Sunday, November 14, 2010

Dulang hantaran=6 dulang dah settle

Ada lagi 3minggu before my ceremony tapi semua dulang hantaran dah habis siap. Cuma tinggal lagi satu je untuk sejadah. Yang lain semua dah kasi settle just tunggu nak letak barang je. Dan I suka sangat-sangat. Lepas dah siap gubah semua I letak atas meja makan memandangkan meja makan kiterowang macam tak ada guna je. Macam buat perhiasan je I tengok, daripada I letak bawah lantai baik I buat meja makan rumah I rasa gembira sikit sebab at least dia rasa dia ada kegunaan juga. I ni pulak bila lalu je mesti berhenti sekejap lepas tu tengok dulang-dulang tu sambil rasa kagum kat diri sendiri. OK SUNGGUH TAK BOLEH BLAH~

Ohh! Terima kasih kat ibu I sebab adalah tolong sikit gam gam kain kat libut tu lepas tu terima kasih kat adik I si Iqa dan Ifa sebab ada bagi idea sikit-sikit. Wahhh kagum pulak dengan diri sendiri sebab ingatkan ambil masa sampai berminggu untuk siapkan gubahan rupanya ambil masa tak sampai 4 jam pun untuk gubah 6 dulang hantaran. Tinggal lagi 1 dulang je untuk sejadah. HOORAYYY!!

Friday, November 12, 2010

My Engagement Ceremony Card. IT IS A PARTY for me DARLING!




Gila rilek kan kiterowang guna nama glamer gitu. Ehh glamer ke nama Ainee dengan Apek ni? I buat kad ni pun khas untuk orang yang tak tahu rumah I je. Tak adalah bagi kat semua orang. Uishh larilah budget I nanti. Makanya I hanya bagi kat orang-orang dalam ofis I je lah kot. Itupun bukan semua sebab alahai kang penat I melabur untuk kad ni kang orang campak campak buang dalam tong sampah je. Karang luluh hati I kang. Tambah tambah si Apek tu.

Kad ni memang 100% design by Apek. I mintak konsep CUTE, FUN & SIMPLE! Di samping tu I adalah bagi hint hint sikit kat Apek. Tak sampai beberapa jam dia hantar kat email I. Kiterowang memang suka main balas-balas email ni barulah rasa macam tengah berunding dengan client dengan designer. Uishh memang menepati citarasa betul. Siap bagi pilihan dekat I lagi. Semua ada 4 pilihan. Tapi I paling suka yang first punya. Lagi simple lagi I suka tapi ada kawan I suka yang no. 3. Kalau ikutkan hati semua design I suka. I suka sebab dia sangat funky. CUTE CANGATTTTT!! Terasa macam party orang muda-muda pulak. Kalau orang tua nampak kad ni mesti terbelahak mata. Atenya memang budak yang nak tunang ni pun muda lagi kan?

Korang pulak paling suka yang mana? No.1, 2, 3 ke 4? By the way, kalau korang pun nak design kad kad ke kan nak design pelamin ke kan. Apa-apa je lah berkaitan dengan design bolehlah contact Apek ni. Nak bagitahu I pun boleh je. Email je dekat I. Kalau nak print sekali pun boleh. Bunting ke banner ke apa-apa je lah, harga boleh runding wohh. Tak mahal, serius sebab Apek ni gila pemurah. Ceewah, sempat lagi tu promote. Kata nak cari wang saku lebih untuk kahwin ni kan.


Ni kad pertama yang Apek design. Tapi cincin tu Apek cakap dia malas nak lukis sebab I banyak songeh. Ahahahahha! Lepas tu I cakap tak nak. I nak dia nampak full and FUN. Suruh dia buat lain. Mentang-mentang yang design tu boyfriend sendiri kan memang nasiblah kau wahai boyfriendku kena buli dengan I yang cerewet ni. Tapi kawan I yang suka design no.3 tu dia cakap ini lagi cantik. Tapi I tak nak, I lagi suka design kat atas tu sebab bila bukak je attachment yang Apek hantar dekat I terus taip laju laju cakap "U!! CANTIKKKKK.....I SUKA SANGATTT!!!!".

Thursday, November 11, 2010

Dah lama tak teruja macam ni..

