Showing posts with label cerita raya. Show all posts
Showing posts with label cerita raya. Show all posts

Saturday, June 18, 2016

BAJU GHAYE 2016

Semalam shopping dah sikit.
Baju harian je.
Suami belanja. Kita pilih ja.
Mula-mula nampak RM39 satu.
Ambil 2 helai.
Lepas tu nampak lagi cantik grab lagi 2 helai.
Lepas suami dah bayar kat kaunter tengok ada lagi murah.
2 helai RM39.
Aduh! Kalau nampak awal-awal tadi dah boleh jimat.
Dari 4 helai dapat 8 helai.
Alang-alang cukupkan 12 helai boleh buat pakai sebulan pakai 1 baju baru sampai jumpa raya tahun 2017 shopping lagi.

Next.
Baju basahan lagi 8 helai.
Ni guna duit sendirilah. ☺
Lepas tu kasut.
Seluar palazo nak 12 helai gak.
Nak semua warna basic kita ada.
Ahahaha!
Gila tamak.
Lepas tu tudung tak payah kot.
Beli warna apa je yang tak ada.

Baju kurung beli 2 helai cukup kot sebab jarang pakai.
Dah book warna pink magenta satu.
Lagi satu ingat nak warna pastel pastel sweet gitu tak pun champagne.
Nak yang boleh pakai harian gak.
Tak mo over over. 😻😻

Beli banyak terus so shopping memang time raya je.
Azam lah konon tak nak shopping time bukan bulan raya.
Sat lagi hamik bulan depan shopping lagi.
Lumrah ler perempuan.
Hehe.✌✌✌✌

Korang dah start shopping ke?
Kemain tengok baju baju kurung kat Lazada. Semua stok RM350 atas.

Friday, June 17, 2016

Mood Raya

Puasa pun baru berapa hari dah on mood raya.
Ingat nak buat niat bila puasa je beli barang baru.
Baju semua pun kena tunggu nak raya baru boleh tambah koleksi.
Boleh gitu?

Raya ni kita dah buat list nak buat apa kat rumah.
Tak sabar nak gaji. ☺

So gaji nanti nak buat apa ya?

PORCH
1. Beli pokok pokok bunga.
2. Nak beli carpet welcome.

RUANG TAMU
1. Dah bohsan dengan wallpaper pink tu. Rasa macam nak tukar tapi tengok budget dulu.
2. Ni memang penting. Nak tukar lapik sofa. Buhsan dah warna merah tu. Nak tukar sofa terus tak mampu. Tukar lapik je dah. Tapi tak tahu kat mana.
3. Nak tampal wallpaper dekat bahagian TV.

DAPUR
1. Cat pintu kabinet dapur warna putih.
2. Balut peti ais dengan wallpaper stripe putih hitam.

RUANG MAKAN
1. Nak beli table runner dengan kerusi makan 2 biji.
2. Nak letak kipas.

BILIK TIDUR QOSHI
1. Langsir

BILIK TIDUR SENDIRI
1. Tak ada apa nak ditambah

BILIK KERJA
1. Tak ada apa apa nak ditambah

Monday, August 12, 2013

Raya Raya

Alhamdulillah.

Raya pertama = Rumah Opah
Raya kedua = Rumah Mama & Jalan Rumah Nazrin Mohsin & Alia Sidek
Raya ketiga = Jalan rumah Zaza Fidzrus & Ain Salleh
Raya keempat = Open House Rumah Ibu Ayah

4 hari berderet-deret beraya sakan. Best sangat tahun ni tak tahulah kenapa. Rasa berkualiti je semua hari. Dah lah tak sempat nak ambil baju kurung dekat tailor 3 pasang sebab dia pergi KL 2 minggu. Bukan salah dia, dia ada call hari tu tapi aku ni kan busy mana nak sempat pergi ambil. Padahal bz tu tengah makan kat Papa John dengan my baby sister, Ifa Joe dan Mr.Boyfriend.


Monday, August 5, 2013

SEMESTER 3 (DEGREE IN HR)

Alhamdulillah. Masih 3 pointer walaupun tak dekan. Dan walaupun lagi 0.06 je nak dekan. Tak sabar nak tengok subjek apa dia tawarkan sem depan yakni dah nak masuk semester ke-4 dah. Tak lama lagi dah nak masuk third year bebeh. Kali ni nak ambil 4 subjek pulak untuk semester kali ni.

