Wednesday, February 16, 2011

HANTARAN APEK TO AINEE (PINK)

Ok! Tak habis lagi cerita pasal tunangnya walaupun dah 2 bulan lebih dah. WELL. Tengah ada mood nak menaip ni I taip je lah kan sebab bila I tengok kat label I under "Perjalanan Nak Jadi Double (Engagement)", sikit je I rasa benda yang I tempek pasal tunang I dalam belog ni. Nanti entah bila tahun I nak baca balik, nak senyum sorang-sorang tak best ahh kalau sikit je benda yang I boleh baca kan? Lagipun I dah janji maa nak share dengan korang before this.

So, hantaran dari Apek untuk I ialah warna pink. Biasalah, I ni peminat tegar Pink tu yang Apek bagi hantaran kat I warna Pink. I pulak bagi Apek warna ungu sebab Apek suka warna Ungu.


SIREH JUNJUNG
Mama (mak apek) buat sendiri ni. Creative kan mama? Ni memang betul sireh junjung ni sebab memang gila tinggi sireh ni.


TEPAK SIREH
Tak cukup dengan sireh junjung, tepak sireh pun ada wooo.


TEMPAT CINCIN
Ni lah tempat letak cincin I. Dua dua bentuk cincin letak kat sini. Satu cincin risik satu cincin tunang. I suka gila apa yang Apek dengan Mama buat ni. Macam dalam taman sangat kan? I like! My favorite. Sampai sekarang ni, I dah tak guna dah kotak cincin untuk letak cincin cincin I (over kau cakap cincin cincin cakap cincin sudah), I guna je gubahan yang cantik macam ala ala taman ni untuk letak cincin-cincin I.


DUIT HANTARAN
Jumlah semua RM8,989.89/-. Semua Apek dah kasi settle dah tu sebabnya kot dia berani propose I kat Cameron Highland hari tu, duit dah cukup rupanya. Ok kenapa RM8,989.89? Sebab I dengan Apek lahir pada tahun 1989 tu yang I choose RM8,989.89 as my duit hantaran. Mas kawin pun sama. Apek nak bagi sempena tahun lahir kami which is RM1,989. Ok! Kat depan album tu 89sen.


TELEKUNG
This is so my favorite. Susunan ni sumpah cantik gila. Dilipat lipat jadi bunga rose. Mama yang gubahkan. Pandai gila kan mama gubahkan kan? Cantik sangat sampai rasa sayang sangat nak buka. Waktu nak buka tu pun opah I kagum gila. Lepas tu kiterowang try buat balik tak jadi. Hehehehe! Memang serius cantik sangat gubahan telekung ni.


CUPCAKES
Ni Apek tempah kat kak diba, my all time feberet person untuk order cupcakes and cakes. Haa siapa siapa yang nak kahwin ke nak tunang ke kat Ipoh ni bolehlah tempah kat Kak Diba ni. Senang je berunding dengan Kak Diba ni. Dia sempoi. Jiwa muda.

SAPU TANGAN
Ok yang ni actually sapu tangan. Sponsor by kakak Apek iaitu Kak Ida. Lepas tu mama yang gubahkan jadi replika buah-buahan. Cantik sangat kan? Memang cantik dan cute sangat sangat sampai sekarang ni I tak buka-buka pun. Biar je dalam bekas tu. Ibu pun tak kasi buka sebab dia cakap buat apa buka, bukan guna pun sapu tangan tu baik jadikan perhiasan sebab cantik sangat. Hehehehe!


BUAH-BUAHAN
Ni daripada sedara mara Apek tak silap. Macam tak complete ehh kalau hantaran tak ada buah kan? Tapi buah Apek lagi banyak, I bagi Apek buah sikit je. Cakap save!


MANISAN
Manisan ni rasanya dari sedara mara Apek juga. Memang sedap. Manis lazat berkrim you. Ok krim tu tipu mana ada krim, tepung adalah.


CHOCOLATE
Ni hadiah daripada office mates Apek. Dieowang tak datang sebab segan. Gedik ehh segan, geget kang! Makanya dieowang macam kira wakilkan diri dieowang kat bearbear ni lah kot then dieowang suruh masukkan sekali dalam hantaran. Ecehh nak glamour ahh tu. Tapi paling lawak bila Iqa nak bawak masuk bakul ni dalam bilik, I cakap "haipp nak bawak gi mana, letak balik" lepas tu dia cakap, "karang orang amik chocolate tu, aku nak!". Then I cakap, "tak ada sapa nak amiknya, letak balik". Lepas tu dia pun buat muka kecewa tapi comel lepas tu letak ahh balik. Redha lah kononya. Tak sampai berapa minit lepas tu tengok-tengok ferero rochernya dah habis, tinggal bakul je. Terus Iqa kecewa. Ayah I ahh punya angkara, dia ketua bukaknya dulu terus si Iqa tak dapat merasa. Hehehehe! Kecian! kecian!


