Showing posts with label Perjalanan Nak Jadi Double(Wedd). Show all posts
Showing posts with label Perjalanan Nak Jadi Double(Wedd). Show all posts

Thursday, October 20, 2011

Inai Kaki

Hari Ahad hari tu I ambil opah I dekat kampung. Semangat dia nak bermalam dekat rumah I awal-awal. Katanya dia dah upah orang tumbuk inai tapi I ni kan degil. I nak pakai malam sebelum nikah tu. Tapi hati mesti ada perasaaan ma, so cakap kat opah, "Kita inai kat kaki ya opah". And then opah pun setuju. Makanya hari Isnin tu I pun merelakan kaki I diinai.

SEBELUM


KETIKA
Seksa weyh berinai kat kaki rupanya, nasib baiklah inai kaki awal awal. Tips kalau nak senang inai kat kaki, make sure inai tu tumbuk halus-halus. Lumat-lumat baru dia senang nak lekat. Waktu I pakai inai ni, ada pulak lipas datang okay. Menjerit jerit I. Dah lah tengah malam pulak tu. Habis kena marah dengan ayah dengan adik laki I. Eeee dah orang takut nak buat macam mana, dieowang pulak boleh tengok je. Lepas tu sampai hari ni kena bahan dengan ayah. Tahi! Kesian opahlah, kena tempek balik. Kaki memang sangat susah nak inai. Tambah tambah yang keliling tu. Seksa I kena tidur dengan kaki terangkat.

HASILNYA
Tak berapa nak merah. Oren. Lepas tu tak sekata.



Dan semalam inai lagi sekali. Kali ni dah tobat dah tak nak inai lambat lambat. Kali ni pukul 9 lebih dah start inai dah. Hari tu pukul 11 baru nak start inai. Kali ni request kat opah nak inai sampai belakang tak nak inai kat bahagian atas je. Cam cacat. Lepas tu I ada lekat selefontape nak bagi straight tapi almaklumlah opah I tak faham apa kegunaan selefontape tu. Ayah I je faham.Tapi nasib baik straight. Sikitlah! Jadilah. Opah I yang inaikan. Kowang hado??

Tips kalau nak bagi kat tepi tu pun straight, lekat jugakselefontape okay. Lepas tu kalau jari kowang jenis rapat rapat silalah beli finger seperator tu. Alah benda tu selalu guna kalau buat pedicure ke kan. Haaa senang!


HASIL SEMALAM
Ok lah. Much better. Malas dah nak pikir. Lantak pi laj. Kat kaki je pun. Janji merah. Inai asli. Well!


Tangan tunggu malam nak nikah tu. Nak pakai sari atas pelamin yawww. Lepas tu nak saja nak lepak dengan kawan kawan sambil diinai. Kira rasa macma puteri rajalah gitu. Eeewahh!



Ni adik kecik I ni dah berinai siap siap dah kat tangan.

Monday, October 17, 2011

Cincin Paling Kesayangan Hilang. T___T

Huhuhuhu.

Baru je cakap pasal cincin Apek beli guna duit gaji pertama dia lalu melamar I Jumaat lepas. Tengok tengok esoknya cincin tu hilang. Sedih gila sampai sekarang. To be honest, I rela cincin tunang atau cincin risik yang hilang sebab cincin proposed tu sentimental value dia sangat tinggi. Sebahagian duit gaji pertama Apek ada dalam nilai cincin tu.

Tersedar bila dah sampai rumah Apek lepas dah shopping barang barang dengan Future In Law semua. Dalam otak tak terfikir langsung hilang dekat The Store waktu kiterowang main aci kejar tadi. Kalau tak kompem patah balik The Store time tu. Tapi nak buat macam mana, bila dah sampai rumah sendiri which is too late already. The store pun dah tutup so memang tak ada harapan nak dapat balik cincin tu. Semalam nak pergi cari balik tapi Apek sangat bz makanya tak adalah kami pergi mencari.