Sebenarnya ada 3 benda yang tak sabar.

1. Balik rumah opah raya pertama bersama suami. Wohooo! Tak sabar nak jumpa Ayesha Insyirah. Geram aih dengan budak tu. Budak baik sangatnya pun.

2. Trip to Jakarta-Bandung hujung bulan ni.

3. Dan last sekali tukar career baru. Yeah! My dream career. Akhirnya! Akhirnya! Akhirnya!

Terima kasih Allah untuk semua ni. Walaupun tak dapat bonus kat company lama sebab gatai pi hantar surat berhenti awal sehari maka bye bye bonus oh dan hello gaji baru yang buat aku batak semua benda rasa macam nak beli. Dan tak sabar nak bagi ibu ayah duit poket nanti. Insyallah. Izinkan aku ya Allah untuk berbakti kepada ibu ayahku. ITS TIME!!

Wednesday, August 22, 2012

Rutin raya

(Ini entri untuk mengingatkan betapa indahnya raya bila adanya opah lagi di dunia ini untuk tatapan diri sendiri. Panjang. Tak perlu baca pun nanti penat ^__^)


RAYA PERTAMA
-Berangan jadi Raja dan Permaisuri kejap tu yang pilih warna kuning di 1 Syawal tu-

Sebelum ni rutin HARI RAYA saya adalah balik ke rumah opah di Pusing. Memang itulah rutin setiap tahun. Tahun lepas pernahlah terlepas sekali sebab nak merasa beraya di rumah opah kedai bila dah besar sebab selama ni asyik raya rumah opah Pusing je. Pernahlah raya rumah opah Kedai time kecil kecil. It turns out boring. Rumah opah pusing jugak THE BEST AMONG THE BEST!

Opah Pusing = Opah belah Ibu. Rumah di Pusing.
Opah Kedai = Opah belah Ayah. Rumah di Rapat Setia. Kenapa panggil opah kedai sebab dia dulu buka restoran dan hidup dia 24/7 kat kedai je di situlah munculnya nama opah kedai.

Persepsi saya untuk raya adalah BERJALAN JALAN JALAN DAN BERJALAN KE RUMAH SANAK SAUDARA tak kiralah dekat ke jauh ke janji berjalan. Itulah sebabnya raya pertama saya terhegeh hegeh jugak nak ikut kakak ipar pergi beraya rumah mak mertua dia walaupun kesihatan sungguh tidak mengizinkan sebab sungguh indah tidak bermakna jika hari raya hanya duduk di rumah sahaja.

Ini cerita raya saya dari kecil hinggalah ke besar. Opah pusing ada 5 orang anak. Paklong, Pakngah, Maklang, Ibu (Makuda) dan Maksu. Maksudnya 2 lelaki 3 perempuan.

Paklong ada 3 anak. Cua, Cadik & Cabang.
Pakngah ada 4 anak, 1 menantu dan 1 cucu. Kak Lia, Lin, Bila, Hazim. Abang Zaki. Ayesha.
Maklang ada 3 anak, 1 menantu dan 1 cucu. Abang Apeh, Nana, Haikal. Fara. Yana.
Ibu (Makuda) ada 4 anak, 1 menantu. Saya (Aini), Eddie, Iqa, Ifa. Apek.
Maksu ada 4 anak. Uni, Cuki, Fatihah, Ijoi.

Semua manusia manusia ni tak pernah lupa untuk menjenguk opah tak kiralah lambat ataupun cepat. Wajib bila hari raya semua mesti balik jejak tanah kat Pusing. Kalau tak balik beraya boleh cop DERHAKA sekarang. =D

Aktiviti malam raya dekat rumah opah Pusing mestilah dengar takbir raya sebab rumah depan surau ohh indahnya, bermain bunga api sampai batuk batuk, sembang kencang gempak gempak kuat kuat macam orang tak ada telinga sampai tengah malam, makcik pakcik sibuk suruh budak muda angkat kerusi letak luar rumah, makcik makcik sibuk di dapur masak macam-macam untuk isi perut budak-budak muda yang macam ada bela hantu dalam perut sebab setiap sejam mesti pergi dapur cari makanan. Lepas tu adalah aktiviti perebutan bilik. Aishh memang meriah. MERIAH SANGAT! Baik malam raya mahupun pagi raya.

