Wednesday, March 30, 2011

FORTUNECLUB, ITS A SCAM!

Hai babe, its been a long time kan I tak update belog. Been bz sangat sangat, banyak report nak kena taip lepas tu dengan internet kat rumah lambatnya.

So I ada satu experience nak share dengan korang semua. I HAVE BEEN SCAM! ME & APEK! BOTH OF US KENA TIPU! Sebab benda ni, after dis Apek dah tak mau manjakan me. Ok dats is sad but then I tahu tak mungkin punya so hepi balik. ^_^

So here goes the story, semalam lepas dah bayar bil P1, I dengan Apek pergilah makan dekat Tesco dekat dengan Jusco tu. Lepas dah makan makan makan, kiterowang pun jalan jalanlah keliling Tesco tu. Suddenly ternampak dis one booth which is FortuneClub. FortuneClub ni kiranya macam agensi perlanconganlah and they claim that they are under Air Asia but hell no ok! Tapi kiterowang kena join jadi ahli dulu yang memerlukan Apek & I bayar RM689 kalau nak dapat semua benefit tu makanya kiterowang bayar RM389 dulu. The balance dia cakap boleh bank in dekat Maybanklah, dekat CIMBlah, pejabat poslah. Semualah tapi tak bagi pun account number. Finelah! Lepas tu dah dapat resit semua, tanpa bagi penerangan dia suruh I dengan Apek study kat rumah. I macam, "What? Study kat rumah?? Kenapa tak terangkan je sekarang". Ok time tu dah pelik dah. So I dengan Apek duduklah kat food court study benda tu. Hati dah tak sedap dah time ni. Serius cakap punya! Tengok dia punya pamplet pun macam pelik je. Dah lah tu tak ada company chop, name card pun tak ada lagilah menambahkan kepelikan. Dah lah tu kat file tu pun gambar dia pecah-pecah, tak menampakkan professional langsung.

So balik tu ingat nak check dekat Internet tapi internet pulak buat hal. So pagi ni Apek check link dia broken. Tak boleh masuk pun. Telefon customer service pun tak angkat-angkat. Lepas tu, tadi pukul 12pm pergi balik Tesco tu untuk claim our money back. Perghh banyak gila alasan dia bagi. Dia cakap tak boleh dapat duit baliklah, tak ada duitlah, website tengah under constructionlah. Macam macamlah alasan yang dia bagi, ye lah cakap nak tipu duit orang kan kenalah pandai cakap. Tak rasa berdosa ke dieowang ni makan duit haram. Nak kata Islam, ISLAM. I memang tak bercakaplah, Apek je cakap sebab Apek kan penyabar, kalau kasi I cakap mau terbalik meja tu. See kenapa Allah menemukan I dengan Apek? Because we are so different. We complete each other. Insyallah.

So dipendekkan cerita, dia cakap pukul 9 malam ni dia akan return duit tu sebab dia cakap tadi dia tak ada cash. Peliklah weyh, takkanlah tak ada satu sen pun dalam petty cash. PENIPU BETUL! Then dia cakap kena tunggu HQ bank in lah apalah. BIG ASS LIAR! Bila orang suruh bagi duit dia sendiri, dia cakap dia tak ada duit. Takkanlah supervisor tak ada duit. Pelik gila. I memang duduk tak mengadap dieowanglah. I kasi my bontot kat deme. Hahahah!

So I tak nak ada sesiapa ni yang kena tipu macam I dat is why Im blogging about it. 4TuneClub ke ITuneClub ke FortuneClub ke semua tu penipu. Tak percaya pergi buat research kat google. Ni I bagi satu link untuk u all refer. Link. So sekarang ni korang doakan je lah dia tak lari ke mana and I will get my RM389 back. Amin! Sebab kalau ikut rasa hati ni I sanggup tu tunggu kat situ je sampai I dapat duit I balik tapi memandangkan I dengan Apek ada komitmen bekerja so we cannot do that. So pengajarannya never ever trust anything sebelum buat research dulu, ok!!! Lepas tu percaya kati hati. Please trust your instinct. OK?

By the way should I make a police report?

