Tuesday, October 13, 2009

8 tips untuk nampak cantik dalam gambar

Macamlah gambar I semua meletop kan?Biasanya nampak je cantik semua sebab kalau tak cantik sure cakap "ehh delete!delete!jangan nak gatal letak pic tu dalam FB yer.." ataupun "hemm..lagi sekalilah!lagi sekali!!!" sampailah dapat angle yang paling cun. OK!Tipu!I tak macam tu, I menerima je ketentuan Ilahi yang memang I dilahirkan untuk menjadi bahan rakan-rakan.

then kawan akan cakap "alah koleksi peribadi" sekali esok kita tengok da setepek dia letak kat album FB. OK!tak apa, janji ada muka. Kalau tak ada muka orang akan ingat kita hantu dan membuat konklusi kita da mati dan itu hanya roh kita yang kebetulan lalu di hadapan kamera.



1. CARI ANGLE MANA PALING CUNSEM.
alah macam tak biasa pula buat gambar myspace. Yang posisi pandang pandang atas tu! Takpon yang buat muncung, kembong, lidah jelir-jelir. Haaa tu gambar myspace larr tu I dan rakan-rakan panggil. Semacam ada satu aura yang beshh pulaks kan kalau berposing begitu. Macam I pon sukalah buat aksi-aksi baget chomel tu padahal cuba mengespresikan diri yang tak comel supaya jadi comel lagi lagi dan lagi dalam gambar.=)

Kalau nak cari angle mana kita pose cantik, kita tengok je pic lama-lama balik. Pic waktu hingusan tak payah ok sebab waktu tu tak ada myspace dan masih menggunakan kamera kodak gulung-gulung maka kita rasa kalau pose buruk pun tak boleh mengeluh sebab tak boleh nak pergi punat delete dan tekan YES.

So korang evaluate balik gambar yang korang baru snap semalam ke ataupun 2-3hari lepas then tengok gaya mana yang buat korang nampak temban semua. Contoh kalau gigi karat-karat snaplah pic dengan cara tutup mulut tu and smile, tak payahlah korang gatal nak tunjuk gigi tu kat public. ok?


2. BERGAMBAR DENGAN PENUH KEYAKINAN
Senang je minumlah anlene untuk tulang sihat dan kuat supaya boleh berdiri dengan betul waktu tangkap gambar. Kalau nak berangan jadi model ke kan konon nak buat portfolio, cuba tangkap gambar dengan cara kebelakangkan dua-dua belah bahu. EEE!!macam mana nak cakap yer??haaaa macam ni


tapi korang bayangkan bahagian depan I tu belakang. OK!REJEK!korang fikirlah sendiri. I tak reti cakap.


3. BE POSITIVE
Juz act NATURAL. Bayangkan benda-benda yang menggembirakan(positive maksud I). Contohlah kan korang ni tengah dok bersanding ni atas pelamin, macam mana nak act cantik je 24/7 kan?kan? Tambah-tambah tengah makan tu, mau kalau si suami tu suap ayam bapak besar lengan nak tak nak kena juga buka mulut besar-besar (dalam hati sumpah cakap siap kau malam ni tidur depan larr). Serius dalam otak dah terbayang sure photographer ni snap muka pelahap aku tadi. Alah juz think positive, candid itu kan cantik. Lagipon takkan photographer nak pilih gambar yang buruk letak dalam album kita. Even dalam rancangan AMERICA NEXT TOP MODEL tu pun, model yang cantik tu pun ada pic buruk, inikan kita yang SUPERDUPERHOWTMODEL!


4. SILA JANGAN BUAT MUKA MASAM

Tak semestinya kalau senyum kena tunjuk gigi. Cuba senyum dengan mata. WOAHH!! Kalau orang yang memang dah ada killer eyes tak payah senyum pun gambar dah nampak cantik. Tengok!Mata memainkan peranan penting. Kalau mata tak membunuh, kita kasi mata kita membunuh sampai orang yang snap pic kita tu pon boleh mati. Cara dia senang je, pakai je kontek lens, bulu mata palsu, maskara dan paling wajib bagi I is the EYELINER! It really works for me.

