Tuesday, January 21, 2025

#TRAVELDIARY 6 HARI 5 MALAM HONG KONG

TRANSPORT
Ipoh - Klang = Bawak kereta sendiri
Klang - KLIA2 = Adik hantarkan
KLIA2 - HONG KONG = Air Asia 
HONG KONG - KLIA = Malindo Airlines
HK AIRPORT - JAFFE ROAD, WANCHAI = HKD40

PENGINAPAN
Air BNB - Jaffe Road, Wanchai


FIRST DAY
4.30a.m - Keluar rumah menuju ke KLIA2. Thanks Iqa and Hafiz hantar akak, Apek and Qoshi. =) Sempat lagi kami sarapan dekat Marrybrown.

7.00am - Depart from KLIA2. Naik Air Asia. 

10.15am - Sampai kat Hong Kong International Airport. Kami collect I Venture Card dan beli Octopus Card. Apa tu I Venture Card? Apa tu Octopus Card? Okay meh Aini terangkan.

I VENTURE CARD - Serious berbaloi sangat sangat beli IVENTURE CARD ni. Jimat sangat. Kami beli RM700+- tapi boleh pergi 15 tempat yang dia senaraikan and ada juga pakej transport dalam tu plus pergi DISNEYLAND. Murah kan? Beli online jer. Korang boleh search for IVenture Card. Kami beli sekali combo dengan DISNEYLAND. Memang super berbaloi.

OCTOPUS CARD - Okay octopus card ni pulak macam touch and go. Ni tujuan dia senang nanti nak naik bus ke nak naik MRT ke mudah bila ada octopus card ni.

As usual, kami lepas je turun plane kami akan cari Information Counter dulu. Dapatkan pamplet dan tanya segala maklumat yang kita nak dekat situ. Memang sangat membantu. Tak kira kat mana-mana negara pun. So kat sana kami tanya macam mana nak pergi hotel kami, apa yang menarik, tranpsort apa yang paling murah, kat mana nak collect iventure card. Semua kami tanya kat information counter. Untuk mudahkan komunikasi antara korang, jangan lupa print peta tempat tinggal korang. Okay?

So information counter dah bagitau kena naik bus A11 dan berhenti kat Station 7. Naik bus jauh lebih murah daripada naik Express Rail dengan taxi. Pilhlah naik bus kalau nak jimat. Bus dia pun selesa sangat. Besar. Then ada tempat nak letak luggage. Harga HKD40 per person. 

Pengalaman Aini naik bus kat sana. Bus dah selesa tapi driver bus tak faham English so tak  payahlah kita nak komukasi dengan dia. Dia tak macam kat Korea, driver bus Korea sangat membantu. Ini Aini dah cakap kat dia nak berhenti kat stop number 7 lepas tu Aini macam peliklah kenapa dia tak berhenti kat number 7. Aini pun pergilah kat dia sebab dia tak berhenti padahal kita dah bagitau dia. Rupanya dia cakap kena tekan loceng. Kita manalah nak tau. Lepas tu dia macam marah-marah dalam bahasa Cina. Alahai uncle, rileklah. Kami kan pelancong. So kami pun turunlah kat Station 8. Nasib tak jauh sangat tapi sesat jugaklah kami. ;(

2.35pm - Check in apartment. Bilik kecik betul. Comel je. Tapi serius selasa. Ada 3 bilik dan 2 bilik air. Ada dapur. Actually kami pergi ber-7 tapi kawan lagi 4 orang naik MAS. So kami tuggu kawan-kawan datang dulu baru decide nak jalan mana. Apek dengan Qoshi tido dulu.

7.15pm - Kesian. Kawan kami tak sampai lagi. Stranded. Then bus penuh. Sampai sampai je Aefy terus masakkan nasi sebab kami bawa lauk. Aefy bawak periuk nasi dan beras. Tak keluar mana-mana pun sebab hujan gerimis dari siang tadi. Plan esok nak ke Disneyland tapi tengok ramalam cuaca hujan so kami berdoa agar urusan kami dipermudahkan esok.


2ND DAY - HONG KONG DISNEYLAND
Alhamdulillah. Tempat tinggal kami dekat sangat dengan MRT so kami ke Disneyland naik MRT jer.
Paling best kali ni Aini ada tour guide namanya Aefy. Aefy ni kawan travel kami okay bukan tour guide. Kang korang ingat tour guide pulak. Biasa Aini yang tolong set kali ni ada Aefy senang sikit Aini tak payah fikir apa. Ikut jer nak naik train mana. Refer dekat map. Download sesiap kat handphone okay.

