Assalamualaikum semua.
Tergerak hati nak tulis entri kali ni sebab ada orang ingat insan kerdil yang bernama AINI & AMIRUL ni gajinya besar dan businessnya maju sampai boleh kahwin umur 22 tahun, boleh beli rumah umur 24 tahun dan adalah melancong sikit-sikit tiap-tiap tahun. Bukan tak suka orang cakap kami banyak duit tapi masalahnya kami tak banyak duit. Itulah masalahnya. Kalau betul banyak duit tarak hal. Apa-apa pun kami 'Aminkan aja'. Rezeki Allah bagi, manalah tahu kan. ^___^
Gaji kami tak cecah pun 5 angka. 4 angka je. Itu pun 4 angka yang paling minimum. Sama je dengan gaji anda dekat luar sana dan saya percaya lagi sikit dari anda. Macam mana kami boleh beli rumah? Macam mana kami boleh berjalan ke sana ke mari?
Satu je nasihat kami. Hidup jangan dikejar bayang, hidup berpaksikan pada kemampuan. Buat apa dikejar benda yang kita sendiri tahu tak mampu. Ukur baju di badan sendiri kata peribahasa dalam buku. Kalau ukur baju kat badan orang tak ke kang labuh sangat tak pun senteng karang. Betul ke betul?
Live a simple life. Mampu beli rumah RM60K sahaja jangan dipandang rumah yang harganya RM120K. Mampu beli kereta yang bayar bulanannya RM300 jangan dipandang kereta yang bulanannya RM600. As simple as that.
Ok katanya kereta sekarang mahal. Rumah sekarang mahal. Ambil pendekatan mudah je. Siapa yang ubah hidup kita? Iya! Kita sendiri. Bukan kerajaan bukan orang lain. Siapa yang bayar hutang kita? Iya, kita sendiri. Bukan kerajaan dan bukan orang lain. Nak bising-bising dengan kerajaan pun apa je yang kita dapat? Harga rumah berkurang? Tak jugak. Kita jugak yang bengkak hati sebab apa yang kita nak tak dapat. (OK! Saya bukan pro kerajaan harap maklum).
Kalau kita mampu beli rumah RM60K sahaja, option yang kita ada ialah rumah secondhand. Hidup ni tak susah. Simple je. Ukur kemampuan. Okay katakan tak suka rumah secondhand, fikir rumah tu keperluan ke kehendak? Kalau keperluan kita takkan kisah rumah tu secondhand ke firsthand ke janji ianya adalah sebuah rumah yang boleh kita berlindung dari panas matahari dan hujan yang kita takkan sengsara nak bayar bulan-bulan. Kalau kehendak tu yang bahaya. Kita nak rumah besar, nak rumah baru, nak dekat dengan bandar dan sebagainya tapi kita tak mampu macam mana? Berbalik semula pada yang dua tadi. KEPERLUAN KE KEHENDAK? Simple.
Sama macam kereta jugak. Keperluan ke kehendak?
Lagi satu ialah CREDIT CARD! Ada orang cakap ada kebaikan ada keburukan. Cuba sekarang ambil pen dan kertas. Tulis apa kebaikan dan apa keburukannya? Kebaikan lebih banyak ke keburukan lebih banyak? Mestilah keburukan yang lebih banyak. Nyata-nyata kalau kita tak mampu bayar kesemua jumlah yang kita hutang dan hanya mampu bayar minimum sahaja itu bermakna KITA TIDAK MAMPU MEMBELI BARANGAN TERSEBUT yang kita bayar guna kad plastik tadi! Kalau anda mampu bayar jumlah yang anda beli tadi dengan kredit kad pada hujung bulan bila dapat gaji okay then anda mampu. Anda boleh apply for credit card. If not, tolonglah lupakan kad plastik tu. Sama juga dengan personal loan dan banyak lagi loan yang kita pun tak perlu sebenarnya.
Jujur ya saya cakap, kami teringin nak melancong ke Eropah tapi kami sedar kami hanya mampu melancong dalam Asia je. Teringin duduk hotel yang cantik bila melancong tapi kami sedar kami travel cheap travel wise maka cari hotel yang murah, bersih dan selesa dah cukup bagi kami. Kami teringin nak beli kereta lagi satu tapi kami sedar kami hanya mampu pakai apa yang kami pakai sekarang ni. Kami nak rumah yang ada tanah tepi sebab nak buat landskap taman tapi kami sedar harga dia di luar kemampuan kami maka kami pilih rumah tengah sahaja. InsyAllah bila kita ada rezeki lebih haa time tu lah baru kita ukur balik impian kita. Rezeki masing-masing kan, Allah dah tentukan tapi kita kena juga berusaha. Bijaklah berbelanja dan menguruskan kewangan masing-masing. Saya pun tak bijak-bijak lagi uruskan kewangan ni, hadoii macam mana nak jadi jutawan ni ataupun ada kewangan yang boleh bagi ayah ibu belanja sekurang-kurangnya RM2000 sorang ni. Insyallah one day.
REMEMBER!
STAY
SIMPLE
STAY
TRUE!
WE DON'T HAVE THE BEST OF EVERYTHING BUT WE MAKE THE BEST OF EVERYTHING!
Showing posts with label ainee cumi. Show all posts
Showing posts with label ainee cumi. Show all posts
Thursday, June 20, 2013
Tuesday, May 7, 2013
First Time Voter
Alhamdulillah. It went well.
Part paling best ialah jumpa budak-budak sekolah. ^___^
PILIHAN RAYA KE-13
Venue : Sekolah Menengah Sri Ampang, Ipoh
Saluran : 8
Masa : 10.10am - 11.55pm (approximately 2 hours)
Part paling best ialah jumpa budak-budak sekolah. ^___^
PILIHAN RAYA KE-13
Venue : Sekolah Menengah Sri Ampang, Ipoh
Saluran : 8
Masa : 10.10am - 11.55pm (approximately 2 hours)
Shhhh!! Tak baik buruk-burukkan orang. Yang mana menang sila tunaikan janji anda dan yang mana kalah fikirkan di mana silapnya dan teruskan perjuangan.
For us the Malaysians, please unite! Avoid racism. WE ARE TOGETHER! WE ARE ONE!
Tuesday, August 7, 2012
BE POSITIVE STAY POSITIVE!
Assalamualaikum.
Will be away for this week. Pray for my health please. Me not doing so well. Some of my friends je yang tahu what Im going through right now. No! Its not that I don't want to tell you guys but it just hurt me inside even more. And to avoid my darling awesome friends yang I tahu akan support I no matter what, yang akan bersedih untuk I semua especially Zaza, Syera and etc etc. I don't want that. I want a happy big smile when they see me. When they hunggle minggle with me. Even my mum pun tak tahu sangat benda sebenar. I tak nak dia sedih. I tak nak dia risau. I just bagitahu dia I buat ******* *******.
