Wednesday, March 17, 2010

Paris is one of my dream place atau place for me to dream. Mana-manalah!

Paris Hiltonkah? Ohh tidak! Tidak! I just nak kecoh ni, tepat pukul 11.20 ni I ada kat TGV Ipoh ni nak tengok cerita frOM PAris With LOve. Annoying tak tengok tulisan kecil besar kecil besar I tu? Between Kalau nak belanja I bolehlah kita jumpa di sana ya malam ni. Ohh sediakan duit untuk belanja Apek sekali tau sebab dia jadi my date today.

Orang cakap Paris tempat romantik romantik betul ka? Sumpah teringin nak pergi. Agaknya harga tiket kapai terbang dia tu serupa dengan penerbangan dari KL ke Langkawi tak?

Plus Size pun boleh bergaya

I kagum betul dengan orang yang bersaiz comel. Maksud I alah badan yang montel comel comel boleh buat bantal tu. Comel apa! I suka main perut dieowang walaupun dieowang tak suka. Teruk kan I? Orang tak suka pun nak main pegang-pegang pula. Macam jellyfish kadang-kadang, kadang-kadang I terasa macam pegang Patrick Star pun ada. PERUT COMEL! Tapi perut I sendiri yang berjelly ni tak ada pula I nak main kan?

Ok! ok! Lets be specific. I kagum dengan orang yang berbadan comel yang ada self-confident yang tinggi. Maksud I tak adalah super tinggi sampai jadi poyo nak mampus kan tapi yang "Alahai!Dahlah comel penuh dengan self-esteem pula tu lepas tu tak belagak. Comel betul" (^_^)

Tengok macam Dina Malaysian Idol ni. Kagum betul dengan imej dia. Dia tak malu dengan badan dia siap pakai nampak bahu lagi nyah! OK What! Thumbs up for her. Siapa cakap orang berbadan comel tak boleh bergaya.


OK! Jangan tiru gaya macam ni. Nigtmare betul! Eee jeles betul, walaupun berisi still ada curve yang sangat menarik.

Seriously for the one yang berbadan comel, please please please elakkan pakai T-Shirt yang terangkat sampai boleh nampak pusat tu dan kalau boleh elakkanlah pakai t-shirt. Kalau bolehlah!

And siapa cakap orang berbadan besar tak boleh jadi model, hey jangan kolotlah sekarang dunia dah maju ok! Ada apa plus size model siap masuk magazine lagi ok. Kat luar negaralah tapi tak tahulah kenapa dekat Malaysia ni semua nak stok stok slim milly je yang keluar dekat magazine. Sekali sekala tukarlah sikit aliran kan supaya orang berbadan comel rasa konfiden lepas tu boleh make a reference to wear what and what for this occasion or that occasion or on and on and on.


Sesuai untuk pergi majlis orang kahwin (ok yang biru tu xseswai) atau pergi party ke kan. Simple je! Reben tu betul-betul pandai cover line kan? Great job riben!


Ok! Kalau segan boleh pakai macam ni. Empire waist memang sangat sesuai untuk orang yang badan comel ni. Bila kembang kat bawah tu dia bolehlah cover jelly-jelly yang I rasa nak makan tu. Even I yang tak berapa nak kurus ni pun suka pakai empire waist sebab..... OK! I tell u a secret but please dun tell others. I pun ada jelly juga sebenarnya. Hehehe! Shhhh!!

Cakap banyak pun tak guna, haaa ni I dah list out kat mana u all yang bersaiz comel boleh shopping baju and make a statement that plus size can dress up well too. =))
Tekan kat gambar tu lepas tu dia akan terus bawa pergi website yang jual baju tu or boleh make a reference too. Bagitahulah siapa-siapa, kawan ke adik ke kakak ke yang plus size kat mana boleh cari baju yang murah tapi bergaya ok! Help them to built their confident!



Tengok cara-cara plus size model ni bergaya, I kagum betul. So talented in mix and match. Haa tengok bukti dah ada dah yang badan comel pun boleh bergaya. Tengok! Entah berapa kali I dok ulang benda sama. =D

REMEMBER! BE CONFIDENT WITH YOURSELF NO MATTER WHAT TYPE OF BODY U ARE!