Dia macam memang dah rancang nak hilang sebab selama ni kalau joging memang takkan pakai cincin, hari tu tiba-tiba joging pakai pulak ketiga-tiga cincin. Pelik sangat! Sedihnya. Sampai hati dia pergi tinggalkan tuan dia yang sayang sangat kat dia ni. Apek cakap tak ada rezeki lah tu. ;((

Bye bye cincin proposed ku sayang, walaupun diganti dengan cincin bertatahkan berlian dan ruby, kau hanya emas putih belah rotan, kau tetap ada dalam ingatan selama-lamanya sebab kita dah bersama 1 tahun 4 bulan dah. Sekarang kau dah pergi, jari manis tangan kiriku rasa kosong sangat. Lagi 10 hari dah ada pengganti baru yang duduk dekat mana kau duduk selama ni. Sedihnya! T______T



U WILL STAY IN MY MEMORY FOREVER! I PROMISE.

Tuesday, October 11, 2011

Wedding Cake..

Dah lama kan tak update pasal wedding kat sini. Well, my B cakap jangan iklankan sangat benda benda kahwin ni walaupun impian sebab nanti orang expect lebih and bila orang expect lebih nanti bila tak ada kat kenduri kita nanti akan menimbulkan kata-kata yang tidak sedap didengar. So here we goes, tak ada apa nak iklan dah. Tak ada menda dapat share.

But, I dah tempah cake kahwin dekat Secret Recipe last Sunday. Berapa tingkat? Alah 2 tingkat je. Biasa-biasa je pun. Chocolate Moist. Fondant. Harga? Ok lah. Tak adalah pricey yang penting kita dah tahu kelazatan dia. Comel je cake dia. Warna soft pink. Tak sabar nak ngap ngap dia. Lepas tu adalah benda nak DIY kat cake tu nanti. Cucuk cucuk je. Dah beli dah pun. >.<


Monday, October 10, 2011

Nasihat..



Siapa nak kahwin jangan tengok belog banyak sangat, jangan google idea sana idea sini, jgn beli magazine pengantin. Nanti semua nak dan ini boleh membawa kepada pembaziran. Ini nasihat saya kepada bakal-bakal pengantin. Bila dah ada yang berkenan stop searching.

Tuesday, October 4, 2011

NIKAH: Masjid atau rumah

Nak dekat dekat ni tak tahu lah nak nikah kat masjid ke kat rumah. Hati nak sangat nikah dekat rumah sebab nak memudahkan tetamu so that tak payahlah nak pergi masjid then nak patah balik pergi rumah tapi tu lah rumah sempit takut semua orang tak dapat nak masuk dalam rumah nak tengok majlis akad nikah. And then lagi sebelah hati nak sangat nikah dekat masjid sebab masjid besar, selesa, ada microphone.

RUMAH
Kelebihan
. Mudah untuk tetamu tak payah nak patah patah balik pergi masjid then balik rumah
. Boleh duduk dekat pelamin time nikah
. Tok kadi boleh makan kat rumah

Kekurangan
. Tak ada microphone, tak best sebab nanti tak boleh dengar apa tok kadi cakap dekat bakal suami
. Sempit, takut ada orang tak dapat tengok terbentuknya sebuah ikatan suci. Eeewahh kau aini!
. Tak nampak dayang dayang yang cantik melecun dengan hulubalang hulubalang yang kacak lagi gagah


MASJID
Kelebihan
. Besar dan selesa
. Tak panas
. Dayang dayang yang cantik melecun boleh duduk sebelah pengantin perempuan dan hulubalang hulubalang yang kacak lagi gagah boleh duduk sebelah pengantin lelaki. Mesti cantik dalam gambar and video
. Ada microphone
. Senang tok kadi datang sebab tempat kerja dia dalam masjid tu juga

Kekurangan
. Susahkan tetamu karang kena patah patah balik

So siapa ada pengalaman nak share. Pengalaman nikah kat masjid ke kat rumah ke kan. Which one is better. Mana tau dulu korang punya cousin nikah dekat rumah panas gila and then ada cousin nikah dekat masjid susahkan orang. Haaa apa dia? Apa dia? Meh lah share sikit.

Tak lama je lagi ni. 26 hari lagi. Senyum sokmo.

