Showing posts with label Financial. Show all posts
Showing posts with label Financial. Show all posts

Wednesday, January 4, 2012

Nasihat dari orang yang lebih tua..



Ni pasal rumah. Dulu dalam dilema. Kemudian dalam dilema sekali lagi. Asyik dalam dilema je antara nak atau tak nak. Baru je tadi terima nasihat dari serorang insan yang memang nasihatnya sangat berguna. Melalui pengalamannya.

Beliau dapat agak kenapa I nak beli rumah. YES! Untuk keselesaan. Benar! Benar seribu kali benar apa yang dijangkanya sebab dia pun sama sewaktu muda dahulu. Beli semi-d untuk keselesaan. Ambil loan maximum.

Rumah 3 tingkat? Corner lot?

Seriously Ainee?

Awak baru berumur 22 23 tahun wahai Nuraini dan Muhammad Amirul Syafiq. You're too young to be tide into this financial burden. Enjoy every second of your life. Travel here and there, buy whatever you want. Then you can think about purchasing a BIG house. This is call life. We do plan but plan wisely. Don't make yourself stress. Life is all about freedom. Start with something small.

Memang cakap nak rumah 3 tingkat sebab nak selesa. Nak ramai anak. Memang nak duduk situ sampai waktu tua. Rumah sekarang murah nanti tunggu punya tunggu rumah pun dah makin mahal. Itulah pemikiran I sekarang. Tapi cuba fikir kalau kita fikir macam tu bila kita nak merasa duit gaji kita sepenuhnya? Dah penat hari tu kumpul duit nak kahwin ni nak kena bayar rumah pulak lepas tu ada anak pulak dan anak semakin bertambah. Hoyeahh! Tak ada life dah lepas kahwin. Tak remaja ahh weyh! Kami masih remaja. Masih 22 23. Kawan-kawan pun banyak yang masih belajar lagi. Lek lek lu.

So the final decision is JUST GO WITH THE FLOW. REZEKI TU ALLAH YANG TENTUKAN, NO NEED TO RUSH!

Ok boleh tarik nafas lega dan tak nak bercakap pasal rumah dah. Tahu tak lega dia macam mana? NIKMAT! Ok book flight to Paris now. Ahahhahah!

Thursday, December 22, 2011

Rumah itu KEPERLUAN atau KEHENDAK?

I dengan Apek ada usha usha rumah hari tu. Macam teringin je nak ada rumah sendiri. Dah jumpa satu rumah ni. Corner lot 3 tingkat. Harga boleh tahanlah. Tak murah sangat dan tak mahal sangat. RM280K. Tapi dia agak jauh ke dalam lah. Tapi tak adalah jauh mana sebenarnya nanti lama-lama kawasan kat situ dah bukak sikit sikit mesti rasa dekat je dengan jalan besar. Kiranya masih dalam proses pembangunan.

Tapi kami dalam dilema sangat. Nak beli ke tak nak. Sebabnya kami masih muda. Baru 23. Baru kahwin pulak tu. Tak sempat nak enjoy lagi. Kalau beli rumah sah-sah sebulan kena bayar RM1K++. Tinggal berapa kerat je nanti lepas bayar bil bayar kereta bayar PTPTN. Tapi harga rumah makin lama makin naik. Sekarang ni pun rumah baru kalau corner lot setingkat jangan haraplah nak dapat RM250K ke bawah. Memandangkan I kerja syarikat hartanah kan, I tanyalah valuer macam mana market value sekarang untuk rumah tepi sebab impian I dengan Apek memang nak rumah tepi. Tak nak atas tak nak tengah tak nak mana-mana selain corner.

So pendapat koranglah baik beli rumah sekarang ke walaupun budget really tight ataupun biar je kewangan dah stabil gila baru beli? Tapi nanti bila kewangan dah stabil kompem-kompem umur dah 27++ time tu dan harga rumah pun makin mahal. So pusing-pusing balik sama je situasinya.

Argh! Dalam dilemanya...

Enjoy atau komitmen??