Tuesday, March 16, 2010

Hari INIdan SEMALAM

**sigh(pagi-pagi dah mengeluh)

I penat sangat hari ni. Bukan sebab hari ni I penat tapi I penat sebab semalam. Kenapa? Sebab semalam I ambil cuti, tak kerja so aktiviti I semalam bosan gila sampai tak tau nak buat apa semalam. Nak berkebun cuaca panas, nak tidur cuaca panas juga jadi penghalang, nak itu nak ini semua panas. Mandi pun panas balik. Kalau ikutkan hati nak je I potong rambut I ni tapi tak boleh sebab nanti apek marah, kawan marah eeee semua orang nak marah so I kenalah bertahan untuk menjaga dan membelai rambut ni sampailah dia panjang. Ikutkan hati I ni dah lama I pergi salun tu cop cop rambut I kasi pendek ke tak pun pergi iron balik rambut I ni ke, apa-apa je lah janji bentuk dia bertukar tapi dah janji dekat diri sendiri nak simpan rambut ni lebih dari 6 bulan paling baik setahun sebab nombor satu tak adalah bazir duit I then nombor dua kalau rambut panjang muka akan kelihatan lebih ayu gitu.

Dan dengan terjadinya hari semalam, I ambil keputusan untuk menukar cita-cita I dari kecil tu. Alah yang I nak jadi suri rumah sepenuh masa then nak uruskan suami anak anak semua tu kan, haaa I dah tak nak dah jadi suri-rumah-sepenuh-masa tu, I nak jadi seorang wanita yang kerja yang aktiviti harian dia sama je pagi-pergi kerja-petang-balik kerja haa sampailah tulang semua reput. Melainkan rumah I tu ada kebun dekat sebelah rumah then husband ada harta 7 keturunan pun tak habis walaupun dapat dekat tangan I harta-harta tu (maksudnya harta tu kena banyaklah sebab kalau setakat cukup untuk 7 keturunan tapi bila dapat dekat I harta tu tetap habis maka tak dikira kaya) lepas tu kena make sure anak ramai supaya I penat layan kerenah dieowang macam bila salah sorang anak I cakap, "mummy!angah erak alam eluar..eee yek!!" so I bolehlah pergi cuci tahi budak yang tak reti guna tandas tu sampai I pengsan bau tahu dia. Tengok belum cuci lagi I dah dapat bau tahi dia sambil eja tahi jadi tahu.

Whatever it is, hari ni I lega sangat sebab dapat masakkan si Apek tu nasi goreng feveret dia yang dia dah mintak dari tahun lepas. Konon feveret dialah sebab I yang masak. Gedik je Apek tu padahal I beli bungkus bagi dia. Ehh tak! tak! Betul I yang masaklah. Apek kelihatan sungguh comel bila pegang mangkuk tingkat yang comel yang kadang-kadang warna biru kadang-kadang warna pink pergi office dia ok. Tengok! Dia tak segan bawa bekalan dari rumah untuk makan waktu lunch and breakfast. So kiut! Ehh tapi betullah mangkuk tingkat tu comel. Ok nanti I post gambar mangkuk tingkat comel tu tapi dengan syarat korang jangan nak gedik tanya beli dekat mana sebab ibu I yang belikan.

Between I ni ada penyakit pelik sikit ni, I tak tahu kenapa kalau I masak I tak pernah nak rasa sedap ke tak cukup garam ke terlebih garam ke. I tahu lepas dah campur bahan-bahan tu I letak dalam pinggan taraaaaa lantaklah nak rasa pahit ke payau ke tapi yang pasti semuanya menjadi. Agaknya itu salah satu resipi nak masakan sedap kot, tak payah rasa masakan sendiri waktu tengah masak tu. Poyo je kan I ni. Tapi bolehlah rasa lepas dah habis masak tu, melampaulah dah penat-penat masak tapi tak makan masakan sendiri tu. Haa siapa berani nak rasa masakkan I cepat bagitahu.

