Monday, August 23, 2010

I dapat kasut baru, kawan I dapat anak pertama. OKLAH TU!

Rabu minggu lepas, Iqa Joe pergi Penang. AMBOIHH!! BEST BUKAN MAIN PELANCONGAN NI! Asyik dok jalan sana jalan sini. Tapi adik beradik pun tumpang best jugak sebab bila dah pergi negeri orang lain, kenalah beringat ingat sikit kat seisi keluarga di kampung kan?kan? MAKA, I SERTA EDDIE JOE DAN IFA JOE TELAH MENDAPAT CENDERAHATI DARI PENANG!

Ini kasut Ahmad Albab yang punya. HAHAHHAH! AHMAD ALBAB YANG PUNYA! Tapi Ainee jahat, dia rembat jugak walaupun dia tahu tu Ahmad Albab yang punya. Cantik kan kasut Ahmad Albab ni? Suka sangat! Tapi tu lah ketat sikit sebab Iqa perasan kaki I ni kecik agaknya maka dia beli saiz 36. WEYH! IQA! AKAK SAIZ 37 TAU! Tapi takpe Iqaku sayang, awak ni tau tau je ya akak tak ada duit nak beli kasut raya maka belikan sepasang kasut untuk akak. Terima kasih!


CUBA TEKA FLAT NI HARGA DIA BERAPA? MURAH BAIII!!


Ini untuk Ifa. Kotak pensil. Tapi beli kat S&J. WEYH IQA KALAU SETAKAT BELI KAT S&J, IPOH PUN ADA WEYH!


Patung comel ni untuk adik laki I si Eddie tu. Eddie letak kat penjuru katil dia konon-konon teddy bear ni jaga dia lah waktu dia tidur. PIIRAHHH!!



DAPAT CENDERAHATI DARI IQA JOE MEMANGLAH BEST, TAPI ADA LAGI WOHH MOMENT LAGI BEST DARIPADA DAPAT CENDERAHATI!





Apalah agaknya benda best yang lagi best daripada dapat hadiah kan??





HAAA TU DIA! TU DIA! TU DIA!
Ni lah insan kecik comel yang menambat hati I sangat ni. COMEL NAK MAMPOS! Geram sangat dengan dia. Nama dia Ryan. OK, I tak tahu macam mana nak eja tapi sebutan dia macam tu lah. Weyh! Ada maksud ok. Ingat suka-suka hati nak bagi nama macam nama orang putih. APA INGAT NAK NAMA GLAMER JE? Haaa maksud dia seingat I, pintu syurga bagi orang yang berpuasa di bulan Ramadhan. Haaa semakin bagus kan otak I? Nama tu diberi sebab si Ryan ni lahir 1 Ramadhan.

Ini mamanya. Mamanya ni kawan kepada I dengan Apek. I dengan Apek panggil mama si Ryan ni Kak Ain. Kak Ain ni kiterowang kenal waktu belajar. Umur dia baru 24tahun tapi dah dapat baby. Jelesnya I!


Bila tengok Ryan ni, haishh terfikir macam manalah orang orang yang suka buat maksiat tu dah dapat baby lepas tu sanggup buang dalam sungailah, dalam jambanlah. Ye lah, kalau iya pun tak nak pergilah letak kat depan pintu masjid ke depan pintu pejabat perdana menteri ke kan. EE OMEL! OMEL! TAK LEH TENGOK LAMA-LAMA.


Sebab dia comel, kiterowang hadiahkan dia 2pasang stokin yang macam kasut dan losyen. Kalau tak comel tak ada hadiah. OHH JAHATNYA AINEE! Losyen tu untuk bagi kulit dia sehalus bayi sampai besar supaya bila dia dah besar dia tak keciwa macam I yang ahri-jhari merungut kenapa kulit I tak selembut ketika I masih baby. I lupa nak pesan kat Kak Ain supaya berjimat cermat bila pakai losyen tu supaya dapat pakai sampai besar lepas tu bolehlah dia berterima kasih dekat Aunty Ainee dan Pak Cik Apek sebab bagi dia losyen tu. Ingatkan nak bagi brand Anakmu sebab bukannya Anakku pun aku nak bagi hadiah tapi tak ada so tak ada pilihanlah maka terpaksalah ambil je. Anakku pun anakku lah.