Tadi baru dapat call dari adik I si Ifa cenonet budak kecil darjah 6 tu. Dia bagi Good News. Really really good (buat suara horny sikit). Dia bagitahu result UPSR dia. Dahlah line putus putus bikin gabra je tau. Ye lah sebab dari hari Isnin dia asyik tanya I, "Macam mana kalau Ifa dapat 1B? Macam mana? Macam mana?". I cakaplah "Akak tak tahu. Tapi Ifa kalau awak ada B malulah dengan akak yang tak studi waktu UPSR ni dapat 5A. Awak studi belenguih lenguih ada B. Haishhh!". Keciwa dia terus selubung badan dengan selimut sebab ayat-ayat poyo I tadi.

Lepas tu pagi ni pun sempat sakat dia cakap EEE TAKUTNYA NAK DAPAT RESULT! TEPON AKAK TAU! TEPON TAU! Dia cakap tak nak tak nak, eleh tapi pagi ni telefon jugak. POYO! Ye lah kiranya UPSR tu macam satu ujian besarlah untuk budak kecil macam dia.

I pun dulu rasa gila susah mak aihh tak nak lalui dahh ujian macam UPSR ni tapi bila dah besar gomak ni terus teruja bila nampak kertas soalan UPSR adik I tu terus bukan sahaja nak jawap siap periksa lagi jawapan adik I betul ke tak. UISHH PUNYALAH SENANG MAK AIHH UPSR NI! Terus dalam hati kenapalah SPM soalan dia tak macam ni kalau tak mesti masuk Paper semua pelajar di Malaysia dapat "A LURUS".



Ye lah pengenalan pun dah macam separuh muka surat mesti dah dapat teka kan apa yang Good News tu kan?


YEAH! IFA DAPAT 5A.


SERIUS DAPAT 5A? I BANGGA SANGAT SANGAT DENGAN ADIK I YANG SOWANG NI TAU. KENAPA? SEBAB KAKI DIA DAH OPERATION 3 KALI DAN DIA TAK PERGI SEKOLAH SELAMA SETAHUN LEBIH LEPAS TU TAHUN LEPAS DIA KENA CUTI LAGI SELAMA 4-5 MONTHS KALAU TAK SILAP SEBAB BUAT OPERATION KALI-3. ADIK I NI SUCH A TABAH GIRL. MACAM MANALAH DIA BOLEH CATCH UP DENGAN SUBJEK-SUBJEK TU WALAUPUN DIA DAH TINGGALKAN SEKOLAH DENGAN AGAK LAMA. IM IMPRESS!


Ucapan dari Aini untuk Ifa

Dahlah hari ni HARI ANUGERAH CEMERLANG! Ifa dapat no. 1 dalam kelas kan lepas tu dapat Anugerah Tokoh Pelajar. Hebatnya kamu, akak pun tak pernah dapat anugerah tokoh ni. Tokoh banyak cakap adalah. Makanya, akak sangat sangat bangga. Betul Ifa, akak sangat bangga tau. Sori Ifa, akak tak dapat datang. Ye lah cuti tahunan dah habis, kalau tak mesti akak datang tangkap tangkap gambar Ifa dengan kawan-kawan yang sama-sama berjaya. Dahlah akak tak datang, ayah dengan ibu pun busy jugak. Sedihnya akak. Takpe, akak tahu kamu adik yang berdikari. Anak yang sangat sangat sangat berdikari. Tapi diam diam ayah dengan ibu tu akak tau dieowang sangat bangga dengan kamu. Teruskan berusaha mencapai cita-cita kamu dalam hidup ni ok. Ingat pesan akak, HENDAK SERIBU DAYA TAK HENDAK SERIBU DALIH! BIAR SUSAH DULU, SENANG KEMUDIAN. Kamu nak susah 40-50 tahun ke nak susah 25tahun? Ingat pesan akak tu ok! Nanti hujung tahun after akak tunang, akak bawak kamu pergi Genting Highlands ok. Suka tak?



