Showing posts with label .aiskrim pop up.. Show all posts
Showing posts with label .aiskrim pop up.. Show all posts

Tuesday, July 17, 2012

Do A Little Good

 Assalamualaikum.

This early morning, I have read THE STAR NEWSPAPER and I found something great to share with you people out there which I know very keen to help others but don't have the channel to do so. And here it is, as I cross over the article of this great website that give you a chance to choose what skills do you have, how many hours/day you can contribute in helping others and many many many many more to choose.

I have sign up and choose 1 volunteer thing that I can just do on my fingertips. I wish I can travel up to Cameron Highlands to teach orang asli kids ABC, 123 but nehh I am lack of time and $$$$. Maybe one day. One day insyallah. ^___^


http://beta.dogoodvolunteer.com/" <=click here to go directly to this great website.

There is no excuse anymore for us to help those in need. If you are good in art you can design their brochures or if you have a list of contacts that who is so rich and don't know where to channel their money you can be the HR and bla bla bla many more to choose.


“Whoever brings a good deed shall have ten times the like thereof” (Surah al-Anaam:160)


Wasalam. =))


PENAMBAHAN:

"assalamualaikum warahmatullahi wabarakaatuhu.

nama saya fynn jamal, dan saya meminta jasa baik sesiapa sahaja yang sudi untuk membantu saya mencari dana untuk anakanda saya Bakti Arjuna Fitri untuk pembedahan jantung.


kami perlu mencari rm 35 ribu dalam masa terdekat ini sebelum jantung anakanda saya bengkak. anakanda saya berumur 1 bulan 2 minggu dan besarlah harapan saya kalau2 ada sesiapa y
ang sudi menderma walau sekecil mana. jenis pembedahannya adalah seolah bypass di mana dadanya akan dibuka utk memperbetul lubang di jantungnya.

kalau mahu diganti, berilah nama dan jumlah. saya berjanji akan memulangkan wang tuan / puan bila saya ada wangnya. insyaAllah sebelum hujung tahun ini.

panjang2kanlah rayuan saya ini. moga2 ada yang dapat membantu kami anak beranak.

nur affina yanti binti jamalludin
maybank
164810008992

terima kasih."

Ternampak status Kak Fynn dekat FB. Terus hati rasa sayu. Kak Fynn baru je gembira mendapat si Arjuna selepas itu mendapat tamparan yang hebat pula. Tapi tak apa, semua ni pasti ada hikmahnya. Percaya pada Allah. Balik je kerja nanti nak mintak sorang RM10. Sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Betapa indahnya hidup bila si kecil itu nanti hidup dengan aktifnya dengan mengetahui sedikit jumlah yang kita sumbangkan itu walaupun sedikit kita dapat melihat dia melompat girang, berlari ke sana ke mari. Tahu tak perasaan tu? Tahu tak? Spread the words. Hari ni hari dia mana tahu satu hari nanti hari kita.

Monday, July 16, 2012

Free Movie Ticket at AEON STATION 18 baby!


Dah puas gebang dekat Twitter dekat FB dekat ofis ni nak gebang dekat Belog pulak.

Mana nak dapat tiket free? MANA? MANA? 

Ni haaa I dah tempek dekat belog ni. Just tekan klik dan print. Isi dan submit. TARAA! Dapat kupon free. Semua orang kat ofis tanya I ni ada share ke kat TGV. Ehh of course lagi mahu tanya ke. I salah seorang director dekat TGV okay. Malas nak sembang je. Pffttt!

Monday, May 7, 2012

Thursday, November 17, 2011

Malaysia Theme Park yang wajib pergi


Semua orang suka fun fun fun macam Rebecca Black cakap so I nak gak fun fun fun pergi theme park. So I terbacalah news feed dekat MSN pasal "A thrilling time at Malaysia’s theme parks". Here is the link.

And the list go on. Ada 7 theme park je pun.

1) The Lost World of Tambun

Benda alah ni ada kat Sunway City, Perak. Dia kiranya dalam Ipoh jugaklah. Dulu waktu first first dia bukak, I dengan kawan kawan I pernah tipu kiterowang ni darjah 6 padahal dah form 3 semata-mata nak dapat harga tiket murah. Nasib baik lepas. Tapi sekarang ni nak buat penipuan kita ni darjah 6 memang tak lepas dah lah kan. Sekarang ni tiket dah mahal, tak silap nak dekat RM30. Ehh ke lebih. Entahlah. Tapi dah kahwin ni nak ajak Apek pergi lah sebab nak gak merasa masuk taman haiwan yang tak kena kurung dalam kandang tu.

2) Genting Theme Park


Oh my, yang ni tengok gambar je hati dah melonjak lonjak nak pergi okay. Dulu waktu kecik-kecik aktiviti wajib tiap tiap hujung tahun mesti pergi Genting tapi sekarang dah besar, ayah dengan ibu pun macam dah tak heran dah nak bawak kiterowang pi jalan-jalan. Kesian adik paling kecil. Haaa tu lah untung tau jadi anak sulung, mak bapak still muda dan rajin nak pergi jalan-jalan. Tak sabar nak bawa adik kecil pergi Genting. Sebenarnya diri sendiri yang tak sabar nak pergi Genting ni ha, dah lama tak pergi weyh. Rindu!!


3) Berjaya Time Square Theme Park

Ok yang ni terang lagi nyata bersuluh lah kan dia ada kat dalam Times Square. Hoyeahh, dah pergi jugak. Paling tak boleh blah bila naik DNA Shack tak silap nama dia. Memang sumpah kau pening macam kau kena tumbuk kat kepala berkali-kali. Ehh ke pening macam orang pregnant 2-3 bulan. Sumpah pening weyh. Macam eee gila pasni pergi sini sumpah tobat tak nak naik dah minatang tu. Ada ke orang tu elok elok satu round je dia perginya pusing sampai 2-3 round. Memang DNA Shack habis ah dia buat kiterowang ni. Apa apa pun yang paling fun dia punya mainan yang hayun ke atas tu yang buat kita terbalik tu. Aihh tak reti ahh nak sebut.


4) Desa Water Park

Best ke Desa Water Park ni? Tak pernah pergi and no komen. And sorry to say tak ada langsung feel nak pergi. Takut kena macam Bukit Merah Laketown. Tak fun langsung. Rugi minyak je pergi. Orang kalau Theme Park kena ada FUN FUN FUN tu. Get it?


5) Bukit Merah Laketown Resort


Baru cakap apsal dia, dia dah keluar. Ok definitely reject. Dah bertobat tak nak jejak kaki kat sini dah. It is so gonna be my second time and the very last one. Yang first time tu rasa fun sebab masa tu kecik lagi darjah darjah kan, baru bukak pulak tu. Cat semua cantik lagi. Sekarang ni cat dah luntur, memang tak fun ah.

6) A’Famosa Water Theme Park
Yang ini memang fun fun fun. Tak tahulah dulu je fun sekarang ni tak fun kan. Dah lama dah tak pergi. Last time pergi pun time baru je lagi dia bukak. Memang famili I dulu pantang ada benda baru semua nak serbu. Tapi dulu dapat masuk yang main dalam air je. I teringin sangat nak tengok show malam malam tu makanya harus dan wajib pergi lagi. Dan lagi satu benda wajib ialah sliding dia yang super tinggi tu. Walla! Nampaknya kena beli swimming suit muslimah lah macam ni

7) Sunway Lagoon Theme Park
Lamanya tak pergi sunway lagoon. RINDU!!!! Rasanya tempat ke-2 yang I suka sangat pergi lepas Genting semestinya SUNWAY LAGOON! Oh mai, wajib wajib wajib dan wajib pergi ni tahun depan. Dah lama sangat dah tak jejak kaki kat sini. Sumpah rindu weyh.