Wednesday, March 10, 2010

Siapa pakai tudung ohh dan tak pakai tudung wajib usha. Para Lelaki juga

Ai Ai Kapten!
Ohhh who lives in the pineapple under the sea?
Ainee Squarepants

Korang sambunglah sendiri. Kalau siapa tak tahu lagu ni pergilah bunuh lipas kat tepi kerusi kowang tu sebab dia pun tau nyanyi lagu ni tau. (O_o)

Sejak akhir-akhir ni suka promote belog kan? Biasalah kita sebagai manusia ni kenalah bantu antara satu sama lain tambah tambah kalau kawan yang perlukan bantuan tu kawan kita kan? Ecececehh!

Kawan I ni dia ni budak business. KREATIF! I suka header dia. Comel! Barang utama yang dia jual merupakan tudung tapi dia baru je berkecimpung makanya stok masih terhad tapi no fret I tahu dia mesti akan jual tudung-tudung yang comel kegemaran ramai tu one day maksud I shawl cuma stok tak sampai lagi so korang wajib Follow tau. Cepat pergi tengok!

Ni haa link dia. Comellah nama belog dia. Tak tahan! Rasa nak makan.
http://banana-shops.blogspot.com
Haa kan I dah cakap comel nama kedai dia. Murah ok! Ada tudung harga RM7 je tak termasuk postage.

Monday, March 8, 2010

I Will Never Forget A Moment Like This


Auwww! So sweet! Later I dah kawin nak lepak dengan my hubby macam ni lah sambil up-to-date diri masing-masing. Tahun depan boleh?

Owhh between my lecturer ada buat mekap-mekap ni khas untuk si pengantin yang dah cantik boleh buat lagi lagi cantik then yang kurang cantik boleh jadi cantik habis sampai semua mata terpaku tengok kat pengantin je walaupun Nasha Aziz ada dekat majlis tu(haaa tengok gambaran yang I bagi pun dah boleh menggambarkannya). Kalau susah sangat nak gambarkan apa yang I cakap sebab I punya perumpamaan macam penuh dengan hiperbola kan maka bolehlah pergi dekat blog Ms. Intan terus yer!
http://intan-juhaina.blogspot.com/

Saturday, March 6, 2010

Kasut terbaik dan murah

Style kan kasut macam ni? Jimat kos! ANda hanya memerlukan 2 batang paku dan rantai yang comel untuk ikat dekat paku. Pilih yang comel sebab kalau tak comel jadi macam kaki orang kat atas ni. Gelang kaki kalau boleh pilih abjad pertama untuk nama korang untuk menimbulkan unsur pemilik kepada kasut unik ni ok!

SELAMAT MENCUBA!

Friday, March 5, 2010

Kalau nak cantik jangan pakai produk-produk ni


I love my skin. Motif kawan Apek menjulurkan lidah I tak tahu. Jangan tanya.

OK! Ini bukan berita gembira ya tapi berita yang menakutkan untuk sesiapa yang pernah cuba pakai produk-produk ni. Scary huh?

Semalam I tengok berita, eeee kesian betul dengan budak kecil berbangsa India umur 18bulan tu kena dera sampai mati. Tak cukup cukup dengan kes baru-baru ni yang budak kena sepak terajang macam bola tu. Kenapalah kejam sangat manusia zaman sekarang ni? Budak kecik kot! Harus ke nak pukul kalaupun dia tak berhenti nangis. Sampai patah 6 tulang rusuk. Kesian tahu! Kesian mak bapa dia! Nangis tak henti-henti. Anak sendiri kan mestilah nangis. Budak tu terang-terangan bukan anak I pun I nangis sebab kejam sangat inikan parents dia. Dia baru nak tengok dunia. Ok, I jadi sebak jadi kena berhenti bercakap pasal berita kejam ni.

Sengaja nak update pasal penderaan kanak-kanak yang amat berleluasa sekarang ni untuk buka minda masyarakat-masyarakat yang I harap masih waras dan boleh buat pertimbangan. Jadi untuk perempuan-perempuan berhentilah kerja dan pasanglah impian macam I untuk menjadi suri rumah sepenuh masa (itu pun kalau banyak duitlah laki aku!).

