Thursday, December 9, 2010

Enjoi lepas tunang

Ewahhh! Masih lagi dalam feeling feeling hari tunang.

Semalam sempena pembebasan salah satu dugaan yang hebat iaitu kegigihan Apek mengumpul duit hantaran dah kegigihan I mengumpul duit untuk sewa baju, sewa khemah semua, kiterowang pun mengambil keputusan untuk berjoli sakan. Amboihh! Gila melampau kan?? Tak adalah, duit hantaran I tu, I dah masuk dalam ASB ok. Nak tunggu dividen beranak-anak barulah boleh joli. Ni duit lain yang kiterowang jolikan.

Makanya semalam I dengan Apek pergi tengok wayang setelah hampir 4-5 bulan kiterowang tak menjejakkan kaki ke panggung kerana pada anggapan kami walaupun RM20 je tiket untuk 2 orang tapi ianya membawa kepada kepincangan besar untuk pengumpulan duit kami. AMBOIHH!!! Kiterowang tengok cerita Harry Potter. Best ok! Tak pernah miss tengok Harry Potter kat wayang sebab kalau miss tak dapat feeling feeling kat dunia ahli sihir kang. Lepas tu sebelum tengok wayang sempat tu melabuhkan punggung kat Sushi King. Haaa lebih RM60.50. Rugi! Rugi! Terasa rugi yang amat sangat betul sebab dengan RM60.50 tu boleh beli handbag baru ke kasut baru ke. Tapi tak apalah dah masuk perut pun. Baik aku makan Johny's lagi puas hati.

Dah makan makan dah tengok wayang tu semua singgahlah Baskin & Robbin belanja Apek makan aiskrim. Tengok! Semua makanan nak mewah saja lepas tunang ni. Melampau kan? Lepas ni dah tak nak dah mewah-mewah. Harus jimat! Pelamin pun dah booking dah hari Isnin tu. Gila cepat kan? Ye lah, I kan nak kawin tarikh artis kang semua orang dah booking kang macam mana. Kang kena buat pelamin sendiri kang. Pelamin tunang tak apalah buat sendiri sebab simple, pelamin kawin nak buat sendiri gilalah melampau kan...

Then, part paling best dapat rantai dari Apek tulis Baby. Tenkiu luff luff. I LOVE U SO MUCH! Dah lah tu izinkan I beli satu handbag kat Vincci. Apek cakap dia bagi beli sebab dia tengok mata I bersinar sinar lepas salesgirl tu cakap harga lepas diskaun..Eeee tenkiu tenkiu tenkiu lagi dekat Apek ni tau.



P/S: Korang kalau nak tunang sila silalah kumpul duit paling koman RM3000 kalau nak everything purfecttt ok. Tunang sekali je apa salahnya membuang duit sikit. RM3000 ni termasuk makan, khemah semua. Oklah tu kan.

Tuesday, December 7, 2010

Cerita Hari Tunangku 051210..

Gambar dari Offical Photographer. Best gila ok Abang Tajul ni. Datang sharp gila. Punctual gila. Siap pergi salun sekali, tangkap gambar kat sana. Class lah. Siapa nak ambil photographer seriusly I sangat suggest Abang Tajul ni. Seriusly I dah rasa macam artis dah ke hulu ke hilir ada photographer. Dia selagi tak habis kerja dia tak pergi makan pun, penat dah mak dengan ayah I ajak makan dia tak nak. Haishh abang tajul, abang tajul. Siapa nak ambil dia boleh call Abang Tajul sendiri at 012-9139294. Harga memang sangat berpatutan. Boleh runding punya.



**gambar bawah bawah ni semua gambar dari kamera ayah, gambar dari OP tak dapat lagi.


Pelamin hasil usaha I dengan Apek. Ok finelah Apek lah paling banyak buat. Dari pentas sampai ke gantung gantung semua buat sendiri. Pentas buat sendiri tu!!! Apek penat menukang nukang. Bila nak tangkap gambar je I risau gila kawan kawan I semua berdiri kat situ kang takut habis roboh kang, nasib baik alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. Lepas tu lagi satu I takut respons orang ramai, ye lah biasa guna kain kain kan tapi kali ni I guna cermin. I nak suntikkan elemen gaya muda belia remaja dekat situ dan nasib baik semua orang suka lepas tu cakap pelamin I smart lah style lah gorjeslah. Tenkiu! Tenkiu! Janganlah puji lebih lebih, biasa je tu. Siap nak suruh I dengan Apek buatkan pelamin untuk dieowang lagi u!


