat.
"Awak penat tu!"

Urut urut dan urut.
Memang dah keras rasa kaki tu.
Awak urut rasa longgar balik urat.
Best!
Lega!

Terima kasih suami.
Pandai ambil hati dan memahami perasaan.
Paling saya respect ego awak tu.
Lelaki biasa ego tinggi tapi awak rendahkan ego awak untuk saya.

Semoga jodoh kita kuat.
I love you B.

**kita kena blog sebab nanti kita lupa kebaikan awak kat saya. Hehe

Friday, February 13, 2015

Nafsu? Keinginan? Mengada ngada?

Hari ini #dearbabyQ dah 38 minggu 1 hari.
Yes! Dalam rahim.

Semalam teringin makan KFC pukul 10 malam. Memandangkan KFC tidaklah jauh mana dari rumah kami (which is about 5 minutes driving distance), mengada sangatlah kan perut ni nak makan ayam goreng pakcil rambut putih tu. My yayang layankan aja. Ikhlas. Nampak keikhlasan dia. Thanks yayang.

Kelmarin dah bawa pergi makan ais kacang paling sedap di seantero Ipoh yakni kat TKK.  Cari nasi ayam tak jumpa. Sedih betul. Makanlah mee goreng mamak yang pedas. Dah lah tu ada pulak lipas bermain-main di lantai kaki semacam gerai kat situ dia punya taman permainan. Memang melompatlahkan. Rela lagi aku harimau depan mata.

My yayang cakap nak makan apa cakap je. Dia nak penuhkan segala impian keinginan nak makan sebelum I pantang. Nanti dalam pantang banyak benda tak boleh makan katanya. So sweet.

Semoga hubungan kami kekal ke Jannah dan kehadiran #dearbabyQ menambahkan seri rumahtangga kami.

List nak makan sebelum kena pantang.
1. Ais ais ais
2. Air sejuk sejuk sejuk je selalu

Keinginan tu datang tiba-tiba je. Tak ada list. Dah mention dah kat my yayang, baby besar dia ni takkan masak sampai habis pantang. Haaaa gituuu. Sebab perut dah ke depan tak larat. Buat kerja rumah ke mop ke jemur kain tarak hal.

Tenkiu AmirulSyafiq for everything.

1. Tiap-tiap malam urutkan kaki (tapi semalam awak lupa nak lapik kaki kita bagi tinggilah awak. Kita pun lupa. Terus tidur pukul 4.30 pagi. Hehe).
2. Masakkan nasi putih dengan telur dadar bawang cili merah tengah-tengah malam.
3. Scrub badan kita. Shampoo rambut kita. Rasa macam kat spa sangat.
4. Ambilkan air kat bawah bila kita dahaga.
5. Jado booster bila naik tangga rumah kita yang tinggi macam kedai ni.

Banyak sangat kalau nak list. Awak pun sama-sama berjuang untuk anak kita. Kiranya awak pun sama mengandung tau cuma tak bawak perut je. Hehe.

Saturday, May 28, 2011

My New BABY

**taken using my new device's camera

Ollo korang korang and hai belog diari.

Now, I dah ada hp baru. Dah tak ada dah hp bila nak charge je tak berjaya, bila nak call je bateri padam. Sekarang I dah pakai......

Yeah! Do u see that?? My baby galaxy tab present by Apek for our 5years 9months of love. Thanx bee. I love u so much. Tau tau je handphone I tu dah nazak sangat kan? Lepas tu semua orang meluat I tak bawak hp lah, I tertinggal hp lah, bateri handphone habislah. Ok sekarang tak boleh ada alasan macam tu dah.

Ohh! Apek pun ada beli satu untuk diri sendiri jugak for business purpose. Senang katanya. My tab ni bukan setakat ada wireless semua, dia yang jenis sekali dengan handphone tu. Haaa boleh bayangkan tak betapa besarnya letak benda ni kat telinga kalau orang telefon tapi takpe, I guna earphone so tak adalah orang usha pelik.

Samsung Galaxy Tab ni memang best gilaa ok! U all have to get one. Dia tak besar sangat and tak kecil sangat. Just nice! Semalam pun I dah beli casing dia. Warna apa?? Of courselah soft pink, my feberet. Apek dia nak beli casing ala ala vintage but then tak ada pulak so dia pun ambil colour coklat. Now tak risau calar ke apa sebab dah ada casing, boleh campak sesuka hati dalam handbag. >.<


Oklah nak pergi siap nak teman kak aelin (kakak opis) peri wedding kawan dia then nak pergi FIESTA kat Dataran Ipoh then nak teman Ain Salleh shopping. Haaa siapa-siapa duduk Ipoh meh lah ramai ramai pergi Datarn Ipoh meriahkan Fiesta tu. Start pukul 3pm. MOH KITE!!


Neway, thanx again my bee. I love u! I love u!Align Center

Friday, November 12, 2010

My Engagement Ceremony Card. IT IS A PARTY for me DARLING!




Gila rilek kan kiterowang guna nama glamer gitu. Ehh glamer ke nama Ainee dengan Apek ni? I buat kad ni pun khas untuk orang yang tak tahu rumah I je. Tak adalah bagi kat semua orang. Uishh larilah budget I nanti. Makanya I hanya bagi kat orang-orang dalam ofis I je lah kot. Itupun bukan semua sebab alahai kang penat I melabur untuk kad ni kang orang campak campak buang dalam tong sampah je. Karang luluh hati I kang. Tambah tambah si Apek tu.

Kad ni memang 100% design by Apek. I mintak konsep CUTE, FUN & SIMPLE! Di samping tu I adalah bagi hint hint sikit kat Apek. Tak sampai beberapa jam dia hantar kat email I. Kiterowang memang suka main balas-balas email ni barulah rasa macam tengah berunding dengan client dengan designer. Uishh memang menepati citarasa betul. Siap bagi pilihan dekat I lagi. Semua ada 4 pilihan. Tapi I paling suka yang first punya. Lagi simple lagi I suka tapi ada kawan I suka yang no. 3. Kalau ikutkan hati semua design I suka. I suka sebab dia sangat funky. CUTE CANGATTTTT!! Terasa macam party orang muda-muda pulak. Kalau orang tua nampak kad ni mesti terbelahak mata. Atenya memang budak yang nak tunang ni pun muda lagi kan?

Korang pulak paling suka yang mana? No.1, 2, 3 ke 4? By the way, kalau korang pun nak design kad kad ke kan nak design pelamin ke kan. Apa-apa je lah berkaitan dengan design bolehlah contact Apek ni. Nak bagitahu I pun boleh je. Email je dekat I. Kalau nak print sekali pun boleh. Bunting ke banner ke apa-apa je lah, harga boleh runding wohh. Tak mahal, serius sebab Apek ni gila pemurah. Ceewah, sempat lagi tu promote. Kata nak cari wang saku lebih untuk kahwin ni kan.


