Monday, February 28, 2011

PROSEDUR KAHWIN PART 1 : KURSUS KAHWIN

Seperti sedia maklum, I memang tak bertwitter ke beronline ke apa ke lah semua ke lah I tak buat Sabtu dengan Ahad hari tu sebab pergi kursus kahwin. Lagi tak tahu ke I nak pegri kursus kahwin? Habis satu kampung I bagitahu yang I nak pi kursus kahwin takkan tak tahu kot. OVER GILA KAN?


HARI PERTAMA

Yeah! First time expose gambar pakai tudung di khalayak umum. Oh mai G! Malunya! Bukan malu sebab bertutup, bukan! Bukan! Bukan itu maksud I. Malu sebab I tak reti pakai tudung, tersenget sana tersenget sini anak tudung tu. Mana tak sengetnya, memang fashion macam tu kan? Hihihihi! Dah lah I beli sampai 10 anak tudung ni kat Ayunar Hijab. Tapi memang best ahh anak tudung dia. Besar! Ni kat gambar ni pun dah ok sikit pakainya sebab Kak Aelin betulkan. (^_^)


HASANI MANAGEMENT
-Sinilah tempat I ambil kursus kahwin-

Gila ahh hari pertama ni, kelam kabut I dibuatnya. Kena bangun awal gila, biasanya I akan semayang subuh pukul 6.50pagi. I tau lambat gila kan? Mana ada lambat ahh, pukul 7 pun gelap lagi tau langit. So oklah tu. Tapi hari yang Sabtu tu, I supposedly kena bangun 6 tapi biasa ahh handphone I kan cacat dia tak berbunyi. Nasib baik alarm handphone lagi satu bunyi tapi lambat sikitlah dia bunyi. Dia bunyi pukul 6.30. Bayangkan kena sampai kat Hasani tu pukul 7.30 which is I only have 30 minutes to solat, dress up & makeup which semua orang tahu 30 minit memang takkan cukup bagi I. I kena ada masa sejam untuk bersiap if not memang kelam kabutlah dunia I. So dah siap-siap-siap-kabut-kelam-kabut, pukul 7.10pagi baru gerak dari rumah ambil K.Aelin. Apek yang merupakan seorang yang sangat punctual mesti ahh moody je kalau I terlambat sikit. Hihihihi! Then pukul 7.32 macam tu kiterowang sampailah kat Hasani. First sekali daftar. Then dapat fail.. Lepas tu terus naik bilik. I takde ahh snap gambar biliknya sebab I tengok I sorang je yang dok snap-snap pic dalam tu. Mesti orang dok bergosip cakap I ni buang tabiat ke apa kerja tangkap gambar je. =))


APA ADA DALAM FAIL?
1) 2 kertas kosong
2) Buku Bab-Bab Perkahwinan
3) Pen
4) Kupon makan RM4 sehari
5) Contoh borang mintak kebenaran berkahwin
6) Kupon cabutan bertuah
7) Borang penilaian


So overall oklah RM80/- dapat semua benda benda tu kan. Kiranya macam bayar RM50 kot sebenarnya bila dah tolak harga buku dengan kupon tu.


Ainee & Apek
Time ni rehat pukul 10pagi sampai pukul 10.30 pagi. Tengok! Senget benget kan tudung I. Ampun pak! Kena tuntut ilmu banyak-banyak dengan HudaLuna ni bab pakai pakai tudung ni. Dia hebat, nak senget, nak straight, nak tercacak cacak pun boleh.


Tadaa!! Inilah Kak Aelin. Kak Aelin ni kakak kat ofis I. Tudung I tu baru beli semalam tu. Bau kedai tu!!


Hari pertama oklah, not badlah cuma ada sorang penceramah tu je yang boring. Penceramah kedua memang best gila gila. Kelakar nak mampos ustaz kuala tu. Happening je. Gerenti tak boring. Lepas dah habis dengar silibis Form 5, serius weyhhh sebiji macam belajar waktu sekolah dulu. Kira macam ulangkaji balik je ni sebenarnya tapi maybe kali ni kononya lebih fokuslah. Cakap nak kawin kan?