Thursday, March 24, 2011

BAGASI HONEYMOON

Yes! Walaupun pakej honeymoon tak beli lagi gara-gara menunggu MATTA FAIR bulan lapan ini dong tapi begnya udah dibeli seyh hari Isnin lepas kat Ipoh Parade. Murah gila gila gila ok. Serius siapa nak beli beg tarik tarik tu pergi ahh Ipoh Parade sekarang rasanya ada lagi sales kot.


PALING BESAR DI ANTARA SEMUA BEG.
The largest tau. Besar gila, sumpah tak tipu. Sampai ibu cakap ni betul nak pindah rumah ni lepas tu ayah pulak tanya berapa ekor kucing boleh muat dalam tu. Ahahahah! Lawak je tau my parents ni.


SWISS POLO tu nama beg I ni. Gagah perkasa you.


Disebabkan ayah tanya berapa ekor kucing boleh muat dalam tu kan makanya I pun letak ahh gambar gambar kucing kat situ so boleh buat anggaranlah berapa ekor kucing boleh muat dalam tu. Banyak gila ok boleh muat wahai ayah oii sebab serius besar gila sampai tak payah dah nak bawak 2 beg. Kira macam complete gila ahh kalau nak sumbat semua baju. Haa untuk orang macam I yang tak reti nak minimumkan pembawaan baju bila jalan-jalan memang sesuai sangatlah. ^_^


Nak tahu tak I beli berapa hengget? Weyh kalau cakap ni kompem tak percaya ni.


RM!@) je weyh. Haaa kalau nak tahu jawapan dia pergi cari simbol macam ni tapi tak payah tekan shift. Jangan terbeliak mata ok. Memang murah gila so siapa nak pergi honeymoon ke nak pergi bercuti ke buat masa terdekat ni tapi tak ada beg lagi haa boleh ahh pergi Ipoh Parade. Diskaun sampai 70% wa cakap lu.

Monday, March 21, 2011

CAKE CUTTING DRESS - send to tailor


Assalamualaikum semua. Kum apa kumbang. Bang apa bangla. La apa lalat. Ok dah jangan main jawab cepat.

OK! Sabtu hari tu which is on 19/03/11, I dengan #DearFutureHusband keluarlah pergi mencari cari kain. Konon nak survey survey but then tak tahulah adrenalin teruja terlampau banyak ke apa ke kan terus terbeli kainnya instead of the "nak tengok je" term. #DearFutureHusband pun macam terkejut bila I cakap, "B! Nak! Nak!" sambil yeahh buat muka comel lah mesti kan. Apek muka macam blur but then as usual dia surely akan cakap, "Nak? Ambiklah". Yeah, he has never ever eber every mengecewakan I. Hey! He love to baby me so much, I dun know why. So there it was I bought 4M chiffon and 2M Satin. PINK COLOR! Soft pink color to be correct. Beli kain kat mana? Oh, I beli kain kat RIAMODA.

Then cepat cepat pergi kedai tailor. Nampak? Nampak tak betapa terujanya I? Dah discuss punya discuss dengan tailor nak lengan macam ni lah, nak belakang flowy flowy macam princess lah then tailor tu cakap dress I ni perlukan kain yang super banyak. I macam huh?? Tak cukup ehh 4M chiffon and 2M satin. Then dia cakap memang tak cukup so I cakap ok nanti I pergi beli kain then I datang balik so malam tu datanglah balik dengan baju lain, kereta lain dengan membawa 7M chiffon and 6M satin. Eceh dah macam orang kaya dah. Ahahahahah! Lepas tu dia macam terkejutlah ingatkan I nak datang besok ke apa ke kan sekali I datang malam tu juga. So dia amik ukuran semua and tadaaa bulan 7 baru my baju siap. Cant wait ok!

So baju potong cake dah settle. Lega gila. So konklusinya adalah I akan pakai 2 baju for my reception on my side. Baget artis balik.

So dress apa yang perlukan sampai 13M punya kain? You better make it nice tailor if not Im not gonna pay you.

Friday, March 18, 2011

LAUK PAUK on my engament day

Ok ramai orang email I tanya lauk apa yang I hidangkan time pertunangan I sebab dieowang pun macam tak tahu je nak hidangkan lauk apa untuk tunang. I just cakap lauk biasa-biasa je, lauk apa pun takpe janji sedap and tetamu yang datang tak keciwa dengan lauk yang kita hidangkan.


