Wednesday, August 24, 2011

23 Ramadhan

Berhijrah ke sesuatu yang lebih baik. Memperbaiki diri dari hari ke hari.
23 Ramadhan (malam) adalah salah satu detik bersejarah dalam hidupku. Dia datang tanpa paksaan. Dia datang secara tiba-tiba. Makanya ku turutkan sahaja kata hati itu kerana ku tahu saat-saat macam ni datang hanya sekali. Datangnya tanpa dipinta. Orang kata kalau ikut kata hati mati tapi aku pasti kata hati ini kalau diikutkan, hidup akan menjadi lebih diredhai. Terima kasih kerana memilih aku.

>.<

Friday, August 19, 2011

CURRENT PROJECT: SOLEMNIZATION DRESS BEADING



Ni tak jahit lagi. Main letak je ni. Nak tengok outcome dia. Cun! Saya suka.
Baju nikah I warna kelabu. Simple je. Kurung moden. Design agak lain ahh dari yang I suruh buat tapi disebabkan kawan-kawan cakap cantik. Tunang pun cakap cantik. Adik-adik pun cakap cantik, I pun on je lah dengan design yang telah ditukar ni. Paling gembira bila ibu pun cakap cantik. Lega rasanya.


Entah-entah dieowang ni nak sedapkan hati je kot. Nanti dah nikah nanti, korang komen okay.


Warna pilihan beads ni mula mula ada pasang undi dekat FB.
1) Grey + Purple
2) Grey + Pink

Ternyata Grey + Pink is the winner. So here we go, sesi menjahit beads di baju bermula.

Harga beads sahaja dah RM90++. Hopefully cukuplah kalau tak mampus nak menambah duit lagi nak beli beads. Itupun nasib baik ada diskaun.


Special thanx to my three awesome gorjes meletop lady and one Mr. Smile yang temankan pergi beli beads ni. Tak cukup dengan teman, siap bagi pendapat lagi. Bukan tu je, siap pilihkan lagi. Kak Iqa lah paling banyak membantu. Ok ni tak cantik. ok ni cantik, ehh tu tak cantik, pearl ni cantik. Terharu gila weyh. Siap kira berapa daun berapa bunga. Mak aihh!! Mana nak dapat kawan kawan ikhlas macam ni? Cakap! Cakap! i tak payah nak pikir apa. Just ambil dan bayar je sebab orang dah pilihkan. Hari tu terasa macam ada 3 personal assistants. Lepas kahwin ni kompem belanja McD. Kowang ingatkan tau!! Mr. Smile lah yang kena belanja sebab dia tak payah pening pening kepala layan I sebab ada dis 3 awesome ladies.


3 awesome ladies
1. Kak Iqa yang super kreatif and comel dan cantik.
2. Syera yang comel petite, Eva Longoria Ipoh.
3. Zaza yang memang diva habis. Super sweet

Mr. Smile = Apek tunang tersayang yang super baik, super sweet. Segalanya super di mata I

I heart this 4 persons. SANGAT!!

Tuesday, August 16, 2011

TEASER: INVITATION CARD (NOT SO YOUNG GUEST)


This time punya design, Apek tak pening sangat sebab I tak banyak kerenah.
Kad ni khas untuk pasangan yang kurang muda. Kali ni ada bismillah, ada doa and ada nama parents I.

Now, Apek dah boleh fokus on his wedding card pulak.
>.<

Friday, August 12, 2011

CURRENT DIY PROJECT : FABRIC FLOWER HANDBOUQUET

Hai hai.


Kain beli kat Kamdar. RM1.80 je semeter. Murah gila kan? Makanya beli 6 colour untuk buat bunga kain ni. Total RM10.80 sahaja, beli peralatan menjahit macam gunting, benang baru RM10 so modal baru je RM20.80. Yang paling I suka semua pastel nok.


First day beli kain terus buat. Semangat gila! Dengan bantuan #FutureHubby, #FutureMotherInLaw & #FutureSisInLaw. Lepas tu kalau nak siapkan dalam sehari memang takkan sempatlah kan. Lagipun I ni cerewet gila, nak iron bagi kemas so dat kelopak dia cantik je. Ni #FutureHubby yang tolong ironkan first day tu, memang tak kemas lah tapi takpe, dia siap semangat nak tolong jahit lagi tapi I dengan Kak Ida tak bagi makanya dia hanya menjadi pemotong kain dan tukang iron je lah. Happy dapat in laws yang sudi menolong tanpa meminta ni.

Tapi ada separuh tak siap lagi, sebab I tak nak menyusahkan orang sangat maka I bawa balik rumah dan jahit di rumah sambil dibantu oleh adik kesayangan, Ifa. Ifa ni walaupun paling kecil, paling muda, pendek kata si bongsu ah tapi kalau bab wedding gila best share dengan dia. Rajin tolong and rajin dengar.



