Friday, January 15, 2010

Everyone life is full with gossips

Kadang-kadang I selalu rasa hidup I macam dalam series Gossip Girl. Cehh! Hidup nak jadi socialite je kan? Lepas tu selalu rasa diri duduk dekat Upper East Side. Haha! Kelakar betul. Hakikatnya duduk dekat pekan koboi(Ipoh) ni sahaja. Lepas tu bukan duduk dekat penthouse tapi duduk rumah yang terletak atas tanah je bukan dekat rumah atas rumah. Yang paling ketara rumah I tak ada lif. Ahahahaha! Teringat lagi kena tipu dengan kawan yang suka cakap besar waktu umur darjah 5. Dia cakap rumah dia besar. Ada tangga bergerak tu. I kagum gila dengan dia rasa macam dia ni kaya sangat macam dalam cerita Richie Rich yang dalam rumah dia ada McD tu. Dengar cerita dia buat mata I tak kelip-kelip pandang dia. Dalam hati cakap, "Satu hari nak jadi macam dia nak bina lif dalam rumah". Heh! Tengok betapa lurusnya I.


OK! The main thing kenapa I rasa I selalu hidup dalam dunia Gossip Girl sebab serius I punya hidup memang penuh dengan gosip. I dengar dan simpan sampai bila orang tu buat taik dengan I, I revealkan. Ceh! Mana ada! I tak sejahat itu lah. Kalau rahsia tetap rahsia walaupun gaduh macam mana besar pun melainkan benda gosip buat apa nak rahsia tapi I dah belajar satu benda. GOSSIP SERIOUSLY NOT HEALTHY FOR US! So tak payahlah u all nak dengar gosip gosip tu and sebarkan gosip tu. Ok! Ada kelonggaran boleh dengar but dont ever ever EVER sampaikan dekat orang lain. Sebab bila sampai satu tahap bila kawan kita tu nak jatuhkan kita dengan cara petik mulut je dia boleh buat kita jatuh tersembam sampai rasa down sangat nak bangun balik.


Tapi..Tapi..I ada satu scene yang I gila jatuh cinta dalam cerita Gossip Girl. The white theme party. Semua putih. Ok! I nak berangan lagi sekali tentang wedding I boleh? Haha! I ingat lagi I berangan I nak pakai baju apa semua masa wedding last year dekat sini. Gila kelakar. Tetap sama! I tetap dengan gaun kembang putih I. Impian dari kecil ok! Cuma tema tu dulu ingatkan nak campur putih dengan pink ke putih dengan hitam tapi sekarang officially nak tukar putih semua gara-gara pertanyaan adik I yang kecil sekali. Nampak suci sangat katanya.



Queen B("____")



This type of hair sangat cantik with the hairband rasa nak buat macam ni jugaklah for my wedd. Owh aini teruskanlah berangan mana tau ada orang nak sponsor kan?kan?



Serena & Nate. Jaket yang Nate pakai tu still termasuk dalam keluarga putih. So check!



Benda yang I nak fokus dekat sini bunga dekat belakang tu. Nampak tak? Nampak tak? Sucinya. Ok! Now I terbayang bayang how my wedding will be. Heh!



Some idea for those who want to attend my wedding-to-be. Ahaha! Berangan!



Sebenarnya berangan nak ada orang panggangkan ayam untuk tetamu-tetamu semua tapi baget mesti besar gila kan? So tak boleh! Reject! Reject!




Meja pun kalau boleh nak letak bowl isi air then tepi tepi dia letak bunga ros putih. Owh lupa dalam bowl yang isi air tu I nak letak lilin. Ohh dan tempat buffet tu I nak taburkan kelopak kelopak ros putih tu. =)



lepas tu kan..lepas tu kan..sepanjang nak pergi ke tempat I makan and bersanding ada benda benda macam atas ni. I tak tahu nak sebut apa tapi I panggil ros bulat bulat dengan kain net. Ahaha!



Hemm.. Kalau tak nak pakai khemah tapi nak gantung tanglung tanglung putih dengan lampu tu boleh ke? Ok! I tahu pelik so kena rejek! Terlepas satu angan angan nak kasi orang makan ditemani cahaya lilin dan bintang-bintang. Ececececeh!



Boleh ke kasi wedding card macam ni? Simplenya. I rasa nak print pun juz guna black & white je tak payah kaler kaler. Jimat! Jimat! Then just letak riben putih je. Oh so simple but sweet. Haaa dah nampak dah kertaksuban I terhadap weding warna putih? Ahahaha! Jangan muntah! Terima je lah angan-angan I ni.



