Assalamualaikum. Bertemu kita lagi di entri #TravelDiary. Kali ni Aini dan Amirul pergi Langkawi selama 4 hari 3 malam dengan menaiki penerbangan AirAsia dari Penang.
TIKET KAPAL TORBANG (AIRASIA) : RM80 (1 orang return) / RM160 (2 orang return)
HOTEL (JS MOTEL, PEKAN KUAH) : RM60 (1 malam) / RM180 (3 malam)
TOL IPOH - JURU : RM16.80
TOL JURU - IPOH : RM16.80
PENANG BRIDGE TOL : RM7
MINYAK (ESSO) : RM70 (pergi balik)
TAXI : RM30 (pergi balik)
HARI PERTAMA
Bertolak daripada Ipoh ke Penang. Masuk masuk dalam airport tengok mak aih mahalnya parking airport sampai RM20 satu hari. Kami pergi 4 hari so total RM80. Reject! Terus cari parking kat mana-mana yang selamat lepas tu ambil taxi. Mahal jugaklah taxi tu charge kami RM15. Total RM30 pergi balik. Still jimat RM40.
Naik kapal terbang ni tak adalah memeningkan kepala kami macam naik feri waktu pertama kali pergi Langkawi. Tak sampai 20 minit dah sampai. Tak payahlah nak order makan dalam plane tu memang tak sempat nak makan pun, sedar-sedar pilot announce dah bersedia untuk mendarat.
| Kalau dapat harga murah dari ni grab je tau. Sama juga dengan kereta. |
| Harga taxi dari satu tempat ke satu tempat. FIX PRICE. Tak pakai meter. |
Hari pertama ni tak buat apa pun. Stress pasal kereta je lebih. Malamnya jalan-jalan dekat Pekan Kuah. Masuk semua kedai Haji Ismail Group. Cuci mata dulu.
PERBELANJAAN KAMI
Mc'D = RM22
Airport - Pekan Kuah = RM24
Pekan Kuah - Airport = RM20
Kereta Sewa = RM50
Minyak = RM10
Chocolate + Air = RM11.30
Dinner =RM15
TIPS: Untuk orang muda-muda macam kita ni, antara Pekan Kuah dan Pantai Cenang, better pilih Pantai Cenang. Lepak kat tepi pantai. Banyak choice nak sewa motor. Banyak tempat makan.
HARI KEDUA
Pagi-pagi dah semangat bangun. Semata-mata untuk island hopping. Oh yeah! Mestilah aktiviti wajib yang harus dibuat kalau pergi pulau. Sebelum tu breakfast dulu sebab kita memerlukan stamina yang power ya bila nak pergi Tasek Dayang Bunting tu.
1) ISLAND HOPING
HARGA : RM30 sorang
HENTIAN : Pulau Beras Basah, Eagle Feeding at Pulau Singa Basah, Pulau Dayang Bunting
DURATION : 4 jam
FUN FACTOR : 8/10
Dengar khabar kalau dekat Pantai Cenang boleh dapat RM25 sebab dekat. Abang jeti tu sendiri cakap. Dia kena jual RM30 sebab daripada Kuah, pulau-pulau tu jauh. Tapi seronoklah sebab dapat jalan jauh sikit kan. Ok kalau korang semua daripada Pekan Kuah tak payah nak ambl texi untuk ke Pekan Rabu ni. Pekan Rabu ni dekat je. Keluar je Pekan Kuah dia belah kiri. Jalan menuju ke jeti. Kat sinilah island hoping ke nak pergi Pulau Payar ke semua kat sini. Pulau Payar kalau dekat sini boleh dapat harga RM90 seorang. Murah kan? Murah kan? Compare yang lain sampai RM120++. Ada yang sampai RM250. Kalau tak tahu Pekan Rabu kat mana jangan malu jangan segan, sila ringankan mulut untuk bertanya. ^___^
Overall, memang bestlah cuma kat Pantai Beras Basah tu tak berapa nak best sebab tak ada apa-apa. Pulau Dayang Bunting best sebab kami sewa solar padle boat. Kalau manual RM25 untuk 30 minit. Kalau macam kami ni stok pemalas kami ambil solar, RM30 untuk 30 minit. For me better ambil solar. Eh bukan better tapi its a wise choice. Bayar lebih RM5 tak apa, janji tak penat nak kayuh. Plus, tak payah nak stick sangat dengan 30 minit tu ada kawan satu bot dengan I bawak sampai 40-50 minit, penat abang bot tunggu dia. Ohh, kalau siapa-siapa nak mandi kat Tasek tu kena sewa life jacket RM5.
