Showing posts with label .wayang kulit.. Show all posts
Showing posts with label .wayang kulit.. Show all posts

Tuesday, June 25, 2013

#MOVIEREVIE - Monster University, After Earth & World War Z

Memang kerja gila betul. 3 hari berturut-turut pergi tengok wayang. Kihkihkih.

The review is semua best. Wajib tengok. tak dapat review panjang-panjang weyh esok nak exam. Bye!


Friday, June 21, 2013

#MOVIEREVIEW - Man Of Steel (Hero waktu kecik pakai spender merah kat luar)


Aishh kalau cerita-cerita yang melibatkan memori kanak-kanak terimbas kembali ni memang buat I teruja sikit. Tak ada ke orang nak buat cerita Cinderella versi manusia? Kegemaran selamanyaaa tu....

I bagi 5/5 dekat Man Of Steel. Over tak? Full mark tu. Kira macam tak ada cacatnya. Okaylah mungkin duration cerita agak lama which is 2 jam setengah tapi wohh memang berbaloi every sen yang kita bayarlah untuk tiket wayang tu kan.

I tengok dekat TGV, Station 18. Buy 1 free 1 lepas tu beli another 1 tiket for my sister which the total is RM16 sahaja.

Cerita dia ni bagi I tak rasa bohsan. Tak adalah satu part depan boring tengah klimaks then last sekali boring. TAK LANGSUNG! Perfect! Mula-mula cerita dah ada konflik lepas tu sampailah akhir ada je action. Best best best. Cuma orang yang tak suka tengok movie lama-lama lah kot dalam hati cakap "Bila nak habis aku dah nak terkencing ni". Kan?

Part dia mula belajar terbang tu memang mengimbau memori zaman kanak-kanak masa tengok cerita ni kat TV. Rasa perghh kagum gila manusia boleh terbang. Nak jugak. Dia pakai cape merah. Eeee nak jugak. Itu dululah sekarang ni kagum tengok badan dia ganteng gagah perkasa. Aumm sangat! Lepas tu ada selit pasal ayah dia. Kenapa ayah dia tak bagi reveal power dia and so on.

Cerita dia ada flash back waktu dia kecik, macam mana dia dapat power, kenapa dia dihantar ke bumi, berasal daripada planet mana. Complete! We can get all the answer in this film.


KOSTUM : Cantik
PLOT CERITA : Terbaik
SOUND EFFECT : Power
SPECIAL EFEFCT : Lagi power
CAST : Bagus sekali
GRAFIK : Paling paling paling power.


Ni semua pandangan I je lah. Macam kawan I dia cakap not worth it. Bagi I its more than worth. See? Lain orang lain pandangan so kalau nak tahu better pergi tengok sendiri. Then make your own judgement. Ok I rasa nak tengok lagi sekali. Boleh tak? =)


Tak ada ke orang nak buat costume party?

Thursday, June 13, 2013

#PANGGUNGWAYANG - Epic

Semalam pertama kali tengok wayang dengan AEON STATION 18. Kemain sekarang TGV dah ada preferred seat dengan normal seat. Preferred seat RM10, normal seat RM8. Beza RM2. Harga ni untuk hari Rabu ya. Kami pilih preferred seat lah mesti sebab bayar lebih RM4 je.

Dah sampai masa nak masuk wayang tu, tengok adalah beberapa orang tengah beratur sekali. Lepas tu nak sampai bilik no. 2 (Yes! Our room) semua melencong masuk bilik lain instead of room no. 2. I macam terkejutlah. Then Apek cakap, "Our movie is so yesterday!". Ohh movie lama patutlah tak ada orang. Masuk masuk bilik tu memang adalah kurang dari 15 orang yang tengok 'EPIC'. Kalau tau tadi beli normal seat lepas tu duduk dekat couple seat. Memang bestlah wayangnya pun. Seat empuk gila. Skrin besar gila. Sound system pun terbaik. 5 star!


I bagi 3/5 bintang boleh? Jalan cerita dia best. Animation best. Memang macam dalam fantasi. Macam best pulak jadi orang kecik.

Cerita ni based on children's book. The Leaf Men and the Brave Good Bugs. Ni yang nak cari dan baca ni. Almaklumlah I suka buku-buku yang difilemkan ni tapi I suka tengok filem tu dulu baru baca sebab oh yeah Im lack of imagination sebab tu I suka baca buku fiction instead of non-fiction. Kesian kan? Tapi bila dah tengok movie tu barulah boleh bayangkan watak watak dalam tu. Samalah macma The Life of PI. I tengok movie dulu baru macam gila cari novel dia and yes dah berjaya habiskan baca pun.

Bestlah cerita ni tapi tak faham kenapa tajuk dia EPIC?

Friday, December 7, 2012

Kaki Wayang : THE LIFE OF PI

5/12/12
Kalau nak rasa macam mana payahnya hidup kat laut, macam mana seramnya duduk dalam satu bot dengan harimau mesti tengok. Kalau nak rasa kebesaran tuhan silalah tengok walaupun ianya hanya sebuah filem.

