Monday, February 11, 2013

#DearIbu 1 - Dr. Nor Hanizah

Hari ni balik rumah ibu. Ibu so comel bagi anak dia ni sejenis gel brand Alaisyah. Dia suruh sapu dekat celah hidung dekat tepi bibir. Semangat dia cakap gel tu eloklah keluar daki semua. Bila nampak macam hitam hitam dia cakap, "Haaa tu tu habis keluae semua daki. Elok!".

Lagi comel semangat ajar anak dia yang sorang ni macam mana ikat sanggul. Manalah nak faham kalau dia buat demo dekat rambut kita lepas tu gigih dia cakap, "Ni, mula mula pegang macam cekak lepas tu masuk dalam ni". Bila cakap kita tak nampak dia amik tangan kita letak kat tangan dia. Still mata I kat depan manalah nak nampak. Iqa yang baru bangun terus mamai bila ibu nak ambil dia jadi model rambut. Lari Iqa. Last last Iqa mengalah, dia serahkan rambut dia untuk dijadikan demo. Still I tak faham. Then Ifa yang rambut takat paras bahu yang kompem tak boleh buat sanggul pun jadi mangsa. Ok lesson done. But then tidak sama sekali, ibu suruh tunjuk kat dia macam mana buat sanggul yang dia ajar. Adoii! Ingatkan dah selamat. Memang tak dapatlah. Terus ifa yang rambut pendek tu pun jadi mangsa lagi sekali. Last last I tunjuk sanggul yang biasa I buat terus dia kagum, "baby tengok ni. Mahal! Mahal!". Padahal dia yang ajar. Ibu ibu. I love you so much.

Lagi satu cerita ibu ni selalu jadi doktor kami. Baik untuk anak sendiri ataupun menantu menantu dia. Ifa lah start panggil dia doktor. Mana taknya, bila muka Ifa berbelak sebab pakai tudung terus ibu bagi dia sunblock. Settle masalah. Bila Ain macam ada panau kat muka dia belikan ubat dekat tabib cina. Terus settle masalah. Bila Ifa batuk dan selsema dia masakkan sejenis teh. Settle jugak masalah Ifa. Bila kaki ayah ada kulit mati dan keras dia sapu sejenis ubat terus settle masalah.

Kata ibu anak anak paling panas hati dalam.keluarga mengikut turutan ialah Ifa, Aini, Iqa dan Aidi. Ishh I mana ada panas hati, I kuat merajuk. Apalah.

We love ibu more than words.

P/s: Merupakan jurnal Aini berkaitan ibu bapanya untuk ingatannya sepanjang hidup.

Friday, February 8, 2013

#DearAyah 1

Mulai hari ni nak buat entri yang kami adik beradik rasa ayah dan ibu kami sangat comel sebagai kenangan bila mereka dah tiada nanti. ;))

Haishh terus sebak bila fikir my parents would go first before us adik beradik. Ok bukan sebak sekarang terus nangis. Can't bear losing them but then satu hari nanti kita semua akan pergi mengadap Kekasih Abadi.

Iqa update status on 6/2/12,

Xsabar nk dpt hadiah birthday dari Ayah/Ibu ;) padahal!! Lagi 4 bulan.. Kekeeee.. Ayah cakap kenapa kamu x lahir 29/02.. Hahahaha... Bongoks.. >.<

  • Ainee Cumi Joe hahahahh! Macam tu 4 tahun sekali lah kamu dapat hadiah. Kihkihkih.
  • QaQa Joe Tau xpeee.. Aku blurrr blurrr je.. Aku ckp la.. Kalau bulan 2 sesak la ayah.. Kakak ifa n iqa.. Pastuh ayah ulang 29/2.. xpaham2 lagi.. Pastuh ayah ckp Leap Year.. Baru paham.. HAHAHAHBAH.. Baru sedar 29hb rupanya.
  • Ainee Cumi Joe Kahkahkah. Kemain omputih ayah skang. So kiut!
  • Ainee Cumi Joe Iqa. Kalau ayah ke ibu ke buat lawak ke sila bagitau ya. Mulai hari ni akak nak buat post kat belog. Nak simpan kenangan pasal ibu and ayah under label ayahibu.

Memang sesaklah kan.

2 Februari = Ainee Joe
13 Februari = Iqa Joe

Dah lah adik aku Iqa ni kemain hadiah stok mahal je sekarang. Tahun lepas dapat Galaxy Note, tahun ni dapat apa entah. Aku rasa kereta. Amboih! 