Pagi raya lagi meriah sebabnya bilik mandi dengan tandas dahlah ada satu je. Habislah kalau semua orang berkumpul rumah opah mau roboh pintu bilik mandi opah tu. Itupun nasib baiklah tahun lepas dah tukar pergi pintu sliding kalau tidak selama ni pintu bilik air opah pintu zink. Siapa ada lubang lubang lagi maka bila nak mandi mesti risau orang nampak kita bogel bulat. Haa cuba bayangkan kesemua 31 orang nak pakai bilik mandi. Biasanya bagi chance kat orang orang laki sebab diowang nak pergi sembahyang raya. Bukannya timing tak betul tapi sebab gedik bila dah bangun awal gedik nak berehat rehat nak mengulit ngulit dengan selimut.

Lepas je para lelaki alim ulama balik dari sembahyang raya, muka pun dah ada sinar nur kebahagiaan kini tibalah masanya makcik pakcik yakni orang tualah duduk untuk bagi anak anak muda ni bersalaman ada makna. Makna apa lagi kalau bukan makna nak dapat duit raya kan. Riuh rendah waktu ni. Lepas dah salam salam opah mesti bising suruh kutip bunga kat luar sebab nak tabur atas kubur nanti. Aktiviti yang paling dinanti walaupun penatnya memang aishh tak boleh nak cakap sebab bukan penat berdiri ke apa penat sebab panas. Kan best kalau semua rumah sanak saudara pasang aircond lepas tu meja panjang macam dalam istana tu tak payah makan dekat bawah. Payah nak bersimpuh simpuh ni. Amboih! Banyaklah cantik ya Aini ni. Dulu waktu kecil kecil saya dengan Kak Lia konon paling excited nak pergi rumah opah lombong iaitu opah saudara kami sebab best dapat duduk tepi lombong tu.

Okay tutup cerita pasal raya di rumah opah. Hargailah opah anda sementara dia masih hidup. Kami semua tak tahu macam mana suasana hari raya tanpa opah bila dia dah tak ada nanti. Mesti tak seronok macam sekarang. Ayam 9 ekor pun boleh habis dalam masa 24 jam. Kuah laksa pun boleh kering dalam masa 24 jam. Kuah kacang pun boleh habis dalam masa 24 jam. Tak payah tunggu tetamu datang, kami semua dah jadi tetamu. Tiada batas-batas dalam makanan. Tiada catuan. SYIOKK!!

Tahun ni sebagai raya pertama saya menjadi isteri orang, saya balik rumah mak mertua saya di Taman Seri Berjaya. Yang ada hanya adik beradik Apek sahaja sebab Apek tak ada kampung. Atuk nenek semua dah pergi menghadap Ilahi. Suasana memang sedikit berbeza sebab daripada 31 orang jadi 8 orang sahaja. Tapi best sebab tahun ni raya ada suami, ada kakak ipar ada mak mertua ada abang ipar. Tahun ni raya pertama saya tak berapa nak sihat tapi keluarga mertua baik sangat. Tak payah nak tolong apa-apa minta saya rehat je. Pagi raya tak ada aktiviti salam menyalam sampai saya pun lupa nak salam si Apek ni haa. Kihkihkihkih. Sebab mama tak suka nangis nangis di pagi raya. Mungkin terkenangkan arwah abah. Kesian mama. Tak apa, saya faham. Dengar cerita daripada Apek dengan Kak Ida, mama dengan abah memang very the loving couple cuma Allah lebih sayangkan abah maka abah terpaksa pergi dulu. Tapi part paling best tahun ni ada anak sedara paling comel, Tisha. Eeee comel betul budak tu. Mengada-ngada. Pandai posing pulak tu. Tahun depan Tisha dah besar. Dah boleh jalan mesti lagi best.


RAYA KEDUA
-Apek dah rimas nak pakai satu set baju melayu. Aishh tak rayalah kalau tak pakai satu set. Raya kedua ni pakai kaftan. Apek pulak beli baju melayu last minute. Malam raya tu saya paksai dia cari baju melayu hijau. Dahlah pandai tawar menawar. Aish comellah lelaki kalau pandai tawar tawar ni. I like-



OKAY! TAHUN DEPAN RAYA PERTAMA RUMAH OPAH! YAHOOOOO!!