Banyak pengajaran banyak pelajaran yang kita dapat sumbat masuk dalam otak.

Graphic memang power. Tang obor-obor tu perghh rasa macam bestnya romantiknya and of coruselah takut gilaaaaa. Dengan ikan pausnya. I like like like. Harimau ni pun pandai berlakon.

Agak agak novel dia ada jual tak lagi?? Serius rasa nak baca sebab best sangat. Susah nak buat aku jatuh cinta kat sesebuah filem tu sampai teringin nak baca novel dia tapi filem ni yes berjaya memenangi hatiku.


THE NOVEL. AKAN KU CARI KAMU SAMPAI DAPAT.
Ni link cerita dia. I can feel the best of this book.

Thursday, November 29, 2012

TWILIGHT - Breaking Dawn part 2 Review


It was yesterday. On our 1 year 1 month anniversary. Biasalah hari Rabu murah sikit wayang. RM6 je. Sebab dia RM6 sahaja mestilah grab adik adik sekali. Total semua RM24 untuk 4 orang. Kalau pergi hari biasa RM24 ni dapat untuk 2 orang je lah kan. =))

BIJAK BERBELANJA. Macam biasa pawagam pilihan I mestilah Lotus Five Star. Seat kami best sangat. Tak ada halangan langsung. Lepas ni harap harap selalulah dapat bilik number 2. Best!

TWILIGHT?? Part akhir ni memang best sangat. Siapa tak tengok boleh rasa menyesal sekarang. Ehh tak payah menyesal, ada lagi tayang dekat pawagam. Pergi beli tiket sekarang ataupun boleh tunggu dvd dia lagi. I ni sampai rasa nak tengok lagi sekali. Berbaloi sangat! Dah lah anak dieowang comel gila sampai berangan kalau I ada anak mesti keluar comel cenggitu kalau tengok waktu pregnant. Kemain kau!

Overal I bagi 10 bintang. TERBAIK!

UNTUK BALI TRAVEL TIPS I DAH TULIS 30%, NANTI ESOK ESOK I CONTINUE OKAY! STAY TUNE.

Thursday, October 25, 2012

AKU TERIMA NIKAHNYA (review)

Assalamualaikum.

Wah esok dah nak Raya Korban. Bila dah nak Raya Korban kompem our wedding anniversary pun nak dekat. 28/10/12. Aumm! Macam tak percaya dah nak setahun dah. The feelin of love is still strong. Alhamdulillah.

Semalam excited gila dapat tengok AKU TERIMA NIKAHNYA. Darling buat suprise. Tiba tiba inbox kat Facebook ajak tengok wayang dan dah beli tiket. Pukul 10.30 malam. Kalau tau sebegini lewat baik ajak Yna Bliss Desa melepak sekali.

Okay so cerita ni best ke? Tengok gambar-gambar macam sweet sangat so my expectation mestilah nak rasa gula-gula gitu bila tengok cerita ni tapi sayangnya hambar. Banyak lompat lompat. Kalau movie ni dapat award serius I tak tahu kenapa. Kejap scene kat rumah tiba-tiba joging tiba-tiba ofis. Drama kat TV lagi power. Tapi kalau nak sweet sweet I rasa movie SELAMAT PAGI CINTA memang sweet. Rasa gula-gula sangat.

Start je wayang, I dengan Apek terus tak tahan nak gelak. Gelak sebab macam tengok diri sendiri kat wayang. Ececececeh! Betul! Rasanya semua orang yang dah nikah macam tu kot feeling dia ke kami je gila macam tu? Kalau scene sweet sweet je mesti automatik gelak. Rasa segan.

Scene kejar-kejar checked. Scene menari dalam rumah checked tapi tak adalah power menari macam dalam filem tu. Menari bodoh-bodoh adalah. Semua orang mesti macam ni punyalah lepas kahwin. Mesti loving-loving everytime. Dah halallah katakan. Ishh tak bolehlah nak tengok cerita melayu macam ni kat rilem. Kena tengok dekat rumah baru ahh boleh feeling gula-gula.

Pendek kata filem ni tak payahlah bazir tengok kat wayang. Baik tengok kat rumah sahaja. Mungkin filem ni power sebab yang berlakonnya power. Adiputra & Nora Danish. Apa apa pun drama Tentang Dhia memang best. Sweet sangat. Bila nak ada kat wayang eh?

VERSION MOVIE
VERSION REAL LIFE

Selamat menerima nikahnya gadis gadis manis di luar sana dan selamat aku terima nikahnya jejaka kacak di luar sana. Selamat menjadi yang halal antara satu sama lain. ^__^

Monday, July 16, 2012

Free Movie Ticket at AEON STATION 18 baby!


Dah puas gebang dekat Twitter dekat FB dekat ofis ni nak gebang dekat Belog pulak.

Mana nak dapat tiket free? MANA? MANA? 

