Monday, October 11, 2010

Asset Baru Dalam Hidup

Hari ni nak pergi beli cincin. Ingat tak I cakap dalam entri lepas I dah keciwakan aunty tu. Tapi hari ni nak keciwakan lagi kot sebab tiba-tiba teringin nak pergi kedai lain pulak. Mana tau lagi banyak choice ke kan. Tapi kalau manusia kedai lain macam sombong-sombong I pergi balik kat aunty sebelum ni, lagi best. Ahahahahaha!

CINCIN EMAS IS MY NEW ASSET!
Mula-mula ingat satu je Apek nak bagi tapi sekarang dia nak bagi 2. Tenkiu mucuk.
Padahal I bukannya layan sangat emas-emas ni. Beli yang plastik untuk cincin tunang pun boleh aje janji comel. Ada bunga-bunga le teddy bear ke lagi I like. Beli kat Maggie-T je. Ahahahaha! Tapi kalau nak beli jugak emas I suka yang kat atas dia tak ada batu-batu. Nanti tercabut batu-batu tu I buat. I nak dia rata je tapi still ada bentuk. Lepas tu I tak minat warna emas campur warna putih. I suka satu colour je. Tapi kalau emas putih campur dengan diamond warna pink ke wohh suka banyaklah saya. GILA BANYAK SONGEH KAN AINI NI? Hard to please kan I ni. TAKE NOTE YA MR. APEK!

OK! Tak sabar nak pergi lepas balik kerja karang. Wooohoooo!!

Sunday, October 10, 2010

Mana Nak Beli Barang Hiasan Untuk Hantaran MURAH Kat Ipoh ni?

Semalam dah habis beli barang untuk hantaran I. The cost kurang dari RM100 ok? Murah gila! I expect macam RM100 abovelah kan.

Before beli barang-barang tu, I dengan Apek dah pergi survey cincin. I nak cincin emas putih tapi tu lah opah I dia tak suka dia suruh I beli jugak cincin emas betul punya. No putih-putih. Dan kiterowang dah jumpa cincin yang sesuai. I rasa emas putih lagi mahal dari emas betul. So kiterowang punya budget Apek banyak balance so dia nak bagi 2 cincin. Satu cincin risik. Satu lagi untuk cincin tunang. I LIKE!!!! Isnin ni nak pergi beli. Sebab I tengin I tak cash out duit kat ASB. Ahahahahah! Cina tu dah buat muka keciwa dah. Sorilah ya aunty, Isnin saya datang lagi. Tapi nanti nikah I nak cincin berlian and make sure its emas putih, dah cakap kat Apek siap-siap. Tak gemor sangat cincin emas kuning sebab macam tak sesuai je dengan umur I yang baru 21 ni. Eeeewaaaahhh!!

OK! Kat Ipoh ni nak beli barang barang kahwin dekat Jalan KK lah senang kan sebab adalah beberapa kedai kat situ.

So kalau nak beli daun murah, bekas cincin ke, hiasan hiasan kecil boleh beli kat Thowlee.

Kalau nak beli bunga murah beli kat VRC. Tapi ada akak tu cakap bunga murah beli kat kedai before Thowlee bawah jambatan. I pun tak tahu kat mana tapi minggu depan nak beli barang-barang untuk I gubah nak bagi kat Apek so I akan carilah kat mana.

Kalau nak beli kain tak payah gedik nak pergi Riamoda, kain dia mahal-mahal. Belilah dekat Kamdar. Ini kalau kain biasalah-kain nak buat lapik dulang tu kan, kain untuk buat baju kawin tak ada kat Kamdar ya. Ada pun tak cantik! Choice pun sikit.

Lepas tu kalau nak beli kotak-kotak ke, carriage ke, apa-apa je lah kan yang berkaitan untuk letak barang hantaran tu haa boleh cari kedai yang ada 4 buah tu. Yang dekat dengan ada satu kedai buruk tu. Haaa kat situ dia ada banyak choice and macam tadi I ada nampak dia ada promotion beli 5=RM72....Haaaa lebih kurnag macam tu lah. I tak reti nak panggil benda tu apa. Bekas hantaran kot. Betul ke?

I tulis ni untuk ingatkan diri sendiri sebab I ni kan nyanyuk, nanti untuk kawin punya pun nak beli jugak. Karang tak tahu mana kedai lagi murah tak payah penat-penat survey dah bukak belog dan lihat sahaja. Di smaping tu of course nak share dengan koranglah. I ni kan baik? Kan? Kan?