I KNOW ITS REALLY ANNOYING TAPI NAK CAKAP JUGA KONTEK LENS BOLEH DIDAPATI DENGAN HARGA YANG MURAH AT NIMI Co.. =))


5. ELAKKAN POSE YANG OVER DO IT
Tapi I suka pose over over baget model. Tapi kalau nak gambar tu cantik, just act natural lagi bagus ok? Jangan jadi over macam I.


6. JAUHKAN DIRI DARI KAIN YANG LIP LAP LIP LAP
Sebabnya simple je sebab dia boleh menampakkan segala lemak kita tu tersembul keluar. Walaupun sebenarnya kita tak nampak dan dah penat cakap "LEMAK!kau duduk elok elok tau dalam baju aku! Jangan kasi aku kantoi.." tapi dalam gambar dia punya STAND OUT kalah jambul mak datin kita ok? Tapi tips ni boleh diabaikan oleh orang yang 0% FAT. OK saya gemuk jadi lepas ni kena kobek almari dan bakar baju yang berkilat kilat yang ada iras-iras INTAN LADYANA punya baju.


7. PUT UP SOME MAKEUP BEBEH
Makeup!Makeup!Makeup!At least pakai selapis bedak, sekuntum lipgloss, secalit celak, dan selentik maskara. Sebab tu kita nampak artis asyik cantik je. Wahai artis, kalau tak ada makeup jangan haraplah kau akan diadore dengan kiterorang ni. Kalau muka Megan Fox macam ni ada korang nak bangga puji puji cakap "Woahh megan fox howt siot!!!". So put up some makeup ok barbie?


OK TIPU!MEGAN FOX TETAP HOWT WITHOUT MAKEUP!


8. SKIP GAYA RAMBUT YANG LURUS MACAM PAPAN & HIGH MAINTENANCE PUNYA HAIRSTYLES
-messy itu cantik. Rambut serabai serabai itu howt ok! Lurus papan da macam china doll(kata orang padahal rambut saya pun flat.*sigh). Kalau korang nak serabaikan rambut dengan cepat, basahkan rambut lepas tu duduk depan kipas sambil shake kepala. Kalau buhsan sangat buat je kipas tu jadi microphone nyanyi nyanyi depan kipas. Jangan cakap korang tak pernah buat aksi ni waktu kecil. Saya suka dengar suara saya ada vibrate vibrate lepas tu baget Mariah Carey. Kan ke dia suka nyanyi rambut terbang-terbang. Hehh!


OK!lepas ni snap pic cantik cantik then boleh apply jadi pramugara @pramugari dekat NIMIfly. Ada interview terbuka sabtu ni. Bawa baldi dengan kain buruk untuk cuci kapal terbang sebab da 50tahun dia tersepuk dalam stor, tak baik untuk kesihatan penumpang tua. Itu kelayakan wajib, kalau tak pandai buat kerja mencuci jangan mimpi nak dapat position hangat itu.

28 comments:

siggplus said...

kenapa kau belakangkan kedua2 bahu tapi aku still nmpk kau bongkok?heh

er, aku tak suka tengok gambar myspace..kau bayangkan ada 1 album dlm ada 40 gambar posing sama, camera aim 60 darjah ke bawah dan mulut juih2..hanya yg beza baju warna lain..menyampah kot..heh

Ainee Cumi said...

siggplus: vavi r kau!aku nak highlight ak nampak kurus dalam pic tu..eeee ko tegakkan r badan ko..kan ke ak da suwuh korang bygkan sendiri..

tau takpe..sumpah annoying kan kalau posisi asyik sama je tu pasal org panggil gambar mespace..kalau kat FB lantak ko r nak pose mana pon tapi jrg r pose muka syiok sendiri tu..bhahahahah!ak tau ko suka kan pose mcm tu

siggplus said...

haha yela2 aku cakap kau nampak makin kurus...bagus2 aku harap nnt kau jd slim gila smpai anorexic..heh

esok2 kt fb pn sama je mcm tu gak..kau tnggu je

leadleedeea said...

uuuu cara2 nak pose tuuuu...hawt tips~! haha~!

bleh tak nak pose je...tak kesah laaaa comel ke tak comel..miahaha~!!

paraxixth said...

suke mimik muka lu...gua jeles~

Unknown said...

part myspace mmg lawak. haha. runsing tgk smp i terus delete myspce!