Ni haaa I dah tempek dekat belog ni. Just tekan klik dan print. Isi dan submit. TARAA! Dapat kupon free. Semua orang kat ofis tanya I ni ada share ke kat TGV. Ehh of course lagi mahu tanya ke. I salah seorang director dekat TGV okay. Malas nak sembang je. Pffttt!

Tuesday, July 3, 2012

Not so leisure to me

The times is running fast chasing me minute after minute.

Here is my exam table.

1 July 2012 - ECO415
6 July 2012 - MGT420 (Subjek paling mencabar bagi I)
10 July 2012 - MGT417

2 papers to go. All the best Aini. Esok tengok BRAVE dengan adik-adik. bestnya!

Wednesday, May 30, 2012

210 days of Husband & Wife

7 months as husband and wife. 6 years and 9 months as boyfriend and girlfriend.
May our relationship grew sweeter and sweetest as time flies just like this Indulgence cake. 


My favorite dishes at Secret Recipe



I really want a relationship where we can act like idiots, talk about most random stuffs, share music & art and never get tired of each other. And I have found mine.


ITS YOU, MUHAMMAD AMIRUL SYAFIQ.
HAPPY ANNIVERSARY SWEETHEART!

Dinner : Secret Recipe
Movie : Dark Shadows

Thursday, April 26, 2012

BATTLESHIP (Popcorn Wednesday)


When is our last time catching a great movie together? Hurmm! Let me think!! Ohh, our last movie is like 4-5 months ago if I'm not mistaken. Lama gila okayy!! Semalam supposedly Apek ada badminton dengan kawan-kawan dia but then sorry my dear I terpaksa curi masa dia sikit sebab I tertinggal barang dekat salah satu kedai kat Ipoh Parade akibat terlalu teruja membeli-belah. Almaklum ah gaji baru masyukkk. =D

Disebabkan nak menebus kesalahan dia tak dapat main badminton I pun pujuk dia dengan ayat, "What about we watch a movie together this night? Untuk menebus kesalahan I yang tertinggal barang dan buat u tak dapat main badminton". Weyh! Sumpah dia sangat down okay sebab tak dapat main badminton semalam tapi lepas tengok Battleship kemain suka dia.

Bertolak dari rumah pukul 9.30 malam sampai sana pukul 9.40 malam, cari parking lagi dah ambil masa berapa minit dah walaupun Aeon Station 18 tu besar dan baru tapi masih ramai lagi orang pergi Jusco okay. Kelam kabut jalan laju-laju nak pergi TGV lepas dapat parking takut kaunter tiket tutup. Lepas dah beli tiket yang berharga RM8/-satu tu, I dengan Apek pergi Jusco untuk beli pasir dan makanan Bobotie which is our lovely darling the only one cat in ze house. Terkedek kedek jalan pergi kereta balik untuk letak barang yang banyak gila lepas tu ubah parking. Lagi 10 minit wayang nak start. Beli popcorn dengan air lagi. Movie date yang rushing betul tapi FUN!!

Lepas je balik movie yang habis pukul 12.40 pagi tu terus pergi rumah ibu dengan ayah. My parents ni so sweet. Even anak dia dah kahwin pun ambil berat kemain lagi. Dieowang pergi pasar malam lepas tu belikan I sayurlah, daginglah, tulanglah untuk masak lepas tu pergi rumah I & Apek, kami tak ada kat rumah. Tu lah nak buat suprise lah tu kengkononnya kan. Nak tengok anak dia ni kemas rumah ke tidak ke kan. Haishh! So sweettt!! Terima kasih ayah dan ibu. I love you infinity. =))


P/S: Ya Allah, baru kira tadi total spending aku semalam tak sampai 4 jam ialah RM248.20. Gila betul! Kena belajar berjimat ni. SANGAT BOROS! CRITICAL CONDITION! Tarik nafas dalam-dalam dan lepas.

Saturday, June 5, 2010

Tuah Manusia Tak Siapa Yang Tahu

Ceh tak ada tuah betul semalam. Dalam banyak-banyak cerita tu ada satu je cerita yang itu Apek jual. Apalah! Yang ada "The Backup Plan" je. Yang lain semua wayang copy lagi. Keciwa tak terkira. Ifa pun keciwa juga.

I beli 6cd yang bersamaan RM30.

Friday, June 4, 2010

Apa barang bai tengok movie kat movie?

Cehh! Gaya cakap macam takkan jejak kaki kat panggung je kan? Padahal dulu tiap-tiap hari Rabu isytiharkan hari dating bersama Apek dan wayang tapi sekarang kena berjimat besar punya sebab ada plan baik punya. BAIK GILAAA PUNYAA WOOO!! Nanti I kasi cerita sama lu orang tapi ini masa bukan masanya lagi. Apehal ayat berterabur siot?


Ok! This is the best part.