Haishh, hari nak pergi rumah lecturer I kat Kuala Kangsar. Kahwinlah apa lagi kan. Lepas tu nak kena kejar nak pergi member bertunang pulak kat Meru. Perghh! Banyak betul aktiviti hari ni. Hopefully, sempat.

Friday, October 8, 2010

Aktiviti esok

Esok nak beli alas dulang. Haishh kat Ipoh ni mana murah ehh? Ke nak DIY je? Rajin ke? Perghh! Lagi 2 bulan je kot, kiterowang boleh rilek-rilek je. Takpe, kecil-kecilan je lagipun kan.

Apek bagi Aini=pink
Aini bagi Apek=tak tau lagi. Tengok kat kedai nanti mana cun. Boleh macam tu?

Thursday, October 7, 2010

Malu bertanya sesat jalan

Weyh! Bangga yang amat weyh! Hari ni dah bertambah satu pengetahuan. Ceritanya begini, kawan sekerja I punya kereta Alza tau lepas tu dia suruh I pindahkan parking. Dia just tinggalkan kunci je dekat I lepas tu dia keluar dengan kawan sekerja I lagi sorang. Lepas tu I nak parkingkanlah kereta dia tengok-tengok punya tengok "Mana pulak handbrake si Alza ni". Terus tak jadi ubah parking. Lepas tu nampaklah ada sorang mamat cina ni bawak Alza juga. Terus I approach dia tanya mana handrake kereta dia. Dia memang buat muka peliklah lepas tu macam tak nak layan I ke apa tah. Lepas tu I cakaplah I kena tolong kawan I alihkan kereta tapi I tak tau mana dia punya handbrake.


WEYH! KORANG TAHU TAK HANDBRAKE DIA KAT MANA?



KAT KAKI WEYH!!!
Gila kewl! Nak satu plishh.
Dahlah spacious, boleh bawak anak-anak kucing berjalan bersama.


Makanya, I berjayalah alihkan kereta kawan I tu. Cuba kalau I malu malu alim kucing nak tanya tadi sure sampai sekaranglah kereta kawan I tu berada di tempat yang tak sepatutnya. Haa makanya korang kalau tak tahu tu janganlah malu malu tak bertempat ya. Tanya je apa ada hal. Ok?

Clap Clap untuk Ainee Joe. Bangga neng!

Tuesday, October 5, 2010

Untuk korang yang kecik kecik dah berhutang

Tajuk tu sah sah untuk diri sendirilah kan. I baru baca paper tak silap I 2 hari lepas. Paper Metro. Dia cakap sesiapa yang ambil pinjaman kat PTPTN sekarang ni boleh tukarkan kepada pinjaman ujrah. Sekarang ni kan ke 3% kan kos pentadbiran tu so kalau tukar kepada pinjaman ujrah dia caj 1% je. Weyh! Untung tu! Tak payah bayar lebih-lebih.

Haaa baik tak I share benda-benda macam ni dengan korang? Ok! Tak payah cakap, sendiri dah puji diri sendiri dan kagum dengan diri sendiri sebab tak kedekut pengetahuan. Wooohoooo!

Tapi yang sedihnya I tak boleh buat penukaran lagi sebab akaun I dia cakap masih dalam proses apa entah. Haishh! Sedih! Sedih! Dahlah gaji sikit kena bayar duit PTPTN lagi. Tu lah, gedik pi berhutang siapa suruh memang sah sah dan wajiblah kena bayar. Nanti untuk anak I, I nak cakap awal-awal jangan amik pinjaman dah. Pi belajar pandai-pandai supaya dapat biasiswa, lagi untung.

Monday, October 4, 2010

The Little Lulu


Woohooo! Rancangan kegemaran waktu kecil-kecil yang akan menjadi feberet I selama-lamanya. YES! THE LITTLE LULU. I ingat lagi dulu suka tengok kat "Mega TV" lepas tu "Mega TV" bankrup, merengek suruh ayah pasang astro sebab tak nak terlepas tengok The Little Lulu. Comelnya Lulu ni. Seksi lagi, siap nampak panties gitu. Tapi sekarang ni selalu sedih sebab selalu terbayang The Little Lulu tapi kini tak sedih dah sebab dah like fanpage The Little Lulu. Boleh tengok The Little Lulu balik.

I LOVE THE LITTLE LULU SHOW! Best sangat!

Friday, October 1, 2010

Tak majulah hidup kau ni!