Thursday, September 22, 2011

Video lagu ganti persembahan

I got an idea. Disebabkan kahwin I ni simple-simple je, duit pun tak banyaklah alahai nak upah penari tianglah, penari balletlah, penari cha cha lah untuk perform time orang makan-makan what about I play a video. A really cute video with a song. Paham tak? Ok, ok macam ni. Kan biasanya orang pasang lagu dengar bunyi je kan? Ini I pasang lagu lepas tu tayang video kat skrin besar tu. Maknanya siapa nak tengok, tengoklah. Siapa tak nak tengok tak payah tengok, concentrate makan.

BUT of course lah instead of that cute song video, ada montage gambar nikah sikit dengan video Apek buat. I pun tak tahu video yang Apek buat tu macam mana sebab memang 100% serah kat dia. Dia cakap banyak gila frame. Kesian dia, mesti penat kan buat. I faham buat video bukan senang ohh tu sebab video selalu lagi mahal dari photo. Nak potong sana nak potong sini. I really sayang lah my darling yang sorang ni.

So ok tak my idea tu? Ye lah daripada tak ada apa apa kan, at least orang yang suka tengok benda cute boleh layan video cute. Macam tengok tv sambil makan sambil sembang.



Contoh macam ni lah.

Friday, August 19, 2011

CURRENT PROJECT: SOLEMNIZATION DRESS BEADING



Ni tak jahit lagi. Main letak je ni. Nak tengok outcome dia. Cun! Saya suka.
Baju nikah I warna kelabu. Simple je. Kurung moden. Design agak lain ahh dari yang I suruh buat tapi disebabkan kawan-kawan cakap cantik. Tunang pun cakap cantik. Adik-adik pun cakap cantik, I pun on je lah dengan design yang telah ditukar ni. Paling gembira bila ibu pun cakap cantik. Lega rasanya.


Entah-entah dieowang ni nak sedapkan hati je kot. Nanti dah nikah nanti, korang komen okay.


Warna pilihan beads ni mula mula ada pasang undi dekat FB.
1) Grey + Purple
2) Grey + Pink

Ternyata Grey + Pink is the winner. So here we go, sesi menjahit beads di baju bermula.

Harga beads sahaja dah RM90++. Hopefully cukuplah kalau tak mampus nak menambah duit lagi nak beli beads. Itupun nasib baik ada diskaun.


Special thanx to my three awesome gorjes meletop lady and one Mr. Smile yang temankan pergi beli beads ni. Tak cukup dengan teman, siap bagi pendapat lagi. Bukan tu je, siap pilihkan lagi. Kak Iqa lah paling banyak membantu. Ok ni tak cantik. ok ni cantik, ehh tu tak cantik, pearl ni cantik. Terharu gila weyh. Siap kira berapa daun berapa bunga. Mak aihh!! Mana nak dapat kawan kawan ikhlas macam ni? Cakap! Cakap! i tak payah nak pikir apa. Just ambil dan bayar je sebab orang dah pilihkan. Hari tu terasa macam ada 3 personal assistants. Lepas kahwin ni kompem belanja McD. Kowang ingatkan tau!! Mr. Smile lah yang kena belanja sebab dia tak payah pening pening kepala layan I sebab ada dis 3 awesome ladies.


3 awesome ladies
1. Kak Iqa yang super kreatif and comel dan cantik.
2. Syera yang comel petite, Eva Longoria Ipoh.
3. Zaza yang memang diva habis. Super sweet

Mr. Smile = Apek tunang tersayang yang super baik, super sweet. Segalanya super di mata I

I heart this 4 persons. SANGAT!!

Tuesday, August 16, 2011

TEASER: INVITATION CARD (NOT SO YOUNG GUEST)


This time punya design, Apek tak pening sangat sebab I tak banyak kerenah.
Kad ni khas untuk pasangan yang kurang muda. Kali ni ada bismillah, ada doa and ada nama parents I.

Now, Apek dah boleh fokus on his wedding card pulak.
>.<

Friday, August 12, 2011

CURRENT DIY PROJECT : FABRIC FLOWER HANDBOUQUET

Hai hai.