Actually ada lagi satu. Ada cake. Kawan abang Apek bagi. Tapi tak ada pulak dalam kamera I gambar cakenya. Haaa plan plan nak bagi 5 berbalas 7 sekali lebih dari 5, lebih dari 7 daaa. Takpe, orang cakap rezeki. Alhamdulillah! Haishh bestnya tunang, rasa nak tunang lagi sekali pulak.


Btw, one of friends getting engaged on 12/02/11. She looks extremely gorgeous with the makeup, the attire. Congratulations Mimi. Welcome to the club. I love u makcik and Im so damn happy with you and Ariff.

Monday, February 14, 2011

GUA TEMPURUNG - Wajib pergi

P/S: Entri ni ditaip waktu I free hair so segala gambar dah diremove. Kalau ada macam ayat ayat tergantung tu paham pahamlah ya.

HAI! APEK CAKAP SAYA MAKHLUK GUA!
**semalam waktu test torchlight tu atas kepala, Eddie Joe cakap, "Inilah yang dipanggil melucahkan diri". Memang barai ahh muka. Tengok ahh mata I asal macam cacat semacam jee. Senyuman tu lagi ahh pelik no wonder Apek panggil makhluk gua.

Semalam bday Ifa Joe, adik paling kecil paling rajin paling pandai semua kat dia. Semua dia nak bolot. Yesterday, she turns 13. No more children dah babe, dah besar, bila pergi mana-mana dah tak dapat dah harga istimewa, harga dah setaraf dah dengan kakak kakak dengan abang dia dah. Dah tak dapat nak budget budget dah. Cepatnya awak ni membesar kan. Tepat je pukul 12 tengah malam, I wish hepi bday kat dia lepas tunyanyi lagu Hepi Bday versi omputih. Lepas tu dia muka bangga cakap tenkiu tenkiu. Nyampah! Lepas tu dia pun pergilah dapur. Nak tahu apa jadi? Haa baca note dia ni sendiri. Pendek je jangan risau. Haishh kesian kesian tak pasal-pasal dapat hadiah pertama from my brother tapi nasib baik ahh sempat elak. Eddie ingat ni bday orang bujang-bujang duduk satu rumah kot.

OK! Memandangkan she turns 13 this year, I pun cadang nak bawa pergi Gua Tempurung kasi dia explore sikit benda baru (padahal diri sendiri nak pergi sebab umur da 22tahun, dah duduk kat Ipoh 22tahun still tak pernah pergi Gua Tempurung). So drag Apek, Iqa dengan kawan Iqa dari kolej nama dia Mas sekali pergi celeb bday kat Gua Tempurung.


TEMPAT: Gua Tempurung
MASA (Bertolak): 9 a.m
MASA (TIBA): 9.30 a.m
MINYAK: RM20
PAKAIAN: Tracksuit, tee shirt, sports shoes
MESTI BAWA: Torchlight (prefer yang letak atas kepala tu), baju luar dan dalam, seluar luar dan dalam


OK! Time ni dah sampai dah. Apek dok khusyuk snap pic sana snap pic sini, maybe sebab tu lah bateri habis maka tak dapat nak poyo poyo nak tangkap gambar dalam gua.


So macam mana nak pergi Gua Tempurung?? Kalau dari Ipoh senang je, ikut je jalan lama tak payah gedik nak naik highway sebab serius kejap gila je akan sampai tak payah nak tempuh traffic light pun lagi satu save ahh budget kan sebab nak masuk gua pun nak kena bayar so boleh save kat situ. Serius! Terus je dari highway Simpang Pulai. Make sure menuju ke Kampar. Lepas tu pandang je signboard kat kiri, dia akan ada satu signboard besar punya kat depan tulis WELCOME TO GUA TEMPURUNG!!!!!


Ok posing dulu sebelum masuk, sebelum menangis, sebelum menyesal, sebelum meraung..