Muka selepas dimakeupkan.. Makeup by Lily Ah Loy. Best gila kawan I ni makeupkan. Nampak sangat asli. Tak tepung gomak langsung ok. Tak percaya boleh tengok gambar gambar yang seterusnya. Kalah tu juru mekap Siti Nurhaliza. I memang dah book dah kawan I ni untuk nikah dengan reception nanti.


Taraaa! I duduk atas pelamin dengan selamat. Still tak roboh, masih kukuh. Cermin cermin tu tak buat hal, tak jatuh pun sebab paklang I dah pesan kalau nak duduk atas pelamin tu kena pakai helmet kang cermin jatuh cedera parah kang. Ahahhaahha! Yang I tengah pegang tu duit hantaran. Apek dah bagi kasi langsai dah. Totalnya RM8989.89 sempena tahun lahir kiterowang 1989...



Ni lah cincinnya. Cincin feveret I tu yang bentuk butterfly tu. Comel kan?? Kecik je.. Itu cincin risik. Yang besar tu cincin tunang. I LOVE BOTH OF IT! Tenkiu Apek. Boleh gadaikan nanti kalau nak beli handbag ke kasut ke apa ke kan. Ohh! trima kasih.




Candid by IFa Joe. Cantik sangat Ifa. Pandai awak tangkap gambar ehhh!



Dengan sahabat paling baik paling rapat Cik Nur Ain Salleh kita. Sebelah tu dia punya boifrenz ok, dia dah berpunya dah... Haa jangan tak tahu, Ain ni lah I punya pengapit nanti. Sayang cik ain sebab dari pagi tu sampai ke habis majlis dia ada di sisi I. Barulah kawan sejati namanya.



Uishh! Gambar belakang mestilah wajib ada wooo. Cantik kan baju ni? I pun suka sangat sangat sangat. Ramai orang suka.



Yang ungu tu hantaran dari I untuk Apek. Yang pink tu hantaran dari Apek untuk I. Semua buat sendiri. 5 berbalas 7. Yang lebih lebih tu semua orang bagi. Trima kasih.


Ohh dengan sahabat baik dan opah. Wahh opah nampak kuning nyah hari tu.



OVERALL, I MEMANG SANGAT PUAS HATI DENGAN HARI PERTUNANGAN I YANG DIADAKAN PADA 5/12/10. TIADA APA CACAT CELA PADA MATA I. SEMUANYA PURRRRFEEEEECTTTT! DENGAN PAKCIK-PAKCIK DAN MAK-MAK SEDARA YANG SANGAT SUPPORTIVE YANG GIGIH MEMASAK. TERIMA KASIH SANGAT. KEHADIRAN KAWAN KAWAN DARI JAUH DAN DEKAT SANGAT SANGAT DIHARGAI. TERIMA KASIH SANGAT SEBAB SUDI DATANG. SEMUA ORANG PUN SUKA DENGAN PELAMIN I, DENGAN BAJU I, DENGAN MAKEUP I, DENGAN MAKANAN I. DAN PALING BERSYUKUR SEKALI, HARI TU TAK HUJAN. TRIMA KASIH SANGAT! SEMUANYA BERJALAN DEGAN LANCAR. TETAMU PUN HEPI, I DENGAN KELUARGA I PUN HEPI. TAKPE, SIAPA SIAPA YANG TAK DAPAT DATANG TU, KAWIN KARANG JANGAN LUPA DATANG OK! =))




Ohh!! IM ENGAGED!

Friday, December 3, 2010

Cover Depan Guest Book

Lepas je hantar gambar style rambut yang I nak buat waktu engagement nanti dekat Apek via email terus dia setuju. Suka beno dia dengan style rambut yang I nak buat tu padahal simple je pun. Then I pun mintak kat dia design front cover guest book untuk engagement ni. Terus dia hantar kat email. I tengok, terus jatuh cinta.

Korang yang datang wajib OK! WAJIBBBBB!! Wajibb sangat menulis menconteng dalam guest book tu ok! Nak lukis apa apa pun boleh ok..