Kain beli kat Kamdar. RM1.80 je semeter. Murah gila kan? Makanya beli 6 colour untuk buat bunga kain ni. Total RM10.80 sahaja, beli peralatan menjahit macam gunting, benang baru RM10 so modal baru je RM20.80. Yang paling I suka semua pastel nok.


First day beli kain terus buat. Semangat gila! Dengan bantuan #FutureHubby, #FutureMotherInLaw & #FutureSisInLaw. Lepas tu kalau nak siapkan dalam sehari memang takkan sempatlah kan. Lagipun I ni cerewet gila, nak iron bagi kemas so dat kelopak dia cantik je. Ni #FutureHubby yang tolong ironkan first day tu, memang tak kemas lah tapi takpe, dia siap semangat nak tolong jahit lagi tapi I dengan Kak Ida tak bagi makanya dia hanya menjadi pemotong kain dan tukang iron je lah. Happy dapat in laws yang sudi menolong tanpa meminta ni.

Tapi ada separuh tak siap lagi, sebab I tak nak menyusahkan orang sangat maka I bawa balik rumah dan jahit di rumah sambil dibantu oleh adik kesayangan, Ifa. Ifa ni walaupun paling kecil, paling muda, pendek kata si bongsu ah tapi kalau bab wedding gila best share dengan dia. Rajin tolong and rajin dengar.



Separuh yang dah siap ada dalam kotak. Yang ni hari ni bawa pergi ofis, rehat 2 jam tak keluar tak makan sangatlah membazir kalau tak buat kerja-kerja DIY ni sebabnya Sabtu Ahad mesti busy buat benda lain. Esok nak settlekan kad kahwin belah I untuk orang tua. Orang muda punya yang hari tu I tunjuk teaser tu. So kad kawin I kiranya ada 2 jenis ah. Satu untuk orang muda, satu untuk orang tua. Lepas tu esok kalau boleh nak jumpa teman tersayang, Ain Salleh sebab dah lama gila tak jumpa dia. Rindu nak marah dia. =D


Tutorial boleh dapat di sini. Buatlah! Tak susah pun. Tapi kakak kawan I buat lagi super cantik kot. Nampak vintage je. Nanti lepas dia kahwin 24.09.11, I post dekat belog ok. Mesti kowang pun suka. Dia guna cotton bunga-bunga. Sweet sangat!

Ok, bai!

Thursday, August 11, 2011

Grand wedding kau nyah!

Olla Olli semua.

Ni nak berceloteh pasal wedding nenek mana tah. Coming soon katanya. Hujung bulan 10 ni. Sibuk je nak ikut tarikh kahwin I tau. Lepas tu preparation wedding nampak je gempak padahal tak gempak mana pun. Macam manalah orang boleh fikir wedding dia grand. Tak class langsung okay. Biasa-biasa je I rasa wedding dia tu nanti. Simple je. Tetamu pun alahai separuh daripada 1000 orang kot. Kahwin kat dewan biasa je bukan hotel pun. Itupun dia dah malas malas sikit nak fikir pasal all the wedding stuff. Macam manalah korang boleh cakap wedding dia grand?? Over tau!


Ok fine, fine sebelum orang buat spekulasi I ni nak bergosip di bulan puasa ni baik I mengaku yang nenek tu I.



Hai. Nama saya nenek.

Sekarang ni I tengah risau sangat sebab ramai sangat cakap wedding I sure grand lah nanti semua padahal biasa je. Serius weyh, biasa je wedding I tu. Pelamin biasa, baju biasa, doorgift biasa, deco biasa. Semuanya biasa. Tak ada extravaganza punya effect pun. Maybelah sebab apa benda yang I post kat belog ni yang buat orang nampak macam "Wahhh sure gempak wedding Aini ni nanti", padahal tak ada benda pun yang gempak. Persembahan apa pun tak ada. Main music dengan video je nanti time orang makan-makan. Mana ada duit weyh nak hire penyanyi dengan penari semua. Silap-silap I yang jadi penari dengan penyanyi. Ni dress pun tak dapat lagi, risau gila kot macam manalah rupa dress I tu sebab chiffon dia lembut gila. Dah lah banyak duit burn kat deposit je. Sedih tau duit rugi macam tu je.