RYAN! NANTI KITA JUMPA LAGI OK WAKTU RAYA! AUNTY AINEE DENGAN UNCLE APEK BAWAK HADIAH OK! PELOK SAYANG DARI KAMI! (>o<)

Sunday, August 22, 2010

Saya Kenal Sayang Saya


Apek paste lagu ni untuk I kat Facebook dia. I tengok! I dengar! Macam pernah dengar lagu ni. Ohh, rupanya lagu OST AdaMaya. Best sangat. Tapi I lagi fokus dengan kartun kepala botak 2 orang yang comel lote tu. Geram! Tapi video ni sedih sangat. Memang like seriously menunjukkan diri I. I memang ganas gila kot I dengan Apek. Ye lah ingat tak dulu I pernah gigit tangan dia sampai lebam kot. APA?? KORANG TAK PERCAYA GIGITAN I DEKAT APEK TERUK?? Babe, ni bukan gigitan cinta ke apa tau, ni gigitan boleh bawa maut punya. Haaa tak caya tekan ni. Takut tak? Haaa siapa berani nak ayat ayat I lagi lepas ni fikirkan betapa tersiksanya anda selepas berkapel dengan I. I rasa Apek je faham I dan I rasa Apek je tahan dengan kerenah I. I kalau depan orang yang I kenal, I tak manja manja tau dengan Apek. Segan! Tapi jangan tak tau manja I, Apek je tahu. Maybe, tu lah kot resipi kebahagian kiterowang. MENGGANAS DI DEPAN KHALAYAK RAMAI!!

Dan kawan-kawan Apek pun ramai pelik macam mana Apek boleh tahan dengan I. AMBOIHH KAU ORANG TAHU KE KAT BELAKANG MANJA AKU DENGAN APEK MACAM MANA?? TAKKAN DEPAN KORANG PUN AKU NAK BERMANJA-MANJA, KARANG CAKAP MENGADA PULAK! Bak kata Kak Fynn dalam lagu 150juta, buat apa dicerita bahagia kita rasa, biar tak dipercaya peduli apa orang kata.

I tengok video ni, macam terjemahan lagu kak fynn sebenarnya. I tengok ayat-ayat dia terus I teringat lagu 150juta. OHH MY BABY BOO, I LOVE U SO MUCH! Sorilah, I tak dapat bendung keras kepala dengan keganasan I tapi I sayang U tau. Muahh!

Thursday, August 19, 2010

Dapat kad rayalah weyh! KORANG ADA?


Bila I amik Apek pagi ni, Apek terus hulur kad raya. WEYH! KAD RAYA! KAD RAYA WEYH!! Macam dah lama gila tak dapat kad raya.

Dulu waktu zaman sekolah, poyo gila sanggup tu pergi Super Kinta yang dah bankrup tu nak beli kad raya nak bagi kat kawan-kawan sebab ingatkan kalau dah bankrup kad raya akan menjadi murahlah kan kalau beli kat sana tapi cis hampa memang hampa, harga sama je, tak ada bezanya! Lepas tu semangat kat rumah tulis ucapan panjang berjela konon nak mintak maaf dari hujung rambut ke hujung kaki sebab banyak mencarut, banyak mengeluarkan kata kata pedas lalu hati kawan terbakar. Paling tak boleh blah, I rasa ayat feberet I ialah "Aku nak mintak maap dari hujung rambut yang wangi ni sampai hujung kaki yang tak busuk ni". PERLU KE KO NAK MENTION PASAL BUSUK KE TAK RAMBUT DENGAN KAKI KAU? MINTAK MAAF SUDAH! Malu shit kalau teringat. Heheheheh! Sampai sekarang kot I simpan kad-kad raya yang kawan I bagi. Ada tu siap suruh balaslah apalah tapi selalunya bila I dah semangat tulis semua kad I simpan buat perkasam sebab malas nak pergi beli setem dan pos.

Best kan zaman kecik kan?? Kan?? Sekarang ni korang tak ada hati ke weyh nak bagi I kad raya selain dari si Apek tu. Dah lah si Apek tu setelah 5 tahun kapel, baru la ni dia nak bagi kad raya. Tapi tak apa, kad raya tu HANDMADE OHHHH!!! Cantik sangat! I suka! Terima kasih bee honey. Tahun depan nak lagi yeah.

Tuesday, August 17, 2010

Hidup kita memang selalu nak judge orang kan?


Perspektif kita selalu macam kat graph ni kan bila tengok seorang lelaki dan seorang perempuan. Manusia memang suka judge. Dieowang akan judge judge judge judge someone sampai dieowang tak ada kat dalam dunia ni. AGAKNYALAH KAN! Kadang-kadang orang yang selalu menilai orang lain ni, dia sendiri tak perfect tapi dia sendiri tak sedar<=Tuju kat diri sendiri ni!

Tapi I pun selalu judge orang tapi kalau macam lelaki tu hensem then perempuan tu cantik selalu cakap, EEE BERTUAHNYA DIEOWANG! BABY MESTI COMEL! Itu kalau dua dua ada rupa tapi kalau sorang ada rupa sorang tak ada rupa mesti anggap YES! MESTI LAKI TU KAYA!