Lepas dah habis semua kena bebel, pukul 6 macam tu kiterowang pi TownHall nak ukur keluasan dewan semua lepas tu nak dapat gambaran macam mana nak decorate the hall. Serius penat gila bila diri sendiri & pasangan yang jadi planner untuk kahwin sendiri tapi takpe janji puas hati. Lagi 2 minggu kiterowang akan bz brainstorm idea lah nampaknya.


Tengok betapa besarnya dewan ni. Macam mana tu nak cover? Macam mana? Cer cakap! Cer cakap! Dah macam dewan sekolah dah I tengok dewan ni tapi oklah sebenarnya. Not bad cuma tu lah siling dia tinggi gila.


Lepas dah ukur ukur semua, kiterowang keluar lagi. Pergi Jusco. Cadangnya nak jumpa Dottie tapi dia tengok movie lah pulak makanya kiterowang pun beli mesin rumput yang ibu pesan then beli sushi yang Iqa pesan then pergi KFC, Ipoh Garden untuk beli ayam ayam goreng yang Ibu pesan. Sudahnya, kiterowang ni jadi pesuruh je lah hari ni.

Apek si penternak lemak. KUAT MAKAN!

Ainee bagus sebab dia tak kuat makan. Minum karbohidrat pun dia tak suka. Dah lah time ni ada sowang budak pompuan kiut gila, rambut kerinting, debab & lincah cuit I. Lepas tu makan kat sebelah kiterowang. Alahai comelnya...



HARI KEDUA

So hari kedua, semangat pakai baju merah sebab nak pakai inner warna merah dengan hitam. Tengok! Inner pun pakai tak betul. Sepatutnya yang merah tu kena kedepan kan lagi tutup inner hitam kat pipi tu kan? Ehh ye ke? Sumpah tak tahu, bantai je lah.

Hari ni Kak Aelin drive sendiri. Hari ni pun tak rushing sangat sebab start pukul 8 pagi kan. Ok lah tu.

Apek duduk belah sana. Makin hari makin sayanglah kat tunang I ni. Concentrate nampak! I love u lah darling. Muahh!

I dengan Kak Aelin yang semangat nak dengar ceramah pagi-pagi tapi sebelum dengar ceramah jom tangkap gambar.

Hari ni tak ada ustaz yang boring yang melampau macam ustaz semalam cuma ustaz ni banyak cakap sikit. Dia pun mengaku dia banyak cakap sampai terbabaslah waktu rehat kiterowang sikit. Budak budak laki pulak dah macam zombie dah cakap laparlah, rehatlah. Nak bagi hint kat ustaz lah tu nak keluar rehat. Ustaz ni dia bincang pasal stress dalam rumah tangga then dia cakap "Haaa ni lah dinamakan stress. Lapa! Lapar!". Lawak gila ok.


Last sekali buat ujian. Serius tak payah nak tekanan sangat bab exam ni sebab serius senang gila. Senang gila ahh. Semua dalam A B C D. Kebanyakan soalan dia tanya kecuali kecuali kecuali.

Susah sangat nah amiklah jawapan I ni. I salah satu je. Soalan no. 7. I jawab A, jawapan dia D.


Lepas tu ustaz kasi pi rehat, pukul 3 naik atas balik ambil sijil.



Kiterowang rehat di bawah payung yang tak macam payung dah ni. Rugi je duduk bawah payung ni bukan ada function pun. Cian Apek kena panas sikit. Sikitlah tak ada lah banyak.

Ceria je muka tunang I ni amboiii.
Lepas dah minum semua, naik atas balik. Pukul 3.30 dah dapat balik dah. Best sangat. Dah dapat sijil kursus kahwin ni lega sikit. At least dah settle satu perkara penting. ($_$)
Duit pun rabak makin hari.


OK, ni nak share sikit tipslah ni.
1) Siapa tak tahan sejuk sila bawa sweater atau shawl
2) Bawa lotion sebab serius tangan jadi kering gila dalam hall tu
3) Bawa telekung sendiri, senang!
4) Kalau tak nak menderita dengan ke'SLOW'an air, nak ambil wuduk pun susah, cepat-cepatlah pergi tandas ambil kat sana. Kalau nak lagi senang, pergi je Masjid Negeri, bukan jauh pun.
5) Jangan makan kat kedai mamak. MAHAL!!! Makan kat food court tu. Bagi I yang agak memilih tempat makanan ni I tengok tempat tu oklah, not bad. Murah pun murah.
6) Siapa drive pi beli kupon untuk sehari punya siap siap.