Ayah sejak jadi warga emas ni makin kelakar. October 2013 ni ayah dah menjadi 51 tahun. Ibu belum lagi. Ibu aku muda lagi. Baru 47 tahun. Curlasss dah ada 2 menantu jah.

Harapnya aku dapatlah balas jasa kedua ibu ayah aku ni sebelum mereka pergi. Sekarang ni macam belum tercapai lagi plan aku yang satu ni.

Monday, February 4, 2013

Mana tahu satu hari nanti impian jadi kenyataan. #dreamhouse



LIVING & BEDROOM AREA
Serahkan kepada Amirul yang pakar. Tak ada idea untuk ruang tamu and bedroom. Hihihihihi!

DINING AREA
Untuk dining, I suka macam suasana ala ala santai. Kalau boleh tak nak terikat dengan kerusi meja yang asing asing tu. I suka kalau macam ala-ala kat cafe gitu.

KITCHEN AREA
Tang kitchen ni kadang nak warna pink kadang nak warna kuning. Nak warna pink sebab warna pink comel sangat. Kita suka sangat. Sebab nak warna kuning, dia terang. Bila nak masak I suka terang-terang senang nak nampak barang. Lagipun buat dapur kita nampak ceria sikit. Rasanya I lebih ke arah warna kuning.

LAUNDRY AREA
I dah berangan kalau ada laundry area I nak bakul-bakul konon asingkan baju putih, kain dalam baju dalam semua. Lepas tu tempat letak detergent kemas gitu.

BATHROOM
Nak warna coklat. Nak nampak elegan ala ala hotel gitu. Pilihan kedua nak warna grey. Last choice is hitam putih.



Entry Langkawi trip travel and tips coming soon okay walaupun we found it boring....

Thursday, January 31, 2013

#Wishlist - XBOX KINECT


Seksi kan? Seksi kan? Alhamdulillah. Akhirnya my darling baby boo berjaya membeli XBOX KINECT yang dah ada dalam senarai wishlist dia sejak zaman kawan-kawan lagi. Masa kiterowang tengah kawan lagi dia dah cakap, "Lepas kahwin nak beli XBOX. Tak kira! Tak kira!" sambil hentak-hentak kaki meronta-ronta sambil menggulingkan badan di atas bahu jalan. Alolololo comelnya. Masa tu xbox tak keluar kinect lagi. I pun tak tahu apa kebendalah minatang XBOX ni. Tak silap I, I baru tahu betapa bestnya benda ni awal tahun ni. Yelah I manalah tahu pasal game game ni. Yang I tahu I suruh Amirul beli Wii. Ainee, you're so 80's. =)

Semalam pergi je kedai dia bagi 10 cd percuma then 30 game percuma masuk dalam hard disk. Tau tak siapa yang teruja lebih? Ya! Semestinya sayalah. My Amirul suka babykan I maka dia suruh I pilih semua cd. Dia tu setakat bola pun dah cukup. Dalam 10 cd tu sepoloh sepoloh tu I punya game. Siap pau lebih 1 cd lagi. Kiranya dapat 11 lah cd game percuma. Semalam sampai pukul 2 pagi I main nari-nari cd Black Eye Peas. Gila best. Siap ada follower lagi.

Ok! Siapa tak ada XBOX KINECT sila pergi beli sekarang sebab ianya memang ohsem sangat. Balik je kerja ni nak pasang cd workout pulak. Kurus is my plan for this 2013. Beras pun dah tak mainlah beras putih, makan brown rice sekarang. Curllllasss kau jah!

Okay! Tak sabar nak balik rumah sekarang.


P/S: I suka post gambar kat instagram then link dengan Twitter memandangkan Twitter I tak aktif langsung kasilah nampak macam aktif sikit dengan adanya gambar gambar kat instagram. Tapi I tak link instagram kat Facebook maka siapa ada instagram bolehlah follow I. Nama I kat instagram rasanya Ainee Johari. I pun lupa. Selalulah I post gambar makan lah, rumahlah, kucinglah and etc. Oh tujuan cakap pasal instagram ni sebab I post gambar Amirul lambai tangan kat tv lah semua kat instagram. Kira macam Instagram tu tempat I selalu updatelah. Ok chau chin chau. Assalamualaikum.