NASI MINYAK
At first my mum nak masak nasi putih and then 2-3 days before I come with the Nasi Minyak idea sebab macam special sikit kan kalau hidangkan nasi minyak so here it goes nasi minyak. Tapi of course nasi putih pun ada cuma sikitlah. So nasi minyak tak semestinya dihidangkan time kahwin sahaja.


AYAM GORENG MASAK REMPAH
This is so my favorite. Tapi ayam ni masak sikit je sebab orang-orang tua which is my mum, my aunty-aunty, my uncle-uncle and my opah ingatkan ayam goreng berempah ni tak laku. I dah cakap dah kat my mum I nak ayam ni tapi dieowang boleh hidangkan 2 jenis ayam pulak tapi lebihkan ayam yang lagi satu tu yang dah common sangat orang dok hidangkan kat majlis-majlis. I dah cakap kat my mum I want it to be something different tak nak ahh common sangat tapi tu lah my mum pun degil macam I kan dia buat jugak 2 jenis ayam. Adoii! Sudahnya tak sampai berapa minit ayam goreng berempah yang umphh ni pun habis sudahnya I pun tak dapat merasa. Laku gila kot ayam ni.


AYAM MASAK MERAH
See! Common kan? Dah biasa sangat pergi kenduri je makan ayam masak merah. Pergi kenduri je makan ayam masak merah. Kahwin nanti kompem tak ada ayam masak merah so kepada bakal bakal tetamaku yang merupakan peminat tegar ayam masak merah diharapa jangan keciwa ok. =D


KARI DAGING KERBAU BESERTA UBI
Inilah lauk ketiga. I turutkan je permintaan mak I yang nak sangat ada kari daging. I kalau boleh nak daging yang warna hitam hitam tu. Alah yang manis-manis tu. I pun tak tahu nama dia. Tapi tu lah lupa nak tulis apa menu menu tu sebab ye lah kawan cina I pun ramai datang, kalau yang buddha sure tak makan sebab ingat lembu kan, padahal kerbau. Adoii!


KACANG PANJANG MASAK RENDANG
And last but not least, mestilah ada sayur sayuran. Ini pun pilihan mak I sebab citarasa I sebenarnya kubis goreng sebab I dah buat survey dah di kalangan kawan-kawan I dieowang suka sayur masak apa then banyak cakap kubis goreng yang dicincang halus tu. Tapi takpe, kacang masak rendang ni pun sedap gila. Umphh!! So siapa siapa nanti tak tahu nak masak sayur apa silalah masak kubis goreng ok. Alah yang macam kat kedai mamak selalu ada tu.


DESSERT
Macam biasalah nak beli buah mahal mahal tak mampu so hidangkan je lah tembikai. Tembikai pun dah mahal ok zaman 2010 ni.


DRINKS
Disebabkan majlis tunang I temanya Ungu makanya air pun kenalah warna ungu so kiterowang hidangkan ribena sunquick so kenalah dengan tema tapi warna air I tak pekat sangatlah sebab mak I guna 2 botol je cordial tu mana nak cukup. Bapak I beli 3 dia guna 2 je.
Lauk ni semua dimasak oleh ibu I dan dibantu oleh mak mak dan pak pak sedara I. Ayah I tak masuk campur sebab dia memang seorang lelaki yang gagah yang dimanjakan yang disayangi oleh anak anak dan isteri maka tak buat kerja apa pun melainkan menjadi pemerhati.


So, pengajarannya di sini ialah
1) Tegaskan kepada parents kita apa yang kita mahu. Kalau perlu tulis besar besar lekat kat dinding dapur ke apa ke bagi semua orang nampak dan tak ada yang pandai-pandai tukar apa yang kita mahukan. Kadang-kadang ada influence dari luar, itu bahaya.
2) Jangan lupa labelkan lauk apa yang dihidangkan
3) Kalau banyak tetamu chinese jangan hidangkan sirap sebab dieowang kurang gemar air sirap
4) Jangan masak berlebih-lebihan. Make sure beli plastik so dat tetamu yang duduk bujang ke apa ke boleh bungkus bawak balik
5) Kadang-kadang mak kita ni concern lebih. Dia takut lauk pauk tak cukup maka pembaziran akan berlaku. Ini kalau masak sendirilah, kalau catering rasanya takkan ada masalah. So listkan barang-barang yang diperlukan. Tegaskan kat parents kita jangan beli lebih atau kurang. Benda ni pun kadang kadang ada pengaruh dari luar, maka tegaskan yang kita tahu apa yang kita lakukan. Eewahh padahal bukan kita yang masak, senang sembanglah ya.