Haaa tu je lah tips nak share. Overall, Hasani Management ni oklah. Tak bosan sangat. Rileks dan santai gitu.. Yang pasti bontot keras derr duduk lama-lama. So siapa tengah fikir fikir nak ambil kursus kahwin kat mana kat Ipoh ni bolehlah consider Hasani Management ni jugak ok?

Wednesday, February 23, 2011

Fairy Lights - Hall Deco

Tadi sibuk berbalas twitter dengan Apek lepas tu I cakap dia fairy. Sebab apa tah I cakap dia fairy lepas tu tiba-tiba come out with the idea of covering TownHall punya dinding dengan fairy lights. Tapi tu lah kos banyak tak tau lah boleh terealisasi ke tak. Siapa tau mana jual fairy lights murah? I NAK!

Melampau ahh kalau macam ni. Kos tinggi gila tapi gila best kalau dapat buat macam ni. NAKKK!!

.A dreams come true.


My dream is I wanted to have a very romantic wedding ceremony. So I wanted it to be very the candle light makan makan session lah kiranya. So definitely will opt for candle untuk table centerpiece. Tentang fairy lights tu pulak, insyallah kalau ada rezeki lebih, kalau tak ada nganga je lah. Bak kata ayah, orang datang nak makan but then alah, I kahwin ni pun sekali je lah so kenalah ikut my dreams barulah MY DREAMS COME TRUE. =))

Tuesday, February 22, 2011

Keputusan Akhir (DEWAN)

Ok, the crowds have make the decision.


TOWNHALL


or


SILVERITAGE


Seriously, semalam I dah naik pening dah. Otak dah kusut gila dah tak tahu nak pilih dewan yang mana satu. Hari ni pagi-pagi dah burst out into tears bcoz I couldn't handle this kind of stress. But I dah buat decision and dua-dua pun ada pro and cons. Let me list it out.


TOWNHALL
**Kelebihan
1) The building design sangat cantik (kat luar ehh)
2) Parking banyak gila
3) Terletak di tengah tengah pekan so easier for Meru side to come, Pasir Puteh side to come, Rapat Setia side to come, Fair Park side to come. Mana-manalah sebab dia tengah tengah.

**Kekurangan
1) Lantai dia tak ada carpet
2) Dinding dia kayu yang terkopak kopak. UGLY i know. =((
3) Siling dia sangat tinggi
4) Stage besar sangat
5) Way more expensive.
6) No chanderliar. Chandeliar ada satu je kat luar. Itupun kena charge sampai RM400


SILVERITAGE
**Kelebihan
1) Lantai carpet. Yippie!
2) Dewan tak terlalu besar which I like.
3) Kerusi banquet

**Kekurangan
1) Bangunan tak semegah Town Hall
2) Susah nak cari parking
3) Tak ada chandeliar



Ok! I know TownHall lagi banyak kekurangan but then ramai kawan choose TownHall and me myself choose TownHall actually so here it goes the winner is TOWNHALL.

So yeah, tadi pagi I dah call person yang incharge dewan tu and then suruh dia hold the dewan for me. Then I tanya dia surat semua dengan resit cagaran semua dah hantar so macam mana then dia cakap takpe dia akan simpankan untuk I. Gila, lega gila ok. So sekarang ni kerja I dengan Apek adalah memikirkan macam mana nak cover keburukan TownHall tu dengan baget ciput ni. Tu lah baget ciput, selera besar gila Aini ni. Mau tak, kahwin sekali seumur hidup je baiii kenalah selera kasi besar sikit derrr.

Lagi satu kekurangannya ialah I akan buat reception I ni hari Jumaat sebab hari Sabtu dengan Ahad semua orang dah booking. Serius, TownHall ni laku gila macam goreng pisang panas ok. So maksudnya nikah pagi/petang then reception malamnya. Sama macam Aidil Zaquan dengan Ayu Raudah kahwinlah ni kiranya sebab dieowang kan kahwin hari Jumaat juga. Eeeewahhh perasan artis weyh Aini ni.