Separuh yang dah siap ada dalam kotak. Yang ni hari ni bawa pergi ofis, rehat 2 jam tak keluar tak makan sangatlah membazir kalau tak buat kerja-kerja DIY ni sebabnya Sabtu Ahad mesti busy buat benda lain. Esok nak settlekan kad kahwin belah I untuk orang tua. Orang muda punya yang hari tu I tunjuk teaser tu. So kad kawin I kiranya ada 2 jenis ah. Satu untuk orang muda, satu untuk orang tua. Lepas tu esok kalau boleh nak jumpa teman tersayang, Ain Salleh sebab dah lama gila tak jumpa dia. Rindu nak marah dia. =D


Tutorial boleh dapat di sini. Buatlah! Tak susah pun. Tapi kakak kawan I buat lagi super cantik kot. Nampak vintage je. Nanti lepas dia kahwin 24.09.11, I post dekat belog ok. Mesti kowang pun suka. Dia guna cotton bunga-bunga. Sweet sangat!

Ok, bai!

Thursday, August 11, 2011

Grand wedding kau nyah!

Olla Olli semua.

Ni nak berceloteh pasal wedding nenek mana tah. Coming soon katanya. Hujung bulan 10 ni. Sibuk je nak ikut tarikh kahwin I tau. Lepas tu preparation wedding nampak je gempak padahal tak gempak mana pun. Macam manalah orang boleh fikir wedding dia grand. Tak class langsung okay. Biasa-biasa je I rasa wedding dia tu nanti. Simple je. Tetamu pun alahai separuh daripada 1000 orang kot. Kahwin kat dewan biasa je bukan hotel pun. Itupun dia dah malas malas sikit nak fikir pasal all the wedding stuff. Macam manalah korang boleh cakap wedding dia grand?? Over tau!


Ok fine, fine sebelum orang buat spekulasi I ni nak bergosip di bulan puasa ni baik I mengaku yang nenek tu I.



Hai. Nama saya nenek.

Sekarang ni I tengah risau sangat sebab ramai sangat cakap wedding I sure grand lah nanti semua padahal biasa je. Serius weyh, biasa je wedding I tu. Pelamin biasa, baju biasa, doorgift biasa, deco biasa. Semuanya biasa. Tak ada extravaganza punya effect pun. Maybelah sebab apa benda yang I post kat belog ni yang buat orang nampak macam "Wahhh sure gempak wedding Aini ni nanti", padahal tak ada benda pun yang gempak. Persembahan apa pun tak ada. Main music dengan video je nanti time orang makan-makan. Mana ada duit weyh nak hire penyanyi dengan penari semua. Silap-silap I yang jadi penari dengan penyanyi. Ni dress pun tak dapat lagi, risau gila kot macam manalah rupa dress I tu sebab chiffon dia lembut gila. Dah lah banyak duit burn kat deposit je. Sedih tau duit rugi macam tu je.



Kesimpulannya, please don't put so much expectation on my wedding day. It makes me stress. I'm scared I will disappoint all of you. Betul, I punya biasa biasa je. Apa-apa pun, HIDUP PASTEL! (okay, ini tiba-tiba)

Monday, August 8, 2011

TEASER: INVITATION CARD (YOUNG GUEST)



Design: Apek & Ainee
Tukang complaint (pandai cakap tak reti buat): Ainee
Tukang pening nak membuat/Illustrator: Apek

Gambar blur sikit. Saja nak kasi effect suprise lah konon. Gedik kan??
Well! I & Apek akan bagi kad ni personally by hand to the one we invite. Sebab I dengan Apek percaya bila kita invite orang tu personally, jumpa depan-depan baru feel the connection. The sincerity. Antara orang pertama yang dapat my invitation card is Zaza, Syera, Dottie & Yna sebab hari tu buka puasa sekali and hello!! Mereka tu bridesmaid I kot. Kebetulan kad siap time tu. The respond? They superb love it. Cakap kad tu uniklah, sweet semua ada, tak nak bagi baliklah (siapa suruh bagi balik?). We were so happy to hear that okay. Berbaloi penat lelah Apek kena tukar design sampai 15 kali sebab tunang dia ni cerewet gila. Gila punya cerewet okay! And the final result, perghh puas hati sangat.

Ni design untuk orang muda. Untuk orang tua bakal menyusul. Siapa rasa diri tua bolehlah request kad untuk orang tua sebabnya kad ni serius gila punya modern. No parents name, no doa-doa. Simple je.

Gyeah, we designed and printed it by ourselves.
MINI Design.
Will show you the full design after 28/09/11. Bila semua dah RSVP.
>.<

Tuesday, August 2, 2011

PHUKET (COMPANY TRIP)

**Sila tengok gambar dari bawah. No description. No mood. Apa apa pun Patong Island, nightlife dia memang best.
































160711-180711

Bulan 2 tahun depan kita jumpa lagi ya Phuket. Haaa time tu baru ahh boleh berseronok 100%. Cant wait. Phuket best cuma company trip ni schedule tight sangat tak dapat nak explore. Hotel tepi pantai tapi pantainya pun tak jejak.

#REVIEW Baju nikah