Saturday, February 27, 2016

4.15 pagi

Hari ni cuba untuk ikut tips seseorang di Facebook.

Katanya waktu paling ideal untuk tidur ialah pukul 10 malam sampai 4 pagi. Segar.

Memang segar. Rasa banyak sangat masa. Siap dapat buat laundry, masak brekfes sebelum azan Subuh.

Masalahnya sekarang ni ialah aku tidur pukil 2 pagi bangun pukul 3.20 pagi.

Kau rasa kemungkinan aku akan mengantuk pada pukul 11 pagi nanti tinggi tak?

Monday, December 14, 2015

Lupa

Kita ni selalu je lupa Allah kan.

Tapi Allah tak pernah lupa kita.

Ada je yang dia bagi bila kita kurang.

Terima kasih Allah. I LOVE YOU ALLAH.

Thursday, December 10, 2015

#syukuralhamdulillah

Hari ni aku merenung ke dalam perjalanan hidupku selama ini.

Alhamdulillah. Aku syukur.

Aku syukur punya ayah yang sangat cool.

Aku syukur punya ibu yang sangat menyayangi

Ayah dan ibuku sungguh perfect di mataku.

Aku syukur punya suami yang sangat melindungi. Tegas tetapi penyayang.

Aku syukur punya anak yang baik budinya, comel, senang untuk dibawa ke mana mana. Semoga menjadi anak yang soleh.

Aku syukur dengan perniagaanku sekarang. Impian nak membuka premis sendiri akhirnya tercapai. Alhamdulillah.

Aku syukur dipertemukan dengan business insurans takaful. Aku harap usahaku di dalam bidang takaful ini adalah salah satu daripada saham akhiratku. Mengajak orang lain untuk menderma secara konsisten. Membantu melindungi orang daripada ditimpa musibah. Syukur.

Aku syukur dia usiaku 26 tahun ini aku sudah memiliki rumah sendiri, kereta sendiri, perniagaan sendiri.

Aku berharap pada umurku 30 tahun nanti aku merasa cukup dan dapat berbakti kepada kedua orang tuaku yang semakin hari semakin tua. Semoga mereka panjang umur dan dimurahkan rezeki kerana sehingga kini mereka masih lagi memikirkan makan ke tidak anaknya, cukupkah duitnya. Allah! Semoga ayah dan ibu menjadi ahli syurga Firdaus.

I may be not your perfect daughter but you both are the perfect ayah and ibu to me. 😚😚😚

Monday, October 26, 2015

53 Hidup Ayah

Dear Ayah,

Umur tahun ni 53 tahun. Lagi 2 tahun dah 55 tahun. Umur 55 tahun nanti pencen secara total ya.

Akak harap akak dapat sara ayah dan ibu. Bagi ayah ibu selesa. Tak dapat bagi kemewahan tapi dapat bayarkan makan minum ayah ibu, dapat bayarkan bil bil ayah ibu dah cukup buat akak rasa cukup.

Hopefully ayah suka kasut crocs tu dari Aini, Amirul, Ifa dan Iqa. Pakai lama-lama tau. Mahal tuuu. Hehehehe.

Kami harap ayah bahagia dapat anak macam kami.

Selamat hari ulangtahun yang ke 53 ayah. Muahh!!😙😙😙😙😙

Friday, March 27, 2015

Kita ke LOMBOK

Tak sabar pulak kita bulan November 2015. First vacation with Ahmad Qoshi dengan Geng Huha.

5 hari 4 malam. Ohh Gili tak sabar nak snorkelling laut biru tuuuu.

Vacation is a drug.

Friday, February 13, 2015

Kitar semula dan cendol

Duit geli-geli kata AmirulSyafiq.
Ibu semalam jual chang ayah.
Satu kilo dapatlah RM0.50.
Ibu dapat RM10.20
Cik Puan Aini teringin makan cendol.
Bila ibu masuk kereta ibu cakap, "Nah, duit beli cendol".
Singgah beli cendol.
Mula mula order 3 untuk ibu, aku dan Ifa sekali dia cancel suruh order 2 je.
Sebab dia nampak orang tu pegang hidung.
Ibu??? Pegang hidung je kot.
Penyakit pelik ibu.

Nafsu? Keinginan? Mengada ngada?

Hari ini #dearbabyQ dah 38 minggu 1 hari.
Yes! Dalam rahim.

Semalam teringin makan KFC pukul 10 malam. Memandangkan KFC tidaklah jauh mana dari rumah kami (which is about 5 minutes driving distance), mengada sangatlah kan perut ni nak makan ayam goreng pakcil rambut putih tu. My yayang layankan aja. Ikhlas. Nampak keikhlasan dia. Thanks yayang.

Kelmarin dah bawa pergi makan ais kacang paling sedap di seantero Ipoh yakni kat TKK.  Cari nasi ayam tak jumpa. Sedih betul. Makanlah mee goreng mamak yang pedas. Dah lah tu ada pulak lipas bermain-main di lantai kaki semacam gerai kat situ dia punya taman permainan. Memang melompatlahkan. Rela lagi aku harimau depan mata.

My yayang cakap nak makan apa cakap je. Dia nak penuhkan segala impian keinginan nak makan sebelum I pantang. Nanti dalam pantang banyak benda tak boleh makan katanya. So sweet.

Semoga hubungan kami kekal ke Jannah dan kehadiran #dearbabyQ menambahkan seri rumahtangga kami.

List nak makan sebelum kena pantang.
1. Ais ais ais
2. Air sejuk sejuk sejuk je selalu

Keinginan tu datang tiba-tiba je. Tak ada list. Dah mention dah kat my yayang, baby besar dia ni takkan masak sampai habis pantang. Haaaa gituuu. Sebab perut dah ke depan tak larat. Buat kerja rumah ke mop ke jemur kain tarak hal.

Tenkiu AmirulSyafiq for everything.

1. Tiap-tiap malam urutkan kaki (tapi semalam awak lupa nak lapik kaki kita bagi tinggilah awak. Kita pun lupa. Terus tidur pukul 4.30 pagi. Hehe).
2. Masakkan nasi putih dengan telur dadar bawang cili merah tengah-tengah malam.
3. Scrub badan kita. Shampoo rambut kita. Rasa macam kat spa sangat.
4. Ambilkan air kat bawah bila kita dahaga.
5. Jado booster bila naik tangga rumah kita yang tinggi macam kedai ni.

Banyak sangat kalau nak list. Awak pun sama-sama berjuang untuk anak kita. Kiranya awak pun sama mengandung tau cuma tak bawak perut je. Hehe.

#REVIEW Baju nikah