Ni kad pertama yang Apek design. Tapi cincin tu Apek cakap dia malas nak lukis sebab I banyak songeh. Ahahahahha! Lepas tu I cakap tak nak. I nak dia nampak full and FUN. Suruh dia buat lain. Mentang-mentang yang design tu boyfriend sendiri kan memang nasiblah kau wahai boyfriendku kena buli dengan I yang cerewet ni. Tapi kawan I yang suka design no.3 tu dia cakap ini lagi cantik. Tapi I tak nak, I lagi suka design kat atas tu sebab bila bukak je attachment yang Apek hantar dekat I terus taip laju laju cakap "U!! CANTIKKKKK.....I SUKA SANGATTT!!!!".

Thursday, August 19, 2010

Dapat kad rayalah weyh! KORANG ADA?


Bila I amik Apek pagi ni, Apek terus hulur kad raya. WEYH! KAD RAYA! KAD RAYA WEYH!! Macam dah lama gila tak dapat kad raya.

Dulu waktu zaman sekolah, poyo gila sanggup tu pergi Super Kinta yang dah bankrup tu nak beli kad raya nak bagi kat kawan-kawan sebab ingatkan kalau dah bankrup kad raya akan menjadi murahlah kan kalau beli kat sana tapi cis hampa memang hampa, harga sama je, tak ada bezanya! Lepas tu semangat kat rumah tulis ucapan panjang berjela konon nak mintak maaf dari hujung rambut ke hujung kaki sebab banyak mencarut, banyak mengeluarkan kata kata pedas lalu hati kawan terbakar. Paling tak boleh blah, I rasa ayat feberet I ialah "Aku nak mintak maap dari hujung rambut yang wangi ni sampai hujung kaki yang tak busuk ni". PERLU KE KO NAK MENTION PASAL BUSUK KE TAK RAMBUT DENGAN KAKI KAU? MINTAK MAAF SUDAH! Malu shit kalau teringat. Heheheheh! Sampai sekarang kot I simpan kad-kad raya yang kawan I bagi. Ada tu siap suruh balaslah apalah tapi selalunya bila I dah semangat tulis semua kad I simpan buat perkasam sebab malas nak pergi beli setem dan pos.

Best kan zaman kecik kan?? Kan?? Sekarang ni korang tak ada hati ke weyh nak bagi I kad raya selain dari si Apek tu. Dah lah si Apek tu setelah 5 tahun kapel, baru la ni dia nak bagi kad raya. Tapi tak apa, kad raya tu HANDMADE OHHHH!!! Cantik sangat! I suka! Terima kasih bee honey. Tahun depan nak lagi yeah.

Friday, August 6, 2010

Chandelier Budget Baik Punya

Hey belog diari. Whazzup??

Hari ni bila I jalan-jalan kat belog orang yang dah nak kahwin kan, ada sorang kakak ni post pasal benda ni yang dia jumpa kat Design Sponge. Memang budget gilalah, kalah destinasi budget wohh. I pun nak jugak budget-budget ni. Jimat duit boleh fokus kat benda lain. Sebab I memang nak sangat ada chandelier kan maka kenalah cari tempat sewa yang murah. Kalau nak beli pun, kena pergi Nilai 3(ada orang cakaplah kat situ murah) tapi risau jugak kang pergi-pergi muka sememeh hampa sebab tak ada chandeliar murah. Semua stok mahal je, macam mana?

TAPI NAK BAGI I SURUH I BUAT DIY DIY NI MEMANG MUKA TAK LAYAKLAH KAN!! NASIB BAIK ADA SI APEK YANG PANDAI BAB BAB NI SAMPAI KEBANYAKAN BARANG YANG DIA BAGI KAT I SEMUANYA DIY DARIPADA BOOKMARK, KAD BIRTHDAY, LUAHAN PERASAAN. Semuanya handmade wohh! Suka sangat dapat BF yang kreatif macam dia tu. Tapi mula-mula I kenal dia memang tak percayalah dia tu pandai lukis semua sebab tengok muka tak macam budak seni langsung! Tapi sekarang dah berjaya jadi Graphic Designer maka apa yang tak percaya lagi kan? Kenalah percaya walaupun sampai sekarang macam Eeee macam manalah I boleh dapat budak sweet lagi kreatif macam Apek tu. Layak ke dengan I yang ganas ni?

DAH! DAH! SILA PROCEED! Membebel plak dia.


Cantiknya alahai! Padahal buat dari kertas lilin je weyh!


MARI BELAJAR CARA-CARA BUAT "brenna’s paper capiz shell chandelier"
**brenna tu nama founder capiz shell chandelier ni.

Ni perbezaan shells sebenar dengan shells yang diperbuat daripada kertas lilin. Tak banyak beza pun cuma yang real punya kalau kena angin adalah bunyi yang sedap macam bunyi klingklingkling gitu tapi kalau kertas memang ajaiblah kalau keluarkan bunyi kan?


Bahan-bahannya:

- Tempat gantung pokok gayut-gayut (I tak reti nak panggil apa tapi dalam English dia dipanggil hanging planter basket)
- white spray paint
- Riben
- Gunting
- 1-2 gulungan kertas lilin
- 2 big pieces of parchment paper<=serius tak tahu apa minatang ni? parchment??pacman I tau lah! Tapi baru tanya apek tadi dia cakap kertas ni macam warna kertas lama-lama gitu.
- Seterika
- Gam Pistol supaya boleh main tembak-tembak, stick glue
- Circle cutter
- Tikar Pemotong



OK! Dah ada bahan-bahan dia semua kan? Gilalah! Bahan-bahan ni semua tak sampai RM50 kot.


Jom belajar cara-cara buatnya.

PERTAMA
Haaa ni lah tempat letak pokok gayut-gayut tu. Apa namanya? I nak panggil bakul bawang boleh tak? Haa mula-mula sekali spray bakul bawang ni dengan spray putih lepas tu biar dia kering. Macam mana nak tahu dah kering ke belum, caranya letak jari kat bakul tu lepas tu kalau agak-agak jari korang tak ada warna putih, HAAA ITULAH TANDANYA! ITULAH TANDANYA! ITULAH TANDANYA DIA DAH KERING!


KEDUA
Haaa sementara nak tunggu dia kering tu, bolehlah ya anak-anak semua buat kulit kerang tu menggunakan parchment paper. Letak 2 helai kertas parchment paper tu dekat atas iron board

KETIGA
Potong 3 lapis kertas lilin. Brenna tu dia potong size 18" maka kita pun kenalah ikut cakap sifu, potong juga 18" ok! Lepas tu susun kertas lilin dengan kertas parchment tu secara selang seli. Alah macam susun sandwich katanya si Brenna tu. Fungsi kertas parchment tu untuk bagi lilin meresap ke dalam lapisan kertas partchment tu di samping memberikan kertas lilin tu permukaan yang halus gitu selembut sutera nyah!