Rasa memang macam sangat poyo je ada guest book. Tapi alah tak apalah, sekali je kan seumur hidup ni. Apa salahnya beria, poyo, gedik nak mampos kan?? kan?? Heheheheheh! Trima kasih my luff love sebab design penat-penat untuk I. Penat kan ikut kerenah awek cerewet u ni kan?

Tapi guest book I ni tak sempat binding so akan tebuk dua lubang then sangkut ring ring je lepas dah habis event nanti baru hantar pi binding cantik-cantik. Woot! Woot!


P/s: Buat korang yang tak nak datang tak payahlah paksa diri tu datang, nak datang datang, tak nak udah tak perlu nak bagi alasan macam macam. Just cakap je tak boleh datang, jangan reka alasan, ok? I dah tanam kat diri sendiri supaya dont put so much expectation or else we the one who will burst out into tears.

Thursday, December 2, 2010

Kompem ada pekerja 2 orang. Hooray!

YES! Pekerja dah kompem 2 orang. Bukan apa, walaupun masak sendiri, anggota kelaurga dengan kawan kawan ramai yang nak tolong tapi kalau boleh tak nak susahkan dieowang. Kalau boleh nak deme datang dan makan sahaja. Ecehh! melampau kan padahal mak mak sedara dengan bapak-bapak sedara dah jenuh datang sehari sebelum dengan the day majlis berlangsung tolong-tolong masak.

DEMAND GILA BUDAK BUDAK SKANG. MINTAK SAMPAI RM50 KOT PADAHAL ANGKAT PINGGAN JE. FUIYOOO! KOPAK SAYA.

Tuesday, November 30, 2010

Dilema nak pilih design Guest Book yang mana.

Seperti yang sedia maklum, dari ke kad sampailah ke pelamin semua I dengan Apek buat sendiri. Of courselah I yang tak kretif ni hanya memuntahkan idea sahaja, yang merealisasikannya Apeklah mesti kan??

INILAH PILIHAN MUKTAMAD I UNTUK KAD TUNANG KALI NI. Ehh budget macam banyak kali akan bertunang. Heheheh! Lepas tu semua orang macam "Perlu ke kad tunang Aini? Beria gila, macam nak kawin". I macam HELLOOOOO! I bukannya saja nak buat kad tunang ni, I buat ni khas untuk kawan-kawan yang tak tahu nak pergi rumah I je. Bukannya kat semua orang I bagi. Kopak mak kalau buat kat semua orang tau. So NO NO NO! Kad kawin nanti baru bagi kad semua orang ok..
Ayah I pulak bila I tunjuk kad ni kat dia, dia teliti betul-betul, siap suruh amend tulisan kasi warna hitamlah apalah sebab tulisan kelabu tak nampaklah, suruh tambah padanglah then dia tengok depan kad terus dia cakap "Kamu ni orang Melayu ke orang Putih?".. I terus buat gaya gedik, "Orang Putihlah, ayah oiii!".


Inilah petanya ke rumah I. I dah mintak kat Apek dah nak konsep cute and fun. Banyak kali tekankan kat dia nak kiut kiut tauuuuu. Nasib baik hasilnya memang comel. I suka sangat. Kad I ni tak banyak cost pun. I just guna kertas keras yang dibeli RM0.40 sehelai je. Lepas tu kad I ni pun bukan besar gedabak pun, just comel comel je. Satu kertas tu boleh dapat 4 kad so I beli 10kertas makanya I dapatlah 40keping kad dan jumlah kos adalah RM4.00. Best kan? Simple je, tak perlu mahal-mahal. Tapi cost tu tak termasuk kos kertas kertas yang Apek salah print. Adalah dalam 14 keping kertas rosak. Kerugian adalah RM5.60.


Lepas tu tak cukup dengan kePOYOan ada kad tunang, guest book pun I nak buat juga. Hey nak juga kot buat sebab nak jugak tau siapa yang datang time tunang I tu. Buatnya terlepas pandang siapa yang datang macam mana. Lagipun I suka membaca tambah-tambah ayat syahdu dari kawan-kawan perghh sure terharu tersenyum sorang-sorang bila baca........

Cantik tak buku tamu I? Ni baru design pertama ni.

Ni design kedua untuk dipropose kepada Apek.