So total semua habis untuk makan saja adalah RM700-RM1000. Perancangan perlu ada. Kalau boleh listkan bahan-bahan basah dan bahan-bahan kering yang perlu dibeli. Tapi kalau catering no hal lah. Nasib baik ni duit ayah I kalau tak mau rabak poket I ok! So I memang sangat sangat sangat berterima kasih kat my mum dengan my dad yang banyak sangat support I. My family memang best gila ok, baju tunang I pun I keluarkan RM50 je the rest my mum yang bayar. THANX IBU, you memang the best mum in the world lah walaupun akak selalu buat Ibu sentap sehari. Ayah pun best gila, muka je ganas hati pink jambu alahai, haishh sayang betul. Kat adik adik pun sayang jugak sebab without them my hantaran hancurlah weyh, cermin kat pelamin tu penuh cap jarilah weyh. Thank you so much. Nak cakap thanx depan depan malu, so cakap dalam belog je lah walaupun dieowang mungkin tak baca tapi dis is the way I show my appreciation.


Ok hopefully dis will help.


COMING UP NEXT : Guest Book & Engagement Card

Tuesday, March 15, 2011

Miss This Moments So Much - My Engagement Party

Currently using this image as my avatar on my Facebook and Twitter because damnnn I miss this moments so much.

AGEN JUAL RUMAH!

Siapa siapa tengah cari Agent untuk jualkan rumah ke sewakan rumah ke ataupun kilang ke tanah ke apa apa je lah melibatkan residential, commercial and industrial property for sale or to let, bolehlah contact I kat 05-2558822. Cari Aini ok. Tu number office I. Jangan risau, company I memang established. Its WTW Real Estate. Here is the link. Haaa bolehlah godek godek tengok.

Telefon I then we have a discussion about the commission that we will charge. Semualah! Pasal value rumah jangan risau sebab kat sini we do have valuation department jugak so straight away boleh check the value of your house.

Melayu kenalah tolong melayu kan? Ini I tengok contohnya chinese cari chinese punya salesperson je. Bagus woo tolong bangsa sendiri! Melayu rileks je I tengok tak kisah nak pergi mana mana pun. Cina boleh, India boleh, Iban boleh. Semua pun boleh cakap 1 Malaysia kan tapi come on guys kalau ada 2 pilihan, pilihlah bangsa sendiri. Majukan bangsa sendiri bak kata Dr. M. Siapa lagi nak tolong bangsa sendiri, kalau bukan bangsa sendiri. Contohilah bangsa cina ok. Ok dah makin melalut nampaknya, kena berhenti sebelum berleteq panjang lagi.

So, kalau siapa siapa ada nak jual rumah mahupun sewa boleh lah kontek I ok. =))

Monday, March 14, 2011

HONEYMOON, TAILOR, RING, WATCH, PHOTOGRAPHER

Sepanjang MATTA FAIR ada kat stadium Ipoh tu sepanjang hari tu lah kiterowang menilik nilik nak pergi mana untuk honeymoon. Baget less than RM2000. Mula mula ingat nak naik cruise 4 hari 3 malam, dia berhenti kat Krabi dengan Phuket tapi macam nak pergi Universal Studio kat Singapore tu. So disebabkan masih ragu-ragu tak tahu nak pilih yang mana kiterowang cadang nak tunggu MATTA FAIR bulan 8 ni.

Untuk baju pun I still macam konpius konpius jugak tak tahu nak design macam mana. Nak discuss dulu dengan #DearFutureHusband and my adik beradik (parents tak masuk sebab dieowang mesti cakap ikut suka kamulah aini), and my kawan-kawan. Mula-mula macam nak buat 2 baju tau time reception. One for bersanding and another one for cake cutting time tapi macam membazir pulak lepas tu bila pulak nak pergi salin baju. Ingat diri sendiri ni artis ke? Orang lain pun buat satu baju, I pulak takkan nak buat sampai 2 baju kan? So to makes thing easier, I decided to wear only 1 of my dream dress instead of 2 on my reception.