Between, sambung cerita sebenar. OK! Entri ni khas untuk perempuan perempuan atau lelaki yang metroseksual lahh kan. Dah nama pun kecantikan kan nak link kat siapa lagi. Orang yang tak jaga kulit macam I ni tak perlulah nak risau tapi mana tau tok nenek korang pakai ke kan jadi kena ambil tahu juga. Ni semua pasal krim pencerah. Yang korang nak cerah sangat buat apa, terima je kondisi kulit yang tuhan dah bagi. I baru je nyanyi lagu "Si hitam manis" dekat bapak I sebab dulu kulit dia I tengok cerah sekarang ni I tengok kalah anak keling kat sebelah rumah I. Rilek je bapak I tak ada pun bila I nyanyi lagu "Si Hitam Manis" tu sambil buat gaya gedik dia terus sentap pergi beli krim pencerah. OK! I emo sekarang ni sebab tengah sedap makan KFC Nugget yang Amanda(kawan sekerja I paling baik) bagi lepas tu kena taip entri khas ni lepas baca paper sambil makan nugget tu makanya sebab tak nak kawan-kawan blogger I ni sakit maka kenalah taip entri ni. Baik tak? Terharu tak?

PRODUCT-PRODUCT YANG KORANG MESTI HINDARI

1. TEMULAWAK WHITENING PEARL CREAM PAPAYA
-papaya tak salah tapi benda lain yang salah yang namanya ialah Tretinoin. Dia kiranya macam bahan kimialah. Ehh buka macam tapi memang betul pun bahan kimia yang sangat bahaya boleh kikis kulit kita tu.

2. RATNA SARI WHITENING NIGHT CREAM
-benci betul bila nak google gambar si ratna sari si whitening cream yang jahat ni dia pergi keluar gambar bogel ratna sarilah apalah. Eeee geli! Nasib baik link je dia tak tunjuk gambar-gambar mengghairahkan kalau tak siapa nak tanggung dosa mata I ni. Haa siapa suka porno bolehlah taip Ratna Sari yer jangan segan-segan, I noe u like porno-prono thing.


3. ATIKA BEAUTY RENEWAL NIGHT CREAM
-haaa akhirnya adalah satu produk yang I berjaya mendapatkan gambarnya. Kalau korang nampak kotak pink pink macam ni harga RM39 sila jangan beli ya kalau sayang kulit. Kalau tak sayang kulit sila silalah beli. Jangan malu malu yer nokk

4. CHANTIQUE WHITENING NIGHT CREAM
-patutlah tak eja nama CANTIK betul betul sebab nak buat kulit muka orang jadi CUNTIK tu yang ubah perkataan tu.

5. NV TONER TREATMENT NO. 1

6. NV TONER TREATMENT NO.2

Haaa nasib baik produk kecantikan I tak masuk. Tu pasallah I takut sangat nak guna krim-krim yang tak feymes ni tambah-tambah lagi kalau ambassador dia bukan artis lagilah I takut. So lain kali sebelum nak guna produk jangan lupa search dulu. Zaman sekarang dah moden boleh taip taip taip je apa yang korang nak cari dekat komputer ni. Makanya baik korang buat research dulu sebelum pakai apa-apa produk untuk kulit muka tu. Bukan apa yer tuan tuan dan puan puan, kulit muka ni selalu sangat terdedah dengan cahaya matahari dan segala toksik toksik kat udara ni, tak kesian ke kat muka tu. Dahlah bumi ni makin panas. Korang pula dera muka korang tu. Haaa tahu pun kesian. Kalau kesian lain kali mek shur(sila melayukan bahasa penjajah) betul-betul produk tu diiktiraf ok! OK! Mak nak gi basuh muka dulu nok.


Agak kalau dah umur 80tahun muka mantain macam ni ok tak cuma tak ada gigilah maka muka akan menjadi sedikit cacat tapi kulit maintain tegang u! Auwwww!

#REVIEW Baju nikah