HARGA TIKET!
  1. Gonden Flowstone  - RM6 (Dewasa )  RM2.50 (Kanak-kanak ) – 40 minit
  2. Top Of The World RM9 (Dewasa ) RM 4.50 (Kanak-kanak) - 1 Jam 45 Minit
  3. Top Of The World & Short River Adventure – RM 11 (Dewasa ) RM6 (Kanak-kanak) 2 Jam 30 Minit
  4. Grand Tour  - RM 22 (Dewasa)  RM11 (Kanak-kanak )  - 3 Jam 30 Minit
WAKTU LAWATAN
Golden Flowstone - 9 pagi hingga 4 petang
Top Of The World bermula - 9 pagi hingga 3 petang
Top Of The World & Short River Adventure - 9 pagi hingga 12 tengahari
Grand Tour - 9 pagi hingga 11 pagi


Kiterowang kan poyo so kiterowang ambil pakej paling mencabar sekali iaitu Grand Tour. Memang mencabar! Memang tak rugi masuk! So total untuk 5 orang RM110.
Make sure sampai sana before pukul 11 pagi sebab dia dah tak ada tour dah lepas pukul 11 pagi and jangan sesekali pergi hari Jumaat sebab hari Jumaat kan hari laki-laki pergi masjid so memang takkan ada tour.


Ni lah muka semangat nak masuk gua. Make sure ikat tali kasut ketat-ketat.
p/s: Kasut Ifa in memories


Ok lepas dah ikat kasut semua, semua orang pun dah ready tibalah masanya untuk masuk ke gua. Time kiterowang pergi tu ramai jugak woo group kiterowang. Adalah dalam 50++ tak silap. Memang best! Memang happening.


Kenangan bersama orang putih yang tak tahu nama tapi tahu dia dari France. I jadi google translator kejap kat dia sebab Tourist Guide cakap Bahasa Melayu tak cakap Bahasa Inggeris. Dia ni merantau setahun kot around Asia. Dah macam dalam cerita Eat, Pray, Love dah. Bestnya hidup!! Lepas tu I mengeluh cakap kat dia bestlah u, I cuti sabtu ahad je. Dia boleh senyum je. Eleh banggalah tu dia dapat cuti setahun kerja jalan-jalan je tapi I memang salute ahh dengan dia ni sebab dia rileks je merantau jalan sorang-sorang. WA TABIK LU!


OK! Nak tahu apa yang kiterowang buat dalam gua ni?

1) Daki tangga sebanyak 1000++.
2) Turun tangga curam gila, kalau gayat gerenti terketar ketar kaki dan tangan sebab memang serius gayat gila.. Rasanya tinggi dia bangunan 5 tingkat kot.
3) Sliding..sliding..sliding..
4) Panjat panjat panjat..
5) Redah sungai untuk sampai ke puncak..Lepas tu rehat rehat rehat
6) Then redah sungai balik which is patih balik redah sungai tadi tapi balik ikut jalan lain.. Sumpah lagi mencabar gila..
7) Panjat lagi.. Panjat panjat panjang..
8) Slide slide slide
9) Sampai sungai.. Merangkak meniarap semua ada..
10) Dah sampai jalan keluar..


Paling memori sekali bagi I bila tapak kasut Ifa terkeluar dari landasan dan sesi Iqa & Mas menangis. Untuk kasut Ifa memang kelakar gila sebab bila Ifa panjat memanjat tu memang dah tak ada tapak ahh. I kesian gila kat dia then I suruh dia tanggalkan tapi dia cakap takkan tengah panjat-panjat ni nak tanggalkan kasut tu lepas tu Apek pula bantah habis bila I suwuh Ifa pakai stokin je sebab dia cakap pakai stokin lagi ahh licin. Then Apek ikatkan tali kasut Ifa ke bawah, kira macam ikatkan tapak yang dah melekat tadi dengan kasut ahh. I pun tak tau nak sembang macam mana tapi memang tak boleh diselamatkan sebab dia tercabut lagi. Lepas tu I suruh Ifa tanggalkan kasut dia then I suruh dia pakai kasut I. Kasut dia ada kat Gua Tempurung tu haaa siapa nak bolehlah ambil ya, I halalkan. I pun berkaki ayam ahh menapak dalam Gua Tempurung tu macam orang asli Gua Tempurung lagaknya tapi I degil tak dengar cakap Apek, I pakai je stokin. Hehehehe! Sakit?? MEMANG SAKIT AHH! Pijak batu dalam sungai sungai tu pergh memang perit tapi biar kaki sendiri sakit dari kaki Ifa sakit. KESIMPULANNYA PILIH AHH KASUT YANG MEMANG TAHAN LASAK DAN TAK SAYANG DAH SEBAB PERATUS KASUT AKAN ROSAK MEMANG SANGAT TINGGI! Banyak I tengok kasut dah arwah kat Gua Tempurung tu!


