Showing posts with label Adahatinakmasukcontest. Show all posts
Showing posts with label Adahatinakmasukcontest. Show all posts

Friday, December 23, 2011

My sista need help!!

Im here to request your kindness darling of hearts. My sista really need a new handphone as she never had a real handphone. Means that she only get a leftover handphone that were abandon by her sister which is me, her brother & her parents after we bought a new one. She never have an experience what is it like to hold a new brand handphone. All in her life is SECONDHAND! SECONDHAND! SECONDHAND!

So now DIGI is having a giveaway contest. And Im as a sister support her 101% because she really want that smartphone to feel what is it like to have our own handphone.

So please click this link

http://apps.facebook.com/gilagiveaway/ViewEntry.aspx?id=1132&authcode=115798033817

and vote for her every day until 28/12/11 which is my 6years 2months anniversary. ^_^


Yeah her team name is Cycle Everywhere. Please give her some happiness. Do vote for her. Is not that difficult right? Just log into your FB account and click that previous link I posted up there. Its only take less than 3 minutes. She really keen to win this giveaway contest.

THANK YOU VERY MUCH. I LOVE ALL OF YOU WHO VOTED FOR MY SISTER. =))


P/S: Siapa yang komen semalam pasal rumah tu, I appreciate sangat. Terharu sangat atas u all punya nasihat. I have make a decision and if ada rezeki the house will be ours, if no then tak ada rezeki lah tu. Thanx korang. Love!

Friday, November 25, 2011

CONTEST PHOTOSHHOT FREE YANG OHHSEMM!!

Ok macam mana boleh terlepas pandang contest ni. Macam mana? Macam mana? Macam mana? Padahal macam tiap-tiap kali Hafiz ada update terbaru mesti wajib jadi STALKER.

Contest ni lagi HOT & ROLL dari CST, lagi HOT & ACTION dari JanggutTouch semua. Amboihh kemain puji ke langit. Ehh biasa ahh kena ahh puji melangit macam kita puji mak kita, macam kita puji husband kita, tok nenek kawan baik semua. Macam dah tak ada orang lain dah nak puji. Ye lah macam mana nak puji orang yang kita tak kenal. Ni Hafiz ni kita dah kenal bolehlah puji melambung melangit.

CONTEST NI HAFIZUDINHAMDAN BUATLAH!! INGAT SENANG DIA NAK BUAT CONTEST??



Ok saya blogger picisan. Follower pun bolehlah, janji lebih dari 50. Maka cukup syarat boleh masuk bertanding.

Dia suruh pilihh 1/2/3/4 gambar yang kita suka tapi macam ahh sungguh rambang mata ini macam ehh inilah, ehh itulah, ehh inilah cantik. So I dah pilih gamabr yang memang aumm yang memang I tengok banyak kali pun tak jemu yaawww! Lagi satu yang aumm kan, contest ni memang lain. Tak ada like like ke apa, dia pilih sendiri. Aum tak? Aum tak?

OK! Mari sambungkan ayat "Saya memilih gambar ini kerana ..............."


BUKHARI + NADIRA
Bukhari & Nadia nampak comel sangat kan? Dalam gambar ni boleh nampak betapa bahagianya Bukhari dan betapa terhiburnya Nadira. Suka sangatlah gambar ni. BETUL! BETUL! BETUL! Kita tak tipu tau. Comel sangat gambar ni tengok Bukhari pegang Nadhira. Eee omei! omei!


ZOOL + DYA
Tahu tak betapa klasiknya bangku ni? Tahu tak? Tahu tak? Sekarang semua stok bangku baru siap balut balut lagi, ada yang pakai Chivari lagi tapi ni memang rare. Memang OLDSCHOOL. Saya suka! Saya suka! Saya suka! Kalau Hafiz tak tangkap gambar kerusi ni mesti tak complete album tu. Tapi Hafiz memang ohhsemmm, dia boleh nampak betapa berharganya kerusi ni.