KEEMPAT
Lepas dah habis susun lapis lapis, bolehlah iron dia. Jangan pasang suhu panas-panas, kang terbakar tak jamin ehh! Pasang yang very the loowery. Lepas tu pelan-pelan keluarkan kertas lilin tu di antara kertas partchment tu tadi. Ulang proses yang sama.=))


KELIMA
Dah habis iron tiga-tiga lapis tu, tibalah giliran untuk potong dia bagi bentuk bulat-bulat. Tapi ada ke jual pemotong versi bulat-bulat ni kat Malaysia ni? Kat mana ehh?? Kat mana ehh?? Haa dia suruh potong 2 1/2 inci. Kan tadi dalam salah satu bahan ada karpet pemotong kan? Haaa karpet tu kita guna untuk selefontape kertas lilin tu atas dia so dat tak adalah dia main lari-lari dengan kita, lepas tu simen rumah mak kita pun tak adalah calar balar kan? Kang ngamok mak kita tu kang!


KEENAM
Dah potong-potong habis benda bulat tu, kita kena potong riben pulak. Perghh!! MEMANGLAH PENAT BUNN!! Panjang riben tu bergantung pada diri kita sendiri dan macam mana kita attach riben tu kat bakul bawang tu samada single or double strand. Brenna dia buat antara 7 (single) & 16 inches (doubled). Korang boleh gantung riben tu kat bakul guna gam kalau single straid ataupun simpulkan macam gambar kat atas ni.

***REMEMBER!! MULA DARI BAWAH KE ATAS TAU NOT THE OTHER WAY ROUND!


KETUJUH
Ok! Dah penat tempek ikat riben tu kat bakul bawang, jangan putus asa! JANGAN PUTUS ASA! Sikit je lagi nak habis tu. Ingat tak step 2-5 tadi? Haaa kerang tipu-tipuan tu kan, haa ingat pun lagi. **Bagus! Bagus! Tepuk tangan untuk diri sendiri sebab berjaya sampai peringkat ni!...

Ambil gam tembak tembak tadi, make sure gam tu panas so dat dia dapat melekat dengan kuat. Ehh ye ke? Haaa tempek gam dekat hujung-hujung kerang tu je then tampal dieowang secara bertindih tindih macam gambar kat atas. Biasanya dekat riben tu ada 2-3 kerang je. Nanti kita tengok hasil dia yang last mesti nampak setiap string ada 2-3 kerang sahaja. CUN WA CAKAP LU!!

**INGAT! MULA DARI BAWAH OKK!!!


KELAPAN
Sekarang boleh loncat kegembiraan sebab dah settle. Yahooo!!! Cuma nak bagi cantik, bolehlah letak lampu kecik comel kat dalam tu. Pandai-pandailah setting. Dah selesai semua, duduk atas sofa sambil mengeluh panjang dan bolehlah bangga dengan diri sendiri sebab berjaya buat Chandelier cun tapi dalam budget.



HASILNYA

Tak ada lampu

Bila ON lampu!


Cantik kan? Siapa buat, dia hebat maka kalau siapa nak rasa diri hebat maka kena buat untuk buktikan diri hebat.

Wednesday, August 4, 2010

Piknik Kejutan Untuk Apek

Peanut Butter+Chocolate=US

Dear belog diari, apa bikin hari ni??
Lama kan I tak geletek-geletek u. Kelmarin pun I update sikit lepas tu tempek gambar bday kek Apek je kan? Janganlah marah, semalam bz sangat lepas tu penyakit kemalasan melanda sebab sekarang ni rumah tak ada internet sebab nak upgrade pergi Unipack. Ehh rasanya kalau tukar pergi Unipack tak layak panggil upgrade kan?kan? So kena tukarlah ehh jadi undergrade. Tak sedapnya bunyi itu wahai belog diari. Tapi tak apa, sebab murah woohh. RM38 sebulan, siapa tak nak kan?kan? Pau sorang Rm10 dalam rumah dah boleh bayar duit internet. Bijak tak saya? Siap boleh beli coki-coki lagi duit balance tu.

Hari tu kan, hari Ahad lepas lah, kan ke rutin harian I sekarang ni menghantar adik ketiga I (Iqa) balik Kolej dia kat Sungai Siput tiap-tiap minggu kan, maka I dah plan nak berpiknik bersama adik-adik I dan tak lupa juga mestilah ajak Apek. Habis nak dekat RM150++ jugaklah sebab beli kek hari jadi Apek lagi, beli telurlah, sardinlah, timunlah, tomatolah, party packlah. Macam-macam! Tapi tak apa, sebab suprisenya menjadi walaupun eddie cakap FAIL!

Mula-mula rancang dengan Iqa dan Ifa je tapi Eddie pun nak ikut sekali. Apa lagi! Layan je lah. Gabra gila kiterowang takut Apek perasan kehadiran kek dalam bonet kereta. Tapi kiterowang kan pro, kiterowang tutup kek Apek tu dengan cadar. Pandai tak? PANDAILAH MESTI!! Kiterowang lepak dekat dengan Zoo Taiping. Tapi tak bestlah kat situ, tak ada angin. Panas gila! Lepas dah habis set up semua, I berpura-pura nak amik barang dalam bonet kereta, lepas tu I bawaklah keluar kek menuju ke arah adik-adik I dan Apek yang tengah dok belek-belek kamera lepas tu dari belakang dia I tunjuk kek kat depan mata dia. And yeah! SUPRISE!!!! Nasib baik Apek betul-betul suprise. Cuma tak ada adegan menangis je, kalau tak mesti A+ punya filem I. Box office wa cakap lu. Itupun nasib baik I halang Eddie bawak tepung gomaklah, telurlah nak lumur lumur kat Apek. Nasib baik tau!

The Picnic Basket


Raksasa-raksasa pada hari tu. Adik pegang watak jahat, Apek pegang watak baik tu sebab mask adik lagi banyak dari Apek sebab adik cakap dia dah bunuh semua kawan-kawan Apek maka dia dapatlah mask tu kononya macam satu kuasalah. Kelakar je tau!


Ifa dengan kemeriahan bunyi


Lepas dah habis makan-makan, perut dah kenyang terus pergi Taiping Central. Nak tahu kenapa-pergi-sana-siap sesat jalan lagi-tu tapi gigih juga nak pergi sana sebab nak realisasikan impian Iqa nak main roller blade. Sumpah menggigil dengar roller blade sebab dah 10tahun tak main. WEYH! 10TAHUN BABE! Kalau tak makan 10tahun pun boleh lupa cara nak makan weyh, inikan main roller blade. Terkangkang den. Tapi memang best pun. Sekali masuk Rm10 tapi yang kurengnya dekat Roller Blade Center tu kasut dia tak dijaga dengan elok. Tak bersih langsung. Busuk yang amat weyh! Bau tahi lagi wangi weyh. Korang tau tak bau cekam? Haa menusuk nusuk kat hidung kiterowang ni tau. Siap basah dengan peluh lagi tu. Pergh!! Letaklah hairdryer ke penyerbur kaki jenama school ke kan?

Kalau pandai main roller blade ni bolehlah masuk tournament Ice Skating kan?


Ifa ada skill wooo! ADA GAYA!!