Ok lagi satu scene lawak bila Iqa dengan Mas nangis tang mengesot ngesot ke curam. Ok itu memang sumpah lawak ok. Tak dapat nak cerita kat sini sebab insiden menangis nangis ni sangat rare bak kata abang TOURIST GUIDE tu. Tak dapat nak snap pic sebab bateri kamera Apek habis. Kelakar ok sebab abang tourist guide tu siap kena tarik kaki Mas dengan Iqa sebab dieowang tak nak bergerak. Punyalah takut! Mas pulak siap jerit TAK NAK kuat-kuat bila abang tu tarik kaki dia supaya dia slide juga ke bawah kalau tak sampai ke sudah kiterowang sangkut kat situ. Lawak gila! Orang kat bawah mesti gelak gila. Lawak ahh Mas ni.


Overall memang sangat best dan satu pengalaman baru buat kiterowang. Dan rasanya Iqa dengan Mas pun dah dapat atasi ketakutan dieowang tu. Apalah, nama je ambil pelancongan budak 2 ekor tu tapi masuk gua menggelabah nangis. Terima kasih ahh Mas & Iqa sebab buat kiterowang ceria sepanjang perjalanan balik dengan buat lawak ok.


So, mengikut pengalaman I

1) SELUAR: Make sure seluar korang tu kain sebab banyak slide slide kalau traksuit jenis plastik memang rabak ahh.

2) TORCHLIGHT: Lepas tu jangan lupa bawa torch light sebab serius gelap gila kalau tak ada torch light dah macam orang buta dah. Paling bagus torchlight atas kepala. Boleh beli dekat Gerbang Malam (untuk orang Ipoh). RM6 je, tak mahal.

3) KASUT: Haa kasut pulak make sure memang yang tahan lasak punya sebab kita akan redah sungai, panjang sana panjat sini, slide sana slide sini kasut memang akan rabak ahh kalau tak tahan. But please dun ever ever wear sliper. Kalau nak sangat kaki tu terdedah pakai sandal yang mencengkam kaki. Crocs maybe ok!

4) GADGET: Make sure bawak plastik ataupun pakai beg kalis air untuk simpan kamera ke handphone ke. Handphone tu maybe tak perlulah kot nak bawa, simpan je dalam kereta. Duit pun silalah bawak cukup cukup je untuk harga tiket kalau tak nak dompet kowang tu basah. ok?

Bila dah habis perjalanan yang penuh extreme tu kompem satu badan memang basah gila dan kowang memanglah kena tukar baju kalau tak nak kereta basah so make sure sediakan RM1 untuk mandi & salin baju ok?


Ok! Tu jelah pengalaman I pergi Gua Tempurung yang memang super best! rasa macam nak pergi lagi sekali! Ohh untuk Ifa Joe welcome to the club of adult.

Thursday, February 10, 2011

KURSUS KAHWIN

Haishh asyik cakap pasal kahwin je kan? WELL!!!

So 5/12 hari Ahad hari tu I dengan Apek dah pi daftar kursus kahwin. Dekat Medan Kidd. Nama dia Hasani agaknya tempat tu. Harga?? Jangan wisau, still tak naik lagilah yuran kursus kahwin. Still RM80. Mana-mana pun. Kursus 2 hari. Mak aihh I tengok dia punya jadual kalah macam waktu bekerja. Dari pagi sampai ke petang. Outfit? Perempuan pakai baju kurung dan wajib berhijab. Ok! Macam mana ni nak berhijab di khalayak orang ramai ni? Sure akan rasa diri buruk lepas tu rasa nak sorok muka bawah meja je dari pagi sampai petang tu. Lagi satu mana nak cari tudung?? Takpe takpe we will give it a try sebab satu hari nanti mesti kena pakai jugak, sampai bila nak kumpul dosa kan? Ecehhh!! Laki pulak macam biasalah pakai kemeja. Songkok? Uishh tak perlu kot...

Paling best I dah ada 3 orang nak teman I pergi. Satu Kak Aelin, kakak kat tempat kerja I yang baik dengan I lepas tu yang kedua Yna and ketiga Nurul. Huishh nasib baik ada teman kalau tak mau I buat muka tebal tegur je stranger kat sana buat jadi kawan.

HASANI! Haa betullah nama tempat dia Hasani. Kat Medan Kidd

-Tiket ke Kursus Kahwin-
Eee macam tak caya je dah nak kawin dah I dengan Apek. Gila kau mau nak percaya, kapel since sekolah kot. Rasa macam cinta monyet je. Hehehehe!