ZUL + SYAIYEEDA
Gambar ni lagilah comel. Macam "Ehh kamu kamu, kamu nak ice cream tak?". Lepas tu laki tu cakap. "Tak nakk ahh majok, tadi kita nak, kamu tak bagi". Lepas tu perempuan tu balas balik, "Alah tadi kita main je ah, nahh kita bagi betul betul ya?". Lepas tu bila laki tu nak amik, dia cakap "Eeee mana boleh! Tak malu! Tak malu!". Kan dah kena game. Cer cakap cer cakap, siapa yang tak pernah main main macam ni dengan bf/gf dia? Haaa sebab tu lah kita suka gambar ni. COMEL SANGAT! Experience yang semua orang pernah lalui. Sapa tak pernah buat dia tak power, boleh pergi main jauh-jauh sekarang!!


APEK + AINEE
Ohh yeahh! Semestinya suka dengan gambar sendiri juga. Untuk siapa-siapa yang tak tahu siapa I punya photographer on my BIG DAY, yes inilah orangnya. Inilah orangnya. HAFIZUDIN HAMDAN nama diberi! Sebut kuat-kuat nama dia cepat. Gila kau tak suka dengan gambar ni. Kawan-kawan semua puji meleret gambar ni sampai ada kawan nak letak jadi Profile Picture dia lagi. Over kau jah! Suka sangat gambar ni sebab nampak macam THE PRINCE HAVE FINALLY MEET HIS PRINCESS. Atau.. atau.. U MAY KISS THE BRIDE NOW!


Mula-mula Hafiz suruh sandar dekat Apek tapi gila macam mana nak sandar, sakit gila kaki pakai heels tu. Lepas tu bila dah buka heels baru berjaya menyandarkan diri ke arah My Prince. Bila cari Hafiz tak jumpa, rupanya nun jauh di sana dia capture gambar. Lepas tu macam, "Apehal Hafiz ni amik gambar jauh-jauh?". Ok imaginasi I tak macam Apek ok! Lepas tu mintak nak tengok, dia tunjuk. PERGHHH! CANTIK SANGAT OKAYY! Haaa apa lagi, apa lagi siapa nak Hafiz ambil gambar cepat pergi LIKE FB dia lepas tu tanya harga. Ohsem weyh harga dia. Berbaloi! Jangan tanya I harga dia tanya dia sendiri. Search for HAFIZUDIN HAMDAN PHOTOGRAPHY. Alah apa susah, join je contest ni mana tau rezeki dapat 2 jam photoshoot free.

Hafiz, Aini nak lagi! Nak lagi! Nak lagi Hafiz tangkap gambar. Takpe kalau dapat free Aini turun KL. Ambil gambar kat IKEA. Lepas tu janji belajar macam mana nak senyum kuat-kuat. Lepas tu janji tak buat muka. Lepas tu janji belajar dari Apek macam mana nak buat gaya natural. TEEHEE! =D

Wednesday, January 26, 2011

VOTE FOR ME.. Teringin nak CST amik video kahwin

Ok sekarang dah tahu dah macam mana nak vote for CST & Lynda Rahim contest. Entahlah time nak type ni mood rasa down sangat, nak meraih simpati pun macam down gila. Macam tak ada harapan je nak menang sebab I ni bukannya blogger peymes ada hati nak menang. Haktuih!!

Ok ok tapi takpe sebab kawan yang baik seperti HudaLuna & SherahDomo ni sangat menyejukkan hati. Menaikkan semangat yang makin pudar ni.

Ishh macam mana nak suruh korang vote ni ehh?? Oklah bagi ayat sedih sikitlah ehh..


Nak baca ayat sedih tak??


