Friday, July 14, 2017

Kedai Runcit Online

I ni jenis pemalas betul nak keluar dari rumah.
Kalau boleh semua nak orang belikan buatkan hantarkan and etc.
Masak bolehlah rajin jugak cuma nak keluar nak membeli tu aihh malas betul.
Lepas tu basuh baju rajin tapi nak jemur malas. 😂😂😂😂
Penyakit apa ni?
Padahal depan rumah je kot.
Malas nak sarung tudung, nak kena pakai cardigan, skirt panjang etc etc. 😬😬😬
Kalau ada barang poslaju pun malasnya nak keluar. Boleh tak letak je kat luar tu. Hahahahahaha! Mau tahun depan amik barang tu.

Disebabkan kemalasan I ni, I dah cetuskan satu idea. I ada I punya runner beli barang dan hantarkan barang. I handle bahagian ambil order dan akaun.

Kedai Runcit Online. Baru 50%. Boleh search dekat Facebook. For this time kami cover selected Ipoh area dulu.

I tau mesti ramai orang pun macam I. Rajin nak masak tapi malas nak pergi pasar. Balik kerja dah letih. Tapi suka barang fresh fresh. Tambahan lagi ayam dan daging.wajib beli fresh. Kalau beli kat Tesco, Mydin nanti sampai rumah dah lebam. Ikan pun insang tak merah.

So jangan risau kami Kedai Runcit Online dah datang selesaikan masalah wanita wanita suri rumah dan bekerjaya yang tak ada masa ataupun ada masalah malas macam I.

Doakan Aini ya. 😘😘😘😘

No comments:

Kedai Runcit Online

I ni jenis pemalas betul nak keluar dari rumah. Kalau boleh semua nak orang belikan buatkan hantarkan and etc. Masak bolehlah rajin jugak ...