To my cayang, boleh tak saya nak booking awak for the whole day untuk saya esok??
Mestilah boleh kan walaupun saya tak minta. Terima kasih ambil cuti walaupun kerja berlambak untuk jaga saya. ^__^ Me love you. Me is kuat.

Tuesday, July 31, 2012
Inilah agaknya orang bilang dalam senyum ada duka, dalam duka ada senyum
Kamu kena kuat wahai kekasihku untuk aku menjadi badang
Aku ini gadis yang tabah bentuk hatinya, gemar menyembunyikan rasa
Yang kadangnya dikira sekecil kuman pada hakikatnya sebesar gajah
Suka dikatup dikunci dari dihebahkan dibiarkan untuk dikongsi bersama
Iya! Aku perahsia orangnya
Rahsia manusia lain dan rahsia aku semat terkunci dalam benak ini
Kadangnya aku biar ia luput hilang jauh dari ingatan
Di hujung ganggang itu, setitik jatuhnya air dari matamu
Aku tahu, aku rasa tapi aku diam pantas mengolah rasa IM OKAY!
Kerana aku takut bila aku mengatakan aku tahu kamu nangis ya di sana sayang
Aku takut aku juga turut serta bermandi lautan air entah dari mana datangnya
Eh mana boleh! Aku kan badang.
Kita sama-sama kena kuat.
Aku gapai kau, kau capai aku
Sama-sama kita tempuh ya sayang
Ini semua ada hikmahnya
Pegang pada itu mesti kita kuat mampu tewaskan 1000 laskar pelangi
Sentiasa prasangka baik dengan Allah kerna Allah memang baik. MAHA BAIK!
Saya sayang awak wahai Encik Sempurna. ^___^

Wednesday, June 20, 2012
Busy like a machine
Been busy. Preparing for final exam next month. Can't wait for the Ramadhan to come. Must be super exciting to have someone call husband besides me during the Ramadhan. Bazar. Terawih. ^__^
And this is my exam timetable.
1 July 2012 - ECO415
6 July 2012 - MGT420
10 July 2012 - MGT 417
And yeah hari yang dinanti-nantikan 19 July 2012. My darling's birthday. Will be celebrating together as husband and wife for the first time. Its gonna be FUN!! Sayangnya jatuh hari Khamis. Boleh je ambil cuti tapi cuti I dah habis sebenarnya. T_____T Mana taknya, hari tu pergi Phuket dah ambil 4 hari, nanti bulan 9 nak pergi KK kena ambil lagi 3 hari lepas tu pergi Bali hujung tahun ni lagi 5 hari then 1 hari untuk final exam. Belum masuk lagi cuti-cuti kecemasan yang lepas tu. Kalau tak boleh I ambil cuti dan off we go to vacation.
Ok guys! Wish me all the best. Doakan I jadi si rajin yang rajin memegang buku dan dapat DEKAN! Woohaaa!
Update: Tiba-tiba teringat tadi Bobotie tangkap cicak besar kat rumah kiterowang. Lepas tu time solat Subuh berjemaah dengan Apek dia bawak datang dekat I. Dah rakaat terakhir time tu. Time sujud. Dah doa dalam hati janganlah Apek sujud lama-lama sebab ye lah kan afdal doa masa sujud kompem time rakaat terakhir tu sujud lama sikit. Cicak tu betul betul dekat kepala I. Gelinya yang amatlah sebab si Bobotie ni main lompat lompat gigit gigit cicak tu. Dah lah cicak tu berpura-pura mati buatnya dia nak lari dari Bobotie dia terus naik ikut kepala I perghh ngeri. Memang tak khusyuk dibuatnya Bobotie. Lepas je bagi salam terakhir terus melompat lompat pergi dapur. Gila ahh! Memang pengalaman betul Subuh tadi.

Friday, June 8, 2012
Dihargai oleh Pelakon beberapa minit Cinta Vlog. Terharu noxx.
Ok lah tak reti nak guna Photoshop maka guna PrintScreen dan tempek dekat Paint je.
Terima kasih Kak Maghia. Terasa penulisan dihargai gitu. ^__^
Disebabkan ini, akan ku kongsi apa saja tips travelling selepas ini sebab ada orang hargailah katakan. Ecececehh! Padahal travel tips pergi Redang dah tempek tapi pergi Phuket tak kongsi pun lagi kan. Ok lah nantilah I kongsi berkongsi lalu rasa dihargai lagi dan lagi mana tau dapat berlakon Cinta Blog (drama akan datang) lalu Kak Maghia tak dapat job dah walaupun beberapa minit lepas tu tiru aksi comel Kak Maghia mintak 1juta kat customer. Tak main ahh seribu je weyh..
Monday, May 14, 2012
Jantung Pengarang
.Bobotie.
Do you see what I see? He's kissing me dengan rela dalam terpaksa. Ni lah buah hati pengarang jantung I sekarang. Apek cakap ni kawan baik dia. Bobotie ialah seekor anak kucing yang sangat manja, sangat pintar dan sangat pandai merajuk. Gedik! Tapi tak apa Aini sayang.
Thursday, April 5, 2012
Satu langkah.. Satu Perubahan..
Tak sabarnya nak bulan 7. Harapnya lebih murah rezeki. Lebih maju ke hadapan. Ada plan besar menanti. Bagi aku lah besar sebab ianya akan menolak aku lebih jauh ke hadapan. Tetapi semua ini dengan izin dari Allah. Insyallah.
Friday, March 30, 2012
Hormon turun
Yeah! Hari ni pergi hospital. Hormon dari 200 ribu lebih dah turun jadi 60 ribu lepas tu sekarang dah turun ke 500 lebih. Banyak lagi ni nak kena turun. Kena turunkan sampai 5. Nampaknya kena makan makanan yang boleh tambah darah banyak banyak sebab tiap tiap 2 minggu kena amik darah. Sakit tau tapi tak apa, saya kan kuat. Heeee. =D
Monday, March 19, 2012
Junior dah pergi syurga..
Mood: Ok. Tenang. Happy. Enjoying life.
Ada ramai lagi yang tak tahu yang I've been diagnosis of MOLAR PREGNANCY on 14 March 2012. Ok what is Molar Pregnancy?? Dalam bahasa melayunya panggil Kandungan Anggur. Bila terima berita tu rasa macam kilat sambar menyambar je kat belakang lepas tu hujan pun turun dengan lebatnya. Tapi I dengan Apek kuat. Kiterowang tak adalah nak emosi ke apa depan doktor tu. Yeah! We both were very very strong. Mungkin tak ada rezeki lagi. Tak apa, Allah dah tentukan yang terbaik untuk hama-hambaNya. So chill bebeh. Banyakkan berdoa. Lagipun perjalanan hidup Apek dengan I masih panjang. Plan lepas ni berjalan-jalan sakanlah. Makan makanan yang tak pernah makan lagi. Insyallah plan enivesari bulan depan nak celebrate dekat tempat Apek proposed I dulu. CAMERON HIGHLANDS bebeh. I miss the weather. The tea. The strawberry.
