Monday, February 20, 2012

Happy Student


I'm a proud student of BBA (Hons) Human Resource Management.
Class start on 25 March 2012. Aiming for ze Dean's List.


My stomach was happy too because Husband bring me to Papa John's Pizza, Sunway Pyramid yesterday. And thanks to my 2 awesome friends that hold their tiredness just to accompany me during the pendaftaran. ^_^

Monday, February 13, 2012

MOVING OUT

Its final..



#Justsaying: Orang kata 'Berat lagi mahu memandang berat lagi bahu memikul" tapi kadang-kadang orang yang memikul berat tu tak kisah pun kita je yang lebih lebih berat memandang. Orang kata, "Cuba letakkan diri kau di tempat dia" tapi bila kita letakkan diri kita di tempat dia cuba membayangkan betapa perit betapa sukarnya apa yang diahdapinya sehingga membuatkan kita terlalu kisah, terlalu mengambil berat sehingga ketika sendiri marah kenapa perlu digalas derita itu kalau boleh dibuang ke tepi padahalnya orang yang menanggung beban itu tidak kisah langsung. Sakit hati. Keciwa. Benci dengan kesungguhan diri sendiri yang suka meletakkan diri di tempat orang lain. Cuba rasakan apa yang dia rasakan deritanya. Tapi apa yang kita dapat kalau tuan punya diri pun tidak kisah. Biarkan dunia ini dengan bayang-bayang angkuh, bayang-bayang riak. Buat apa nak ditayang benda yang tidak mampu kita milik?? Sengaja menggalas derita yang sebenarnya tidak perlu dimulakan? Kerana biarlah aku yang tahu, biar aku yang tanamkan di jiwa ini bahawasanya DUNIA INI HANYALAH SEMENTARA! Cukuplah dengan bahagia yang aku miliki sekarang. Tidak mahu dikurangkan dan tidak pula minta ditambahkan. Aku cukup bahagia. Terima kasih Allah.

Wednesday, February 8, 2012

Berdarah..

Pagi Isnin tu ada bleeding. Itu pun Apek tegur. Terkejutnya. Tapi sikit sikit. Dah risau gila dah. Lepas tu nak pergi klinik tapi macam malas last-last pergi jugak. Tapi doktor suruh minum air then rasa nak kencing baru datang balik. Tujuan bila rasa nak kencing baru datang balik ialah nak bagi rahim tu naik. Nak bagi usus semua tolak tepi baru senang nak nampak. Ok fine! Balik lah rumah. Minum sampai 2 botol mineral. Lepas tu tidur. Bila dah rasa nak kencing malas pulak nak pergi klinik balik. Sambung tidur. Apek dengan I dah redha dah. Kalau tak ada takpelah bukan rezeki kami lah tu.

Esok paginya mesej kawan I bernama Mira pasal benda ni. Firasat dia kuat mengatakan tak ada apa-apa. I dengan Apek pulak dah rasa kosong. We always think positive. Allah dah aturkan segalanya cantik untuk semua hambaNya. Mira dah suruh pergi klinik semua but then sumpah I malas gila tapi untuk mendapatkan kepastian sebab I ni memang jenis konon berdikarilah sangat semua buat sendiri nanti kang tak pasal-pasal. Makanya dalam pukul 3 petang semalam mencari seantero klinik yang doktornya perempuan. Dalam 3-4 klinik yang ada yang tutup dan ada yang buka tapi doktornya lelaki, last-last pergi Klinik Bhajan which is tempat I dilahirkan dulu. Nurse suruh minum air jugak. Bila rasa nak kencing baru bagitau dia. I pun melahap minum 2 gelas air, 1 botol orange juice and 1 botol mineral. Memang gila kau rasa nak terkucil sungguh. Then doktor panggil.