So now, I dengan Apek akan perah otak perah kepala macam mana nak cover the ugliness semua. Tapi office mate dengan ayah I cakap orang datang nak tengok kamu kawin je, nak makan je bukannya nak pergi inspect satu hall tu pun buat apa nak risau lebih. Hehehehe! Betul jugak tu but then I ni gila cerewet ok so Tett! must do something to cover it ok. Sama ada akan hire orang luar pasal lampu ke apa ke kan. Ok lah nanti apa-apa I update lagi kat belog ok.

Monday, February 21, 2011

PELAMIN ROMAN- My target

Yuuhuu! Hari ni dengan jayanya meng'Deactive"kan Facebook. So hello peeps, add me at twitter, find me Ainee Joe ok sebab kat Twitter I akan menjadi extreme friendly so tak ada siapa akan terasa dia dianaktirikan ke apa ok. Kenapa deactive FB? Sebabnya macam dah runsing. Actually adalah menyampah dengan certain certain people yang quite close to me. Kes terasa hatilah ni kononnya so saja ahh deactivate FB sebab asal susah asal boring je baru nak cari gua. Ahh tak dapatlah!

So bawah-bawah ni few pelamin roman yang I suka. Cantik kan pelamin roman style? Tu yang tak kisah melabur lebih sikit tu.






P/S: Apek cakap kawan-kawan I semua dah macam gelabah gila bila I deactivate FB. Alah chill ahh guys. Tak ada menda ahh! Juz wanna rest my mind kejap je. Lepas tu I ada lagi satu FB account sebenarnya tapi tu seriously untuk manusia yang I kenal dan pernah bercakap dan melepak di dunia nyata.

Sunday, February 20, 2011

SURVEY DEWAN

Hai hai. Hari ni lepas je tengok DVD cerita Arthur terus bersiap nak keluar dengan Apek sebab konon-konon nak ukur dewan lah sangat. Mula-mula ingat nak pergi Silveritage lepas tu terlalu satu bridal house yang Kak Ika suggestkan. Apa lagi berhentilah kat situ kejap tanya harga pelamin semua. Cantik! Uptodate! Yang kurengnya tak ada pakej so bila tak ada pakej makanya harga mestilah mahal sikit kan tapi memang berbaloi baloi ahh sebab terus deal dengan owner dia which is Kak Awa. Memang best! memang uptodate. I nak pelamin roman and they have it. Maju dowhh Ipoh rupanya. Pelamin sahaja Rm2300. Tapi oklah bagi I sebab I suka sangat. Serius tapi still nak survey srvey lagi nanti bulan 5 baru kasi ikat terus. Then dah tanya punya tanya kiterowang gerak pergi Silveritage but then ada kenduri kat situ takkan ahh nak masuk pulak kan buat muka cam tak malu walaupun I dengan Apek memang pernah buat kerja gila but weyh ni dah 2011 kot jangan buat kerja merepek lagi ok so kiterowang pi ahh Dewan Umno which is sebelah Casuarina Hotel.

DEWAN UMNO

Ni lah dewannya dari luar. Apek cakap kalau ajak orang PAS ni mau tak masuk ni. Lawak! Lawak! This is a wedding lahh, bukan politic ahh. Kang tak pasal time wedding I ada sesi debate pulak kang.

Entrance..
Ok first first masuk dah reject dah sebab tengok lantai tak ada karpet. Tak mau! Saya nak yang ada karpet lah. Pintu dia pintu automatik tu.

Dalam
-Ok hari Isnin ni nak call tanya ada tak dewan lain selain daripada dewan ni sebab Apek cakap dulu dia ada buat function kat atas, ada carpet so Isnin ni kena call ahh tanya Puan Aziah.


Lepas tu pergilah Hotel Seri Malaysia pulak.. Belakang Dewan Umno ni je. Teehee! =D


DEWAN HOTEL SERI MALAYSIA

Ni pandangan dari luar.