Thursday, December 15, 2011

Rezeki

Alhamdulillah. Tadi tengah lunch boss panggil semua staff masuk meeting. Ingatkan meeting apa tadi. Rupanya nak bagi duit. Sebulan gaji. Alhamdulillah. Ni bukan bonus ni kira macam imbuhan. Bonus tak sabar nak dapat bulan 6/7/8 nanti. Imbuhan ni tak effect bonus, company saja-saja nak bagi. ALHAMDULILLAH! Tak tahu dah nak bersyukur macam mana. Kalau dapat imbuhan RM500 pun dah cukup bersyukur dah inikan dpat sebulan gaji. Alhamdulillah. Syukran ya Allah. Syukran!

Terus telefon husband nak mintak izin nak telefon Hafiz nak tambah custom album untuk rezeki yang tak diduga ni. Alhamdulillah Apek on je sebab Hafiz pun ada sarankan buat custom album hari tu tapi tak dapat nak buat sebab tak ada duit. Ini dah ada rezeki ni apa salahnya buat sebab I memang suka sangat gambar-gambar kahwin I. Kalau boleh nak cepat dapat soft copy, tak sabar nak dapat album supaya bila celik mata je dapat tengok gambar kahwin. Sebelum tidur je selak album kahwin. Siapa yang tak suka wedding sendiri kan?

Makanya silalah percaya lepas kahwin lagi murah rezeki. Kalau rezeki tu tak dapat dekat kita seorang, kemungkinan rezeki tu akan dikongsi bersama yang lain. Tak apa, itu dipanggil rezeki juga. Jangan tamak. Jangan bila sudah diberi sesuatu mahu lebih. Hanya ucapkan TERIMA KASIH ALLAH DI ATAS REZEKI INI. ALHAMDULILLAH!


P/S: Semalam usha rumah dengan Apek kat Bandar Cyber. Bukan Cyberjaya ok! Ni dekat Ipoh punya bandar cyber yang tak berapa nak cyber.Cantik! Berkenan sangat. Tapi mahal. Corner lot setingkat RM250K.

Wednesday, December 14, 2011

Hitam Merah


Husband dinner semalam dekat Impiana Hotel, Ipoh. I tak ikut sebab tu dinner ofis dia. Gila kau boss besar pun tak bawak isteri takkan Apek nak bawa I kot. Makanya I pun duduklah sorang-sorang dekat rumah layan Cinta Elysa kejap selama 30 minit sebab pukul 9.30 nak tengok Vampire Diaries. Gila kau nak pilih Cinta Elysa daripada Vampire Diaries. Hell no! Dah lah kunci bilik attach together with our car key. Memang tak masuk biliklah I kan sebab kakak ofis hantar sampai rumah. Kereta ada dekat Apek. Memang melangut duduk kat luar je lepas tu ayah dok gelak-gelak. Apek nak balik rumah baru ayah buat trick macam mana nak bukak pintu yang berkunci. Hampeh tau ayah aku ni. Nasib baik sayang.

Balik-balik je dengar macam ada orang tutup pintu kereta terus lari pergi depan pintu. "Yeahh! Cayang dah balikkkk!". Terus sambut dia. Dia bagi bunga u. Bunga ros putih. Alololololo! I love u lah my B. Lepas tu dia bawak hamper besar. Banyak makanan. Ifa lah seronok. Kuat makan kan. Dan yang paling best dia dapat washing machine Panasonic. Memang bertuah malam tu tau my husband ni. Dah lah jadi designer untuk kawan-kawan vampire dia tu. Dia pulak tak boleh jadi vampire. Tak sempat nak bersiap. Gila kau dah ahh kena manage event lagi nak bersiap jadi vampire memang mimpilah kan. Ingat senang nak tempek darah lagi nak pakai cape lagi. Itupun siap nak pakai contact lens. Lawak betul my husband ni tau. Last-last give up tak nak pakai sebab payah beno. Haaa tu lah cayang kena belajar dari kawan cayang yang bernama Syahir Adnan. Dia terror lah.

Eeeee seronoknya dapat washing machine. Nanti dah beli rumah tak payah dah beli machine basuh. Memang lucky betul laki I ni.

Itulah kita kena percaya benda ni. Bila nak kawin ada rezeki, bila dah kawin ada rezeki, bila mengandung ada rezeki, bila melahirkan anak ada rezeki yang Allah dah tetapkan. Jangan risau semua benda tu. Yang penting kita kena berusaha je, ikhlas dan sentiasa berdoa. Alhamdulillah, ini rezeki lepas kahwinlah ni. =))

#REVIEW Baju nikah