Friday, January 11, 2013

#Food Hunting Pakpek & Cikni - FM TOMYAM

 Assalamualaikum semua. Bersiaran kita kali ini dalam rancangan #Food Hunting Pakpek & Cikni. Macam mana boleh terjmpa FM TOMYAM yang menyajikan tomyam yang sangat sangat special ni ialah pada enivesari kami yang ke setahun sebulan, I google nak makan kat mana lepas tu terserempak ada satu belog cakap pasal tomyam special ni. Nama dia Tomyam Poktek. Dah lah special, sedap pulak tu. Ni pertama kali I jumpa tomyam yang unik macam ni. Serius unik. Siapa datang Ipoh wajib cuba. Kalau dah orang luar Ipoh pun wajib cuba apatah lagi yang tinggal di Ipoh lagilah super duper wajib dan harus cuba.

 Gerai FM TOMYAM ni terletak di Medan Selera Silibin. Dekat Medan Selera ni ada pokok cherry yang sangat besar. Dan terletak berhampiran roundabout Labu. Kiranya dia belah yang bertentangan dengan Klinik Kerajaan. Kena buat u-turn. Get the idea? Ok kalau tak dapat gambarkan sila open google map and search for Medan Selera Silibin. Tempat masak dia bersih. Tak percaya boleh step in. Biasa dalam gambaran orang kalau gerai gerai ni mesti kotor tapi FM TOMYAM ni bersih. Serius. ^___^


Nasi dia serius banyak gila. Kalau korang in tight budget mintak sepinggan je pun dah cukup then kongsi. Untuk lelaki bolehlah habiskan kot tapi for me separuh je I larat. Kami ambil set. RM23 then tambah RM3 untuk tukarkan tomyam poktek menjadi tomyam poktek dalam kelapa. Apa ada dalam set tu I akan tunjuk dengan gambar-gambar kat bawah. Memang kenyang. Memang murah. Memang berbaloi.

Telur Dadar

Kailan + Daging. Superb!

TARAAA!!! Inilah TOMYAM POKTEK. Lain kan? Lain kan? Harga RM12.90 sahaja. Kalau kebetulan nasib baik ada promotion bolehlah dapat RM10.90. Memang sedap. Memang unik. Memang terbaik. Memang lain dari yang lain. Sekali hirup terus cakap WOOWW MAMAMIAA!! THIS IS DELICIOUS BABY! Dalam dia ada ketam, ada udang, ada ayam. Lala pun ada okay. Ehh bukan takat lala, cendawan pun ada. Satu biji kelapa ni boleh makan 2 orang. Kenyang habis. Alhamdulillah. Oh sebelum terlupa, paling terbaik sekali bila makan isi kelapa tu dengan kuah tomyam dia, nikmatnya tak boleh nak cakap. Kena cuba sendiri baru tau.

Ikan Kembung masak 3 rasa.

Oh and this is my baby. Bukan untuk dimakan. ^___^
 Overall  kami makan hari ini ialah RM29.20. Dia charge RM29 sahaja. RM26 untuk set menu then lagi RM3.20 tu air. So untuk orang Ipoh yang  tak tahu dan buntu nak makan mana kat Ipoh ni boleh give FM TOMYAM a try. Semua sedap. I doakan FM TOMYAM ni terus maju dan mendapat tempat di hati peminat tomyam dan kelapa dan boleh jadi peymes macam Mee Rebus Ramli, Nasi Lemak Ayam Kampung & Nasi Ayam Fuziah.

Spread the words Ipoh!

P/S: Jangan lupa mention nak dalam kelapa kalau tidak rasa dia hanyalah tomyam biasa. Tomyam biasa dia power macam tomyam guna air kelapa.

Manisnya berjumpa sahabat lamaku, Nazifah.

2 hari lepas aku menghadapi payyyperrr pertamaku untuk sem ni. Kat Shah Alam. Maka aku pun kenalah naik bus nak pergi Shah Alam. Dah stok salam kasih sayang kat boyfirend aku, aku pun ternampaklah seorang wanita yang pernah menjadi rakan gila-gila waktu Tingkatan 3. "Weyhh!! Nazifah!". Pukul dia dengan tangan sikit lepas tu terus naik bus tak sembang banyak pun. Bagilah chance dia nak berkasih sayang dengan boyfriend dia pulak.

Aku pun gigih cari tempat aku kat dalam Plusliner tu. Memang sepanjang aku berulang dari Shah Alam-Ipoh, Ipoh - Shah Alam, aku akan beli tiket Plusliner tiada bus lain. Maka sesiapa yang berhasrat nak terserempak dengan aku bolehlah cuba-cuba beli tiket bus dari Ipoh - Shah Alam pukul 9.45 malam. Aku tak suka nak naik awal-awal. Aku suka beli tiket paling lewat sekali. Tapi peringatan ya, aku malam-malam ni nak terus tidur maka aku tak suka nak ada bedak ke maskara ke apa kat muka aku. Kalau nampak aku macam selebet tu maafkan je lah. ^_____^

Ok sambung balik .