Wednesday, August 1, 2012

12 Ramadhan

Semacam tak percaya dah 12 hari kita semua berpuasa. 17 hari lagi Syawal bakal menjelma. Wooho!! Tak sabar rasanya nak raya pertama kali dengan my boyfriend ni.


 
Cubaan pertama Mr. A membuat oreo cheese cake. Alhamdulillah menjadi. Resepi I amik daripada belog Namee Roslan. Semalam baca terus salin terus pergi Billion beli barang. Apek punyalah terkejut mahal gila cheesenya sampai RM11.90. Banyak kali dia cakap, "Kalau tak jadi kek ni siap you! Mahal woo cheese dia sampai RM12. First time I beli cheese ni." sambil dia hancur-hancurkan orea sambil dia gaulkan susu, telur dengan cheese. Tergelak-gelak I. Comel gila tengok dia duduk dekat bar sambil membuat kek. I sebagai ketua chef masak benda lain. I masak ayam masak merah dengan nasi goreng kampung untuk berbuka. I cuma bagi arahan je dekat dia. Dan taraa! Alhamdulillah menjadi. Lepas ni bolehlah kami buat biskut raya pulak.


Pagi tadi sahur masak Udang + Cendawan Masak Lemak Cili Api. Gigih masak sejam tu. Lepas ni kena make sure potong bahan siap-siap malam-malam. Nasi memang dah masak siap siap tengah malam. Nak tau Apek cakap apa? "B dah cakap dah!". Ye ah B! Ye ah! Bby kan degil. Kihkihkih.

 CHEF AINEE PRESENT YOU THE UDANG MASAK LEMAK CILI API WITH CENDAWAN. 

Tapi apa semua bahan cendawan ke udang ke semua tak nampak kan? Almaklum ah tak sempat eh nak tayang presentation skill. Dah lambat. Nak habis sahur dah. Alhamdulillah, syukran! syukran! My darling suka sangat. Like suka suka suka sangat sampai dah habis makan pun tak habis habis cakap sedap. Thank you B! Thank you! Maknanya berbaloi ahh I masak sejam. Apek cakap, "Ni cubaan untuk menunaikan semua impian I ke ni? Kalau nak tahu masak lemak cili api pun my feberet selain kari". Hihihihi! Apek cakap macam tu sebab hari tu dia ada cakap dia tak merasa lagi I masakkan ayam masak rendang terus petang tu I masakkan untuk lauk berbuka. ^____^ Saya akan cuba menjadi isteri yang terbaik untuk awak ok cayang selama saya masih hidup. =)


Mari sini nak share RESIPI UDANG MASAK LEMAK CILI PADI WITH CENDAWAN ni. Senang je baq hang.

 
1. Santan
2. 10 Biji Cili Padi
3. 2 Inci Kunyit
4. 2 Batang Serai
5. 10 Ekor Udang
6. Baby Jagung
7. Cendawan
8. 3 Biji Bawang



Blender 3 biji bawang besar, 10 cili padi dan 2 inci kunyit. Dah blender sila tumiskan dalam kuali.

 
Kemudian, masukkan bahan bahan yang ini kecuali cendawan dan udang. Dah nampak menggelegak masukkan udang, cendawan dan santan. Then taraaa jadilah udang masak lemak cili padi sedia terhidang.


P/S: Sorilah kualiti gambar Galaxy Tab memang kureng sikit.

By the way, perkara paling membanggakan lepas kahwin I dah dapat bezakan mana halia mana lengkuas dan mana kunyit. Hoyeahh!! Ingatkan selama ni muka dieowang sama tu yang konpius tu. Now! Oh yeah! Saya dah tahu. Ni lah masalah yang akan dialami oleh anak manja yang maknya tak bagi tolong apa-apa di dapur ya. Hanya tahu makanan siap, duduk dan makan. ^__^

Tuesday, July 24, 2012

Tarawih with my kakanda


Alhamdulillah. My first sahur, puasa, iftar and tarawih with ya hubby by ya Apek. May you be my partner in crime, my side kick, my bolster for the rest of my life.

Ok now come the confession.

Actually, I never perform a real tarawih in my life. The last time I went for tarawih is during my Form 3. Itu pun banyak main. Paling rajin pergi Tarawih dengan Wawa & Yana, my sweetheart neighbors. Dan semestinya waktu itu berumur 8 tahun, 9 tahun yang di mana kami adalah kanak-kanak ribena, coklat syiling, tikam-tikam, coki coki yang tidak ada gadget untuk dimain yang paling canggih pun cyber pet maka pergi surau adalah salah satu aktiviti yang kami rasa paling seronok.