-SESI HARI PERTAMA-
26/2/11 (Sabtu)
Pukul 7.45 pagi tu start. Dah tu habis pukul 6. Fuiyooo!!


-SESI HARI KEDUA-
27/2/11 (Ahad)
Hari kedua pun kena bangun awal jugak just balik awal sikit. Sikit je ahhh! Tapi yang pasti sure syiok kan. Ye lah dapat ilmu kot mesti ahh syiok..


Ok, ada lagi 2 minggu nak pergi kursus kahwin ni, kalau I dah pergi nanti I update pandangan I untuk sesiapa yang nak ambil kursus kahwin kat Hasani ni. Best ke tidak. OK?

Wednesday, February 9, 2011

WEDDING JOURNAL

OK! I memang ada satu habit di mana I memang suka sangat rekod apa yang I beli dalam satu buku. Bukan untuk tunang and kahwin je, on my daily basis pun I buat benda yang sama so that I tau duit I tu disalurkan ke mana. Tapi untuk kegiatan harian biasa I guna buku kecil je ala ala diari tapi serius kecil dan ringan senang di bawa ke mana saja. So for my wedding journal, I dah ada 2 buku. Lagi satu buku tu dah habis I tulis dengan semua I punya impianlah, harga pelaminlah. TETAPI!!! Haaa ada tetapi tu. I bukannya tulis yang cantik-cantik tu, I lebih kepada menconteng ok. Dats why I saja saja menyendeng dekat Apek mintak belikan buku baru. So I purchase this book kat MPH. Best sebab dia macam ada subdivider gitu.

So here is the journal..
Plain je sebab baru beli kan. Tak sampai seminggu lagi. Nanti baru nak hias-hias dengan sticker sticker comel ke lace ke.

COLUMN PERTAMA(XDA KALER)

Ok untuk first column I tulis harga harga bridal services. Contoh macam dalam gambar ni harga untuk photgrapher photographer. Ada banyak lagi, kat depan ada harga upah jahit bajulah, ada harga pelaminlah. Macam-macam.


COLUMN KEDUA(ORANGE)


Ok! Ni untuk warna oren punya. Oren punya merupakan gambar gambar pelamin atau baju atau kek yang I suka sangat lalu tapi tak sure designnya lagi so I tempek kat column ni. Bukan tu sahaja tips tips macam tips pilih photographer ke tips budget ke semua I tempek kat colum oren ni.


COLUMN KETIGA(KUNING)


Ok column kuning ni khas untuk nikah & reception belah I. Segalanya macam baju apa yang I suka, budget belah I, the wedding flow semua I tulis kat column kuning ni tapi nampaknya impian I memang sumpah banyak gila sampai bikin Apek pun pening makanya macam tak cukup je page kat dalam ni. Macam kena beli kertas biasa lepas tu attach kat column ni. Tengah cuma melimitkan ketaksuban I terhadap reception sendiri. I ni bukannya apa, cuma biasalah kawin sekali je kot makanya harus CEREWET GILA!


COLUMN KEEMPAT(BIRU)

And column biru ni khas untuk Apek punya reception. I tak tahu kenapa gambar terbalik balik padahal bila I upload dia elok je segar bugar straight. Haa bayangkan I punya column punya page nak dekat habis kan? Apek punya banyak gila balance lagi sebab sekarang ni Apek sendiri pun tengah fokus kat reception belah I dulu. Apek ni memang gedik tau, selalu je utamakan I ni. ILYSM DARLING.


Makanya, korang pun kenalah ada wedding journal ni tau, kalau boleh yang ada column column macam ni. SENANG! Lagi banyak column lagi bagus. At least kita tahu duit kita pergi mana lepas tu macam teratur je hidup. And maybe boleh digunakan as reference untuk kawan-kawan and saudara-mara kita yang nak kawin jugak kan. Ohh lupa pulak selain dariapda tulis tulis ni, I ada juga beli tempat letak-letak business kad and to do list. Macam macamlah I beli untuk attach kat buku ni. Nanti I tunjuk ok bila da settle. OK DAAA!!

Monday, February 7, 2011

Aktivi senonoh menjelang usia 22. KEDUT? Mana adalah!!

Haishh gila lega bila balik ofis sebab dekat ofislah dapat update belog, sebab dekat ofislah boleh reply shoutbox, sebab dekat ofislah boleh bukak tab banyak banyak banyak tanpa terDC. Ini asal bukak kat rumah je, Iqa Joe mesti DC. Kesian! Kesian!