YES! Hidup kita memang tak akan terlepas dari judge orang lain tapi kita sendiri pun tak reti nak menilai diri sendiri. So, sekarang ni jom amik pen dan kertas lepas tu listkan satu satu apa yang kita suka kat diri kita dan tak suka. Kalau benda dan sikap yang kita suka tu dah ada kat diri kita then silalah bersyukur. JANGAN NAK MENGADA KAU CANTIK TAPI KAU CAKAP KAU TAK SUKA MUKA KAU SEBAB KAU RASA KAU HUDUH MAKA NAK BUAT PEMBEDAHAN PLASTIK! Sah tak bersyukur! Tapi kalau bab ni sumpah I kagum dengan orang yang kurang cantik sebab keyakinan diri tinggi gila, lepas tu selalu cakap, AKU KAN COMEL! Weyh! Depan khalayak ramai kot! Nak keyakinan diri tinggi macam tu boleh? I tak ada sebab I selalu rasa diri kurang cantik, ye lah memanglah I tak cantik tapi I nak boleh tak sifat tu? Tengok! Itu keburukan I yang I kena list out yakni kurang keyakinan diri maka I kenalah evaluate then try my best, kembangkan hidung lepas tu cuba cakap AKU KAN COMEL! WEYH! AKU COMEL KAN?KAN? dekat kawan-kawan I. Mau kena pelangkung dengan baldi sebab over gila.

Ok! Tata! I NAK PERGI CARI KEYAKINAN DIRI I SEKARANG! Mana kau haaa keyakinan diri? Janganlah main aci nyorok dengan I.

Sunday, August 15, 2010

Buka Puasa dengan Si Baik Hati


HAIP! JERAWAT ATAS DAHI NI MEMANG BIKIN SLACK!
Rambut I dah makin teruk. Dah makin tak ada struktur. Dah makin degil. Tak tahu nak lentur tang mana dah tu yang sekarang ni getah rambut dan cekak merupakan sahabat baik I.


Time ni dah bukak pose dah, tapi kiterowang dekat stesyen minyak sebab pergi tunaikan hasrat adik ketiga I si IQa teringin nak makan sate dengan ayam percik. Haishh! Nasib baik ko duduk jauh kat Sungai Siput ceruk kampung sana kalau tak memang tak ada maknanya nak tunaikan hajat ko tu! I ni biasalah, kalau boleh keluar lagi lambat dari rumah tu memang lambatlah I keluar. Nasib baik Apek ni si penyabar, I cakap pukul 7 dia paham dah, pukul 7 tu bukan I sampai depan rumah dia tapi keluar dari rumah I. Ahahahaaa! Nasib baik I ada beli Apam Hangus Coklat kat bazaar tadi kalau tak tak tau dah nak bukak pose makan apa. Perghh memang terbaiklah makcik medan gopeng punya Apam. SOODAAAPPP!!! Apek cakap asal nak keluar dating je tak pernah nak aman kalau dengan I. Biasalah bro I ni kadang-kadang artis kadang-kadang menjadi si kakak dan anak yang baik hati.

TENGOK! Apek teruja lebih sampai I nak snap gambar apam tu pun dia tak bagi. DAYUS GILA! DIa cakap orang dah lapar dia boleh pulak nak snap pic. BIASA BRO! KO TERUJA LEBIH TAK APA PULAK KAN??


Kiterowang makan kat SSI. Alah yang depan Bank Islam kat Padang Ipoh tu. Haa kat situ je kiterowang makan tapi kedai yang kiterowang selalu makan tu tutup pulak hari ni maka makanlah kat gerai hujung sekali. Nampak macam bersih je.

Mentang-mentang I belanja, Apek order fresh oren besaq punya! Dasar pengikis tapi dia cakap I kikis dia lagi dasyat. EHH WAK LU! Bila pulak? Saya baik tau. * kelip-kelip mata

NASI GORENG AYAM
Tak sedap! Tawar, tak ada rasa. Keciwa Apek. Awal-awal dia dah cakap mesti tak sedap, tapi I positif I cakap mana u tau, lepas tu dia diam. Bila sampai dia cakap memang tak sedap lepas dia suap dekat I, I cakap "OK JE". Apalah! Bagi kat I yang tak tahu rasa makanan ni, memang jawapan keciwalah dia dapat.

YONG TAU FOO
Serious sangat hanyir. I sampai nak muntah ok! Dan memang dah muntah pun. Apek cakap maybe dia tak tukar air rebusan dia. OK DAT SO EUUUWWWWW!!!!!! I ingatkan nak makan kat tempat feberet yong tau foo I dengan Apek kat Food Court Meru yakni kawan I punya kedai tapi tu lah jauh sangat tapi memang tak lah nak makan kat SSI tu dah, sanggup I bazir minyak pergi Meru. At least berbaloi baloi.