By the way, I tak boleh pregnant untuk masa setahun atas nasihat doktor. So janganlah tanya tanya dah berisi ke. Ada baby ke. Bila lagi semua. Itupun maybe lebih. Maybe 2 tahun untuk keselamatan. We'll see what Allah have arrange for us. ^_^
Kandungan anggur ni lain sikit kesnya daripada keguguran. Kalau gugur dia ada janin tapi yang ada dalam perut I hanya buih buih je bila doktor scan. Tapi simpton simpton mengandung memang ada. And serius memang teruk gila I muntah. Pening tak payah cakaplah. Semua jadi masa I pergi Phuket dan 2 minggu lepas tu I keep on pening and muntah. Ingatkan sebab jalan pergi Phuket tu macam jalan Cameron Highlands sebab tu I pening pening tapi rupanya baby I tak menjadi.
13 March which is hari Selasa Apek dengan I ambil cuti untuk buat booking kat klinik kesihatan untuk buat buku pink. Doktor scan tak nampak lepas tu doktor suruh refer dekat hospital besar. Esoknya pergilah HB dengan Apek dan kakak ipar kesayanganku, Kak Ida. Nasib baik ada Kak Jie. Kak Jie ni kakak sedara Apek, pakar sakit puan kat situ. So senanglah sikit prosudernya. Kak Jie check check pun tak nampak baby. Nampak buih buih je so terus Kak Jie suruh admit ke ward. Esoknya terus buat suction. Sedut semua sel sel kandungan anggur tu. Sel sel tu bahaya sangat. Dia boleh tebuk dinding rahim kita and menjadi cancer. Tapi proses suction tu banyak risiko dia yang buatkan I sangatlah risau tapi I kan kuat of courselah boleh overcome. Salah satu risikonya sel sel anggur tu tak disedut habis then kena buat suction lagi sekali. Alhamdulillah Doktor Raihan berjaya sedut semuanya. GOOD JOB DOCTOR! Kalau I terlambat jumpa doktor lagi seminggu, I akan tumpah darah dengan banyaknya. Lucky me benda ni dapat dikesan dengan awal. Sel-sel kehamilan anggur ni berpotensi jadi kanser rahim Chorio Carcinoma tu yang kena sedut habis tu and thats why I kena pantau hormon I. Kena pergi hospital selalu untuk check darah I. Cherck hormon I masih tinggi ke tak kalau I mengandung sedangkan sel sel anggur tu masih ada dalam rahim I dia akan bawa bahaya untuk I dengan kandungan I nanti so better prevent sebelum terjadi. Bayangkan hormon I sampai 190ribu ke 150 ribu ke 120ribu but for sure memang ratus ribu so kena turunkan horman BHCG tu jadi 5. Rahim I pun lembut sangat sekarang ni.
So sekarang ni I MC 2 minggu and tengah berpantang. Tak adalah pantang heavy sangat tapi tak bolehlah nak makan benda pedas pedas ke tajam tajam ke. Apek sangat menjaga I. Mak I kalau masak pun sampai tanyalah, "Apek, ikan patin masak tempoyak boleh makan?". Comel betul. Sepanjang I dekat hospital tu my husband sangat menjaga I. Boss dia pun memahami bagi dia cuti untuk jaga I. Kakak ipar I lagilah buat I terharu. Sarat mengandung pun still melawat I. Naik tangga untuk pergi ward. Tunggu I sampai habis operation. Achik pun. Abang pun. Mama pun. Ibu pun. Semualah. Sangat terharu.
So for this time being I nak announce NO JUNIOR ANYMORE. NOT YET! TIME WILL COME SOON. Give me 1 year break okay. I tak nak orang tertanya-tanya thats why I bagitahu benda ni. ^___^
Me?? Im okay. Apek? Apek pun ok. We both selalu fikir positif. Ada hikmah di sebalik setiap kejadian. Doakan kesihatan I je supaya I tak adalah kena penyakit penyakit lain ke apa. We're so happy with our life. Jangan risau. I boleh overcome benda benda macam ni. Bagi I, dugaan ni kecil je. Ada orang dugaan dia lagilah hebat. Perjalanan hidup I dengan Apek masih panjang. I pun tengah nak sambung degree sekarang. So far, ekonomi I dengan Apek teguh. Mungkin Allah tak nak I penat sangat ke bila pergi kelas dan bawa perut lagi. Siapa kita untuk tahu apa yang Dia dah rancang kan?? Be happy and think positive.

Thursday, February 2, 2012
Tuesday, September 13, 2011
Ibu Jari Punya Kuku Ilekk!
Halu halu.
Rasa macam lama sangat kan tak update belog. Memang lama sangatlah sebab bukan lebih daripada sehari tapi dah berhari hari tak membebel panjang dekat belog kesayangan ni. Mau tak kesayangan, satu satunya belog yang kita ada kot lainlah kalau ada belog sampai 2-3 ketul. Macam asingkan ok belog ni untuk belog cinta cinta, belog ni untuk kesihatan, belog ni untuk famili famili matters je ohh memang sampai setahunlah tak pergi balik belog yang satu ni kan??
Dalam banyak-banyak bebel ni just nak simpan dalam kenangan otak yang saya dah tak ada ibu jari buat tempoh terdekat ni. WHAT?? TAK ADA APA? YESS!!! TAK ADA IBU JARI DI KAKI KIRI. Paham tak?? Paham tak apa maksud ......... ok now boleh gelak. IBU JARI KAU KATA? Ibu jari tu adalah jari tau. Macam mana nak tumbuh balik kalau ibu jari yang hilang. Ok bukan ibu jari tetapi kuku di ibu jari kaki. Haaa barulah betul.
Bila tak ada kuku di ibu jari kaki, korang faham tak apa maksudnya? Maksudnya nanti kahwin tak ada kuku lah. Apek bakal berkahwin dengan insan cacat sementaralah macam ni. Maknanya saya ISTIMEWA lah kan?
Mahu lihat gambar?
Ceritanya begini ya anak-anakku sekalian. Tarik nafas panjang-panjang sebab cerita ni tak boleh dipendekkan tapi I dah pendekkanlah juga dan I guna font Arial so that tulisan jadi kecil so tak adalah rasa "Mak aihh panjangnya cerita dia ni". Ni pun copy paste ayat yang I paste dekat kawan I yang caring junior duduk jauh kat Kedah tapi masih ambil berat.