Tapi Eddie dengan Apek of courselah tak main roller blade tu kan, dieowang pergi main snooker lepas tu tangkap ikan apajadah tah. Punya semangat cerita kejayaan dieowang tangkap ikan kat kiterowang lagi. Tapi dieowang cakap meja snooker dia tak best. Tak licin, bola geli-geli.

Ni lah sweater yang I hadiahkan kat Apek. I LIKE! Abaikan muka Apek dan Eddie yang terencat, fokus pada sweater.


Dah macam pukul 6 macam tu, kiterowang pun hantar Iqa pergi balik Sungai Siput. Celcom Broadband yang Iqa baru beli Sabtu lepas tak boleh pakai, maka kena pergi tukarlah untuk dapatkan balik duit. Tu lah, siapa suruh duduk pendalaman sangat. Nanti kita cari broadband yang boleh dapat line kat perkampungan dalaman tu ehh!

Panjang tak cerita I kali ni belog diari?? Panjang kan? Nama pun diari maka awak kenalah terima hakikat yang tuan awak ni suka membebel panjang-panjang. Lepas tu dahlah gambar lain banyak-banyak ada dalam kamera Apek. Tak suka bila keluar ada 2 kamera. Susah! Dahlah pc kat ofis I ni tak boleh read camera Apek punya format.

Monday, August 2, 2010

Kek Hari Jadi Apek

Sempena umur Apek yang mencecah 21. Suka gila bila dia tak expect apa-apa suprise from me. Esoklah cerita panjang ya belog diari. Hari ni saya sibuklah. Tata!

Thursday, July 29, 2010

Bila Benda Merah Datang Je, Perut Mesti Kembong

Tak suka betul perubahan fizikal ni. Dahlah perut rasa tegang, ye lah dah nama pun kembong kan? Rasa nak je letak minyak yu yi tu. Dah tu kalau benda merah tu datang mesti nak rasa pening pening, muntah lalu pitam. Benda merah ni pun satu, nak datang waktu tengah hari ni apa pasal, rugi je puasa setengah hari tau. Datanglah malam-malam kan senang, sakit sakit sakit boleh terus tidur lepas tu bila bangun pagi esok, SAKIT PUN TIADA lalu hati pun ceria.

Sekarang ni tengah rasa nak pitamlah ni, nak muntah dah ni lepas minum air milo panas. Kenapa milo panas? Sebab bila panas, persepsi I dia akan memecahkan ketulan-ketulan benda merah yang berkepuk. Tapi kenapa rasa nak pitam pulak sekarang? Shuh Shuh pitam. TAK MAU PITAM! SUNGGUH TAK MACHO!

Bila cakap pasal milo teringat dekat Apek dulu dia selalu belikan I milo panas bungkus bila benda merah datang. Malu I! Tapi sekarang dah tak boleh gedik-gedik sebab Apek jauh lepas tu restoran kat sebelah ofis je, melampau ehh nak suruh Apek datang semata-mata nak hantarkan milo panas. MELAMPAU EHH KAMU AINI!!

Saturday, July 24, 2010

I terasa sangat pemurah hari ini!





I don't tell anyone about the way you hold my hand
I don't tell anyone about the things that we have planned
I won't tell anybody
Won't tell anybody
They want to push me down
They want to see you fall

Won't tell anybody how you turn my world around
I won't tell anyone how your voice is my favourite sound
I won't tell anybody
Won't tell anybody
They want to see us fall
They want to see us fall

I don't need a parachute
Baby, if I've got you
Baby, if I've got you
I don't need a parachute
You're gonna catch me
You're gonna catch if I fall
Down, down, down

I don't need a parachute
Baby, if I've got you
Baby, if I've got you
I don't need a parachute
You're gonna catch me
You're gonna catch if I fall
Down, down, down

Don't believe the things you tell yourself so late night and
You are your own worst enemy
You'll never win the fight
Just hold on to me
I'll hold on to you
It's you and me up against the world
It's you and me....(Love)

I don't need a parachute
Baby, if I've got you
Baby, if I've got you
I don't need a parachute
You're gonna catch me
You're gonna catch if I fall
Down, down, down

I don't need a parachute
Baby, if I've got you
Baby, if I've got you
I don't need a parachute
You're gonna catch me
You're gonna catch if I fall
Down, down, down

I won't fall out of love
I won't fall out of,
I won't fall out of love
I won't fall out of,
I won't fall out of love
I won't fall out of,
I won't fall out of love
I'll fall into you



Terus meroyan suka lagu ni lepas kawan I, enna banana post dekat Facebook. Dengar banyak kali pulak tu. Enna ni memang banyak lagu lagu best yang dia suka. Apa yang best dekat dia, mesti best dekat I juga tu yang I klik nak dengar jugak lagu ni. Memang bestlah kan! Suara si Cheryl ni dah lah best! KO TAU TAK BEST SUARA DIA???? Thanx my kawan rapat sebab publish dis song, biasalah I ni kan dengar radio pun waktu pergi kerja je. Itupun dalam kereta. Kat ofis tak dapat dengar sebab Iqa dah bawak radio pergi rumah sewa dia. Ni pun I nak kasi Iqa pinjam laptop I, printer I, kamera I sebab pelancongan best gila. Every week mesti pergi jalan-jalan. Ni entah pergi Penang lah apa pulak lepas ni. Memang best belajar macam tu. I pun nak! Tapi kena buat report dan banyak guna duit. Dahlah kalau print kat kedai mahal kan? Tu yang I bagi dia pinjam printer 3 in 1 I tu tapi nanti dia dah dapat duit PTPTN dia, dia pergi beli sendirilah kan semua benda tu. Sayang I kat kamera bling bling I tu lepas tu dalam laptop I banyak gambar ohh!!! Tak boleh buat harta terus, mau gila I.


I tak tahu kenapa bulan ni I sangat pemurah. I belanja adik I selimutlah, tong sampahlah lepas tu adalah lagi. Tak ingat dah I. Lepas tu sempena birthday Apek yang ke 21(auww! mudanya lagi) I hadiahkan dia sehelai sweater dan dan dan maxis broadband. Senang dia nak hantar design dia kat company yang dia buat part time. Siapa yang nak design kad ke banner ke apa, bolehlah email je kat dia (apek_amirul@yaoo.com). Insyallah dia akan buat yang terbaik dengan kadar yang sangat berpatutan.

Neway, HEPI BIRTDAY B! Sori tau, baget lari pulak nak hadiahkan U, Wacom Bamboo Fun Pen & Touch yang untuk lukislukis tu. Kalau I hadiahkan benda tu mesti u terlompat lompat kegirangan macam budak kecik dapat aiskrim kan?kan?Susah betul nak cari binatang tu kat Ipoh ni. Agak kena pergi KL kot kalau nak cari benda tu. Takpe B, hujung tahun ni kita pergi Lowyat cari ehhh.

Tata belog diary. I LOVE BELOG DIARI!

Monday, July 19, 2010

Selamat Hari Jadi Apek. EHH BETUL KE HARI JADI AWAK HARI NI?