I paling pantang kalau ada je orang kat Ipoh ni pergi KL lepas tu baget tak sedar diri. HINA ORANG YANG DUDUK IPOH MACAM I NI! Bising sana bising sini pumpang sana pumpang sini. Ye lah, I ni memanglah dari kecil sampai ke besar ni asyik duduk Ipoh je tak pernah pergi negeri orang lain pun tapi baget bagetlah nak hina orang yang membesar kat Ipoh ni kan? Nak cakap apa barang duduk Ipohlah, gaji sikitlah, tak majulah, tak ada lifelah, pekan matilah kat Ipohlah. Habis tu selama ni cukup je kan pakai makan mak bapak kau bagi kan? Duduk mana? Duduk Ipoh juga yang kau cakap ketinggalan sangat ni. Dah besar, dah habis sekolah baru belajar kat KL nak lupa diri. Tapi yang I pelik tu bila belajar dan kerja kat KL lah nak bising-bising cakap Ipoh ni tak maju tapi bila belajar kat Johor ke, Penang ke, Perlis ke, Melaka ke, Sabah Sarawak ke (usihh banyak beno negerinya) haaa tak ada pulak nak cakap macam tu. Ini dah tercampak kat KL baru nak kecoh? Pelik! Pelik! HEBAT SANGAT KE KL? BESAR SANGAT KE GAJI? Setakat gaji RM1,500 kau cari kat KL tak payah. Tak boleh hidupnya. Dengan minyaknya, makannya, tolnya. Kalau I rela duduk kat Ipoh ni. Pedalaman pun pedalamanlah janji hati tenang suci dan aman hidup dengan RM1,500 tanpa traffic jam tanpa kes bunuh bunuh yang melampau tapi kalau orang offer gaji RM4,000 apa salahnya. Aman tak aman gua cau jugak gi KL. Hahahahah! Buruk perangai mata duitan. Haaa kalau I dah keluar dari Ipoh ni maknanya gaji I RM4,000 lah tu tak payah nak tanya banyak.


APA YANG BEST SANGAT KAT IPOH NI?
Oklah! Ipoh ni memanglah tak banyak shopping complex tapi ok what tak adalah nak kena redah traffic jam bagai nak gila semata-mata untuk pergi mall macam kat KL tu. Lepas tu makanan kat sini MURAHHH BAIII!!! Kiranya orang cakap nasi kat KL tu kalau tak kena caj RM5 tak sah kan? Tapi I ni yang kerja kat pekan Ipoh ni still boleh beli nasi, ikan dengan sambal, sayur harga RM3 je. Weyh! RM3 derrrr. Tak jeles ke? Ada NASI, IKAN cicah sambal, sekali SAYUR lagi. Kat pekan lagi tu. Kalau ayam RM4. Baju semua tu standardlah kan, sama je harga cuma tak banyak pilihanlah. Tapi apa susah, Ipoh ni bukan tak ada tren. Ada! Nak pergi pun senang tak ada nak jem sangat. Haa beli je tiket paling murah RM12 haa dah boleh sampai KL. Pergi balik baru je Rm24. Tak luak pun. Kira macam naik teksi kat KL. Ahahahah! Boss I yang dulu kat Ipoh ni tapi sekarang dah pindah pergi ofis KL pun cakap dulu duduk kat IPoh ni balik kerja boleh masak-masak lagi, ni duduk kat KL apa pun tak sempat. Busy yang amat dengan traffic jemnya sampai rumah dah pukul berapa dah. Semua nak main fastfood je.

MAKA, TAK PAYAH NAK BANGGA SANGAT KALAU DUDUK KAT KL TU, KO BALIK IPOH JUGAK AKU TENGOK! KO SUKA SANGAT DUDUK KL TAK PAYAHLAH NAK CAKAP AKU NI TAK MAJU SEMUA! AKU TAK MAJU PUN, AKU ADA JE KERETA WALAUPUN BAPAK AKU YANG BAGI. ADIK AKU YANG TAK KERJA TU PUN MAMPU PAKAI KERETA. DUDUK IPOH JE WEYH! HAAA SIAPA CAKAP ORANG YANG DUDUK IPOH TAK MAJU? MAJU KOTTT!!

Kesimpulannya, janganlah hina nak pandai-pandai cakap orang macam aku yang tak kerja luar dari Ipoh ni tak maju ke hadapan. Ko tengok je lah nanti. Ehh tak yah tengok nanti, sekarang pun aku tengok ko dah balik ke Ipoh dah pun. Kerja kat Ipoh lagi. Cakap TAK AKAN DUDUK IPOH DAH! Ni apa cerita ni?

#REVIEW Baju nikah