To be honest, I segan sebenarnya nak pergi masjid sorang-sorang. Dah lah tu tak tahu pulak nak solat tarawih macam mana. Google dekat Internet cara-cara nak solat tarawikh macam payah sangat. Kena hafal macam-macam surah I tengok.

The truth is, solat tarawikh ni tak sesusah yang kita gambarkan, tak sesusah yang google gambarkan. Simple dan senang sangat. Kalau I dah cakap sangat tu maknanya betul betul simple lah tu. So for those yang takut-takut, segan-segan nak pergi tarawih sebab tak tahu, nasihat I just pergi je. Niat tu jangan ditahan-tahan. Apa yang perlu awak tahu hanyalah:-

1. Niat.

2. Perform solat macam biasa

3. Habis je 2 rakaat, Imam akan baca salawat maka kita akhiri dengan "Allah humma solli ala wasalam alaih".

4. Akhir sekali ada sunat witir yang terbahagi kepada 2 rakaat dan 1 rakaat. Niat macam biasa cuma tukarkan dari perkataan tarawih kepada witir. Untuk 1 rakaat, perkataan arabnya ialah "Roq' a tan". Yang lain just follow imam.

Taraaa!!! Mudah kan sebenarnya solat tarawih ni? Makanya jomlah ramai-ramai pergi tarawih. Masih belum terlambat. I tau ramai orang kat luar sana macam I dulu, teringin sangat nak sangat bertarawih tapi tak taumacam mana, takut nanti salah. Tak apa, itulah gunanya Imam. Dia akan bimbing kita. 


For this few days, Apek kena pergi masjid sorang-soranglah. Kesian my bubu. Tapi kesian lagi kat I terlepas malam malam yang berkat. ;( Untungnya menjadi lelaki.

Ohh ya dan lagi satu, Tarawih ni dengar je macam woahhh 20 rakaat. GILA BANYAK! Tapi bila awak dah solat Tarawih ni kompem tak rasa. Sebab dia 2 rakaat, 2 rakaat kan. Serious tak rasa. BETUL! TAK TIPU! Lagipun apa salahnya buat lebih sikit untuk ALLAH yang kita sayang. Tak cuba tak tahu, cubalah. Addict wooo!!




Selamat berpuasa semua. Marilah sama-sama kita menghayati dan mengumpul sebanyak mana amal di bulan yang mulia ini.

Assalamualaikum. ^__^

Wednesday, September 22, 2010

Sembang Raya 2010


Arghh! Tak kira walaupun hari ni dah 13 Syawal tapi tetap nak gebang poyo poyo cerita pasal raya. Walaupun ini dah masuk hari ke-3 ganti puasa and hooray tinggal lagi 4 hari je untuk I ganti, tetap nak gebang cerita hal raya.


RAYA PERTAMA
Raya pertama mestilah beraya kat rumah opah kesayangan yang comel lote. Lepas tu penat pergi beraya sakan rumah sanak saudara. I paling kelakar bapak I. Bila pakai baju melayu je mesti pakai kopiah tu yang akan membuatkan muka dia sangat innocent ehh! Tah habis habis dia kena perli dengan kiterowang. Innocent gila ok. Ayah I ni best gila sebab dia memang sporting habis, sumpah sayang yang amat. Adik-adik serta ibu pun sama. I CANT LIVE WITHOUT MY GILA-GILA FAMILY!

RAYA KEDUA
Dari kampung I pergi ambil Apek lepas tu pergi ambil Syaza lepas tu singgahlah rumah si Syahir ni. I dapatlah minum air belimbing yang konon-kononya special, kata Syahir. Apa yang I makan kat rumah dia pun I lupa.

Lepas pergi rumah Syahir, terus gerak pergi rumah Ahmin. Ahmin ni boleh pulak dia pergi beraya rumah orang lain(Syahir's house) lepas tu bila I sampai I tengok ramai gila(like 5-6 peoples) tengah tunggu dia kat kerusi kat depan pintu rumah dia. Kelakar tau Ahmin ni, selamba dia je. Haaa, jangan terkejut dengan rambut orang sebelah Apek tu. ITU RAMBUT SEBENAR YA! I pun macam homaigoat serius ke itu rambut dia? Serius ke Apek? Serius ke dia tak pergi saloon lalu request untuk buat rambut besar sarang tebuan kalau nak simpan barang terlarang kat sekolah pun boleh simpan dalam rambut dia. Tengok tak betapa panjangnya ayat I sampai tak ada tanda noktah pun sebab gila KAGUM tengok orang rambut besar cenggini yang buatkan I teringat satu watak kartun dalam majalah Gempak tak silap I.