Katil kawin aku yang ala ala english tu nak sampai pada hari Ahad tu makanya terpaksalah mengalihkan katil 2 tingkat aku yang besi tu ke bilik belakang. Time bukak katil tu ok tapi bila nak pasang balik, dia senget senget so adik aku si Iqa tu betul-betulkanlah nak bagi straight. Tiba tiba besi katil tu terkeluar dari landasan lalu menghempap kaki aku. Pandai pulak tu dia aim hempap kat ibu jari macalah tak ada jari lain. Lepas tu aku pun terkelu terdiam merintih kesakitan. Terus biru jari aku tu. Aku mmg nak pitam dah time tu. Jalan sikit pening laloq. Then pergi klinik doktor bagi dua option.
Makanya dengan mencabut kuku maka lenyaplah RM110 ku. Office cover RM40 je. Tapi sekarang I dah boleh berjalan seperti isan yang normal cuma yang tak bestnya luka tak kering sepenuhnya lagi so tak boleh pakai heels. As you know, I suka sangat heels. Lagi tak sakit kalau pakai heels untuk berdiri lama-lama daripada pakai sneakers. Melampau! Memang suka heels sangat ni. Sedihnya pakai selipar buruk-selipar jamban pergi ofis. Atas dah ok dah sekali tengok bawah, alahai selipar. Cacat penampilan.
Anyway, doakan kuku I tumbuh dengan cepat supaya I tak adalah sakit bila pakai heels time kahwin nanti. ok?

Ok gambar ni sengaja kasi besar supaya korang rasa simpati lalu menyumbangkan wang ke dalam akaun I. Ni gambar selepas kuku dicabut. Auch!
Ceritanya begini ya anak-anakku sekalian. Tarik nafas panjang-panjang sebab cerita ni tak boleh dipendekkan tapi I dah pendekkanlah juga dan I guna font Arial so that tulisan jadi kecil so tak adalah rasa "Mak aihh panjangnya cerita dia ni". Ni pun copy paste ayat yang I paste dekat kawan I yang caring junior duduk jauh kat Kedah tapi masih ambil berat.
Katil kawin aku yang ala ala english tu nak sampai pada hari Ahad tu makanya terpaksalah mengalihkan katil 2 tingkat aku yang besi tu ke bilik belakang. Time bukak katil tu ok tapi bila nak pasang balik, dia senget senget so adik aku si Iqa tu betul-betulkanlah nak bagi straight. Tiba tiba besi katil tu terkeluar dari landasan lalu menghempap kaki aku. Pandai pulak tu dia aim hempap kat ibu jari macalah tak ada jari lain. Lepas tu aku pun terkelu terdiam merintih kesakitan. Terus biru jari aku tu. Aku mmg nak pitam dah time tu. Jalan sikit pening laloq. Then pergi klinik doktor bagi dua option.
1) makan ubat-kuku tercabut sendiri tapi lambat
2) bius jari aku then cabut kuku aku and cepat sembuh
of course ah aku pilih option yang ke-2. Seminggu merana nak jalan semua tapi skang dah ok. Hari ni last aku balut. Tak nak pi dressing dah. Mahai! Biar tak berbalut. Biar dia kena udara semua, baru kering cepat.
Makanya dengan mencabut kuku maka lenyaplah RM110 ku. Office cover RM40 je. Tapi sekarang I dah boleh berjalan seperti isan yang normal cuma yang tak bestnya luka tak kering sepenuhnya lagi so tak boleh pakai heels. As you know, I suka sangat heels. Lagi tak sakit kalau pakai heels untuk berdiri lama-lama daripada pakai sneakers. Melampau! Memang suka heels sangat ni. Sedihnya pakai selipar buruk-selipar jamban pergi ofis. Atas dah ok dah sekali tengok bawah, alahai selipar. Cacat penampilan.
Anyway, doakan kuku I tumbuh dengan cepat supaya I tak adalah sakit bila pakai heels time kahwin nanti. ok?
Thursday, August 25, 2011
Inilah Kisahku... Ainee Cumi
Assalamualaikum korang-koring semua.
Ok finelah, tak boleh berselindung lagi dah. Yeah! Memang betul tekaan-tekaan korang, 23 Ramadhan petang I dah start berhijab. Ok bila nak tulis berhijab ni apehal sebak tiba tiba ni?
Ceritanya bermula..............
Actually I memang dah lama. Dah lama sangat berhajat nak pakai tudung. Adalah dalam 2-3 years back. Selalu ni main test test pakai tudung depan cermin rumah tu tapi test test test, pakainya tak juga. Sampailah dah tetapkan masa dah bulatkan hati nak pakai tudung on the 02/02/2011. Kenapa pilih tarikh tu? Sebab kononnya nak lah ingat bila tarikh pakai tudung. Lepas tu konon-konon dapatlah catit dalam buku sejarah genap umur 22 tahun, AINI BERHIJAB. Dah siap cakap kat kawan lagi iaitu HudaLuna & Kak HannaMaruku kita. Tapi tup tup bila sampai je date tu tak pakai pun. Alasan macam biasa ahh belum ready lagi. Memang serius weyh tak ready lagi. Lepas tu lagi sekali tetapkan tarikh 02/02/2012 konon-kononnya berhijrah bila umur genap 23 tahun.
Tetapi...................
Tak disangka sangka hari ke-23 orang Islam berpuasa menjadi tarikh berkeramat buat I. I pun tak tahu nak terangkan perasaan tu macam mana. Tau-tau lepas balik kerja terus sarung tudung sementara tunggu tunang yang bernama Apek datang ambil. Amboihh dah macam ada banyak tunang je gayanya. Haaa I ni boleh dikatakan masuk dalam kategori, "Tak pakai tudung tapi solat" tu pun banyak terbabas tapi at least dalam sehari ada ahh solat. Tambah-tambah bulan puasa ni, syaitan kena ikat kan, memang jaranglah nak terbabas. So bila jarum tepat je tunjuk pukul 5 petang, terus sarung tudung pergi masjid. Ye lah masjid dekat je kan dengan ofis.