Dah penat orang datang jadi kena bagi doorgift. Memang dari kecil kecil dulu berhasrat nak kasi kipas supaya bila panas orang boleh guna untuk kipas diri sendiri. Excitednya! Korang setuju tak ni I nak kasi kipas je kat korang? Nak demand laks, sekeh kang! Lepas tu kan..lepas tu..sebelah tu untuk bekas bunga. Comel kan? Untuk tetamu lelaki I kasi kot then untuk tetamu perempuan I kasi gown. Silap! Bukan bunga tapi telur. Tengok effect kalau kena penyakit terlebih excited ni.



Lilin merupakan satu kemestian. Silap silap terbakar pelamin semua. Pandai juga si Charlotte aGeary ni snap picture. Dia orang putih jadi I tak ada number dia, jangan gatal nak minta.



Kek I nak macam ni. Then huruf tu tukar jadi AA.



Ini untuk flower girl. Kalau adalah tapi rasanya tak payah kot flower girl. Haaa tau dah!Tau dah! Ini untuk letak doorgift. =)


OK! Sekarang siapa nak datang wedding I kena ikut dress code iaitu warna putih. Sanggup? Sanggup? Oh lupa nak bagitau wedding ni will be held in the night di bawah pancaran lampu jalan. Tapi lambat lagi, silalah tempah baju awal awal. Ahahahaha!


**owh lupa nak bagitau. haha! Rasa nak gelak sebelum bagitau boleh tak? Hahaha again! Rupanya result MUET I keluar "x" sebab I tak ambil paper Reading gara gara berparti pada malam hari. Bikin gabra semua orang je dah larr tua da orang ingat I dapat band 6 band 10 sampai buat I rasa bangga padahal band 1 pun tak layak jadi jawapannya kenalah repeat balik. Terbang lagi rm60.*sigh!

Wednesday, January 13, 2010

Gila bangga dengan result Muet I

Tak pernah pernah I buat entri 2 kali dalam sehari tapi hari ni I buat juga. Adakah terlebih rajin? Tidak! Terlebih hormon? Lagilah tak. Oh yes!yes! Probably I nak continue isu tips membogelkan diri itu. But a massive tak juga. But..but...sebab punya excited nak check results mana tau dapat band 6 walaupun terang-terang dah hilang "40 markah" sebab bangun lambat gara-gara ini. Yup!yup! Its about my so-call-darling-MUET.

I dah nampak dah mata korang yang bergenang genang macam mata himawari bila nampak permata and lelaki kacak. Dasar betul korang ni! Ahahahhaha!

So here is my result, sudah-sudahlah buat mata bergenang berkaca tu.





Kenapa result I "x"? Supposely written there 6. Surely ada kesilapan ni. Dan makhluk yang sedang menagih kasih simpati kat I sampil lutut dekat result tu I tak kenal. Dari mana datangnya I tak tahu. Mungkin alien atau mungkin watak avatar yang diterjemahkan dalam bentuk orang lidi. Botak, rambut sikit-sikit, owhh sungguh comel dan suci macam babi(baby) baru lahir.

Sesiapa yang ada pengalaman boleh tak bagitahu I kenapa jadi macam ni? Kenapa x? Kalau tak terbendung sangat kebodohan I at least kesianlah sikit, bagilah I band 1. Aiyaaa! Takkanlah Wakenabeb nak prank I pula kan tengah tengah awal tahun ni.


EDITED: Ohh dah tau dah kenapa result MUET dapat X sebabnya MUET dia tak leh tinggal satu paper pun, kalau tinggal satu paper memang tak entitle untuk mendapat mana mana band walaupun waliband. Muahahahha!<=Edit sebab tengok kat keywords ramai beno cari keywords "kenapa band muet x". Ohh rupanya I ada genglah. HIGH FIVE DUDES!

habis Diploma sambung Degree

Hey peeps. Cuaca hari ini agak segar membunga sebab tak kelihatan pula cecair titisan hujan nak turun. Esok ada presentation untuk final projek tapi satu benda pun I tak siap lagi. Asyik main rambut je sebab bila tengok cermin je rasa puas sangat dengan rambut baru ni. Cis! Sungguh perasan. Lepas habis je presentation ni maka habislah sudah Diplomaku. Owh! Tapi tak habis lagi sebab kena berhempas pulas untuk habiskan praktikal dulu but I tetap tak sabar nak apply for my degree. Excited! Im surwe u all yang sama umur dengan I pun dah nak habis kan? Mesti rasa releaved sangat macam buat kiraan 1, 2, 3 then tarik nafas dalam-dalam then lepas. Perghh lega sampai sure pun I dah tak reti eja.

Terasa nak kasi tips-tips membogelkan diri pula hari ini. Uishh! Bukan-bukan bogel yang takde sehelai urat benang dekat badan tu. Ini bogel yang bermaksud membinasakan diri sendiri.

Tiptip Membogelkan Diri ialah..



ok!kenapa tiba-tiba idea hilang?