SEPERTI BIASALAH KAN, LUKISAN I MEMANG A++++++ KAN MAKA KENA RUJUK KEPADA YANG LEBIH PAKAR...


Ni yang first design tu. Apek cakap tak perlu kot passport passport face merepek I tu. Ye lah sebab I ingat saja je nak suwuh dieowang bawa gambar sendiri lepas tu lekat. Ataupun snap guna kamera I lepas tu nanti I cucikan lepas tu I lekatkan sendiri. Ye lah nak guna palaroid mahal sangat dia punya kodaknya. Tapi skarang ni rasa tak perlu kot nak letak passport passport face poyo I tu so passport face tu akan dihapuskan. =))


Ini konsep kedua. I memang nak konsep Cute and Fun tapi tu lah Apek cakap macam budak-budak sangat so I sekarang ni tengah dalam dilema nak print out yang mana satu. Dilemanya! Dilemanya! Tolong I choose mana satu better plishhh! TAPI I SUKA APA YANG NI. CUTE ANGAT!!! Lepas tu nak suruh kowang add on ayat apa yang patut ke ataupun nak suruh buang apa yang perlu dibuang ke. Help me baby...

Monday, November 29, 2010

Pelamin Tunang Siap 100%

Ingat lagi tak sketch pelamin tunang I ,ni? Semalam dengan hari Sabtu hari tu I dengan Apek gigih merealisasikan impian pelamin tunang I ni. Hasilnya memang cantik sangat, I suka sangat. Terima kasih dekat my darling Apek. Dia yang gigih menukang pentas tu, dia lah yang gigih pasang backdrop, dialah yang gigih gantung pomander ball. I? Entah apalah sumbangan I kat pelamin tu. Idea je kot dengan tampal bunga-bunga sekeliling cermin tu. Teruk betul Ainee Johari ni.

Seriously, I puas hati sangat dengan pelamin buat sendiri ni. Macam puas puas puas hatiiii cangat-cangat tau!! Siapa cakap buat sendiri tak boleh nampak cantik? Siapa cakap? Siapa cakap? Dengan kegigihan dan semangat yang tinggi (ecehh!!) serta kerajinan yang bersalut dengan inti tak kenal penat memang boleh sangat capai impian buat pelamin sendiri ni. Memang puas hati sangat walaupun adalah 2-3 kali pergi Jalan Kuala Kangsar balik sebab tak cukup bunga. Habis duit kat minyak je nasib baik dari rumah I boleh naik highway je pergi Jalan KK tu.

Nak tahu tak kiterowang bz sangat sampai terlupa semalam enivesari kiterowang yang ke 5tahun 3 bulan ok! Padahal gigih ni buat kerja sama-sama, duduk sama-sama, makan sama-sama tapi boleh lupa pulak. Lepas tu bila dah balik I kol Apek dia pun cakap I punyalah semangat ingat nak wish pagi-pagi tup tup boleh lupa, bila dah sampai rumah baru ingat. Samalah dengan I. *high five

Ok! Sesiapa yang dah dijemput tu tapi tak datang memanglah sangat rugi sebab bukan senang ohhh, I dengan Apek terlebih rajin nak memenatkan diri dan melaburkan duit untuk buat pelamin sendiri. Tapi seriously best nak mampus sampai rasa nak jadi engagement planner pulak. Heheheheh! Nanti dah selesai tunang semua I upload pic simple pelamin by Ainee & Apek ok. Nanti kawin dah tak ada dah buat pelamin sendiri, sewa je. Heheheheh!

Tapi tu lah kalau nak buat pelamin sendiri ni banyak faktor kena fikir. Terutama sekali masa dengan duit. Buat pelamin sendiri ni memang banyak sangat guna duit tapi takpe, barang-barang tu dapat kat kita you. Macam lampu, cermin, bantal semua dapat kat kita. Tak adalah bazir sangat, ok lah cuma nak cari masa buatnya tu. Macam I dengan Apek ni ambil masa sampai 2 hari dengan cermin terjatuh lagi. Nasib baik tak pecah.

