Friday, April 29, 2011
Kebodohan Ainee
OK! Bodohnya diri sendiri bila ingatkan delete comments kat bahagian setting yang sebelah posting new entries tu. Ingatkan comments tu macam reminder rupanya kalau delete comments tu, kalau datang comments baru senang ahh sikit kan tu yang excited delete sampai 1000 comments tu bila discover that comments thing. Rupanya kalau delete kat situ makanya terdelete lah kat mana mana yang ada comment. Haishh bijaknya Aini ni kan?
Monday, April 25, 2011
Handbag & Kasut
Yeah! Akhirnya, setelah sekian lama I dengan Apek dok bila pusing Jusco surely akan singgah kedai kedai handbag tak kiralah NOSE ke GUESS ke CARLO RINO ke VINCCI ke semua kedai wajib masuk sebab mana tahu ada ke beg yang dicari cari sebab I ni dah lama sungguh tak jatuh cinta dengan handbag besar. Semua skang main jatuh cinta dengan beg tomei tomei kecik kecik je. I siap cakap kat Apek suruh dia bagi I clutch je untuk hantaran tapi Apek over you dia cakap tak cantik kalau kecik so memang masalahlah kan nak cari beg yang boleh bikin hati I cair. Tapi semalam jalan punya jalan punya jalan, termasuk kedai NOSE macam tak sangka ada satu handbag yang boleh bikin semua hati tengok dia cair even Apek dengan adik lelaki I pun cair ok. Kulit gitu. Warna dah ahh seksi. I pun apa lagi cakap kat Apek, "Yeah dis is it!!". Terus beli on the spot sebab kalau nak tunggu sampai ke bulan 10 baru nak beli alamatnya tak ada handbaglah dalam hantaranku sebab I kalau suka betul-betul baru beli kalau tak memang handbag tu dibeli untuk disimpan je lah. I siap beli kasut sama pattern dengan handbag weyh.. Jangan main-main.
So semalam dah beli kasut reception satu, handbag dengan kasut untuk hantaran satu. Settle!! Sekarang ni tengah cari telekung sulam warna merah cili je.
Friday, April 22, 2011
Thursday, April 21, 2011
BERITA BAIK
Yes! Semalam dapat berita baik. Gaji I naik. Bukan naik RM50 yang memang dah jadi kebiasaan tapi lebih daripada tu. Tak sangka. Tenkiu boss. Macam ni baru ahh semangat gua naik sikit. Ni yang buat nak amik PJJ je kalau sambung studi ni. Tahun depan naik lagi gaji ya boss. Lagi satu kalau boleh nak bonus 4 bulan instead of 2 months. Hihihihi. Ni lah dinamakan rezeki, kena sabar selalu. Ada cuma cepat atau lambat je.
**lompat bintang 10x
**lompat bintang 10x
Saturday, April 16, 2011
Tudung Bawal VS Shawl

Memandangkan hari ni konsert Justin Bibir, nah tataplah gambarku dengan buku budak Biebier ni puas puas. Tak! Tak! Im not the bieberer, ni buku kawan adik I lah. Agak ahhh I fanatik sangat kat Bieber. Lagi minat I dengan Justin Timberlake kot. Ahahhhahaha! Tapi lagu lagu budak kecik ni memang sedap. I like..
Hari ni sahabat rapat I buat kenduri tahlil. I ni biasa ahh tukang nyemak kan memang orang pertama ahh sampai umah dia walaupun agak lewat sikit still orang pertama. NI semua sebab dok lilit lilit pashmina sebab weyh nak attend kenduri tahlil kot, agak ahh kalau freehair pun respect ahh sikit kan. Siap tengok video Maria Elena lagi cara cara pakai pashmina. Sumpah tak tipu tapi resultnya hampeh. Serabai nak mampos, respek betul gadis gadis yang pakai tudung lilit sana lilit sini tu. I ni?? Ambil masa sampai 30minit pun still tak jadi jadi okay!!! So terus pergi rumah Ain, mintak pinjam tudung adik dia je sebab kat rumah ada tudung pashmina tu satu je sebab adik perempuan dah angkut semua tudung dia pi kolej lepas lepas tu terasa tudung ibu seperti tudung orang tua sangat ahh pulak. So yeah off to rumah Ain.