Memandangkan dah ada husband ni senanglah nak pergi mana-mana kan. Tak adalah ibu ayah I risau semua. Yeah, semua tempat yang MSN suggest semua I dah pergi. Yeah exclude Meru Desa Park yang which I tak ada keinginan pun nak pergi. Best ke tempat tu?

Tuesday, September 27, 2011

Lintas Jalan

Tadi waktu nak pergi beli roti. Jalan kaki. Ye lah lagi sebulan kot nak nikah, kenalah exercise sikit jalan kaki lepas tu kenalah diet makan je lah roti. Ofis I ni kena melintas satu jalan yang besar. Tak adalah besar sangat alahainya pun, 3 lane je. Tetapi semalam dan hari ni traffic lightnya rosak. Macam I ni extra confident agaknya, melintas dengan banggalah kan. Cuba fikir logik, ada kereta akan langgar orang? Kang kalau dia langgar, kang dia kena gantung lesen ke apa kan so dia takkan langgar punyalah. Lintas je. Apa peduli!

Lagipun, kereta semua baik hati perlahankan kereta kalau nampak I nak melintas.

Bila nak pergi tu okay lagi. Adalah satu motor baik hati berhenti padahal rasanya tak ada kereta pun time tu and I boleh melintas dengan tenang. Masa nak balik tu I nampak ada pakcik dengan makcik tu nak melintas jalan sampai kena angkat tangan suruh kereta-kereta berhenti. Masa tu jarak I dengan pakcik tu adalah dalam 50 meter tak silap. Kesian I tengok. Walaupun pakcik tu dah angkat tangan suruh berhenti dan bagi laluan kat diri dia dan isterinya untuk melintas, kereta semua selamaba badak je bawa laju-laju. Tapi apa apa pun, pakcik dan makcik tu selamat melintas dengan tangan menunjukkan tanda tolong berhenti tu.

Makanya selepas pakcik dan makcik tu selamat melintas, tibalah giliran I. Uishh time I senang lah pulak. Kereta, lori semua perlahankan kenderaan bagi laluan dekat I. Dengan motor motor sekali. Kan motor selalunya kerek. Dia kalau traffic light rosak lagi suka, main redah je kan. I pun terfikir, kenapa kereta lori motor tu baiknya hati slowkan kenderaan dieowang. Segan pun ada bila ramai ramai berhenti macam tu. I tengok baju I. Ehh I pakai pink hari ni bukannya merah. Nak kata I seksi, I pakai tudung sama dengan makcik tu siap labuh sampai ke pinggang lagi shawl hari ni. Rupa? Tak cantik pun I ni. Perempuan? Makcik tu pun perempuan. Ohh mungkinlah sebab ada pakcik tu kot tu sebabnya orang tak bagi lintas.

Kesimpulannya kalau anda seorang wanita, kalau nak melintas jalan dan ada teman lelaki di sebelah anda dan kebetulan ketika itu heavy traffic, lepaskanlah genggaman tangannya dan melintaslah anda seorang diri nescaya anda akan melintas dengan senyuman bangga sambil melambai tangan kepada kenderaan kenderaan yang memberi laluan persis miss malaysia. Woohaaa!

Tuesday, December 21, 2010

Pasangan kesayangan dah split up. SEDIH!

OH MAI GOD!
Ok I sangat sangat ketinggalan, at first I nak tulis pasal kejadian paranormal kat kereta I yang membuatkan plat kereta I patah tapi bila I baca Yahoo News I klik dekat Celebrity Breakups, I get shocked baby. Biar betul pasangan kesayangan I dah break up?? Sedih ni! Sedih ni! Dieowang yang break up, I yang sedih. I tak tahu kenapa tapi ni memang satu penyakit bagi I tau bila orang lain yang ada masalah penceraian I konon konon nak jadi pakar pemulihan masalah lah kan tapi selalu tak menjadi. Cehh kononlah. Poyo kan aini?? Tauuu!!!

Siapa lagi kalau bukan the sweetest couple ever, Zac Efron & Vanessa Hudgens. Weyh! Memanglah I nak sangat kat Zac Efron tu tapi tak adalah sampai nak suruh si Van break dengan dia. Aloh sedihnya, lepas ni tak dapat dah tengok gambar sweet dieowang berdua. Sedih ni! Sedih ni! Nak pergi mengadu kat Apek kejap. ;((

**In memories
T_T

GUYS! PLEASE GET BACK TOGETHER. U BOTH LOOK SO SWEET WHY SUDDENLY MAKE THIS KIND OF SAD DECISIONS?

Tuesday, August 17, 2010

Hidup kita memang selalu nak judge orang kan?


Perspektif kita selalu macam kat graph ni kan bila tengok seorang lelaki dan seorang perempuan. Manusia memang suka judge. Dieowang akan judge judge judge judge someone sampai dieowang tak ada kat dalam dunia ni. AGAKNYALAH KAN! Kadang-kadang orang yang selalu menilai orang lain ni, dia sendiri tak perfect tapi dia sendiri tak sedar<=Tuju kat diri sendiri ni!

Tapi I pun selalu judge orang tapi kalau macam lelaki tu hensem then perempuan tu cantik selalu cakap, EEE BERTUAHNYA DIEOWANG! BABY MESTI COMEL! Itu kalau dua dua ada rupa tapi kalau sorang ada rupa sorang tak ada rupa mesti anggap YES! MESTI LAKI TU KAYA!

YES! Hidup kita memang tak akan terlepas dari judge orang lain tapi kita sendiri pun tak reti nak menilai diri sendiri. So, sekarang ni jom amik pen dan kertas lepas tu listkan satu satu apa yang kita suka kat diri kita dan tak suka. Kalau benda dan sikap yang kita suka tu dah ada kat diri kita then silalah bersyukur. JANGAN NAK MENGADA KAU CANTIK TAPI KAU CAKAP KAU TAK SUKA MUKA KAU SEBAB KAU RASA KAU HUDUH MAKA NAK BUAT PEMBEDAHAN PLASTIK! Sah tak bersyukur! Tapi kalau bab ni sumpah I kagum dengan orang yang kurang cantik sebab keyakinan diri tinggi gila, lepas tu selalu cakap, AKU KAN COMEL! Weyh! Depan khalayak ramai kot! Nak keyakinan diri tinggi macam tu boleh? I tak ada sebab I selalu rasa diri kurang cantik, ye lah memanglah I tak cantik tapi I nak boleh tak sifat tu? Tengok! Itu keburukan I yang I kena list out yakni kurang keyakinan diri maka I kenalah evaluate then try my best, kembangkan hidung lepas tu cuba cakap AKU KAN COMEL! WEYH! AKU COMEL KAN?KAN? dekat kawan-kawan I. Mau kena pelangkung dengan baldi sebab over gila.

Ok! Tata! I NAK PERGI CARI KEYAKINAN DIRI I SEKARANG! Mana kau haaa keyakinan diri? Janganlah main aci nyorok dengan I.

Friday, August 13, 2010

Kes buang bayi, buang anak.