ESOK I AKAN TENGOK MOVIE DENGAN APEK KAT RUMAH I! Memandangkan TV kat rumah I tu 80inci kan, apa salahnya gunakan kelebihan yang ada. Feel sama je macam dalam wayang babe. Free pun free cuma perlu keluarkan Rm5 je untuk satu cerita. Boleh makan nasi goreng lagi sambil tengok movie. Kalau rasa nak kencing ke nak mengeluarkan najis dari dubur ke apa susah boleh tekan butang Pause. Cuba kalau kita tengok kat wayang mana boleh weyh nak pergi tandas nanti duit rugi juga sebab tertinggal scene paling best. Tambah-tambah part bercium. Amboih! Kowang suka kan? I memang tak lah, I innocent, I tutup mata wooo kalau part ni datang. Malu! Malu!

OK! So malam ni kena buat appointment dengan itu cina dekat itu Ipoh Jaya juga sebab mau beli DVD baik original punya I repeat original punya ehh tapi harga Rm5 je. Murah hati gila apek-apek tu original jual Rm5 je. Dahlah ramah mesra, memang I sukalah service dieowang. A++++++. Kalau siapa orang Ipoh nak tahu kat mana tempat panas berapi ni kan sila tinggalkan emel anda sebab ini barang baik punya. Ecehh! Gaya cam jual dadah je kan?

LIST DVD DALAM KEPALA OTAK I


Woohaaa the hot J.Lo. Auwww! Mesti super sweet ini cerita. Nanti bila I bawa adik I si Ifa comel tu mesti dia akan cakap, "Eeee akak takde ehh nak romantik-romantik. Akak asyik nak romantik je".

Lepas tu bila I buat muka kesian sambil buat muncung sambil kelip-kelip mata sikit terus dia cakap, "Ok! Tapi satu je tau!".

Auwww! Comel je! Sebab I memang suka cerita cerita romantik, jadi mangsa kena pau siapa lagi kalau bukan adik I tu kan. Budak kecik apanya nak romantik weyh! Dia layan cerita animasi je kerjanya. Poyo!



Wahh cerita ni Apek dengan Ifa nak sangat tengok! Addict sangat dengan Avatarnya. Unsur airlah apilah apalah. Lantaklah, I zass je.



Alahai mesti best gila cerita ni. Mesti gelak pecah perutlah tengok cerita ni. Wohh tiba-tiba tak sabar nak tunggu esok.



Wahh ini cerita action. Mesti lagi best! Dahlah heroin kacak dan gagah. Heroin pulak gila cun. Tapi heroin dia I suka dalam cerita ni je, bila kat luar biasa je muka dia. Body pun macam lari sikit je. Kiranya macam I lah heroin ni, dalam gambar macam cun je, macam ehh bukan memang ehh padahal kat laur muka tongkang. Yeah! I lagi suka tengok perempuan cantik daripada laki hensem. Apakah?



Cerita ni ayah I nak sangat tengok. Dia cakap ini cerita aaa mesti best woo sebab dia cakap ini cerita dulu-dulu waktu dia remaja juga pernah keluar. Wah mesti I terkepit ketakutan. Ye lah korang semua dah tengok kan cerita ni, I je ketinggalan. Yelah! Yelah!



PALING PALING PALING I NAK TENGOK! Dulu I ingat lagi waktu kecik-kecik dulu I dengan adik-adik I dok ulangtayang tengok cerita koboi ni je. Dulu mana ada cd, mana ada vcd. Guna tape je. Lepas tu bila muncul cd, cerita pertama I layan ulang tayang banyak kali apa lagi kalau bukan teletubbies. Dulu I rasa telletubies tu comel sangat sampai I namakan watak-watak tu dengan nama adik-beradik I memandangkan kami pun empat beradik. Lepas tu mintak ibu belikan anak patung teletubbies sorang satu. OHH COMEL GILA WAKTU ZAMAN KECIK. RINDU!!


Ok senarai cerita pun da list out, sekarang jom kira berapa penjimatan yang I boleh buat kalau tengok DVD kat rumah dari tengok kat wayang.


WAYANG
Hero & Heroin: Apek & Aini
Cerita: 6xRM9=RM54(ni baru sowang kat bawah tu I kira untuk 2 orang)
Jumlah duit keluar=RM108 tak termasuk minyak, makan dan parking

RUMAH
Hero & Heroin: Apek & Aini
Watak tambahan: Ifa
Cerita:6xRM5=RM30
Jumlah duit keluar=RM30 makan free, transport takde. Letrik je kena bayar.Itupun ayah yang bayar. =))

Jumlah keuntungan kalau tengok dekat rumah=RM78


Weyh RM78 boleh beli macam-macam kot bai. Tambah Rm2 boleh pergi register nak ambil lesen kereta tapi dengar ceramah je lah erkk. Siap boleh panggil pelakon tambahan berapa ramai pun takpe. Uishh memang berbaloi baloi tapi make sure Tv kalau boleh sekecik alam lepas tu pakai headphone ok! Memang berkedip-kedip mata tengok lepas tu sumpah seranah lahabai baik aku pi tengok wayang. Sapa nak join I, Apek dengan Ifa boleh tapi sediakan RM20. Makan minum disediakan.

