Showing posts with label Furniture. Show all posts
Showing posts with label Furniture. Show all posts

Tuesday, July 31, 2012

DINING + LIVING ROOM INSPIRATION

Almaklumlah, rumah kecil maka kena jimat ruang. Terpaksalah Si Dining dengan Si Living duduk sekali kalau ada jodoh. Kalau tuan rumah berduitlah kan nak menjodohkan dieowang. Sekarang ni baru beli sofa sahaja, meja makan masih dalam proses pengumpulan wang walaupun meja makan lebih murah dari sofa. Take time dulu. Lagipun rumah kami ada bar so kalau dalam keadaan rilex bolehlah lepak dekat bar tu je tapi nak juga ada meja makan sendiri satu hari nanti. Boleh candle light dinner dengan boyfriend I. Ada 1 je gambar living+dining room yang I berkenan. Yang lain tu either too big and too crowded.

I dengan Apek baru je duduk 2 bulan. Best sangat duduk rumah sendiri. Rasa semua benda nak beli semua benda nak hias. Sayangnya hanya rumah sewa maka kalau nak hias pun berpada padalah kan. Tak sabar nak cat feature wall dekat living warna kelabu. Kenapa kelabu? Apek dah buat decision. I angguk je. Cantik juga kelabu. ^___^

 

 COMING SOON!! WAIT FOR US OKAY DEAR DINING!

Friday, July 27, 2012

SOFA BERMANJA MANJA

Gambar ihsan dari Galaxy Note Iqa Joe. Nanti I update proper image of ze sofa. Yang atas tu waktu sesi pemasangan.

Alhamdulillah semalam sofa sampai. Setelah diorder daripada 2/6/12. Dia ambil masa sikit sebab dia kena custom dulu. Apek yang pilih warna ni. Yang dekat showroom tengok warna purple. Nak warna purple tapi pilihan warna memang tak ada warna purple so Apek pilih maroon. Bantal coklat. It turns out AWESOME! Modern look.

Dulu baru-baru masuk rumah semua kawan kawan nak datang rumahlah. Tanya bila nak buat housewarminglah, nak lepaklah, nak gosiplah. Semua ada, tapi awal-awal I cakap NO! NO! NO!. Bukannya tak nak bagi datang tapi segan sebab tak ada apa pun lagi. Kawan-kawan semua cakap tak kisah tapi I kisah okay. Tak sukalah nak bagi orang duduk bawah. Nak sembang pun tak selesa tau. Adik-adik I tak apa duduk bawah. Dioewang tu pengujung tetap rumah kami. Tapi sekarang dah ada sofa. Marilah! Marilah! Marilah datang kalau sudi. I masakkan pancake boleh makan dengan Nutella atau madu. Ke korang nak makan french fries dengan nugget? Pilih je. Sambil tengok Running Man.

Selesa sangat sofa ni. Apek dengan I beli dekat Wescourt. Harga bolehlah tahan. Kat Wescourt pun boleh tawar menawar okay jangan ingat kat pasar borong je. Bukan setakat sofa je I tawar-tawar, coffee table pun. Harga sebenar RM500. Gila kau sampai RM500 untuk meja je. Ini tak boleh jadi maka I cot cet cot cet pung pang pung pang dapatlah RM300. Hebat tak? Hebat tak? *angkat kekening bangga. Tu yang alang alang tambah coffee table sekali tu. Overall tak sampai pun RM2K tapi nak dekat sampailah but still below RM2K. Apek bila I tawar-tawar dia buat-buat tengok perabut lain tak nak masuk campur. Tapi I kalau orang dah cakap tak boleh I tak akan tawar lagi, ye lah sebab kesian kan. Orang pun cari makan juga tapi yang Jack ni macam rela je apalagi ambil kesempatanlah. ^__^ Pendek kata, rezeki.

Yeah! We paid it cash. Bukan macam Courts Mammoth yang ada buat promosi suruh orang tambah hutang tu. Promosi raya dia bukan main lagi sampai tahun depan baru start buat bayaran. Kemain kau Courts memang menggugat keimanan makcik makcik tau. Kesian pakcik-pakcik merana bulan-bulan.


NEXT AIM : ZE DINING TABLE

Thursday, June 21, 2012

Almost perfect..


Alhamdulillah. Dapat juga beli peti ais bulan ni. Minggu depan sampai. Sama dengan sofa. What can I ask more? Alhamdulillah!

JENAMA: Samsung (sama dengan TV kami ah)
MODEL: RT59FBSL
SAIZ: 590L

Beli besar terus senang. Kalau beli kecil kecil karang nanti rasa hati nak tukar besar sikti sebab rasa tak muat nak campak semua benda. Kang habis ayam semua campur dengan sayur. Apek tu dah lah suka beli air tin banyak-banyak, air botol banyak-banyak, air kotak banyak-banyak. Hantu air betul. Tambah tambah COKE. Sungguh tak menyihatkan tau. Lagipun I dengan Apek fikir peti ais kan pakai lama. Lebih dari 10 tahun so apa salahnya melabur lebih sikit untuk pakai jangka masa panjang kan??

Haishh tak sabarnya..