Kesimpulannya, please don't put so much expectation on my wedding day. It makes me stress. I'm scared I will disappoint all of you. Betul, I punya biasa biasa je. Apa-apa pun, HIDUP PASTEL! (okay, ini tiba-tiba)

Monday, August 8, 2011

TEASER: INVITATION CARD (YOUNG GUEST)



Design: Apek & Ainee
Tukang complaint (pandai cakap tak reti buat): Ainee
Tukang pening nak membuat/Illustrator: Apek

Gambar blur sikit. Saja nak kasi effect suprise lah konon. Gedik kan??
Well! I & Apek akan bagi kad ni personally by hand to the one we invite. Sebab I dengan Apek percaya bila kita invite orang tu personally, jumpa depan-depan baru feel the connection. The sincerity. Antara orang pertama yang dapat my invitation card is Zaza, Syera, Dottie & Yna sebab hari tu buka puasa sekali and hello!! Mereka tu bridesmaid I kot. Kebetulan kad siap time tu. The respond? They superb love it. Cakap kad tu uniklah, sweet semua ada, tak nak bagi baliklah (siapa suruh bagi balik?). We were so happy to hear that okay. Berbaloi penat lelah Apek kena tukar design sampai 15 kali sebab tunang dia ni cerewet gila. Gila punya cerewet okay! And the final result, perghh puas hati sangat.

Ni design untuk orang muda. Untuk orang tua bakal menyusul. Siapa rasa diri tua bolehlah request kad untuk orang tua sebabnya kad ni serius gila punya modern. No parents name, no doa-doa. Simple je.

Gyeah, we designed and printed it by ourselves.
MINI Design.
Will show you the full design after 28/09/11. Bila semua dah RSVP.
>.<

Thursday, July 28, 2011

SIMPLE WALKWAY


.White carpet with the rose petals right & left.
My dream!!

P/S: Malaysia bridal service jarang ada this white carpet. All they have is the plain boring red carpet. Maybe dun have to use the carpet, we can just buy the very cheap kain and bentangkan dia as the white carpet. =D

Sunday, July 24, 2011

#Teaser baju nikah (Bride)

#Teaser tuxedo reception

Semalam ambil blazer Apek. Dah siap. Smart! Hensem sangat! Tak sangka dah siap. Cepat sangat. Tak sampai 2 minggu. Before dat pergi G2000 kat Jusco, beli sampai 3 kemeja. Mahal sikit tapi berbaloi. Nampak tuff sangat my darling pakai. Gagah gitu. Cantik terletak. Habis ahh pasni tiap bulan Apek beli kemeja dekat G2000. Tak sabar nak tengok my darling pakai full set. Nak cari kasut pointer tajam tajam baru ahh kacak.

**warna blazer cukup. Vintage!

Tuesday, July 19, 2011

Number is just a number.

I always receive this one question from my friends, my uncle and aunty. Ok, what is the question?

BERAPA RAMAI KAMU JEMPUT, AINI??

When I told them my guest for my reception will be 400-500 person, they will make this kind of strange expression lepas tu cakap, "Ehh cukup ke? 500 je? Sikitnya!" sambil buat muka yang I macam nak je cakap, "TALK TO MY HAND, DUDE! TALK TO IT!".

To be honest lah kan, I nak a simple harmony delicate wedding. I tak nak kawin gah-gah yang memerlukan I sampai jemput 1K++ guests. I dont need that! I cuma nak tetamu tetamu yang datang tu orang yang betul-betul NAK DATANG MAJLIS I. Kenal siapa I personally and sincere nak share the happiness with us, bak kata Miss X, my feveret bride to be. Be it blogger ke, teman dah lama kenal tapi dah lama tak jumpa ke, as long as ada rasa happy and ada rasa nak share kebahagiaan I tu dipersilakan sangat datang majlis I. Tell me and I will definitely will deliver the card to you personally or kalau jauh sangat by post. Bukannya terpaksa datang, terpaksa menempek muka dekat situ, or paling teruk sekali datang just untuk STALK my wedding. Just nak mendoakan keruntuhan or ketidakbahagiaan kami sebab HASAD DENGKI. Its not good, ok!