Thursday, March 18, 2010

Kalau dah perasan ada dekat Paris inilah akibatnya.

Comel tak? Comel tak? Apa yang comelnya? Alah belog I lah comel tak?

Comel tak comel I tetap nak cakap COMEL SANGAT sebab teddy teddy bear tu auwww so comel. Yelah I dulu waktu kecil-kecil kuat main anak patung barbie je teddy teddy bear semua I campak tepi sekarang dah besar dah tak angau dengan barbie dah so angau dekat teddy bear je.

Haaa bercerita pasal semalam, alah yang I poyo je nak tengok wayang From Paris With Love tu tapi nak juga shout dekat belog tu so so lah cerita tu. Ehh bukan so so yang suam tu tapi so so yang "weyh gila howt ko weyh belakon macam tu. Hebat betul aku tengok ko main pistol tembak tembak bukan keluar air tapi keluar peluru."


Serius best! Dahlah macam romantik je tempat tu. I seriously boleh bayangkan betapa romantiknya PAris tu walaupun itu cerita aksi.

I baget I duduk kat negara omputih tu yang ala-ala eskimo sikit tu. Ahahaah! Tapi time snap picture je lah I letak topi tu atas kepala kalau jenjalan makkk aiihh tak adanya gila I nak pakai macam tu mau semua orang pandang I ni salah negeri. Kenapa muka Apek macam geli je kat sini?? Ahahahha!

Haaa nak tahu I pakai apa semalam?

Haaa dah nampak dah kaki gemuk I tu. Tapi tu baru sebahagian je yang kowang nampak lemak. WAIT! Ada lagi lemak I yang tersembunyi I nak bongkarkan kat korang.


Haaa comel ke buruk? Jujur! Jujur! Jujur dengan I cepat! Dahlah tak ada sorang pun muncul semalam untuk belanja kiterowang. Alah maafkanlah I sebab pakai macam ni, ye lahh cakap nak tengok cerita aksi tu yang pakai butt je tu lepas tu kan ke PAris tu kadang-kadang sejuk (ehh ye ke?) tu yang pakai sweater tu. Stella Stud tetap menjadi pilihan I lah kan macam tak ada beg lain je gayanya. Tapi kenapa I berdiri tegak macam nak nyanyi lagu Negaraku??

Weyh! Weyh! Haaa yang ni I tau ini memang part paling korang suka tengok. Keburukan I. Nak tengok? Nak tengok?

**

**

**

**

**

**


**


Belum lagilah! Skrol Lagi!


**

**

**

**


Anda pasti tak menyesal! Gaya macam iklankan.


**

**

**

Ehh ini dah sedia buruk dah. Saja iklan jap, ini spec I baru beli hari tu kat lokin. Lokin tu biarlah orang Ipoh je tahu malas nak huraikan.
I gila jadi I beli 2 shades. Ni shades kedua. Nampak tak tangan I tu tunjuk dua instead of peace yo bebeh. OK sambung balik part suspen!
**

**

**

**

**

OK AINEE! PLEASE STOP IT!~ITS GETTING ANNOYING! *&^%^%$#$%&


AND HERE IT IS THE UGLY THING ABOUT AINEE

Haa nampak tak apa yang ugly kat gambar ni? Alah lambatlah korang ni, tu haa kat perut tu. Ahahahah! Dah buncit macam mengandung je gayanya. Ehh kalau pregnant perut macam ni comellah kan? PROUDLY WANT TO ANNOUNCE THAT AINEE IS A BUNCIT GIRL! OK! Tak proud pun sebenarnya, kena jalani aktiviti pengurusan(bukan urus ladang ok tapi urus perut sendiri).



OK! BYEEE!!

Wednesday, March 17, 2010

Paris is one of my dream place atau place for me to dream. Mana-manalah!

Paris Hiltonkah? Ohh tidak! Tidak! I just nak kecoh ni, tepat pukul 11.20 ni I ada kat TGV Ipoh ni nak tengok cerita frOM PAris With LOve. Annoying tak tengok tulisan kecil besar kecil besar I tu? Between Kalau nak belanja I bolehlah kita jumpa di sana ya malam ni. Ohh sediakan duit untuk belanja Apek sekali tau sebab dia jadi my date today.

Orang cakap Paris tempat romantik romantik betul ka? Sumpah teringin nak pergi. Agaknya harga tiket kapai terbang dia tu serupa dengan penerbangan dari KL ke Langkawi tak?

Friday, November 20, 2009

sifat nyanyuk ada kebaikannya

Cis!kadang kadang rajin kadang kadang malas. Bila malas nak gembar-gempurkan bila rajin lagilah nak gemburkan. Hari tu sangat rajin sebab update blog tak lebih dari seminggu siap kasi tips lagi ni kemalasan tahap dewa datang balik. Esok genap seminggu tak update. Hush!Hush! Aini kena rajin menaip agar karangan dia boleh dapat A+ dan kawan-kawan penat nak baca.