YES! TERIMA KASIH! (kata Ifa kepada Aini ala-ala Alleycats sambil diperhati oleh Ayah, Ibu dan Iqa)

Wednesday, November 10, 2010

Kamar Beradu

Kalau dapat macam ni punya kamar beradu memang seharian tak bangun tu!!!! Biar habis belenguih muka baju semua dengan air liur. Ehh tapi kalau dah dapat katil macam ni mustahil weyh mustahil akan menitiskan air liur sebab gila sayanglah nak titiskan dia kat lapik alas tidur yang baldu lembut tu. Uishh kalaulah dapat katil macam ni mesti hari hari pun mimpi kahwin dengan prince charming. Lepas tu prince charming tu tak nak lah muka kartun kartun tak bestlah, tak feel lah. Muka prince charming mestilah muka macam Zac Efon( tengok punya terbayang muka dia sampai tertaip Efon), muka macam Ed Westwick ke, muka macam Ian Somerhalder. Perghh jangan cakap fasal Ian boleh bikin hati cair luruh semua ada sampai tak ada hati karang sebab tu new obsession kot. Aini memanglah memang, memang tak pernah nak sebut hati luruh jatuh semua kat pelakon tempatan. Aini ni memanglah macam ni nak mimpi orang orang yang takkan dapat, orang orang yang jejak Malaysia pun tak pernah macam mana nak jadikan jodoh. Nak buat macam mana hati kat orang tempatan dah bagi kat Apek. Ecehhh! Ayat poyo gilang gemilang macam bendera jalur gemilang. Tak ada lagi gemilang ke?

Dahlah lepas ni nak pergi cari kayu, paku, kain baldu baldu nak buat katil macam kat atas ni. Lepas berjaya buat walaupun ianya memakan masa selama 10tahun tapi akan ku gagahi juga lepas tu nak poyo gebang semua tempek dekat belog AKU DAH BERJAYA MENUKANG KATIL IMPIAN DENGAN TITIK PELUH SENDIRI!!!!!!!!!!!!

Monday, November 8, 2010

Aktiviti Hujung Minggu

Hi semua! Nampak tak muka penat I?

Hujung minggu dulu-dulu asyik hunting hunting barang je tapi minggu ni dah tak ada dah hunting-hunting barang dah. Semua dah complete. Aktiviti hujung minggu kali ni main cat-cat rumah pulak. Ibu suruh cat satu rumah sekali dengan pagar-pagarnya. Penat tu!

05/11/10-cat bilik belakang.
06/11/10-cat bilik adik

Bilik belakang oklah sikit sebab tak ada besar mana pun tapi tang bilik Eddie perghh macam nak mintak je nyawa sembilan bila nak cat bilik dia tu. Dah lah siling tinggi nak mampos, i pulak bukannya tinggi mana. Bukanlah I cat sorang, adalah lagi sowang adik I yang bernama Iqa dengan Ifa tolong cat sekali tapi I yang paling gagah lah kiranya.

Paling paling kiterowang takut sekali ni nak cat pagar batu kat rumah tu. Dahlah panjang lepas tu ada batu pusing pusing tu. Perghh memang mencabar lah pendek kata. Takpe, demi parti tunang ni kenalah kasi rumah tu ceria sikit walaupun tak adalah cat tu berwarna ceria seperti warna merah ataupun warna pelangi tapi kira kasi putih bersih suci sesuci lebaranlah.

Kompem, lepas tunang ni terus mintak Apek belanja pergi Spa nak urut urut satu badan ni. Lepas tu kalau ada duit lebih nak belanja Ayah, Ifa dengan Iqa pergi Spa sekali. =))

Wednesday, November 3, 2010

100% siap beli..

Semalam habis dah shopping barang hantaran untuk Apek. So dah 100% habislah, tak ada dah lepas ni nak teringin beli bulu-bulu ke apa ke nak letak kat hantaran tu. Dah tak ada dah. Sekarang ni cuma tinggal nak beli barang-barang untuk letak kat dulang hantaran tu je. Eceh! Baget ayat dah habis gubah dah padahal satu pun belum gubah lagi.

Apek pun macam tu. Barang untuk hias hias nak letak atas dulang semua dah 100% accomplished tinggal nak beli barang untuk letak dalam dulang tu je. Tapi Apek apa je, duit hantaran dia dah siapkan nak bagi nanti, cincin pun dia dah beli. Alahai! Tinggal makanan je. Itupun 5 berbalas 7. 2 barang dah settle tinggallah lagi 3 barang. Wahh untung ya awak, Apek dapat banyak makanan dari saya.

Ok! Itu je. Daaaa!

#REVIEW Baju nikah