Mula-mula Ain bagi shawl. Eeee tak mau shawl sebab tak bawak anak tudung. Lepas tu dah pening tak tau nak pakai tudung apa sekali nampak tudung bawal tersadai kat penyampai terus cakap kat Ayu nak pinjam. Perghh gila heeaven ok pakai tudung bawal. Senang, ringkas and sangat selesa.

Selesa sangat pakai tudung sempena nama ikan bawal ni. Tak yah susah susah lilit sana lilit sini. Oh yeahh besides me is my mak datin Ain okay.. Bling bling gitu tudung you datin. I like!!

What pandang-pandang???
Tudung Bawal VS Shawl yawww..
Terima kasih ahh Datin Ain, susah susah je bagi I ni makan banyak-banyak tapi daging ko juga yang habiskan sebab aku tak suka makan daging kan?? Eeeee lama tak jumpa, tadi jumpa best gila okay. Lepak lama gila walaupun lepak dalam rumah je. Miss u like hell and trima kasih daun keladi ada budi gua balas balik for that eye lash curler. Aku akan make sure bila aku lentikkan bulu mata, aku akan teringat kat ko. =D
Best taw kenduri tahlil ni. Ada banyak makan. Ada laksa, ada keohteow, ada cendol, ada roti jalan. Macam-macam. Bayangkan I makan banyak gila sampai kena pastikan esok joging selama 30 minit lepas tu jalan laju-laju selama 30 minit supaya apa yang makan tadi akan terbakar dengan jayanya dan tak sempat menambahkan lemak yang dah sedia ada.

Ini rupa I bila pakai tudung lilit lilit sumpah amik masa gila lama okay nak bersiap. Lain kali dah tahu dah kalau malas dan dah lambat sangat nak siap, silalah pakai tudung bawal yang sekarang ni I rasa dah jarang beno orang pakai. Semua orang pakai shawl je skang, apa barang derrr pakai tudung bawal kan?? Tapi weyhh gua kagum ahh dengan kenikmatan pakai bawal, serius cakap ahhh.

Ohh ini rupa lepas habis kenduri. Belemuih. Muka penat gila sebab penat melayan tetamu. I sebagai kawan yang paling baik sekali manalah boleh datang dan makan je mesti ahh kena tolong sekali kan?? Ohh bout the hijab, we'll both will wear it soon. Really soon. Just takes time je. Yeah, kalau bagi alasan tak bersedia lagi kang habis kena tempelak kan its all about ketentuan Allah, Allah dah suruh pakai, pakai ahh kan but then bukan tak nak pakai langsung, just.. Aihh susah nak kata. Btw,
Doakan our heart tak pernah tertutup untuk menutupi aurat okay.. (^_^)
Thursday, April 14, 2011
BUDGET : TUNANG
CAUTION!!
PLEASE GET READY WITH PANADOL AND A GLASS OF WATER BY YOUR SIDE COZ THE POSSIBILITY OF YOU GETTING DIZZY WHEN YOU READ WHAT'S AINEE GOING TO MEMBEBEL IS QUITE HIGH.
Ok. Disebabkan dah ramai sangat tanya I soalan ni baik di FB lama mahupun di FB baru yakni di email sekalipun ramai beno orang suka tanya soalan ni makanya I tempeklah kat sini jawapannya supaya semua orang boleh baca. Kira macam jawapan berbalas versi borong ahh.