Apalahai ada orang yang suka membuang buang ni kan? Buang undi waktu pilihan raya tak mau pulak kau kan? I ni nak buang kucing ehh bukan buang tapi beri kepada orang lain pun rasa sedih je, sayu je hati ni tau. Lepas tu mulalah terkenang, mulalah nak rindu-rindu sampai meleleh air hidung.

I SANGAT SOKONG WAHAI MENTERI! Ya awak ya MENTERI KABINET KE APA KE KAN POLIS KE APA KAN! YES YOU! SAYA AINEE CUMI SANGAT MENYOKONG TINDAKAN ITU!

Tapi kan wahai penentu undang-undang, I rasa kalau nak lebih rare atau lebih drastik kita buat hukuman yang setimpal. Ok! OK! I bagi contohlah ya sebab I tau korang ni kecik kecik tak minum Anmum maka tumbesaran otak tu terbantut. AMBOI KAU AINEE SUKA SUKA JE CAKAP MACAM TU! KALAU SENTAP MANUSIA TU KARANG MACAM MANA? Sowi sowi, I gurau je tau.

Ok! COntohnyalah kan, kalau si mak baby tu flush dia dalam toilet, kita flush mak baby tu dalam toilet jugak. Kita reka satu toilet yang besar punya yang boleh muat orang hati binatang tu kan lepas tu kita flush dia. Haa lemas tak lemas. Lepas tu kan, lepas tu kan..Kalau yang buang baby kat tong sampah kita buat macam tu juga kat dia. Kita bungkus dia lepas tu kita buang kat tong sampah yang besar penuh sampah. Haa baru dia tahu tersangkut ke tak nafas tu bila duduk dalam tempat busuk busuk macam tu. Lepas tu barulah kita gantung dia sampai mampus.

Takpun hantar je Chuckie's famili pergi murder dia pulak!

Monday, July 12, 2010

Setakat Nak Bercinta Untuk Hilangkan Kesunyian Tak Payah Ehhh!

I tak pahamlah ada juga ehh jenis manusia yang kapel untuk hilangkan kesunyian je. Untuk apa orang kata, habis madu sepah dibuang. Kena ke peribahasa ni dengan suasana yang I cuba sampaikan ni?

Ada kawan I ni kan, aipp bukan kawan I yang kat atas ni tapi kawan yang lainlah. Kawan I ni kan dia kan cantik, comel, kelakar, sweet tapi entahlah kenapa bf dia ni tak hargai dia. Hari-hari asyik nak maki je. Kawan I ni dah lah jenis clumsy. Orang marah pun dia gelak-gelak je. Alahai! Comelnya ada perangai macam tu kan? Dahlah tu, kawan I ni sanggup berubah demi laki ni. Kawan I ni dulu kiranya sosial jugalah kan, bukanlah sosial sampai merosakkan diri tu kan. Dia setakat pergi clubbing clubbing je lepas tu keluar malam lepak-lepak. Lepas je kapel dengan laki ni dia terus dah tak pergi clubbing, lupakan life malam dia sebab laki ni mengongkong. Dalam hati I dah bising dah, laki tu suruh kawan I berubah tapi dia tu berubah ke? Dia pun pergi clubbing. Macam mengajar anak ketam berjalan je. Tapi biasalah semua benda yang nak kena ubah kan mestilah ambil masa betul tak?


Dahlah kawan I ni menyingle lama nak mampus, tup tup bila dia dah dapat si jejaka yang berjaya menambat hati dia mestilah hati dia gembira tak terkata kan? Tapi bila ko dah bagi dia harapan, bagi dia cinta, bagi dia hari-hari senyum sebab angankan kau, KAU BOLEH PULA BERPERANGAI SEPERTI TAHI KAN?? Tahi pun tak berperangai seperti ini tau, tahi pun tahu dia busuk maka bila orang flush dia, bila kucing timbus dengan pasir dia pun tak ambil hati sebab dia sedar dia busuk. ENGKAU PULA, BILA ORANG DAH BAGI CINTA SEPENUHNYA BOLEH PULA BUANG-BUANG MACAM TU JE MACAM DIA PULA TAHI!


**mendengus macam kerbau...


Dah tu pulak, muncul pula bekas awek laki ni. Boleh pulak nak mengorat mengayat bf kawan I ni. Perempuan ni tahu yang kawan I ni gf kepada ex-bf dia tapi ayat dia berapi lagi kencang, dia cakap dia tak kisah yang bf kawan I ni ada kawan I. SHIT WEYH KAU! Meruntuhkan rumah tangga orang lain. Ye lah memanglah tak kawin lagi tapi kalau dah kapel tu mestilah nak bahagia lepas tu kahwin dapat anak yang comel, dapat cucu yang comel. TIBA-TIBA I PULAK RASA TAK SABAR NAK ADA ANAK YANG COMEL NI KENAPA??? KENAPA??

Sekarang ni, I kesianlah kat kawan I ni. Dia ni ibarat macam pemecah kesunyian si lelaki ni je. Bila laki ni dah jumpa orang yang dia sayang dulu, dia sengaja je cari point nak mintak break dengan kawan I ni. Kawan I ni pun baru je kapel dengan dia tak sampai pun 3-4bulan tau. Kesian kawan I nangis-nangis dia sebab dia sayang kat bf dia ni. Ye lah, bf dia dah mintak break lepas tu dah tukar status dekat FB. ALOHAI KAWAN, kalau perang besar mana pun janganlah tayang kat FB. Matanglah sikit. Benda boleh settle, kasi duduk mata tentang mata, kasi bincang baik-baiklah machaaa! Ini benda manyak kecil juga saya lihat. Kepercayaan tu paling penting dalam hubungan tau. Itu je yang pasangan kapel kena pegang. Bukan pasangan kapel je, parents pun kadang-kadang tak percaya anak dia boleh jadi doktor sebab anak dia dulu kecik-kecik otak lembap inikan kapel hingusan kan? Sebab apa I cakap pasal kepercayaan? Sebab bf kawan I ni tak percaya dekat kawan I ni.

Paling baru, dia boleh pulak nak mengepau kawan I ni. Dia mintak topup. OK! Kalau mintak tolong topup untuk mengubat hati kawan I yang lara yang hatinya dah berkecai-kecai tu tak apalah juga kan. NAK TAHU TAK APA ALASAN DIA BAGI UNTUK TOPUP TU?? Dia nak mesej dengan ex-gf dia! Weyh ko tahu tak ko dah macam campak garam kat luka hati dia? KO TAHU TAK?? KO SEDAR TAK?? Kejamnya kau wahai bf sahabatku. I pun sekarang tak tahu dieowang kapel lagi ke tak sebab kawan I pun konfius. Status kat FB, masing-masing dah single. Alah sahabatku, ko single je lah senang. Ko tengok si Konisak tu, hepi hepi je menjadi seorang yang single mingle. Dia panas hati pun, panas hati dengan aku sebab kadang-kadang aku ingat aku bf dia rupanya aku perempuan dan aku merupakan gf kepada Apek. Perempuan rupanya saya!



FOR MY FRIENDS OUT THERE, PERCAYALAH SEMUA NI ADA HIKMAH! MESTI ALLAH NAK BAGI KO LAKI YANG LEBIH BAIK DARIPADA LAKI SEKARANG NI. U DESERVE SOMEONE BETTER DARLING!

Sunday, June 27, 2010

Kalau HP rosak apa susah beli je lah hp baru. Adik I nak jual hp dia!!