As some of u might know, I nak sangat dress yang ada rose rose satu masa dulu but then sekarang ni my mind has changed. I dah tak nak macam ni dah, nak design lain pulak. #DearFutureHusband pun dah pening dah dengan kerenah #DearFutureWife dia ni haaa. Dia cakap I ni unpredictable. Dia cakap I ni susah nak buat suprise, kalau nak buat suprise kat I, kalau hari tu I berkenan dengan satu benda tu kena beli hari tu jugak, kalau postpone hari lain nanti I dah tak suka dah. Dia ibaratkan macam kalau hari ni I cakap I teringin sangat nak makan karipap tapi dia tak beli hari ni dia beli esok sure I tak excited dah. Hahahaha! Sorry B, nak buat macam mana, I memang cepat tukar fikiran. =D

By the way, I dah ada design baru dalam kepala and menanti masa nak tunjuk kat #DearFutureHusband je for approval. Kena cepat cepat sebab Sabtu minggu depan nak pergi beli kain dah.


Ohh! And the good news is I've found a ring for my #DearFutureHusband and it has the same red stone as my ruby diamond ring. But of course it is not a ruby stone, it has another name which I has forgot (nanti I check balik nama batu tu). Tak beli lagi but then definitely will purchase it as sone as possible. Yeah! Ada matched ring. Double happy. Lepas tu dah beli dah jam untuk hantaran for Apek. BRAND:FOSSIL

Lagi satu, semalam dah pergi jumpa photographer kat Mcd, Tambun. Overall semua ok. Im taking Fadhil Pictures as my official photographer. Harga pun affordable. Still in budget.

Haa tu je lah update untuk minggu lepas. Adiosa!

Friday, March 11, 2011

Dating dengan #DearFutureHusband

Kita pun nak jugak ohh tag tag macam HudaLuna dengan Kak Hanna Maruku dok buat. Ni semua sebab twitter tapi dulu macam ehh segan ehh nak guna tapi lepas dah ada geng nak gak weyh. Tak boleh jadi ni, kita pun nak gak!!


Hari ni I nak pi tengok cerita ni. Yes! Cerita Hikayat Merong Mahawangsa (malunya tadi gagah dan bangga je update timeline kat twitter cakap nak tengok cerita MerongMangsa). Graphic macam A je, wajib tengok ni untuk meluaskan pengetahuan #DearFutureHusband lagipun dah 3 bulan kot tak tengok wayang, konon tak nak enjoi apa apa lah sebab nak guna duit untuk kawin tapi kalau untuk MerongMangsa ni rasanya berbaloi baloi ni. 8Juta weyh baget dia. MESTI TENGOK!


Seperti yang sedia maklum, I akan berkahwin dengan my #DearFutureHusband tak lama lagi so kiterowang dah plan-plan dah nak pergi honeymoon tapi tak tahu kat mana. Yang mana best kami layan je. Tapi buat masa sekarang ni sumpah teringin gila pergi Japamala Island. Ni semua sebab ada sahabat I yakni bernama CIK SITI WAN KEMBANG (nama dia glamor ok! U should be proud darling. Haa kowang hado nama cam puteri puteri ni?) yang sowang ni rekemenkan tempat ni. Lagipun entah bila tengok KRABI tak jatuh cinta pun, tengok BALI jatuh cinta tapi bila tengok JAPAMALA ni perghh lagi ahh bertambah tambah jatuh sampai dah tak larat nak bangun untuk jatuhkan cinta balik dah.


JAPAMALA ISLAND

Romantik gila..


Laut! Birunya... Tenangnya... Damainya...

Indah gila kan ciptaan Allah. Biru gila laut dia. Mendamaikan.


Tapi tu lah budget pun macam nak RM3000 jugak ahh kalau nak tinggal 2-3 hari tapi memang berbaloi baloi ahh kalau dapat pergi sini. Percaya tak kalau I cakap Japamala ni dalam Malaysia je weyh? Dia dekat dengan Pulau Tioman. Nak pergi sini pun ada kapal terbang persendirian wohh. Memang private betul. I like! Tapi kena ukur baju di badan sendiri, mana mampu nak pergi sini, Bali lagi murah kot. Tapi takpe, one day dah janji dengan diri sendiri akan pergi juga tempat nI. ONE DAY BABY, WAIT FOR MAMA! =D