Doktor letak gel kat perut. Sejuknya!! Lepas tu dia scan. I tengok kat skrin tu gelap je. Dalam hati, "Ohh dah tak ada lah tu. Takpelah bukan rezeki". Then doktor cakaplah ini rahim, ini pundi kencing tolak usus semua naik and last sekali dia tunjuk ini baby. Tapi kecil lagi. I tanya doktor tu, "Ada lagilah maknanya?". Doktor cakap ada lagi tapi still very the tiny. Datang balik lagi 2 minggu. I bersyukur sangat sangat sangat. Peduli apa dia Singh, I ucapkan ALHAMDULILLAH! Apek duduk dekat kerusi doktor and dia tengok skrin tu dari jauh. I pasti dia pun mengucapkan syukur.

Mau taknya I Sabtu jenuh berjalan kat Melaka. Ahad berjalan dekat KL pulak. Minggu lepas berjalan sakan dekat Genting. Aktif gila dengan aktiviti berjalannya pun. So doktor suruh rest banyak banyak. Jangan banyak berjalan. And doktor bagi pil kuatkan rahim and berhentikan pendarahan. Walaupun dah tak berdarah still kena makan.

I ada tanya macam mana nak tau kita gugur ke tak. Doktor cakap if gugur, darah yang keluar macam period lepas tu akan ada rasa sakit macam sengugut.

And just to share, if kandungan belum cecah 3 months, NO SEX PLEASE! And the bill is RM98 untuk Klinik Bhajan. Rasanya klinik lain dalam RM55 je. Prepare lah apa yang patut ehh.


HAI JUNIOR! WE'RE SO HAPPY TO SEE YOU IN MY UTERUS YESTERDAY! HOPE WE CAN MEET YOU IN THE REAL WORLD THIS COMING OCTOBER, BABY!

Friday, February 3, 2012

Keputusan sambung belajar...

Sukacita dimaklumkan bahawa anda ditawarkan tempat untuk mengikuti program di UiTM. ^_^

Program SARJANA MUDA PENTADBIRAN (KEPUJIAN) (PENGURUSAN SUMBER MANUSIA)

Alhamdulillah.

What can I say more?? A baby & further study? IM SO HAPPY!

But its still a long way to go for me to achieve my dreams. One day!! INSYALLAH! I trust in Allah's plan. Just go with the flow. My mum would be so happy to hear this news.

Tuesday, January 31, 2012

Ze result is.......


POSITIVE

Alhamdulillah.. Ada 2 garisan. Itupun siap berjoging sakan sampai 4 round padang bola. Jalan jauh jauh. Angkat barang berat-berat. Main roller coaster sampai 6x. Baru 5 minggu 2 hari. Patutlah rasa diri gemuk sangat sampai pergi joging nak kuruskan diri rupanya pregnant. Syukran Ya Allah.

Rezeki Allah nak bagi. Alhamdulillah.

Sentiasalah bersangka baik dengan Allah. Semua rezeki ini ketentuan Allah. Kita hanya mampu merancang Allah yang menentukan. Yang paling penting banyakkan berdoa. Jangan pernah marah dengan Allah. Kenapa itu kenapa macam ni. Kenapa orang dapat kita tak dapat lagi. Tak semestinya dalam bab zuriat. Be it pekerjaan, further study dan macam-macam lagi. Kalau Allah tak bagi kita sekarang mungkin ada hikmahnya. Kalau Allah tarik balik nikmat yang kita beri pun ada hikmahnya. So be positive!

Doakan kandungan saya kuat ya. Due is on 30/9/12 itu pun pelik sebab doktor tanya bila last first day period. Betul ke cara kira macam tu? I thought last day period. Bila dah kompem keputusan terus announce dekat FB sebab tak nak nanti ada kawan yang tahu ada kawan yang tak tahu so untuk menjadi adil saya post je senang cerita.

Apek dah semangat nak pi beli susu untuk saya lah. Beli seluarlah. Beli kurmalah. Beli CD lah. Beli buku lah. Amboi! Bila pregnant lagi dimanjakan bak kata Fezal, "Apek konon nak jadi the next Aaron Aziz". Ehh Fezal, he is much much romantic than Aaron Aziz tau kalau ko nak tau. Hihihihi!

Ok lah Assalamualaikum..