OK! Inilah Ahmin ya tuan rumah bagi rumah ke-2. Bukan yang baju merah tu, itu Syazalah cubalah logik sikit. Ahmin!!!!!Terima kasih untuk nasi impit dan kuah sate. Sumpah sedap!

Lepas tu pergi rumah Ain tapi gambar dekat rumah Ain semua stok gelap sebab lupa pasang flash mungkin. Rumah Ain I makan bihun goreng je. Ada laksa tapi tak larat nak makan dah.

Lepas puas beraya rumah Ain, I angkut Ain sekali untuk pergi beraya rumah Syaza. Kesian Ain, siap cantik-cantik tapi beraya satu rumah je. Kat rumah Syaza ni lagilah best sebab dapat makan spagheti berulang ulang kali lepas tu walaupun kehadiran hanya 5 orang je tapi dah cukup memeriahkan suasana macam 500 orang. HAA AMIK KAU BOLEH BAYANGKAN TAK BETAPA BISINGNYA KAMI? Ok! bukan kami tapi I sorang je. Ahmin, Syahir dengan Apek dahlah jahat bagi gelaran macam-macam kat I. Dan kiterowang telah menamakan sebiji kuih yang bentuk dia macam tat telur iaitu Kek Permaisuri.

Bila nak balik je terus rasa syahdu sebab macam banyak gila nak dicakapkan tapi tak cukup masa. ITS GETTIN LATE so memang kena balik. Terus hug Syaza ketat-ketat. Gedik gila kami sebab esok macamlah tak jumpa.


RAYA KETIGA
First sekali pergi rumah syera tapi tak ada gambar sebab semua gambar entah pergi mana. Hemm! Rasanya dekat kamera Zaza kot. Haaa kat rumah Syera pun ada makanan feberet ok. I sangat suka kek yang Kak Ika masak. Pergh!! Melt habis dalam mulut. I BILA RASA SEKALI TERUS MACAM OHH SEDAPNYA PERLU AMBIL LAGI DAN LAGI DAN LAGI SAMPAI HABIS SATU PINGGAN LEPAS MERABA LAGI DALAM PINGGAN TENGOK ADA SERPIHAN T AK LEPAS TU KAWAN I, AIN TERUS TAK MERASA. Tapi merasa jugak sebab dia lagilah best, mak Syera bagi dia satu mangkuk kek tu tapi ada 2-3 ketul je lah. Sah-sah takut tetamu lain tak dapat merasa disebabkan kerakusan I lah tu.

Malam pergi rumah Dila dekat Meru. Ada BBQ katanya tapi disebabkan kiterowang ni kan cinderella. OK! BUKAN KITEROWANG, I SAHAJA CINDERELLA sebab I yang lambat ambil mereka. Ok! Sebabkan ke"cinderella"an I, ayam semua dah habis. Minum sahajalah jawapnya. Lepas tu I rushing gila nak amik Apek pulak untuk pergi rumah Effy Mendap. Ada BBQ jugak. Alah si rambut kembang tebuan tadi. Haaa rumah dialah tapi seribu kali sayang malang tak berbau, disebabkan ke"cinderella"an I lagi, terlepas peluang nak makan ayam. Tapi serius sedap ehh nasi tomato dia dengan coleslaw. Nyum! Nyum! Lain kali janji tak datang lambat lagi. Tapi tak dapat tangkap gambar sebab tiba-tiba sikap penyegan datang dalam diri I. Lepas dah habis makan-makan kat rumah Efy, tak puas lagi tu I, Apek, Syahir, Anisa, Syak, Afiq, Cimok dan ada lagi 2 kenalan baru lepak kat MC'D. Gila lewat ehh I balik tapi nasib baik dah inform my parents awal-awal.


RAYA KEEMPAT
Kali ni raya rumah Zaza pulak. Zaza pun masak spagehti tapi yang paling I suka kat rumah Zaza ni ada satu kuih tu sampai dekat kawan Zaza yang I tak kenal pun I tanpa segan silu pergi promote.