OK last sekali I update pasal sambutan hari jadi awal kan? HELLO! Kan I dah ackap tahun ni punya bday best. Kan?Kan? memang THE BEST BDAY EVER lahhhh..

On my bday day pulak, I tak boleh ambil cuti sebab esoknya kan CHINESE NEW YEAR, kasi chance sama lengchai dengan lengloi dalam opis I cutilah. Tapi nasib baiklah half day. I like ok! Disebabkan half day I telah membuat date dengan 2 orang sahabat dari kecil iaitu Ain Salleh & Mira Jamaluddin.

WE ARE BESTFRIENDS SINCE 1996
AIN SALLEH, MIRA JAMALUDDIN, AINEE JOE

Jalan punya jalan punya jalan, sampailah kat De Garden. Tempat lepak baru. Best cuma yang tak bestnya kurang tempat makanan yang HALAL. Tengok, beg yang baru Yna Bliss hadiahkan semalam terus jadi beg feberet usung ke sana ke mari.

FRUIT LAND menjadi destinasi mengisi perut kami.

Ain Salleh makan nasi sebab dia macam tak boleh hidup tanpa nasi lepas tu dia sorang je order air. Lepas tu siap nasihatkan I dengan Mira order air lagi sebab dia cakap, "Air bagus tau". HELLO AIN! Yang bagus tu air putih bukan air manis manis ni. Geget kang!

Ohh dan Cik Mira Jamaluddin kita ni pun tak boleh hidup tanpa nasi rasanya so dia pun order nasi jugak tapi serious ikan dia sedap. Nyum! Nyum!

Dan I pula order spaghetti. I kan budget orang putih sikit so hello!!! tak main ahh nasi nasi ni. Gua makan mee lahh babe. Tengok ahh I punya paling banyak rasanya. Takde ahh semua appetizer dengan dessert kiterowang dapat sama cuma main course je dapat lain-lain. Dan aiskrim strawberi tu kalau nak kena tambah RM3.90. Gila mencekik kan? Nasib baik seeedaaap..


Lepas kiterowang dah habis makan, kiterowang berjalan jalanlah kan tapi mata I dengan Ain memang tak boleh tahanlah. KITEROWANG MENGANTOK GILA OK! MENGANTOK YANG TERAMAT SAMPAI JALAN PUN KALAU BOLEH NAK TUTUP MATA OK! Paham tak betapa mengantuknya kami? Kiterowang syak dieowang letak dadah lah dalam makanan kiterowang. Betul! Tapi yang peliknya Mira sorang je tak mengantok. BAYANGKAN LAGI BETAPA MENGANTUKNYA KAMI SAMPAI AIN SI DRIVER PUN TAK LARAT NAK DRIVE AND SURUH MIRA DRIVE PADAHAL PERGI JUSCO JE WEYH. PUNYALAH DEKAT ALAHAI! DAH LAH TU SAMPAI JUSCO PUN STILL MENGANTOK OK!


Lepas tu apa lagi mestilah melawat kawan kawan yang bekerja dalam Jusco tu jugak. Tapi untuk bulan ni ada sorang je yang bekerja di Jusco iaitu Shima Shaidun. Hai Shima, saya nak aiskrim BR satu FREE boleh? Dahlah tu adalah dekat 3-4 kali stop menyinggah dekat BR ni nasib baik boss dia tak marah ok! Nanti aku melawat ko lagi ok Shima. Bestnya ada kawan kerja kat Baskin ni. Dia ni ada jual lens murah tau. Boleh singgah sini then dia ada jual shawls murah murah dan uptodate jugak kat sini. Pi lah jenguk. Mana tau ada yang berkenan ke kan leh ahh beli.

HUSNA, SHAFIQAH, ATUL, TSURAI, LIYANA
AIN, AINEE, LYNN, AIMI, MIRA

Tak cukup dengan Shima, terserempak pulak dengan kawan kawan Convent dulu. Shima pun budak Convent jugak. Dah macam reunion tanpa dirancang pulak. Tengok deme semua baik baik je pakai hijab, I dengan Ain ni bilalah nak sampai seru ni. Coming soon! Coming soon! Ingat nak pakai time bday ni tapi tak jadi pulak rasa macam tak bersedia lagi. Best gila! Macam gila havoc time jumpa ni. Macam food court tu kiterowang yang punya. Aimi pulak dok promote shawl dia. Dia pun toke shawl rupanya sama dengan Shima. Link belog dia, tak ada pulak dia bagi tapi takpe nanti kalau ada, I tempek kat sini okies.