Ok! Macam ni, I nak sangat sangat menang contest tu sebab nak pakai duit sendiri hire CST memang sah lah poket rabak gila. Kalau nak juga pun, kena let go something yang penting dalam wedding nanti. Contohnya, honeymoon. Kalau tak let go pun mesti kena minimakan apa yang patut dalam wedding I contohnya tak payah amik pelamin ke? Hamboii melampaulah nak kahwin tak ada pelamin kan, bukanlah pelamin tapi maybe benda-benda lain lah kot. Haa tu lah salah satu sebabnya nak sangat menang contest ni. Lagi satu baju. Baju Lynda Rahim memang meletup kan. Kalau menang contest ni dapatlah pakai baju yang meletup letup pada hari yang paling penting dalam hidup. Mungkin sekali seumur hidup tu je lah dapat melaram sakan, nak over lebih-lebih kan. Susah susah kang I buat je wedding tema pakai baju tidur. Style apa! Hehehehe! Lagi satu kalau dapat baju at least bolehlah cut cost kan.

Ok! Dah, malas nak emo lebih dah sebab bila taip laju-laju ayat nak emo tiba-tiba semangat naik pulak. Korang jomlah Vote I ramai ramai kat number 137. Apek punya 138. Serius, Apek punya ayat-ayat sangat sweet dan sangat mencairkan hati dalam notes dia. I terpaksa letak diri sendiri dalam peti sejuk untuk bekukan diri sendiri balik. Jangan lupa suwuh kawan kawan LIKE sekali tau. PLEASE PLEASE PLEASE VOTE FOR ME! Tak cukup besar ke tulisan vote tu? Siap bold kan lagi tu, nak menang sangatlah tu.

Ehhh penat merayu tapi tak letak pun link kat mana kena pergi ehh.. Pergi sini belog CST atau belog Lynda Rahim then klik LIKE untuk number 137 & 138 ok. I tak tau lah nak berterima kasih macam mana kat orang orang yang support I ni. Terharu sangat. Kalau I jemput datang wedding amacam? OK tak? VOTE TAU! Tapi kalau semua dah memberikan sumbangan jasa penat lelah klik LIKE tapi I tak menang, takpe tu kan semua rezeki.

Ok! Chill..=))

Monday, January 24, 2011

My Dreams "Wedding" (MY SIDE)

APEK & AINEE-since 280805

Ohh hai.. Assalamualaikum dan selamat petang. Ini sticky post tau padahal waktu taip ni pun tak tau nak buat sticky post macam mana sebab ni first time join contest.. Fuiyoo! Clap clap untuk diri sendiri. **applause

Semalam baru je tau CST dengan Datin Lynda Rahim ada buat contest. Dah lah beberapa hari sebelum tu ada mintak quatation kat CST, tak sangka pulak dieowang ada buat contest. Teruja I nak masuk sebab sumpah suka ok cara CST edit video semua. Macam WAH GILA PRO, KALAU ADA BAGET HARUS NI DAN WAJIB NI AMBIL DIEOWANG. MOMENTS PENTING SEMUA TAK TINGGALLLAH!. Tapi budget macam lari je sebab budget RM1500 je tapi manalah tau kan join contest ni rezeki ke kan. HELLO! Siapa tak nak CST buat video kawin, dah lah tu dengan baju Datin Lynda Rahim yang super meletop tu. MELTING! Tapi memang promise kat diri sendirilah, kalau ada rezeki ni, memang akan amik lagi satu video from CST untuk cover lagi satu event. Dah lah hari yang sama so tak adalah CST kena patah-patah balik kan. Kalau ada rezekilah, kalau tak ada terpaksalah redha, korek duit tabung ke apa ke kan. Silalah like FB page Datin Lynda Rahim dan FB CST Production. Jangan lupa vote untuk I tau.(*_*) My lucky number is 137 darling.