Thursday, January 7, 2010

Mari mula yang baru dengan rupa sendiri


HI! Nama saya Aini. Umur saya 21 tahun. Saya anak manusia. Ok memang muka di atas nampak macam muka kacukan alien tapi serius punya serius Im 100% diproducekan oleh manusia.

Ok da janji nak tunjuk perubahan yang I buat waktu new year kan. Inilah dia rambut macam kena tumpah cat. Salah siapa? Salah diri sendiri sebab gatal lalu bawah papan orang tengah cat bangunan kononya nak berteduh sebab waktu tu tengah hujan. Lepas tu apek tua tu agaknya dengki sebab I tak buat pembayaran bila berteduh lalu dia sepak tong cat dia jatuh atas kepala I. Sakit tau!


MOTIF GAMBAR?
Nak tunjuk kesan pertumpahan cat tu larhh.. Nampak tak colour cat tu?



Waktu ni tengah tunggu apek(bukan apek tua yang tumpahkan cat tu tau, kali ni boifren I).. Dia exam!! Gila lama I tunggu dia sampai tertutuplah laptop I sendiri kerananya habis baterilah sayang oii.. Tak nampak sangat kan curl I? U all tak tengok bila I letak gel yang keras habis tu mesti terkejut beruk.



OK! Kali ni lagi nampak kan my curl? Ok tak curl I ni (muka baget comel, tak leh blah!).. Nak tahu I habis berapa? Kali ni RM280.. Gila melabur untuk rambut kan padahal baru je melabur bulan sepuluh waktu raya tu. OK! Kali ni janji dengan rambut tak nak siksa dia selama setahun. Insyallah! Paling kurang pun 6bulan. Hehehehe!



Just untuk ingatan korang, ini rambut before curl. Which one is more sexy? Ayat nak secy je..Bukan! Bukan baju! Rambut. My hair people! My hair!

Sori ok for the previous 2 post memang agak moody sikit. NOW MY MOOD IS HAPPY baby. I anggap je I tengah duduk dekat Upper East Side. Life is full with gossip but I tak nak terjebak dah so not good for my health, make me strees lagi adalah. =)

Monday, January 4, 2010

Jangan ulang kesilapan seperti NIJ

I tak tahu kenapa orang yang I percaya tu buat I macam ni? Kawan I tak tahu lagi benda ni sepenuhnya, insyallah I akan pergi rumah dia minggu depan dengan rakan lagi satu untuk menjelaskan situasi. Doakanlah dia tak ditutupi dengan selaput syaitan yang telah dibina oleh manusia yang tidak berhati perut itu. Orang lain tak tahu situasinya, bukan I yang mulakan dulu tapi dia. Dia yang paksa I bercerita bila I dah cerita untuk meluahkan perasaan dia tambah api lagi maka I pun lagi panaslah mesti dan dia memanggil kawan I itu jalang. I yang bodoh ni pun terikut lar. Ampun ya sahabat! Aku cuma terikut tidak berniat langsung untuk memanggil kau sedemikian rupa. Hati tengah panas membara kan?

Sebenarnya I dah tahu perangai perempuan itu yang kaki memecahbelahkan orang dan memang menunggu point untuk memusnahkan orang lain tapi I bodoh kononya dia dah berubah tapi sedikit pun tak. I percaya ayat yang dia cakap "u can trust on me. Aku takkan bagitahu sesiapa".. Padahal dia yang nak sangat dengar, I tak nak bercerita sebenarnya tapi I cerita juga. Bodohnya Nuraini Ismail Johari ni.

Nasihat I untuk korang kat luar sana jangan percaya dekat sesiapa pun. Kalau tak tahan sangat nak bercerita kemarahan korang dekat sahabat korang jangan bercerita dengan orang yang mengenali sahabat kau itu. Ceritalah sama tuhan. Kalau beragama Islam ceritalah sama Allah. Lagi bagus, lagi selamat daripada cerita dekat insan yang kita percaya tapi dimusnahkan kepercayaan itu. Kalau musnah untuk kebaikan tak apa ini lebih kepada kehancuran.

I ambil nasihat dari kawan I, tak payah nak cuba pulihkan hubungan orang lain. Yes! I selalu macam tu(pulihkan keadaan wannabe) tapi apa yang orang buat kat I? Dia pecahbelahkan I ada lah. Kenapa dia tak kasi nasihat dekat I? Kenapa dia tak sejukkan hati I masa I tengah panas? Kenapa perlu dikhabarkan hal yang I cakap dekat dia pada orang lain sedangkan dia dah berjanji?