Kawan, rakan dan teman I semua cakap I suka tulis karangan. Tak kiralah dekat MS ataupun FB. Tapi bila dekat blog ni malas pula nak berleter panjang-panjang kan?kan? I suka talk random. I suka cakap banyak-banyak supaya kawan tak bosan bila keluar dengan I dan boleh kasi penampar supaya I diam. Ok!Tapi tak akan diam, akan menangis so baiklah mereka dengar I cakap cakap cakap banyak banyak banyak bayar kurang dari I menangis.*smile=))

Jadi baru-baru ni da buat date dengan Ain. Rumah I dan Ain dekat tapi disebabkan I ni muka sosial but then sebenarnya pemenang award HOME TYPE PERSON jadi bila Ain ajak date I sangat malas nak keluar padahal Ain ambil I dan I tak perlu penat memandu. Untung tau sapa jadi suami I sebab I akan duduk rumah, kemas rumah, masak, kemas rumah, berkebun, then kemas rumah lg, cuci tandas sampai apek cakap pekerjaan paling ideal buat I ialah menjadi seorang bibik. Ada tak bibik gaji rm3000 then tak kena dera? Kalau ada I nak please!


tengok!kesian tandas asyik jadi prot. Eh bukan prot tapi PORT kami snap picture. Malu ok sebenar benarnya tapi sebab lighting dia buat muka kami nampak licin selembut sutera macam dalam iklan LUX tu jadi nak juga snap kat makeup room tu.Ngee!


Percubaan tangkap gambar pandang tempat lain. Akibatnya terlebih senyum dan ada kedutan bawah muta. OHH todak saya da tua.


Nampak benda alah belakang kepala seat tu, cuba korang teka apa dia tulis.
PLEASE DONT HAVE SEX IN MY CAR??
ohh bukan!salah! teka lagi.


haaa tu i da zoom sikit tapi tak nampak dia tulis apa. Ada satu kebanggan I nak poyo sikit dekat sini, rambut Ain tu I yang ikat tau! So beside ada ciri ciri isteri yang baik, ciri-ciri Ibu yang baik pun ada kat I..Nanti kalau I ada anak perempuan nak ikat tocang dua macam chun li then kalau anak lelaki I nak buat rmbt pacak pacak macam beckham.OHH!Teringin!


I bukan sahaja Ibu dan isteri yang baik malah kakak yang baik ok? Hari Rabu I angkut adik I pergi movie midnite untuk tengok 2012. Baik kan sebab suruh adik ponteng kelas mengaji then balik pukul 1pagi supaya esok ada alasan ponteng sekolah. Alasan belanja sebab dia dapat No.2 dalam kelas padahal belanja sebab wayang murah hari tu kalau tengok hari biasa tiket kena charge sampai rm11. Bijak tak?


Kecik kecik je nerd nanti da besar jadi macam I. Ifa!Apa kau ingat hebat sangat ke pose macam tu?Tengok budak budak sekarang akibat addict dengan application dekat FB mata pun jadi rabun. RABUN YANG SANGAT TERUK OK!


ohsopopup: Lately I bersyukur sangat menjadi seorang yang sangat rendah memorinya sebab bila orang buat jahat dengan I contohnya dia tak ajak pergi kenduri kawin nenek dia yang kesepoloh then esok I pon da lupa hal tu and boleh gelak ketawa riang ria raya bersama dengan dia. OK!Contoh tak relevan langsung. Ahahahah! So lepas ni siapa nak buat jahat dengan I silakan tapi make sure memori tu boleh terdelete macam dalam citer Dollhouse every monday pukul 9.30 on 8TV.

Thursday, August 13, 2009

Musim Sakit Ke SEKARANG?

masuk ni dah 4hari saya keseorangan bila tiba waktu lunch sebab apek tak sihat. T_T

1) demam
2) selsema
3) batuk
4) asthma


MyEm0.Com
saya baca dalam paper sekarang ni si penyakit H1N1 tu dah membunuh 41 orang
woiii!! 41 orang tu dalam masa beberapa hari je.T_T
ganas btol penyakit ni kan??

wahai khinzir-khinzir pergilah bunuh diri korang sendiri dari bunuh orang.


tapi apek memang baik hati sebab sanggup keluar sakit-sakit untuk teman saya pergi tengok wayang cerita setem.


IKLAN
citer setem memang beshh!!kelakar sangat. tak rugi duit mak bapak korang kasi. tak adalah macam cerita senario episod 1. LAWAK BODOH! dalam setem lawak dia pandai.

OK!IKLAN TAMAT!!




masa pusing-pusing dekat JJ,
apek cakap "sayang, kalau i pengsan tiba-tiba, u angkat yer!".

anda pon tau kan saya ni kejam so saya cakap, "alah kalau u nak pengsan janganlah pengsan depan i. pengsan larr dalam tandas ke apa then i balik rumah terus tidur mengharapkan ada orang lain tolong u. hehe!!"


shhhh!!!korang jangan nak mula mengumpat cakap saya jahat segala.babab kang!


tapi lebih kasihan bila saya tak ada kat sisi nak bawa dia pergi klinik sebab ada kerja jadi dia kena drive sorang-sorang dalam keadaan sakit pergi klinik kesihatan sebelah HILLCITY HOTEL tu sebab hari Isnin lepas dia dah pergi klinik swasta tapi takde perubahan pon. risau jugak dia kena virus BAB tu.