Saya kini sedang berada di Paris. Percaya tak?
Saya saja je kasi emphasize warna kat Eiffel Tower tu, kasi korang nganga!


Tiba-tiba bila ada kat Paris ni terasa nak hadiah ini untuk hari jadi boleh? Naklah! Naklah! Dah lah comel rasa nak makan. Patutlah nama cookie. PANDAI KAU YE LG MAIN MINDA I! Notty! Babab kang!!


OH! OH! OH OH OOHHHHH!!


Rupanya hari ni hari jadi Apek. Ehh Apek, betul ke hari ni hari jadi awak? Kalau betul, kenalah ye saya wish kat awak SELAMAT HARI JADI-JADI. Kenapa awal keluar lambat dari saya ehh? Tak machoo lah macam ni saya lagi tua beberapa bulan dari awak. Cisss! Malulah saya macam ni. Double Cisss! Hadiah hari jadi awak, hemmm macam mana ehh? Oklah macam ni, memandangkan saya pun ada kat Paris ni kan dan kekurangan pitih, boleh tak saya postpone hari lain? Next Day? Next week? Next year? or maybe Next Life? Boleh tak my dearie chocolate boo, memandangkan kulit awak coklat kan so saya panggil awak my chocolate boo lah.


DAN...........


Memandangkan kita tak suka parti besar-besaran, apa kata kita sambut dua-dua orang je. Kan romantik gitu kan? Di samping dapat menjimatkan duit kan. Saya tahu awak tak kisah pun pasal sambut-sambut ni, tapi saya kisah wooo sebab saya sayang kat awak (geli tak ayat I?Geli kan?Janganlah geli! Bukan senang I nak melontarkan ayat jiwang macam ni). Tapi tak bolehlah berdua je sebab belum kahwin lagi kan, lepas tu nanti teringat kata-kata ustazah kat sekolah, kalau berdua nanti ada setan datang maka kena celebrate kat restoranlah tau di mana ada banyak-banyak orang. Tapi awak jangan risau, saya janji saya bawa awak makan tempat feberet awak tau! Tapi semua tu dirahsiakan dulu sebab konon nak buat suprise suprise suprise. Tutup mata! Tutup mata! Ada macam Eric tak?


Ehh dah lah, saya nak pergi dating dengan Ed Westwick jap dekat Eiffel Tower ni! Banyak cakap pula saya hari ni.

Friday, July 2, 2010

HAI SEMUA!! Mari dekat-mari dekat!

MARI DEKAT MARI DEKAT! Haishh suka betul iklan ni. I dengan Ifa sejak tengok iklan tu lepas keluar dari bilik mandi je terus cakap ayat sheila rusly tu. Boleh pulak kan lepas mandi suruh mai dekat mai dekat. Nampak sangat taksub bila mandi berangan jadi seorang yang amat terer memasak lepas tu semua orang macam teruja sebab I terer masak. Tu yang keluar je bilik mandi terus cakap ayat tu. Orang lain kalau mandi sibuk berangan nak jadi penyanyi, kiterorang nak jadi chef pulak. SUKA HATILAH!

Dari hari Khamis nak update belog sebab teruja gila tengok SHOWDOWN 2010. I dah cakap Famous Crew sure terkeluar punya. TENGOK! MASIN MULUT I WOOO!! Part paling best, Floor Fever dengan HMC Phlow perli dieowang waktu start battle. Haishh malas nak ceritalah, korang tengoklah sendiri ulangan dia hari Selasa ni 11.30 malam kat 8TV. Sengkang matalah korang, siapa suruh tertinggal hari rabu hari tu. Mak tak tanggung yer nyah!


Dahlah Apek cuti 2 hari ni. Dia MC! Jatuh sakit sebab stress sangat. Boleh pulak macam tu? Nak tergelak I dengan penyakit dia tu. Tak best bila dia MC sebab I akan pergi kerja drive sorang-sorang. Eee tak best sungguh feeling tu. Kalau tak hari-hari pergi kerja dengan Apek, bestt woo pagi-pagi dah boleh bergosip, boleh gelak sakan, boleh buat satu benda kecik jadi lawak berpanjangan. At least, ada teman sembang. Ini I gelak sorang-sorang je dengar si Ean dengan JJ tu mengarfut dekat radio hari Khamis tu. Tapi hari ni best sebab Apek temankan juga I pergi kerja walaupun dia tak kerja. Heheheheh! Manja tak bertempat ehhh! Kena babab jugaklah si Ainee ni kan? Dan sebab I dah biasa sangat pergi dan balik kerja dengan Apek, I sampai terlajak balik lambat sikit sebab I ingatkan Apek ambil I, lupa pulak ehh yang I pergi kerja sendiri hari ni. Tengok kat depan ofis, ehh kereta saya ada kat depanlah pulak. OHH SAYA DRIVE SENDIRI RUPANYA HARI NI!! Lepas tu, terus balik pergi rumah Apek dan bawak dia pergi klinik. Lepas tu elok lah pulak ehh pergi Cyber Cafe, dia nak hantar design dia. I dah lama gila tak pergi CC so macam teruja gila pergi CC. Macam orang batak tak pernah dapat komputer. Tapi Apek lagi batak, pergi CC terus macam orang sihat je I tengok. I sampai pikir dua kali betul ke dia ni sakit? Siap kutuk dia lagi dengan Ifa kat wall FB. Biar dia baca!


Dan I telah diberi tugasan oleh kawan I si zaza untuk jaga hamster dia selama 2 bulan sebab dia dapat sambung Degree kat Skudai, Johor. U go girl, one step closer to reach ur dream! I akan jaga hamster u baik-baik ok!

Ohh! Esok pulak I nak pergi karaoke dengan Apek dan Ifa. Si Ifa gedik konon nak lepaskan stress sebelum menghadapi UPSR. Bangga I dengan adik I yang sorang ni. Walaupun 3 kali buat operation kaki sampai tak pergi sekolah 2 tahun, still dapat catch up apa yang cikgu ajar, sampai dapat jadi calon harapan UPSR. Sampai dapat no.1 dalam kelas. Haishh bangga! Bangga! Haaa UPSR buat betul-betul ok! Nanti superkakak kamu ni bawa pergi Genting ok!


ENTRI HARI NI TAKDE GAMBAR SEBAB MALAS NAK LETAK GAMBAR BOLEH??












OKLAH Bagi satu gambar. Gambar yang buat I rindu nak keluar sama teman-teman ni sebab bila keluar dengan dieowang, upacara kutuk megutuk antara satu sama lain tak menyebabkan kesentapan jiwa berpanjangan. Memang happening! Tak sabar nak keluar sama lagi hujung bulan ni. Yeah! We're off to Perlis baby!

Thursday, April 15, 2010

Pengalaman 1 jam di kampung ORIGINAL punya!