Plus, my reception will be more into western dinner. So rasanya kalau western ni tak perlu kot nak jemput sampai 1K++, dah lah mahal habis kopak duit I karang so 400-500 guests will be P.E.R.F.E.C.T! Orang putih lagi rileks je kadang-kadang tu jemput 100 orang je. Bestnya share majlis dengan orang yang betul-betul kenal kita je tapi itu ENGLISH CULTURE, nak ubah MALAYSIA CULTURE ni memang susah. 500 orang pun dah kena kata, inikan 100. Apa nak kata, katalah janji I tau apa yang I nak. So please siapa-siapa jangan nak buat muka tahi bila I cakap my guests is obly 400-500 persons only. Buat muka tahi, aku tak nak ajak. Pi mam..


P/S: RSVP invitation for my reception. Card will be ready during the fasting month. Cant wait much huh? Me too!=)) Anyway SELAMAT HARI MENJADI BUJANG UNTUK KALI TERAKHIR my lufflife. Fabulous 22.

Wednesday, July 13, 2011

PROSEDUR KAHWIN PART 2 : UJIAN HIV


Hi hi. Wahh gagahnya je kan update kali ni.

ENtah kenapa tah rajin benau hari ni. Update je kerjanya. So kali ni nak cakap HOORAYYY dah settle prosedur kahwin yang ke-2 which is ambil ujian HIV. First sekali ambil kursus kahwin which I ada taip entri jugak kat sini. Lega gila bila dah settle ujian HIV ni. Dua-dua okay. Negatif. Ye ahh macam mana nak kena HIV kalau tak pernah buat tuttttt. GILA!


APA YANG PERLU DIBAWA: Diri sendiri & IC


Ok khas untuk orang Ipoh, ni I nak kasi share satu tips. Kalau nak ambil ujian HIV tak payah nak susahkan diri pergi Hospital Besar. Penuh! Ramai! I waktu datang pukul 8.20 pagi kena tunggu giliran 120 orang tau. Terus cabut. Bukannya ada buat ujian talasemia sekali pun. Buat rugi je. Masa I telefon dia cakap ada buat lepas tu bila I nak isi borang dia cakap tak ada pulak. Terus I ajak Mr.LuffLife pergi klinik dekat Jalan Bandar Timah.



TADAA!! Klinik kesihatan Bijeh Timah. Dia dekat pekan lama. Dekat Nashmir Riverfront. Memang kejap je buat. Macam waktu kiterowang pergi dia cakap lambat lagi sebab tengah buat ujian darah so dia suruh datang balik pukul 11 macam tu but before 2. Makanya, pukul 11 I dengan Apek pun datanglah. Memang cepat! Bagi IC then dia panggil, isi borang, bagi borang terus proceed then dapat result. Pantas! YANG PENTING FREE!



I pakai kemeja pink, Apek pun pakai pink.


NI lah bornag yang kena isi, simple je.

Lepas dah dapat keputusan, boleh balik dengan girangnya but before dat singgah kedai makan dekat Masjid Negeri.


.My Sugar Baby.


And yeah, settle. Bila I nak bukak surat tu Apek cakap tak boleh buka, tok kadi yang akan bukakkan. Sampai sekarang I tengah fikir betul ke tipu apa yang dia cakap tu. Macam tipu je sebab macam gelak-gelak waktu cakap tu. Takkan ahh tak boleh bukak. Apek cakap kalau dah bukak, kena buat ujian HIV lagi sekali. Dah lah sekarang ni tak tahu mana surat HIV tu. Balik ni kena cari. Ok daaa...

Sunday, June 26, 2011

Jadual Sabtu Ahad saya padat sekarang...