Ok, sekarang apa motif cakap benda ni? Ini kerana hari ni lepas balik kerja akan singgah MATTAFAIR. Duit pun dah cash out dah sebab ye lah kang kena bayar deposit kang mana nak cekau duitnya. Lepas tu minggu ni memang bz gila ahh, dengan nak jumpa abang photographer lah then nak pergi cari tailor lah sebab nak tahu berapa meter kain yang diperlukan untuk buat baju nikah dengan reception. Kalau ada duit lebih nak buat dress untuk potong cake juga. Cakap tengah sale kan sekarang ni. Siapa tahu dekat Jakel skang ni ada buat sale ke tak? Yang kat KL tu sebab ingat kalau ada sale nak ahh pi KL beli kainnya. =))

Wednesday, March 9, 2011

Tak suka perasaan bila haiwan yang kita sayang pergi tinggalkan kita.. T_T

OK! Ini cerita sedih. Saya dah sediakan tisu bergulung kat tepi ni haaa sebab tisu biasa tak ada, tisu tandas pun jadilah. One of my pets dah pergi. Oklah bukan my pet acctualy, its Izzati's one tapi I dah jaga dia since Izzati sambung Degree kat Johor. Meaning dah setahun I jaga dia kalau tak silap I. Gilalah kalau tak sedih bila dia pergi. Ye lah kitalah yang tukarkan tempat tidur dia, kitalah yang bagi dia makan, kitalah yang bagi dia air, dialah yang kita tenung hari hari before masuk tidur. Now? Now dah tak ada. T_T


Ni waktu first day jaga dia. Waktu ni Atik dengan Kengkang teruja gila ada makhluk baru dalam rumah. Asyik tenang dia je.


Serius I tak tahu kenapa dan kenapa Gucci pergi. WHY SO SUDDEN? Sebab sebelum tu Ifa cakap Gucci tengok Iqa packing nak balik kolej. I pulak tengok dia sekali imbas je time tu sebab I nak mandi then tengok The Ordinary Family tapi cerita tu dah tak ada maka dengar ceramah pasal Santau dekat TV9 sampai pukul 11malam. Lepas dah dengar ceramah, masuklah bilik lepas tu nak kacau ahh dia tidur sebab selalu akan sergah dia goyang-goyang sangkar dia sebab selalu risau dia dah mati sebab serius Gucci kalau tidur memang macam mati tau, tengok tengok dia dah tak menguit dah and kali ni serius dia dah pergi. I macam ehh asal tak menguit selalu dia mesti macam terkejut macam rumah dia kena gempa buli lagaknya. Terus bukak sangkar then cuit dia. I macam "Ehh Gucci! Gucci dah mati! Gucci dah mati!". Habis satu rumah dengar. Lepas tu I gerak gerak dia tapi dia tak mau bangun jugak. Dia dah terkulai tak bergerak. Lama! Lama I pegang dia. I usap bulu dia, I tengok kaki kecil dia. I nangis kuat-kuat tapi tutup pintulah sebab nanti ibu ayah dengar habis I kena bahan. T_T

Tapi kenapa Gucci pergi? Makanan cukup. Air pun cukup. Serbuk hampagas semua bersih. KENAPA?KENAPA? KENAPA?? SEDIHNYAAA!!!


Until now bila I teringat yang I baru je lepas bersihkan sangkar dia, I cried. T_T
Ni gambar dia. Dia pergi waktu dalam tidur. Sedihnya!


Kat sinilah dia tidur lalu pergi. Tempat feveret dia. Tempat yang dia selalu tidur. Oh Mai! Please come back Gucci. T_T
**cant stop my tears T_T


Dahlah dulu selalu marah dia sebab dia selerakkan serbuk serbuk tu tapi lepas I dapat idea letak cage dia dalam kotak ni dah tak bising dah sebab tak sepah pun bilik. Alah bising pun bising bising manja macam, "Kenapa Gucci selerakkan bilik? Penat tau nak kemaskan sayang Gucci oii.".


