Friday, June 17, 2016

Babysitting the lil boy

Dedi babysit Qoshi for 2 whole days while mami went to PRUBSN SEMINAR.

Thanks b!

Cucuk setahun

Orang kata ada DNA BABI.
Betul ke?
Aini tanya doktor.
Aini tanya nurse.
Semua terkejut.
Kata mereka tak adalah.
Takkan Malaysia negara Islam bagi masuk suntik DNA babi dekat budak kecik.

And here we go Qoshi dah cucuk setahun semalam.
Umur 1 tahun 4 bulan baru nak cucuk. Hehe.

Alhamdulillah.
Tak nangis.
Senyum je.
Dan hari ni tak demam.
💪💪💪💪strong boy.

Friday, May 27, 2016

Vacuum

Terima kasih anak mami.
Nanti besar mami suruh Qoshi vacuum satu rumah hari-hari na.

#qoshi setahun 3 bulan

Thursday, May 26, 2016

Kerendahan Ego seorang suami, keanak-anakan seorang isteri

Hai suami.
Suami oh suami.
Terima kasih untuk semalam.
Kita tidur awal. Tak kiss goodnight pun.
Tak wish goodnight pun.
Sebab merajuk.
Awak cakap kita main henfon je tak buat kerja.
Eh patut awaklah yang merajuk kan?
Terbalik.
Which is normal.
Hehe.

So saya merajuk.
Saya tidur awal.
Qoshi sekali tidur.
Tiba-tiba bau minyak urut.
Awak urutkan kaki saya.
Rasa keihklasan tu.
Awak kata saya penat.
"Awak penat tu!"

Urut urut dan urut.
Memang dah keras rasa kaki tu.
Awak urut rasa longgar balik urat.
Best!
Lega!

Terima kasih suami.
Pandai ambil hati dan memahami perasaan.
Paling saya respect ego awak tu.
Lelaki biasa ego tinggi tapi awak rendahkan ego awak untuk saya.

Semoga jodoh kita kuat.
I love you B.

**kita kena blog sebab nanti kita lupa kebaikan awak kat saya. Hehe

Friday, May 6, 2016

Qoshi first experience ke hospital

Hari ini.
6 Mei 2016.
Pukul 2.30 pagi.
Qoshi ditahan di Pantai Hospital akibat kekurangan oksigen.

Puncanya batuk tak berhenti dan macam tak cukup nafas. Nafas dia sangat laju. Mula tu dah bawa ke klinik Medione Gunung Rapat pukul 11.30pm tapi doktor boleh kata tak ada apa dan lung dia clear. Balik rumah bagi dia ubat tapi tak berkesan. Terus rush ke Hospital. Doktor bagi neb. Doktor bagi 2 pilihan sama ada nak balik atau tahan wad. Kami pilih duduk di wad. At least apa apa ada doktor dan nurse boleh pantau.

Guna medical card. Zaman sekarang Aini sarankan setiap orang wajib ada satu simpana untuk sakit. Jangan simpan kat bank, Simpan kat Prudential BSN Takaful. Kalau nak cari agent boleh contact Aini. Bukan apa. Cuba fikir. Hospital swasta pun dah penuh sekarang apatah lagi hospital kerajaan.

Ni jadual Qoshi ambil neb. 4 jam sekali. Meraung dia tak suka.

2.30am
6.30am
10.30am
2pm
7pm
10pm

Doktor ambil darah. Banyak. 2 tabung. Keputusannya sel darah putih lebih.

Lepas tu pergi X-Ray. Keputusan doktor kata ada infection. Banyak sangat kahak. Kena buat fisio dan start bagi antibiotik 2 kali sehari.

Sekarang pukul 10.41pm. Qoshi pun dah tidur.

Aku kat sini main ipad. Siap sempat update belog. Kemain! Bukan nak cakap apa tapi memang selesa duduk di hospital swasta. Internet laju tu satu hal. Paling penting tak panas. Agak dengan cuaca elnino macam sekarang ni kalau duduk hospital tak ada aircond mau moody je sehari.

sekian.

Dari insan yang dah lama tak update blog.