OK, jom mulakan PERKAHWINANlah IMPIANlah SANGATlah I ni.. Impian ni semua I impikan dibuat pada malam hari pada majlis resepsi belah I. Nikah dengan resepsi belah laki, I buat lain entri ok. =))


1) PELAMIN (KONSEP: ENGLISH STYLE)
-Kalau nak cakap ni impian dari kecil memang menipulah sebab I memang tak pernah pun terfikir nak kawin waktu kecil biasalah tomboi kan so impian ni timbul bila I tengok cerita GOSSIP GIRL waktu Blair ke sapa entah buat WHITE PARTY tu. Perghh terus jatuh cinta ok!! Memanglah tak ada pelamin tapi konsep tu, idea tu datang. I impikan sebuah wedding yang nampak suci so I nak pelamin I warna putih. Kalau boleh nak semua orang pakai dress warna putih/cream tapi amboihh melampaulah kan nak buat macam tu kat Malaysia ni, ada ke orang ikut dress code dress code ni? Tapi still ada dress code ok! Dress code I warna warna pastel. Very soft supaya wedding tu nampak romantic sangat then my guest semua dapat rasa the power of our love. Eeewahhh!

Paling suka! Rasa tak keSUCIan pelamin ni? Pelamin kalau boleh nak lebih kurang macam ni lah.

Bertuahnya kalau dapat buat macam ni. SUCI GILAAA!!

Kalau baget kurang, maybe boleh buat macam ni. Cantik jugak. Hello! Orang cakap ukur baju di badan sendiri kan maka I memang kena ukur cukup cukuplah.


Haa tengok semua pelamin contoh I semuanya warna putih. Memang hardcore nak pelamin warna putih tau. Waktu tunang hari tu I dah buat warna funky gabungan Pink + Purple kali ni nak sesuci sucinya.



2) DRESS/ BAJU PERSANDINGAN
-Ok bila tang baju, I memang super super super teringin nak ada attachment of rose on my wedding dress. I super nak ok tambah-tambah kalau Datin Lynda Rahim yang design dan tailorkan untuk I lagilah I tak tahu dah nak cakap apa. Mesti tak habis habis cakap, OMG!OMG!OMG!OMG!OMG! sampai kawan-kawan pun nak OMG sekali dengan I.

This is SO MY FAVORITE!
Akan ku edit edit sikit kasi tutup bahagian badan mana yang tak patut lepas tu suruh designer realisasikan impian I. Can't wait for that moment.

Ni pun favorite I. Kalaulah ada rezeki, Datin Lynda Rahim tolong buatkan mesti bersyukur gila. Cantik sangat kan??kan?? Macam princess. Dress kembang-kembang macam ni kalau boleh nak buat untuk potong kek.


Sebelum contest ni memang dah pergi tengok dah page Datin Lynda Rahim tapi weyh I reti ukur baju di badan sendiri kot, mana mampu nak beli dress yang super lawa, yang super berkualiti ni, tapi I tetap save gambar ni dalam Folder sebab gorjes gila. Teringin nak pakai waktu akad nikah.

Ni pun dari Datin Lynda Rahim dress collection. Yang ni pulak my favorite untuk reception. Cantiknya!!! Macam flowy flowy gitu..



3) KASUT
-Inilah yang jarang sangat orang titik beratkan. But for me, I sangat titik beratkan kot sampai waktu hari tunang tu pun sibuk nak cari kasut. Tapi rupanya, baju yang I sewa tu datang sekali dengan aksesori, bunga tangan, kasut dan veil. Untung sangat kan?


And here it is, kasut yang I idamkan sangat. YES! ROSE AGAIN! I know..
This is the only shoes that I'm dreaming to wear on my BIG DAY and I hope it will come true.. Please! Please! Please! Pleaselah tembungkan jodoh I dengan kasut ni. Kalau siapa-siapa kat luar sana nampak ke kan design kasut macam ni bagitahulah kat I tau.



4) WEDDING CAKE
-Wahh part makan ni yang paling best ni. Zaman sekarang ni ramai orang buat kek bentuk replika kan?? Tapi mahal tuu, oden manalah ada duit nak buat replika-replika tu lagipun I suka something yang simple, classic, sweet and just nice. Lepas tu teringin nak bagi semua tetamu turut merasai kek kahwin I tu. Ini selalunya tetamu tak dapat pun nak rasa cake kawin tu. Dapat tengok je. So bagi tetamu makan kek kahwin pun adalah salah satu impian I. =))

Cake-Cake yang simple and nice macam ni dah cukup buat hati I tersenyum.