Haishh gabra I nak menunggu kedatangan 5/12 ni, bukan gabra apa takut tak muat baju sebab nafsu monster tak dapat dibendung tambah tambah bila adik paling kecil buat sambal belacan meletop dia. Pergh tergugat iman wa cakap lu. Makanya, bila tiba harinya nanti kalau kowang nampak lemak-lemak yang tak sepatutnya nampak tu buat-buat diam udahlah ehh.

Adios!

Friday, November 19, 2010

Should I called it Bday Party?

Yeah. Bulan ni sebenarnya ada banyak kawan-kawan I secara rasminya menjadi tua tapi hanya ada 2 orang je celebrate secara meriah-meriahan. Ok! Meriah maksud I tetamu tu bukan sahaja di kalangan famili tetapi adanya kehadiran I tu sebab dia jadi meriah. Tak adalah, maksud I meriah tu sebab dia celebrate dekat Hotel tu. I ni selalu berangan nak celebrate bday siap ada tema lagi kan macam tema ala-ala watak disney ke kan tapi tu lah itu impian dari kecil tu tak tercapai sampai sekarang ni. Bilalah duit nak turun jatuh gedebuk timpa I dari langit, boleh I buat parti meriah-meriah jugak.


Bday parti yang pertama bulan ni I pergi of courselah Bday Dottie. Supposely bday dia on the 13/11 tapi disebabkan ramai orang tak dapat datang on dat day dia postpone pergi hari Rabu merangkap HARI RAYA KORBAN. Raya korban kau ada bday parti. Haaa jangan main-main. I ni memang pulang ke kampunglah kan di tengah malamnya. Kata raya, kalau tak balik kampung tak rasa rayalah der. Tapi sebab Dottie dah ajak, sanggup tu pukul 2 bertolak dari kampung ambil Apek lepas tu terus pergi Excelsior Hotel. Cakap member kenalah datang, kang kalau I tak datang tak meriahlah parti.

I bagi dia Mr Bean's punya kekasih. Itu pun gopoh gapah cari pukul 3 tu padahal parti dah start dah pukul 3.

Kek ni serius sedap. Berebut I dengan Syahir. Ye lah I tak kongsi kongsi tapi Syahir si kawan Apek tu jahat gila dia pi celup dengan garpu dia. Dayus betul. By the way, nasib baiklah Ahmin dengan Syahir ada sekali kalau tak mati kutu I dengan Apek sebab segan sangat sebab kiterowang 2 je manusia luar dekat party tu.

Muka Apek nampak berseri-seri kan dalam gambar ni? Setuju tak?

Semestinya mestilah ada at least sekeping kan gambar I dengan bday girl.
Hepi BDAY DARLING. U ARE OFFICIALLY 21 YEARS OLDS DARLING! Boleh pi mengundi dah.



OK, the second bday party merupakan bday Amanda, kawan opis I yang baik hati yang alwaz maintain nampak muda ok. Bday dia ni lagilah membunuh. Start pukul 7 tu dekat Impiana Hotel. I macam huh pukul 7. Macam mana nak balik rumah ni, Apek ambil I kerja pun dah nak dekat pukul 6.30 nak rushing b alik rumah lagi nak pergi tukar baju lagi. Of courselah kan tak sempat nak mandi kan. Punyalah gopoh I bawak kereta sampai I bantai One way lagi tu tapi tengok-tengok sorang pun tak sampai lagi. Cis! I yang paling awal rupanya.

Peace yo!


Ada macam muka budak baik tak kiterowang dua ni? Ohh! Bukan! Bukan! Ni bukan bday girlnya. Bday girlnya sibuk hanging around so tak dapat nak snap pic dengan dia plus kamera bling-bling pink I dah rosak lepas tu pinjam DLSR Apek yang sumpah I tak reti nak guna. I hanya reti guna kamera murah je kot maka gambar semua jadi blur tau nyah. Gambar dekat Bday Dottie pun guna kamera Syahir. Uishh kalau kamera I elok dah lama dah belog I ni penuh dengan gambar makanan-makanan-makanan-dan-makanan tau. Lepas tu orang yang datang bukan kiterowang 3 orang je ada ramai lagi tapi tu lah I kan tak ada kamera maka kena bergantung je dekat gambar yang diupload oleh rakan di FB.


OK LAH BABE, JUST NAK WISH HEPI BDAY TO ALL NOVEMBER BABIES! MOGA MURAH REZEKI SELALU OK.

#REVIEW Baju nikah