Showing posts with label Ramadhan. Show all posts
Showing posts with label Ramadhan. Show all posts

Wednesday, August 7, 2013

CHILDHOOD FRIENDSHIPS is the most beautiful memory that can never be replaced




WE ARE THE TRIPLE A!
AINI, AMIRAH, AINI

Orang cakap kalau friendship tu dah lebih daripada 7 tahun dan still going crazy updating life of each other then the friendship will last FOREVER! Macam mana dengan kita yang dah 19 tahun ni?

Thanks for being crazy with me
Thanks for accepting my gangsterism
Thanks for standing by my side
Thanks for accepting my friends as your friends too
Thanks for for accepting my outspoken character
Thanks for the angry that you show when I'm mad with someone
Thanks for not grown apart even if we don't talk everyday
Thanks for trusting me to keep your secret
Thanks for making me laugh out loud
Thanks for being my camera crazy partner.
Thanks for changing your photo style from vain to Oh-I-Can-Make-Any-Kind-Of-Face (Ain sahaja, Mira memang crazy sejak azali)
Thanks for supporting me in whatever I do
Thanks for keep coming back
Thanks for trying to fix our friendship when it gets rocky the rocky


Although we didnt meet for months, we go crazy when we met like we're in our own world. Macam semalam dekat Di Naina and Gerbang Malam. Bulan 10 kita parti bertiga kat Pangkor okay!

GOOD FRIENDS ARE LIKE STARS. YOU DON'T ALWAYS SEE THEM, BUT YOU'RE KNOW THEY ALWAYS THERE!

Wednesday, July 17, 2013

Buka puasa with my ever great friend.

This duo that Im going to mentioned is really a good people. Aefy & Wan. Alamak! Tak ada gambar dieowang dua tahun ni. Aisey!!!

Semalam terkejut tiba-tiba ada budak lelaki macam tak cukup umur pakai braces datang kat depan office lepas tu sengih sengih lepas tu blah. Macam kenal tapi macam pelik. Ohh Wan rupanya, lain beno ghupenya dah pakai braces. Kemain!! Habis ahh Aefy kang gigi Wan dah teratur dia cari lain kang. Kihkihkih.

Wan ni I kenal since I form 3 lagi. Zaman-zaman skateboard, vespa dengan scooter dulu. Kemain nakal budak ni. And our friendship last until now and kiterowang punya cinta hati pun masing-masing can get along well. Haihh lahh kome dua cepatlah kahwin boleh pergi travel sama-sama.

Matilah aku, Wan dah kerja dekat depan ofis ni haaaa!! Habislah nampak muka toya dia selalu kang lalu-lalang depan opis. Semalam pun dah nak dekat 4-5 kali singgah ofis aku. Nak amik aircond lah tu. Lain kali kena caj sekali jejak RM10.

So semalam Aefy belanja berbuka dekat Hotel Seri Malaysia. RM40 sekepala. Perghh kalau duit I sendiri ni memang fikir berjuta kali ni nak buka puasa kat sini. Luxury weyhh kalau lebih RM10. Kihkihkih. Thanks Aefy. I love you thousand months. Ingat ya janji Aini, dapat gaji hujung bulan ni jom ke Shabu Shabu kita. Dinner on me. **angkat kekening. ^___^

Kiterowang ni jarang jumpa, sekali jumpa sembang tak hingat punya. Macam tak ada hari esok. Nasiblah Aefy tak boleh keluar sampai lewat malam kalau tidak mau sampai ke pukul 12 tengah malam cakap-cakap-cakap-gelak-gelak-gelak sampai orang meja sebelah pun dah pandang-pandang. MEMORIES!

**Ok! Wan baru singgah. Kan dah cakap. Kalau singgah bagi duit tak apa gak. Now 9.45am. Tapi singgah 3 saat je tunjuk muka dan complaint kenapa tak ada parking. Manalah aku tahu woii. Ahahahah! Suruh MBI buat parking bertingkat kat pekan lama ni haaa. Susah sangat nak cari parkingnya pun.

OK! JOM BALIK KAMPUNG NAIK BECA.. AEFY! TAK PAYAH NAK POSING SANGAT, PI KAYUH BASIKAL TU CEPAT!

P/S : Gambar semua dalam kamera henpon. Kalau tak mesti terliuq tengok gambar makanan

Tuesday, July 16, 2013

5 Ramadhan - Restoran Simpang Tiga


Ini semalam. Berbuka puasa di Restoran Simpang Tiga. Semua ni kawan-kawan AmirulSyafiq masa kerja Mcd lepas SPM dulu. Semua stok abang-abang and akak-akak tapi boleh masuk kepala.

Ok kenapa gambar ada dua?  Sebab ni gambar dari instagram. I kan pakai Samsung so faham-faham je lah kan.

Kami makan berhidang dan banyak gila lauk dan sedap dan kenyang dalam RM198 semeja. Not badlah. Kami makan 9 orang. Sekepala RM22.