I will miss u every single day Gucci yang comel. Walaupun awak selalu gigit tangan saya tapi saya tak kisah sebab awak kan haiwan. Lagipun saya tahu awak tak sengaja, mungkin awak ingat saya nak ambil awak dan makan tu sebab awak gigit kan??kan?? Anyway, rest in peace Gucci. Dah tanam kat tepi rumah dah. ;((

Monday, March 7, 2011

Menimba Pengalaman Baru


Seperti yang tidak ramai sedia maklum, Jumaat lepas aku ambil cuti. Sebab apa? Sebab nak kerja part time dekat IT FAIR. Makanya 3 hari lah aku berdiri dengan merabakkan kaki sebab sumpah ko bayangkan 3 hari berdiri daripada pukul 9.30 pagi sampai pukul 10.30 malam. 3 hari ok! Cuba 13 jam darabkan dengan 3 hari maknanya dah 39 jam aku berdiri je kerjanya. Dahlah hari pertama gila bebal aku ni, pi pakai kasut tinggi. Memang hebatlah berdiri dengan kasut tinggi selama 13 jam weyh! Kagum kan? Tapi sakitnya memang sakit tak tercakap lah weyh. Kalau korang nak tahu sakit dia macam mana, kasi try pakai heels lepas tu jalan jalan jalan kat shopping mall tu dari dia bukak sampailah dia tutup. Jangan duduk ok! Haaa itulah dia! Itulah dia dinamakan kesakitan demi kecantikan. Lepas tu tobat terus esoknya dah tak pakai heels dah, pakai flat gitu.

Jadi promoter rupa-rupanya best ok! Dulu before this tengok kerja promoter ni macam payah je sebab kena jual jual barang kan, kena panggil panggil orang kan tapi perghh kepuasan dia bila dapat customer tu memang bestlah. Susah nak cakap woo, kowang kena try lah. Dahlah boss pun best. Dalam sehari tu tak payah risau lah nak makan apa ke minum apa ke, memang boss dah providekan dah. 2 kali makan pulak tu. Semalam last day boss belanja makan McD. Aku memang sapu BigMac lah apa lagi kan. Nyum! nyum! Nikmat dia lain macam tu, ate benda free kan.

Yang paling best, dapat kenal dengan kawan-kawan barulah macam Ms. Chen, Ah Yong, Ah Kit, Carmen, Ah Ying, Kila, Anis, Siti, Mirza, Mira, Wan dengan Akmal. Kena tulis semua nama kat sini kang takut lupa. Hihihihi! Dah lah hari hari last baru nak menghafal nama itupun tanya kat Kila. Sempoi ahh deme, macam sedih je bila hari last tu. Gedik gila kan? Well!

Kaki memang tak payah cakaplah, sakit bukan main tapi memang berbaloi ahh weyh. Yang hari last tu, boss cakap kalau dapat jual satu laptop dia kasi RM70 satu unit. I dapat jual 2 lepas dia umumkan benda tu. RM140 dah ada dalam tangan dah. Satu hari dia bayar RM60. Oklah tu. Kira kira dalam 3 hari ni dah jual 12 laptop jugaklah. Apek pun sama dapat jual banyak juga. Haa kalau komisyen Rm10 untuk 1 laptop pun oklah.

Tapi dalam suka ada gak rintangan. Promoter cha ya nun alif memang perangai macam ba alif ba ya. Tau nak curi customer orang je. Mentang mentang customer tu pun cha ya nun alif, dia pun cakap bahasa ibunda dia memang malas ahh nak nyampuk dah kan sebab kompem-kompem customer tu pun cakap bahasa ibunda dia. Haishh geram betul. Ingatkan aku je tak suka rupanya dengan accountant dengan boss kedua yang satu kaum pun tak suka 2 orang tu. Sowang laki sowang perempuan. Perangai macam tahi katanya then lepas tu dia cakap lepas ni tak nak panggil dah. Hahahahah! Padan muka!!

Overall ni memang satu pengalaman yang barulah sebab tak pernah kerja yang dapat rasa puas macam ni. Its such a new experience for me. Doa-doakan gaji banyak sikit tau, kiterowang nak pergi honeymoon tempat best best punya maka kena cari duit lebih sikit mau honeymoon punya pasat. Haa jangan nak fikir biru ehh. Tak sabarnya PC Fair lagi.


P/S: Akhirnya dapat beli pendrive 4G. RM20 tu der, murah gila tuuu. Kowang boleh dapat?

Thursday, March 3, 2011

What Word Should I ENGRAVE on my WEDDING RING?

As some of u might know, I already choose my wedding ring. Yes! Its quite early as my wedding day will be some where in October but then I just fall in love with this diamond ring attach with the gorgeous eye drop ruby stone. I found it unique and can I say its possible to find it on others?? Ecehh!!