Hari ini hari Ahad. Hari Ahad biasa I akan duduk rumah sahaja. Kemas rumah, makan dengan adik-adik sambil tengok DVD, update life masing-masing dengan parents. Arghh nikmat sangat masa bersama keluarga. Can I call it heaven?(@_@)

OK! Nama pun dah update life masing-masing antara satu sama lain kan walaupun padahal kiterowang duduk satu rumah. Konon update life macam masing-masing dah besar, dah kawin ada anak sepoloh. Wooohaaa! Anak sepoloh memang satu impian besar ya!

Ni, adik laki I si Eddie tu nak jual handphone dia sebab dia nak beli handphone lain. Dia nak tukar N97 tak silap. Entah! I pun tak pasti dia nak tukar hp model apa tapi yang pasti dia nak jual HP.

Brand: Nokia
Warna cover: Hitam
Model: 5800 Xpress Music
Camera: 3.2 megapizels (memang cantik!)
Second Camera: Front camera for video calls
Input: Touchscreen
**SOLD


Ohh harga dia ehh?
Adik I nak jual RM600 SAHAJA! Harga masih boleh runding rasanya. CASING DIA, SETAHU I TAK CALAR LANGSUNG! Setahu I lah! Apa-apa hal boleh kontek dia kat 019-5943965(Eddie). Jangan lupa sebut nama I tau, mana tau I dapat komisyen ke kang sebab promo. Ahahahaha! Haa tak pun korang dapat nego sampai dia cakap, "Arghh kalau macam ni saya bagi freelah kat awak". Uishh untung woohhh! Tak rugi sebut nama I ni. Boleh pulak?


Ohh and for me, update paling baru inilah. I beli this mouse pad untuk letak kat ofis I sebab kesian tetikus I tu dah tak boleh bergerak dah sebab tak ada benda nak supprot dia untuk bergerak sebab I rasa tetikus I tu kan dia disable punya tetikuslah sebab tu dia perlukan sokongan kot! I pun belilah this cute adorable pad untuk dia. Tak sabar nak tunjuk kat tetikus I esok. Mesti dia hepi sangat. Betapa manjanya barang-barang I ni kan? Mutual benefit lah kiranya sebab tetikus I dapat pad, I pulak dapat rest tangan I tu bila pegang dia.


The best part for today is, Ifa masakkan kami makanan yang menggemokkan ni and deco the plate with ur name written on it using chilli sos. So sweet of she! Pelok ketat-ketat sampai kau awak lemas. Nak gomol-gomol awat sebab awak sweet sangat voleh tak Ifa?Sedap woo sampai terasa kesedapannya sebab dimasak dengan penuh kasih sayang kan?kan padahal ko keluarkan dari paket terus goreng je tak payah nak letak rempah ratus ke apa ke kan. Kiterowang makan sambil tengok DVD lah mesti. Yang ada kat rumah, kami 3 perempuan je lah maka layan movie 500 days of summer sahajalah. Beshh wo!!! Lagu dia semua easy going. Paling kiterowang suka lagu Sugar Town. Pi lah dengar! Best! Paling best part dia cakap su-su-su-su-su-su.


HARI MINGGU MEMANG BEST WALAUPUN AKTIVITI DUDUK DI RUMAH SAGAGA!

Thursday, June 24, 2010

Kalau tak respek orang tak payah nak hidup ehh!

Suka macam ni kan? Kejap rajin update, kejap tak rajin. Suka ke? Tak pun. Kalau boleh nak menaip hari-hari, nak cakap hari ni lepak dengan blogger wohh! Baru jumpa ohh tapi macam dah lama kenal ohh. Takpun nak cakap hari ni saya dating dengan boyfriend saya. Dia baik ohh! Tapi tak boleh sebab sekarang kena kurangkan aktiviti dating sebab nak save duit. Haa pendek kata apa je ativiti harian nak tempek dekat belog. Alah cakap diari kan?kan? Tapi tak boleh sebab kadang-kadang tuan punya badan ni bz mengalahkan artis. Fulawei! Wa artis sebenarnya. Kalah Pariz Hilton weyh!


Haa cakap pasal artis, korang tengok tak Showdown 2010 semalam? Weyh berbulu weyh! Berbulu! Memang habis bulu-bulu kat badan I ni jadi tajam semacam. Dah lah tajam, lebat pulak tu kan dah rupa singa jadian.MyEm0.Com Ni semua sebab si Famous Crew tu lah! HAISHH, GERAMNYA AKU! BERBULU BULU BILA CAKAP PASAL CREW BAGET TU! I memanglah suka kan performance Famous Crew tapi sekarang bak kata Maple, kiterowang dua dah hilang respek kat Famous Crew. Haa jangan korang tak tau, I dengan Maple tu adik beradik kot cuma dia tu cun sikit je dari I. Cun ke I? MyEm0.ComMata genang-genag dah ni, pujilah sikit. OK! Tak cun langsung! Boleh pulak battle main tolak-tolak. Kesian kat Borneo Soul Breakers tu. Macam budak-budak hingusan je dieowang buat. Dahlah si Giller Battle Crew pun macam tak respek pandangan dieowang waktu dieowang berkolabirasi<=susahnya nak eja ayat ni. Ye lah tahu lah korang hebat tapi tak perlulah pandang rendah sangat kan kat orang lain. Haishh berbululah I. Nasib baik handphone I tak canggih weyh! Kalau tak dah lama I tweet like 24/7 menyatakan ketidakpuashatian I ni. Wakaka Crew, HMC Phlow dengan Floor Fever memang spring tabiklah wa dekat u all. Terbaik! Kowang tunggu je lah FC, baik kowang pack barang-barang kowang tu sebab minggu depan gua boleh gigit jarilah, kowang akan terkeluar. Oh!! Marah sungguh Aini nampaknya. Hehehehe! Baget garang je tu!

Haishh! Boleh pulak artis baget macam I ni tumbuh bulu-bulu kan? Jatuh populariti I nyah! Badan bulu-bulu, mana nak laku mak nyah kat TV kang!



Ni dah tersingkir semalam. Kesian korang! Neway, kakak I si Maple tu cakap Gud Luck ok! Korang boleh pergi jauh one day. Keep on practice ok!


INI KUMPULAN YANG BAKAL KELUAR MINGGU DEPAN! NO SECOND CHANCE OK! U DONT DESERVE IT!


Crew yang ni pulak memang hebat cuma kena kurangkan sikit kePOYOan and learn how to respect others. Itu sahaja! Kalau tak poyo semua mesti I suka kat they all ni. Tapi baju merah tu poyo ke tak poyo ke I tetap suka tengok. Comel! Apek baca ni, mati I kena tembak.

OK! CREW-CREW KAT BAWAH NI, CREW FEBERET I OK! Clueless nak cakap pasal dieowang ni. Perfect!! Sizzling mee semua ada!




Ok! Hari ni macam nak cakap pasal Tv Show je. Korang ingat tak Dunia Baru? Alah 2 Alam yang Dr. Rozmey tu korang tahu pulak kan, takkan Dunia Baru ni korang boleh lupa kot? Alah yang ada Elyana, Wan Elyas, Pieere Andre, Ann, Iqram Dizzly tu berlakon. Haa citer yang buat semua orang teringin nak belajar kat U dengan kadar segera tu lah. Yang buat ayat sengal ajdi feymes tu! Dia ada siri baru woohh tapi bukan kat TV. Dekat Gua.com.my. Tapi sedih sebab pelakon-pelakon havoc macam Anne, Pierre, Anne, Almy Nadia semua tu dah tak ada. Tapi takpe, kena kasi chance lah kan, mana tau lagi best ke kan.