Dulu waktu zaman tak matang (tahun ni juga), pergi masjid tak pakai tudung. Siap bangga lagi sebab tak hipokrit lepas tu beransur ansur sedar diri yang kita pergi masjid kena pakai tudung walaupun kat luar tak pakai tudung sebab bukan nak hipokrit tapi menghormati suasana majlis. Itu ayat I. Ayat orang lain, kira macam menghormati rumah ibadah kita. Tak hormat diri sendiri, hormatlah Dia yang satu. Tapi pelan-pelan I berubah, pergi masjid pakai tudung daripada pergi masjid tak pakai tudung. Ada sekali tu pernah pergi masjid pakai skirt dengan stoking kaki lagi. Malunya bila ingat ingat balik. Tak malu dengan orang tapi malu dengan Allah. T___T
Tapi hari tu hujan makanya tak pergi masjid, solat kat ofis je so suruh Apek ambil kat ofis je lah sebab biasanya kalau I solat dekat masjid I akan suruh Apek ambil dekat bank dekat situ je dan I bila keluar dari masjid tu mestilah pakai tudung juga sampailah I balik dah masuk dalam kereta baru buka. Tapi hari tu, paham-pahamlah kalau I solat dekat ofis je memang tak pakai tudunglah tapi hari tu I pakai tudung. Tudung dekat atas tu. Warna dia soft je. Tudung tu pun Apek belikan sebab nak pakai time pergi interview government hari tu. Tak tahu kenapa kali ni macam nekad. Betul-betul nekad. Dah tak kisah dah apa orang ofis nak kata, apa pandangan orang dan semuanya. Bukan tak kisah tau, tapi dia rasa kosong. Hati dan minda rasa kosong. Tak fikir apa-apa pun. Tak terlintas apa-apa pun. Tau nak pakai je. Bukan untuk hari ni sahaja tetapi untuk hari hari yang akan datang.
Apek pun terkejut. Tak sempat dia nak tengok rambut I buat kali terakhir. Kali terkahir dia tengok pagi yang dia hantar I pergi kerja tu lah. Tapi dia memang happy sangat. Ye lah, laki mana yang tak nak kan awek/tunang/isteri dia pakai tudung. Manis je muka. Mulai dari hari tu terus no holding hands. Kononnya no touching ah. Tapi over ahh kan kalau tak touch langsung sebab dah biasa kan. Macam Apek ni dia suka cuit hidung ah, cubit pipi lah, belai rambutlah. Nasib baik lagi 2 bulan je nak jadi halal. Tapi pegang tangan memang tak ada dah dalam kamus. Biasa kalau lintas jalan ada orang pegang tangan ittew tapi kali ni lintas jalan sorang soranglah.
I kalau boleh bila pakai tudung ni memang pakai betul-betul. Tutup dada kalau boleh. Tang baju tu mungkinlah ada tersendat sikit ke apa tapi akan diperbaiki dari semasa ke semasa sebab nak kahwin weyh mana ada duit nak beli baju. Ni pun Apek dah belanja 6 tudung sempenan penghijrahan ni. Terima kasih kekasih.
Ok! Pagi esoknya I pergi kerja I pakai tudung dengan tanpa berfikir 2 kali. Sebab dulu, niat tahan nak pakai tudung sebab takut orang orang ofis tak boleh terima sebab I kan duduk depan. Receptionist gitu. Bayangan I, mereka ambil I kerja sebab I freehair tapi bila dah tanya my rakan sekerja dia cakap pernah je ada sorang receptionist pakai tudung terus hati I bunga-bunga. Pagi semalam memang hepi sangat. Ramai sangat orang puji comel. Ramai sangat memanjatkan kesyukuran. Tambah tambah office boy dari bank, dari syarikat courier yang selalu datang sini. Yang tak menahan tu buka je pintu ofis terus tangan macam berdoa lepas tu cakap AMIN. Ada yang dulu datang tak bagi salam sekarang asyik bagi salam je. Ko tahu tak hepi dia macam mana? Sangat tau! Rasa macam dihargai sangat.
RASA MACAM BARU LAHIR!
Makanya dari hari itu, I bertekad nak menjadi muslimah yang baik. Nak memperbaiki diri dari semasa. Nak memperbaiki solat, nak mendalami lagi ilmu agama, nak hafal maksud di dalam setiap bacaan solat kita. Ni semua berkat doa dari tunang, keluarga, kawan-kawan dan sesiapa sahaja yang I tak kenal tapi mendoakan supaya I akan berubah suatu hari nanti. Paling-paling I bersyukur, Allah tak pernah tutup pintu hati I nak berhijab. Yeah, I memang sembahyang, I memang bersedekah, I baca Al-Quran time free hair tapi tu semua tak lengkap. Bila I buat benda-benda tu I selalu fikir semua suruhan yang Dia suruh buat ni, diredhai ke sedangkan I tak buat benda paling wajib sekali iaitu menutup aurat. Menutup rambutku, menutup betisku, menutup dadaku. Tapi tu lah selalu pujuk hati sendiri, "Tak apa janji dah buat, terima tak terima biar Allah yang tentukan". Tapi sekarang ni bila fikir-fikir balik I memang selalu buat dosa lepas tu sembahyang minta ampun lepas tu bukak balik tudung-dapat dosa-sembahyang balik. Macam bulatan yang tiada hujungnya.
Anyway banyak sebenarnya nak share tapi rasanya kalau taip boleh jadi karangan 1juta patah perkataan nanti so I berhenti sampai sini je lah ya.
Salam sayang dari ittew. Ittew pun sentiasa doakan kalian.
Saturday, May 28, 2011
My New BABY
Ollo korang korang and hai belog diari.
Now, I dah ada hp baru. Dah tak ada dah hp bila nak charge je tak berjaya, bila nak call je bateri padam. Sekarang I dah pakai......
Yeah! Do u see that?? My baby galaxy tab present by Apek for our 5years 9months of love. Thanx bee. I love u so much. Tau tau je handphone I tu dah nazak sangat kan? Lepas tu semua orang meluat I tak bawak hp lah, I tertinggal hp lah, bateri handphone habislah. Ok sekarang tak boleh ada alasan macam tu dah.Ohh! Apek pun ada beli satu untuk diri sendiri jugak for business purpose. Senang katanya. My tab ni bukan setakat ada wireless semua, dia yang jenis sekali dengan handphone tu. Haaa boleh bayangkan tak betapa besarnya letak benda ni kat telinga kalau orang telefon tapi takpe, I guna earphone so tak adalah orang usha pelik.
Samsung Galaxy Tab ni memang best gilaa ok! U all have to get one. Dia tak besar sangat and tak kecil sangat. Just nice! Semalam pun I dah beli casing dia. Warna apa?? Of courselah soft pink, my feberet. Apek dia nak beli casing ala ala vintage but then tak ada pulak so dia pun ambil colour coklat. Now tak risau calar ke apa sebab dah ada casing, boleh campak sesuka hati dalam handbag. >.<
Neway, thanx again my bee. I love u! I love u!