Then kawan I lagi sorang kasi nasihat suruh abaikan and ikat ketat ketat ayat dia dalam otak iaitu "KALAU ORANG NAK KAWAN KITA KAWAN, KALAU TAK NAK KAWAN SUDAH".. Tapi I tak bolehlah macam tu memandangkan this is my first time gaduh dengan kawan. Bayangkan umur dah 21 tapi this is her first time bersalah faham dengan kawan. So ketinggalan zaman! Masih banyak pengalaman yang perlu ditimba.

I rasa nak delete Facebook and mulakan hidup baru. Tak nak communicate dengan kawan dah. Kita tak kenal siapa manusia kat luar sana yang menunggu masa je nak musnahkan kita. I hanya cerita pada manusia tu je tapi kawan I cakap I dah cerita kat ramai orang. Tak! Itu semua pembohongan. Kalau orang lain tahu pun sebab orang tu yang bercerita, bukan I sebab hanya dia je yang tahu. Dahlah tak pandai sejukkan hati I. Orang lain semua suruh I bincang bukan tambah api. Ms. SS tak bersalah. Dia baik. Dia suruh I bincang dia bukan suruh I burukkan orang lagi tau so jangan salahkan dia. Dia tak tahu pun pasal cerita ni.

Neway Im Sorry For All My Fault in The Past Year. Please bagi I peluang untuk menjadi orang yang lebih baik pada tahun ini.

Friday, January 1, 2010

starting of 2010 not as sweet as i though

Disebabkan mulut I yang teruk ni I dah kehilangan kawan yang dulu I rapat sangat. Sepatutnya I diam je, tak perlu pertahankan diri sendiri. Bila makin korek kita makin tahu siapa yang membusuk then makin sakit hati. Bila kita sakit hati then kita akan sakitkan hati orang yang kita sayang walhal kita tak berniat pun. Itu semua jadi bila perasaan mengawal kita. Jadi anda semua di luar sana jangan biarkan perasaan mengawal kita. Kalau gaduh kawan-kawan tak perlu bagi penjelasan biar je benda tu hilang dengan sendiri walaupun kita tau kita tak salah. Kita just mempertahankan diri sendiri. Jangan kutuk kawan sendiri dengan sesiapa pun. Kalau tak puas hati cakap depan-depan.

Memang! Memang I dah delete dia dari FB. Sebab apa? Sebab I tak sanggup jadi stalker tengok apa yang dia buat, apa yang dia sembang dengan siapa dia berkawan sebab nanti I yang sedih. I yang terluka sebab tak dapat gelak-gelak bersama dengan kawan yang pernah I kasihi. Tapi I cakap apa kat dia? I cakap yang I dah tak kisah I tak ada kawan macam dia sebab dia pergunakan I padahal tak. Deep inside tak bermaksud langsung nak cakap macam tu. Again! Perasaan yang kawal kita. Why aini? Why?

Maybe I tak dapat cakap depan depan and tak cakap dekat mesej dekat FB but deep inside to my ex-friend, IM SORRY! And kali ni memang ikhlas siap kesat air mata dengan lengan baju lagi sebab I tengah terkenang sangat manis kita bersama. ecececeh!IM SORRY! IM sorry! Aku nak telefon ko sekarang tapi yes! aku ego. Aku tahu ko takkan baca benda ni, kalau ko baca pun mesti ko gelakkan aku. Tapi boleh tak kita start balik semula? Please! Kalau boleh please telefon kawan rapat kita yang lagi sorang tu and cakap kat dia sebab aku tak sanggup dengar suara ko, aku rasa bersalah sangat sebab biarkan orang lain putuskan friendship kita.

Ini nota karangan khas buat ko untuk hari pertama di tahun baru. Aku sayang ko sangat dan aku sangat menyesal gelar ko bukan bukan.

Untuk rakan belog please jangan backup I tapi backuplah kawan I sebab memang I yang salah.

IM OFFICIALY 21 GUYS!=)

Thursday, December 31, 2009

macam mana nak buang benda tu?

Please remind Nuraini Ismail Johari dat 2010 is coming soon.

Hari ni ramai betul orang tanya malam ni countdown dekat mana. Jawapan I "dekat rumah". Yes!Memang jawapan yang sangat typical BORING!

I sangat tak sabar nak balik rumah nak cuci semua kasut I then nak kemas bilik semua. Masuk semalam dah 2hari I bacakan Yassin dekat bilik adik lelaki I. Adik I, Eddie kena tindih. Alah kena tindih. Tahu kan kena tindih dengan apa? Tapi bilik adik I tu tetap panas, bila I masuk je bulu roma I terus naik. Bulu rambut atas kepala I pun naik. Yes!Adik I memang dah lama sangat tak duduk dalam bilik tu sebab dia tidur rumah opah I. Dia balik pun untuk tukar baju je plus tak ada orang pun masuk bilik adik I tu. So bilik tu macam terbiar tapi still bersih. Macam mana nak get rid off dat thing erkk?

#REVIEW Baju nikah