Friday, December 24, 2010

TERIMA KASIH P1. Keranamu saya boleh online kat rumah..


HI SEMUA!!

Hari ni secara rasminya rumah I dah ada internet kembali. I amik P1. Amik pakej paling murah sekali. RM49 sebulan. Memandangkan dalam rumah I ada 4 orang kanak kanak riang iaitu Ainee Joe, Eddie Joe, Iqa Joe dan Ifa Joe makanya seorang hanya perlu mengeluarkan sebanyak RM12 sahaja untuk sebulan.Lumayan kan? Sangat!!!


**EDDIE JOE dah bertukar menjadi bunga di tangan IQA JOE tu pasal tak nampak dia dalam gambar ni...

Kiterowang adik beradik memang macam ni. Bersemangat waja saling melengkapi. Ececehh! Bayangkan kalau nak beli cd cetak rompak tu mintak sowang RM5 maka serilah kan. 4 orang dah RM20 dah boleh dapat 4cd. Macam tu jugak dengan PS2. Repair sampai RM180 tapi bila bahagi 4 jadilah RM40 je seorang. Part paling best kiterowang ni tak berkira langsung. Pinjamlah kat sapa-sapa RM100 ke RM200 ke, cakap je pinjam lepas tu halalkan je. Adik beradik malas kot nak berkira sangat pasal duit. Best gila ok dapat adik-beradik macam ni. I heart u all lah anak-anak Joe.

MAKANYA SEKARANG DENGAN RASMINYA I DAH ADA INTERNET KAT RUMAH! WOOOHOOO!! Boleh ahh menggelabah online lepas ni. Ini asal Sabtu Ahad je tak boleh online lepas tu gambar-gambar semua tak dapat tempek kat belog sebab gambar semua ada dalam laptop.

Makanya siapa siapa yang tinggal dekat Ampang, amiklah P1. Opss maksud I Ampang, Ipoh ya bukan Ampang, KL. Ampang, KL hemm I tak tahulah coverage dia macam mana. Ingat KL je ada Ampang. Heheheheh! Amik paling murah pun takpe, laju kot coverage dia kat sini. Tak payah nak gedik ambil yang RM99 tu. Mahal ehhh.. Kalau ada 9 orang adik beradik takpe jugak, at least boleh bahagi 9 so dat sowang bayar RM10 lebih macam tu je.

Haa lagi satu macam I tambah ambil broadband tapi broadband tu Apek pakai tapi sorry to say lah Apek tak termasuk dalam pakej adik beradik makanya dia kenalah bayar RM30 tu sendiri. Muahahahha!!! Oklah daaaa....

P/S: Thanx siapa siapa yang tinggal link tu nanti I update ok, sekarang bz bz bz. Nanti nak cuci kereta lagi, lepas tu nak kemas bilik lagi. Uishh mentang-mentang hari ni Half Day.

Wednesday, December 22, 2010

Missing Person.. Meh lah exchange link dengan I..

Ok! Dah link habis dah follower follower I. Tapi ada yang tak dapat detect dia punya url sebab kat user profile dia tak tulis, habis jenuh I pergi cari kat goggle ok. Rajin tak?? Kan I dah cakap I banyak masa terluang hari ni. Tapi ada yang cari kat google pun tak dapat. Maybe I salah type ke maybe orang tu dah tukar nama ke apa ke kan. Kat sini I nak list outlah nama nama yang url dia tak dapat dikenalpasti. Kalau ada masa terluang droplah kat komen bagitahu I ok.

Siapa yang bukan follower I ada satu belog khas untuk kowang iaitu SENARAIBELOGSAHAJA.BLOGSPOT.COM. Bukannya apa hari tu kan semua url belog I tempek kat belog rasmi I ni makanya I jadi rimas. So I pun buatlah lagi satu belog khas untuk link link sahaja. Tapi SHAMPOO FOLLOW ME special sikit dia duduk kat belog rasmi I ni sebab gila weyh penat matilah I semua link nak copy n paste masuk belog khas tu. Pemalas kan?? Tau! Tau!