Wednesday, May 25, 2011
Busy like a bee
Sorry diary, I sangat bz lately. Dengan kerja dekat PC fair 3 hari lagi, Jumaat Sabtu Ahad. Lepas tu pc dekat ofis buat hal lagi. Haishh macam-macam so tak dapat I belai belai u ya belog diari. Takpe nanti I dah tak bz I update u ok dear masham diary. Tak sabar nak bulan 6 sebab bulan 6 nanti baru boleh all out. Boleh cari catering, boleh jumpa vendor pelamin kat Taiping, boleh macam-macamlah. Eeee cant wait.. =))
P/S: Cant wait for my cousin sister wedding next week. Planning to give her a really nice sexy night wear coz yeah I know she doesn't have the time to look for 1 for her first night. Ahuh! Like it? Gyeah!! I know.
Tuesday, March 15, 2011
Wednesday, March 2, 2011
Minyak Orang Kaya
Mulai hari Ahad hari tu, mula start isi minyak kat SHELL. V-Power! RM2.50 pun Rm2.50 lah sebabnya kereta I tu gedik tak rasi dengan minyak RON95 tu. Lepas tu kuat makan minyak pulak tu. Ni I tengok I isi RM20 sama je jarum tu pergi sama ada isi minyak RIN95 atau RON97 makanya baik I isi RON97 je macam tu. Ye dak? Dah macam taste orang kaya dah kereta I, nak pakai minyak mahal je. Cis!
Then semalam baru je renew roadtax & insurances yang dah mampos. Lebur lagi duit. ;((Then tak yah pikir pasal roadtax sampailah tahun depan punya bulan March.
Daripada Mira Jamaluddin. Blusher kasi pipi nampak pink pink gitu baru ahh boleh perasan macam anak patung sikit
From Ain Salleh
Buku ni memang best tapi sampai skang tak khatam khatam lagi sebab satu hari baca satu bab je sebelum tidur, kalau mata ni dah tak larat sangat tak sempat nak baca satu perkataan dah boom, buku tengok gua pulak.
Then semalam baru je renew roadtax & insurances yang dah mampos. Lebur lagi duit. ;((Then tak yah pikir pasal roadtax sampailah tahun depan punya bulan March.
Kat bawah ni bday gift from my friends menjelang umur 22tahun ni. BEST BDAY EVER! Banyak dapat hadiah then pergi jalan sana jalan sini. Bestlah!
MODEL: Fluffy
BAYARAN: Free! Gua dah kasi makan lu nak pau pulak memang tak lah!
BAYARAN: Free! Gua dah kasi makan lu nak pau pulak memang tak lah!
Buku ni memang best tapi sampai skang tak khatam khatam lagi sebab satu hari baca satu bab je sebelum tidur, kalau mata ni dah tak larat sangat tak sempat nak baca satu perkataan dah boom, buku tengok gua pulak.
Monday, February 7, 2011
Aktivi senonoh menjelang usia 22. KEDUT? Mana adalah!!
Haishh gila lega bila balik ofis sebab dekat ofislah dapat update belog, sebab dekat ofislah boleh reply shoutbox, sebab dekat ofislah boleh bukak tab banyak banyak banyak tanpa terDC. Ini asal bukak kat rumah je, Iqa Joe mesti DC. Kesian! Kesian!
OK last sekali I update pasal sambutan hari jadi awal kan? HELLO! Kan I dah ackap tahun ni punya bday best. Kan?Kan? memang THE BEST BDAY EVER lahhhh..
On my bday day pulak, I tak boleh ambil cuti sebab esoknya kan CHINESE NEW YEAR, kasi chance sama lengchai dengan lengloi dalam opis I cutilah. Tapi nasib baiklah half day. I like ok! Disebabkan half day I telah membuat date dengan 2 orang sahabat dari kecil iaitu Ain Salleh & Mira Jamaluddin.
WE ARE BESTFRIENDS SINCE 1996
AIN SALLEH, MIRA JAMALUDDIN, AINEE JOE
Jalan punya jalan punya jalan, sampailah kat De Garden. Tempat lepak baru. Best cuma yang tak bestnya kurang tempat makanan yang HALAL. Tengok, beg yang baru Yna Bliss hadiahkan semalam terus jadi beg feberet usung ke sana ke mari.
FRUIT LAND menjadi destinasi mengisi perut kami.
Ain Salleh makan nasi sebab dia macam tak boleh hidup tanpa nasi lepas tu dia sorang je order air. Lepas tu siap nasihatkan I dengan Mira order air lagi sebab dia cakap, "Air bagus tau". HELLO AIN! Yang bagus tu air putih bukan air manis manis ni. Geget kang!
Ohh dan Cik Mira Jamaluddin kita ni pun tak boleh hidup tanpa nasi rasanya so dia pun order nasi jugak tapi serious ikan dia sedap. Nyum! Nyum!
Dan I pula order spaghetti. I kan budget orang putih sikit so hello!!! tak main ahh nasi nasi ni. Gua makan mee lahh babe. Tengok ahh I punya paling banyak rasanya. Takde ahh semua appetizer dengan dessert kiterowang dapat sama cuma main course je dapat lain-lain. Dan aiskrim strawberi tu kalau nak kena tambah RM3.90. Gila mencekik kan? Nasib baik seeedaaap..
Lepas kiterowang dah habis makan, kiterowang berjalan jalanlah kan tapi mata I dengan Ain memang tak boleh tahanlah. KITEROWANG MENGANTOK GILA OK! MENGANTOK YANG TERAMAT SAMPAI JALAN PUN KALAU BOLEH NAK TUTUP MATA OK! Paham tak betapa mengantuknya kami? Kiterowang syak dieowang letak dadah lah dalam makanan kiterowang. Betul! Tapi yang peliknya Mira sorang je tak mengantok. BAYANGKAN LAGI BETAPA MENGANTUKNYA KAMI SAMPAI AIN SI DRIVER PUN TAK LARAT NAK DRIVE AND SURUH MIRA DRIVE PADAHAL PERGI JUSCO JE WEYH. PUNYALAH DEKAT ALAHAI! DAH LAH TU SAMPAI JUSCO PUN STILL MENGANTOK OK!
Lepas tu apa lagi mestilah melawat kawan kawan yang bekerja dalam Jusco tu jugak. Tapi untuk bulan ni ada sorang je yang bekerja di Jusco iaitu Shima Shaidun. Hai Shima, saya nak aiskrim BR satu FREE boleh? Dahlah tu adalah dekat 3-4 kali stop menyinggah dekat BR ni nasib baik boss dia tak marah ok! Nanti aku melawat ko lagi ok Shima. Bestnya ada kawan kerja kat Baskin ni. Dia ni ada jual lens murah tau. Boleh singgah sini then dia ada jual shawls murah murah dan uptodate jugak kat sini. Pi lah jenguk. Mana tau ada yang berkenan ke kan leh ahh beli.