OK! Sebabkan makhluk kat belakang I tu penyegan yang amat, I pun dengan rela hati jadi tiang dia untuk menyorok. Amboih!! Tahun lepas dialah yang paling suka sokmo nak tangkap gambar. Lepas pergi rumah Zaza, pergi rumah Alia pulak dengan Apek dan Naz. Pergi rumah Alia memang sangat penuh dengan dugaan sebab pusing banyak kali pun tak jumpa rumah dia. Kol pun tak angkat. Perghh! Memang mencabar yang amat sampai rasa nak nangis berulang kali tau. Tapi gerenti tahun depan tak sesat dah sebab I dah tangkap gambar rumah, No. rumah, landmark haishh semualah. Rumah Alia yang paling enak tahun lepas kuih cornflakes tapi tahun ni tak ada kuih cornflakes. Keciwa yang amat rasa nak angkat kaki blah je tapi nasib baik Alia bagi makan mee goreng yang sedap yang amat yang dimasak oleh kakaknya yang membuatkan I makan bertambah sampai 3 kali. MELANTAK GILA!


RAYA KELIMA
Raya kelima memang tak berpeluanglah nak pergi beraya mana-mana sebab rumah sendiri pun dah terbuka untuk para tetamu.

Tengok! Kawan yang chinese pun datang. Gila terharu. Dahlah antara yang paling awal.

Thanks sangat pada semua yang sudi hadir. Nak pelok semua orang yang datang, boleh? Dahlah hari tu semua orang ingat I pakai korset padahal kain ketat gila sendat nak mampus tu sebab otomatik terbentuk pinggang I ala ala Beyonce padahal lemak berlemak semua dah jatuh ke bawah pusat tu yang tak nampak lemak nampak langsing je. TERIMA KASIH SANGAT TAU KORANG-KORANG! Tahun depan tak ada open house terus ajak mai datang wedding terus dan jangan lupa bawa hadiah ehhhh.........................


RAYA KEENAM


Kali ni raya rumah sasa pulak. Haaa si tuan rumah yang berbaju pink tu. Kawan baik dia yang berbaju kuning oren coklat(semua warna aku tibai), haa nama dia Anisa. BBQ jugak ok. Haa kali ni dah tak lewat, tak ada dah cinderella cinderella. I dengan Apek yang paling awal ok. So dapat makan yang sedap-sedap. I makan ayam goreng, I makan hotdog. Apek cakap satu pek hotdog tu I je yang habiskan. Laksa I tak makan sebab dah 2 BBQ tertinggal so kali ni alang-alang dah sampai awal I pun pelahap semua makanan kat situ kalau boleh I nak makan tau.

Dahlah makan banyak kan I ni kat rumah Sasa, I pergi beraya kat rumah Mira pulak. Kali ni I bawak adik-adik I. Kiterowang makan piza. Tapi I makan sikit je sebab I dah makan banyak kat rumah Sasa, perut dah tak muat.

RAYA KELAPAN
Untuk kali yang pertama, I lagi tinggi dari kawan-kawan I. Semua sebab kasut raya I yang tingginya 5 inci tu. Thanx studdy stud.

Raya ke-8 pergi rumah Nora. Nora yang pakai top kebaya tu. Banyak wohh lauk dia. I makan lontong dengan nasi ayam. Tamak gila kan? I TAU! Ye lah lepas ni mesti dah tak ada dah open house. I pun dah kerja. Haa tak dapat dah makan banyak-banyak tau, maka di kesempatan ni mestilah I makan banyak-banyak. Ye lah, I recycle baju yang sama sebab I tak mampulah nak beli baju banyak-banyak untuk raya kali ni, nak kahwin kena jimat. Hujung tahun ni nak tunang dah.


SO INILAH CERITA RAYA I TAHUN NI! BEST SANGAT RAYA TAHUN NI! I SUKA SEMUANYA TENTANG RAYA TAHUN NI! SEMUA SERONOK! HABIS `12` RUMAH I PERGI tak termasuk lagi tu rumah sedara mara yang I pergi masa first raya NO WONDER BERAT I DAH NAIK 2KG.

Sabtu ni nak pergi rumah Dottie pulak sebab I gian tat nenas handmade dia.

#REVIEW Baju nikah