Kalau ada duit lebih mungkin boleh decorate tempat cake jadi cantik dan menawan macam ni sampai buat mata semua yang memandangya terpukau.. Sampai semua orang dah tak tengok pengantin dah, semua orang tengok cake je.



5) BUNGA TANGAN
-Wahh ni sebenarnya I impikan bunga rose merah yang dibentuk macam hati lepas tu dikelilingi ros putih tapi I google gambar tak jumpa jumpa pun makanya I lukis kat paint je lah so dat dapatlah korang bayangkan hows the flower look like..

Ok! Lukisan memang tahap amatur punya. Haa lebih kurang macam ni lah apa yang impikan untuk bunga tangan I nanti. Get the idea? Ok good..

Tang tangkai dia kalau boleh I nak lilit lilit macam ni dengan riben je lepas tu letak brooch vintage.

Lepas tu tak nak bagi nampak kosong, I nak letak daun daun lingkar lingkar panjang panjang ni kat tepi tepi. Ok sumpah tak tau nak describe macam mana, so bila dah sampai je harinya I just tunjuk je tiga-tiga gambar ni dekat my florist. OK! Tiba-tiba rasa jantung dup dap dup dap tak sabar.



6) CANDY BUFFET
-Sekarang ni kalau tak ada wedding yang menghidangkan sweets macam tak sah kan? Sekarang ni pun I dengan Apek tengah survey nak beli bekas bekas untuk letak sweets sweets tu tapi serius mahal gila ok bekas bekas tu kat SSF. Tapi cantik. Takpe, tunggu sales nanti, harap-haraplah murah sebab budget serius dah tight sangat budget ni..=))


Macam ni. Maintain dengan warna putih/cream


Ok! Ini paling penting. Wajib ada. Cupcake yang atasnya depenuhi dengan design ros putih. Tapi sekarang ni cupcake dah mahal. Nak buat sendiri, tapi oven pun tak ada. Will try to solve this problems asap sebab sumpah teringin sangat. Suka beno I dengan rose putih kan?? Of courselah, my dream ok.



7) CENTERPIECE
-Mula-mula Apek macam bantah jugak I nak letak centerpiece semua sebab bayangkan 40-40 meja tu takkan nak letak centerpiece Apek cakap sebab katakan satu centerpice tu berharga RM10, 40mejaxRM10 dah RM400. Tapi I cakaplah kita carilah yang murah-murah tapi cantik. Kita deco sendiri. So I kan suka banyak banyak lilin kan so I suggest letak lilin dalam bowl je. Then dah jumpa dah kat SSF. Oklah still in budget. RM5 je dan paling best ianya memenuhi impian I yang sememangnya kalau boleh nak banyak banyak lilin. 40 lilin?? Wauu!! I like..


**lebih kurang..



8) GUESTBOOK
-OK! Ini paling wajib ada sebab zaman sekarang ni macam tak complete je kalau tak ada Guest Book. Waktu tunang I pun I buat Guestbook inikan waktu kahwin kan? Tapi waktu tunang hari tu, Guestbook tu simple gila je. Buat pun kos kurang dari RM10. Tapi part paling best bila baca apa yang kawan-kawan kita tulis. Kelakar pun ada. Tapi waktu wedding ni ingat nak buat lebih sikit. Hahahah! Mesti kawan-kawan yang datang tunang hari tu mengeluh then cakap, "Haiyoo!! Tulis ucapan lagi. Penat nak perah otak ni nak tulis apa.".. Peduli apa oden, kowang kena perah juga otak dan make sure jangan tulis benda sama. Nak suruh ada cucu 100orang lah, nak suruh bagi duitlah, amboihhh!


Nak macam ni.. Simple je tapi nak tukar siktilah bagi ala-ala konsep English sikit. =))
Haishh harap-harap cukuplah masa sebab cadangnya nikah pagi tu, malam buat reception.