Monday, July 15, 2013

Samosa pap pap pap

Dah masuk 6 Ramadhan masih mencari tapi tak jumpa-jumpa. Bazaar paling panjang kat Ipoh ni pun tak ada samosa. Kalau dah nama paling panjang mestilah Bazaar Medan Gopeng yop!

Hari tu pergi Bazaar Rapat Setia dengan harapan setinggi gunung nak realisasikan keinginan AmirulSyafiq yang nak sangat samosa tapi sayang seribu kali sayang tak ada jugak.

Ok hari ni kita intai-intai dekat stadium atau Ipoh Jaya. Ok?

Monday, July 23, 2012

Better be aware IPOH FOLKS

 Assalamualaikum and good morning peeps.

Hows your day? For my Muslim friends, how are your fasting thing going? For my 1st day of Ramadhan, I felt so weak. Maybe it's because I didn't took some rice during the 'Sahur' because I am mistaken of the Imsak time with Subuh time. Penat masak ayam madu sedap-sedap tau. Gigih je masak pagi-pagi tu last last makan waktu berbuka.

For the 1st, 2nd and 3rd Ramadhan, Apek and I went for Tarawikh at Masjid Jalan Dairy. Okaylah sana, not bad. Best! Tapi untuk orang yang datang lambat kesian sampai ke bawah-bawah dieowang solat. Alhamdulillah, I selalu dapat saf ke-2 lepas je habis yang 8 rakaat I dapat saf pertama sebab ramai orang balik kan?

Semalam I solat 8 rakaat je sebab risau rumah tinggal lama-lama sebab on the 1st of Ramadhan, rumah I ada orang masuk. Pukul 11.20 malam. Kebetulan hari tu Apek tukar tempat duduk dia tengok tv  mengadap ke tingkap. I pulak duduk tempat yang biasa dia duduk. Tiba-tiba tengah khusyuk tengok TV, Apek bangun dengan pantas dan buka lampu luar lepas tu buka tingkap. I yang memang penyibuk ni mestilah asyik tanya, "Kenapa B? Kenapa B?". Apek cakap, "Tak ada apa-apa, tak ada apa-apa". I pun macam terfikir "Ehh Apek ni nampak hantu ke?". Terus I pun nak join sekali, I pun bukak tingkap lagi satu. Ke kiri ke kanan I toleh toleh nak tengok apa yang Apek cari. Lepas tu Apek buka pintu and I keep on staring at the outside via the windows. Bila Apek buka je pintu, I nampak satu badan manusia panjat pagar batu rumah kiterowang ke rumah sebelah. Ok time ni serious scary. Menjerit I. I cakap, "B! B! Tu ada orang! Ada orang!". Apek pun cakap, "Mana? Mana? %#@%276^#$^( (all the harsh words) punya orang". I nampak okay muka dia. Apek tak nampak. I nampak cara dia panjat. I nampak kaki dia panjang mana. Dia tinggi. Kurus. India. Kulit tak gelap. Kulit dia cerah. Rambut pendek. Baju dia sumpah I lupa.

Jiran sebelah kiri I terus keluar tanya kenapa? kenapa? I punya menggeletar tak hingat punya. Bayangkan, I baru je duduk sebulan lebih dah ada orang nak masuk rumah I. Gila apa?? Jiran I cakap kawasan tu memang selalu ada orang masuk. India jugak. Ok ini sumpah menakutkan. Ye lah penat penat kita cari duit beli barang orang nak ambil barang kita suka suka hati.

Untuk orang yang tinggal area Ampang, Rapat Setia, Gunung View, Gunung Rapat & Ipoh Jaya... BE AWARE! Kawasan ni macam dah jadi HOT SPOT. Tambah-tambah kereta. Banyak kes kena pecah cermin sebab orang nak ambil beg yang orang ingat ada laptop dalam tu. Even kalau nak pergi sembahyang ke, pergi pasar malam Rapat Setia/ Ipoh Jaya ke better simpan beg dalam bonet. Kalau laptop cabut bateri.

By the way, I dah buat report semalam since I nampak muka penjenayah tu kan. Tapi yang I keciwa tu polis tu tak ambil keterangan penuh pun. Dia tak tanya pun ketinggian orang tu macam mana, kurus ke gemuk ke, putih ke gelap ke. Apa pun dia tak tanya. Waktu kejadian pun dia tak tanya, I yang bagitahu. Tak apalah, janji dah buat report. Ye lah mana tahu orang yang sama ke kan, patutnya dia checklah.

So few steps to be taken by me & Apek.
1) Pasang lampu censor yang bila ada orang jalan jalan lampu tu akan menyala dengan sendiri
2) Pasang CCTV (amboih melampau kan? Sebabnya jiran cakap manusia ni waktu petang pun dia masuk wohh)
3) Pasang grill dekat laluan nak pergi ke atap tu
4) Simen kaca-kaca dekat tembok batu (tempat yang pencuri tu panjat untuk larikan diri hari tu)
5) Simpan kasut-kasut dalam rumah (rasanya dia nak curi kasut semalam)

Mintak-mintaklah dijauhkan daripada benda-benda macam ni. Sama-sama kita berdoa ya di bulan yang mulia ini. =))

#REVIEW Baju nikah