I banyak baca entri cakap jangan bawa keropok plastik dan air tin bagai tapi bagi I, bawak je. Letak dalam beg. Nak beli kat sana mahal sangat. Jangan risau, monyet tak kacau. Unless korang makan depan dia ataupun bawak beg plastik ala-ala mak joyah pulang dari pasar. Kat Tasik Dayang Bunting tu kalau kat tasik dia tak ada monyet pun tapi perjalanan nak menuju ke Tasik tu banyak monyet. Takkanlah nak makan dan minum sambil berjalan kan kan kan? Best bila sewa benda kayuh-kayuh tu sambil menikmati pemandangan lepas tu makan pulak keropok minum air tin. Dah ala-ala naik private boat. Romantik sangat. Air tin kat sana dah lah tak sejuk, mahal pulak tu. RM3 satu tin. Pukul 1.30 kami pun pulang ke darat.
TIPS : Bawak makanan dan minimum sendiri letak dalam beg and tak payah bawak baju. Atas bot pun baju dah kering. Tak sempat pun nak tukar baju ke apa. Jangan lupa beli gambar piring kat Jeti. RM10 sahaja.
On the way nak balik ke hotel, kami singgah ke Tea Shoppe. Satu-satunya kedai kat pekan Kuah yang ada menawarkan khidmat menyewa kereta, motor dan basikal. Area sebenar dia kat Pekan Rabu tapi kami label sebagai Pekan Kuah sebab alahai dekat je. Kami sewa motor selama 2 hari.
SEWA MOTOR : RM24 satu hari
DEPOSIT : RM50
Apa lagi, dah sewa motor ni balik hotel naik motor ah. Apa barang jalan kaki.
2) AGRO MARDI PARK
ENTRANCE FEES : RM5 per person
FUN FACTOR : 4/10
Kalau tak tahu nak buat apa dekat Langkawi ni best pergi sini sebab dapat makan buah percuma. Padahal tak ada apa pun, cuma jalan jalan tengok betapa kemas dan tersusunnya Mardi tanam pokok.
3) MAKAM MAHSURI
ENTRANCE FEES : RM7 (dulu RM5 sahaja. Baru berkuatkuasa 2013)
FUN FACTOR : 2/10
Lebih kurang macam muzium. Interesting lah untuk tahu hidup Mahsuri. For us, boring. Tapi kalau tak pernah pergi silalah pergi. At least pernah jejak. Apalah rasa pergi Langkawi tapi tak pernah pergi Makam Mahsuri kan.
PERBELANJAAN KAMI
Breakfast = RM7.70
Island Hoping = RM60
Paddle Boat = RM30
Air Tin = RM3
Sewa Motor = RM58
Deposit Motor = RM50
Piring Gambar = RM10
Agro Mardi Entrance Fees = RM10
Makam Mahsuri = RM14
Nescafe Ais = RM2
Chocolate + Air = RM13
Air Tin = RM3
Dinner = RM40
HARI KETIGA
Ok untuk hari ketiga ni memandangkan ni second last day kami maka habis kami pulun semua tempat yang kami plan nak singgah. Lagipun kami dah ada machine untuk bergerak. Rempitlah apa lagi.
1) KILANG MINYAK GAMAT (NUSANTARA GAMAT)
Rasanya tak ada tempat lagi murah daripada kat kilang ni. Kalau beli banyak tak payah mintak diskaun dia akan bagi diskaun siap-siap kat kaunter nak bayar. Lokasi dia menuju ke airport belah kiri.