Nak dijadikan cerita, ehh bukanlah nak dijadikan tapi betul-betul terjadi. Lepas I ambil Apek dari tempat kerja dia, I teruslah hantar dia balik rumah sebab kan ke satu jalan je tempat kerja dia dengan I so kiterowang kongsi je kereta mengikut saranan kerajaan. Jimat minyak, kurang pencemaran.Kiterowang siap berkelah dalam kereta depan rumah Apek sambil makan pisang goreng panas punya. Terbaik woooo! Dari darjah tingkatan 4 lagi dah start beli kat Atuk Goreng Pisang tu. Disenangkan cerita waktu I dengan Apek mula-mula bercinta dululah. Euuuwwww! CAM GELI JE NAK ISYTIHARKAN DIRI SEDANG BERCINTA KAN!

Lepas dah ngap ngup ngap ngup ngap pisang goreng cicah sos sampai licin maka terdetiklah niat hati suci ni nak bawa Apek pergi balik kampung dia untuk melawat atuk dia yang gering. HAA KAU TENGOK KERABAT TAK KERABATLAH INSTEAD GUNA SAKIT GUNA GERING! Apek pun macam percaya tak percaya sambil buat mata terkebil-kebil(kau ingat comel), tanyalah dekat I,

"Ehh u betul ke ni? Tak penat ke u? Kesian u!"

I pun angguk-angguk je lah. Dah betul takkan nak geleng-geleng. Lepas tu I suruh dia tukar baju. Maka kami pun memulakan perjalanan balik kampung sambil nyanyi lagu, "Ohhh ohh ohh balik kampung! ohh ohh ohh balik kampung...ohhh ohhh ohh balik kampung! Hati giranggggggggggggg". Kiterowang bertolak lebih kurang pukul 6.50pm macam tu then sampai sana pukul 7.55pm. Tak adalah jauh mana kampung dia dekat Tanjung Tualang je, tapi disebabkan I ni suka bawa kereta macam orang bersiar-siar maka lambatlah sikit sampai. Seriuslah macam bila orang lain bawa kereta lembap-lembap I mengamok macam orang gila, tapi bila diri sendiri bawa macam bersiar-siar tak sedar. Dasar betul!

Perkara pertama yang I buat bila sampai sana, I tanya Apek, "U! I ok ke tak ni? COMEL TAK?". Konon nak menjaga penampilan. Sengal tak? MEMANG HA' A' LAH! Lepas tu dengan I pakai heels 3.5 Inci lagi, tergolek-goleklah I nak berjalan. Kalau I tahu keadaanya yang gelap gelita macam tu, I bawa torch light hello kitty untuk suluh I ketika berjalan dan pakai je sandal tak yah nak baget kontrol penampilan sebab dieowang takkan nampak pun kasut membunuh I tu. Sumpah gelap nak mampus, memang original gila ok kampung Apek. Tak ada lampu jalan, lepas tu jalan dia I bayangkan macam I tengah drive dalam game. Jalan kecik comel gila. Sampai bila Apek tunjuk, "Haa ni lah rumah dia". I macam ARE U SURE HONEY BECAUSE I DIDN'T SEE ANYTHING! Haa cuba bayangkan betapa gelapnya jalan-jalan di sana hanya bertemankan lampu kereta I je.

OK HEELS I TAK ADALAH MENGGILA MACAM NI YER!






Lepas tu memang I terkejutlah bila masuk rumah. Ternampaklah atuk dia terlantar je atas katil. SERIOUSLY, MUKA DIA LAIN GILA! I SAMPAI TAK CAM OK! Kesian sangat. Nak tahu kenapa dia sakit? Mengikut kata-kata Apek dia kena santau. Sebab? Sebab makan kat luar. MUNTAH DARAH SAMPAI 2 BALDI OK!!! Kau gilalah weyh! Bayangkan muntah sampai dua baldi weyh. Nisbah darah dia tinggal 2/7 tak silap. I pun lupa nisbah dlam badan kita berapa. Tapi I sure di hadapan tu 2. Bukan! Bukan! Atuk apek tak ada musuh, biasalah kampung kan, diewang macam nak test ilmu yang dipelajari so dieowang main santau je sapa-sapa yang ada kat situ. GILA EVIL! Nak santau apehal tah! Kau nak belajar santau sebab bengang Rozita Che Wan tak kahwin dengan kau ke? Tak pasal je orang lain jadi mangsa. I suka sembang dengan atuk dia sebab atuk dia suka sakat-sakat but not too much lah kan. Kalau melampu sangat memang I nangis lepas tu buat muka menyampah lepas tu memang tak nak bercakaplah dengan dia. Terus rejek Apek!!

Lepas tu pulul 9malam macam tu kiterowang pun berangkat pulang. Bila nak balik tu rasa sebak gila sebab sempat gurau-gurau dengan atuk dia. I tanya dia, dia nak apa. Dia cakap tak nak apa-apa. Lepas tu I cakap "Aini bawa belon yer! Kita letak banyak-banyak belon kat sini". Lepas tu dia angguk and cakap, "NAK BELON!". Memang I bawalah belon betul-betul pas ni. I tak boleh betul tengok orang tua sakit. Tak kiralah nenek siapa ke atuk ke bapa siapa ke confirm boleh menitiskan air mata. Kesian gila ok!

Yelah hari ni hari dia, entah-entah esok hari kita pula.

Wednesday, March 24, 2010

Ini cerita lucu punya

Apek post dekat wall FB dia ayat ni.

"aku kalu marah kambing sekor pon ak makan ini kan plak nasi..hahahahaha"

Gila! Marah tapi gelak. Lepas tu apa motif kambing dekat situ? Tak paham betul I dengan Apek ni, suka sangat kat kambing. ?????

Lepas tu I tanyalah kenapa begitu marah sekali dia. Ye lah curious lah kan.

Then dia tempek ayat ni,

"Begini ceritenye..tadi saye naik la lif then ade pakcik tu masuk..die bawak kotak..then saye tgk kotak itu mcm berat jugaklah..lalu saye pikir saye baik dan saye pon tanye die.. alo uncle mau saye tolon ka?itu bwk kotak berat kasi saye angkat la..die pon tgk saye..dan cakap owh ok ok..dan die bagi itu kotak..tapi yang menyakitkan ati tu..adalah kotak kosong..uncle tu rupenye pengutip kotak untuk dijual..saye diam lalu tergelak di dalam ati..ceplos punye uncle..die tipu saye wahahahaha..betol punye cerite ini.."

I rasa Apek ni lah orang yang siggpluss cari-cari yang menyamar jadi Arill tu, ye lah tengok sahajalah ayat dia. Saya jadi saye. Cerita jadi cerite. Apa-apa je lah Apek yang pasti u dah kena prank dengan uncle tu. Bhahahhaha!

Monday, March 22, 2010

Hello Kitty Freak

Indahnya hari ni ditemani cahaya matahari yang walaupun dia panas I tetap suka kat dia. Kalau dia sejuk mesti I lagi suka. Lagi sayang!Muah! Muah! Semalam dan hari semalam punya semalam Ipoh asyik hujan je, nak gotong-royong dengan famili pun terbantut. Tapi tak apalah benda baik maaa, rezeki woo kalau hujan. Mana tak rezekinya, pokok tomato yang I tanam kat sebelah rumah kalau kena hujan nanti bolehlah dia berbuah. Jimat air!