SUHU: 38.7
LAIN-LAIN: doktor sumbat pam pernafasan untuk memberi lebih oksigen
PESANAN doktor: jangan pergi tempat ramai orang. BAHAYA!


padahal saya dah beli tiket pergi KL 30/8 ni..bhahhaah!!
takpe kan b, lagi beshh dapat cuti seminggu.


ok!kenapa sekarang ni saya pula yang sakit tekak dan pening?

Thursday, July 16, 2009

obsesi dan OBSESSED

Okey, sememangnya kita tau semua orang mesti ada rasa nak rak kasut.....



YANG BESAR DAN GAH SEPERTI DI ATAS
(abaikan gambar yang blur..sila bayangkan megapixel dia tinggi!)


ATAUPON




KASUT TERSUSUN KEMAS DI DALAM KOTAK KOTAK seperti INI..
tak adalah bila bakal mak mertua datang mengejut, otot urat semua jadi kejang sebab gabra mak mertua nak pinjam sepasang sebab ingat kita dah taknak..

YE LARR DAH BERSEPAH SANGAT APA SALAHNYA BAGI KAT MAK NI SATU..




TAPI kalau da malas sangat campak je kasut kasut tu dalam kotak sebegini




tapi kalau lelaki surely dieowang tak seobses wanita yang nak ada berpasang pasang kasut bak ada satu iklan cakap dulu

ONE PAIR IS NEVER ENOUGH!!(IKLAN APE ERK??)




kalau bolehlah kan..KALAU BOLEH LARR!!nak ada setiap jenis kasut dari pumps, wedges, mary-jane, oxfords segala macam larr dan lagi beshh kalau semua colour yang kita ada dari hitam, pink, biru..pendek kata semua warna larr supaya kalau pakai baju biru, tali pinggang kuning jadi boleh pakai heels warna kuning..

APA??TAK BOLEH BAYANGKAN??


haaa tengok gambar ni..tali pinggang hitam, kasut hitam, earing pon hitam..
sangat sophisticated (EE BETOL KE EJAAN NI?)..
then tengok yang sebelah tu!kasut kuning, tali pinggang kuning..comel je!!




jangan jadi macam saya semalam pakai baju, sweater, seluar semua colour hijau..dekat ofis saya bila saya lalu je dieowang cakap

"EEE POKOK BERGERAK DATANG!!"
..

saya pon anggap je larr saya ni memang POKOK CHRISTMAS memandangkan christmas pon tak lama lagi jadi saya jalan terhuyang hayang bak pokok kelapa ditiup angin sepoi sepoi bahasa..





IKTIBAR UNTUK AINEE: hidup ni kena pandai MIX AND MATCH!!kena belajar dari BETTY




tapi yang pasti saya lagi OBSESSED tengok cerita yang tengah ditayangkan dekat pawagam ni..semalam baru pergi tengok dengan mr.B..sumpah sangat beshh sebab bayangkan bila ada orang psycho yang minat kita sampai stalk kita everyday..

gila ahh!!memang thriller abeshh and manyak suspensder woooo..WAJIB TENGOK!!!

agak lucah di permulaan cerita..sebab apa lucah?saya sendiri tutup mata bila berlaku adegan lancau tu..ya saya tau ini membuatkan korang semua lagi excited nak tengok kan?jangan terlampau excited sebab saya saja besarkan cerita!!=]]


TAPI SERIUS MATA SAYA DITUTUP OLH MR.B!!tengok dia baikkan tak nak saya tengok benda bukan-bukan..jadi para wanita di luar sana kalau nak cari husband carilah macam MR.B saya walaupon busuk tak mandi dari lahir..



MyEm0.Comohsopopup : suka tengok iklan HEINEKEN yang baru..perempuan jerit sebab excited rak penuh dengan kasut baju cun cun tapi LELAKI JERIT SEBAB ARAK BANYAK!!kelakar je..tapi kalau lelaki ISLAM jerit sebab apa pulak erkk?