Ishh I ingat lagi, cerita ni memang buat I teringin gila nak pergi U cepat-cepat tapi bila dah sampai masa tak sampai hati nak jauh-jauh dengan famili(yelah ada homesick kan), maka hasrat terhapus sebab belajar dalam Ipoh juga, macam mana nak rasa duduk asrama dengan kawan-kawan. Haishh! Lepas tu, bila dah habis cerita macam gila tak sabar nak pergi sekolah esok pagi sebab nak jadi minah kepoh dengan kawan-kawan kepoh nak menyatakan,


"Weyh! Gila hensem Tajol. Geram aku tengok rambut dia. Dah lah otak business. Kaya nak mampus! Bestnya kalau aku dapat jadi awek dia"MyEm0.Com
"Eeee bodohlah Opie tu, asal dia tak cakap dekat Pieere(nama sebenar sebab dah lupa nama lakonan dia) yang dia suka kat Pieere(erkk?again lupa)."
"Gilalah makan gelojoh gila mamat yang kapel dengan Suzana tu"

Gila kan? Rindunya zaman sekolah weyh! SANGAT!!!!!!!<=tiba-tiba...

p/s: hari Isnin hari tu lepak dengan Huda. First time tu lepak, lepas tu Huda si baik hati tolong godek-godek coding belog I ni. Tenkiu Huda. Tapi adalah yang I kena tukar-tukar kan tapi dah nama pun bz mana nak sempat. Ehh tapi update belog boleh pulak kan? Cakap bz. =D

Tuesday, May 18, 2010

Ada juga orang yang sanggup potong tangan kucing?

Baru je discover video kucing dekat belog one of my follower yakni kaki motong. Gila tragik ok! Ada juga manusia kejam yang sanggup potong kaki kucing sebab dia curi makan. Weyh come on lah weyh kucing je. Alah setakat makanan sikit tu apa salahnya bagi dia sikit. KO INGAT DIA MANUSIA KE BOLEH CARI DUIT THEN PERGI KEDAI MAMAK CAKAP, "Mamak kasi mee goreng satu." Tak boleh weyh! Sebab dia kucing kot. Ingat dia ayam ke sesuka hati je nak potong tangan dia. Ayam pun ko kena sembelih dulu kasi urat dia putus betul baru leh ko chop chop dia. I nangis ok tengok video tu. Ok cik kaki motong dah bagi warning awal-awal jangan nangis tapi jiwa I sensitip gila jadi TERmenangis juga.

KEJAMNYA kan?? I takkan maafkan orang yang kejam macam tu. Dah lah dilaknat Allah lepas tu buat kerja keji, terkutuk, kejam macam haramjadah. O by the way, nama kucing dia Hero. Korang pergilah belog dia dan tengok sendiri video tu ok sebab sumpah I noob tak tahu nak paste video kat belog ni. Korang ajarlah alang-alang dah Hari Guru kan hari ni at least ada peluang nak jadi cikgu kepada anak murid yang buta IT gila ni.

Saturday, May 15, 2010

Kenapa Gaji Tak Setaraf Dengan Pendidikan Yang Kita Ada?

Pergh macam GILA tak update belog 5 hari. Rasa cam sangap gila.!
Nak update tapi bz asal nak update je bz-update-bz-update-bz sudahnya tak update update sampailah cuti ni.

Cuti kerja ye anak-anak sebab sudah habis belajar tapi still dalam dilema nak sambung ke tak? Sebab I panas betullah. Kenapa sekarang ni kalau kerja gaji SPM macam SPM, gaji DIP sama macam SPM then gaji DEGREE sama macam DIP? Macam tu baik tak payah sambung bai. Buat penat je. Melainkan kalau kerja gobemen ye lah dapat gaji yang setaraf dengan kelulusan. Nak cakap I tak ada pengalam ada kot. Gaji nak gak remain sama. Apa boleh buat? Kena redha je lah sambil cari lubang lain. So I tengah dalam dilema ni nak sambung Degree ke tak? Ramai kawan I sambung degree tapi tu lah I fikir panjang kalau I ambil sekadar nak follow kawan-kawan je buat apa. I nak ada peningkatan taraf hidup kalau I sambung pun. Kalau masih di takuk lama je tak bestt lar. Takkan I nak jadi RECEPTIONIST SEUMUR HIDUP KOT! Tak mau! Tak mau! I seboleh-bolehnya nak lah jadi HR Manager ke kan? Wahh melampau kan cita-cita? Ataupun nak buka perniagaan sendiri ke kan. Jual pakaian dalam pun takpe u!


Whatever it is, I ni masih dalam mood sedih ni sebab atuk Apek baru je meninggal malam Jumaat hari tu maka plan nak keluar dengan Siggplus dan Huda terbatallah dengan jayanya. Kiterowang baru nak buat parti buih kat gua tempurung tau tapi tak ada jodoh lah pula hari ni sebab Apek balik kampung daaa ada kenduri tahlil daaa. I ada cerita pasal atuk dia kat entri ni. Alah yang orang santau atuk dia tu. Sampai meninggal dia buat orang tu. Haishh jahat betul! KAU TERIMALAH BALASANNYA KAT AKHIRAT NANTI! Weyh tapi I bukan sedih sebab tak dapat keluar tau sebab benda tu kan boleh postpone minggu depan tapi sedihlah sebab atuk dia dah meninggal. Nasib baik I dapat jumpa tau. Tapi kenapa muka I dalam gambar nampak hepi? Ok tu saja je jadi penambah gula dalam entri ni.(O_o)

Haaa kowang jangan dok belaja benda benda santau ni. Tak baik tau buat aniaya kat orang. DOSA BESAR WOHHHHHH!!!

Friday, May 7, 2010

Masalah komunikasi yang selalu berlaku tanpa kita sedar


It's like a habit u see! Kadang-kadang kita tak perasan pun this annoying habit. Macam I pun selalu tak perasan I dah memenyampahkan korang yang baca apa yang I merepek meraban kan? Tengok I dah start dah. Ok! Ok! Fine! Fine! Tolong jangan baling buah dekat I plishh!

Mari kita lihat apa benda yang paling kita menyampah bila kita nak cakap je ada je something wrong.

1. Menyampuk
OK! Ini paling pantang. Tengah kita dok sembang panas-panas tiba-tiba ada orang bikin hati kita lagi panas. OK! Cubalah bayangkan kita baru je habis buat lawak bodoh kan yang maybe tak disengajakan pun atau maybe disengajakan. Cuba kalau kita ceritalah something yang kita rasa lawaklah kan, RASALAH padahal tak lawak mana pun dekat kawan-kawan kita. KIta excited ni! Macam nak dapat 1juta bila jadi juara one in a million ni, tapi ada orang tu boleh laks cakap, "Ko ingat lawak sangat ke? Meh aku cerita benda yang lagi lawak weyh", sambil buat muka kerang busuk tak bersalah. Orang macam ni memang! Suka je ambil perhatian orang lain. Ohh kalau dia ada masalah dia suka je suruh orang dermakan telinga tapi bila orang lain ada masalah dia buat bodoh je macam apa-dia-ingat-halimunan-ke-apa. Bengang weyh dengan orang macam ni. Ye lah dia nak orang lain dengar cakap dia je, bila orang lain cakap dia menyampuk then ambil perhatian orang lain penyudahnya kita yang nak bercerita ni malu segan semua ada tapi perasaan paling tinggi mestilah bengang kan sebab cerita kita tergantung macam tu je.


