Wednesday, January 7, 2009

Bedtime Stories

Yeahh!! Semalam tengok bedtime story dengan Apek. Sumpah beshh!! Dari first sampai akhir lawak. For my ratu wayang si zra, u dah tengok ke belum BEDTIME STORY?? Selalu u kan paling advance kalau bab movie-movie ni.

By the way, macam comel jer cerita Monsters VS Aliens macam cerita time saya kecik-kecik dulu. Monster inc tak silap saya tajuk die..BOO!!hehe..

Berjaya beli bantal pink chumel bangat. I dah beli. 50% diskaun tu. Dia tulis 'IM YOUR SUPPORTER'. Saya ingat nak buat lapik bontot kat tempat kerja saya tu tapi sekang ni macam sayang je nak kasi letak dekat bontot karang sure lama-lama dia lemau. So sekarang ni saya rasa buat bantal untuk saya pelok je lah..=]


Cakap je nak diet kan tapi makan donut. Ni semua gara-gara si Apeklah. Dia cakap saya dah lama tak makan apa salahnya. Dah nama pun food court kan so rambanglah mata saya tengok makanan kat situ so saya pon teringinlah nak makan sizzling mee. Urghhh!!! Apek! Apek! Bukan nak kontrol nafsu makan saya tau. Kang tak tercapai azam pertama saya tu haaa...

Then pas dah tengok BEDTIME STORY, kiterowang gi umah Apek. Tujuan untuk buat decoration basikal pink saya. Nak tambah kasi lawa sikit, jangan kasi nampak kosong sgt!! Memule ingat nak buat bentuk bunga then daun then last-last buat bentuk bolat2. Saya tersilap beli warna putih patutnyer belilah warna hijau sure lagi chumel. Nak tengok hasilnyer? Nantikan post selepas nie.

Sebelum lukis-lukis tu saya ternampak bendea yang macam UNO tu. Yang susun-susun tu. Apa entah namanya. Tapi ni tak adalah secanggih UNO, dia just kayu jer. Walaupun membuhsankan sebab not so challenging macam UNO but it is still FUN to play. At least ada aktiviti nak buat kan. Yang kalah komfem komfemlah si APEK!!

Rambut 2009


MERAH & PENDEK!!

Sunday, January 4, 2009

Duitku terbang di KFC


.Lepas cut & kaler rambut, balik rumah siap-siap then keluar dengan Apek pergi makan KFC dekat JJ.
.geram tol ngan KFC.
.mengGEMOKkan saya jer.
.kang tak tercapai azam saya tu kang.

.si rambut MERAH.


.Today ke saloon.
.Cut hair, dye n make treatment.
.Until now sedih sangat sebab hasrat nak colour rambut warna PINK tak tercapai sebab stylist saya cakap warna PINK tak boleh tahan lama. Seminggu je!!.
.Dan dia cakap membazir sebab mahal.
.So I pun ambil keputusan kaler warne merah je, tapi kaler dia tak kuat sangat!.
.I nak kuat-kuat macam dalam buku yang I tunjuk tu tapi tak apa I tetap berpuas hati dengan kerja stylist I.
.Sesiapa yang dekat IPOH nak buat rambut boleh je pergi dekat kedai KENZO kat Ampang sebab saya sangat puas hati dengan kerja dieowang sebab dieowang sangat jujur.
.Tanya je saya number dieowang & alamat dieowang akan saya bagi.

ONE DAY, I TETAP AKAN REALISASIKAN HASRAT I NAK KALER RAMBUT I WANE PINK!

.final exam.

Daku sangat bz menTELAAH buku-buku serta notes sebab daku ada FINAL EXAM minggu ni.
Doakan saya berjaya menjawabnya dengan tenang sebab saya nak achieve saya punya azam ketiga iaitu menaikkan pointer saya.
Harap sangat azam tu tercapai.

Friday, January 2, 2009

.azam pertama telah tertunai.


.Azam pertama saya nak joging sudah saya laksanakan semalam dengan ditemani 'apek'ku.

Thursday, January 1, 2009

.Cik AZAM, boleh tak saya berAZAM untuk tahun 2009?.


Dalam diam tak sedar umurku dah masuk 20. Sadisnyer tinggalkan umur yang ada 1-1 kat depan tu.
No more teen teen now akan jadi ty ty je. Wahh makin hari makin tua lah gini. Harus berazam nak berjaya cepat-cepat dalam hiduplah kalau macam ni.

1. Kuruskan badan

-Berjayakah atau tidak lain cerita sebab badan saya memang dah mengembang sejak akhir-akhir ni & membuatkan lemak-lemak timbul. Hodoh betol saya rasa diri saya ni bila tengok lemak-lemak tu. Jadi saya kena azam kuat sangat untuk hilangkan lemak-lemak degil ni. Jadi saya kenalah bangun di awal pagi dan pergi joging. Semangat saya dah nampak dah dengan kehadiran kasut baruku. Saya nak pergi kelas YOGA tapi semalam kelas tu tutup tak dapat tanya berapa harganyer..aishh!!

-Keazaman saya ni pun jelas terpancar dengan make over terhadap basikal saya sejak darjah 5 tu. Dah lama rupanya basikal tu hidup dengan saya kan? Kesian dia. Lepas saya dah ada lesen motor dan kereta, dia dilupakan macam tu je so tahun ni dah berazam nak guna semula jasa dia. No wonderlah saya dah gemok sekang ni sebab saya asyik guna kemudahan moden je (kereta & motor).

2. Nak bukak akaun ASB & simpan at least RM50 tiap-tiap bulan

-Entah larr dapat tercapai ke tak. Silap-silap 3 bulan sekali je masuk duit kan? Tapi tak ada, saya dah berazam dah dengan umur saya yang dah masuk 20 ni, saya kena bukak mata & otak demi masa depan. So every month saya akan simpan minimum RM50, kalau lebih tu alhamdulillah. Saya nak beli kereta sendiri, rumah sendiri, motor sendiri. Kalau boleh saya tak nak harap ayah saya dah. Tu pasal saya tak sabar nak kawin, salah satu sebabnya saya nak ringankan beban ayah saya. Ramai orang cakap kalau kawin awal tu GATAL. Bagi saya takdelah!! Saya nak kawin sebab saya nak lepaskan tanggungjawab ayah saya dekat saya. Cian die. Lagipun kalau saya kawin, boleh saya tolong ayah dah. Bayar bil eletrik, bil air, kasi adik-adik duit belanja. Kan? Kan?

3. Nak naikkan pointer
-Kalau boleh saya nak dapat 3.8 ke atas. Kalau bolehlah. Ada harapan ke huh? Lagipun ini tahun terakhir saya kat COSMOPOINT. Macam tak sabar je nak habeshh da. Lagi setahun je then boleh sambung Degree dekat KL. Tak sabarnya nak merantau. Asyik duduk dekat Ipoh je. Takut juga nak jauh-jauh dengan parents saya sebab saya tak biasa. Lagipun Apek dah kalahkan saya 4 sem. INI TIDAK ADIL! Kena lawan balik ni. =[

4. Tak nak lawan ckp Apek a.k.a 'ayam'. Nak baik-baik je..

-Kalau boleh. Insyallah. Almaklumlah saya ni kan degil.

5. Love Apek more than last-last year
-Nak kalahkan sayang dia terhadap saya..

Sikit je kan azam saya, senang skit nak achieve..


#REVIEW Baju nikah