HUSNA, SHAFIQAH, ATUL, TSURAI, LIYANA
AIN, AINEE, LYNN, AIMI, MIRA
Tak cukup dengan Shima, terserempak pulak dengan kawan kawan Convent dulu. Shima pun budak Convent jugak. Dah macam reunion tanpa dirancang pulak. Tengok deme semua baik baik je pakai hijab, I dengan Ain ni bilalah nak sampai seru ni. Coming soon! Coming soon! Ingat nak pakai time bday ni tapi tak jadi pulak rasa macam tak bersedia lagi. Best gila! Macam gila havoc time jumpa ni. Macam food court tu kiterowang yang punya. Aimi pulak dok promote shawl dia. Dia pun toke shawl rupanya sama dengan Shima. Link belog dia, tak ada pulak dia bagi tapi takpe nanti kalau ada, I tempek kat sini okies.
Hello! Bukan setakat kawan convent, kawan kat MGS pun terserempak jugak ok. Tengok, kan dah cakap macam reunion tak dirancang. Ni namanya Atteya. Satu kelas masa form 4 & form 5. Jangan tak tau I ni banyak sekolah ok, saja suka pindah pindah sekolah leh dapat banyak kawan. Ko ada?
Lepas tak havoc havoc semua ajar si Mira Jamaluddin makeup semua, kiterowang semua pun balik almaklum ahh I ada date dengan Apek pukul 8 malam. Nak dinner weyh! Nak dinner!
___________________________________________________________________
DINNER WITH SWEETHEART!~
Balik balik terus rushing tukar baju segala tapi semua macam tak sesuai so sarung je cardigan mahal yang Apek bagi tu. Pakai Tee yang sama. Makeup pun tak sempat nak touchup. Cair!
Apek kan dia suka buat suprise bila nak masuk kereta tau. Dalam entri lepas dia buat suprise bai bday card awal awal kan? Kali ni suprisekan I dengan cake pulak. Alahai terharunya dapat BOYFRIEND/TUNANG baik macam ni. Lilin tu! Lilin tu! Suka sangat. Yeah baby, IM 22 YEARS OLD THIS YEAR AND THIS IS MY LAST BDAY BEING A SINGLE LADY! ;( :)
Aktiviti tiup lilin. Tiup tapi macam tak tiup.
OTW pergi David Dinner. Yeah Apek bawa makan kat tempat sama kiterowang celeb enivesari ke 5 tahun dulu sebab serius kat Ipoh ni tak tahu nak makan kat mana tempat romantik romantik gitu.

APPETIZER

MAIN COURSE
DESSERT
Total adalah RM80. Oklah kan? Lepas tu dia ada bagi 4 ketul udang fresh tapi lupa pulak nak snap pic. And yeah itulah cardigan mahal yang I bumbang dalam entri ni. Kalau perasanlah kan, kat bahu tu ada bunga rose besar punya. I suka sangat dis cardigan.
TENKIU TUNANGKU & KAWAN-KAWANKU KERANA MENCERIAKAN HARI HARIKU. I LOVE U GUYS SO MUCH!
OK last sekali I update pasal sambutan hari jadi awal kan? HELLO! Kan I dah ackap tahun ni punya bday best. Kan?Kan? memang THE BEST BDAY EVER lahhhh..
On my bday day pulak, I tak boleh ambil cuti sebab esoknya kan CHINESE NEW YEAR, kasi chance sama lengchai dengan lengloi dalam opis I cutilah. Tapi nasib baiklah half day. I like ok! Disebabkan half day I telah membuat date dengan 2 orang sahabat dari kecil iaitu Ain Salleh & Mira Jamaluddin.
AIN SALLEH, MIRA JAMALUDDIN, AINEE JOE
Lepas kiterowang dah habis makan, kiterowang berjalan jalanlah kan tapi mata I dengan Ain memang tak boleh tahanlah. KITEROWANG MENGANTOK GILA OK! MENGANTOK YANG TERAMAT SAMPAI JALAN PUN KALAU BOLEH NAK TUTUP MATA OK! Paham tak betapa mengantuknya kami? Kiterowang syak dieowang letak dadah lah dalam makanan kiterowang. Betul! Tapi yang peliknya Mira sorang je tak mengantok. BAYANGKAN LAGI BETAPA MENGANTUKNYA KAMI SAMPAI AIN SI DRIVER PUN TAK LARAT NAK DRIVE AND SURUH MIRA DRIVE PADAHAL PERGI JUSCO JE WEYH. PUNYALAH DEKAT ALAHAI! DAH LAH TU SAMPAI JUSCO PUN STILL MENGANTOK OK!
AIN, AINEE, LYNN, AIMI, MIRA
Tak cukup dengan Shima, terserempak pulak dengan kawan kawan Convent dulu. Shima pun budak Convent jugak. Dah macam reunion tanpa dirancang pulak. Tengok deme semua baik baik je pakai hijab, I dengan Ain ni bilalah nak sampai seru ni. Coming soon! Coming soon! Ingat nak pakai time bday ni tapi tak jadi pulak rasa macam tak bersedia lagi. Best gila! Macam gila havoc time jumpa ni. Macam food court tu kiterowang yang punya. Aimi pulak dok promote shawl dia. Dia pun toke shawl rupanya sama dengan Shima. Link belog dia, tak ada pulak dia bagi tapi takpe nanti kalau ada, I tempek kat sini okies.
Lepas tak havoc havoc semua ajar si Mira Jamaluddin makeup semua, kiterowang semua pun balik almaklum ahh I ada date dengan Apek pukul 8 malam. Nak dinner weyh! Nak dinner!
___________________________________________________________________
DINNER WITH SWEETHEART!~
Balik balik terus rushing tukar baju segala tapi semua macam tak sesuai so sarung je cardigan mahal yang Apek bagi tu. Pakai Tee yang sama. Makeup pun tak sempat nak touchup. Cair!
Total adalah RM80. Oklah kan? Lepas tu dia ada bagi 4 ketul udang fresh tapi lupa pulak nak snap pic. And yeah itulah cardigan mahal yang I bumbang dalam entri ni. Kalau perasanlah kan, kat bahu tu ada bunga rose besar punya. I suka sangat dis cardigan.
TENKIU TUNANGKU & KAWAN-KAWANKU KERANA MENCERIAKAN HARI HARIKU. I LOVE U GUYS SO MUCH!
Wednesday, February 2, 2011
My Early Bday Hangout
Semalam masuk je kereta, Apek hulur Bday Card. Eeee cantik sangat. Oooomeeeell angat. RARE sangat. HANDMADE some more.

3D some more. Gila rare. Gila teruja. Macam kad untuk princess je. Princess Ainee ehh? Seswai ke?