2) ORIENTAL VILLAGE, CABLE CAR
FUN FACTOR : 8/10
Lokasi cable car ni mak aihh jauh sangat. Sampai hujung Langkawi rasanya. Kami tak naik cable car sebab dulu dah pernah naik maka malas nak naik lagi sebab cuaca sangat panas. Terlambat sampai lagipun. Kami jalan-jalan je kat dalam Oriental Village tu. Ada attraction terbaru iaitu 6D MOTION MOVIE. Tapi masalahnya harga dia mahal sangat sampai RM15 untuk 10 minit. Baik naik cable car. Sama je harga. Paling best bila I naik kereta kuda dengan Amirul. Murah gila. RM10 per person. Baik sangat kuda tu. Dapat tangkap gambar dengan dia, dapat belai dia. Rasa nak je curi bawa balik. Cadang nak pergi Telaga Tujuh tapi sebab I period tak boleh nak mandi maka kami pun batalkan je hasrat tu. Aish, patutnya pergi je kan tak payah mandi. Saja nak tengok. Menyesal pulak. Ibu I cakap tempat tu unik. Ada 7 kawah. Korang kena pergi tau kalau dah alang-alang kat Cable Car tu.
3) PANTAI PASIR HITAM
FUN FACTOR : 10/10
SubhanAllah, warna air laut dia cantik sangat. Tenang sangat kalau lepak kat sini. Kami ni kesuntukan masa tu yang lepak setakat 30 minit je. Kena pergi dan spend some time kat sini. Tapi tempat ni serius jauh sangat.
4)KOMPLEKS KRAF
ENTRANCE FEES : FREE
FUN FACTOR : 8/10
Korang kena peruntukkan masa lama sikit kat sini sebab kawasan dia besar sangat. Kalau rushing rushing tak best nak tengok. Kat sini dapat tengok adat perkahwinan, canting batik, anyaman tikar. Best! Best! Best!
5)AIR HANGAT VILLAGE HOT SPRING
Saja stop by ingatkan bolehlah mandi-mandi ke apa rupanya still under construction. Kotor sangat air dia. Geliiiiiiiiiiiii. Kawan cakap dah 4 tahun dah tutup. Uish lamanya, construct apa tu? Bina rumah pun dah siap agaknya.
6) KILIM GEOPARK TOUR
FEES : RM250 per boat.
Kalau nasib baik ada tourist ramai-ramai boleh share satu boat RM30 - RM35 sorang.
Dengar cerita macam best tapi kami tak sempat nak give a try. Setakat tengok kaunter tiket dengan jeti. Mampu ke nak sewa bot sampai RM250?? Ni kalau pergi ramai-ramai tong tong duit best!
7) GALERIA PERDANA
ENTRANCE FEES : RM5 seorang
FUN FACTOR : 6/10
Interesting jugaklah dapat tengok koleksi-koleksi Dr. Mahathir. Cantik-cantik. Oh dan unik juga. Tapi terlampau banyak sampai I dengan Amirul tak larat nak tengok semua. 2 tingkat okayyy. Kira untuk RM5/- sorang tu memang berbaloi sangat. Tapi kalau nak tangkap gambar dalam tu kena bayar kamera fees RM5/-. Hari ketiga ni my yayang dah start sunburn. Nasib I tak kena. Atenya dia yang tukang bawak motor. I selindung belakang dia. Bijak kan?
8) DATARAN LANG
FUN FACTOR : 1/10
Wajib pergi untuk tangkap gambar dengan Burung Helang. Lepas je tangkap gambar kat situ terus balik sebab tak sanggup nak menahan pancaran matahari. Buatlah bumbung ke tempat teduhan ke kan best. Lagipun tak ada apa pun kat situ. Setakat helang je. ^___^
Haaa banyak tak? Banyak tak tempat kami pergi untuk hari ke-3 ni? Banyak sangat kan? Boleh kata satu Langkawi kami dah tawaf. Mana taknya daripada selatan ke barat ke utara ke timur. Curlasss sangat kan?