Hello! Bukan setakat kawan convent, kawan kat MGS pun terserempak jugak ok. Tengok, kan dah cakap macam reunion tak dirancang. Ni namanya Atteya. Satu kelas masa form 4 & form 5. Jangan tak tau I ni banyak sekolah ok, saja suka pindah pindah sekolah leh dapat banyak kawan. Ko ada?


Lepas tak havoc havoc semua ajar si Mira Jamaluddin makeup semua, kiterowang semua pun balik almaklum ahh I ada date dengan Apek pukul 8 malam. Nak dinner weyh! Nak dinner!



___________________________________________________________________

DINNER WITH SWEETHEART!~

Balik balik terus rushing tukar baju segala tapi semua macam tak sesuai so sarung je cardigan mahal yang Apek bagi tu. Pakai Tee yang sama. Makeup pun tak sempat nak touchup. Cair!

Apek kan dia suka buat suprise bila nak masuk kereta tau. Dalam entri lepas dia buat suprise bai bday card awal awal kan? Kali ni suprisekan I dengan cake pulak. Alahai terharunya dapat BOYFRIEND/TUNANG baik macam ni. Lilin tu! Lilin tu! Suka sangat. Yeah baby, IM 22 YEARS OLD THIS YEAR AND THIS IS MY LAST BDAY BEING A SINGLE LADY! ;( :)

Aktiviti tiup lilin. Tiup tapi macam tak tiup.

OTW pergi David Dinner. Yeah Apek bawa makan kat tempat sama kiterowang celeb enivesari ke 5 tahun dulu sebab serius kat Ipoh ni tak tahu nak makan kat mana tempat romantik romantik gitu.

APPETIZER

MAIN COURSE

DESSERT

Total adalah RM80. Oklah kan? Lepas tu dia ada bagi 4 ketul udang fresh tapi lupa pulak nak snap pic. And yeah itulah cardigan mahal yang I bumbang dalam entri ni. Kalau perasanlah kan, kat bahu tu ada bunga rose besar punya. I suka sangat dis cardigan.

TENKIU TUNANGKU & KAWAN-KAWANKU KERANA MENCERIAKAN HARI HARIKU. I LOVE U GUYS SO MUCH!

Wednesday, February 2, 2011

My Early Bday Hangout

Semalam masuk je kereta, Apek hulur Bday Card. Eeee cantik sangat. Oooomeeeell angat. RARE sangat. HANDMADE some more.

3D some more. Gila rare. Gila teruja. Macam kad untuk princess je. Princess Ainee ehh? Seswai ke?

I LOVE U SO MUCH B! Thanx sangat sangat for this B-Day card. 2 tahun lepas u bagi I card bday besar punya ya. Handmade jugak. Rare jugak memang tak boleh cari kat mana-mana kedai. Tenkiu B! Mesti penat kan u nak buat untuk I kan? Ye lah 3D tu bukan senang. Ecehh! By the way, tak sabar nak dinner malam ni dengan u lepas tu pergi Penang esok dengan u sebab tak sabar nak pakai cardigan mahal tu. =))



Wahh bestnya bday kali ni. Macam ada celebration before, the time and after.



Semalam keluar dengan 3 orang minah yang bernama Syera, Zaza & Yna ni pulak. And now I present 3 orang anak dara yang eeee baik sangat.

Syera Sazeli , Zaza & Yna Bliss

Best gila lepak ok. Dari politik sampai ke artis sampai ke diri sendiri semua masuk. Sembang kencang gila sampai dah tak peduli dah Restoran Ayam Penyet kat De Garden tu nak tutup pukul berapa. Paling best bila ada ayat ayat baru macam, "Jangan buat onar"lah, "Jangan lupa gosip-gosipkan" by Syera. "SWEET SANGAT" pulak by Zaza. I dengan Yna je moden gila tak ada ayat kelakar nak buat. Ni semua si Syera ngan Zaza punya budak kolejlah. Eeee sumpah lawak ok, bila teringat je mesti nak tergelak sangat. ALAHAI SWEET SANGAT!


Lepas tu sesi Yna meluahkan kegeraman terhadap seseoranglah. Fuiyoo cerita dia memang panjang gila, detail gila siap ada flash back semua ok tapi yang best sebab I tak pening. Kalau I yang cerita mesti semua orang dah telan pil esctasy sebab I memang kalau cakap macam KEL sikit.