Hula hup semua. Haishh tak tahulah macam mana nak gambarkan betapa bznya kehidupan sekarang ni. Sabtu Ahad walaupun cuti kerja tapi ne heii cuti ahh for me. Asal Sabtu Ahad mesti keluar pergi selesaikan benda benda kahwin ni. Serious! Nak keluar dengan kawan pun tak ada masa woihh. Sori Ain Salleh kesayangan, dah berapa lama dah ni tak jumpa awak dah ni. Hari tu tak dapat nak reply mesej ko ajak aku teman ko pi cuci kereta kat Ampang tu sebab tak ada kredit. Dah 2 hari tak ada kredit. Pokai rabak semua ada. Nanti ada masa, I'll meet u ok best friend. Ohh untuk wawa yang tadi jumpa kat Pasar Tani, tadi aku pergi rumah ko tapi tak ada orang. Haiyaa! Esok lepas balik kerja, aku singgah kejap okay update life.


SABTU

Ok, ini wajah hari Sabtu. Malas punya pasal, pakai t-shirt dengan jeans je. Muka pun selebet alahai. Mana taknya, penat kot berjalan menunggu lalu berjalan balik dan akhirnya sampailah kat Fruit Land, De Garden ni haa untuk isi perut. Tu yang masing-masing muka layu je. So apa benda yang dah berjaya diselesaikan pada hari Sabtu?

1. Hantar baju nikah untuk dijahit.
2. Discuss mini pelamin kat rumah. Vendor De Anggun.
3. Tukar dulang yang dah beli untuk hantaran I kat Mr. Lufflove tapi sayangnya dulang tu kecik beno makanya terpaksa ditukar. And part paling best, kiterowang dah jumpa dulang emas idaman hati. Tapi tak adalah sebijik macam dulang yang I tempek last day tu. Tak dapat weyhh kat Ipoh ni nak ada dulang macam tu. Haishh selamat duit minyak nak pergi Nilai 3 yang jauh tu. I dengan Apek tak rajin okay nak pergi jauh-jauh sana. So sekarang ni nak beli bunga je. Nak share gambar dulang tu tapi sayangnya bakal husband tak bagi ahh pulak. Konon nak suprise lerr teww. Siapa orang Ipoh nak cari dulang emas tu tak yah nak gi jauh jauh, cari je kat Jalan KK. By the way thanx sangat dekat rakan blogger I yang bernama Sharifah Athirah Izyan dengan Azilshah yang ada bagi cadangan dekat I mana nak beli dulang emas tu. Thanx sangat tau. Really appreciate it, darlings. Kowang best!


Ahad



Yeah! Asal starting gambar je mesti gambar kat tempat makan je kerjanya. Ni pulak lepas penat berjalan jalan mencari tak tahulah apa tujuan keluar hari ni. Ahahahah! Waktu ni kat Black Canyon, Jusco. Haaa hari ni rajin sikit berdandan so tak ada ahh sakai sangat.

Apa yang telah berjaya dibelanjakan hari ini?
1. Beli 3 lagi dulang emas kat Jalan KK
2. Beli comforter & cadar untuk belah Apek. Tapi comforter tu tak ada ahh pakai time bertandang nanti sebab belah Apek kan ala-ala tradisional gitu so kiterowang akan pakai cadar yang warna merah menyala gitu. Yang ada sulam-sulam gitu. Yang memang tradisional habis gitu. I like, nyah!


Jumpa lilin pastel color ni kat Jusco. 36 ketul RM13.90 sahaja. Memang plan nak letak lilin atas meja as one of the centerpiece tapi ingatkan nak letak warna putih tapi entah macam mana rezeki kot, terjumpa ahh lilin yang comel comel ni. Dah lah comel, warna memang dah sesuai sangat dah dengan warna tema. Dah lah warna seswai, murah pulak tu. Wangi pulak tu. Jimat! Jimat! Haaa ni nak bagitah ni jangan ahh beli lilin kat SSF, rugi je. Tadi I dengan Apek pergi, tengok harga dia amboihh mencekik. Lilin sama tapi harga 6 ketul RM4.50 kalau tak silap.
Ohh nampaknya hari ni kiterowang banyak berjalan. Duit pun banyak habis tapi barang yang disettle sikit je. I punya bekas hantaran tak jumpa jumpa lagi. Hadoooyai! Tak apa, pencarian bakal diteruskan pada minggu hadapan. Minggu depan pun gonna be a bz week for me and Apek sebab kiterowang akan pergi Taiping untuk jumpa vendor pelamin belah I nak discuss further details.