2. I Kontek
Kadang-kadang bila orang tengah cakap dengan kita, jarang kita tengok mata dia. Sibuk buat benda lain. Orang yang sensitif suka assume yang kita tak beri perhatian dengan apa yang dia cakap so kita kenalah bagi sepenuh komitmen dekat orang yang tengah bercakap dengan kita. Ini tak! Waktu interview semangat je pandang mata penemuduga tu semua kalau boleh siap main mata lagi gitu kan. Sebabnya simpe je sebab kalau kita tak pandang mata dia nanti dia ingat kita menipu atau not interested in that job. Ewah kalau tang kawan kita sendiri tok sah nak pandang nak hidu pun malas. Apa burok beno ke muka den, ekau tak nak pandang! Muka ko pun aku tak hingin pandang.


3. Dengar tak dengar macam angin lalu je

OK! Ini perkara paling menyampah. Kesian Apek sebab selalu kena macam ni bila cakap dengan I. Tapi betul I memang tak dengar. Mana nak dengar weyh kalau radio tu cecah volume 100. Pelik tau bila kena tanya banyak kali macam dia cakap:-

"Aku ada penyakit cancer"

Lepas tu kita tanya "Apa dia?"

Dia ulang lagi dia ada penyakit cancer.

Kita tak dengar lepas tu terpaksa tanya lagi sampailah kita macam segan kena cop pekak lepas tu tercakap "Baguslah macam tu" tanpa tahu dia cakap apa. Tak ke naya orang ada penyakit cancer kita cakap bagus. Gila kelakar ok!


4. Ayat-ayat kurang sedap dituturkan
Macam I ni memang selalulah berbahasa agak kasar dengan kawan-kawan dan adik beradik. Tak adalah kasar sangat, tengok orang jugalah. Setakat bodoh dengan bengong tu dah macam makanan harian dah. Buatnya dengan orang yang baru kenal I tapi I nak buat macam I dah kenal lama lepas tu tercakap bodoh tu semua tak ke naya. So kalau boleh elakkan lah ayat yang tak sedap. I pun dah kurangkan. Kalau macam adik I tercakap bodoh pun I macam otomotik cakap haipppp!! Padahal dulu kita ni 2x5. Peoples change u see so do I. Buat apalah menyakitkan hati orang betul tak? Daripada panggil orang bodoh baik panggil dia pandai.


5. Semua tentang AKU!!!!!!!!!
Ini paling annoying! Asal jumpa je cakap pasal diri sendiri. Bf dialah paling sweet, famili dialah paling kaya, dialah paling pandai dalam kelas, dialah paling hensem. Memang habis badan I naik bulu. Ye lah bila I nak start cerita je, dia dah mula cerita pasal dia sampailah azan maghrib berkumandang. Time tu memang kena ingat rumalah takkan senja-senja nak lepak kat kedai mamak lagi kan? Ehh ada yang terasa ke? MAAF! MAAF!


Haa tengok! Semua benda ni memang annoying kan tambah-tambah bila kita semangat gila nak sembang dengan dia. Tapi nak buat macam mana, kadang-kadang kita pun tak sedar kita terbuat benda-benda macam ni yang buat orang menyampah kat kita.


SO, PLISH POGIF ME EHH KALAU I ADA BUAT SALAH SELAMA KITA BERCAKAP NI BAIK DI DUNIA NYATA MAHUPUN DUNIA SIBER! PEACE YO BEBEH!



Osopopup: Esok I cerita pasal kucing I. Kesian dia! I nak cakap ni, waktu Afdlin nyanyi lagu kantoi whatever tu, abang afdlin memang terbaikla! Wa tabik sama lu bro!

Wednesday, April 28, 2010

Beauty Routine yang boleh menjahanamkan kulit korang

Memang taklah kan kalau nak fikir pasal layak. Kalau fikir untuk kepentingan diri sendiri boleh. Benda ni I jumpa kat paper NST hari ni. Uishh I suka kalau bab-bab kecantikan ni walaupun diri tak cantik.

Ada 6 benda yang kita selalu buat kat muka kita yang boleh buat muka kita ni lagi teruk. Contoh mak ko cakap, "Haa tempek tahi kat muka leh buat muka licin". Uishh aje beno mak tempek tahi boleh licin kulit muka ni, tah-tah lagi busuk. Ye lah kalau dah buat tiap-tiap hari kan. Eeuuuwww!~


1) Korang Melebih-lebih
Jangan lebih-lebih nak buat pengelupasan kulit. Yes! Memang boleh kupas kupas kulit tapi budget-budget sikit. APA KO INGAT KULIT TELUR? Ok! Kenapa tak boleh? Sebab nanti kan kulit korang kan cepat kedut mak kita cakap. Haa betul! Dia cakap kan memang bagus pakai produk pengelupasan kulit ni sebab dia boleh hilangkan sel-sel mati tapi jangan selalu dia cakap. Nanti kan..nanti kan...(cakap sambil putus-putuskan nafas) kulit kita kedut cepat sebab dah hilang kelembapan semulajadi. Dan lagi satu kalau beli barang yang tak feymes kan. Ecececeh! Nak barang feymes je kau! Haa kalau barang tu tak feymes kan better pilih yang ringan-ringan je bahan-bahan dia. I pun tak tahu apa yang ringan ringan. Alah biasa dia akan tulis mild kat botol dia tu. Maybe kandungan dia jangan berat berat kot. Kalau pakai minyak angin untuk aktiviti pengelupasan mesti lagi berkesan. Cubalah!


2) Penggunaan Toner Oleh Korang
Toner ni gunanya untuk menghapuskan sisa pembersihan produk. Tapi kalau kurang korang bukan jenis oily macam I ni haa better watch out fellas. Eeee rupanya ada juga kelebihan kulit berminyak macam I ni kan. Ingatkan untuk sarang jerawat je. Haa toner ni memanglah untuk buang sisa cleanser kita kan tapi di sebalik tu, dia akan menyebabkan kulit kita dehidrat. Kira macam kekuangan air lah. Haa lebih kuranglah. I bukan beautician mana nak tahu kan? Kalau korang punya kulit jenis kering baik jaga-jaga. Jangan lebih lebih sangat guna toner ok sebab dia akan buat kulit korang lagi kering. Serius tak tipu! Tu sebab kita kena letak pelembap lepas pakai toner.


3) Korang guna produk campur-campur
Ok! I bagi contoh paling simple lah kan. Cleanser korang guna cap sardin, Toner korang guna cap ayam then last but not least moisturizer korang guna cap itik. Haa kowang tengok dah berapa cap binatang kowang dok campur-campur. Cuba korang tukarkan dia jadi makanan. Korang campur segala jenis sardin dengan brand lain-lain dalam masakan korang then masak tak ke meragam perut tu. Haa samalah dengan benda yang kita tempek kat muka kita ni. Muka pun boleh konfius weyh! So jadilah pengguna yang setia melainkan kalau produk tu memang tak leh ngam dengan kita. NOW BARU I TAHU RUPANYA KITA TAK LEH CAMPUR-CAMPUR PRODUK! SELAMA NI I INGAT BOLEH, NO WONDER MUKA I LAGI TERUK. HEHEHEHHE!