Ni apa yang I order. Gado-Gado, nasi putih dengan Cappuccino. Weh sumpah sedap ya cappuccino dia tak rugi bayar RM5.50.


Lepas tu tak sangka ok dapat gift from Yna sebab ingatkan dia suruh tengok apa dalam beg BLISS dia. Ye lah ingatkan berkaitan dengan gosip dia sebab ye lah orang suruh cerita lepas tu dia cakap, "Ko tengok dulu ni". I macam ohh adakah gosip ni berkaitan dengan gambar gambar yang ada kat dalam beg BLISS dia tu ke apa rupanya hadiah untuk I. Best! Best! Best! Memang taste I lah.

TADAAA!!
Cantik ok beg ni. Nasib baik Yna tak pilih beg taste orang-orang tua kalau tak muka mesti tak excited. APA YANG BEST?
1) Warna dia.. Kuning mustard gitu..
2) Ada stud stud. I like sangat.
3) Not too big not too small. Sedang-sedang je..
4) Chain dia.. Panjang lepas tu ada style ahh..



TENKIU SO MUCH YNA! SUMPAH SUKA GILA OKKKKK!!!



Ok! Hadiah yang super besar ni. Serius besar weyh!! Haa ni from Zaza. Tengoklah ayat dia. Alahai SWEET SANGAT! Nak tahu apa benda?? Jom layan..





Tadaa! Dis yellow kuning-kuning cute creature. WEYH SUMPAH KIUT SANGAT! Dah lah pagi tadi pun tak sedar tidur pelok yeloowniee ni. Sedap gila tidur I bila pelok dia. Tenkiu so much Zaza, suka gila ok ini hadiah. Suka! Suka! Suka sangat. Bertambah koleksi teddy bear present I.

PINK KUAT SANGAT tu from Apek
PINK SLOW SANGAT tu from my mum
YELLOW KUAT SANGAT ni from sapa lagi kalau bukan ZAZA..
Tenkiu! tenkiu!


Syera pulak dia tak ada masa nak pergi beli hadiah semua. Tapi heyy takpelah, dah keluar makan bersama ni pun dah cukup ok. FUN SANGAT! Tenkiu Syera.. Bukan senang nak date u ok!


Eeeee bestnya bday kali ni. HEPI 22 YEARS OLD AINEE CUMI!
Btw hari ni I kerja half day je so petang ni nak keluar celeb dengan Mira Jamaluddin & Ain Salleh pulak. Malamnya I dinner dengan Apek tu. Esoknya pergi Penang. Lepas tu hari Jumaatnya pergi Gua Tempurung dengan Saza, Ctie-K & Shaz. Wauu! Bestnya bday kali ni. Ok daaa..

Tuesday, February 1, 2011

Rambut Baru yaww & THE DOORGIFT (AINEE'S SIDE) has ARRIVED

Wahai belog, hari Ahad indah yang lepas, saya telah melaburkan RM100 terhadap rambut saya. Ini semua gara gara Iqa Joe si penghasut nak buat rambut juga tapi rambut dia panjang so dia kena RM120. Still murah sebab saya tak pernah buat rambut less than RM150. RM100? Wau! mesti WAUU! MESTI MAHU! Saya buat dekat STYLES SALOON dekat Ipoh Jaya ya wahai warga Ipoh. Kalau tiba-tiba deme caj mahal kasi cepuk pale deme. Dah ahh bukan stuent buat, senior ok! Lepas tu gila kejap buat tak payah nak krem ponggong. 2 jam je ok! Btw abaikan rambut yang macam gila berminyak sebab weyh 2 hari tak cuci rambut kot. Tak busuk tapi berminyak. Eeee I dun like ok nyah.. Tak sabar nak cuci esok. =))


And here is the teaser of our doorgift (Ainee's Side). Amboi melampau kan belum kahwin lagi dah ada teaser. Comel! Memang tepat dengan English Concept I. Tengok ayat ahh bukannya "KITEROWANG DAH KAWIN" tapi "WE ARE MARRIED" tu!

Lega rasanya dah tak payah pikir doorgift untuk belah I. Kasi settle benda lain pulak. =))

Ohh lupa nak cakap, saya telah menghabiskan RM30 untuk beli 2 majalah PENGANTIN edisi khas. Takpe lepas kahwin ni dah tak ada dah majalah-majalah pengantin ke penganton ke ok, darling Apek (I know kalau u tahu ni sure cakap I bazir banyak ni. I know! I just tak boleh tahanlah the nafsu. Heheheh)

#REVIEW Baju nikah