Weyh! Weyh! Hari ni kan I bawak tupperware comel yang Apek selalu bawa pergi kerja tu. Tapi I sengaja bagi Apek tupperware warna pink I pakai warna biru. Barulah jambu babe! Hari ni I tak masakkan untuk dia tapi ibu I yang masak. Ibu I masak keohteow goreng basah. Ermm nyummyyy! Jimat duit I boleh menabung untuk masa depan anak-anak sebab lunch hour nanti tak payah beli makanan sebab ibu dah masakkan kan? Terima kasih Ibu, nanti akak belikan gelang emas untuk Ibu ok. Ibu suka emas kan? Serius tak sabar nak dapat kerja gaji tinggi lepas tu belikan ibu dan ayah apa-apa je yang dieowang suka. Kalau macam ayah tengok ferrari model baru then ayah cakap "Eeee smart gila", serius esok I terus belikan Ferrari tu tak cakap banyak.


Haa comel tak my header untuk mozilla. Ye kat ofis ni I tak guna google chrome. Mana boleh I nak install sesuka hati je kat ofis I ni. Hak milik syarikat kot so kenalah amik je apa yang ada. Tak apa sekarang dah ada header Hello Kitty yang comel so tak boring dah. Boleh tenung dia dan katak si kembar tu lama-lama. Auwww! So kiut!

Tuesday, March 2, 2010

Penantian itu memang satu penyiksaan

Oh my Gucci!

I tak tahu nak cakap apa, lidah ni terkelu sangat padahal tak ada kaitan langsung dengan lidah kan sebab I hanya perlu menaip je jadi kalau kejang tangan baru boleh kecoh.
WHATEVERlah, I tak ada masa nak merepek meraban hari ni sebab terlalu excited terima berita yang gembira sangat ni.

Mungkin ini semua berkat doa korang yang bila mana I suruh u all semua doa Apek dimurahkan rezeki agar dapat mendirikan masjid, doa tu dikabulkan. Gedik je padahal tak terfikir nak kahwin lagi.

YES! You are right! Apek dapat kerja. Kerja yang dia impi-impikan. Kerja sebagai pereka grafik. Kerja yang dia berharap sangat dapat kalau tak dapat dia akan gigit otak dia sampai licin. Seram I, nasib baik dapat kalau tak berkawanlah I dengan orang yang otaknya tinggal sisa-sisa je sebab hari-hari tuan dia makan dia. Ye lah bayangkan dia dah tunggu this type of job for 2 years. Memang nampak tak lama tapi kalau kira dengan minit dah berapa ribu minit dah dia tunggu.

Terima kasih ya tuhanku untuk semua ini. Buat masa ini I tak nak minta lebih.

Between my dear Muhammad Amirul Syafiq, tahniah ya! Jangan berhenti berdoa agar dimurahkan rezeki. Kerja jangan main-main. Do your best this time ok! Mana tahu ada rezeki boleh sambung Degree pula, lepas tu Master. Itu kan salah satu daripada impian U juga. Im so happy and proud with u si baik hati. Lepas ni bolehlah I kikis u puas-puas macam dulu. Muahh!

Monday, February 22, 2010

Kenapa saya besyukur dilahirkan sebagai perempuan?

I am blessed to be born as a girl. Ceewaah! Macam ada je orang tak bersyukur dilahirkan sebagai perempuan? Memang ada tapi marilah kita tak bercakap pasal benda tu. Titik.

Lelaki jangan mual sebab I tahu u all pun mesti teringin nak jadi perempuan kan tapi tahan je semangat keperempuanan tu? Tak payah nak berdolak dalih I know deep inside korang teringin nak jadi perempuan kan?

OK! Kenapa I bersyukur dilahirkan sebagai perempuan?


Ketinggian - I ni boleh dikatakan shortylah. Konon ayat nak sopan, ye larhh ye larhh I ni pendek. Di sini maksudnya ketinggian I tak sampai 155cm pun ok! How pathetic was that? Tak pathetic langsung bagi I sebab kalau perempuan pendek mesti orang tak chop pendek tapi orang akan cakap Petite. Kalau lelaki pendek it just means pendek tak ada pun orang nak cakap petite. So yes I sangat bersyukur. Makanya kalau korang nak panggil I pendek I boleh balas
"EXCUSE ME!! Not pendeklah but petite ok! I repeat PETITE!"(sungguh gedik,I know) (^O^)

Mood - Ini paling beruntung sebab kalau buat muka nigtmare orang dah tahu kita tengah moody then akan cakap "periodlah tu" padahal tak period pun saja nak buat muka moody sebab malas nak cakap banyak. NOT IN THE MOOD! Best kan? Ada excuse. Lelaki? Hemm apa nak cakap erkk kalau lelaki badmood? Takkan bagi alasan period juga.(I'm wondering)

Emosi - Kenapa tak diletakkan sekali dalam mood padahal sama maksud? Ahah! You're right! I sengaja. Jadi perempuan boleh nangis puas puas. Kalau kena marah mulalah mutiara yang kononnya mahal sangat tu akan jatuh tertumpah ke tanah, kalau tak sempat sampai tanah pun akan hinggaplah kat pipi kalau muka tu tegak statik je. Cuba kalau tunduk lepas tu berdiri pula tu kompem jatuh atas tanah kan? Best bodoh! Kadang-kadang bukan sedih pun sengaja je nak guna kuasa veto. Tapi kalau nangis selalu pun lelaki menyampah kan but who cares,we were born to cry. OK! Not we, I je yang kuat menangis. Emosi sangat! Muka je ala ala tapi jiwa sensitif penuh bunga bunga tau. Auwwww! Tak sangka kan? Laki bolehlah nangis, memanglah laki pun ada perasaan tapi karang keluar lagu Rihanna-Take A Bow yang dia cakap "u're so ugly when u cry.PLEASE!", I tak masuk campur ok! Siapa suruh nangis?


Penampilan - Ni paling best! Paling paling best jadi perempuan. Boleh makeup. Boleh pakai seluar skirt lengging(campur tiga-tiga sekali, kalau I pakai memang disaster). Kalaulah I dilahirkan sebagai jantina lain mesti I kempunan nak pakai warna warna kat kelopak mata lepas tu tak boleh sembang makeup brand apa paling elok paling bagi umphhh dengan kawan-kawan. Uishh rugi! rugi! So sangat bersyukur dilahirkan sebagai perempuan.

Nasib - Ni I tak tahu betul ke tak tapi I rasa perempuan lagi bernasib baik daripada lelaki tambah tambah dari segi pekerjaan. Mungkinlah sebab itu je yang I nampak depan mata I.