Tuesday, March 29, 2016

5 HARI 4 MALAM KE JAKARTA BANDUNG KE KITA

Hola halu Assalamualaikum.

Apa khabar sayang-sayang semua? Tiba-tiba rindu blogging. =)

Especially blog about travel tips and tricks sebab ramai sangat suka komen tang #TravelDiary. Siap ada yang email. Me is so terharu. Sori kalau dah setahun baru dapat reply. Fast reply boleh terus je whatsapp Ainee dekat 012.413.2346. Haaa siap bagi number telefon. Jangan spam sudah ya.

Okay back to the blog title kali ni.

5 HARI 4 MALAM KE JAKARTA KE BANDUNG KE KITA.

My travel buddy : Amirul (husband), Nazrin (kawan husband), Yna, Zaza, Syera and Najwa (masa ni Najwa masih single)

TIPS : KALAU CADANG NAK KE JAKARTA AND BANDUNG SEKALI MAKE SURE DARI KLIA TERUS KE JAKARTA/BANDUNG THEN BALIK BANDUNG/JAKARTA. MACAM KAMI TERSILAP PERCATURAN SO KAMI PERGI DAN BALIK DARI JAKARTA. KIRANYA LAST DAY TU BUANG MASA KAT ATAS BUS UNTUK KEJAR FLIGHT KAT JAKARTA. SO KALAU PLAN NAK ARRIVED KAT JAKARTA THEN BILA BALIK SILA BALIK DARI BANDUNG AND VICE VERSA YA.


^_____^


THIS IS THE OVERALL SPENDING $$$$$$$ KACHING
-------------------------------------------------------------------------
TIKET KAPAL TERBANG (AIRASIA) : RM150 (credit to Zaza)
HOTEL DI JAKARTA (AGODA) : RM100 (share bilik 2 orang so bilik harga RM100 bahagi 2)
HOTEL DI BANDUNG (AGODA) : RM100 (share bilik 2 orang so bilik harga RM100 bahagi 2)
SUPIR : (credit to Yna)
------------------------------------------------------------------------

Korang! Aini nak bagitahu ni. Tahun ni tahun 2016 kan kan kan? Nak tahu tak bila Aini pergi ni? TAHUN 2014. Hamik kau baru nak update. =P

Sebelum nak bagi tips saja nak share lagi satu TIPS!

MAKE SURE PASSPORT TU VALID FOR 6 MONTHS. AINI KURANG 2 HARI JE TERUS TAK BOLEH TERBANG. KENA TINGGAL DENGAN KAWAN-KAWAN SEBAB FLIGHT NAK KE JAKARTA ESOK BARU ADA. BUKAN KAWAN JE TINGGAL AINEE, HUSBAND PUN TINGGALKAN KITA. WAWAWAWAWA! OF COURSE DIA NAK TEMANKAN I TAPI I SAID WHY WASTE THE MONEY? JUST GO! I CAN SURVIVED. I KAN BERDIKARI. THANKS TO MY MIRA JAMALUDDIN KESAYANGAN, DIA DATANG AMBIL THEN TERUS PERGI BUAT PASSPORT DEKAT PUTRAJAYA. THEN ESOK DIA HANTAR BALIK. MIRA IS SO SWEET. TRUE FRIEND. MUAHHH!
.
.
Okay back to the topic (haish bila nak sampai ni kan? Orang dah tak sabar nak tulis iternary nak buat budget nak berhuha dekat Jakarta Bandung ni. Well, siapa kenal the real Ainee, you know I love to jump here and there). 