I LOVE U SO MUCH B! Thanx sangat sangat for this B-Day card. 2 tahun lepas u bagi I card bday besar punya ya. Handmade jugak. Rare jugak memang tak boleh cari kat mana-mana kedai. Tenkiu B! Mesti penat kan u nak buat untuk I kan? Ye lah 3D tu bukan senang. Ecehh! By the way, tak sabar nak dinner malam ni dengan u lepas tu pergi Penang esok dengan u sebab tak sabar nak pakai cardigan mahal tu. =))Wahh bestnya bday kali ni. Macam ada celebration before, the time and after.
Semalam keluar dengan 3 orang minah yang bernama Syera, Zaza & Yna ni pulak. And now I present 3 orang anak dara yang eeee baik sangat.
Syera Sazeli , Zaza & Yna Bliss
Best gila lepak ok. Dari politik sampai ke artis sampai ke diri sendiri semua masuk. Sembang kencang gila sampai dah tak peduli dah Restoran Ayam Penyet kat De Garden tu nak tutup pukul berapa. Paling best bila ada ayat ayat baru macam, "Jangan buat onar"lah, "Jangan lupa gosip-gosipkan" by Syera. "SWEET SANGAT" pulak by Zaza. I dengan Yna je moden gila tak ada ayat kelakar nak buat. Ni semua si Syera ngan Zaza punya budak kolejlah. Eeee sumpah lawak ok, bila teringat je mesti nak tergelak sangat. ALAHAI SWEET SANGAT!Lepas tu sesi Yna meluahkan kegeraman terhadap seseoranglah. Fuiyoo cerita dia memang panjang gila, detail gila siap ada flash back semua ok tapi yang best sebab I tak pening. Kalau I yang cerita mesti semua orang dah telan pil esctasy sebab I memang kalau cakap macam KEL sikit.
Ni apa yang I order. Gado-Gado, nasi putih dengan Cappuccino. Weh sumpah sedap ya cappuccino dia tak rugi bayar RM5.50.Lepas tu tak sangka ok dapat gift from Yna sebab ingatkan dia suruh tengok apa dalam beg BLISS dia. Ye lah ingatkan berkaitan dengan gosip dia sebab ye lah orang suruh cerita lepas tu dia cakap, "Ko tengok dulu ni". I macam ohh adakah gosip ni berkaitan dengan gambar gambar yang ada kat dalam beg BLISS dia tu ke apa rupanya hadiah untuk I. Best! Best! Best! Memang taste I lah.
TADAAA!!Cantik ok beg ni. Nasib baik Yna tak pilih beg taste orang-orang tua kalau tak muka mesti tak excited. APA YANG BEST?
1) Warna dia.. Kuning mustard gitu..
2) Ada stud stud. I like sangat.
3) Not too big not too small. Sedang-sedang je..
4) Chain dia.. Panjang lepas tu ada style ahh..
TENKIU SO MUCH YNA! SUMPAH SUKA GILA OKKKKK!!!

Ok! Hadiah yang super besar ni. Serius besar weyh!! Haa ni from Zaza. Tengoklah ayat dia. Alahai SWEET SANGAT! Nak tahu apa benda?? Jom layan..
Tadaa! Dis yellow kuning-kuning cute creature. WEYH SUMPAH KIUT SANGAT! Dah lah pagi tadi pun tak sedar tidur pelok yeloowniee ni. Sedap gila tidur I bila pelok dia. Tenkiu so much Zaza, suka gila ok ini hadiah. Suka! Suka! Suka sangat. Bertambah koleksi teddy bear present I.
PINK KUAT SANGAT tu from ApekPINK SLOW SANGAT tu from my mum
YELLOW KUAT SANGAT ni from sapa lagi kalau bukan ZAZA..
Tenkiu! tenkiu!
Syera pulak dia tak ada masa nak pergi beli hadiah semua. Tapi heyy takpelah, dah keluar makan bersama ni pun dah cukup ok. FUN SANGAT! Tenkiu Syera.. Bukan senang nak date u ok!
Eeeee bestnya bday kali ni. HEPI 22 YEARS OLD AINEE CUMI!
Btw hari ni I kerja half day je so petang ni nak keluar celeb dengan Mira Jamaluddin & Ain Salleh pulak. Malamnya I dinner dengan Apek tu. Esoknya pergi Penang. Lepas tu hari Jumaatnya pergi Gua Tempurung dengan Saza, Ctie-K & Shaz. Wauu! Bestnya bday kali ni. Ok daaa..
Tuesday, February 1, 2011
Rambut Baru yaww & THE DOORGIFT (AINEE'S SIDE) has ARRIVED
Wahai belog, hari Ahad indah yang lepas, saya telah melaburkan RM100 terhadap rambut saya. Ini semua gara gara Iqa Joe si penghasut nak buat rambut juga tapi rambut dia panjang so dia kena RM120. Still murah sebab saya tak pernah buat rambut less than RM150. RM100? Wau! mesti WAUU! MESTI MAHU! Saya buat dekat STYLES SALOON dekat Ipoh Jaya ya wahai warga Ipoh. Kalau tiba-tiba deme caj mahal kasi cepuk pale deme. Dah ahh bukan stuent buat, senior ok! Lepas tu gila kejap buat tak payah nak krem ponggong. 2 jam je ok! Btw abaikan rambut yang macam gila berminyak sebab weyh 2 hari tak cuci rambut kot. Tak busuk tapi berminyak. Eeee I dun like ok nyah.. Tak sabar nak cuci esok. =))
And here is the teaser of our doorgift (Ainee's Side). Amboi melampau kan belum kahwin lagi dah ada teaser. Comel! Memang tepat dengan English Concept I. Tengok ayat ahh bukannya "KITEROWANG DAH KAWIN" tapi "WE ARE MARRIED" tu!Lega rasanya dah tak payah pikir doorgift untuk belah I. Kasi settle benda lain pulak. =))
Ohh lupa nak cakap, saya telah menghabiskan RM30 untuk beli 2 majalah PENGANTIN edisi khas. Takpe lepas kahwin ni dah tak ada dah majalah-majalah pengantin ke penganton ke ok, darling Apek (I know kalau u tahu ni sure cakap I bazir banyak ni. I know! I just tak boleh tahanlah the nafsu. Heheheh)
Subscribe to:
Posts (Atom)
-
Assalamualaikum. Bertemu kita lagi di entri #TravelDiary. Kali ni Aini dan Amirul pergi Langkawi selama 4 hari 3 malam dengan menaiki pen...
-
Hello hello assalamualaikum. Hashtag dekat belog Ainee yang paling digemari ramai. #TRAVELDIARY. PERINGATAN : SUPER PANJANG. BILA BACA BOL...