Kemaafan - I sangat bersyukur sebab I sangat mudah memaafkan kesalahan orang lain walau sebesar mana pun kesalahan dia. Agak kalau orang nak bunuh I kalau dia minta maaf pun mesti I maafkan. Tapi kalau I tak jadi perempuan mesti ego I tinggi gila dan akan bunuh balik orang tu. Tapi kelebihan I memanglah mudah maafkan orang tapi KELEMAHAN I ni tak reti nak minta maaf kalau dah memang terang-terang I yang salah. Tapi dalam hati akan minta maaf yang banyak sangat tapi tak nak cakap depan-depan. Ego betul!


I love love love this Ed Westwick and Jessica Szohr

**more
because I can't stop loving this couple. Auwww! So sweet!


Tapi apa-apa pun I bersyukur wujudnya golongan Adam dalam hidup I. Kadang-kadang merekalah yang selalu bimbing kita. Golongan Adam selalu berfikiran jauh. Kalau buat ini apa yang akan jadi(ehh bukan itu sifat wanita ke? Tah! I tak ada sifat tu maybe) lepas tu I akan berfikir panjang gila sampai "Ha a betullah! Betul cakap kaum Adam ni". I bersyukur I dikelilingi lelaki lelaki budiman yang sentiasa sayang dan kasih dekat I terutama sekali AYAH I yang suka manjakan I selalu bagi I buli dia, sekeh kepala dia kalau I boring, ADIK LELAKI I yang suka sangat belanja I(baru I tahu kenapa I gemuk) dan LELAKI BUKAN MUHRIM ISTIMEWA yang I harap dipanjangkan jodoh dengan dia sebab dia memang si baik hati sangat sebab selalu mengalah dan selalu bagi nasihat dan selalu faham kenapa perangai I tiba-tiba berubah walaupun dah 5tahun kapel still tak boleh predict sikap sebenar I tapi dia selalu cuba untuk predict. Dia cakap I ni macam perempuan dalam cerita '30 days-apa-tah-i-dah-lupa-tajuk-dia'. I tak pernah tengok cerita tu. Heh! I promise myself to watch that movie so I tahu macam mana perangai I sebenarnya. Am I dat bad? =D

I harap korang pun bersyukur dengan jantina masing-masing ok!

Monday, February 1, 2010

2 orang kesayangan saya KINI berpadu tenaga bersama untuk membentuk muscle

Percaya tak percayalah kan! I, Apek dan Konisak baru lepas balik joging. Gila semangat kan joging malam-malam. Tapi memang fun lah sebabnya tak ada orang lepas tu gelap gelita gitu, orang beromen dekat pondok pun I boleh tak nampak. Tapi mata si Konisak dengan Apek memang liar, nampak je benda benda macam tu. Bila Konisak nak tunjuk dekat I pasangan couple tu, mereka dah tak ada. Tengok bagus tak baguslah kiterorang di samping berjoging dapat halau orang buat maksiat. Korang cubalah try. Heh!

Pak Cik Kesayangan

Mak Cik Kesayangan

Kami kononya nak keep fit dan nak kurus balik macam zaman sekolah-sekolah dulu dan akhirnya setelah sekian lama I cari partner joging yang sama step sama kelajuan telah ditemui. Rupanya dah ada depan mata pun selama ni. Tengok benda dah ada depan mata pun boleh tak sedar kan? Gaya macam cinta, padahal partner joging je. Konisak! Apek! Get ready this Wednesday ok! Kita menari nari di gelanggang badminton pula. Korang bila lagi nak start bina muscle balik bagi ketul ketul macam Malik Noor versi wanita. Gagah ok! Lelaki mesti teruja.

Saturday, January 30, 2010

Singapura atau Kerja Sambilan?

Ini Saza. Mari jemput makan.

Layan juga hari ni pergi buat facial and cari kerja part time dengan Konisak dan Apek. Eeee I pun tak tahu kenapa I nak buat kerja part-time. Alasan boring tapi iye ke boring? Tah! Memang dah dapat tapi tahan ke I sampai 2-3 hari? Tadi adik I baru je inform perancangan nak pergi Singapore this CNY jadi. Pergi hari Sabtu lagi tu. I NAK SANGAT PERGI! Bukanlah tak pernah pergi tapi dulu pergi pun waktu baru kenal ABC apalah rasa kan? Ni time dah kenal betul ABC siap boleh baca ABC terbalik lagi jadi CBA takkan lah tak nak pergi kan? Boleh kongsi gambar dengan korang kan? Korang pun suka gambar. Itu nenek tahu. Heh!


Ok! Sekarang ni I dah confirm dapat part time. Start kerja dari pukul 6.30 pagi sampai 10.30 malam. Gilalah kan Nuraini ni! Lepas habis kerja terus shoot pergi part-time. Gila punya kerja! Tapi untuk 2minggu je. I dah kira kalau 2 minggu je kerja dapatlah 200 lebih. Oklah tu kan? Siapa nak bagi? Tapi masalahnya sekarang I tak tahu nak pilih nak pergi Singapore ke nak pergi part-time? Kalau I tak pergi part-time kesian pula kakak promoter tu sebab dia macam excited je bila tahu I nak kerja part time. Tapi kalau I tak pergi Singapore terlepas lah peluang I nak dapat angpau dari pakcik makcik nenek atuk cina I. And kalau pergi Singapore tak payah buat part time pun, kompem dapat rm200 lebih. Apa pendapat korang?


SINGAPORE or PART TIME?

Thursday, January 28, 2010

Im so in love with this sexy charming adorable Stella Stud

This will gonna be a really really short update. I promise myself to make it less than 10 minutes so I have to type really fast. I mean REALLY REALLY FAST. Welllll, I have to get my beauty sleep ASAP as the clock ticks faster than I'm typing here. Juz wanna to thanx my baby boo who is so kindly busted his money for me. For my birthday present some more. Thanx boo, u are really sweet to get me an early bday present.

There! The studded sling bag that I put it under my wishlist on the right side bar. Now its in my hand. OMG! Im so fucking excited when Apek asked me do I really want it as much as I want his money? Of course I do. U dont have to asked larr dear, absolutely my answer is a big YES with unstoppable nodding. Then Apek quickly took the bag and ask for a new stock. After I have check the chain and clip, I just cannot stop myself from smiling and jumping like a kiddo.


Sorry the picture kinda blur. Yeah! I do really need a camera(pink please) so that I can take better picture next time. Ohh! U are absolutely right, Im using my fucking old crap webcam plus I took it at myspace webcam picture uploader. LMAO! What the hell Im thinking?


The part that I love the most is the chain. Its heavy, full and I feel secured to carry this type of sling bag. Stylish yet comfy! OK! kenapa sekarang I macam promoter bag ni?

Only my friends knew how much I obsessed with this bag. Everytime I pass the store, I cant stop myself to step into the Vincci Shop and at least try the bag although Im not buying it. Of courselah I cant buy, no money maaaa. But now yeah bebeh, I can sleep with u, eat with u, shop with u coz u are MINE now. 100% mine! Now, I have 3 sling bag. More to come. But this is really my favorite for now so u dont get urself vomited if u saw me wearing this adorable sexy sling bag everywhere. I even give it a name which is Stella Stud. Call me silly, who cares! Im so in love right now.

#REVIEW Baju nikah