4) You've go green
Ok! I tak tahu nak translate macam mana. Nanti kalau I letak Anda Tukar Jadi Hijau korang macam buat muka pelik pula kan. Tiba-tiba ke pegang cermin hala kat muka nak tengok ada ciri-ciri hijau ke tumbuh kat muka. Mana tau ada uban hijau ke kan, ke nak jadi hulk hogan ke shrek ke kan mana nak tau. Sebenarnya paper ni nak cakap, jangan percaya sangat dengan produk organik yang kadang-kadang tak sesuai dengan kulit muka. Nama pun organik maka mesti dia punya keberkesanan tu terbatas. Siapa yang rugi? Kita juga nok! Contohnya macam pelindung tabir suria<=pergh ada ayat macam google translator tak?. Haa macam pelindung tabir suria kan, saintis pun macam ragu-ragu je sebab tak ada bahan bukti cakap benda-benda dari tumbuhan ni boleh lawan sinaran matahari tu.


5) Korang tak amik berat pasal UV Protection
Kita semua memang aware tentang bahayanya sinaran cahaya matahari. Dia boleh bagi penyakit kulitlah, boleh bagi kita punya kulit gelaplah tapi still tak ambil berat pun nak pakai UV Protection segala. OK! I TAK MENGATA KORANG TAPI MENGATA DIRI SENDIRI. Sebab gilalah, paper ni bila I baca I rasa semua terkena kat batang hidung sendiri. Cisss! Sebenarnya kita tak boleh depends dekat moustrizer + SPF sebab dia tak efektif. Jangan just depends dekat SPF yang elak kita dari kena sunburnt TAPI pilih yang berkualiti walaupun mahal yang boleh offer UVA PALING TINGGI SEKALI dan boleh diguna sepanjang tahun.

Tujuan I tempek kat sini untuk kongsi dengan korang, ye lah I tahu korang memang pemalas. Malas! Malas! Malas nak baca paper. Hishh apa nak jadi ni? Macam mana nak capai wawasan 2020. Huh? Tiba-tiba. Bukan untuk korang je untuk diri sendiri juga yang makin hari makin buruk ni kan. I rasa brand clinique tu macam tak berkesan je dengan I. Kena cari produk lain.

Sunday, April 18, 2010

Apa yang laki rasa perempuan tak perlu pakai

Mengikut pembacaan I dalam magazine CLEO, dieowang adalah kan interview 50 orang lelaki ni and salah satu soalan feberet I yang dieowang tanya kat lelal-lelaki auwww so hot ni yang konon most eligible bachelors ni ialah





"A MAKEUP TOOL YOU THINK WOMEN CAN DO WITHOUT............................."


Haaa kalau tak ada tulis make up tu kompem cakap perempuan tak yah pakai baju kan? Uishh tak semenggah betul..


Dan di sini I akan list outlah kan apa yang dieowang rasa perempuan tak perlu pakai


1) Coloured Contacts= I
2) Comb=I
3) Glittery Eyeshadow=I
4)Foundation=IIIII
5) Blusher=II

6) Red Lipstick=IIIII

7) False Eyelashes=IIII

8) Lipstick=III
9) Tweezers=I
10) Face Glitter=I
11) Compact Powder=I
12) Hair Curler=I
13) Hair Straightener=I
14) Multi coloured Eyeshadow=I
15) Mascara=II
16) Blotting Papers=I
17) Lipgloss=I
18) Hairspray=I
19) All of it=I

Dan di sini I nak umumkan pemenangnya ialah Foundation dan Lipstick Merah. Kedudukan Seri ya seperti yang kita dapat lihat di atas. Heemm nak check diri sendiri ada pakai ke tak? OK! Dua-dua tak ada so boleh proceed. Boleh jadi wanita pilihan jejaka-jejaka hangat.


Ok! I selitkan sikit gmbr wanita comel. Comelnya ikat tocang dua.


Dan tempat ketiga(sebab dah ada kedudukan seri so tak ada no. 2 terus lompat nombor 3) ialah bulu mata palsu. Haaa nasib baik I tak pakai bulu mata palsu nyah! Haaa siapa yang pakai bulu mata palsu cepat tanggalkan, pakai maskara cukup tak perlulah bulu-bulu mata palsu ni kalau setakat nak jalan-jalan kat mall tu. Lainlah korang nak bersanding ke, nak pergi dinner ke perlulah pakai yer. No offense tau! Tapi ada setengah amoi macam amoi tocang dua kat atas tu, pakai nampak lawa weyh sampai I pun sebenarnya teringin nak pakai. Nampak natural. Bulu mata mahal kot! Tengok, Ainee ada hasad dengki, mentang-mentang diri tu tak reti nak pakai nak suruh orang lain pun jangan pakai macam nak bagi dia sowang je melawa kan? Busuk hati betul!


Hemm between apa yang I pakai kat atas ni yang dieowang tak suka?? Haishh dasar betul.

Pertama sekali yang dieowang rasa I tak perlu pakai(ehh bukan I tapi semua wanita) ialah coloured contact lens. Hemm dulu I pakailah sekarang ni I pakai warna hitam punya, bak kata kawan I, mega gila mata I macam Ju-Onn. Hitam pekat u!

Yang kedua, blusher. Blusher pun I pakai juga. Ini disebabkan pengaruh rakan comel I, Sharifah Syaza yang cakap kalau tak pakai blusher muka nampak pucat so I pakailah sampai dah addict. Tapi tak adalah pekat-pekat kan Syaza kita pakai?? Pakai sekadar bagi nampak pipi pink-pink gitu. Macam artis korea yang comel gitu. YE LAH KAN KE DIRI TAK MACAM ARTIS KOREA SO NAK NAMPAK MCAM ARTIS KOREA COMEL TU KENALAH BUAT MACAM TU! ORANG TAK PERASAN TAKPE, JANJI DIRI SENDIRI PERASAN. **shy gila cakap macam ni

OK! Lagi satu, I memang tak pakai foundation, tapi I tetap pakai compact powder. Mana boleh weyh tak pakai apa-apa kat muka ni, nanti hilang konfiden nak berjalan-jalan kat Beverly Hills. Mana tahu nak terserempak dengan Ed Westwick ke kan.

Last but not least, apa yang I pakai yang ada dalam senarai laki rasa perempuan tak perlu pakai tu merupakan mascara. Come on larr guys, kalau u jadi perempuan surely lah u mesti nak pakai mascara. Mascara tu boleh buat mata nampak besar tau. Bulu mata panjang yang stok boleh sangkut getah tu lagilah menjadi idaman kalbu hati para wanita. So IT A MUST!

Paling I lega bila tak ada pula dieowang cakap perempuan tak perlu pakai eyeliner sebab eyeliner tu dah macam nyawa I kot. Kalau tak pakai, otomatik muka tu rasa macam kena baling dengan najis je. Macam busuk gila!

Sebenarnya kan guys, kiterowang ni bukan nak melawa sangat pun. Tapi itulah sebenarnya benda-benda macam compact powder, foundation, fake eyelashes ni semuanya dipakai sebab nak menaikkan keyakinan diri je. Memanglah orang nampak buruklah fakelah semua tu tapi itulah perangai perempuan memang tak peduli apa orang nak cakap, boh layan je! JANJI DIRI SENDIRI SUKA. Bila diri sendiri suka, otomatiklah keyakinan diri tu meningkat.