So mari kita kira baget tunang I. Majlis tunang I lah, bukan tunang orang lain tau so maybe tak samalah kos pembaziran wangnya. Maybe ada yang lebih maybe ada yang kurang. Maybe korang boleh kurangkan apa yang terlebih and lebihkan apa yang terkurang. Ni semua just nak bagi gambaran berapa budget yang perlu korang ada kalau plan nak bertunang.
1) KHEMAH
KOS: RM150 (1 khemah plus kerusi meja sekali alas meja)
RM300 (2 khemah sekali kerusi meja + alas meja)
RM60++ for skirting meja buffet
CONTACT: 019-510 7870 (Isa)
RM300 (2 khemah sekali kerusi meja + alas meja)
RM60++ for skirting meja buffet
CONTACT: 019-510 7870 (Isa)
2) MAKAN-MAKAN
Bab makan-makan ni tak sure sebab masak sendiri lepas tu ayah yang sponsor. Rasanya RM1000 jugak habis untuk 150 orang tetamu sebab masak lauk ayam berempah, ayam masak merah, daging kurma, kacang panjang masak rendang, tembikai. Lepas tu air ribena, konon nak ikut tema purple ahh sampai air pun nak warna purple nyah. I ada gebang kat sini. Kalau nak senang upah je katering. Maybe kita boleh kira RM8.50 satu kepala. Macam I nak kira upah pekerja lagi RM80 untuk 2 orang lepas tu sewa pinggan pinggan tu semua dah RM200 so better ahh amik catering je. Pusing pusing balik kosnya sama je.
KOS: RM8.50 x 150org=RM1,275
Bab makan-makan ni tak sure sebab masak sendiri lepas tu ayah yang sponsor. Rasanya RM1000 jugak habis untuk 150 orang tetamu sebab masak lauk ayam berempah, ayam masak merah, daging kurma, kacang panjang masak rendang, tembikai. Lepas tu air ribena, konon nak ikut tema purple ahh sampai air pun nak warna purple nyah. I ada gebang kat sini. Kalau nak senang upah je katering. Maybe kita boleh kira RM8.50 satu kepala. Macam I nak kira upah pekerja lagi RM80 untuk 2 orang lepas tu sewa pinggan pinggan tu semua dah RM200 so better ahh amik catering je. Pusing pusing balik kosnya sama je.
KOS: RM8.50 x 150org=RM1,275
3) PERSALINAN
Haa kau jangan main BM I skang ni, A++ tu. Tak panggil baju ke apa panggil persalinan wooo. Ok so persalinan ni I sewa dengan harga RM180 sahaja dekat B&R Boutique which is dekat dengan Jusco. Apa yang dia bagi? Memang best sewa dekat dia ni, kat butik lain rasanya tak dapat kot. Dia bagi I baju yang cantik marvelous tu, kasut, aksesori, veil, korset dan aksesori. Kawan-kawan semua puji I punya baju lawa, dah macam nak kahwin dah baju I. Ohh terima kasih kawan-kawan yang memuji, terasa berbaloi baloi sewa baju ni.
KOS: RM180
TIPS: Bila tengah survey baju terus nyatakan budget and make sure budget tu kurang RM20-RM50 dari budget sebenar kita sebab macam I ni, mula-mula akak tu cakap RM250 lepas tu I cakap budget I RM150 je then dia cakap kalau RM180 boleh? I pun on je lah walaupun over the budget tapi still affordable. Tanya kat kedai lain dahh ahh buruk nak charge mahal pulak tu memang tak dapat ahh.
4) PELAMIN
KOS: RM500
TIPS: Baik ambil pakej. Pakej lagi murah. RM500 dah boleh dapat complete semua dah dari baju, makeup dengan pelamin.
5. HANTARAN
KOS: RM215 (Apek to Ainee)
RM260 (Ainee to Apek)
Barang-barang kat atas dulang tu depends. Maybe round up semua termasuk barang hantaran dengan hiasan dulang semua tak termasuk duit hantaran yang Apek bagi on dat day jadi:-
TOTAL: RM1,500
TIPS: Mintak makcik-makcik sedara sponsor barang atas dulang tu kecuali cincin dengan duit hantaran ahh kan. Melampau ahh itu pun nak sponsor. Jimat!