Friday, June 15, 2012

Living Room Sketch by Apek & I

By my darling Apek
By me myself and I

Macam biasa, Apek dengan I akan berchatting di Facebook apabila pergi ke tempat kerja masing-masing. Biasalah dah tak ada ayat lain dah. Menyatakan kerinduanlah, tak sabar nak baliklah, stress kerjalah, tahun depan nak melancong ke manalah, malam ni nak makan luar ke masak, wayang apa nak tengok Rabu depanlah dan bla bla bla. Tapi mestilah lepas kami dah siapkan kerja masing-masing. THAT IS OUR PRIORITY! Kadang-kadang Apek bagi salam dulu, I lepas sejam baru dapat balas. Kadang-kadang I dah balas 10 minit lepas tu baru Apek balas. Bergantung kepada ada kerja ke tidaklah. Kadang-kadang Apek tak ada kat tempat dia sebab dia kena round mall. I pulak kadang-kadang tak ada kat tempat I sebab I pergi fotostat. Kadang-kadang dua dua mengadap komputer tapi tak boleh reply sebab I tengah menaip report dia tengah mendesign macam-macam. Dan itulah rutin harian kami.

Tiba-tiba 2 hari lepas, Apek tempek gambar ruang tamu yang dia design. I macam wahhh!! rajinnya. Tiba-tiba teringat sketch pelamin tunang kiterowang kat sini. Design my darling ni simple sikit so I yang memang the very the diva beria ni of course ahh nak design jugak sebab dia guna website mydeco.com instead of illustrator. Kalau guna illustrator memang mak jemah fail lah kan. Terima kasih suamiku kerana memperkenalkan website ni. Kalau boring boring boleh singgah main design design budget interior designer. ^__^

Terus I tinggalkan Apek terkapai kapai dekat room chat tu. Konon busy banyak kerja sebab tu tak reply rupanya ralit main benda deco-deco ni. 3 jam okay I habiskan masa dekat sini je. Mana taknya, ada kerja tinggal then sambung balik lepas tu sambung balik.

Ok sambung balik cerita. Sofa memang kami dah order dah. Memang kompem warna Maroon. Hujung bulan ni sampai. Sekali dengan meja kopi sekali. Kabinet TV baru je beli awal bulan ni. TV memang dah ada cuma nak tunggu sofa je ni untuk realisasikan impian ruang tamu ApekAinee ni. Sebab ruang tamu kami kecil je takut kalau cat awal awal sofa tu dah tutup jalan ke apa ke kan buat penat je buat feature wall tapi tak dapat guna.

Which one u ollsss prefer? Apek punya design ke I punya design? Ke dua dua pun ke laut?

Apa-apa pun, cepatlah hujung bulan. tak sabarnya nak main cat. Tak sabarnya nak gantung frame-frame hadiah kahwin tu.

Monday, June 4, 2012

New environment

Alhamdulillah. Semalam dengan rasminya dah angkut semua benda masuk rumah baru. TV dengan komputer memang dah angkut siap-siap, semalam tinggal barang-barang besar besar je macam almari, katil, peti ais dengan washing machine. Sofa?? Ohh sofa dengan coffee table bakal menjelma hujung bulan ni. Yahooo!! Warna maroon gitu. Tak sabarnya.

Semalam dah berjaya beli kabinet TV. Bukan main seronok Apek dapat kabinet TV untuk letak TV 51' dia tu. Tu lah TV kemain nak besar-besar, konon nak feel lebih bila main X-Box lah PS3 lah. Ishh apa apa je lah Apek ni, padahal X-Box pun tak beli beli lagi. I lah untung dapat tengok Desperate Housewives, Secret Circle, Switched At Birth dengan terangnya. Terima kasih suamiku. =)

Rumah sewa baru kali ni sangat terang dan sejuk je walaupun cuaca hok mak aihh panas gila. Jimat letrik! Tak payah pasang lampu siang-siang tak payah pasang aircond.

Ingat masuk rumah sewa baru ni senang?? Banyak duit pakai ohh. Nasib baik deposit sebulan je. So total kena bayar RM300+RM300+RM100. So total RM700. Memandangkan lantainya lantai simen kenalah membelanjakan lagi RM318 untuk tikar getah untuk satu rumah tu termasuk bilik. Hambik kau RM1000 lebuh macam tu je. Tapi tak apa, untuk keselesaan bersama. Tak sabar nak deco deco rumah walaupun bukan rumah sendiri. Tak sabar nak gantung gantung frame yang banyak sangat tu. Tak sabar nak mengecat. Tak sabar nak buat taman kecil kat luar rumah. Aishh! Semua tak sabar. Nasib bukan rumah sendiri, kalau rumah sendiri mesti I dengan Apek lagi over nak mendecorate.

Raya tahun ni boleh buat open house kat rumah sendiri khas untuk sedara mara dan kawan kawanku yang nak sangat tengok rumah kecil I dengan Apek ni haaa. Nanti bulan puasa nanti I tempek event dekat FB korang yaa siap dengan map sekali haa time tu datanglah. Sekarang ni tak boleh datang lagi, rumah tak ready lagi. Masih bersemak samun. Kat belakang adalah tanah sikit, mak mertua nanti bagi serai, pokok cili padi, daun kari, daun limau suruh bercucuk kat belakang rumah. Nak bela ayam tapi Apek tak bagi. T___T

By the way, siapa siapa kat Ipoh ni nak sewa lori dengan harga yang sangat murah. Lori 1 tan. Bolehlah call Along 012-5749717.




#REVIEW Baju nikah