Lepas aku dah ambil seat, selang beberapa minit lepas tu Nazifah pulak masuk. Seat dia belah kiri aku. Aku belah kanan. Memang dekat sangat tapi dipisahkan oleh satu bangku di tengah. Bear in mind ya, kami duduk seat single. Aku tegur ala kadar. Macam biasalah perkataan lazim, "Sihat ke?", "Duduk mana sekarang?", "Flawlessnya kulit kau". Lepas tu dia pun pegang BlackBerry dia. Aku pun tak nak kacau dia, aku pun peganglah handphone aku sambil merenung ke luar jendela melihat bus yang meninggalkan Ipoh. Doaku dalam hati agar perjalananku selamat supaya dapat baring atas karpet bulu bulu kat rumah tu dengan Amirul bila balik dari Shah Alam nanti.

Sampai je tol Simpang Pulai, Nazifah panggil duduk dekat seat tengah tu. Aku yang tadinya segan terus dah tak ada dah nak segan-segan.Persengkataan kami pun macam terbang pergi gitu je. Dah 8 tahun kot kami tak jumpa. Sama je muka Nazifah. Tak berubah pun. Masih cantik. Cara gelak pun sama lagi. Gaya bercakap pun sama. What a beautiful moment when we were friends.Serius, aku tak pernah ada memori yang sangat banyak dengan kawan macam mana memori aku dengan dia. Bila sembang sama-sama boleh bikin gelak, boleh fikir betapa lawaknya zaman dahulu betapa bestnya saat tu. Bayangankan perjalanan 2 jam 45 minit tu kami tak henti-henti bercerita cerita cerita.

Dulu aku jumpa kawan lama aku kat dalam KTM sembang pasal betapa nakalnya kami ponteng kelas agama je lepas tu diam sebab memori best tu sampai situ je tapi dengan Nazifa ni asyik cakap-cakap-cakap je.

Waktu kami rapat gila-gila dulu, aku form 3 dia form 4. Macam mana kami kenal dan boleh rapat tu susah nak refresh. We just click. Jenuh gila kami 2 orang perah kepala memang tak dapat jawapan. Zaman kami dulu ada budak skateboard, budak vespa, budak scooter lepas tu gila coding Myspace, suka ronda dengan motor biru yang memang dah feymes dekat Rapat Setia tu. Memang lawak. Belum lagi cerita kasut dengan eyeliner kat BUM City. Menaip memori ni je dah boleh buat aku senyum.

Macam mana boleh bersengketa? Sebab sepasang kasut Nike yang dicuri oleh manusia tak guna dekat Library Tun Razak dekat dalam seat scooter biru tu. Aishh malas nak cerita. Nazifah pun cakap, "Cerita lama". Kami tak sentuh pun pasal benda tu. Yang pasti kami tak kekok bersama. Terasa macam Serena & Blair dalam Gossip Girl pun ada.

What a beautiful moment. Thank you Allah sebab temukan kami berdua selepas 8 tahun bila dua-dua kami dah matang and learn to let go. Manisnya susah nak digambarkan. Memang manis tapi sayangnya lupa nak mintak no. telefon. Mungkin dalam masa 8 tahun lagi kami akan berjumpa semula. Waktu tu aku akan pastikan handphone aku sihat so boleh snap gambar bersama, ambil alamat, ambil no. telefon. Eh semualah. Insyallah. Oh tapi aku ingat dia ada cakap dia akan kahwin umur dia 30 tahun dan aku dah pesan jangan lupa jemput aku. Bila aku duduk dengan kawan-kawan aku ni aku pun lupa aku ni dah isteri orang. Feel like a single teenager gitu. ^___^


P/S: Bye (nama sebenar Baizurah) cantik sangat. Sekali pandang macam Hanis Zalikha. Kemain lagi senior-senior Convent aku ni semua stok lawa-lawa.

Thursday, January 3, 2013

Some inspiration for 2013.

DIY LIGHT UP BOARD
DIY KITCHEN PEGBOARD
MEMORY WALL


AMIRUL'S CHAIR AND AINI'S CHAIR. EACH OF US WOULD CHOOSE OUR PERSONAL FAVORITE CHAIR AND MAKE OUR OWN MINI READING SECTION
PLACES THAT WE HAVE BEEN TOGETHER
SO ROMANTIC!
GARDEN

DO WHAT MAKES YOU OH SO HAPPY!

#REVIEW Baju nikah