-----------------------------------------------------------------------
HARI PERTAMA
0950 - Bertolak dari LCCT ke JAKARTA
1100 - Sampai di Airport JAKARTA
1330 - City Tour of JAKARTA (Sunda Kelapa Harbour, Old Town Batavia, Fatahillah Museum, Istiqal Mosque, China Town, Monas, President Residence, ITC Mangga Dua)
2030 - Dinner

I tak tau apa aktiviti hari pertama sangat tapi ini yang I plan. I bertugas sebagai cari tempat tinggal dan iternary. As I terkandas kat LCCT kan time tu so kawan- kawan enjoy dulu. Tapi.. I get to go to Menara Monas on the second day. Ni rancangan I tapi kawan dan husband cakap dieowang tak pergi Istiqal Mosque, China Town and President Residence. So kornag boleh google and tengok seronok ke tak. Kalau seronok include kan saja dalam iternary ya. =)

--------------------------------------------------------------------------
HARI KE-2
0900 - Breakfast kat hotel
1000 - Tour ke Taman Mini Indonesia 
1200 - Shopping at Pasar Baru, ITC Cempaka Mas, Pusat Grosir Tanah Abang & ke MENARA MONAS

BAYARAN TIKET 
Monas - Free free free sebab tak tau mana orang tiket tu pergi. Tapi as I survey kena bayar IDR2,500 (RM0.78). Tapi kalau nak naik ke puncak menara Monas tu kena bayar IDR7,500 (RM2.35). And and and bear in mind dia bukak sampai pukul 3pm sahaja. Macam kami petang baru nak sampai memang tak dapatlah naik menara Monas tu. 

Wajib ke pergi Menara Monas ni? Ofkosssss korang!! Dia macam kalau korang datang KL tak pergi KLCC (of course if you're a tourist lah kan). So wajib pergi. Kat situ ada jual macam-macam. Ada makan. Ada monyet naik basikal. Ada patung berjalan besar gila. Ada orang melukis. Banyak aktiviti. 

Taman Mini Indonesia - Kat sini ada macam-macam bentuk rumah yang ada kat Indonesia. Kalau nak merasa ke Bali pun boleh. Ada seni bina Bali kat taman mini ni. So siapa yang nak konon nak bagitau kawan kita dah melancong satu Indonesia bolehlah fefeling tangkap gambar kat depan pintu ala ala senibina Bali. Then ada satu musium ni. Kena bayar. Tapi kami dapat masuk Free. Curi-curi masuk. Hahahahah! Jahat gila. Tapi kami ni backpackers of course kena jimat sehabis baik. Lepas tu ada tempat macam Acheh. Kat situ dia share video tsunami Acheh. MasyAllah! Kena pergi Acheh one day. BAYARAN TAMAN MINI INDONESIA IDR10,000 (RM4)

------------------------------------------------------------------------------------
HARI KE - 3

0700 - Bertolak dari hotel ke Bandung (supir yang sama hantar)
1000 - Tiba di Bandung. Terus pergi KAWAH PUTIH (50km dari selatan Bandung) and makan lunch kat sana.
1200 - Pulang ke Bandung City
1400 - Check in Hotel. Lepas tu terus CITY TOUR BANDUNG (Gedung Sate)
1800 - Pasar Baru, Rumah Mode, Denim House, The summit Factory Outlet, Heritage Factory Outlet, The Secret Factory Otlet,, Termianl Tag Bas Factory Outlet, Chimpales & Paris Van Java
1900 - Pulang ke hotel

BAYARAN TIKET
Kawah Putih (Seorang) - IDR16,000 (RM5) 
Dengar cerita dah tak dapat dah harga murah macam ni. Dia caj sampai RM20++. Tak tahu betul ke tak khabar angin tu tapi memang worth every penny. Kebesaran Allah. Kawah gunug berapi yang Masyallah cantik sungguh. Warna biru. Korang kalau nak jimat bawak peutup mulut sendiri sebab kat sini sulfur kuat. Boleh sesak nafas and pening. Macam I memang tak pakai penutup tu. Jimatlah katakan. Redha je lah kalau sesak nafas. Ahahaaha! Tapi Syera dengan Najwa kan datin harus pakai.

Kawah Putih (Kenderaan) : IDR150,000 (RM47) - kami ber7 so sorang RM7.