Naik MRT tukar 4 station = $26

For this 2nd day memang satu hari kat DISNEYLAND. Aini bagi 5 bintang. Memang best!!! Walaupun harga tiket sampai RM400++ sorang tapi worth every penny.

Rezeki kami, cuaca agak baik dan kami semua dapat naik kebanyakan ride tanpa perlu beratur panjang. Kalau panjang pun dalam 3 kali je tunggu. Hujan ada tapi kejap sangat. Alhamdulillah. Semua atas izin Allah S.W.T.

Malamnya kami dapat tengok fireworks. Memang best. Balik rumah masak then makan.

TIPS DISNEYLAND
1. Bawak telekung dan sejadah sendiri sebab dieowang takde surau tapi ada prayer room. Dia dah tak buat dekat HALL dah. Dia dah berpindah ke restoran islam terletak berhampiran ......
2. Makanan kat sini portion besar so kalau nak order sila order 1 dulu dan kongsi. Kalau tak cukup baru tambah. Kalau tidak membazir jer.
3. Bawak raincoat siap siap. Beli kat Daiso. Sebab kat sini raincoat sahaja 40HKD. =((
4. Siapa bawak anak kecil jangan risau. Boleh sewa stroller kat sini tapi stroller ni tak sesuai untuk baby sebab dia jenis duduk.
5. Kalau line panjang ada yang untuk single rider lane silalah pecahkan diri anda untuk menjimatkan masa.


3RD DAY - PEAK TRAM, 3D ART MUSEUM, BUS HOP ON HOP OFF, MASJID KOWLOON, SKY100 
Pepagi breakfast roti + telur mayonis. Kita kena berjimats u olls sebab kat Hong Kong ni semua benda pun mahal. Bersyukur duduk rumah ramai-ramai tak sewa hotel sebab boleh masak. Kami ada bawak sabun Taharah so kami samak semua benda.

At first nak pergi OCEAN PARK tapi sebab penat semalam tak habis lagi so kami decide jalan-jalan apa yang ada kat I Venture Card tu. First sekali kami ingat nak pergi PEAK TRAM naik hop on hop off punya bus. Gigihlah kami berjalan (jauh jugak okay! dengan kena carry Qoshi lagi). Tunggu punya tunggu rupanya kena redeem dulu tiket tu dekat satu tempat dekat mana entah. Lepas tu konon nak naik bus nak pergi PEAK TRAM tu tapi orang tu dia tak faham kot kami cakap apa dia cakap PEAK TRAM tutup. Ainee dah macam what? Biar betul tutup. Then kami decide naik UBER. So korang sebelum travel tu make sure ada akaun UBER. Memang sangat memudahkan. Kami guna akaun Aefy. Dalam RM25 untuk 7 seat. Okaylah tu. Bahagi sorang baru berapa ringgit je. Lepas ni naik UBER je lah. =)

Kami pun tibalah kat tempat PEAK TRAM tu. Bukak okay!! Pepandai je orang tu cakap tutup. Dah lah waktu Aefy tanya tu dia lari. Ahahahah!! Rezeki kami tak ramai orang. Cuaca pun cantik. Sejuk je kat atas tu. Pemandangan pun cantik. Kat atas tu kami masuk 3D Art Museum. Jenuh lah tangkap gambar sampai puas. Jeles tengok Aefy dengan Wan. Dieowang ada tripod pacak letak henfon tu senang je aku tengok deme ni tangkap gambar berdua. So siapa yang travel tak nak susahkan orang tangkap gambar kita boleh beli tripod berdiri tu. Im so gonna buy one!

Next kami naik UBER nak redeem tiket Hop On Hop Off tu. Habislah ronda satu Hong Kong tu tapi sayangnya cuaca hujan so kami tak dapat duduk kat atas. Kat atas tu takde bumbung. Semua pun tidur kat dalam bus je lebih. Dia boleh turun naik turun naik tapi kami tak ada tempat nak pergi pun. Kami nak pergi KOWLOON STREET je sebab konon nak makan dimsum halal kat situ. At the same time nak pergi MASJID KOWLOON. Kat sana kami solat jamak. Masa kami solat, Aefy pergi redeem tiket cruise. I am so blessed to have this Aefy in my life. Rileks je dia pergi sorang-sorang. Tak sangka kami akan travel bersama one fine day sebab kami dah kenal lama dan dulu waktu bujang selalu pergi KL melepak dengan dieowang then ada berangan yang nanti bila kita dua dua dah kawin kita travel bersama. ^_^