Ni nama nama kat user profiles tau yang I tempek kat sini
1) Radiokita
2) Myra Zarmia
3) Qis_emee
4) Mizz Aren
5) Fazlina Jamal
6) [[nuaficha]]
7) fara_azemi90
8) NurulHusna
9) ween
10) Abdul Aziz
11) Merduwaty
12) Ge
13) Sayemejai
14) Miss Belle
15) Arein
16) Supering24
17) Egyptteablack
18) Misery_babe
19)miz_udez8

Haaa apa lagi tinggalkanlah komen URL kowang ok. =))

Spring Cleaning

Hari ni dengan tekun dan gigihnya I nak link linkkan orang yang rajin baik hati selalu singgah belog I ni. Lepas tu nak linkkan orang orang yang baru follow belog I ni. Tenkiu! Tenkiu! Appreciate sangat. Lepas tu hari ni I nak jalan jalan melawat belog belog orang baik yang famos amos, yang kelakar, yang penuh dengan ilmu dan semuanyalah.

KERANA APA?

Kerana hari ini saya rajinlah. Kan dah nak hujung tahun dah kenalah beramah mesra lepas tu kenalah kemas kini link link yang ada.

Tuesday, December 21, 2010

Pasangan kesayangan dah split up. SEDIH!

OH MAI GOD!
Ok I sangat sangat ketinggalan, at first I nak tulis pasal kejadian paranormal kat kereta I yang membuatkan plat kereta I patah tapi bila I baca Yahoo News I klik dekat Celebrity Breakups, I get shocked baby. Biar betul pasangan kesayangan I dah break up?? Sedih ni! Sedih ni! Dieowang yang break up, I yang sedih. I tak tahu kenapa tapi ni memang satu penyakit bagi I tau bila orang lain yang ada masalah penceraian I konon konon nak jadi pakar pemulihan masalah lah kan tapi selalu tak menjadi. Cehh kononlah. Poyo kan aini?? Tauuu!!!

Siapa lagi kalau bukan the sweetest couple ever, Zac Efron & Vanessa Hudgens. Weyh! Memanglah I nak sangat kat Zac Efron tu tapi tak adalah sampai nak suruh si Van break dengan dia. Aloh sedihnya, lepas ni tak dapat dah tengok gambar sweet dieowang berdua. Sedih ni! Sedih ni! Nak pergi mengadu kat Apek kejap. ;((

**In memories
T_T

GUYS! PLEASE GET BACK TOGETHER. U BOTH LOOK SO SWEET WHY SUDDENLY MAKE THIS KIND OF SAD DECISIONS?

Friday, December 17, 2010

Video Tunang Aini & Apek...

Ada video tang sarung cincin je. Itu pun Nazrin si kawan baik Apek yang rakam. Tenkiu Nazrin. Kalau tak ada dia, mesti tak ada video ni. Haishh rugi tak bagi dia camcorder. Silap! Silap! Lepas tu Eddie ada buat huru hara sikit dalam video ni, orang nak rakam dia pergi halakan kamera tu ke arah dia. Sengal! lepas tu akhir akhir video dia buat gegaran pulak. Sengal betul adik I yang sowang ni tau. Video ni 3 minit je tapi entah nape leh jadi sampai 5 minit. Cacat! Album yang I pegang tu album duit hantaran. Hari tu punyalah takut ada pencuri ke kan sambar album tu habis terus kang RM8989.89 tu kang.

Tengoklah! Enjoi the video!!!
I memang segan gila time ni sebab ramai nak mampos orang amik gambarnya. Cover je lebih ni. Muahahhah!





Untuk yang datang, TERIMA KASIH SANGAT!
Untuk yang tak dapat datang takpe kahwin nanti jangan lupa datang ya.. Saya terkilan kejap je. Jangan amik serius..=))

Monday, December 13, 2010

Mas kawin banyak ke sikit ke apa ada hal?