DALAM
-Pandangan I ehh? Pandangan I dia agak kecik sikit. Mungkin agak sempit tapi sebenarnya itulah yang I nak sebab my wedding ni realy private. Ajak pun sikit sikit je. Tak lebih daripada 400 orang. Serius! Press pun tak boleh masuk woo (nak budget Marion Counter gak). Hanya orang yang dijemput je boleh datang. Ecehh! Kira macam orang orang yang banyak bagi support dalam life I ke banyak bagi impact dalam life I ke itu memang menjadi keutamaan untuk menjadi tetamu I lah. Tapi tu lah kebaikan dia banyak parking space tapi kelemahan dia pulak ruang dia agak sempitlah. Itu je! But akan dipertimbangkan.


Lepas tu Apek dahaga. Gedik betul my Apek ni tau, dah lah tak habis-habis puji sedap sedap sup kambing yang ibu Imasak & bungkuskan untuk dia. Suka beno kambing tau dia ni. Nak cakap penggembala kambing idaklah pulak. Kalau perli orang pun guna perkataan kambing jugak. Apek! Apek! I love u lah cayang walaupun u love your kambing very the muchie.


<3

Haaa waktu ni kat Mcd, Medan Gopeng. I kan makan banyak and my favorite order would always be Happy Meal sebab dapat mainan free. I like sangat. Kali ni musim doraemon so dapat benda yang main masukkan gelung dalam air tu. Tapi I order 2. Satu beef burger satu chicken burger. Banyak makan gila kan? I tau. Apek macam biasa ahh order dia punya BigMac..

Time ni berusaha bergosip dengan Apek. Cerita pasal apa tak tau. Apek pulak main tangkap tangkap gambar pulak. Belasah kang baru tau. And we discuss about the pelamin that we want on our BIG DAY. Dah tahu konsep macam mana nak dah, dah tahu dah kerusi macam mana yang kiterowang nak. And kiterowang dah sketch dah pelamin tu just like we did on our engagement day. Sketching je kerjanya. Mangsanya YM lah mesti. Yeah. We love to communicate via YM pretending to be designer and client. As usual im the fussy client and Apek is the loyal humble patient designer. Hehehehe! Opss, sorry guys, I tak boleh tunjuk lagi the design. Nak dekat dekat karang baru tunjuk ok. Tapi serius suka sangat. Macam nak tengok banyak banyak kali je. Actualy Im thinking of nak buat satu design pelamin yang baru macam pelamin tunang I hari tu without copying others but then source sangat terhad, takkan kiterowang nak buat pelamin sendiri lagi. Matilah! So we just opt for the lastest designs but all time favorite gitu. Kalau ikutkan design dalam otak I ni, I nak ada letak picket fence lah atas pelamin tu then ada air pancutlah then ada peti surat ala ala english tu lah, a lot of white butterflies and white flowers. Wauu!! Tapi memang impian tinggal impian je lah..=))

Waktu ni Apek tengah sketch kad kahwin. I cakap kat dia I want something pure, classic and elegant. Lepas tu something yang dapat membayangkan konsep wedding kami on that day. Haaa cenggitu.. Pening Apek dengan I yang cerewet gila ni but then dia dah sketch and I suka sangat. Love it! Kalau tak surely Apek pening sebab dia kena amend banyak banyak banyak kali sampai I puas hati. Yeah, I am Fussy!


And then dah habis makan semua kiterowang pergilah Silveritage but then memang hampa seribu kali hampa Silveritage punya dewan dah kunci. Alahai, hampanya. Makanya snap pic dari luar je lah.


SILVERITAGE HALL

PORCH
Kalau kat Silveritage ni dah dapat bayangkan dah kat depan tu nak letak frame besar besar gambar kiterowang dua. Kiri & kanan. Actually banyak ahh benda nak DIY ni. Tapi tu lah kelemahan silveritage ni parking susah nak cari.


Ok nak tahu tak sebenarnya kiterowang nak buat reception dekat mana??


Taraa! Nilah Town Hall kalau nak tahu. Cantik kan? Deposit semua pun dah bayar but then luar je cantik gila dalam dia hampeh tu yang terpaksa cancel tu. Tapi serius ahh lawa ah TownHall ni. Agak keciwa jugak lahh bila cancelkan reception kat sini. Lawa kan? Parking pun senang.