6. MAKEUP
KOS: RM100++
8. RAMBUT
9. WELCOME SIGN
KOS: FREE
(Sebab Apek yang design. Itu pun I mintak one day before our engagement ceremony begins. TQ B for fullfiling my wish. So siapa-siapa nak design, yeah u can trust Apek and the price memang very the murah okay)
10. INVITATION CARD
KOS : DESIGN (FREE)
KERTAS: RM10 (termasuk yang reject)
PRINTING: Tak tahu
11. GUEST BOOK
KOS: UNKNOWN
yang pasti less than RM20
12. GUESTS
So let us summarize it
1) Khemah (2 biji + skirting) = RM 360
2) Makan (RM8.50 x 150 orang) = RM1,275
3) Persalinan = RM 180
4) Pelamin = RM 500
5) Hantaran(include cincin exclude duit hantaran) = RM1,500
6) Makeup = RM 100
7) Rambut = RM 45
TOTAL = RM3,960
Jangan takut tengok figure tu, semua benda boleh kurang. Macam I, I tak mampu nak bagi tetamu I doorgift so I tak bagilah. I mampu bagi makan je. Lucky me they enjoyed the day. So yeah jangan terlalu bazir sangat okay. Macam I ni, baru hari ni kira total semua sebab nak share dengan korang, weyh sumpah terkejut okay. I ingatkan I habis dalam 2-3ribu je tapi ni dah cecah RM4,000 der. Bazir weyh. Bazir. Tapi dah lepas pun nak fokus kat kawin skang ni, so jom buat adjustment sikit.
ADJUSTMENT
1) Khemah (1 biji + skirting) = RM 210
2) Makan (RM8.50 x 100 orang) = RM850
3) Persalinan + pelamin + makeup = RM 500
4) Hantaran simple simple (RM20x12dulang) = RM240
Barang-barang mcm kek, sejadah semua mintak sponsor. Cincin emas RM189 seketul pun ada. Belah rotan kalau tak silap RM120++, kalau tak silap ahh so choose wisely)
TOTAL = RM1,800
1) Khemah instead of 2 ambil 1 je.
2) Tetamu jangan ajak ramai-ramai. Kalau boleh lagi kurang lagi bagus. Ajak saudara mara dan rakan terapat je.
3) Ambil pakej instead of asing-asing.
4) Hantaran mintak sponsor. Biasanya tak payah mintak surely ada orang sponsor tu sebab tu I punya instead of 5 jadi 11.
5) Cincin tak payah over, ikut syarat je.
So, hopefully u all tak pening baca apa yang I merepek and harap sangat dapat bantu sesiapa yang dalam proses nak bertunang tu tambah-tambah yang rajin email I. I appreciate that so much. Ohh and actually wants to help one of my buddy yang ala-ala macam nak bertunang tahun ni walaweyhh padahal baru kapel, hepinya tapi sebab dia belajar jauh balik Ipoh pun like once in a month so kawanku then bila tanya I on the spot tak dapat jawap sebab sendiri pun tak tau kos tunang berapa so ni untuk kau jugak okay. U know who u are. I promise to keep it secrets until the pre-big day come right? **kudos =))
Subscribe to:
Posts (Atom)
-
Assalamualaikum. Bertemu kita lagi di entri #TravelDiary. Kali ni Aini dan Amirul pergi Langkawi selama 4 hari 3 malam dengan menaiki pen...
-
Hello hello assalamualaikum. Hashtag dekat belog Ainee yang paling digemari ramai. #TRAVELDIARY. PERINGATAN : SUPER PANJANG. BILA BACA BOL...
-
Badan megan fox cantik kan?? Apek selalu cakap badan dia cantik!! Busuk punya apek. Tak apa, tak jeles pon sebab saya pun nak badan macam di...