Tuesday, January 21, 2025

KE KOREA KE KITA 11 HARI 10 MALAM

Assalamualaikum. Aku pergi trip ke Korea ni bulan 4, 2014. Sekarang ni dah tahun 2018 so entri ni bukan agak lewat tapi superb lewat. Sebelum sel-sel otak aku ni terhapus pasal memori kat KOREA tu baiklah aku update untuk panduan aku dan panduan korang sekalian.

TRIP : KL - BUSAN - JEJU - SEOUL - KOREA

HARGA TIKET KAPAL TERBANG DI AWAN NANO
KLIA - GIMHAE, BUSAN  (via Air Asia X) = RM232 x 2 person
BUSAN - JEJU (via Busan Airway) - RM199 x 2 person
JEJU - INCHEON, SEOUL (via Busan Airway) = RM250 x 2 person
INCHEON, SEOUL - KLIA (via Air Asia X) = RM418.39 (Aini) + RM650 (Amirul)

HARGA HOTEL-HOTEL SEANTERO KOREA
BUSAN - Hansung Motel (3 Hari 2 Malam) = RM238.94
JEJU - The Forest Hostel Female 6 Pax (5 Hari 4 Malam) = RM208.08
JEJU - The Forest Hostel Male 4 Pax (5 Hari 4 Malam) = RM232.80
SEOUL - Seoul Hostel Centre (5 Hari 4 Malam) - RM396.56

HARGA TIKET BUS DARI IPOH KE KLIA DAN DARIPADA KLIA KE IPOH
RM90 pergi balik untuk seorang. So 2 orang RM180 (via Star Shuttle - best gila)

MAKAN - MAKAN
Sehari RM100. Makanan memang sangat mahal di sana. Total 11 hari makanya makan sahaja RM1,100 untuk 2 orang.

TIKET MASUK KE MUZIUM, MENARA DAN LAIN-LAIN
Kebanyakan harga tiket adalah RM30 seorang. Semua kena duit terutama sekali dekat JEJU.

Semua kami guna public transport termasuk di Jeju, Korea.

DAY 1 - 3 (BUSAN, KOREA)

HARI PERTAMA DI BUSAN
Trip kali ni aku agak tidak ada masa untuk buat iternary dan selidik mana nak pergi dan buat route dan buat research sebab waktu bercuti ke Korea ni, Aini bekerja di CIMB Bank. Faham-fahamlah kalau kerja dekat bank memang mimpilah nak ada masa terluang untuk semua ni. Tau tau dah nak travel ke Korea dah.

Bertolak dari KLIA pada pukul 8.30am dan tiba di Gimhae International Airport pada pukul 3.45pm. Keras ohkay bontot duduk je sampai 7 jam lebih. Tak tahulah yang travel ke Europe tu macam mana kematu bontot. Untunglah siapa ada duit lebih boleh naik business class. Boleh baring-baring. Kita ni budget-budget ni ekonomi class pun jadilah. Janji sampai. Jangan hilang di udara sudahlah.

Sampai je GIMHAE AIRPORT, kita bukan terus landed dekat airport dia tau. Kita akan naik satu bus ni dan dia akan bawa kita ke balai ketibaan. Kejap je. Lepas tu kita akan ada beberapa option untuk ke hotel kita. Kami macam biasa akan ke kaunter pertanyaan dulu tanya transport apa yang paling murah dan berbaloi. Of course gadis manis kaunter cakap naik MRT. Tak tahu direction tanya je kaunter. Sebabnya nak naik MRT ni dia kena keluar then ambil arah kanan, jalan jalan dan jalan sikit (tak adalah jauh mana) sampailah MRT nya pun.

Naik MRT, Harga tiket dalam RM1 lebih untuk seorang. Sampailah ke hotel kami. Hotel kami betul-betul terletak dekat tengah pekan Busan. Nak ke mana-mana memang senang sebab tak sampai 5 minit jalan dah sampai MRT. Memang berbaloi sangat hotel ni. Alah senang sembang dia dekat dengan KTX. Alah keretapi yag laju gila untuk sampai ke Seoul tu.

CAUTION!!!
Siapa beg besar jenis troli sila tarik nafas nak angkat beg. Tangga-tangga mereka semua tinggi-tinggi.

Okay dah check in je hotel, aktiviti yang boleh dilakukan ialah NIGHT VIEW TOUR BUSAN. Harga tiket bus seorang ialah RM30. Memang berbaloi. Terus kawtimm semua tempat menarik dekat Busan. Dia ada DAY TOUR jugak. Boleh tengok laman web Busan, Korea untuk details.

Inilah bus bila kita turun flight kita harus naik bus ini ya untuk ke terminal. FREE!!



Busan Night Tour. Salah satu pit stop adalah di Diamond Bridge dan apa entah lupa nama pantainya


HARI KEDUA DI BUSAN
Bangun pagi terus konon search JAGALCHI MARKET. Kan famous market tu. Katanya ada sistem semua. Maksudnya sistem dia teraturlah. Nak beli semua pun senang. Aku pun tak berapa nak faham sistem apa. Plus tujuan mestilah nak makan seafood. Hari hujan masa tu. Redah jugaklah. Kerja kami berjalan-jalan je. Enjoy the weather. Kat Busan ada shopping centre bawah tanah. Kiranya kalau kita tak ada duit ke dan sagat rajin berjalan memang tak terasalah. Kami pun jalan punya jalan rupanya dah selamat duit untuk 2 steysen. Sedar-sedar sudah kat LOTTE WORLD. Lepas tengok mall orang Korea ni  kami pun ke Busan Tower. Tak adalah apa sangat dekat Busan Tower ni tapi bestlah dapat tengok keseluruhan Bandar Busan. Malamnya kami saja berjalan-jalan di Jagalchi Market sebab nak jugak merasa seafood dia. Almaklumlah Busan letaknya di tepi laut so memang terkenal dengan lauk yang fresh. Jalan-jalan punya jalan terjumpalah Jagalchi Market yang sebenar. Dah tutup pun. Tapi not to worries, banyak gerai dekat luar jual fresh seafood. Plus its our anniversary. 28.04.2014 so sajalah nak dinner la konon.













Bertolak daripada Incheon ke KLIA pada pukul 4.25pm dan sampai pada pukul 9.55pm




3.5.18 - Bertolak daripada Airport Jeju ke Seoul pukul 12.30pm, Sampai Seoul 1.45pm

No comments:

#REVIEW Baju nikah