Monday, January 30, 2012

MAKSUD DI SEBALIK BACAAN SOLAT

Pernah tak kita terfikir apa maksud di sebalik bacaan solat kita?? Mesti pernah kan? Atau tidak pernah?? Macam aku, aku selalu terfikir tapi malas nak mencari. Ada buku tapi malas nak menyelak dan baca. Perasan sibuk dan penat. Tapi mulai hari ni aku tekad. Tekad untuk cuba menghafal agar solat dapat dihayati dengan lebih mendalam. Harapnya misiku ini bukanlah hangat-hangat tahi ayam.

Jom ramai-ramai hafal maksud di sebalik solat agar apa yang kita baca itu kita faham sekaligus ianya akan meresap ke dalam jiwa kita.

Paling terkesan dalam hati saya apabila membaca doa iftitah. AKU HADAPKAN WAJAHKU BAGI TUHAN YANG MENCIPTA LANGIT DAN BUMI. Tapi masih aku kadang kala otakku melayang entah ke mana. Sibuk memikirkan hal duniawi. *istighfar kejap. Aku pasti ini semua kerana aku tidak faham apa yang aku sebutkan dalam setiap bacaanku. Akan ku cuba serapkan maksud ini ke dalam jiwa dan otakku agar solatku lebih khusyuk. AMIN!


Doa Iftitah
Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya.
Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang.
Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi, dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik.
Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku dan matiku adalah untuk Allah Tuhan sekalian alam.
Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam.


Al-Fatihah
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
Segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam.
Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
Yang menguasai hari pembalasan.
Hanya Engkau yang kami sembah dan hanya Engkau kami mohon pertolongan.
Tunjukilah kami jalan yang lurus.
Iaitu jalan orang-orang yang engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat.


Bacaan ketika rukuk
Maha suci Tuhanku yang maha mulia dan dengan segala puji-pujiannya.


Bacaan ketika bangun dari rukuk
Allah mendengar pujian orang yang memujinya.


Bacaan ketika iktidal
Wahai Tuhan kami, bagi Engkaulah segala pujian.


Bacaan ketika sujud
Maha suci Tuhanku yang Maha Tinggi dan segala puji-pujiannya.


Bacaan ketika duduk di antara dua sujud
Ya Allah, ampunilah aku, rahmatilah aku, kayakan aku, angkatlah darjatku, rezekikan aku, berilah aku hidayah, sihatkanlah aku dan maafkanlah aku.


Bacaan ketika tahiyat awal
Segala ucapan penghormatan,segala kurnia, segala ucapan pengagungan dan pujian hanyalah milik Allah.
Semua perlindungan dan pemeliharaan untukmu, wahai Nabi, begitu pula rahmat Allah dan segenap kurniaNya.
Semua perlindungan dan pemeliharaan semoga diberikan kepada kami dan hamba-hamba Allah yang soleh.
Aku naik saksi bahawa tiada tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawa Muhammad itu adalah pesuruh Allah.
Ya Allah, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.


Tambahan untuk tahiyat akhir
Ya Allah, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan keluarganya.
Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Nabi Ibrahim dan keluarganya.
Berkatilah ke atas Nabi Muhammad dan keluarganya.
Sebagaimana Engkau berkati ke atas Nabi Ibrahim dan keluarganya di dalam alam ini.
Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.


Doa Qunut
Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki.
Sejahteralah aku sebagaimana orang-orang yang Engkau sejahterakan.
Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang Engkau pimpin.
Berkatilah untukku apa-apa yang telah Engkau berikan padaku.
Jauhkanlah aku dari segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan.
Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan dan tidak sesiapa pun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau.
Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanMu.
Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi.
Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau.
Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan.
Dan aku minta ampun dan taubat pada Engkau.
Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera ke atas keluarganya dan sahabat-sahabatnya.


Sama-sama kita perbaiki diri. Jika ada salah silapku harapnya ditegur, jangan biarkan aku terus hanyut dibuai mimpi indah dunia sementara ini.

#REVIEW Baju nikah