Tapi perempaun pun agak-agaklah kan kalau nak makeup pun janganlah sampai semua jenis produk korang nak tempek kat muka tu kang orang cop korang dah macam opera cina laks. Hemm takpun orang cop korang ni patung bergerak. EHH COMEL GAKS JADI PATUNG BERGERAK KAN? Takpun orang cop korang ni fake gila. Haa nak ke? Ok lah I bagi t ips ehh (wah ada tips, ingat ko artis). Ok tipsnya kalau korang nak pakai fake eyelashes ke kan janganlah pakai yang tebal-tebal pakai yang nipis-nipis je so dat tak adalah orang nampak sangat.Haa taj pun tak yah pakai eyeshadow glitter-glitter kalau dah pakai bulu mata palsu tu except korang nak kahwin kan kenalah over sikit nyah!

Uishh kalau I dapat muka macam Charlene Choi ni ke muka macam Scha Al-Yahya ke memang tak yah pakai makeup dah! Memang dah semulajadi cantik. Oklah I nak gi cuci makeup dululah. Daaaa!

Wednesday, April 14, 2010

Selamatkah E-Bay?

Hai geng. EHH KO TAK MALU KE NAK IHTIHARKAN DIRI SENDIRI BERGENGGON DENGAN ORANG LAIN?

Oklah fine! Hai whatever!!!!!!!!!!! Gila banyak I nak update tapi camera I selalu menjadi camera orang lain maka memang tak adalah kan gambar yang dapat I tempek dekat sini. Makanya, kenalah I berusaha beli camera lagi satu untuk diri sendiri bukan untuk dihakmilikkan kepada orang lain. Adehhh!! Dahlah handphone cabok, tak ada camera apatah lagi 3G mahupun 2G.

Dengan Dacebook<=see ini dah kali ke-2 ni I nak tekan F tapi tertekan D. Haa punyalah marah I dengan Facebook sebab asal I nak upload pic je dia fail lepas tu upload-fail-upload-fail-upload-fail sampailah I tertidur.

Dah malas nak layan Facebook, I bukalah E-Bay. Sumpah teringin nok nak beli barang kat situ(murah bai!!)tapi satu je ayat yang tengah berlegar-legar(bukan ruang legar ok tapi legar yang jalan-jalan) kat dalam kepala I ni.

1)ADAKAH MEMBELI BARANGAN DI E-BAY SELAMAT?
2) Adakah kalau I beli barang dekat E-bay dia tak songlap duit I lepas tu bila I tanya mana barang I terus dia menghilangkan diri menyorok dalam lubang jamban euuwww!@&*^%$% VAVI KAU SONGLAP DUIT AKU? SCAMMER!

Oklah lebih dari satulah kan ayat yang tengah berlegar kat kepala I ni. HAA KORANG PERNAH ADA PENGALAMAN BELI KAT E-BAY? SELAMAT TAK?? Serius ni I nak membeli-belah ni. Korang kalau tang keburukan I laju je kan tinggal komen.

CIS! Takpe I ingat sampai bila-bila walaupun memori I kurang dari 1G bak kata Apek tapi kalau sebab ni memang I nak ingat sampai bila-bila. Serius ni!!!!!
(O_o) Erkk?Y so serius?

Tuesday, March 23, 2010

Shout lahh puas-puas lepas ni

Haa tu dekat bawah tu I dah letak balik shoutmix widget tu.
Jangan gatal pi buat advertising kat situ sudah.
Shoutbox tu khas untuk rakan-rakan I terutama sekali rakan blogger. Kesian dieowang I pi berkomen kat entri dieowang lepas tu dieowang nak balas balik tengok-tengok tak ada shoutmix.

Haa lagi satu, shoutmix tu khas untuk sesiapa yang nak main usik-usik manja gitu cakap "Hai, boleh berkenalan" atau "Hai! Exchange link jom!" atau "Hai!Salam satu malaysia. I nak main blog jumping jumping lepas tu nak kasi awak sejuta kalau awak sanggup jadi bini saya. Saya hensem kacak lagi bergaya mutu keunggulan".

SANGAT DIGALAKKAN!

Tunggu apa lagi pi main shout-shout kat sana lepas tu I pergi balik belog korang main shout-shout dekat shoutbox korang laks. Teeheee!

Tapi mesti korang malas sebab shoutbox tu kat bawah sangat! Kena scroll! Ahahahaha! Sengaja I ni tau nyah!

Wednesday, March 17, 2010

Plus Size pun boleh bergaya

I kagum betul dengan orang yang bersaiz comel. Maksud I alah badan yang montel comel comel boleh buat bantal tu. Comel apa! I suka main perut dieowang walaupun dieowang tak suka. Teruk kan I? Orang tak suka pun nak main pegang-pegang pula. Macam jellyfish kadang-kadang, kadang-kadang I terasa macam pegang Patrick Star pun ada. PERUT COMEL! Tapi perut I sendiri yang berjelly ni tak ada pula I nak main kan?

Ok! ok! Lets be specific. I kagum dengan orang yang berbadan comel yang ada self-confident yang tinggi. Maksud I tak adalah super tinggi sampai jadi poyo nak mampus kan tapi yang "Alahai!Dahlah comel penuh dengan self-esteem pula tu lepas tu tak belagak. Comel betul" (^_^)

Tengok macam Dina Malaysian Idol ni. Kagum betul dengan imej dia. Dia tak malu dengan badan dia siap pakai nampak bahu lagi nyah! OK What! Thumbs up for her. Siapa cakap orang berbadan comel tak boleh bergaya.


OK! Jangan tiru gaya macam ni. Nigtmare betul! Eee jeles betul, walaupun berisi still ada curve yang sangat menarik.

Seriously for the one yang berbadan comel, please please please elakkan pakai T-Shirt yang terangkat sampai boleh nampak pusat tu dan kalau boleh elakkanlah pakai t-shirt. Kalau bolehlah!

And siapa cakap orang berbadan besar tak boleh jadi model, hey jangan kolotlah sekarang dunia dah maju ok! Ada apa plus size model siap masuk magazine lagi ok. Kat luar negaralah tapi tak tahulah kenapa dekat Malaysia ni semua nak stok stok slim milly je yang keluar dekat magazine. Sekali sekala tukarlah sikit aliran kan supaya orang berbadan comel rasa konfiden lepas tu boleh make a reference to wear what and what for this occasion or that occasion or on and on and on.


Sesuai untuk pergi majlis orang kahwin (ok yang biru tu xseswai) atau pergi party ke kan. Simple je! Reben tu betul-betul pandai cover line kan? Great job riben!


Ok! Kalau segan boleh pakai macam ni. Empire waist memang sangat sesuai untuk orang yang badan comel ni. Bila kembang kat bawah tu dia bolehlah cover jelly-jelly yang I rasa nak makan tu. Even I yang tak berapa nak kurus ni pun suka pakai empire waist sebab..... OK! I tell u a secret but please dun tell others. I pun ada jelly juga sebenarnya. Hehehe! Shhhh!!

Cakap banyak pun tak guna, haaa ni I dah list out kat mana u all yang bersaiz comel boleh shopping baju and make a statement that plus size can dress up well too. =))
Tekan kat gambar tu lepas tu dia akan terus bawa pergi website yang jual baju tu or boleh make a reference too. Bagitahulah siapa-siapa, kawan ke adik ke kakak ke yang plus size kat mana boleh cari baju yang murah tapi bergaya ok! Help them to built their confident!



Tengok cara-cara plus size model ni bergaya, I kagum betul. So talented in mix and match. Haa tengok bukti dah ada dah yang badan comel pun boleh bergaya. Tengok! Entah berapa kali I dok ulang benda sama. =D

REMEMBER! BE CONFIDENT WITH YOURSELF NO MATTER WHAT TYPE OF BODY U ARE!

#REVIEW Baju nikah