Unknown said...

kalo sume burok mcmne? ahaha

ainee cumi2 ♥ said...

siggplus: melampau r kan sampai aneroxia..sampai ke hajat ak nak jadi aneroxia tu??kalau sampai mmg bersyukur r sebab lepas da aneroxia br r boleh tmbh mkn skit skit untuk dapat badan howt..

baik!baik!ak tgk tapi aku kompem FB tak mcm tu..kalau kat ms tu asyik minx org komen pic je..tensi ko tau!

Ainee Cumi said...

k.lead: mestilah boleh k.lead sebab k.lead chomel

Ainee Cumi said...

paraxixth: mimik muka apa laks lu mepek ni hasbi oii

Ainee Cumi said...

azil: ahahaha cakap myspace i rasa i buka sebulan sekali je kot tu pon sebab ada kawan yang takde fb nak jugaks layan MS...haishh!!

Ainee Cumi said...

cik yuki: tak mungkinlah..semua org ada angle cantik masing2..percayalah!

Huda Luna said...

pnt i type pjg222222


last2 jd comment-do..


haishhhhh!!!




i sumpah x suke gmbr myspace..


sgt laaaahhhh annoying gila..
posing gaya sm..
pastu thegeh2 mntk komen..

siap ckp..

"comment my pic then i'll hit u back and spam it"

heh!
dia ingt i neh mcm dia kah kebulur mntk org komen..




sewel..



heh!

btw la kn..

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
pic dlm neh kan
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
u sgt cun ok!


ok jgn kembanggggggggggggggggg..
nnt bontot mbesarrrrrrrrr pulak..
huhuhu


:p

cha said...

kalau aini mesti selalu buat muncung kan.akak tak fotogenik la.selalu kene tangkap gambar byk kali haha.tp kn nyampah kalau tgk laki yg tgkp gmbr ala2 myspace.kazaa penah buat.geli ok hahaha

Ainee Cumi said...

miszluna: ahahhaha memang panjang bapak tapi suka sebab boleh baca seperate sepeate tak payah i cari mana pendahuluan mana penutup..

tau takpe!irritating kan??kalau boleh nak nampak muka je badan tak nak nampak..sewel!

uishh cun apanya!mepek je!

Ainee Cumi said...

k.sasha: tau takpe..macam da sifat semulajadi da..
ahahahah!apek selalu buat sebab kiterowang akan cakap "kembong!kembong!"..muka mespace muka mespace...ahahahhaha!!perli sbenarnya..=))

eee akak comel ok..tapi tak semua org comel n cantik fotogenik kan??jeles tau tgk org yg fotogenik ni..

Unknown said...

tpi an lau u posing mcm mane pun...still nampak cute...
hee~~
u kan natural beauty. . .

^^

Ainee Cumi said...

ejump: taklah!

Unknown said...

"seyesly"...

:)

fezaL Mohd said...

pasni wat pulak.
tempat2 yg menjadi sasaran untuk bergambar.

dlm myspace
dak pompuan pantang . semua musti ada gambar dlm tandas

tk sorang berdua
kalo sorang2 malu beb haha

gmbr dulu2 agy lawa cntek je.
pose cmne pun nmpk cntek gak.

Nbl Fzr said...

gua dh bole jd model kalo cm ginih

Unknown said...

megan fox memang hot..nanti saya nak ngorat dy ;)

ifa_pinkylover@yahoo.com said...
This comment has been removed by the author.
ifa_pinkylover@yahoo.com said...
This comment has been removed by the author.
ifa_pinkylover@yahoo.com said...
This comment has been removed by the author.
Lilianna Mardiana said...

ohhh i suke sgt entry u ni!
haha, sgt2 berguna bila next time I nak cam-whore, haha..dah takde lagi pose muka I serabai hendaknya, haha. :P

nienie_noenoe.blogspot.com said...

post yang mencuit hati ..
:)
hahaha

nienie_noenoe.blogspot.com said...

suka ngan entry entry blog nihh >.<

TOURIST SPOT IN KYOTO

ARAHIYAMA 1. ARASHIYAMA Jangan lupa singgah dan duduk santai-santai di tepi sungai berhampiran Togetsu-Kyo Bridge. Serius mendamaikan...