Selasa lepas dah pergi book pelamin semua. Dah bayar deposit dah tapi macam menyesal pulak sebab ada satu Bridal Shop ni tawarkan harga jauh lebih murah. Hemm.. Kena pergi tengok dulu macam mana. Hari ni dok sibuk telefon dewan-dewan yang ada kat Ipoh ni. baget macam orang kaya sikit gatal pergi telefon tanya sewa dewan kat hotel-hotel. Perghh tak ada yang murah. Semua stok mahal je. Tak sanggup den. Tapi ada dewan yang ok, tu pun balik ni kena bincang dengan parents and Apek dulu. Nanti dah kompem semua I list out rate harga dewan-dewan kat sini ok.

Adalah satu benda yang I geram sebenarnya. Ada orang pergi pertikaikan pasal mas kawin I. Bising Apek nak bagi lebih. Apalah! Itu pun nak pertikaikan ke? Dah Apek nak bagi sebagai hadiah, suka hati dialah. Macamlah mintak duit dieowang untuk buat mas kawin I. Pening kepala. Macam-macam orang zaman sekarang ni. I ni dah lah pendendam orangnya, kalau marah tu boleh ambil masa berhari-harilah walaupun dekat mulut cakap OK. Nasib baik ada Apek si penyejuk hati, dah tak ada dah nak marah dah kat orang yang busuk hati dok siap berpantun cakap MAS KAWIN BANYAK TAK BAHAGIA, MAS KAWIN SIKIT BAHAGIA. Biarlah anak ko tu dapat mas kawin sikit, tak ada pun aku nak pertikaikan "Eeee sikitnya mas kawin anak makcik". Tak ada kan?? Ni orang nak bagi lebih pun nak bising. Apadaaa.

Friday, December 10, 2010

Cerita Malam Hari 09/12/10

Terima kasih luff luff for the necklace yang ada tulis BABY ni. Suka sangat. Everyday pakai ok. Lepas tu semalam kita jalan-jalan dan makan mewah lagi kan. Tak adalah mewah sangat Johnys je pun tapi uishh kalau lebih dari RM20 tu dah dikira mewah lah tu. Bazir je kan??kan? Nasib baik sedap. Lepas tu semalam I dah pun selamat menunaikan salah satu janji I dekat u iaitu belikan u jam tangan. Kan?kan? Hope u love it my fiancee. Eeeeuwww! Gelinya panggil fiancee, tetap nak panggil BF jugak boleh?? Apek pun tak biasa lagi.


Semalam lepas dah shopping shopping balik rumah, bawak Ifa pergi jalan-jalan dekat Padang Ipoh lepas tu lepak kat Mc'd Pekan bagi dia makan Big Mac lepas hantar Iqa dengan kawan dia kat Greentown Mall. Style dia makan gila pelik. Ifa akan makan satu persatu bahan-bahan yang ada kat burger tu instead of eating the burger just like normal people do. Dia akan makan roti dulu lepas tu dia akan makanlah segala sayur yang ada kat situ, daging dia akan asingkan and last sekali baru dia akan makan daging tu. Pelik betul! Dahlah lawak gila alasan dia bagi kat I dengan Apek untuk ikut kiterowang dating. Dia cakap takut kiterowang terlanjur. Perghh! I, Apek, Iqa dengan kawan Iqa dah ketawa gila berdehak dehak. Maunya tak, kiterowang ingat Ifa ni banyak sangat tengok drama kat TV ni. Ahahahah! Lepas tu Apek pun cakaplah, "Ifa, takkanlah 5tahun kapel tak pernah terlanjur, lepas tunang baru 3 hari nak terlanjur.".. Lepas tu semua orang gelakkan Ifa. Ifa pun dah malu. Tu lah buat alasan bongek lagi, kan dah kena perli. Ifa! Ifa!


Lepas dah makan makan then ambil Iqa dekat Greentown Mall, sampai rumah pun dah pukul 11.45 malam macam tu. I memang penat tahap gaban memang tak larat sangat nak basuh makeup ke apa terus landing kat katil. Ifa ni punyalah baik alahai, dia yang cucikan makeup I dengan baby oil. Terharu ok! Jeles tak dengan I sekarang ni dapat adik yang gila caring macam Ifa ni? Jeleslah please. Lepas tu I pun tak tahu apa jadi sebab I dah lena diulit mimpi.

#REVIEW Baju nikah