-------------------------------------------------------------------
HARI KE-4

0930 - Bertolak ke TRANS STUDIO
1000 - Gate TRANS STUDIO buka
1700 - Ada TRANS STUDIO PARADE
2100 - Trans Studio tutup

** Make sure tidur cukup sebab memerlukan extra energy mengikut pengalaman di USS. Dia memang besar dan best.

NOTA : Kami tak jadi peri Trans Studio sebab kawan-kawan nak shopping dan waktu tu budget macam dah lari dan ada kawan yang nak pergi shopping. So cancel Trans Studio ke shopping ke kita. Kami ke Pasar Baru semula.

BAYARAN TIKET 
Trans Studio : IDR150,000 (RM48)
Trans Studio (X-press) : IDR250,000 (RM79)\

---------------------------------------------------------------------------------------
HARI KE-5

0545 - Bertolak ke Lembang (ada blog yang I baca suggest berhenti kejap untuk rasa fresh milk pelbagai flavor macam strawberry, mocca and etc tapi kami tak jumpa pun hari tu. Katanya ada di tepi-tepi jalan)
0620 - Tiba di TANGKUBAN PERAHU. Jalan menuju ke KAWAH RATU untuk tengok sendiri volcano. Tapi malangnya nan hado valcano nya. Tapi pemandangan memang superb. Sejuk. Best! Kena mendaki tapi tak penatlah. Lepas tu kat sini banyak sangat orang menjual keychain. Bagus cari rezeki. Ada tu ikut kami dari sampai sampai balik. Kat sini ada surau. Kami tumpag solat kat atas tu. Feeling dia best bila kita dapat solat di tempat orang. Kat gunung berapi pulak tu. WOW! Airnya sejuk. Nyaman sekali. Kat atas ni kena cuba GRILLED SWEET CORNS and GRILLED KETAN (STICKY RICE) sambil menikmati pemandangan. Haaa gitu. 

Lepas habis spend masa ke TANGKUBAN PERAHU kami ke ladang teh tapi just turun tangkap gambar and masuk kereta balik sebab sama je feeling dia dekat Cameron. Lagi best Cameron. Huahuahua.

Then kami bertolak ke SARI ATER. Shopping lagi lah.

1230 - Kami ke KAMPUNG DAUN. Memandangkan hari ni hari ke-5 dan poket pun dah kering. Zaza, Yna dengan Najwa je poket kepuk-kepuk lagi so diewaong je order makan. Sedih gila kan? Kahkahkah. Tak apa. Ainee, Amirul, Naz and Syera seronok snap snap gambar. Memang cantik Kampung Daun ni. Korang kena simpan duit untuk makan dekat sini. Lebih kurang dalam RM50 lah sorang nak makan. Kami makan dekat tepi air terjun kecil. Best!!

1400 - Kena pastikan sampai ke JAKARTA nak kejar bus. Sebab nak balik ke JAKARTA biasanya jalan macet yakni jem jem jem jem. Klau tak jem ambil masa 2 jam. Memang laju gila bus espress kat sini. Mengucap dulu ya sebelum naik.
1700 - Sampai airport.
1825 - Bertolak dari Air port Jakarta ke LCCT

BAYARAN TIKET
Tangkuban Perahu : IDR50,000 (RM15.80)

* perjalanan dari Bandung ke Tangkuban Perahu mengambil masa 45minit - 1 jam bergantung kepada traffic. Biasanya pagi tak jem.
--------------------------------------------------------------------------

PSSTT : Nanti Aini update gambar ya dan info info lain. Buat masa sekarang itenary dulu ya u olss. Banyak banyak banyak lagi nak share.
.
.
.
.
Im not going to recommend you this Supir sebab dia sumpah kedekut aircond gila. Panas okay! So no telephone number. 

Saturday, February 27, 2016

4.15 pagi

Hari ni cuba untuk ikut tips seseorang di Facebook.

Katanya waktu paling ideal untuk tidur ialah pukul 10 malam sampai 4 pagi. Segar.

Memang segar. Rasa banyak sangat masa. Siap dapat buat laundry, masak brekfes sebelum azan Subuh.

Masalahnya sekarang ni ialah aku tidur pukil 2 pagi bangun pukul 3.20 pagi.

Kau rasa kemungkinan aku akan mengantuk pada pukul 11 pagi nanti tinggi tak?

#REVIEW Baju nikah