Ni dalam dia. Waktu booking tu tak tengok pun dalam sebab luar macam dah lawa gila kan so kiterowang expect macam dalam sure ahh lagi lawa kan so mahal sikit pun takpe sebab macam berbaloi baloi lagipun my mum nak sangat buat I punya reception kat sini. And my mum pun tak pernah masuk dalam dewan ni rupanya. First thing yang I reject of course tak ada carpet. Weyhh tak ada carpet weyh? Tak leh terima tak boleh terima. Then lagi satu, space dia terlalu besar. Syiling dia terlalu tinggi. Banyak benda kena cover. Nanti tetamu masuk nampak kosong je dewan. Tak syiokk ahh. Then jarak tempat makan dengan pelamin jauh sangat. Nampak my pelamin very the tiny karang. Dun like! Dun like! So TownHall walaupun cantik di luar, dalam out. I rasa management should reconsider of re-beauty this hall. Letak carpet ke then the dinding letak wallpaper putih ke instead of the wooden sebab wooden tu pun macam dah terkopak kopak je Apek dengan I tengok. Hall ni memang banyak sangat orang booking. Kalau nak booking make sure setahun sebelum tu terus je book kalau dah berkenan sangat. OK?

So, TOWN HALL reject. Tengah dalam proses minta deposit balik.

Makanya, itulah acara I dengan Apek pada hari ni yakni semalam sebab waktu nak publish ni dah pagi dah pun. So dewan still tak decide lagi. Apek suka Silveritage, I suka Seri Malaysia. We'll see which one is better. We will consider the pro and cons.

WHAT DO U GUYS THINK? WHICH ONE IS BETTER? OR DO U HAVE ANY OTHER SUGGESTIONS?

Thursday, February 17, 2011

Masalah orang bukan masalah kaulah Aini

Kenapa bila dah taip satu ayat NAK TEKAN BACKSPACE? KENAPA? KENAPA? Nak buat orang kagum dengan tulisan awak? Nak buat orang melekat mata dia kat skrin sampai tak dapat nak jelingkan sikit mata tu kat tempat lain? Poyolah awak ni. POYO!!!!

ITU MAKNANYA TAK ADA IDEALAH TU NAK TULIS! ITU MAKNANYA TAK ADA HATI NAK MENAIP! ITU MAKNANYA TAK ADA ARAH TUJUAN. PAHAM DAK?

Hati tengah runsing. Fikiran tengah celaru sekarang ni. Sebab dok pikir masalah orang lain, masalah sendiri tak ada macam mana nak pikir masalah sendiri? Tu yang sibuk fikir masalah orang lain tu, dasar tak ada kerja... Tu yang sekarang ni main Twitter dengan Tumblr je.

Follow ahh my twitter sebab kalau FB tu susah sikit nak approve manusia di alam maya ni kalau kat Twitter leh sembang sembang main tepuk tampar meh. Find my name Ainee Cumi ke Ainee Joe, I pun konpius mana satu nama I.. So meh lah kita bergebang ok? Kalau Tumblr laks www.aineecumi.tumblr.com

Currently using this as my profile picture on FB.

Wednesday, February 16, 2011

HANTARAN APEK TO AINEE (PINK)

Ok! Tak habis lagi cerita pasal tunangnya walaupun dah 2 bulan lebih dah. WELL. Tengah ada mood nak menaip ni I taip je lah kan sebab bila I tengok kat label I under "Perjalanan Nak Jadi Double (Engagement)", sikit je I rasa benda yang I tempek pasal tunang I dalam belog ni. Nanti entah bila tahun I nak baca balik, nak senyum sorang-sorang tak best ahh kalau sikit je benda yang I boleh baca kan? Lagipun I dah janji maa nak share dengan korang before this.

So, hantaran dari Apek untuk I ialah warna pink. Biasalah, I ni peminat tegar Pink tu yang Apek bagi hantaran kat I warna Pink. I pulak bagi Apek warna ungu sebab Apek suka warna Ungu.


SIREH JUNJUNG
Mama (mak apek) buat sendiri ni. Creative kan mama? Ni memang betul sireh junjung ni sebab memang gila tinggi sireh ni.


TEPAK SIREH
Tak cukup dengan sireh junjung, tepak sireh pun ada wooo.