AEFY & WAN, TUNGGU OK! HUJUNG BULAN NI AINEE NGAN APEK TERJAH SANA! Yong tau foo korang memang the best in town siap boleh plih nak goreng ke nak rebus. Perghh! Terbaik! Siapa nak tumpang book siap siap ok! Duit minyak tu haa jangan nak buat lupa pulak.

Saturday, August 14, 2010

I rasa I lagi outstanding rambut curl

Ahad lepas, YA AHAD LEPAS YA. Ahad lepas I teman Eina pergi salun untuk trim rambut dia. Tau jelah I ni bukannya suka menunggu, maka beberapa minit lepas tu I pun join Eina. Tapi bukan potong rambut tapi pergi gatal luruskan rambut. RM12 je weyh!

SEBELUM
Mak aih macam rambut skai mana tah kan?? SUmpah tak sabar nak dapat gaji nak buat rambut hujung bulan ni. Adehhh! I tengok dah macam haihhh tak tau lah nak cakap lagu mana. Teruk betul rambut I sekarang ni. Dengan mengerbangnya!


SELEPAS(Xpresi muka nak sama kan??)
Tadaa! Panjang mak aihh kan?? Wuhuuuu! I tak abis-habis kecoh cakap panjang weyh rambut I panjang weyh!Suka! Suka! Kat Eina pun I cakap, EINA RAMBUT AKU PANJANG KAN?KAN?? Habis dekat famili I pun I nak kecoh. Dah lah tu siap terserempak dengan squad Suria Fm kat Tesco. Hensem weyh brother tu tapi dia panggil kiterowang kakak. CIS! ARE WE LOOK DAT OLD?? x-(


Apehal dari belakang nampak macam Dottie ni? Cantik lagi belakang Dottie dari I. Dottie tu dah lah comel! HAAA ROSE! AKU DAH CAKAP RAMBUT AKU SAMA PANJANG DENGAN KAU WEYH!


Makanya, sebab I dah penat nak jaga rambut curly murly I tu, I nak kasi rebonding sama itu rambut. Tapi I nak kasi kaler emas emas sikit. Mana tau untung untung tak ada duit nak makan boleh jual rambut kan?? DAN.......DANNN........I nak cut bangs. Kasi potong itu rambut depan. Barulah nampak muda sikit wey. Mana tahu boleh dapat sugar baby ala ala Justin Biebier ke, haaa menangis mak I.

Jauh di sudut hati, I prefer rambut curly murly I. I rasa lagi sesuai dengan muka I. Kan? Kan? Tapi tu lah sory curly murly, tahun depan kita jumpa lagi ehh sebab I dah bosan dengan u plus penat tau nak jaga u wahai curly murly.

Friday, August 13, 2010

Kes buang bayi, buang anak.

Apalahai ada orang yang suka membuang buang ni kan? Buang undi waktu pilihan raya tak mau pulak kau kan? I ni nak buang kucing ehh bukan buang tapi beri kepada orang lain pun rasa sedih je, sayu je hati ni tau. Lepas tu mulalah terkenang, mulalah nak rindu-rindu sampai meleleh air hidung.

I SANGAT SOKONG WAHAI MENTERI! Ya awak ya MENTERI KABINET KE APA KE KAN POLIS KE APA KAN! YES YOU! SAYA AINEE CUMI SANGAT MENYOKONG TINDAKAN ITU!

Tapi kan wahai penentu undang-undang, I rasa kalau nak lebih rare atau lebih drastik kita buat hukuman yang setimpal. Ok! OK! I bagi contohlah ya sebab I tau korang ni kecik kecik tak minum Anmum maka tumbesaran otak tu terbantut. AMBOI KAU AINEE SUKA SUKA JE CAKAP MACAM TU! KALAU SENTAP MANUSIA TU KARANG MACAM MANA? Sowi sowi, I gurau je tau.

Ok! COntohnyalah kan, kalau si mak baby tu flush dia dalam toilet, kita flush mak baby tu dalam toilet jugak. Kita reka satu toilet yang besar punya yang boleh muat orang hati binatang tu kan lepas tu kita flush dia. Haa lemas tak lemas. Lepas tu kan, lepas tu kan..Kalau yang buang baby kat tong sampah kita buat macam tu juga kat dia. Kita bungkus dia lepas tu kita buang kat tong sampah yang besar penuh sampah. Haa baru dia tahu tersangkut ke tak nafas tu bila duduk dalam tempat busuk busuk macam tu. Lepas tu barulah kita gantung dia sampai mampus.

Takpun hantar je Chuckie's famili pergi murder dia pulak!

#REVIEW Baju nikah