9) OPENING
-Nak sangat waktu kaki melangkah masuk ke dewan tu, sewaktu semua mata terpaku melihat pintu masuk, sewaktu mulut terkunci rapat, sewaktu hati meronta-ronta melihat raut wajah berseri-seri pasangan yang baru dinikahkan pada pagi itu (ewah kau ayat!), I teringin sangat langkah I diiringi oleh pasangan anak kecik yang comel menaburkan bunga di carpet putih sambil diiringi oleh pemain biola. Pemain biola dah dapat dah sekarang ni nak recruit budak kecik tomei omei je.


*White carpet instead of red. Kalau adalah..


10) VIDEOGRAPHER
-Inilah salah satu insan yang memainkan peranan yang sangat penting ketika majlis berlangsung. Kalau tak ada dieowang tak ada kenangan. Kalau tak ada kenangan, eeee tak bestlah. Ibaratkan waktu kecil, parents kita lupa nak snap gambar, hemm mungkin waktu tu parents tak berduit ke nak beli kamera kan dahh emo bila besar tak tahu rupa waktu kecil macam mana. Once in a lifetime kot wedding ni so wajib dan wajib hire Videographer. Secara jujurnya, I prefer Video sebab Video kan life gitu. Kalau snap-snap gambar ni maybe boleh je suruh kawan-kawan yang sekarang ni minat dalam ambil-ambil gambar tapi video ni kita memang kena ada kepakaran nak shoot moments then nak edit edit nak sunting lagi. It really takes times ok and u must be creative ok!! Tapi hari tu tunang nasib baik ada kawan Apek rakam video tanpa disuruh. Alasan dia sebab dia tengok semua orang ambil gambar so dia ambil lah video guna handset dia. Sumpah terharu ok! Thanx Nazrin kalau tak kena bergantung kat gambar je. Tak bestlah. Nak tengok klik sini.

Ok sumpah panjang gila bebel, korang nak tahu tak siapa yang I teringin sangat nak hire sampai last few days I memang ada tanya harga sebab memang nak sangat ambil sebab ada satu time dia buat promo RM1499 je ok tapi sayangnya I dah terlepas dan wedding I pun lambat lagi time tu. OK, jelas sekali tak lain tak bukan CST PRODUCTION lah. Korang doakan ok, impian I nak hire this power team tercapai. Amin!!



Ok! Itu je lah setakat ni, panjang gila kan impian I ni. Ada lagi tu terselit-selit tapi tak nak bagi u all semua buhsan makanya berhenti sampai sini je lah.


Actually before this pun I ada cerita pasal dream wedd I tapi sikit je lah. Tapi hari tu I berangan nak kahwin kat rumah tapi sekarang plan terpaksa bertukar kepada dewan. Nak baca? Klik sini.

Ok apa lagi korang jomlah terjah ramai ramai kat FB page


FB Datin Lynda Rahim



dan

FB CST Production.


Dan bagi menutup my dream wedding ni, I nak ucapkan terima kasih sangat-sangat dekat CST & Datin Lynda Rahim sebab buat contest macam ni dan bagi peluang untuk B2B yang dambakan hasil karya mereka tapi budget terlajak ke apa ke kan. Tenkiu so much. Dah secara ikhlas dan jujurnya, I berharap sangat CST dan Datin Lynda dapat realisasikan impian I ni.

BTW, IM LUCKY 137 and Apek pun ada join jugak. Dia No. 138. Nak baca entri dia bolehlah pergi kat sini. Dia cerita pasal kisah cinta kami tapi kisah cinta kami terlampau panjang then dia pun tak ada masa memandangkan lappie dia dah meletop so dia curi-curi buat waktu rehat dia so he just summarize it so dat people tak boring. Sweetnya Apek, semata-mata untuk hadiahkan dekat I. Tenkiu Honey Bee. Anyway ENJOI UR READINGS PEEPS! Psssstttt jangan lupa klik LIKE lepas baca. =))

#REVIEW Baju nikah