TEMPAT CINCIN
Ni lah tempat letak cincin I. Dua dua bentuk cincin letak kat sini. Satu cincin risik satu cincin tunang. I suka gila apa yang Apek dengan Mama buat ni. Macam dalam taman sangat kan? I like! My favorite. Sampai sekarang ni, I dah tak guna dah kotak cincin untuk letak cincin cincin I (over kau cakap cincin cincin cakap cincin sudah), I guna je gubahan yang cantik macam ala ala taman ni untuk letak cincin-cincin I.


DUIT HANTARAN
Jumlah semua RM8,989.89/-. Semua Apek dah kasi settle dah tu sebabnya kot dia berani propose I kat Cameron Highland hari tu, duit dah cukup rupanya. Ok kenapa RM8,989.89? Sebab I dengan Apek lahir pada tahun 1989 tu yang I choose RM8,989.89 as my duit hantaran. Mas kawin pun sama. Apek nak bagi sempena tahun lahir kami which is RM1,989. Ok! Kat depan album tu 89sen.


TELEKUNG
This is so my favorite. Susunan ni sumpah cantik gila. Dilipat lipat jadi bunga rose. Mama yang gubahkan. Pandai gila kan mama gubahkan kan? Cantik sangat sampai rasa sayang sangat nak buka. Waktu nak buka tu pun opah I kagum gila. Lepas tu kiterowang try buat balik tak jadi. Hehehehe! Memang serius cantik sangat gubahan telekung ni.


CUPCAKES
Ni Apek tempah kat kak diba, my all time feberet person untuk order cupcakes and cakes. Haa siapa siapa yang nak kahwin ke nak tunang ke kat Ipoh ni bolehlah tempah kat Kak Diba ni. Senang je berunding dengan Kak Diba ni. Dia sempoi. Jiwa muda.

SAPU TANGAN
Ok yang ni actually sapu tangan. Sponsor by kakak Apek iaitu Kak Ida. Lepas tu mama yang gubahkan jadi replika buah-buahan. Cantik sangat kan? Memang cantik dan cute sangat sangat sampai sekarang ni I tak buka-buka pun. Biar je dalam bekas tu. Ibu pun tak kasi buka sebab dia cakap buat apa buka, bukan guna pun sapu tangan tu baik jadikan perhiasan sebab cantik sangat. Hehehehe!


BUAH-BUAHAN
Ni daripada sedara mara Apek tak silap. Macam tak complete ehh kalau hantaran tak ada buah kan? Tapi buah Apek lagi banyak, I bagi Apek buah sikit je. Cakap save!


MANISAN
Manisan ni rasanya dari sedara mara Apek juga. Memang sedap. Manis lazat berkrim you. Ok krim tu tipu mana ada krim, tepung adalah.


CHOCOLATE
Ni hadiah daripada office mates Apek. Dieowang tak datang sebab segan. Gedik ehh segan, geget kang! Makanya dieowang macam kira wakilkan diri dieowang kat bearbear ni lah kot then dieowang suruh masukkan sekali dalam hantaran. Ecehh nak glamour ahh tu. Tapi paling lawak bila Iqa nak bawak masuk bakul ni dalam bilik, I cakap "haipp nak bawak gi mana, letak balik" lepas tu dia cakap, "karang orang amik chocolate tu, aku nak!". Then I cakap, "tak ada sapa nak amiknya, letak balik". Lepas tu dia pun buat muka kecewa tapi comel lepas tu letak ahh balik. Redha lah kononya. Tak sampai berapa minit lepas tu tengok-tengok ferero rochernya dah habis, tinggal bakul je. Terus Iqa kecewa. Ayah I ahh punya angkara, dia ketua bukaknya dulu terus si Iqa tak dapat merasa. Hehehehe! Kecian! kecian!


Actually ada lagi satu. Ada cake. Kawan abang Apek bagi. Tapi tak ada pulak dalam kamera I gambar cakenya. Haaa plan plan nak bagi 5 berbalas 7 sekali lebih dari 5, lebih dari 7 daaa. Takpe, orang cakap rezeki. Alhamdulillah! Haishh bestnya tunang, rasa nak tunang lagi sekali pulak.


Btw, one of friends getting engaged on 12/02/11. She looks extremely gorgeous with the makeup, the attire. Congratulations Mimi. Welcome to the club. I love u makcik and Im so damn happy with you and Ariff.

#REVIEW Baju nikah