Adalah one day tu, we just walking around, walk walk walk and then just suka suka masuk kedai diamond ring and then testing testing testing and suddenly tersuka.

Then when Apek said, " Sayang baby I ni suka tak? Nak tak?".

I was like, "Ooo Hemm Jee, of course I wanted it. Ruby kot!! Nak! Nak! Nak! Tapi mahal.. ;((".

Then Apek just asked the pretty patient lady (sebab I keep on requesting to try that ringlah this ringlah then the ring backlah, well I only get to choose my wedd ring once in my lifetime kan) to wrap it out for us and kachinggg there's fly his money. I was like " Are you serious?? RM2000++ tu B!".

Then he said, "Takpe, janji u suka ok" sambil cuit hidung I. Gediknyaaa!!


This is what we called ruby but this is not my wedd ring. Orang tu cakap kalau nak tengok ruby tu bagus ke tak gred dia, warna dia macam darah. And why diamond that attached with stone is way more expensive? It is because they are rare. Kata salesgirl tu lah sebab I macam weyh napa dia ni lagi mahal tapi batu kecik je, tak adillah. Then dah lah tu jual balik tak ada harga. Rupanya dia rare. No wonder! Ohh by the way, I bought my wedding ring at Diamond & Platinum.


Then today we decide to engrave some words or initial probably on my wedding ring. So any suggestions my dearie readers and fellow friends that I love so much because keep supporting me all the time. (eceh ayat!ayat!)

Zaquan & Ayu @ Paroi
So, Im thinking of:-
1) APEK & AINEE (macam Zaquan & Ayu Raudhah buat)
**picture credit to Picasso
2) APEK LOVE (in symbol) AINEE
3) APEK & AINEE 28/02 (tarikh kawinlah contohnya)
4) A& A 28/02
5) A& A
5) HUBBY & WIFFY 28/02
6) Vagina & Penis Forever (ok ini sengal! Hana, kawan I yang suggestkan. AMBOIII!!)

So any other idea?(^_^)

Wednesday, March 2, 2011

Minyak Orang Kaya

Mulai hari Ahad hari tu, mula start isi minyak kat SHELL. V-Power! RM2.50 pun Rm2.50 lah sebabnya kereta I tu gedik tak rasi dengan minyak RON95 tu. Lepas tu kuat makan minyak pulak tu. Ni I tengok I isi RM20 sama je jarum tu pergi sama ada isi minyak RIN95 atau RON97 makanya baik I isi RON97 je macam tu. Ye dak? Dah macam taste orang kaya dah kereta I, nak pakai minyak mahal je. Cis!

Then semalam baru je renew roadtax & insurances yang dah mampos. Lebur lagi duit. ;((Then tak yah pikir pasal roadtax sampailah tahun depan punya bulan March.


Kat bawah ni bday gift from my friends menjelang umur 22tahun ni. BEST BDAY EVER! Banyak dapat hadiah then pergi jalan sana jalan sini. Bestlah!


MODEL: Fluffy
BAYARAN: Free! Gua dah kasi makan lu nak pau pulak memang tak lah!


Daripada Mira Jamaluddin. Blusher kasi pipi nampak pink pink gitu baru ahh boleh perasan macam anak patung sikit


From Ain Salleh
Buku ni memang best tapi sampai skang tak khatam khatam lagi sebab satu hari baca satu bab je sebelum tidur, kalau mata ni dah tak larat sangat tak sempat nak baca satu perkataan dah boom, buku tengok gua pulak.


Ni daripada Kak Aelin
Ambil masa jugaklah nak makan coklat ni sebab sayang nak makan kot, kata org bagi kan. Lebih kurang seminggu lebih barulah hati ni nak sampai hati untuk makan chocolate tu.


From Dottie Khairuddin
Best! Wangi gila and yes I tak sampai hati lagi pakai. Tunggulah bila hati dah sampai hati nak pakai baru pakai. Hidu gitu-gitu je everyday.


Thanx kawan-kawan yang baik hati dan caring. I love u all muchie muchie lah.

TOURIST SPOT IN KYOTO

ARAHIYAMA 1. ARASHIYAMA Jangan lupa singgah dan duduk santai-santai di tepi sungai berhampiran Togetsu-Kyo Bridge. Serius mendamaikan...