Lilin putih. Tinggi sikit. 9 ketul RM6.90. Murah jugak. Sebab kiterowang ada main centerpiece yang perlu letak lilin dalam tu, just wait and see. DIY! Apek yang incharge this thing, u gotta love this idea because I love it too. =))

Tengah belajar cara cara nak masukkan comforter dalam sarung dia. Comforter yang kami beli 100% cotton. Biar bayar lebih sikit janji selesa.


Alolololo ciannya my honey bee ni kepenatan dia menunggu. Ye lah penat kot berjalan cari cadar yang menepati citarasa kami berdua. Dari Jusco pergi Akemi then pergi Ipoh Parade. Bila dah jumpa yang kiterowang suka, duit pulak tak cukup. Kenalah jalan pergi ATM Machine nak kena cucuk duit. Penat! Penat! Tu yang Apek terbaring kat kerusi ni haa. Hihihihihihi! I will remember all of this great moment of our wedding preparation, darling. I even create a folder written "Persiapan Kahwin" and put all of our pictures of effort into that folder. And video too. Sekarang kan kita dua dah rajin buat video.


Aineee???

Ainee maintain bat muka vain.

Ok muka dah penat malas nak layan kamera dah.

Ok, itu je nak share. So kawan-kawan yang nak ajak lepak ke apa tapi I bagi alasan bz or tak balas mesej. Here is the reason. For this 3 months, I memang akan super bz. Serious!!

Thursday, June 23, 2011

Bekas Hantaran GOLD

Assalamualaikum diari blog, dah lamanya I tak menjenguk jenguk kamu kat sini ya. Tunang pun cakap, "Sekarang ni belog baby dah tak best, tak update selalu". Elelele, tau lah stalker terhebat kan, tu sebab nak suruh I update belog je semedang. Sabar ya! Sabar! Bz gila lately, semalam ada interview Penolong Pegawai Tadbir. Tomoro I share the tips ehh, mana tahu ada yang nak interview esok esok ke jawatan ni at least boleh ahh tolong tolong sikit kan.

Tapi hari ni satu benda je I nak tanya dekat siapa siapa yang baik hati nak share dengan I.




.Credit to Lace & Beads.

Nice huh?? Cantik gilos. Haaa I nak sangat sangat dulang warna emas ni, mana nak cari ehh? Be it untuk disewa ke jual ke, I tak kisah. I so want it! Dah cari kat Ipoh ni, jenuh cari punya cari punya cari, satu pun takde. Sedih je! NAKKK!! So anyone yang baik hati nak bagitahu I kat mana ada jual? KL? Ok kalau kat KL kat mana. NAKK!!

Monday, June 13, 2011

PELAMIN BERTANDANG - TRADITIONAL CLASSIC




Alhamdulillah setelah penat bertungkus lumus mencari pelamin on Apek's side selama 2 hari berturut-turut, akhirnya semalam dengan officially dah bayar deposit untuk pelamin ala-ala arabic sikit tapi konsep I dengan Apek tetap classic yoo. Apek dah pening gila dah, dia tak nak fikir panjang-panjang dah, kalau berkenan bayar je deposit terus. Dah lambat beno dah katanya. Hihihihihi!

By the way, I akan pakai songket. Pakai kebaya songket tu satu impian dari kecil okay so kena realisasikan impian dari kecil tu kalau tak sampai ke tua menyesal. So, our theme dah change to kuning. Ala-ala diraja gitu okay. Baru ahh memang classic betul punya bertandang ni. Tapi tengah berfikir kalau kuning diraja campur merah, masyuk tak agak agak? I nak warna gabungan yang boleh nampak classic sangat sangat sangat. Any idea?


Ohh, Im so in love with our kuning emas attire. Can't wait!

#REVIEW Baju nikah