So masuk masjid dengan Naurah and Fyfa. Naurah & Fyfa pergi ambil air wudhuk dulu. Ainee pun naiklah ke atas. Entah macam mana sebab penat sangat kot sebab Qoshi dah 10kg tapi kita dukung dia all the time sebab dia tak nak dedi dukung tapi nak mami yang dukung. Kaki terseradung. Belakang kepala Qoshi terhentak kuat kat lantai. Sangat kuat. Habis dia nangis. Ainee pun terduduk terus nangis sekali minta maaf sangat dekat Qoshi. Terus turun nak bagi Qoshi kat dedi dia. Nasib dedi dah habis solat. Sedih betul rasanya. Then kita pun ambil wudhuk dan solat. Rezeki pulak ada kakak berbangsa Indonesia kahwin dengan orang Afirka bagi bekalan. Nasi dengan lauk apa benda entah aku pun tak tau. Bantai jer. Siap mintak extra 2 bekalan lagi untuk pasangan Aefy & Wan dengan Naurah & Fyfa. Kami pun makan kat tangga masjid sebab lapar sangat.

Then dah makan kami jalan kaki pergi MAGICAL WORLD (dalam pakej I-Venture Card). Dia macam 3D World jugak. Biasa je tapi sebab dah free kami pergi jugak. Lepas tu naik UBER lagi sekali untuk pergi SKY100. SKY100 ni menara ke-5 tertinggi di dunia (tak silap Aini lah. Dah lupa). Memang cantik sangat view dia. Banyak lampu. Tak berkabus. Memang nampak 360 pemandangan di Hong Kong. Kat sini boleh hantar poskad. Dalam $40. Aini memang suka hantar poskad kat diri sendiri. Hepi sangat bila jumpa.

Then the end. Balik rumah makan masak sendiri sebab konon nak makan kebab tapi tak jumpa kebab. Ahahahahah!!! Jimat duit lagi.


FORTH DAY - MASJID AMMAR WAN CHAI, OCEAN PARK
Pepagi kami pergi breakfast kat Masjid Ammar. Ada kantin kat sini jual makanan halal. So status halal memang tak diraguilah kan. Dimsum dia memang terbaik. Then kami naik UBER untuk pergi OCEAN PARK. Kami sampai around 11.30am so dah rugi masa kat situ. Dengan beratur panjang gilanya. Aefy yang pergi beratur. See?? The sweetest friend on earth. Aini macam tak buat apa-apa pun. Beratur punya beratur Aefy kata ada 2 tiket tak boleh read. Kami suruh Fyfa dengan Naurah masuk dulu. Servis dieowang kat sini memang A++. So kami kena bayar dulu tiket kami tu untuk masuk ke dalam. First sekali kami naik roller coaster. Nasib ada teman. Aefy dengan I naik rolelr coaster. Fuhh!! Best gila. Naik roller coaster tu boleh nampak view laut. Memang best!! Kami gilir-gilir naik ride sebab kena jaga Qoshi. Sementara tunggu Wan dengan Apek naik roller coaster yang alahai budak kecik pun boleh naik kami pergi tengok Penguin. Semua kat situ macam gelabah je sarung baju sejuk. Aini, Aefy dengan Qoshi rileks je. Almaklum ler dah puas kot berpanas kat Malaysia biarlah sekali sekala rasa sejuk.

Ocean Park ni okaylah untuk siapa yang suka aktiviti yang thrill. Untuk bawa anak-anak tak sesuai sebab tak banyak benda yang dieowang boleh naik plus tempat ni sumpah besar gila. Penat!!!!

Kami dapat tiket tengok Dolphin Show. Dapat seat VVIP lagi. Qoshi time ni tidur. Jenuh nak kejutkan dia. Nasiblah bangun jugak time ni. Lepas tengok show cari tempat nak solat. Kami solat kai Information Counter tapi air wudhu kena ambil dekat tandas.

Then kami rushing pergi PIER CRUISE. Korang kena ingat ya untuk tanya pier mana and stop mana satu sebab pier memang ada satu number lepas tu ada pulak hentian lagi satu. So kami confuse tak tahu feri kita akan berhenti pier mana. Dah lah tak ada orang tunggu. GRrrrr!!! Kami sampai ingat kami dah terlepas dah. Nasib baik ada. Memang best sebab sejuk je. Jangan lupa bawak sweater kat atas ni. Tengok lampu lampu dia. Dia cakap ada show tapi satu haram apa kami tak faham. Ahahahahha!! Layan aja lah. Then balik makan nasi dengan sardin. Aefy dengan Wan and the gang jalan-jalan dulu lepas balik tu. Kami dah penat so kami terus naik tren balik rumah.


FIFTH DAY -
Ingat nak pergi Macau tapi tiket feri dia mahal sangat. Nearly RM800++. Lepas tu kami pulak tak booking travel nak prgi sana. Dia kena email one day before kita nak pergi sana

No comments:

#REVIEW Baju nikah