PERBELANJAAN KAMI
Borong minyak gamat = RM30
Isi Minyak Motor = RM3
Breakfast = RM11
Kereta Kuda (Rocky) = RM20
100 Plus & Mineral = RM3
Lunch = RM12
Galeri Perdana = RM10
Starbucks = RM14
Borong Coklat = RM106
Kain Batik = RM25
Dinner = RM13
HARI KEEMPAT
Kena pulangkan motor pukul 1.30 tengah hari. Ada satu tempat yang I memang nak sangat sangat pergi iaitu Bird Paradise & Wildlife Park. Serious kalau korang pergi Langkawi tak pergi Bird Paradise ni memang rugi. Tambah-tambah kalau ada anak kecil lagilah best. I yang dah 24 tahun ni pun teruja inikan umur 2 tahun dengan 4 tahun.
ENTRANCE FEES : RM25 seorang
FUN FACTOR : 10/10
Masa nak masuk tu, jangan lupa beli makanan untuk bagi haiwan-haiwan makan. Rugi tak beli. RM6 per packet. Best sebab kita dapat bagi haiwan-haiwan makan. Kalau nak best kena pergi pagi-pagi ataupun petang-petang. Time tu semua tengah aktif dan lapar. Ingat lepas dah pergi tempat ni nak pergi Underwater World tapi malangnya tak sempat. Dulu dah pernah pergi tapi tak puas. Oh entrance fees untuk Underwater World ialah RM25 seorang ya.
Pukul 3.30 kami pun bertolak ke airport. Selesa juga airport Langkawi. Much more better than Penang. Sampai je Penang, singgah Tesco untuk makan KFC sebab aunty taxi suruh balik lepas pukul 7 malam sebab time time orang balik kerja kompem Penang Bridge jem. Touch down Ipoh pukul 11.30 malam. Esoknya terus pergi kerja. Penat!
PERBELANJAAN KAMI
Breakfast = RM10
Bird Paradise Entrance Fees = RM50
Minyak Motor = RM4
Lunch = RM13
KFC = RM25
PENGINAPAN MURAH & SELESA DI PANTAI CENANG
AMZAR MOTEL (04-9551354/2354)
Fan Room = RM35
Chalet = RM45
Hotel 1 = RM75
Hotel 2 - RM95
Amzar Hotel = RM115
Amzar Family Room = RM150
**hotel sila cari kat www.agoda.com. Tak pernah mendukacitakan kita.
BORONG COKLAT & BELI PERKAKAS DAPUR & BELI KAIN BATIK PELEKAT
Coklat - Harga basically semua sama. Tanda Halal tu yang penting. Time kami pergi, kalau nak beli Cadbury yang ada tanda Halal ada jual kat Pasaraya One Stop.
Kain Batik - Banyak pilihan dekat Haji Ismail Group dekat area tepi belah kanan Pasaraya One Stop. Haji Ismail Group ni kaya, sampai 2-3 cawangan dia kat Pekan Kuah.
Minyak Gamat - Kalau terlupa dan terasa tak cukup nak beli minyak gamat tapi nak pergi kilang dia macam jauhlah sangat, tak apa. Dekat ada satu kedai toke cina sebelah kedai Haji Ismail Group yang jual banyak choice pelekat tu jual murah untuk satu dozen. Satu dozen RM10.
| Pasaraya ni je ada jual Cadbury Halal, Haji Ismail Group tak ada pun. Tak taulah kalau tak perasan pulak kan. |
| KIsses ada yang Halal ada yang tidak. Check dulu. Beli yang chocolate, yang chocolate susu tak sodap. |
| Minyak minyak gamat. Ibu punya 2 dozen. Yang lain tu semua buat sedekah kat jiran dan kawan-kawan. |
| Khas untuk adik beradik, ibu, ayah, mama dan kawan kawan terdekat. |
Firman Allah S.W.T. yang bermaksud:
| "Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak dan judi dan pemujaan berhala dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya." (Surah Al-Maa’idah : ayat 90) |
Nabi Muhmmad S.A.W bersabda,
"Arak adalah ibu segala maksiat dan ianya adalah maksiat paling mengaibkan".