Friday, April 10, 2009

satu hari nanti aku pasti bisa bikin kamu BAHAGIA!!


mempersembahkan vino dan fahrani

arghh!!!citer ni ending sedih..saya tak ske!!tapi saya ske filem ni..(ape ni ainee!!skejap ske skejap tak!!cam dowhh ko tau!)sangat chicky, nakal and so sweet too!!baru smpt tgk sampai habeshh..tu pon curi2 tgk kat youtube waktu kerja..ahahhaha!!nakal sggh ya ini ainee!!BABAB PONGGONG KUAT2!!kowang tgk r tau kat youtube..die ade smpai 12 scene..menitik r air mata wa cakap lu!!ahahahhaha...saya tak leh nangis sbb harus r cover..opis kot!!hehe..

okies mari ke sinopsis yg ainee rangka sendiri..citer ni cam nak citer jangan amik mudah r pasal kawin..jgn pikir kawin tu juz kawin je..kawin ni bukan just tuk HALAL tapi si mr.hubby harus kasi makan sama ms.wiffy..then kalau ade anak harus kasi anak makan..enggak bisa kasi die kebuluran gitu deyhh(dahh ni apehal cakap indon ni!)..THEN, surely ade konflik gado semue kan kalau duit tak cukup..radit ngan jani ni mmg happening sgt..KAKI ENJOI r katakan..tapi 2 r nak wat camne kan radit nak tgk jani bahagia..arghh sedey!kowang tgk sendiri r!!*ainee masih dalam keadaan EMO sbb tgh dgr lagu tema filem ni..sayu!

tapi deme due ni saling melengkapi..owhh ya!!radit i2 si pria yaa manakala si jani i2 ceweknya..


saya ske spek radit dan jani..smart babe!!mcm sgt style bile dieowg pakai..

tau tak lagu tentang kita by peterpan tu lagu tema filem ni??beshh kan lagu tu??i loike!!saya terbayang kalau saya terpaksa berpisah ngan my mucukie or die tgglkan saya for a good reason, surely saya nangis r biler dgr lagu ni(ahahhaah!!yeah saya agak EMO kala ini..kehkehkeh!so muhammad amirul syafiq sila jangan tgglkan nuraini sbb die sayang anda bangat!!)giler babe!!4thn!!banyak sgt kenangan ngan die..all the sweet thing!!gado pon tak pernah lebey dari sejam..hehe!!yeah die yg slalu jadi air..kalau die jadi api pon die ttp akan jadi air...he's the BEST MAN EVER in my life..I LOVE U MUCUKIE!!sila abaikan ainee sbb die tgh merepek..


*pic dieorg dalam citer ni yg deme tampal kat dinding rumah usang dieorg!so sweet kan!

salah satu part dialog yang bisa bikin touching!!
radit: jani kamu bahagia hidup sama aku?
jani: aku bahagia!!
radit: kamu harus percaya jani!! satu hari nanti aku pasti bisa bikin kamu bahagia
jani: aku percaya

ape lagi kowang gi r tgk!!saya nak download filem ni nak kasi my apek..hehe!!

MyEm0.Comohsopopout: currently listening tentang kita by peterpan sebanyak 500x..ahahahahha!!

Thursday, April 9, 2009

cer korang bayangkan jantung korang dirobek?sakitKAN!


cian my mucukie..smalam hajat di hati nak tgk citer FAST AND FURIOUS 4 ni tapi tu r FULL babe..2tayangan FULL..sila bace skali lagi FULL!!FULL maksudnye penuh n takde tmpt lagi tuk kami berdua melainkan sggp duduk di bawah lantai maupon di tepian tangge..(zra!sila cakap anda belum tgk lagi k!!kalau tak, i mmg i jeles tahap gaban!)

then tanpa buang masa, pikir punyer pikir nak tgk citer jackie chan..lorhh FULL gaks..mementang hari rabu kan wayang murah..RM6 jer..ahahhahah!!abeshh semue filem kowang bolot erkk..takpe!takpe!then trnmpk r citer MY BLOODY VALENTINE ni..tanpa tau pasal ape kiterowg beli je r tiket kan..tapi sumpah tak nyesal sbb serius beshh tahap gaban!!wei saya promoter filem r gi r tgk..saya dapat bayaran kalau kutipan mencecah 500trillion(owhh ainee!!takde harapan k!sila lupakan!!)



ape yg beshh sangat citer ni smpai i kasi 5bintang??

1.hero die hero kesayangan n kegemaranku dalam citer SUPERNATURAL..die kacak kan?
2. jalan criter die yg mmg thriller cam nak mati..
3. curious nak tau sape pembunuh di sebalik topeng tu(kowang gi tgk sendiri kalau nk tau sape..sumpah tak nyesal)..serius wei giler cam tak sangke je si pembunuh tu sape..wei sumpah beshh wei..rasa nak tgk lagi skali!!
4. i asyik tutup mulut ala2 suprise g2 kan sbb mmg kejam giler cara pembunuhan die(asal tak ttp mata?hei poracik..terkejut r bukan takut..ni bukan citer hantu)
5. sbb tiket wayang hargenyer RM6 je..ahahahah!!(xder r ni alasan BODOH!!jangan caye)

MyEm0.Com
dah skrang sila ke panggung berdekatan tuk tgk movie ni..igt!!pergi hari rabu je sbb wayang murah k dat day..hehehhehe!!
ekonomi tgh jatuh, harus r pandai jimat duit..
tu pasal i ngan my mucukie tgk wayang 2x je sebulan..ahahahhaha!!

#REVIEW Baju nikah